The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by michael.jangi91, 2022-09-01 23:53:44

MODUL KO-KURIKULUM BKT SEMESTER 2

MODUL KO-KURIKULUM BKT SEMESTER 2

EDISI PERTAMA

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

KAWAD KAKI

Rasional Kursus

Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan
disiplin, tatatertib, cergas dan taat setia serta dapat membentuk ahli-ahli supaya
bekerjasama di dalam satu kumpulan dan mempunyai semangat jati diri.

Sinopsis Kursus
Kursus ini memberikan fokus dan penekanan agar pelatih dapat memperolehi
kemahiran kawad kaki dengan baik serta berupaya menjadi jurulatih kawad kaki yang
mempunyai kompetensi yang baik dan seterusnya akan membawa pelajar di institusi
latihan MARA belajar dengan penuh disiplin, komited dan bertanggungjawab terhadap
tugasan semasa dan pengajian yang diikuti di sepanjang tempoh belajar.

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. pendedahan diri tentang pergerakan-pergerakan dan arahan dalam kawad kaki.
2. memahirkan diri serta memberi arahan / hukuman kawad dengan bahasa yang betul.
3. memahirkan pelajar dengan kemahiran komunikasi berisyarat dan lisan.
4. meningkatkan keyakinan diri dan disiplin pelajar.
5. meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kerjasama berkumpulan.
6. menterjemahkan arahan lisan kepada pergerakan anggota badan secara efektif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Original Writers
MPKK
Pusat Ko-kurikulum
UiTM Shah Alam

Editor
Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor
BKT

Cover Design & Developed by
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018
This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES
i
Synopsis ii
iii
Credit page

Index

Pengenalan Kawad Kaki 1
2 -10
Bahasa hukuman
-Sedia,Senang Diri,Rehat diri,Nombor dan Nyatakan
-Berbaris dalam tiga barisan,meluruskan barisan,pandang
depan
-Melapurkan nombor,buka dan tutup barisan,berpusing dan
berpusing separuh
-Paras,bersurai & keluar baris,berjalan & berhenti dalam
masa cepat
-Berjalan & berhenti dalam masa perlahan, langkah pendek
& langkah panjang, langkah ke hadapan & langkah ke
belakang, langkah ke sebelah.

Aktiviti Pelajar 11
Bibliography 12

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 1.0 – 5.0 : KAWAD KAKI

1.0 PENGENALAN KAWAD

Aktiviti Kawad merupakan aktiviti penting yang terdapat di dalam
Kokurikulum sesebuah institusi. Aktiviti kawad dapat membentuk
dan memantapkan disiplin pelajar.
Berkawad juga dapat mengukuhkan kekuatan dan kerjasama
berpasukan di mana pasukan perlu bekerja dalam satu pasukan
dan berdisiplin.
Unit ini akan membincangkan arahan-arahan yang terdapat
dalam aktiviti berkawad.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan
disiplin tatatertib, cergas dan taat setia. Selain dari itu berkawad dapat membentuk ahli-
ahli supaya bekerjasama di dalam satu kumpulan.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas menamatkan unit ini, pelajar akan dapat:

1. mengenalpasti hukuman-hukuman kawad kaki.
2. mengenalpasti pergerakan-pergerakan kawad kaki statik dan dinamik dengan baik.
3. Menyediakan diri dengan kemahiran kawad kaki dengan baik untuk diuji.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

1. Kawad Kaki
Aktiviti Kawad Kaki adalah merupakan komponen kemahiran dalam Kokurikulum.

Pembahagian markah sebanyak 40 peratus adalah tertakluk kepada perincian yang
telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan.
1.1 Bahasa hukuman : Berpusing ke kiri / kanan dalam masa perlahan

1.2 Bahasa hukuman: Berpusing ke belakang dalam masa perlahan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Unit 2 : Kawad Kaki
2.1 Bahasa hukuman : Hentak kaki dalam masa perlahan

