AMARAN
© Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian
dalam bahan yang disediakan ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, atau dipindah dalam sebarang bentuk atau cara lain
tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada penulis
Hargailah usaha dan penat lelah penulis untuk
menghasilkan bahan pdpc ini. Segala bentuk CIPLAK
daripada bahan ini kami tidak membenarkannya. Bahan ini
juga tidak boleh dikongsi di mana-mana media sosial kecuali untuk
tujuan PDPC guru bersama-sama murid sahaja. Gunakan lah yang
ORIGINAL dengan mendapatkannya daripada penulis demi keberkatan
ilmu dan kejayaan anak murid kita.
Pada Akhir Pengajaran dan Pembelajaran,
Murid Akan Dapat :
1.1 Menerangkan ciri-ciri dan kegunaan jadual serta graf
1.2 Menjelaskan dengan contoh graf bar mudah, graf garisan
mudah dan graf gabungan
1.3 Membina jadual berdasarkan maklumat yang diperoleh
1.4 Membina graf bar mudah, graf garisan mudah dan
graf gabungan berdasarkan jadual
1.5 Mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah dan
graf gabungan
Pengenalan
• Data bermaksud maklumat atau fakta tentang sesuatu yang
diketahui dengan betul atau yang dikumpul untuk dijadikan
asas kepada sesuatu kesimpulan
• Data yang tepat dan betul merupakan asas yang penting
kepada sesuatu kajian
• Jadual dan graf pula disediakan bagi
mempersembahkan data untuk lebih
menarik dan mudah difahami
1.1 Ciri-ciri dan
Kegunaan Jadual
Pengenalan Jadual Jadual
Jadual adalah rekod data
yang telah dikumpul dan
disusun
Data yang telah disusun dalam
bentuk jadual akan
memudahkan data dibaca,
difahami dan ditafsirkan
Ciri-ciri jadual Kegunaan jadual
Mempunyai Jadual digunakan untuk
a) Tajuk
b) Data a) Menghasilkan graf yang sesuai
c) Maklumat
d) Sumber b) Melihat dan mentafsir perubahan
serta pertalian antara data
c) Mengelaskan maklumat dengan
lebih tersusun dan menarik
perhatian pembaca
Tajuk Contoh Jadual
Bilangan pelancong asing ke Malaysia antara tahun 1995 hingga tahun 2000
Maklumat Tahun Bilangan Pelancong Asing (juta orang) Data
Sumber 1995 7.5
1996 7.1
1997 6.2
1998 5.5
1999 7.9
2000 10.2
Sumber : Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Kaedah Mendapatkan Maklumat
Untuk mendapatkan maklumat, terdapat pelbagai kaedah yang
boleh digunakan
Namun, kaedah yang digunakan perlu bergantung kepada jenis
maklumat yang hendak diperolehi
Kaedah yang tepat sangat penting bagi memastikan data yang
diperolehi bersesuaian dengan kajian yang hendak dijalankan
Kaedah Mendapatkan Maklumat
• Data atau maklumat mengenai sesuatu kajian boleh diperoleh
menggunakan :-
Kaedah Kaedah Banci Soal Rujukan
pemerhatian temu bual selidik
- Paling mudah dan - Melalui lisan atau - Pengumpulan - Maklumat - Maklumat daripada
cepat soal jawab maklumat atau diperolehi melalui data yang telah
- Didapati melalui - Sesuai untuk kajian data borang soal selidik diterbitkan seperti
catatan yang memerlukan yang diedarkan buku, majalah,
pemerhatian responden - Berkaitan sesuatu kepada keratan akhbar,
yang sedikit data yang responden laman web, risalah
dikira
Aktiviti Mengumpul Data
Jika kamu serta rakan-rakan diberi peluang untuk menukarkan
warna cat pada dinding kelas, apakah warna yang akan kamu dan
rakan-rakan akan pilih?
A. Merah jambu
B. Kuning
C. Biru laut
D. Hijau muda
Bagaimanakah kamu hendak mendapatkan
maklumat tersebut?
