KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
Tenaga elektrik.
- Hentikan sebarang pemprosesan atau mesin.
- Pisahkan bekalan tenaga eletrik yang tak perlu.
Maklumat kebakaran
- Panggilan bomba terdekat.
- Arahan penggungsian bangunan dan memberi
panduan arah jalan yang hendak dilalui.
Tempat berkumpul
- Membuat panggilan baris ( roll call ) dan kawal situasi kecemasan
atau latihan dengan memberikan tumpuan kepada penghuni
yang tiada serta melaporkan kepada ketua insiden.
- Memadam kebakaran dan menyelamat jika tak bahaya.
- Mengawal keseluruhan operasi latihan atau kecemasan sehingga
pasukan bomba dan penyelamat tiba.
9.2.2 Persediaan Mengadakan Latihan
Mewujudkan jawatankuasa bertindak dari setiap tingkat atau
bahagian atau blok.
- ketua insiden
- penolong ketua insiden
- pegawai-pegawai insiden
- ‘fire warden’ atau ‘floor warden’
- pasukan pemadam
- pasukan menyelamat
- juruteknik pusat kawalan
Menyediakan pelan lantai bangunan dan rancangan untuk tindakan.
Tempat berkumpul.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 9
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
Tentukan jalan atau laluan keluar, pintu keluar dan tangga
keselamatan tidak dihalang.
Tentukan sistem kebombaan berfungsi.
9.3 Laluan Pelepasan Diri
Laluan Pelepasan Diri atau dikenali juga sebagai Pelan Tindakan
Kecemasan adalah satu set pelan-pelan bagi kegunaan atau persediaan
sesebuah organisasi sewaktu menghadapi kecemasan ataupun dalam
Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai “Emergency Response Plan” (ERP).
Pelan Laluan Keluar Kecemasan
Tanda Tempat Berkumpul Ketika Kecemasan
Laluan pelepasan diri perlu dirancang dengan baik dan sebaiknya laluan
kecemasan ini tanpa adanya sebarang halangan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 9
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
Laluan pejalan kaki yang ideal di dalam bangunan seharusnya selebar 5 hingga 10 kaki
bagi memudahkan orang menyelamatkan diri dengan mudah sekiranya berlaku
kecemasan. Laluan kecemasan boleh menjadi perangkap maut sekiranya terhalang.
9.4 Praktikal di bangunan
1. Pelan Pengungsian atau Pengosongan bangunan bermakna pelan bagi
mengosongkan bangunan dalam keadaan berikut:-
i. Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan
ii. Terdapat laluan untuk menyelamatkan diri
iii. Tempat berkumpul, dan
iv. Mengambil kedatangan.
2. “Assembly point” ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari lokasi
kebakaran.
3. “Call point” ialah penggera kebakaran.
4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi:-
i. Cara membunyikan penggera kebakaran
ii. Cara menghubungi perkhidmatan bomba, dan;
iii. Melawan kebakaran.
5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut:
A) Bila Bunyi loceng putus-putus.
- Bersedia untuk mengosongkan bangunan.
- Tutup suis lampu dan peralatan elektrik, dan:
- Tutup pintu dan tingkap.
B) Bunyi loceng berpanjangan
- Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun arahan melalui PA Sistem,
tindakan mengosongkan bolehlah bermula, dan:
- Pengawal keselamatan untuk membantu kerja-kerja pemadaman
kebakaran/penyelamatan hendaklah menjalankan tugas masing-masing.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 9
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
Carta Alir Proses:
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 9
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI:
https://prezi.com/tz_xetweeaay/pelan-tindakan-kecemasan-uum/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/203-tip/414-tips-keselamatan-
ketika-berlaku-kebakaran.html
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 9
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
UNIT 11.0 : PENGURUSAN BENCANA (MKN 20)
MKN Arahan 20 adalah suatu tata cara operasi standard
(SOP) bagi semua jabatan yang terlibat dalam
pengurusan bencana.
Pengenalan
Bencana adalah peristiwa buruk atau malang yang melampau, yang datang
secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan besar kepada manusia serta tumbuh-
tumbuhan dan haiwan. Bencana ini berlaku dengan cepat, serta-merta dan tidak
berat-sebelah. Peristiwa yang melampau ini berlaku sama ada secara semulajadi
atau buatan manusia yang melebihi had toleransi di dalam atau di luar satu had
masa yang tertentu; membuat pelarasan yang sukar, mengakibatkan kerugian
teruk terhadap harta benda, pendapatan dan lumpuhkan kehidupan seseorang.
