BUKU PENGURUSAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
2022/2023
SMK CHABANG EMPAT
Kandungan Mukasurat
BAB ! : PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 2
1.1.1 Kata Alu-Aluan Pengetua 3 -4
1.1.2 Prakata Penolong Kanan Pendidikan Khas
1.1.3 Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi 5
1.2 Hala Tuju Sekolah 6
1.2.1 Falsafah Pendidikan Khas 7
1.2.2 Definisi Pendidikan Khas
1.2.3 Visi, Misi dan Motto 8
1.3 Takwim Persekolahan
1.3.1 Takwim Kementerian Pendidikan Malaysia 9
1.4 Senarai Guru / Pembantu Pengurusan Murid 9
1.4.1 Senarai Nama Guru 10-11
1.4.2 Senarai Nama Pembantu Pengurusan Murid
1.5 Jadual Guru Bertugas 12
13
BAB 2 : PENGURUSAN ORGANISASI
2.1 Carta Organisasi 14
2.2 Jawatankuasa Perancang PPKI 15
2.3 Bidang Tugas
2.3.1 Tugas Penolong Kanan Pendidikan Khas 16
2.4 Pengurusan Dan Pentadbiran 17
2.5 Pengurusan Pendidikan Khas 18
2.5.1 Pengurusan Kewangan 19-24
2.5.2 Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan
2.5.3 Pengurusan Kelas
2.5.4 Tugas Pembantu Pengurusan Murid
BAB 3 : PENGURUSAN KURIKULUM 25
3.1 Anggota Jawatankuasa 26-27
3.2 Bidang Tugas Kurikulum 28
3.3 Pakej Matapelajaran Kefungsian Rendah 28
3.4 Pakej Matapelajaran Kefungsian Sederhana 29-31
3.5 Matapelajaran Pendidikan Khas
32
BAB 4 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 33
4.1 Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 34
4.2 Fungsi Pengurusan Hal Ehwal Murid
4.3 Ketetapan Tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid 35
36
BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 37-38
5.1 Anggota Jawatankuasa Kokurikulum
5.2 Fungsi Pengurusan Kokurikulum 39
5.3 Ketetapan Tugas Pengurusan KoKurikulum 40
BAB 6: MAKLUMAT AM 41-42
6.1 Senarai Guru Kelas 43
6.1.1 Ketetapan Tugas Guru Kelas PPKI 44-45
6.2 Ketua Bilik Khas 46
6.2.1 Fungsi Ketua Bilik Khas
6.4 Garis Panduan Pemakaian Dan Bayaran Khas PPKI 2022 47-48
6.5 Kategori Murid Berkeperluan Khas (Mbk) 49-50
6.6 Asas Perkiraan Bilangan Kelas PPKI 51
6.7 Pengurusan Kewangan 52
6.7.1 Jenis Bantuan Perkapita 53
6.7.2 Prosedur Pembelian PPKI 54-56
6.7.2 Anggaran Perbelanjaan 57
6.8 Aktiviti / Program Pendidikan Khas
6.8.1 Ketetapan Tugas Penyelia Program
6.9 Pelan Strategik PPKI
6.10 Analisis SWOT
BAB 1
PENGENALAN
1.1.1 SEKAPUR SIREH, SETITIS TINTA, SELAUTAN MAKNA
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat
meneruskan kerja buat tahun 2021. Semoga kedatangan tahun 2022
membawa bersama keceriaan dan semangat bekerja yang lebih tekun
tersemat dalam jiwa warga SMK Chabang Empat. Saya mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
guru dan anggota kumpulan pelaksana yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga dan
usaha yang berterusan dalam membangunkan sekolah.
Tahun ini kita berhasrat untuk meningkatkan Pengurusan Kualiti Sekolah melalaui pengiktirafan
MS ISO 9001: 2022 bagi Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan dengan niat untuk
meletakkan SMKCE antara sekolah yang terbaik di Kelantan malah di Malaysia. Bagi merealisasikan
impian semestinyalah kita berusaha membentuk satu pasukan guru dan anggota kumpulan
pelaksana yang berdedikasi, progresif dan dinamik di samping barisan pengurusan yang cekap
dalam merangka dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Tidak siapapun boleh
menafikan bahawa kerjasama semua adalah perlu , ”Bulat air kerana pembentung, bulat kata
kerana muafakat”.
Ingatlah, bersatu itu satu permulaan , terus bersatu itu suatu kemajuan dan bekerjasama itu suatu
kejayaan. Kita amat berharap agar pengurusan semua bidang pada tahun ini lebih baik dari tahun-
tahun sebelumnya. Besarlah harapan kita untuk lahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang
akademiknya tanpa sedikitpun mengenepikan akhlak dan budi pekerti sebagai bekal di luar alam
persekolahan mereka.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita menyemai usaha dan cita demi membuahkan hasil yang
melapangkan dada bila tiba masa tuaiannya nanti, Insya Allah, keikhlasan yang kita hulurkan,
keberkatan pula akan kita galas. Semoga usaha dan keikhlasan ini direstui oleh Allah S.W.T.
ROZEMAN BIN DIN A.S.K
Pengetua
SMK Chabang Empat
1
1.1.2 PRAKATA PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
dan para sahabatnya.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita
dapat meneruskan kerja buat kita pada tahun 2021 ini. Semoga
kedatangan tahun baru 2022 membawa bersama keceriaan dan
semangat bekerja yang lebih jitu dan bersemangat.
Saban tahun kita akan menerima pelajar yang yang datang dengan pelbagai sifat dan karenah,
namun tidak ada sedikitpun menjadi halangan dalam mendidik anak-anak bekerpeluan khas ini.