2.2 Bahasa hukuman : Perlahan jalan dari hentak kaki

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Unit 3 : Kawad Kaki
3.1 Bahasa hukuman : Tukar langkah cepat dari perlahan jalan

3.2 Bahasa hukuman : Tukar langkah perlahan dari cepat jalan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Unit 4 : Kawad Kaki
4.1 Bahasa hukuman : Tukar langkah cepat dari berlari

4.2 Bahasa hukuman: Berjalan barisan melintang semasa perlahan jalan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Unit 5: Kawad Kaki
5.1 Bahasa hukuman : Memberi hormat semasa berhenti

5.2 Bahasa hukuman : Hormat ke kiri / kanan semasa berjalan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

5.3 Bahasa hukuman : Hormat ke hadapan semasa berjalan

AKTIVITI PELAJAR

1. Pelajar / peserta dipecahkan kepada kumpulan yang kecil serta jurulatih melantik
seorang “komander” bagi tujuan arahan kawad secara kumpulan.

2. Kumpulan kecil diberi arahan mengikut hukuman kawad yang berbeza.

3. Kumpulan-kumpulan kecil akan bergilir melaksanakan hukuman kawad yang
berbeza.

4. Jurulatih memantau proses penggiliran hukuman kawad dan arahan “komander”
yang dilantik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 1

Bibliography:

1. Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK). 2017/2018. Buku Panduan
Kawad Kaki Komander Kesatria. 31-65.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 1.0 - 5.0

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 6.0 : ASAS IKATAN DAN SIMPULAN

Rasional Kursus

Ikatan dan Simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja terutama dalam
melibatkan aktiviti luar. Penggunaan tali sebagai medium survival aktiviti luar seperti
mengembara, pendaki gunung, mengikat kapal dan medium operasi penyelamatan
adalah terbukti suatu kaedah yang efektif. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan
dapat membantu penyelamat dalam mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa di
dalam situasi yang tak dijangka dan memerlukan pengetahuan ikatan dan simpulan.

Sinopsis Kursus
Kursus ini menekankan dalam mengenalpasti dan mendalami pengetahuan berkaitan
penggunaan tali untuk membentuk ikatan dan simpulan yang lebih berkesan. Kaedah
dan cara yang berbeza perlu dipelajari bagi membezakan keadaan dan kesesuaian
aktiviti atau tujuan penggunaan tali itu diperlukan.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat :
i. mengenalpasti kaedah ikatan dan simpulan
ii. memahami jenis-jenis ikatan dan simpulan
iii. melakukan jenis ikatan-ikatan yang berbeza
iv. melakukan jenis simpulan-simpulan yang berbeza
v. melakukan ikatan dan simpulan untuk kegunaan yang bersesuaian

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Editor
Rashid bin Mohd Noh
KKTM Ledang

Cover Design & Developed by
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018
This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES
Synopsis i
Credit page ii
Index iii

6.0 Asas Ikatan dan Simpulan 1
6.1 Tali 2
6.2 Ikatan 3
6.2.1 Ikatan Silang Gunting 3
6.2.2 Ikatan Seraya 4
6.2.3 Ikatan Serong 5
6.2.4 Ikatan Silang Tunku 6

6.3 Simpulan 7
6.3.1 Simpul Buku Sila 7
6.3.2 Simpul Pencuri 8
6.3.3 Simpul Bunga Geti 8
6.3.4 Simpul Tindih Kasih 9
6.3.5 Simpul Manok 10
6.3.6 Simpul Belit Lucut 11

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.7 Simpul Sheep Shank 12
6.3.8 Simpul Pengail / Simpul Himpit 13
6.3.9 Simpul Lilit 2 Simpul / Simpul Belit 14
6.3.10 Simpul Balak 15
6.3.11 Simpul Slip 16

6.4 Self Assessment 17
Bibliography 18

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iv UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 6.0 – 7.0 : ASAS IKATAN DAN SIMPULAN

Kemahiran asas yang perlu dipelajari aktiviti yang perlu
menggunakan tali terutama aktiviti luar.