Contoh dapatan daripada soal selidik
Tajuk : Warna pilihan murid kelas 3 Amal tahun 2020
Bil Responden Warna pilihan Bil Responden Warna pilihan
10 Alex Merah jambu
1 Haziq Biru laut 11 Nini Biru laut
12 Hussin Hijau muda
2 Aleesa Merah jambu 13 Mei Mei Hijau muda
14 Dila Kuning
3 Zafirah Hijau muda 15 Pameela Biru laut
16 Zakwan Biru laut
4 Ravi Biru laut 17 Ali Merah jambu
18 Iman Kuning
5 Izwan Kuning
6 Zahirah Hijau muda
7 Qistina Biru laut
8 Kevin Biru laut
9 Cheng Kuning
1.2 Ciri-ciri dan
kegunaan graf
Pengenalan Graf Graf
Graf adalah persembahan
data dalam bentuk grafik
atau visual yang dibuat
untuk memudahkan data
dibaca dan ditafsirkan
Jenis-jenis Graf
• Terdapat 3 jenis graf yang
akan dipelajari iaitu :-
a) Graf bar mudah
b) Graf garisan mudah
c) Graf gabungan
Contoh-contoh graf
Graf bar Graf garisan Graf
mudah mudah gabungan
Ciri-ciri Kegunaan
Terdiri dari paksi menegak, Digunakan untuk
mendatar, tajuk dan
mempersembahkan data yang
petunjuk
boleh dikira seperti kereta,
Bar dilukis secara menegak
atau mendatar orang dan rumah
Nilai ditentukan melalui Menunjukkan perbezaan nilai
antara bar
ketinggian bar
Contoh graf bar mudah Tajuk Cara Murid 3 Zamrud Datang Ke SMK Jenagor
Paksi Menegak Pada tahun 2020
Bilangan (orang)
Bar
Paksi Mendatar
Cara ke
Skala Bas Kereta Motosikal Basikal Lain sekolah
-lain
1 cm mewakili 1 orang
Ciri-ciri Kegunaan
Dilukis secara Digunakan untuk menunjukkan
garisan yang sesuatu perkara yang mengalami
panjang perubahan nilai
Perubahan nilai Sesuai untuk kegunaan maklumat
ditunjukkan perubahan suhu bulanan,
melalui perubahan penduduk, jualan dan
kecerunan juga pengeluaran produk
garisan
Contoh garisan mudah Tajuk Jualan Buku Modul Geografi Ting 3 Pada Januari
Paksi Menegak hingga Mei pada tahun 2020
Bilangan (ribu naskah)
Garisan
Paksi Mendatar
Skala Jan Feb Mac April Mei Bulan
1 cm mewakili 1 ribu naskah
Ciri-ciri Kegunaan
Merupakan Menunjukkan perubahan atau
gabungan graf bar perbezaan antara dua perkara yang
mudah dan graf saling berkaitan
garisan mudah Sesuai digunakan untuk :-
Menunjukkan dua a) Suhu dan hujan
maklumat yang b)
berlainan dalam satu Jumlah jualan dan keuntungan
graf syarikat
Contoh garisan mudah Tajuk Taburan hujan dan suhu di Bandar X
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018
Paksi
menegak kiri Hujan(mm) Suhu (ºC) Paksi
Menegak
mewakili
nilai hujan kanan
mewakili
nilai suhu
Bar untuk Garisan
jumlah hujan untuk nilai
suhu bulanan
bulanan
1.3 Langkah-
langkah membina
jadual
Langkah-langkah membina jadual
1. Data dan maklumat yang diperolehi perlu disusun
dalam bentuk jadual supaya lebih mudah difahami
2. Bina jadual kekerapan berpandukan data mentah
3. Ringkaskan jadual ke dalam bentuk yang lebih
mudah difahami
Warna pilihan murid kelas 3 Amal tahun 2020
Bil Responden Warna pilihan Bil Responden Warna pilihan
Biru laut 10 Alex Merah jambu
1 Haziq Merah jambu 11 Nini Biru laut
2 Aleesa Hijau muda 12 Hussin Merah jambu
3 Zafirah Biru laut 13 Mei Mei Kuning
4 Ravi Kuning 14 Dila Kuning
5 Izwan Hijau muda 15 Pameela Biru laut
6 Zahirah Biru laut 16 Zakwan Biru laut
7 Qistina Biru laut 17 Ali Merah jambu
8 Kevin Kuning 18 Iman Kuning
9 Cheng
Kekerapan Jumlah
Warna pilihan 7
Biru laut 4
Merah jambu 5
Kuning 2
Hijau muda
Jadual 1 : Warna pilihan murid kelas 3
Zamrud tahun 2020
Bil Warna pilihan Bilangan murid
1 Biru laut 7
2 Kuning 5
3 Merah jambu 4
4 Hijau muda 2
18
Jumlah
Sumber : Soal selidik
1.4 Langkah-langkah
membina graf bar mudah,
graf garisan mudah dan
graf gabungan
Kaedah Membina Graf Bar Mudah
• Graf bar mudah dipersembahkan dalam bentuk palang atau
bar
• Langkah-langkah melukis graf bar mudah adalah seperti
berikut :
a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar
b) Melabelkan paksi menegak dan paksi mendatar
c) Pilih skala yang sesuai untuk paksi menegak
d) Lukis bar bagi mewakili bilangan murid