Penerapan program yang diaturkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu pelajar mendapat satu pengalaman dan keseronokan ketika berada di PPKI ini.
Ingatlah, segala keringat yang dicurahkan itu sesungguhnya hanya Allah S.W.T saja yang dapat
memberi ganjaran yang lumayan kepada guru-guru yang ikhlas dalam menjalankan amanah ini.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita menyemai usaha dan cita demi membuahkan hasil yang
melapangkan dada bila masa tuaianya nanti, InsyaAllah, keikhlasan yang kita hulurkan,
keberkatan pula akan kita galas. Semoga usaha dan keikhlasan ini direstui oleh Allah S.W.T.
HASMANI BINTI JAAFAR
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Chabang Empat
2
1.1.3 Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Chabang Empat
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Chabang Empat bermula pada bulan Mac 2015.
Matlamat pembukaan PPKI di SMKCE ialah untuk mengumpulkan Murid Berkeperluan Khas
(MBK) di kawasan berdekatan. Memandangkan sekolah yang terdekat adalah di SMK Wakaf
Bharu. Oleh itu, ia akan meringankan beban ibu bapa pelajar PPKI yang terpaksa menghantar
anak-anak ke sekolah yang jauh.
En. Abdul Razak b. Awang@Che Noh dari SMK Wakaf Bharu( Penyelaras PPKI) dan Puan Zarini
bt. Bakar (Guru Data PPKI) dari SMK Kampong Laut merupakan guru pertama yang telah di
tempatkan di sekolah ini. Manakala , Puan Azurawati bt. Dzahir merupakan Pembantu
Pengurusan Murid.
Pada awalnya , terdapat 4 orang pelajar inklusif telah berada di sekolah ini. Masing-masing
berumur 13 hingga 16 tahun. Mulanya pelajar ditempatkan buat sementara di Bilik PROBIM
sebelum bangunan kekal siap dibaiki.
Pada bulan April 2015 , kerja-kerja membersihkan bangunan ( Blok asrama lama) dijalankan
oleh guru-guru dan ppm bersama pekeja sekolah dijalankan secara berperingkat. Pada bulan
Mei , pengurusan dan kelas PPKI secara rasminya berpindah ke bangunan tersebut.
Penubuhan PPKI SMKCE telah membuka lembaran baru dan semangat pelajar Kelas PROBIM
untuk memasuki PPKI. Perbincangan bersama ibu bapa pelajar PROBIM secara tidak formal
diadakan. Hasil perbincangan tersebut 10 orang pelajar PROBIM telah membuat pemeriksaan
doktor dan telah mendapatkan kad OKU. Secara keseluruhan , seramai 19 orang pelajar telah
mendaftar secara rasmi di PPKI SMKCE telah memberikan semangat dan dorongan PPKI untuk
terus kekal utuh di sini. Dua buah kelas telah ditubuhkan dengan rasmi pada tahun pertama
ditubuhkan.
3
Sehingga akhir tahun 2015 pelbagai projek pengubahsuaian bilik darjah dijalankan.
Pada awal tahun 2016, sinar PPKI lebih menyerlah dengan kehadiran seorang lagi guru baru
iaitu En. Ibrahim B. Mat. Jumlah murid PPKI telah bertambah kepada 32 orang pada tahun
2017
,
PPKI SMKCE telah membaik pulih tingkat atas untuk dijadikan bengkel masakan PPKI . Ia
dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Ghazali B. Sulong. Alhamdulillah pada akhir tahun 2017 ,
warga PPKI SMKCE telah bertambah iaitu Pn Hartini Abd. Halim (PPM).
Pada tahun 2018 murid PPKI telah menjangkau 37 orang. En Abdul Razak b. Awang@Che Noh
telah dinaikkan pangkat ke PPKI SMK Getting sebagai Penolong Kanan PPKI SMK GETTING.
Kehadiran guru baru memeriahkan lagi PPKI SMK Chabang Empat. En. Nazmi b. Abdul Mutalib
(SMK Dabong ), En. Othman B. Harun (PITO ) dan Pn. Rohaya bt. Awang (SMK Tumpat).
Pada tahun 2020, jumlah murid PPKI telah bertambah kepada 47 orang. PPKI SMKCE telah
membaik pulih tapak dewan makan asrama untuk dijadikan kelas pembuatan roti PPKI . Ia
dirasmikan oleh KPPK Tn Hj. Zulkafli Bin Senik pada 9 julai 2019. Alhamdulillah pada akhir tahun
2020 , warga PPKI SMKCE telah bertambah iaitu Mohd Zulkhairi Bin Abdullah (Guru PITO) dan
Rosmaliana bt Mohd. Zawawi (PPM).
Tahun 2021 seramai tiga orang guru baru iatu Syarozi binti Mohammad Nor, Siti Faradila binti
Ab Rahman dan Noraini bt Md Yusof (Guru PITO). Kemudian disusuli dengan Wan Azita Wan
Yahya dan Murnida Mahady . Hasmani binti Jaafar dari SMK Wakaf Bharu merupakan Penolong
Kanan PPKI. Jumlah guru ialah seramai sebelas orang, seorang Penolong Kanan dan empat
orang Pembantu Pengurusan Murid. Jumlah murid ialah seramai 80 orang pada tahun 2022.
Bilangan kelas bertambah kepada 7 kelas. Semoga, dengan adanya Program Pendidikan Khas
Integrasi di sekolah ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga dengan
kehadiran guru-guru baru akan memantapkan lagi PPKI SMKCE.
