KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) SAINS TAHUN 3 Modul Pengajaran dan Pembelajaran EDISI PERTAMA Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018
KANDUNGAN SAINS HAYAT Manusia -Gigi……………………………………………………………………… 1 Manusia – Kelas Makanan………………………………………………………. 11 Manusia – Pencernaan………………………………………………………..…. 20 Haiwan – Tabiat Pemakanan……………………………………………………. 25 Tumbuhan – Pembiakan Tumbuhan…………………………………………… 34 SAINS FIZIKAL Pengukuran ………………………………………………………………………. 43 Ketumpatan ………………………………………………………………………. 61 SAINS BAHAN Asid dan Alkali …………………………………………………………………… 71 BUMI DAN ANGKASA Sistem Suria………………………………………………………………………. 79 TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI Takal……..…………………….. ………………………………………………… 84
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 1 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Hayat TAJUK : Manusia -Gigi MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4, 3.1.5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan jenis gigi dan fungsinya. 2. Melabelkan keratan rentas struktur gigi. 3. Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal. 4. Menerangkan kepentingan amalan penjagaan kesihatan gigi. 5. Menerangkan amalan penjagaan kesihatan gigi. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, mengelas, berkomunikasi EMK : Pendidikan kesihatan , TMK CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 sampul berbeza yang mengandungi gambar jenis-jenis gigi yang telah dipotong ( puzzle ) seperti dalam Lampiran 1. 2. Murid mencantumkan gambar-gambar yang telah diedarkan dan mengenalpasti jenis gigi yang dicantumkan. 3. Murid bersoal jawab tentang jenis gigi manusia yang telah siap dihadapan kelas dan Cadangan lain: Lampiran 1 Gambar / model gigi TP 2: Murid memerihalkan fungsi setiap jenis gigi .
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 2 menyatakan fungsinya. Contoh soalan: i) Apakah kegunaan gigi kepada manusia ? ii) Gigi manakah yang paling tajam ? iii) Apakah fungsi gigi tajam tersebut ? iv)Gigi yang manakah digunakan untuk menghancurkan makanan ? (Terima sebarang jawapan murid dengan memberi fokus kepada jenis gigi dan fungsi gigi 4. Murid memerhati model gigi manusia . 5. Murid menunjukkan kedudukan gigi pada model berdasarkan gambar yang telah siap dicantumkan. 6. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1. Lembaran kerja 1 TP1: Menyatakan jenis gigi TP2: Memerihalkan fungsi dan jenis gigi Aktiviti 2: 1. Murid memerhati dan menamakan struktur lengkap gigi berdasarkan model yang ditunjukkan: i. Setiap kumpulan murid dibekalkan dengan gambar keratan rentas struktur gigi. ii. Dengan menggunakan kad nama struktur gigi (enamel,dentin,saraf,salur darah dan gusi) setiap kumpulan diminta melabelkan struktur gigi pada gambar yang diberikan iii. Murid-murid menonton tayangan struktur gigi. iv. Guru menjelaskan sakit gigi disebabkan oleh saraf yang terbuka akibat lapisan enamel yang menipis dengan bantuan video. BBM Gambar/ Model struktur gigi Capaian: https://www.youtub e.com/watch?v=7J HMEBPzG2k TP 3 : Melabelkan keratan rentas struktur gigi.
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 3 Aktiviti 3. 1. Murid ditunjukkan tayangan video berkaitan dengan pertumbuhan gigi.( rujuk link ) 2. Bersoal jawab dengan murid tentang set gigi yang dikenalpasti dalam video yang ditonton. Contoh soalan : i. Ada berapa set gigi pada hayat seorang manusia ? ii. Namakan set-set gigi tersebut . 3. Murid memerihalkan set gigi susu dan set gigi kekal berdasarkan pemerhatian dari video yang ditayangkan dari segi bilangan dan saiz. Contoh soalan : i. Mengapakah kita perlu menjaga gigi kekal 4. Murid melengkapkan jadual perbezaan set gigi susu dan set gigi kekal dalam Lembaran Kerja 2. BBM Tayangan video untuk melihat set gigi susu dan set gigi kekal dari aspek bilangan dan jenis serta pengantian set gigi susu dengan set gigi kekal. Capaian video: https://youtu.be/7A P-kLtHA9w Lembaran kerja 2 TP 4 : Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal. Aktiviti 4 Aktiviti kumpulan: 1. Setiap kumpulan diberikan kad arahan tugasan. i) Kumpulan 1, menyenarai amalan penjagaan gigi yang betul. ii) Kumpulan 2, menyenaraikan jenis makanan yang baik untuk kesihatan gigi. iii) Kumpulan 3, menyenaraikan jenis makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi. 2. Murid diminta melengkapkan tugasan dengan menggunakan kreativiti persembahan, contohnya dengan menggunakan peta I-Think. 3. Murid mengaplikasikan kepentingan amalan harian penjagaan kesihatan gigi. Contohnya, BBM Kad arahan, kertas mahjung Cadangan peta ithink : peta buih TP 5 : Menaakul kepentingan amalan harian penjagaan kesihatan gigi