e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk
Data 1 : Graf Bar Mudah
Cara Murid 3 Zamrud Datang Ke SMK Jenagor pada tahun 2020
No Cara ke sekolah Bilangan ( orang )
1 Bas 12
2 Kereta 8
3 Motosikal 6
4 Basikal 5
5 Lain-lain 4
35
Jumlah
Sumber : Soal Selidik
Langkah 1
• Lukis paksi
menegak
Paksi Y dan paksi
mendatar
Paksi X
Bilangan (orang) Langkah 2
• Merujuk kepada nilai • Melabelkan
paksi
boleh ubah menegak
• Perlu ada unit data dan
mendatar
Cara ke
sekolah
Bilangan (orang) • Nilai tertinggi data Langkah 3
tersebut ialah 12
orang, oleh itu nilai • Pilih skala
di paksi Y mesti yang sesuai
melebihi 12
Cara ke
sekolah
Bilangan (orang) • Lukis bar mengikut Langkah 4
nilai yang terdapat
di dalam jadual • Lukis bar bagi mewakili
bilangan murid
• Warnakan jika kamu ingin
graf kamu kelihatan
menarik
Bas Cara ke
Kereta sekolah
Motosikal
Basikal
Lain
-lain
Cara Murid 3 Zamrud Datang Ke SMK Langkah 5
Jenagor pada tahun 2020
• Lengkapkan graf dengan
Bilangan (orang) tajuk dan petunjuk
Bas Cara ke
Kereta sekolah
Motosikal
Basikal
Lain
-lain
Kaedah Membina Graf Garisan Mudah
• Graf garis mudah dipersembahkan dalam bentuk garisan
• Langkah-langkah melukis graf garis mudah adalah seperti
berikut :
a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar
b) Melabelkan paksi menegak dan mendatar
c) Pilih skala yang sesuai untuk menegak
d) Lukis garisan bagi mewakili bilangan naskah buku
e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk
Data 1 : Graf Garisan Mudah
Jualan Buku Modul Geografi Ting 3 Oleh Syarikat Osman Mengikut Bulan
Januari hingga Mei tahun 2020
No Bulan Bilangan (naskah)
1 Januari 4500
2 Februari 3000
3 Mac 5500
4 April 7000
5 Mei 10,000
Jumlah 30,000
Sumber : Akaun syarikat Osman Sendirian Bhd
Langkah 1
• Lukis paksi menegak dan
paksi mendatar
Paksi Y
Paksi X
Bilangan (naskah) • Merujuk kepada nilai Langkah 2
boleh ubah • Melabelkan paksi
• Perlu ada unit yang menegak dan mendatar
dikira
Bulan
Bilangan (ribu naskah) Langkah 3
• Nilai tertinggi data • Pilih skala yang sesuai
tersebut ialah 10,000
naskah, oleh itu nilai
di paksi Y mesti
melebihi 10,000
Bulan
Bilangan (ribu naskah) Langkah 4
• Tandakan titik • Tandakan titik yang
mengikut mewakili bacaan data
bulan yang terlebih dahulu
betul
• Kemudian,
sambungkan
titik-titik
tersebut
Jan Feb Mac April Mei Bulan
Jualan Buku Modul Geografi Ting 3 Oleh Syarikat Langkah 5
Osman pada Bulan Januari hingga Mei 2020
• Lengkapkan graf dengan
Bilangan (ribu naskah) • Tajuk perlulah ditulis tajuk dan petunjuk
di bahagian atas dan
ditengah-tengah graf
Jan Feb Mac April Mei Bulan
Kaedah Membina Graf Gabungan
• Graf gabungan adalah yang mempunyai dua bacaan di dalam
satu graf
• Langkah-langkah melukis graf gabungan adalah seperti berikut :
a) Lukis 2 paksi menegak dan paksi mendatar
b) Melabelkan paksi menegak dan mendatar
c) Pilih skala yang sesuai untuk menegak
d) Lukis bar dan garisan bagi mewakili kedua-dua bacaan data
e) Lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk
Data untuk Graf Gabungan
Jadual taburan hujan dan suhu di Bandar X
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018
J FM A M J
12 15 20
Suhu (ºC) 5 8 10 100 50 40
Hujan (mm) 100 80 150
Sumber : Jabatan Meteorlogi Negeri X, 2018
Langkah 1
• Lukis 2 paksi menegak
dan paksi mendatar
Hujan Suhu
(mm) (ºC) Langkah 2
• Melabelkan paksi
menegak dan mendatar
Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 3
• Pilih skala yang sesuai untuk
menegak
• Tip!
• Buat skala dan
bar untuk hujan
dahulu, barulah
sesuaikan untuk
suhu
Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 4
• Lukis bar dan garisan
bagi mewakili kedua-
dua bacaan
data
Taburan hujan dan suhu di Bandar X Langkah 5
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018
• Lengkapkan tajuk bagi
Hujan(mm) Suhu (ºC) graf gabungan
yang telah
dilukis