4
1.2 HALA TUJU SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5
1.2.2 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang
khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid khas, termasuk penggunaan bahan khas,
peralatan khas, teknik pembelajaran dan pemudahcaraan
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar
yang memfokuskan :-
v Perkembangan mental
v Kestabilan emosi
v Integrasi sosial
6
1.2.3 VISI, MISI DAN MOTTO PENDIDIKAN KHAS
VISI
Menyumbangkan ke arah
peningkatan Pendidikan Khas yang
berkualiti dan cemerlang
menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan tinggi
dari segi Jasmani, Emosi, Intelek
dan Rohani bagi memenuhi
kehendak individu, masyarakat
dan Negara.
MISI
Melaksanakan matlamat dan
objektif Pendidikan Khas melalui
kecemerlangan dan pendidikan
yang menyeluruh kepada semua
pelajar khas.
MOTTO
Kebersamaan Merealisasikan
Kebitaraan SMKCE
7
TAKWIM
PERSEKOLAHAN
2022/2023
1.3 KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN MINGGU
21.03.2022 31.03.2022 9 11
1
01.04.2022 30.04.2022 20 12
1 01.05.2022 31.05.2022 17 1
13
01.06.2022 02.06.2022 2
3
JUMLAH HARI 48 7
3
CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023
03.06.2022 - 11.06.2022 9
12.06.2022 30.06.2022 15
19
01.07.2022 31.07.2022 22
1
01.08.2022 31.08.2022 57
2 01.09.2022 01.09.2022
JUMLAH HARI
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023 9
02.09.2022 - 10.09.2022
11.09.2022 30.09.2022 15
18
01.10.2022 31.10.2022 22
6
01.11.2022 30.11.2022
61
01.12.2022 08.12.2022
JUMLAH HARI
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
3 09.12.2022 - 31.12.2022 23
01.01.2023 31.01.2023 20
12
01.02.2023 16.02.2023 32
JUMLAH HARI
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023
17.02.2023 - 11.03.2023 23
8
1.4 SENARAI NAMA GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1.4.1 SENARAI NAMA GURU PENDIDIKAN KHAS
BIL NAMA ANGKA PEJABAT NO. TEL
1. HASMANI BINTI JAAFAR / GRED
D30651 / DG 48 017-9239473
2. MOHAMAD NAZMI BIN ABDUL MUTALIB D58758 / DG 44 013-4666711
3. OTHMAN BIN HARUN D40347 / DG 48 019-9252727
4. IBRAHIM BIN MAT D51269 / DG 44 014-8377217
5. MOHD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH D48102 / DG44 019-9080717
6. ROHAYA BT AWANG D51863 / DG 44 0111-2947083
7. BAHARUN BIN AWANG D49290 / DG 48 011-57560013
8. SYAROZI BT MOHAMMAD NOOR D67388 / DG41 012-9614589
9. SITI FARADILA BINTI AB RAHMAN D65134 / DG44 013-9731853
10. NORAINI BINTI MD YUSOF D51738 / DG44 011-12916976
11. WAN AZITA BT WAN YAHYA D68793 / DG44 019-9917369
12. MURNIDA BT MAHADY D68794 / DG44 019-9962588
1.4.2 SENARAI NAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID
AZURAWATI BT DZAHIR D49605 / N22 011-40216337
HARTINI BT ABDUL HALIM D48869 / N22 019-9966216
WAN NOR HANIZAM W AB RASHID D50280 / N22 012-9566048
ROSMALIANA BT MOHD ZAWAWI D62464 /N19 013-9304241
9
1.5 JADUAL BERTUGAS MINGGUAN GURU DAN PPM
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS PPM BERTUGAS
1 20/03/2022 - 24/03/2022 Syarozi bt Mohd Noor Wan Nor Hanizam
2 27/03/2022 – 31/03/2022 Siti Faradila bt Ab Rahman Rosmaliana Mohd Zawawi
3 03/04/2022 – 07/04/2022 Wan Azita bt Wan Yahya Azurawati bt Mohd Dzahir
4 10/04/2022 – 15/04/2022 Murnida bt Mahady Hartini bt Ab. Halim
5 17/04/2022 – 21/04/2022 Rohaya bt Awang Wan Nor Hanizam
6 24/04/2022 – 28/04/2022 Noraini bt Md Yusof Rosmaliana Mohd Zawawi
7 01/05/2022 – 05/05/2022 Othman bin Harun Azurawati bt Mohd Dzahir
8 08/05/2022 – 12/05/2022 Mohd Nazmi b Abdul Mutalib Hartini bt Ab. Halim
9 15/05/2022 – 19/05/2022 Mohamad Zulkhairi Wan Nor Hanizam
10 22/05/2022 – 26/05/2022 Baharun bin Awang Rosmaliana Mohd Zawawi
11 29/05/2022 – 02/06/2022 Syarozi bt Mohd Noor Azurawati bt Mohd Dzahir
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023
03/06/2022 – 11/06/2022
13 12/06/2022 – 16/09/2022 Siti Faradila bt Ab Rahman Hartini bt Ab Halim
14 19/06/2022 – 23/06/2022 Wan Azita bt Wan Yahya Wan Nor Hanizam
15 26/06/2022 – 30/06/2022 Murnida bt Mahady Rosmaliana Mohd Zawawi
16 03/07/2022 – 07/07/2022 Rohaya bt Awang Azurawati bt Mohd Dzahir
17 10/07/2022 – 14/07/2022 Noraini bt Md Yusof Hartini bt Ab. Halim
18 17/07/2022 – 21/07/2022 Othman bin Harun Wan Nor Hanizam
19 24/07/2022 – 28/07/2022 Mohd Nazmi b Abdul Mutalib Rosmaliana Mohd Zawawi
20 31/07/2022 – 04/08/2022 Othman bin Harun Azurawati bt Mohd Dzahir