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 4 dengan membuat tunjuk cara menggosok gigi yang betul Aktiviti 5 1. Murid menonton tayangan video berkaitan rawatan gigi seperti tampalan, pendakap gigi, gigi palsu dan rawatan akar. 2. Murid membentangkan hasil pemerhatian terhadap kaedah rawatan seperti tampalan, pendakap gigi, gigi palsu dan rawatan akar dengan menggunakan peta bulatan. Catatan : Murid-murid dibawa melawat bilik kesihatan , jika ada rawatan gigi dari klinik kesihatan 3. Murid mengaplikasikan kepentingan amalan harian penjagaan kesihatan gigi. Contohnya, dengan membuat tunjukcara menggosok gigi yang betul. 4. Murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran 3. BBM Bilik kesihatan / pergigian Cadangan capaian video; http://www.powtoo n.com/youtube/ Lembaran 3 TP 6 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang penggunaan teknologi dalam rawatan gigi Aktiviti 6 - Folio atau buku skrap 1. Murid diminta mengumpul semua maklumat berkaitan dengan kegigian manusia - Jenis-jenis gigi - Melabel struktur gigi - Set gigi susu dan set gigi kekal - Penjagaan gigi - Rawatan-rawatan gigi 2. Murid diminta menghasilkan buku skrap / folio berkaitan kegigian secara kreatif. BBM TMK TP 6 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang penggunaan teknologi dalam rawatan gigi
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 5 Lembaran Kerja 1 1. Berikan tiga jenis gigi manusia: a)________________________ b)________________________ c)________________________ 2. Lengkapkan jadual di bawah: Jenis gigi Fungsi gigi 3. Labelkan rajah gigi di bawah 4. Selain dari mengunyah makanan gigi juga dapat membantu kita untuk _______________ dengan jelas dan betul. 5. Manusia mempunyai dua set kegigian iaitu: a) set _______________________________ b) set _______________________________
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 6 Lembaran Kerja 2 1. Lengkapkan jadual di bawah: Rajah set gigi manusia Nama Mula tumbuh Mula tanggal Mula lengkap Bilangan gigi Jumlah gigi pada rahang atas Jumlah gigi pada rahang bawah Saiz gigi Kekuatan gigi Jangka hayat 6. Mengapakah set gigi kekal menggantikan set gigi susu apabila kita dewasa? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 7 TOPIK : KENALI STRUKTUR GIGI 1. Labelkan keratan rentas gigi di bawah: 2. Enamel dan cengkerang telur terbina daripada _____________________ tetapi mempunyai kekerasan yang berbeza. 3. Lengkapkan jadual di bawah: Jenis gigi Bilangan gigi Gigi kacip Gigi geraham Gigi taring Jumlah
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 8 Lembaran Kerja 3 TOPIK : PENJAGAAN GIGI 1. Tandakan ✔ pada jenis makanan yang sihat dan tandakan✗ pada jenis makanan yang perlu dielakkan diambil secara berlebihan. Telur Aiskrim Gula-gula Buah-buahan Minuman berkarbonat Kek Ikan Susu Gula kapas Daging 2. Sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut akan _____________________ _______________________________________________________________________ 3. Lengkapkan ayat di bawah bagi cara penjagaan gigi: a) Gosok gigi tiga kali sehari iaitu pada waktu ________________ dan ____________________. b) Berjumpa doktor gigi setiap _______________ sekali untuk pemeriksaan. c) Menggunakan _______________ untuk mengeluarkan makanan yang tersekat di celah gigi. d) __________________ setiap kali selepas makan. 4. Ubat gigi yang mengandungi ___________ dapat melindungi gigi dari cepat rosak.
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 9 Lampiran 1
SAINS HAYAT Gigi SAINS TAHUN 3 10 Lengkapkan perbezaan set gigi susu dengan set gigi kekal. GIGI SUSU PERBEZAAAN GIGI KEKAL Masa Tumbuh Bilangan Saiz Ketahanan Jangka Hayat
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 11 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Hayat TAJUK : Manusia - Kelas Makanan MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 35 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 3.2.1, 3.2.2,3.2.3, 3.2.4, 3.2.5. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Memberi 3 contoh makanan bagi setiap kelas makanan. 2. Menyatakan kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia. 3. Memberi contoh makanan seimbang. 4. Menyenaraikan kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang. 5. Membina model piramid makanan. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, mengelas, berkomunikasi EMK : Pendidikan Kesihatan , kreativiti dan seni visual. CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid menceritakan pengalaman menu makanan mereka dalam sehari. 2. Murid menyenaraikan makanan kegemaran mereka. 3. Murid diperkenalkan dengan 7 kelas makanan. 4. Murid mengaitkan contoh makanan kegemaran dengan 7 kelas makanan yang diperkenalkan. 5. Guru menunjukkan carta kelas makanan dan memperkenalkan 7 kelas makanan serta fungsinya: Cadangan : Bercerita Carta kelas makanan TP 1: Menyatakan contoh makanan. TP 2 : Menyenaraikan contoh makanan bagi setiap kelas makanan.