Objektif Kursus
Memberi kesedaran kepada pelajar tentang akibat dari bencana
Memahami tatacara operasi standard (SOP) pengurusan bencana
Memberi pengetahuan bagaimana pengurusan bencana dilaksanakan
Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
i. mentafsir apa itu bencana
ii. mengenal pasti tatacara operasi standard (SOP) dalam pengurusan bencana
iii. mengenalpasti pembahagian zoz-zon yang telah ditetapkan semasa
bencana
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
11.1 Tafsiran Bencana
Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan
urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian
ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan
masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan
sumber yang ekstensif.
11.2 Tahap Pengurusan Bencana
Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan mengikut tahap-tahap seperti
berikut:
i) “Pengurusan Bencana Tahap I” ialah pengurusan dan pengendalian
kejadian Bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat
ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam
pengurusan Bencana di Peringkat Daerah sama ada dengan bantuan
luar atau tidak yang terhad.
ii) “Pengurusan Bencana Tahap II” ialah pengurusan dan pengendalian
kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri
yang sama yang memerlukan penggemblengan sumber di Peringkat
Negeri dengan bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad.
iii) “Pengurusan Bencana Tahap III” ialah pengurusan dan pengendalian
kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau
bersifat kompleks yang memerlukan penyelarasan dan penggemblengan
sumber di Peringkat Pusat atau dengan bantuan luar negara.
Tahap Pengurusan Bencana adalah bergantung kepada penilaian Jawatankuasa
Pengurusan Bencana di peringkat Daerah, Negeri atau Pusat. Penilaian tersebut
hendaklah berdasarkan elemen-elemen seperti berikut:
i) kompleksiti dan magnitud;
ii) kemusnahan dan kerosakan;
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
iii) kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan;
iv) kepakaran;
v) bantuan;
vi) tempoh masa Tindak Balas.
11.3 Jawatankuasa Pengurusan Bencana (Rujuk Gambarajah 11.1)
Gambarajah 11.1
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
11.4 Mekanisme Tindak Balas Bencana
a. Pengurusan Bencana Tahap I (Peringkat Daerah)
i) Sesuatu kejadian Bencana pada peringkat permulaan hendaklah
dikendalikan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan menggunakan
kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber yang ada di Peringkat Pentadbiran
Daerah.
ii) Ketua Polis Daerah dan Pegawai Bomba Daerah (Komander),
selepas mendapat maklumat mengenai sesuatu kejadian Bencana, hendaklah
mengambil alih dan bertindak segera untuk mengendalikan Bencana berkenaan
dengan dibantu oleh Agensi Penyelamat serta agensi-agensi lain yang
berkenaan. Ketua Polis Daerah dan Pegawai Bomba Daerah hendaklah masing-
masing bertindak sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi Bencana.
iii) Pegawai Daerah
Bertindak sebagai Pengerusi JPBD bertanggungjawab melaksanakan segala
tindakan berkenaan operasi mencari dan menyelamat, pengambilalihan dan
penyediaan peralatan dan jentera serta lain-lain bantuan kecemasan seperti
makanan dan rawatan dan memastikan ianya dilaksanakan dan diuruskan
secara teratur dan terselaras.
b. (Pengurusan Bencana Tahap II (Peringkat Negeri)
i) Pengurusan Bencana Tahap II bermaksud JPBN mengguna dan
menggerakkan sumber-sumber di bawah kawalannya bagi membantu
pengurusan kejadian Bencana di Peringkat Daerah atau mengambil alih tugas
mengurus kejadian Bencana tersebut dari pengurusan Bencana di Peringkat
Daerah secara keseluruhan.
ii) Ketua Polis Negeri dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri.