10
21 07/08/2022 - 11/08/2022 Baharun bin Awang Hartini bt Ab. Halim
22 14/08/2022 – 18/08/2022 Syarozi bt Mohd Noor Wan Nor Hanizam
23 21/08/2022 – 25/08/2022 Siti Faradila bt Ab Rahman Rosmaliana Mohd Zawawi
24 28/08/2022 – 01/09/2022 Wan Azita bt Wan Yahya Azurawati bt Mohd Dzahir
Cuti Penggal 2, Sesi 2022/2023
02.09.2022 – 10.09.2022
26 11/09/2022 – 25/09/2022 Murnida bt Mahady Hartini bt Ab. Halim
27 28/09/2022 – 29/09/2022 Rohaya bt Awang Wan Nor Hanizam
28 02/10/2022 – 06/10/2022 Noraini bt Md Yusof Rosmaliana Mohd Zawawi
29 09/10/2022 – 13/10/2022 Othman bin Harun Azurawati bt Mohd Dzahir
30 16/10/2022 – 20/10/2022 Mohd Nazmi b Abdul Mutalib Hartini bt Ab. Halim
31 23/10/2022 – 27/10/2022 Mohamad Zulkhairi Wan Nor Hanizam
32 30/10/2022 – 03/11/2022 Baharun bin Awang Rosmaliana Mohd Zawawi
33 06/11/2022 – 10/11/2022 Syarozi bt Mohd Noor Azurawati bt Mohd Dzahir
34 13/11/2022 – 17/11/2022 Siti Faradila bt Ab Rahman Hartini bt Ab Halim
35 20/11/2022 – 24/11/2022 Wan Azita bt Wan Yahya Wan Nor Hanizam
36 27/11/2022 – 01/12/2022 Murnida bt Mahady Rosmaliana Mohd Zawawi
37 04/12/2022 – 08/12/2022 Rohaya bt Awang Azurawati bt Mohd Dzahir
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
09/12/2022 – 31/12/2022
MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS PPM BERTUGAS
41 01/01/2023 – 05/01/2023 Noraini bt Md Yusof Hartini bt Ab. Halim
42 08/01/2023 – 12/01/2023 Othman bin Harun Wan Nor Hanizam
11
43 15/01/2023 – 19/01/2023 Mohd Nazmi b Abdul Mutalib Rosmaliana Mohd Zawawi
44 22/01/2023 – 26/01/2023 Mohamad Zulkhairi Azurawati bt Mohd Dzahir
45 29/01/2023 – 02/02/2023 Baharun bin Awang Hartini bt Ab. Halim
46 05/02/2023 – 09/02/2023 Syarozi bt Mohd Noor Wan Nor Hanizam
47 12/02/2023 – 16/02/2023 Siti Faradila bt Ab Rahman Rosmaliana Mohd Zawawi
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2023
17/02/2023 – 11/03/2023
12
BAB 2
PENGURUSAN
ORGANISASI
2.1 CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS
HM01 PENGETUA
ROZEMAN BIN DIN A.S.K
HM06 PENOLONG KANAN
HASMANI BT JAAFAR
HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI
IBRAHIM BIN MAT BAHARUN B AWANG MOHD NAZMI OTHMAN B HARUN MOHD ZULKHAIRI
HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI HM39 GURU PPKI
W AZITA W YAHYA SYAROZI MOHD NOR ROHAYA AWANG NORAINI MD YUSOF SITI FARADILA MURNIDA MAHADY
HM56 PPM HM56 PPM HM56 PPM HM56 PPM
AZURAWATI HARTINI AB HALIM WAN NOR HANIZAM ROSMALIANA
2.2 : JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
HM01
PENGETUA
ROZEMAN BIN DIN A.S.K
HM06
PEN. KANAN PEND.KHAS
HASMANI BINTI JAAFAR
HM39
SETIAUSAHA
MOHAMAD NAZMI B ABD MUTALIB
HM39 HM39
PEN.SETIAUSAHA / SU EMK BENDAHARI
OTHMAN BIN HARUN
ROHAYA BT AWANG
HM39 HM39 HM39
SU KURIKULUM SU HEM / e-RPI SU KOKURIKULUM
WAN AZITA BT WAN YAHYA SYAROZI BT MOHD NOOR MUHD ZULKHAIRI B ABDULLAH
HM39 HM39 HM39
SU 3K / SPBT SU PASM SU DATA / APDM / JADUAL
IBRAHIM BIN MAT SITI FARADILA BT AB RAHMAN
BAHARUN BIN AWANG
HM39 HM39
SU INKLUSIF
MURNIDA BT MAHADY SU KELAB USAHAWAN
NORAINI BT MD YUSOF
13
2.3 JAWATANKUASA PERANCANG DAN BIDANG TUGAS
2.3.1 TUGAS PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
1.Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12)
waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual 30
minit satu (1) waktu.
2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
semasa.
3. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
4. Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian.
5. Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang
ditetapkan oleh PGB
6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
7. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke
semasa.
8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa
2.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan
takwim sekolah berkaitan Pendidikan Khas.
2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat JK P.Khas Sekolah
14
3. Mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat
dan perangkaan berkaitan pengurusan pendidikan khas.
4. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan
berkaitan pengurusan pendidikan khas.
5. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar
6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
7. Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang
pendidikan khas untuk guru dan murid.
8. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik
khas berkaitan pengurusan kokurikulum.
9. Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM
dan kokurikulum.
10. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama.
(rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29)
2.5 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
1. Merancang dan menyelia perjalanan aktiviti kelas PPKI/Program Inklusif sepanjang tahun
2. Mengadakan taklimat mingguan/bulanan bersama-sama guru pendidikan khas.
3. Memberi taklimat pengoperasian PPKI terkini kepada pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru tentang pengurusan kelas PPKI.
4. Menyampaikan maklumat dan dapatan GPK Pendidikan Khas/ penyelaras bersamasama
dengan Penolong PPD Pendidikan Khas dan swasta/JPN kepada pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
15
5. Memastikan fail-fail pengurusan PPKI sentiasa dikemas kini.
6. Mengurus perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa Murid
Berkeperluan Khas (MBK) sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun melalui
penubuhan Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa PPKI.
7. Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI.
8. Memastikan semua guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid PPKI
berada di perhimpunan mingguan/rasmi (tertakluk kepada amalan sekolah dan
keupayaan murid PPKI)
9. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah
diserah kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah yang berkenaan.
10. Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas
JPN dan agensi berkaitan.
11. Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan dihantar
ke PPD dan Unit Pendidikan Khas JPN.
12. Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti Sistem
Orang Kurang Upaya (SisOKU), APDM/EMIS/SPS, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4,
SMPK, SMM, PBS PPKI dan lain-lain.
13. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan PPKI kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus.
2.5.1 PENGURUSAN KEWANGAN
1. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
16
2. Bertanggungjawab mengurus kewangan PPKI.
3. Memastikan semua guru pendidikan khas menerima elaun Bayaran Insentif
Mengajar Kanak-kanak Cacat (BIMKC).
4. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa).
5. Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum serta
memastikan tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segera.
6. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur yang sedang berkuat
kuasa.
7. Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan
persekolahan dan menerima buku resit daripada PGB sebelum membuat kutipan
2.5.2 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan
jadual waktu sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula.
2. Memastikan guru pendidikan khas mengajar sepenuhnya di PPKI.
3. Memastikan guru pendidikan khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan PdP
serta aktiviti berkaitan PPKI.
4. Memastikan pengurusan jadual waktu guru pendidikan khas disahkan oleh PGB.
5. Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah.
6. Menyelaraskan dan memantau perancangan dan pelaksanaan RPI oleh setiap orang
guru bagi setiap MBK
7. Memastikan pencerapan PdP guru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke semasa
17
8. Melaksanakan pencerapan PdP kepada semua guru pendidikan khas.
9. Memastikan buku persediaan mengajar disediakan dan dikemas kini oleh guru
pendidikan khas.
10. Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan pelibatan
semua murid PPKI.
11. Memastikan MBK dalam program pendidikan inklusif yang menduduki peperiksaan
awam diberi kemudahan peperiksaan awam seperti bilik khas dan masa tambahan
menjawab soalan.
12. Menyelaraskan program pendidikan inklusif separa.
2.5.3 PENGURUSAN KELAS
1. Menyediakan satu (1) peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan persetujuan
daripada pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
2. Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan kondusif untuk PdP.
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan
diselenggara dengan baik.
4. Memastikan kelas disediakan kemudahan mesra OKU seperti ada susur landai
(ramp) dan tandas OKU.
5. Mencadangkan pembelian keperluan di PPKI kepada PGB untuk membuat
permohonan peralatan/aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas, JPN
melalui PPD masing-masing berdasarkan keperluan semasa.
6. Mencadangkan pembelian keperluan peralatan sokongan pembelajaran mengikut
keperluan ketidakupayaan MBK kepada PGB.
18
2.5.4 TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(A) MENJAGA HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
1. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
kemas seperti:
a. Mengurus murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian.
b. Membantu membersihkan murid seperti memandikannya (jika perlu).
c. Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam kelas seperti muntah, air kencing,
najis dan sebagainya
2. Bertanggungjawab menghantar atau menyambut kedatangan murid semasa
menghadiri kelas/stesen PdP.
3. Bertanggungjawab memastikan murid berada di kawasan sekolah dalam keadaan
selamat.
4. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid
keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat
a. Mengawasi murid setelah tamat waktu persekolahan
b. Memaklumkan kepada GPK Pendidikan Khas/Penyelaras untuk menghubungi
ibu bapa/penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang
5. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu membawa/
mengiringi murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta
membersihkan diri dengan betul.
6. Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/
urusan rasmi seperti berikut:
19
a. Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas
b. Sebelum ketibaan guru
c. Semasa time-out (dendaan)
7. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga untuk
urusan ke hospital:
a. Membantu menenangkan emosi murid
b. Menempatkan murid ke bilik sakit
c. Menyemak rekod latar belakang kesihatan murid
8. Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan
luka atau menyapukan ubat (dengan bantuan guru).
9. Berada bersama-sama murid seperti perhimpunan rasmi sekolah:
a. Membawa murid ke tempat perhimpunan
b. Membimbing dan mengawasi tingkah laku murid semasa perhimpunan
berlangsung
10. Menjadi role model kepada murid daripada segi tingkah laku, tutur kata yang sopan
dan penampilan diri.
11. Membantu mengurus murid baru
a. Melayan karenah dan menenangkan emosi murid
b. Menempatkan murid di dalam kelas
c. Membantu orientasi dijalankan
12. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat
a. Memastikan murid beratur sebelum ke kantin
b. Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan
20
c. Membantu murid membeli makanan
d. Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada murid
e. Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan
f. Memastikan murid beratur masuk ke kelas
13. Membantu membuat lawatan susulan bersama guru ke rumah ibu bapa/penjaga
murid yang bermasalah.