Pengetahuan dalam ikatan dan simpulan adalah penting
dan digunakan bagi menyambung, mengikat, memasang
khemah, kayu dan digunakan juga untuk aktiviti
menyelamat.

PENGENALAN



Ikatan dan simpulan perkara asas dan penting dalam mengendalikan tali terutama
dalam aktiviti luar. Ikatan adalah kombinasi antara tali dengan benda sehingga memiliki
fungsi tertentu seperti penyangga tiang, tongkat, mendirikan bendera. Manakala
simpulan adalah bentukan atau ikatan antara tali dengan tali yang lain. Ada beberapa
simpul yang digunakan dalam latihan pramuka. Masing-masing simpul memiliki fungsi
dan kegunaan masing-masing seperti mengikat tali pada tiang dan kayu,menyambung
tali, mengikat leher dan perangkap binatang.

LEARNING OBJECTIVES

 Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik ikatan dan
simpulan dengan betul

 Memahami kaedah ikatan dan simpulan dengan lebih berkesan mengikut
kegunaan

 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan ikatan dan
simpulan ketika melakukan aktiviti luar dan operasi menyelamat

LEARNING OUTCOMES

After completing this unit, the students should be able to:

i. Mengenalpasti kaedah ikatan dan simpulan
ii. Memahami jenis-jenis ikatan dan simpulan
iii. Melakukan jenis ikatan-ikatan yang berbeza
iv. Melakukan jenis simpulan-simpulan yang berbeza
v. Melakukan ikatan dan simpulan untuk kegunaan yang bersesuaian

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.1 Tali

Gambar 1: Tali untuk Ikatan dan Balutan

Terdapat pelbagai tali yang digunankan dalam aktiviti luar antaranya;
1. Fibre Asli seperti tali belati, manila hemp, sabut jut dan sebagainya.
2. Fibre Tiruan seperti Nylon dan Terrylane (polyster)
3. Fibre Dawai seperti Wire Rope

Penjagaan tali juga penting dalam memastikan tali berada dalam keadaan baik.
Sentiasa menguji tali pada ketika baru dibeli, sebelum digunakan, selepas digunakan,
ujian bulanan dan selepas tali dibaiki. Ketahanan hayat tali biasanya dalam lingkungan
5 tahun.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.2 Ikatan

6.2.1 Ikatan Silang Gunting

Gambar 2: Ikatan Silang Gunting

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua batang kayu dalam keadaan selari supaya
menjadi panjang seperti galah dan kegunaan bagi membuat jambatan, menara dan
gejet.

6.2.2 Ikatan Seraya

Gambar 3: Ikatan Seraya

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang
bersilang.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.2.3 Ikatan Serong

Gambar 4: Ikatan Serong

Ikatan ini digurankan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur dan
kemuadian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.2.4 Ikatan Silang Tunku

Gambar 5: Ikatan Silang Tunku

Ikatan Silang Tunku digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu khas bagi
mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnye. Ikatan ini
dimulakan dengan Lilit Balak atau Simpul Manok dan bagi mematikan Ikatan Silang
Tunku, Simpul Manok digunakan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3 Simpulan
6.3.1 Simpul Buku Sila (Square / Reef Knot)

Gambar 6: Simpul Buku Sila

Simpul Buku Sila digunakan untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan
saiz. Simpulan ini biasanya untuk menyambung tali khemah / bungkusan hadiah /
ikatan anduh dan mudah untuk dibuka. Simpulan ini juga dikenali sebagai ‘left over right
and right over left’.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.2 Simpul Pencuri (Thief Knot)

Gambar 7: Ikatan Pencuri
Ikatan Pencuri digunakan untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan
membuka bungkusan tersebut. Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya
akan mengikatnya semula seperti ikatan Buka Sila / Square Knot.