Bertanggungjawab sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi
Bencana apabila pengendalian Bencana diambil alih secara keseluruhannya
oleh Peringkat Negeri.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
iii) YB Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi JPBN bertanggungjawab
untuk menggerakkan jentera pengurusan Bencana di Peringkat Negeri bagi
memastikan segala tindakan dilaksanakan secara teratur, cekap dan terselaras.
iv) Pengerusi JPBN atas nasihat Komander Operasi Bencana bertanggungjawab
menentukan keupayaan agensi-agensi dalam mengendalikan sesuatu Bencana
dan jika bantuan diperlukan, JPBP hendaklah dimaklumkan dengan segera oleh
Pengerusi JPBN.
c. Pengurusan Bencana Tahap III (Peringkat Pusat)
i) Pengurusan Bencana Tahap III bermaksud JPBP mengguna dan
menggerakkan sumber-sumber di bawah kawalannya bagi membantu
pengurusan kejadian Bencana di Peringkat Negeri dan Daerah atau mengambil
alih tugas mengurus kejadian Bencana tersebut secara keseluruhan.
ii) Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JBPM
bertanggungjawab sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi
Bencana apabila pengurusan Bencana diambil alih secara keseluruhannya oleh
Peringkat Pusat.
iii) MKN bertanggungjawab menggerakkan JPBP bagi menentukan semua
perkara yang melibatkan dasar dan keputusan berkaitan operasi mencari dan
menyelamat dan gerakan bantuan kepada mangsa-mangsa Bencana dan
sebagainya dilaksanakan secara terselaras, cekap dan berkesan.
iv) Setelah penilaian dibuat dan didapati bahawa pengurusan Bencana di
dalam Negara tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi atau kepakaran
tertentu untuk menangani sesuatu kejadian Bencana tersebut, JPBP melalui
MKN boleh menyelaras permohonan atau menerima tawaran bantuan dari
negara-negara luar atau pertubuhan antarabangsa.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
11.5 Perintah dan Kawalan
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana
(PKOB) hendaklah ditubuhkan bagi memastikan tindakan menangani kejadian
Bencana dilaksanakan secara teratur, terselaras dan berkesan.
(a) Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
i) PKTK hendaklah dibuka sebaik sahaja berlakunya sesuatu kejadian Bencana
yang memerlukan tindakan secara bersepadu pelbagai agensi. Ketua Polis
Daerah adalah bertanggungjawab untuk membuka PKTK.
ii) Komander Operasi Bencana bertanggungjawab mewujudkan satu sistem
rangkaian komunikasi dan penyaluran maklumat dengan PKOB mengikut tahap
pengurusan Bencana.
iii) Komander Operasi Bencana bertanggungjawab untuk menilai, mengurus dan
menyelaras semua operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian.
iv) Komander Kawalan Hadapan (Forward Commander) yang dilantik oleh
Komander Operasi Bencana adalah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai
semua operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian, menilai dan
melaporkan situasi Bencana kepada Komander Operasi Bencana.
v) Semua Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan yang terlibat
dalam pengurusan Bencana di tempat kejadian hendaklah melapor dan
menempatkan wakil masing-masing ke PKTK sebelum memulakan tugas
masing-masing.
(b) Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
i) PKOB hendaklah dibuka oleh urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana di
peringkat yang berkaitan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Bilik Gerakan MKN
Negeri atau Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) atau di manamana
tempat yang bersesuaian mengikut tahap pengurusan Bencana. PKOB
hendaklah mempunyai suatu sistem rangkaian komunikasi yang lengkap bagi
menghubungkannya dengan PKTK.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
ii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat yang berkaitan hendaklah
bersidang secara berkala di PKOB bagi mengawasi perkembangan dan
menentukan usaha-usaha menangani Bencana, operasi mencari dan
menyelamat serta bantuan kecemasan dilaksanakan dengan segera, teratur,
terselaras dan berkesan.
iii) PKOB Daerah bertanggungjawab melaporkan perkembangan kepada PKOB
Negeri dan PKOB Negeri bertanggungjawab melaporkan perkembangan kepada
PKOB Pusat. Setiap PKOB bertanggungjawab mengeluarkan arahan-arahan
perlu dalam pengendalian Bencana yang berlaku.
iv) Agensi Kerajaan yang berkenaan bertanggungjawab menempatkan pegawai
perhubungan di PKOB untuk melicinkan tindakan yang perlu diambil hasil
daripada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang berkaitan.
11.6 Pengurusan Bencana Mengikut Zon
Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan Bencana di tempat kejadian
dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:
i) Agensi Penyelamat
ii) Agensi Bantuan dan Pemulihan
Sekiranya kejadian Bencana yang berlaku bersifat setempat, pengurusan
Bencana di tempat kejadian terbahagi kepada tiga (3) zon iaitu (rujuk
gambarajah 11.2):
i) Zon Merah
Meliputi suatu kawasan tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi
Bencana. Zon ini adalah kawasan operasi khas untuk Agensi Penyelamat yang
mempunyai kepakaran tertentu sahaja seperti unitunit khas daripada Pasukan
Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), JBPM, PDRM, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), KKM, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan
mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan.
Mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan
yang mempunyai kepakaran khas hendaklah menjalankan tugas bersama dan
membantu Agensi Penyelamat.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
ii) Zon Kuning
Meliputi suatu kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander
Operasi Bencana. Zon ini menempatkan PKTK dan pos-pos Agensi Penyelamat
dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi
Kerajaan yang mempunyai kepakaran khas untuk menjalankan tugas bersama
dan membantu Agensi Penyelamat. Penempatan pos-pos Agensi Penyelamat
dan mana-mana pasukan khas ini perlu mendapat kebenaran daripada
Komander Operasi Bencana.
iii) Zon Hijau
Meliputi kawasan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini menempatkan petugas-
petugas dari Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela. Zon
ini juga menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat
Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat serta
lain-lain fungsi yang diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
Gambarajah 11.2
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 11
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
UNIT 12.0 : KOMUNIKASI (NAVIGASI DARAT)
Pengenalan
Komunikasi adalah maklumat disampaikan melalui
perantaraan media kepada khalayak yang terdiri daripada
sekumpulan individu tanpa bersemuka. Perantaraan media
yang digunakan ialah media massa seperti radio,
televisyen, akhbar, majalah atau buku. Dengan adanya
perantaraan ini maka penyampai dan penerima tidak lagi
perlu berdekatan.
Objektif Kursus
Memberi kesedaran kepada pelajar tentang akibat dari bencana
Memahami tatacara operasi standard (SOP) pengurusan bencana
Memberi pengetahuan bagaimana pengurusan bencana dilaksanakan
Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
i. mentafsir apa itu bencana
ii. mengenal pasti tatacara operasi standard (SOP) dalam pengurusan bencana
iii. mengenalpasti pembahagian zoz-zon yang telah ditetapkan semasa
bencana
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 12
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
12.1 Pengenalan Radio
Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang
elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar
maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar.
Antaranya dari jenama:-
SONY
MOTOROLLA
PHILIPS
12.2 Tujuan
Antara tujuan komunikasi adalah:-
i. Sebagai suatu sistem panduan yang standard bertaraf dunia
ii. Mengelakkan operator menggunakan loghat ibunda
iii. Penghantaran maklumat dengan rIngkas dan padat
iv. Maklumat yang jelas dan tepat
13.3 Peraturan percakapan
Antara peraturan yang perlu dipatuhi apabila mendapat sesuatu panggilan
adalah:-
i. Apabila sesuatu Stesen Radio dipanggil, jawapan hendaklah diberi
dengan segera
ii. Stesen Radio hendaklah ke udara pada masa yang ditetapkan
iii. Jangan mengganggu semasa stesen lain sedang bekerja
iv. Gunakan bahasa yang rasmi di dalam semua perhubungan
v. Setiap perhubungan radio adalah rasmi oleh itu semua pengguna radio
hendaklah menggunakan peraturan dengan betul
vi. Sesuatu utusan hendaklah dipancarkan mengikut kemampuan stesen
penerima di awal pancaran.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 12
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
vii. Akuan penerimaan hendaklah diberi setelah selesai sesuatu utusan
diterima dengan betul
viii. Elakkan pertanyaan, penyemakan atau penyemakan dibuat berulangkali
setelah akuan penerimaan diberi kecuali hal yang tidak dapat dielakkan
ix. Jangan membuat ujian panggilan percubaan, menguji pembacaan dan
kekuatan semboyan yang berlebihan
x. Dilarang memasuki rangkaian stesen yang bukan rangkaiannya kecuali di
masa kecemasan atau mendapat kebenaran dari Stesen Pengawal.
12.4 Tanda panggilan
Fonetik abjad yang kerap digunakan:
A – Alfa
B – Bravo
C – Charlie
D – Delta
E – Echo
F – Foxtrot
G – Golf
H – Hotel
I – India
J – Juliet
K – Kilo
L – Lima
M – Mike
N – November
O – Oscar
P – Papa
Q – Quebec
R – Romeo
T – Tanggo
U – Uniform
V – Victor
W – Whiskey
X – X-ray
Y – Yankee
Z – Zulu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 12
KO-KURIKULUM 2
_________________________________________________________________________________________________
RAJAH RANGKAIAN RADIO
PRD
PPRD PPRD
KPR KPR KPR KPR KPR KPR
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 12