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 12 i. Karbohidrat – memberikan tenaga ii. Protein – untuk tumbesaran. iii. Lemak – memanaskan badan. iv. Vitamin dan mineral – menjaga kesihatan. v. Pelawas – mencegah sembelit. vi. Air – mengawal suhu badan. Guru Menyoal : i. Berapakah jenis kelas makanan yang telah dinyatakan? ii. Berdasarkan menu makanan seharian tadi, kelas makanan yang manakah paling banyak kamu ambil? iii. Nyatakan kelas makanan yang paling kurang diambil. (Terima sebarang jawapan murid dengan memberi fokus kepada 7 kelas makanan) iv. Apakah kesan pengurangan pengambilan kelas makanan tersebut kepada badan? Aktiviti 2: 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diberikan set gambar makanan . i. Murid mengelaskan makanan mengikut kelas makanan menggunakan gambar yang disediakan pada peta pokok yang diedarkan.(Rujuk lembaran kerja 1) ii. Murid membentang hasil peta pokok 7 kelas makanan di hadapan kelas. iii. Berdasarkan peta pokok yang dihasilkan murid menjelaskan kepentingan setiap kelas makanan. iv. Murid menyiapkan lembaran kerja 2 “ Food Group Challenge” BBM Gambar disediakan oleh guru Menggunakan peta pokok i-think. TP 2 : Menyenaraikan contoh makanan bagi setiap kelas makanan. TP 3: Menjelas dengan contoh kepentingan setiap kelas makanan.
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 13 Aktiviti 3 1. Murid menampal gambar makanan dalam rajah piramid makanan dalam kumpulan masing masing. 2. Perbincangan dijalankan untuk menjelaskan kelas makanan yang betul dalam piramid makanan. 3. Murid dibimbing tentang pengambilan makanan yang seimbang berdasarkan kelas makanan mengikut keperluan (sedikit dan banyak). Soalan : i. Apakah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak dalam menu harian kita? ii. Apakah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit dalam menu harian kita? 4. Murid melihat tayangan video tentang piramid makanan. 5. Murid menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang berdasarkan piramid makanan. 6. Murid menjawab soalan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. (Rujuk lampiran 1) BBM Contoh tayangan video di capaian https://www.youtub e.com/watch?v=Gb ZxzJdO-BU https://www.youtub e.com/watch?v=Z5 0p6ZmQj6Q Rajah piramid makanan kosong Kad manila Gambar makanan TP 4 : Menaakul kesan pengambi lan makanan yang tidak berdasarkan piramid makanan. Aktiviti 4 1. Murid melihat tayangan video tentang piramid makanan. 2. Murid dibimbing tentang pengambilan makanan yang sepatutnya berdasarkan kelas makanan mengikut keperluan ( sedikit dan banyak ). 3. Murid menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang berdasarkan piramid makanan. 4. Murid menjawab soalan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. BBM Tayangan video Kad manila Gambar makanan Gambar kanakkanak obesiti dan malnutrisi. Rujuk Lampiran 3 TP 4 : Menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak berdasarkan piramid makanan.
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 14 Aktiviti 5 1. Murid mendengar lagu yang diperdengarkan oleh guru bertajuk “Suku,suku, separuh”. 2. Murid menyanyikan lagu “suku,suku, separuh berdasarkan lirik yang diberikan oleh guru. 3. Murid merancang satu hidangan makanan berdasarkan piramid makanan. Arahan Guru: Sediakan 1 menu makan tengahari yang lengkap berdasarkan piramid makanan. (Nasi, ayam goreng, buah tembikai, sayur bayam, air suam) BBM Lirik lagu “suku,suku, separuh (Lampiran 2) Contoh tayangan video di capaian: https://www.youtube.c om/watch?v=cGFdHjyQy8 http://nutrition.moh. gov.my/wpcontent/uploads/20 17/03/Lagu_suku_ suku_separuh.mp3 TP 5 : Merancang satu hidangan makanan berdasarkan piramid makanan dan membuat penaakulan tentang cadangan tersebut. Aktiviti 6 1. Murid dipecahkan ke dalam kumpulan (6 orang 1 kumpulan). 2. Murid mengambil peta minda (peta i-think) kosong yang diedarkan oleh guru. (rujuk lembaran kerja 3) 3. Murid bergerak ke stesen maklumat tentang makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang yang mempunyai masalah kesihatan sambil melengkapkan peta minda tersebut. 4. Murid membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas. BBM Peta minda ( Peta alir ) Petikan tentang masalah kesihatan TP 6 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif jenis makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang yang mempunyai masalah kesihatan serta mempersembahk annya.