6.3.3 Simpul Bunga Geti

Gambar 8: Simpulan Bunga Geti

Simpulan Bunga Geti digunakan untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan
jenis atau berlainan saiz.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.4 Simpul Tidih Kasih (Bowline)

Gambar 9: Simpul Tindih Kasih

Simpul Tindih Kasih digunakan untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh
menjerut benda / binatang dan sebagainya. Simpul ini juga sesuai untuk digunakan bagi
tujuan menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.5 Simpul Manok (Clove Hitch)

Gambar 10: Simpul Manok (Clove Hitch)

Simpul Manok digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung
pancang khemah, botol dan sebagainya. Simpul yang mudah diikat, disimpulkan dan
mudah juga untuk ditanggalkan atau dibuka.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.6 Simpul Belit Lucut (Highwayman’s Hitch)

Gambar 11: Simpul Belit Lucut

Simpul Belit Lucut digunakan untuk mengikut bot atau binatang (contoh kuda) supaya
boleh dibuka dengan pantas. Simpulan ini juga boleh digunakan untuk turun dari atas
pokik dengan menggunakan tali.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.7 Simpul Sheep Shank

Gambar 12: Simpul Sheep Shank

Simpul Sheep Shank digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali
tersebut. Simpulan ini juga boleh digunakan untuk menegangkan tali seperti contoh tali
khemah tanpa perlu membuka ikatan di bahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di
bahagian tengah tali tersebut.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.8 Simpul Pengail / Simpul Himpit (Fisherman’s Knot)

Gambar 13: Simpul Pengail

Simpul Pengail digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus dan licin seperti
tali tangsi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.9 Simpul Lilit 2 Simpul / Simpul Belit (Round Turn and two half-hitches)

Gambar 14: Simpul Belit
Simpul Belit digunakan untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan
sebagainya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.10 Simpul Balak (The Timber Hitch)

Gambar 15: Simpul Balak

Simpul atau lilitan balak digunakan untuk ikatan sementara bagi menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.3.11 Simpul Slip (Running)

Gambar 16: Simpul Slip

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

6.4 Self Assessment

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda
dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

i. Membuat 3 jenis Ikatan yang diarahkan oleh jurulatih menggunakan tali yang
disediakan.

ii. Membuat 3 jenis simpulan yang diarahkan oleh jurulatih menggunakan tali yang
disediakan.

iii. Bina satu model mengikuti kereativiti kumpulan masing-masing seperti
mendirikan bendera, pagar, menara peninjau menggunakan kayu, tali dan teknik
ikatan dan simpulan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 17 UNIT 6-7

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 8.0 : MELAWAN KEBAKARAN

Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
situasi kebakaran luar jangka serta menyelamatkan nyawa
dan harta benda.
Pengetahuan dalam melawan kebakaran diperlukan untuk
menyelamatkan nyawa serta harta benda.

Pengenalan



Perkara asas kepada pengenalan api adalah amat penting untuk menghadapi serta
menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Objektif Kursus

 Memberi kesedaran tentang bahaya kebakaran.
 Memberi pengetahuan cara untuk menghadapi kebakaran.
 Memahami cara kemerebakan api serta kaedah memadam kebakaran.
 Mengetahui cara untuk menggunakan alat pemadam kebakaran kecil.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan topik ini, pelajar akan dapat:

i. memahami bagaimana kebakaran boleh terjadi dan merebak.
ii. mengetahui kepentingan alat pemadam api.
iii. menggunakan cara menggunakan alat pemadam api.
iv. memahami langkah mengawal kebakaran kecil.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.1 Punca Terjadinya Api

Kebakaran merupakan satu tragedi yang boleh dielakkan sekiranya individu mengambil
langkah untuk mengatasinya.
Kebakaran menyebabkan kerugian:

 Harta benda
 Nyawa

Terdapat beberapa punca yang boleh terjadinya kebakaran. Ia boleh dibahagikan
kepada:

8.1.1 Faktor kemanusiaan

 Merokok

 Kanak-kanak

 Kerja-kerja industri

 Perbuatan khianat

 Pembakaran terbuka

8.1.2 Faktor kemalangan atau tidak sengaja
 Kerosakan elektrik
 Alatan terlalu panas
 Kemalangan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.1.3 Berlaku dengan sendiri
 Geseran
 Cuaca terlalu panas
 Petir

8.2 Segitiga Kebakaran

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 BAHAN API
 Gas atau wap mudah terbakar. Contohnya seperti kayu, batu, gas, minyak,

kertas dan sebagainya.
 Bertindak apabila dipanaskan dan mula membakar apabila mencapai

takat sambaran (satu suhu yang boleh menyebabkan berlakunya
kebakaran).

 OKSIGEN
 Terdapat dalam udara.
 Sangat membantu proses pembakaran di mana peratusan yang

diperlukan antara 16% hingga 21%.
 Kebakaran lebih cepat merebak apabila dibantu oleh haba yang tinggi.

 HABA
 Sejenis tenaga yang boleh membantu proses pembakaran – suhu akan

meningkat.
 Peningkatan haba menyebabkan wap atau gas mudah terbakar dapat

dibebaskan agar api terus merebak

8.2.1 Cara Kemerebakan Api
Terdapat beberapa cara kemerebakan api semasa berlakunya kebakaran.
Cara-caranya adalah seperti berikut:

i. Pengaliran
Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam, batu,
simen, dinding bangunan dan lantai. Bahan-bahan ini merupakan
pengalir haba yang baik. Apabila berlaku kebakaran, bahan
pengalir ini menjadi panas dan sekiranya ada bahan api yang
bersentuhan dengannya, maka suhu akan naik hingga ke suhu
nyala dan pada masa ini api akan terhasil.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

ii. Olak Haba
Apabila berlakunya kebakaran, haba dipindahkan di dalam bahan
mudah alih seperti cecair atau gas. Semasa berlakunya proses
pemanasan, gas akan menegembang dan menjadi ringan. Gas
yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke
bawah secara pusingan sehinggalah keseluruhan gas atau udara
itu menjadi panas. Sekiranya kebakaran berlaku di dalam
bangunan, gas yg panas akan naik ke atas bersama-sama dengan
asap.

iii. Bahangan
Haba yang terhasil dari kebakaran akan berpindah mengikut
gelombang cahaya kepada bangunan berhampiran. Suhu akan
terus meningkat dan api akan terhasil di bangunan bersebelahan
apabila suhu mencapai suhu nyalaan.

iv. Terus Menerus
Situasi ini berlaku apabila disebabkan kombinasi pemindahan haba
daripada dua atau tiga factor yang telah dinyatakan di atas.

8.3 Kelas-Kelas Api

8.3.1 Kelas “A”
 Kayu
 Kertas
 Kain
 sampah sarap dll

Medium pemadaman yang sesuai adalah menggunakan air dan debu kering.
Kaedah pemadaman adalah menggunakan secara semburan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.3.2 Kelas “B”
 Minyak
 Cat
 Varnish
 Plastik dll

Medium pemadaman yang sesuai adalah menggunakan air, buih, gas dan debu
kering. Kaedah pemadaman adalah menggunakan secara semburan.

8.3.3 Kelas “C”
 Gas Butana
 Gas Propana
 Gas Acetyiene
 Gas Hidrogen
 Gas Ammonia

Medium pemadaman yang sesuai adalah menggunakan debu kering, karbon
dioksida dan gas.