(B) PENGURUSAN KELAS/BILIK PENDIDIKAN KHAS
1. Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam
keadaan terurus sebelum dan selepas PdP.
2. Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas/bilik pendidikan khas
a. Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan dengan mop (jika perlu)
b. Memastikan sampah dibuang
c. Membersihkan kipas, langsir, sofa, pinggan mangkuk dan peti sejuk secara
berkala
d. Memastikan cermin tingkap dan perabot semua bilik tidak berhabuk
3. Memastikan tandas Pendidikan Khas bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika
perlu).
4. Membantu menjaga dan memastikan projek pendidikan khas seperti kebun, taman
dan lain-lain dalam keadaan terurus.
5. Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di
tempat yang selamat seperti peralatan dapur, bengkel/pertukangan, kebun/stor,
akuarium/sangkar, bilik khas dan kelas pembelajaran/stesen PdP.
21
6. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan papan kenyataan
dari semasa ke semasa.
7. Membantu menyusun atur peralatan dan perabot Kelas Pendidikan Khas supaya
kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif.
8. Membantu menceriakan dalam dan luar Kelas Pendidikan Khas.
9. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api
masih boleh digunakan
a. Mengenal pasti tarikh luput
b. Bekalan lengkap dan mencukupi
(C) PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
1. Membantu menyusun fail pendidikan khas mengikut sistem fail supaya teratur dan
mudah diperoleh.
2. Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
3. Membantu mengemaskinikan data murid setiap bulan.
4. Membantu mengemaskinikan rekod dan fail murid.
5. Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas
a. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan
b. Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun
c. Mengemaskinikan senarai inventori dan buku log (pergerakan alatan) di setiap
bilik dari semasa ke semasa.
22
(D) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP
a. Memasang peralatan elektronik
b. Membuat salinan (photocopy)
c. Menyediakan buku dan alat tulis
d. Mengurus murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa
bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-lain
2. Membimbing dan mengawal tingkah laku murid semasa PdP.
3. Membantu mengurus murid semasa aktiviti PdP seperti memegang tangan murid
untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal.
4. Membantu murid inklusif di kelas perdana.
(E) PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)
1. Mengurus murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak.
2. Bertanggungjawab menjaga pergerakan dan keselamatan murid semasa aktiviti
dalam dan di luar sekolah.
3. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas perdana jika perlu
(F) TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN
1. Bertanggungjawab terhadap kelas pendidikan khas seperti:
a. Menyapu dan mop lantai, serta memastikan bilik dan tandas sentiasa bersih,
ceria dan selamat
b. Memastikan langsir dan sarung sofa dicuci dan diganti (jika perlu)
23
c. Membersihkan cermin tingkap, kipas, pinggan mangkuk dan peti sejuk
d. Memastikan semua peralatan elektrik tidak berhabuk, selamat dan sedia untuk
digunakan
e. Menyusun semula peralatan dan perabot
2. Membantu mengenal pasti semua perabot dan peralatan yang boleh digunakan,
perlu diselenggarakan atau dihapus kira.
3. Membantu menjaga projek pendidikan khas seperti aktiviti perkebunan dan haiwan
peliharaan dengan baiknya.
4. Membantu menyemak stok dan inventori.
5. Membantu melabel dan mengemaskinikan sistem fail.
6. Membantu menyediakan borang dan fail untuk pendaftaran baru.
7. Menghubungi penyelaras atau guru pendidikan khas yang lain sekiranya diperlukan
untuk tindakan segera.
8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.
24
BAB 3
PENGURUSAN
KURIKULUM
3.1 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas Kurikulum
3.1 JAWATANKUASA KURIKULUM
JAWATANKUASA KURIKULUM
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pengerusi : Rozeman bin Din A.S.K
Timbalan Pengerusi : Hasmani bt Jaafar (P. Kanan PPKI)
Setiausaha : Wan Azita bt Wan Yahya
Ahli Jawatankuasa :
1. Baharun bin Awang
2. Othman bin Harun
3. Ibrahim bin Mat
4. Mohamad Zulkhairi bin Abdullah
5. Rohaya bt Awang
6. Syarozi binti Mohd Noor
7. Siti Faradila binti Ab. Rahman
8. Noraini bt Md Yusof
FUNGSI:
1. Merangka kurikulum PPKI
2. Memastikan DSKP di cetak dan diagihkankan kepada guru PPKI.
3. Memastikan setiap guru menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan.
4. Memastikan semua guru dan kakitangan PPKI memahami kehendak
kurikulum Pendidikan khas.
5. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut tahap kefungsian murid
6. Menyediakan fail-fail berkaitan Kurikulum PPKI.
.