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 15 Lembaran Kerja 1 Peta pokok 7 kelas makanan Lengkapkan peta pokok dengan menampal gambar yang dibawa. Tahap Penguasaan : TP 1 dan TP 2 Kelas makanan
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 16 Lembaran Kerja 2 “ Food Group Challenged” Arahan 1. Tandakan bagi makanan yang membantu manjaga kesihatan 2. Tandakan X pada makanan yang membantu tumbesaran. 3. Warnakan bagi makanan yang memberikan tenaga. 4. Tandakan makanan yang mengawal suhu badan. Tahap Penguasaan : TP
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 17 Lampiran 1 Soalan 1. Nyatakan pemerhatian kamu tentang kanak-kanak di atas. 2. Berikan inferens kamu tentang keadaan kanak-kanak diatas. 3. Apakah kesan pengambilan garam yang berlebihan ? Tahap Penguasaan : TP 4
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 18 Lampiran 2 LIRIK : MOHD SHAH KAMARUDIN LAGU : SYAHIR MISWAN TAJUK : SUKU SUKU SEPARUH DURASI : 2 MINIT 14 SAAT VERSE 1 BANGUN PAGI SUDAH FIKIR APA NAK MAKAN MAKAN INI TINGGI KALORI MAKAN ITU TAK DAPAT TELAN JADI APA PILIHAN TERBAIK? KALAU NAK SIHAT TAK NAK NAIK BERAT CHORUS SENANG SAJA KALAU NAK SIHAT IKUTI SARANAN PINGGAN SIHAT MALAYSIA SUKU SUKU SEPARUH IKUT SAHAJA SUKU IKAN SUKU NASI SEPARUH SAYUR DAN BUAH SUKU SUKU SEPARUH (3X) VERSE 2 SEKARANG SUDAH TAHU BAGAIMANA NAK MULA PILIH YANG KURANG LEMAK PILIH YANG KURANG GULA JADI TUNGGU APA LAGI? JOM SEMUA KITA IKUT BERSAMA CHORUS SENANG SAJA KALAU NAK SIHAT IKUTI SARANAN PINGGAN SIHAT MALAYSIA SUKU SUKU SEPARUH IKUT SAHAJA SUKU IKAN SUKU NASI SEPARUH SAYUR DAN BUAH SUKU SUKU SEPARUH (3X)
SAINS HAYAT Kelas Makanan SAINS TAHUN 3 19 Lembaran Kerja 3 PROSES PEMIKIRAN : Menyatakan Sebab dan Akibat Lengkapkan peta pemikiran berikut berdasarkan maklumat dari petikan yang diberi oleh guru. Tahap Penguasaan : TP 6 PETA PELBAGAI ALIR ( MULTI-FLOW MAP ) Nama Penyakit Jenis Makanan Makanan yang perlu dielakkan a) c) b) d) a) c) b) d)
SAINS HAYAT Pencernaan SAINS TAHUN 3 20 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Hayat TAJUK : Manusia -Pencernaan MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 3.3.1, 3.3.2, 3.3.3, 3.3.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Memerihalkan proses pencernaan secara lisan dan bertulis. 2. Membuat urutan aliran makanan semasa proses pencernaan dengan melabelkan bahagian yang terlibat. 3. Merumuskan makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan akan dikeluarkan sebagai tinja. 4. Menjelaskan pemerhatian tentang pencernaan menerusi lakaran,TMK, penulisan atau lisan secara kreatif KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, mengelas, membuat inferens, berkomunikasi EMK : Pendidikan kesihatan, TMK, Nilai Murni. CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Guru menayangkan video proses pencernaan manusia. 2. Murid-murid diminta menyebut urutan aliran makanan dalam proses pencernaan berdasarkan video yang diperhatikan. 3. Secara rawak, murid dipilih untuk melabel bahagian tubuh yang terlibat dalam proses pencernaan di papan putih. Cadangan aktiviti: Tayangan video proses pencernaan makanan :tajuk video “Penjelasan tentang sistem pencernaan pada tubuh manusia” BBM: Gambar proses pencernaan makanan manusia TP1: Menyatakan makanan dihancurkan oeh gigi, lidah dan air liur. TP2: Melabelkan bahagian tubuh yang terlibat dalam pencernaan
SAINS HAYAT Pencernaan SAINS TAHUN 3 21 Aktiviti 2: 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan : i. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas sebak dan alat tulis. ii. Murid menjalankan aktiviti untuk membuat urutan aliran makanan semasa proses pencernaan dengan menggunakan peta alir ( i Think ) 2. Murid membuat pembentangan hasil di hadapan kelas. 3. Murid bersoal jawab dengan guru. i) Sebutkan bahagian-bahagian yang terlibat dalam proses pencernaan ? ii) Proses pencernaan masih boleh berlaku sekiranya manusia tiada gigi, bagaimanakah cara untuk membantu proses pencernaan tersebut.(KBAT)? (makan makanan yang telah dihancurkan/bentuk cecair) iii) Adakah semua makanan yang dimakan akan diserap oleh tubuh badan?mengapa? Jawapan:tidak kerana makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan akan dikeluarkan sebagai tinja. BBM Kertas sebak dan alat tulis, pita selafon TP 3 : Membuat urutan aliran makanan semasa pencernaan. Aktiviti 3 1. Murid dibekalkan lembaran soalan. 2. Guru menyediakan 5 stesen. 3. Pada setiap stesen guru tampalkan gambar sistem pencernaan manusia. Guru hanya memfokuskan satu bahagian pada satu stesen. Rujuk lampiran 1. Stesen 1-Mulut Stesen 2- Esofagus BBM Organ pencernaan. Lembaran soalan. Nota pencernaan TP 4: Mengitlak tentang apa yang berlaku kepada makanan yang tercerna.