8.3.4 Kelas “D”
 Logam Potessium
 Logam Sodium
 Logam Calcium
 Logam Magnesium

Medium pemadaman yang sesuai adalah menggunakan debu graphite, soda ash,
pasir kering dan debu kering Tenery Eutectic Chloride (T.E.C)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.4 Alat Memadam Kebakaran dan Fungsi

8.4.1 Asas Pencegahan Kebakaran
Langkah awal yang mesti di ambil bagi mengelakkan api kebakaran
daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran
yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat
yang tidak boleh di kawal lagi (uncontrollable stage)

8.4.2 Alat Pemadam Api Kecil (APA)

Alat pemadam api kecil (APA) merupakan salah satu medium pengawalan
permulaan kebakaran sebelum keadaan bertambah serius. Ia boleh
dikendalikan oleh manusia secara manual dan boleh bertindak mengawal dan
memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas-kelas api tersebut. Ini
secara tidak langsung mampu membantu menyelamatkan nyawa dan harta
benda dengan pemadaman kebakaran di peringkat awalan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.4.3 Jenis-Jenis Alat Pemadam Api Kecil (APA)
 JENIS AIR

Warna Tabung : Merah
Berat Tabung : 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Murah dan senang diisi semula
Kelemahan : Hanya terhad kepada kebakaran kelas pepejal sahaja

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 JENIS SERBUK KERING

Warna Tabung : Merah
Berat Tabung : 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Boleh diguna untuk pelbagai kelas api
Kelemahan : Mengotorkan peralatan dan kawasan semburan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 JENIS BUIH

Warna Tabung : Merah
Berat Tabung : 5 kg - 9 Kg
Jarak Pancutan : 1.5 Meter
Kebaikan : Lebih berkesan pada api minyak berbanding alat pemadam api

jenis lain
Kelemahan : Sesuai untuk kebakaran kelas cecair (minyak)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 JENIS KARBON DIOKSIDA

Warna Tabung : Merah
Berat Tabung : 5 -7 Kg
Jarak Pancutan : 1 Meter
Kebaikan : Gas bersih dan tidak mengotorkan
Kelemahan : Hanya sesuai untuk kebakaran peralatan elektrik, berat
tabung tidak sepadan dengan kandungan gas (Tabung lebih berat)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 SALUR PANCUR BASAH

Jenis Peralatan : Paip Bersalur
Panjang salur : 25 Kaki
Jarak Pancutan : 5 Meter
Kebaikan : Mudah dikendalikan, seorang pengendali
Kelemahan : Terhad kepada kebakaran pepejal, jarak salur terhad, mudah
rosak (vandalism)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.5 Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Kecil

P : PULL (Cabut Pin)
A : AIM (Halakan Nozle Ke Pangkal Api)
S : SQUEEZE (Tekan Tuil <Lever>)
S : SWEEP (Layangkan Nozle Ke Kiri Dan Ke Kanan)

8.6 Perkara Penting Semasa Melawan Kebakaran Kecil

 Memastikan keselamatan diri dan orang lain terjamin
 Memastikan penghuni telah keluar daripada bangunan.
 Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihubungi
 Memastikan saiz api masih kecil dan belum merebak
 Memastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan

pandangan
 Memastikan teknik pemadaman dengan membelakangkan jalan

pelepasan

8.6.1 Tahukah anda, dimanakah tempatnya alat pemadam api ?

 Tempat yang mudah dilihat
 Tempat yang mudah dicapai
 Tempat yang berisiko tinggi berlakunya kebakaran
 Kawasan laluan keluar

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

8.6.2 Apakah yang anda perlu tahu sebelum membeli alat pemadam api
kecil ?

 Pastikan mendapat maklumat yang lengkap daripada pembekal
mengenai cara pemakaian pemasangan dan penyelenggaraan.

 Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berhampiran untuk
mendapatkan kepastian.

 Pastikan mempunyai tanda SIRIM

“ALAT PEMADAM API PENTING SEBAGAI LANGKAH AWAL MENANGANI
KEBAKARAN SEBELUM IANYA MEREBAK
INGATLAH (APA) AMAT PENTING AGAR ANDA MEMBUNUH API SEBELUM API
MEMBUNUH ANDA”

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 8

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 9.0 : PENGUNGSIAN BANGUNAN

Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
situasi kebakaran luar jangka serta menyelamatkan
nyawa.
Pengetahuan dalam pengungsian bangunan diperlukan
untuk menyelamatkan nyawa.