25
3.2 BIDANG TUGAS PENGURUSAN KURIKULUM
BIL JAWATANKUASA GURU PPM
1. Pengurusan Kurikulum Wan Azita bt Wan Yahya Hartini
(Setiausaha Kurikulum)
2. Pencerapan/ e-cakna Hasmani binti Jaafar Semua PPM
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
3. Program Pendidikan Inklusif Murnida bt Mahady Semua PPM
(Guru Arus Perdana)
4. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Syarozi bin Mohd Noor Hanizam
5. PASM Siti Faradila bt Ab Azurawati
Rahman
6. Jadual Waktu Dan Jadual Ganti Baharun bin Awang Hartini
7. Penilaian Dan Peperiksaan Wan Azita bt Wan Yahya Hanizam
26
8 ICT & Multimedia Mohamad Zulkhairi bt Azurawati
Abdullah
9 Alatan Dan Bahan Bantuan Mengajar Ibrahim bin Mat Rosmaliana
10 Prasarana Kelas Murnida bt Mahady
(Pembuatan Roti)
Syarozi binti Mohd Noor
(Pembuatan Roti)
Wan Azita bt Wan Yahya
(Pembuatan Roti)
Siti Faradila bt Ab
Rahman (Asas Masakan)
Baharun bin Awang
(Tanaman)
Ibrahim bin Mat
(Blok Pentadbiran)
27
PAKEJ
MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN KHAS
3.3 PAKEJ MATAPELAJARAN PPKI ( KEFUNGSIAN RENDAH )
BIL BIDANG MATA PELAJARAN
1. PENGURUSAN KEHIDUPAN § PENGURUSAN DIRI
§ KEMAHIRAN KUMULATIF
§ BAHASA MELAYU
2. KOMUNIKASI § MATEMATIK
§ BAHASA INGGERIS
3. PENDIDIKAN SAHSIAH § PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
§ PENDIDIKAN MORAL
§ PENDIDIKAN JASMANI
4. PENDIDIKAN SENI DAN § PENDIDIKAN KESIHATAN
KESEJAHTERAAN § PENDIDIKAN SENI VISUAL
§ PENDIDIKAN MUZIK
SEKOLAH KERJAYA / MPV § KERJAYA PERTANIAN
(KEMAHIRAN)
5. § KERJAYA CAR WASH
§ KERJAYA SENI KRAF (ANYAMAN)
§ KERJAYA ASAS MASAKAN
3.4 PAKEJ MATAPELAJARAN PPKI ( KEFUNGSIAN SEDERHANA)
BIL BIDANG MATA PELAJARAN ( KV)
1. KSSM PK MASAKAN PEMBUATAN ROTI
28
3.5. MATA PELAJARAN KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP)
NAMA GURU MATA PELAJARAN
Hasmani binti Jaafar KR (Kom)
(Penolong Kanan Pendidikan Khas) Bahasa Malaysia (Kelas B, C, D dan G)
Mohamad Nazmi bin Abdul Mutalib KSSMPK
Rohaya bt Awang Bahasa Inggeris for Communicatian (Ting1, 2 dan 3)
KR (Kom)
Othman bin Harun Bahasa Inggeris (Kelas B, C, D dan G)
Ibrahim bin Mat KSSMPK
Pengurusan Diri (Ting 1)
KAV
Asas Masakan (Kelas G)
KR (KHD)
Pengurusan Diri (Kelas B)
KSSMPK
Pendidkan Seni Visual (T3)
KR (Seni)
Pendidkan Jasmani (Kelas c)
KSSMPK
Matematik (Ting 1, 2 dan 3)
KR (Kom)
Matematik (Kelas B, C D dan G)
KR (Sah)
29
Baharun bin Awang Pendidikan Islam/Moral (Kelas D dan G)
Muhd Zulkhairi bin Abdullah KSSMPK
Syarozi binti Mohd Noor Pendidikan Jasmani (Ting 2)
Siti Faradila binti Ab Rahman Pendidikan Seni Visual (Ting 1 dan 2)
KAV
Tanaman (Kelas B)
KR (KHD)
Kemahiran Manipulatif (Kelas B)
KSSMPK
Bahasa Malaysia Komunikasi (Ting 1, 2 dan 3)
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Ting 1)
KR (Sah)
Pendidikan Islam (Kelas B dan C)
KR (KHD)
Pengurusan Diri (Kelas D)
KSSMPK
KVS - Pembuatan Roti (Ting 3)
KR (Seni)
Pendidikan Jasmani (Kelas B)
KSSMPK
Pendidkan Jasmani dan Kesihatan (Ting 3)
Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar (Ting 1)
KAV
Asas Masakan (Kelas D)
KR (Seni)
30
Noraini binti Md Yusof Pendidikan Seni ( Kelas B dan C)
KSSMPK
Pendidikan Agama Islam (Ting 1, 2 dan 3)
KR (KHD)
Pengurusan Diri ( Kelas C dan G)
Kemahiran Manipulatif (Kelas D)
Murnida binti Mahady KSSMPK
Wan Azita binti Wan Yahya KVS – Pembuatan Roti (Ting 2)
KR (Seni)
Pendidikan Jasmani (Kelas B)
KSSMPK
KAV – Asas Masakan (T1)
Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar (T2 dan T3)
KR (Seni)
Pendidikan Jasmani (Kelas D)
** KSSMPK – Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
** KAV – Kemahiran Asas Vokasional
** KR - Kefungsian Rendah
(Kom - Komunikasi)
(KHD – Kemahiran Kehidupan)
(Seni – Kesenian)
(Sah – Pendidikan Sahsiah)
31
BAB 4
PENGURUSAN
HAL EHWAL
MURID
4.1 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Penasihat : Rozeman bin Din (A.S.K)
Pengerusi : Hasmani bt Jaafar (P. Kanan PPKI)
Timbalan Pengerusi : Mohd Nazmi bin Ab Mutalib (SU PPKI)
Setiausaha : Syarozi binti Mohd Noor
Penolong Setiausaha : Ibrahim bin Mat
Ahli Jawatankuasa :
1. Othman bin Harun
2. Ibrahim bin Mat
3. Mohamad Zulkhairi bin Abdullah
4. Baharun bin Awang
5. Rohaya bt Awang
6. Siti Faradila binti Ab. Rahman
7. Wan Azita bt Wan Yahya
8. Murnida bt Mahady
9. Noraini bt Md Yusof
32
4.2 FUNGSI HAL EHWAL MURID
1. Merancang dan mentadbir pengurusan hal ehwal murid bagi memastikan
keselamatan, kebajikan dan kemenjadian murid secara menyeluruh.
2. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid
pendidikan khas.
3. Membantu merancang dan memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
murid pendidikan khas.
4. Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program kesihatan,
kebajikan dan keceriaan sekolah.
5. Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks.
6. Membantu mengawal dan menyelaraskan perkhidmatan keselamatan dan
kebersihan bangunan dan kawasan/blok pendidikan khas
4.3 KETETAPAN TUGAS HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
JAWATANKUASA NAMA GURU PPM
Syarozi binti Mohd Noor Semua PPM
Pengurusan Hal Ehwal Murid
(Setiausaha HEM Pend.Khas) Semua PPM
Hartini
Badan Disiplin Dan Pengawas Syarozi binti Mohd Noor
Elaun Murid Khas (Murid PPKI & Perdana) Rohaya Binti Awang
33
Pengurusan Dan Keceriaan Kelas Guru Kelas Semua PPM
Pendaftaran Murid Wan Azita bt Wan Yahya Semua PPM
Awal Persekolahan Semua Guru Kelas
Tingkatan 4 (Vok./Buying seat)
Sekolah 3K Ibrahim bin Mat Semua PPM
(Kesihatan, Kebersihan & Keselamatan)
Daftar Buku Agung Mohd Zulkhairi bin Abdullah Azurawati
Tabung Kebajikan Dan Skim Takaful Noraini binti Md Yusof Hartini
Murid Othman bin Harun Rosmaliana
Guru Data Baharun bin Awang
Koperasi Rohaya bt Awang Azurawati
Album, Fail Dan Dokumentasi Othman bin Harun Rosmaliana
Perhimpunan Sekolah Guru Bertugas Mingguan Semua PPM
Kebajikan & Kecemasan Murid Mohamad Zulkhairi bin Abdullah Hartini
’Home Visit’ Ibrahim bin Mat Semua PPM
34
BAB 5
PENGURUSAN
KOKURIKULUM
5.1 JAWATANKUASA KOKURIKULUM
5.1 JAWATANKUASA KOKURIKULUM
JAWATANKUASA KOKURIKULUM
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pengerusi : Rozeman bin Din A.S.K (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Hasmani binti Jaafar ( Pen. Kanan PPKI)
Setiausaha : Mohamad Zulkhairi bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa :
1. Mohamad Nazmi bin Abdul Mutalib
2. Othman bin Harun
3. Ibrahim bin Mat
4. Baharun bin Awang
5. Rohaya bt Awang
6. Syarozi binti Mohd Noor
7. Siti Faradila binti Ab. Rahman
8. Wan Azita binti Wan Yahya
9. Murnida binti Mahady
10. Noraini binti Md Yusof
35
5.2 FUNGSI PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan unit beruniform, kelab dan
persatuan, sukan dan permainan bagi MBK.
2. Menyusun, menyelaraskan dan memantau takwim kegiatan Kokurikulum PPKI di
sekolah melalui perbincangan dengan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
dengan memilih aktiviti yang bersesuaian.
3. Menubuhkan jawatankuasa kokurikulum PPKI.
4. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus ABM kokurikulum PPKI.
5. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum diambil.
6. Mengenal pasti keupayaan guru pendidikan khas dan potensi/bakat MBK dalam
kokurikulum.
7. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan
mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
8. Menyelaraskan hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti hari Kokurikulum
sekolah).
9. Menyelaraskan pembahagian MBK ke dalam kegiatan kokurikulum serta
meningkatkan tahap pencapaian.
10. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
11. Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
kokurikulum.
12. Membentangkan perancangan aktiviti kokurikulum PPKI dalam mesyuarat
jawatankuasa kokurikulum sekolah.
13. Menyelaraskan pelaksanaan kokurikulum secara inklusif separa.
36
14. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh PGB dari semasa
ke semasa.
15. Memantau setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh MBK.
16. Memastikan semua guru penasihat membuat penilaian dan mengisi buku/borang
penilaian mengikut masa yang telah ditetapkan
5.3 KETETAPAN TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM
JAWATANKUASA NAMA GURU PPM
Pengurusan Kokurikulum Hartini
(Setiausaha Kokurikulum Pendidikan Mohd Zulkhairi bin Abdullah Azurawati
Khas) Rosmaliana
Hanizam
Program Pertandingan oleh JPN Wan Azita binti Wan Yahya (K)
dan PPDT Mohd Nazmi bin Abdul Mutalib
Mohd Zulkhairi bin Abdullah
Unit Beruniform Syarozi binti Md Noor
Pengakap Rohaya binti Awang
1. Muhd Zulkhairi bin Abdullah (K)
2. Mohamad Nazmi bin Abdul Mutalib
3. Othman bin Harun
4. Ibrahim bin Mat
5. Baharun bin Awang
6. Rohaya bt Awang
7. Syarozi binti Mohd Noor
8. Siti Faradila binti Ab. Rahman
9. Wan Azita binti Wan Yahya
37
Kelab Usahawan Muda 10. Murnida binti Mahady
Sukan dan Permainan 11. Noraini binti Md Yusof
Bola Sepak
Olahraga Murnida binti Mahadi
Bola Jaring Mohd Nazmi bin Abdul Mutalib (K)
Pentanque Semua Guru
Badminton
Sepak Takraw
38
BAB 6
MAKLUMAT
AM