SAINS HAYAT Pencernaan SAINS TAHUN 3 22 Stesen 3-Perut Stesen 4-Usus Stesen 5- Dubur 4. Murid menjawab lembaran kerja berdasarkan gambar pada setiap stesen. 5. Murid bersoal jawab dengan guru tentang maksud pencernaan berdasarkan urutan. Aktiviti 4 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan melakar rajah sistem pencernaan pada kadbod. 2. Setiap kumpulan menampal plastisin mengikut lakaran rajah. 3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil yang dibina dengan menceritakan urutan semasa proses pencernaan. 4. Murid membuat kesimpulan maksud pencernaan berdasarkan urutan semasa pencernaan. BBM Kadbod plastisin Contoh binaan model sistem pencernaan TP 5 Membuat kesimpulan maksud pencernaan berdasarkan urutan semasa pencernaan Aktiviti 5 1. Guru menyediakan kad arahan dan murid melakonkan perbuatan berdasarkan kad yang dipilih. 2. Murid lain meneka perbuatan yang dilakonkan. 3. Murid bersoal jawab tentang kesan perbuatan yang dilakonkan kepada proses pencernaan. BBM: Kad arahan 1-makan sambil bercakap 2-makan sambil melompat 3-makan sambil berlari 4-makan terlalu cepat TP 6 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang perbuatan yang boleh mengganggu pencernaan makanan dan kesannya.
SAINS HAYAT Pencernaan SAINS TAHUN 3 23
SAINS HAYAT Pencernaan SAINS TAHUN 3 24 Stesen 1-Mulut Fungsi Apakah yang berlaku Stesen 2- Esofagus Fungsi Apakah yang berlaku Stesen 3-Perut Fungsi Apakah yang berlaku Stesen 4-Usus Fungsi Apakah yang berlaku Stesen 5- Dubur Fungsi Apakah yang berlaku
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 25 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Hayat TAJUK : Haiwan ( Tabiat pemakanan ) MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 4.1.4, 4.1.5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan tabiat pemakanan haiwan berserta contoh. 2. Mengelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan haiwan. 3. Membuat inferens tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. 4. Membandingkan dan membezakan kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, mengelas, berkomunikasi,membuat inferens EMK : Pendidikan Alam Sekitar , TMK CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid bercerita tentang haiwan peliharaan mereka. 2. Murid menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan peliharaan mereka. 3. Berdasarkan jenis makanan haiwan peliharaan, murid mengelas tabiat pemakanan haiwan tersebut menggunakan peta i-think. Cadangan lain: Bercerita KPS:Mengelas Cadangan peta ithink peta pokok TP 1: Menyatakan tabiat makan haiwan TP 2: Mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 26 Aktiviti 2: 1. Murid diperkenalkan dengan perkataan herbivor, karnivor dan omnivor. 2. Setiap murid dibekalkan satu gambar haiwan. 3. Murid bergerak mengikut tabiat pemakanan haiwan berdasarkan gambar yang mereka pegang untuk membentuk satu kumpulan tabiat pemakanan. 4. Murid membentang jenis makanan yang dimakan dalam kumpulan berdasarkan tabiat pemakanan haiwan. 5. Murid menyiapkan Lembaran Kerja1. BBM Gambar pelbagai jenis haiwan (Lampiran 1) Lembaran kerja 1 TP 2 : Mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat makan TP 3: Mengitlak tentang tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor Aktiviti 3 1. Murid melihat tayangan video tentang tabiat makan haiwan. 2. Soal jawab tentang tayangan video - Apakah makanan haiwan A - Apakah bahagian yang digunakan oleh haiwan mengunyah makanan - Apakah jenis gigi yang digunakan untuk menyiat,memotong, memecah dan melumat makanan - Murid memberi pendapat tentang haiwan yang berubah tabiat makanan mengikut persekitaran seperti kucing,anjing,tikus. 3. Murid membuat inferens tentang struktur kegigian haiwan berdasarkan tabiat makan. 4. Murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 2. BBM Contoh tayangan video/ carta untuk membuat pemerhatian tentang tabiat pemakanan haiwan di capaian: https://youtu.be/24 DK8D4dooM Lembaran Kerja 2 TP 4 : Menaakul kegigian haiwan herbivor,karnivor dan omnivor berdasarkan tabiat makan. TP 5: Menjelaskan melalui contoh haiwan yang berubah tabiat makan semulajadinya. Aktiviti 4 Aktiviti kumpulan: 1. Aktiviti “multiple entry point”. Setiap kumpulan diberikan nama haiwan dan murid kelaskan haiwan tersebut mengikut tabiat makanan, BBM (gambar makanan haiwan dan struktur gigi) -jadual pengelasan TP 5 : Menaakul kegigian haiwan herbivor,karnivor dan omnivor
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 27 makanan dan struktur kegigian. 2. Murid menampal jawapan mereka pada kertas majung. 3. Murid membuat banding beza kegigian haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan membentangkan di hadapan kelas. perlu dilukis pada kertas majung,rujuk lampiran 2 Aktiviti 5 1. Murid membuat Buku Skrap dengan mengunting gambar-gambar haiwan. 2. Murid menampal gambar tersebut dalam buku skrap berdasarkan nama haiwan,tabiat makan,jenis kegigian haiwan secara kreatif dan inovatif. BBM Gambar haiwan TP 6 : Berkomunikasi untuk menunjukkan haiwan yang berubah tabiat makan semulajadinya dan memberi justifikasi.