Pengenalan



Perkara asas kepada pengungsian bangunan adalah amat penting untuk
menyelamatkan nyawa semasa berlakunya bencana atau kebakaran.

Objektif Kursus

 Memberi kesedaran tentang kepentingan pengungsian bangunan
 Memahami garis panduan di dalam melakukan proses pengungsian bangunan.
 Menegetahui cara untuk merangka pelan pengungsian bangunan apabila berlaku

bencana atau kebakaran.
 Mengetahui cara pengungsian bangunan dengan cara yang betul.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan topik ini, pelajar akan dapat:
i. memahami kepentingan pengungsian bangunan.
ii. memahami garis panduan pengungsian bangunan.
iii. memahami tugas sebagai anggota pasukan melawan kebakaran.
iv. mampu menghasilkan pelan pengungsian bangunan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 9

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

9.0 PENGUNGSIAN BANGUNAN

9.1 Pengenalan
Pengungsian bangunan bermaksud proses penghuni sesebuah

bangunan meninggalkan bangunan semasa berlaku kebakaran atau
kecemasan secara tenang dan teratur mengikut arahan yang telah pun
diberikan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen
terpenting sahaja.

Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil
untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah 7 minit sahaja

TUJUAN Pengungsian Bangunan
 Penghuni tahu dan boleh bertindak dengan tenang dan teratur ketika

kebakaran atau sebarang kebakaran atau kecemasan
 Pegawai yang dilantik dapat menilai keberkesanan tugas dan

peralatan semasa kebakaran atau kecemasan.
 Memahirkan penghuni melepaskan diri mengikut laluan selamat utama

yang ada semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.
 Mengurangkan risiko atas penghuni yang terlibat dalam kejadian

kebakaran atau kecemasan
 Mengenalpasti dan menguji kepekaan sistem amaran dan penghuni

semasa situasi sebenar kebakaran atau kecemasan.

9.2 Garis Panduan, Tugas serta Pergerakan
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa proses
pengungsian dijalankan. Ia merangkumi:

 Jenis Bangunan
- Jenis bangunan, kegunaan bangunan, ketinggian, bentuk, bahan
binaan yang digunakan serta lain-lain.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 9

KO-KURIKULUM 2

_________________________________________________________________________________________________

 Penghuni
- Jumlah penghuni yang ada, kedudukan penghuni, aktiviti atau
program yang dijalankan, keadaan fizikal penghuni, pengetahuan
kebombaan dan lain-lain.

 Sistem Pencegahan Kebakaran
- Jenis amaran, jenis system manual atau automatik, bekalan air,
system komunikasi bomba, skuad ERT, kenyataan umum dan lain-
lain.

 “Means Of Escape”
- Jarak perjalanan ke tempat berkumpul, peringkat laluan
keselamatan, simbol, tanda arah dan lain-lain.

 Bentuk arahan
- Arahan mestilah jelas dan mudah difahami
- Boleh dijalankan dalam bentuk carta, pamplet, mesyuarat,
syarahan dan lain-lain.

 Latihan
- Bentuk latihan yang boleh dilaksanakan adalah secara
menyeluruh atau separuh sahaja.
- Latihan harus dijalankan berulang kali supaya semua penghuni
tahu tindakan yang sepatutnya dilakukan sekiranya berlaku
kebakaran.
- Ditentukan mengikut risiko bahaya kebakaran.

9.2.1 Semasa Berlakunya kebakaran
 Tindakan amaran / isyarat
- Jenis amaran - boleh dengar atau nampak.
- Pemberitahuan secara keseluruhan atau pilihan.
- Pemberitahuan terus ke bilik kawalan dan disebarkan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 9


Click to View FlipBook Version