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 28 Lampiran 1
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 29 Lembaran Kerja 1 Pilih dan tuliskan nama haiwan-haiwan di bawah mengikut tabiat makanan yang betul. Tabiat pemakanan haiwan Herbivor Karnivor Omnivor harimau kerbau cimpanzi kuda lipas Labah-labah belalang Beruang panda ayam helang kucing zirafah beruang katak rusa
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 30 Lembaran Kerja 2 Rajah di bawah menunjukkan satu struktur gigi haiwan. 1. Namakan jenis gigi a, b dan c dan fungsinya. Jenis gigi Fungsi a : b : c : 2. Berikan dua contoh haiwan yang mempunyai struktur gigi di atas dan nyatakan tabiat pemakanannya. …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………. 3. Mengapakah haiwan ini mempunyai kesemua jenis gigi? ……………………………………………………………………………………………. (a) (b) (c)
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 31 Lampiran 2 Herbivor Karnivor Omnivor haiwan: Makanan: Struktur kegigian: haiwan: Makanan : Struktur kegigian: haiwan: Makanan: Struktur kegigian:
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 32 Lampiran 3 Monyet cimpanzi Arnab Kuda belang Harimau buaya Singa kambing lembu Beruang hitam
SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 3 33
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 34 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Hayat TAJUK : Pembiakan tumbuhan MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 25 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 5.1.1,5.1.2,5.1.3,5.1.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan cara tumbuhan membiak. 2. Memberi contoh tumbuhan berdasarkan cara tumbuhan membiak. 3. Menyatakan tentang kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan. 4. Memberi sekurang-kurang dua contoh tumbuhan yang boleh membiak lebih dari satu cara. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, mengelas, berkomunikasi EMK : Pendidikan alam sekitar , TMK CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid menonton video pembiakan tumbuhan yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid melengkapkan senarai semak yang disediakan berdasarkan video yang telah ditonton. 3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peta buih. 4. Murid keluar kelas untuk kajian lapangan. Murid mencatat tumbuhan mengikut cara pembiakannnya. BBM Gambar/Video https://youtu.be/4bI AIOWmhuE -kad pemerhatian -peta i-think,peta buih TP1: Menyatakan cara tumbuhan membiak TP2: Memberi contoh tumbuhan dan cara pembiakan.
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 35 Aktiviti 2 1. Murid menjalankan aktiviti “round table”. 2. Murid diberikan satu penyataan “Manusia dan haiwan memerlukan tumbuhan untuk hidup” 3. Dalam kumpulan murid berbincang: i) Apa yang berlaku sekiranya pokok tidak membiak? ii) Apakah kepentingan pembiakan tumbuhan kepada manusia? iii) Apakah kepentingan pembiakan manusia kepada haiwan? 4. Secara bergilir – gilir ahli dalam kumpulan akan mencatatkan idea masing – masing diatas mini whiteboard yang disediakan. Bagi murid yang lemah guru berikan kata kunci seperti “makanan”, “perabot”, “ubat-ubatan” dan murid huraikannya. 5. Murid membuat pembentangan hasil dapatan kumpulan. BBM Mini whiteboard, Marker pen, Penggunaan ICT TP 3 : Menjana idea tentang kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan. Aktiviti 3 :Projek Pembiakan Tumbuhan 1. Guru bercerita tentang pengalaman bercucuk tanam. 2. Di akhir cerita,guru timbulkan persoalan - adakah kedua-dua pokok kangkung akan membesar? - Murid menjalankan projek 3. Murid menyediakan bahan untuk projek tumbuhan membiak melalui pelbagai cara. 4. Murid memulakan projek berdasarkan langkahlangkah pada kad tugasan. (Rujuk Lampiran 1) 5. Murid membuat laporan dan merekodkan hasil pemerhatian selepas seminggu. BBM Biji benih kangkung batang kangkung, ubi keledek, batang keledek, bekas plastik. Tanah hitam. TP 4 : Mengitlak terdapat tumbuhan yang boleh membiak lebih dari satu cara. TP 5 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang projek pembiakan tumbuhan yang dijalankan.
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 36 6. Murid membentangkan hasil projek. 7. Guru membimbing murid membuat kesimpulan dengan bersoal-jawab i. Adakah semua tumbuhan boleh membiak lebih dari satu cara? ii. Selain menggunakan tanah apakah medium lain yang boleh digunakan membiak tumbuhan? 8. Murid menjawab Lembaran Kerja 2. TP 6 : Menjelaskan melalui contoh penggunaan teknologi dalam pembiakan tumbuhan.
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 37 Lembaran kerja 1 Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan tayangan video. KAD PEMERHATIAN Nama: Cara membiak Tumbuhan Keratan batang Biji benih daun Anak pokok spora Batang bawah tanah Jambu batu Pokok pisang Bawang Paku langsuyar Ubi kayu Aloevera
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 38 Setiap kumpulan memilih satu cara pembiakan. Kemudian, isikan contoh tumbuhan dengan cara pembiakannya.
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 39 Lampiran 1 Kad tugasan Projek AKTIVITI 3 : Projek Tanaman Ubi Keledek dan Kangkung. Tujuan Mengkaji tentang terdapatnya tumbuhan yang boleh membiak lebih dari satu cara. Alat dan Bahan 4 botol plastik yang sama besar Tanah kebun Gunting 1 biji ubi keledek 15cm potongan batang ubi keledek (potongan mesti ada mata tunas) 3 biji benih kangkung 15cm potongan batang kangkung (potongan mesti ada mata tunas) 800ml air Langkah-langkah 1. Potong keempat-empat botol plastik seperti rajah. 2. Labelkan botol dengan ubi keledek, batang ubi keledek, biji benih kangkung, batang kangkung. 3. Tuangkan 200ml air ke dalam botol dan letakkan bahagian atas botol ke dalamnya. 4. Letakkan tanah kebun dalam bahagian atas botol satu lagi.
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 40 5. Letakkan bahagian atas botol yang mengandungi tanah ke dalam bahagian botol yang berisi air. 6. Tanamkan ubi keledek, batang ubi keledek, biji benih kangkung dan batang kangkung berdasarkan label botol masing-masing. 7. Lakarkan hasil kajian projek selepas seminggu. Hasil Pemerhatian Botol Ubi Keledek Botol Batang Ubi Keledek Botol Biji benih Kangkung Botol Batang Kangkung
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 41 Soalan 1. Adakah setiap tumbuhan di dalam botol itu akan tumbuh? 2. Mengapakah tumbuhan tersebut boleh tumbuh? Berikan alasan anda. Lakaran potongan botol: LEMBARAN KERJA
SAINS HAYAT Pembiakan Tumbuhan SAINS TAHUN 3 42 Lembaran Kerja 2 Nyatakan cara pembiakan bagi tumbuhan-tumbuhan berikut : 1.pokok kacang panjang 2. Pokok pisang 3. Pokok lidah jin 4. Pokok kunyit 5. Pokok paku pakis 6. Pokok bunga ros 7. Ubi keledek 8. Pokok kangkung
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 43 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Fizikal TAJUK : Pengukuran MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4, 6.1.5, 6.1.6 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas dan isi padu. 2. Memerihalkan kaedah mengukur luas dan isi padu. 3. Mengukur luas dan isipadu. 4. Menyelesaikan masalah untuk menganggar luas permukaaan tidak sekata. 5. Menyelesaikan masalah untuk menentukan isi padu pepejal tidak sekata. 6. Menaakul kepentingan pengukuran dalam kehidupan harian. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, Komunikasi, Mengukur dan menggunakan nombor. EMK : TMK ,Kreatif, Inovatif,Komunikasi CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Guru meletakkan poster di papan putih. 2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menampal kad petak bersaiz 5cm x 5cm pada poster tersebut. 3. Sesi soal jawab : i. berapakah bilangan kad petak yang diperlukan untuk memenuhi keseluruhan BBM Saiz poster mestilah padan dengan jumlah kad petak. Kad petak 5cmx5cm
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 44 ruang poster? ii. jika kad petak 1cm x 1cm digunakan menggantikan kad petak 5cm x 5cm adakah bilangan kad petak yang diperlukan lebih atau kurang? secukupnya. Catatan Saiz kad petak bergantung pada saiz poster Unit luas yang digunakan adalah cm² Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai ahli-ahli berikut: - Ketua kumpulan (mengawal selia perjalanan aktiviti kumpulan) - Pengendali aktiviti (melakukan aktiviti berdasarkan arahan) - Pencatat (mencatat keputusan aktiviti yang dijalankan) - Pembentang (membentangkan hasil aktiviti) 2. Murid secara berkumpulan mengukur luas permukaan buku tulis menggunakan kad petak bersaiz 1cm x 1cm. 3. Murid merekod bilangan petak yang memenuhi permukaan buku tersebut dan bentangkan. 4. Dengan bimbingan guru, murid menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas buku tersebut menggunakan unit luas cm². 5. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan unit luas yang lain (m², km²) yang boleh digunakan untuk mengukur luas bagi sebuah kelas, padang bola sepak dan sebuah ladang kelapa sawit. Soalan: i) Bagaimanakah cara untuk mengukur luas sebuah padang bola sepak sekolah? BBM ● Buku teks Sains ● Buku tulis ● Kertas petak 1cmx1cm. ● lembaran kerja 1 TP1: Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur luas. TP2: Memerihal kaedah mengukur luas. TP3: Mengukur luas.
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 45 Ramalan jawapan murid : tali pengukur ii) Apakah unit yang digunakan untuk mengukur padang bola sepak sekolah? Ramalan jawapan murid : cm2 Guru membetulkan miskonsepsi murid bahawa unit luas yang sesuai untuk permukaan yang lebih besar ialah m2 , km2 6. Murid melengkapkan lembaran kerja 1. Aktiviti 3: 1. Sesi soal jawab tentang cara mengukur luas objek yang tidak sekata. Contoh soalan: i. Bagaimanakah cara untuk mengukur permukaan yang tidak sekata seperti daun? 2. Murid diberikan kertas petak dan beberapa objek yang mempunyai permukaan yang tidak sekata. 3. Murid diberikan penerangan oleh guru untuk melakukan aktiviti. i) Surih bentuk daun di atas kertas petak ii) Tandakan (√) pada setiap petak yang penuh. Tandakan juga (√) pada petak yang lebih separuh dan separuh penuh pada surihan daun. iii) Hitung (√) yang telah ditandakan 4. Murid menjalankan aktiviti mengira luas permukaan objek yang tidak sekata. (rujuk lembaran kerja 2) 5. Murid merekod hasil dapatan dan membandingkan dengan kumpulan yang lain. BBM Daun, Tapak tangan. Cara pengiraan kad petak pada objek tidak sekata: kawasan yang melebihi separuh petak, dikira sebagai satu petak TP 4 : Menyelesaikan masalah untuk menganggar luas permukaan tidak sekata.
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 46 Aktiviti 4 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai ahli-ahli berikut: - Ketua kumpulan (mengawal selia perjalanan aktiviti kumpulan) - Pengendali aktiviti ( melakukan aktiviti berdasarkan arahan) - Pencatat ( mencatat keputusan aktiviti yang dijalankan) - Pembentang (membentangkan hasil aktiviti ) 2. Murid secara berkumpulan mengukur isipadu kotak ubat gigi menggunakan kubus berukuran 1cm x 1cm x 1cm. 3. Murid merekod bilangan kubus yang diperlukan untuk memenuhi kotak ubat gigi tersebut dan bentangkan. 4. Murid menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur isipadu kotak ubat gigi menggunakan unit isipadu cm³. 5. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan unit isipadu yang lain seperti m3 yang boleh digunakan untuk mengukur isipadu bagi sebuah makmal sains sekolah. Soalan: i) Adakah unit cm3 sesuai digunakan untuk mengukur isipadu sebuah makmal sains? Ramalan jawapan murid : Tidak sesuai ii) Jelaskan jawapan anda. Ramalan jawapan murid : kerana unit cm3 lebih kecil daripada unit m3 6. Guru membetulkan miskonsepsi murid bahawa unit isipadu yang sesuai untuk sesuatu ruang seperti makmal sains ialah m3. BBM Kotak ubat gigi bersaiz 2cm x 2cm x 15cm Kubus 1cm x 1cm x 1cm
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 47 Aktiviti 5 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai ahli-ahli berikut: - Ketua kumpulan (mengawal selia perjalanan aktiviti kumpulan) - Pengendali aktiviti ( melakukan aktiviti berdasarkan arahan) - Pencatat ( mencatat keputusan aktiviti yang dijalankan) - Pembentang (membentangkan hasil aktiviti ) 2. Murid memerhati slaid yang ditunjukkan tentang cara mendapatkan bacaan isi padu cecair menggunakan silinder bersenggat 3. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan unit lain (milliliter (ml), liter(l) yang boleh digunakan untuk mengukur isipadu cecair bagi sebuah minyak, dan air paip. 4. Murid menjalankan aktiviti kumpulan untuk mengukur isi padu cecair dengan tepat menggunakan alat dan teknik yang betul. (Rujuk kad tugasan 2) 5. Murid merekod bacaan dan bentangkan. BBM TMK/slaid MS PowerPoint Silinder bersenggat Air berwarna Bikar https://www.youtub e.com/watch?v=D_ g0U3vxr18 catatan: penekanan istilah meniskus TP 3 : Mengukur isi padu Aktiviti 6 1. Murid menonton video “Burung gagak dengan takar air ” http://www.youtube.com/watch?v=7m5eGsa6iQ s 2. Murid bersoal jawab dengan guru dan mengaitkan kaedah yang digunakan untuk menentukan isipadu pepejal tidak sekata. Contoh soalan: i. Mengapakah burung gagak memasukkan batu ke dalam takar ? ii. Adakah kaedah tersebut boleh digunakan untuk mengukur isi padu batu BBM ● Video ● Silinder bersenggat ● Guli ● Batu ● Duit syiling. TP 5 : Menyelesaikan masalah untuk menentukan isipadu pepejal tidak sekata.
SAINS FIZIKAL Pengukuran SAINS TAHUN 3 48 3. Murid menonton video “Kaedah mengukur isipadu pepejal tidak sekata” https://youtu.be/rOs3acfnLww 4. Murid dalam kumpulan menjalankan aktiviti menentukan isi padu pepejal tidak sekata melalui kaedah sesaran air. ( rujuk kad tugasan 3) 5. Murid membentangkan hasil aktiviti. 6. Murid menjawab soalan dalam lembaran aktiviti. Aktiviti 6 – Projek buku skrap (2 minggu) 1. Murid mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kepentingan pengukuran dalam kehidupan harian. 2. Murid menghasilkan buku skrap secara berpasangan . 3. Murid mempamerkan dan bercerita tentang buku skrap yang telah dihasilkan. 4. Murid bersoal jawab dengan guru tentang kepentingan pengukuran. Soalan: i) Mengapakah pengukuran penting dalam kehidupan seharian Ramalan jawapan : 1. Supaya tidak termakan sukatan ubat yang salah. 2. Supaya dapat membancuh susu bayi dengan sukatan air yang tepat. 3. Kontraktor mengukur luas rumah yang hendak dibina. BBM TMK Buku skrap TP 6 : Menaakul kepentingan pengukuran dalam kehidupan harian.