The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlanmamat07, 2022-02-20 22:38:02

T3 Bab 1 - Jadual dan graf

T3 Bab 1 - Jadual dan graf

Taburan hujan dan suhu di Bandar X
pada bulan Jan hingga Jun pada tahun 2018

Hujan(mm) Suhu (ºC) Langkah 5

• Lengkapkan

1.5 Mentafsir jadual,grgafrdaenfgan
bar mudah, graf gartaijsukan

mudah dan graf

gabungan

Kaedah Mentafsir Graf Bar Mudah, Graf
Garisan Mudah dan Graf Gabungan

 Perhatikan tajuk graf
 Perhatikan butiran pada setiap paksi
 Jelaskan maklumat data tertinggi dan data terendah
 Kaitkan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi data

melalui lain-lain maklumat atau pemerhatian
 Berikan ulasan ini tersurat dan tersirat bagi setiap data

yang terlibat
 Buat rumusan keseluruhan

Contoh Tafsiran

Graf Bar Mudah

Graf menunjukkan cara murid 3
Zamrud datang ke sekolah. Jumlah murid
yang terlibat ialah 35 orang. Daripada 35
orang murid, cara murid datang ke
sekolah yang paling tinggi adalah dengan
menggunakan bas iaitu 12 orang. Ini
diikuti dengan kereta seramai 8 orang
manakala motosikal pula seramai 6 orang
dan basikal seramai 5 orang. Data yang
paling sedikit ialah lain-lain seramai 4
orang. Murid kelas 3 Zamrud memilih
untuk menaiki bas kerana kosnya yang
lebih murah serta selesa

Contoh Tafsiran Graf

Garisan Mudah

Graf menunjukkan jualan buku modul
geografi tingkatan 3 oleh Syarikat Osman Sdn
Bhd pada bulan Januari hingga Mei tahun
2020. Daripada graf tersebut, didapati jualan
buku adalah tinggi pada bulan Januari iaitu
4500 naskah. Namun, jualannya agak
merosot sebanyak 1500 naskah pada bulan
Februari menjadikan jualan hanya 3500
naskah. Pada bulan Mac sehingga Mei,
jualannya meningkat sehingga ke 10,000
naskah buku. Jualan buku meningkat kerana
mendapat permintaan yang tinggi dari
sekolah-sekolah yang terlibat

Contoh Tafsiran

Graf Gabungan

Graf menunjukkan taburan hujan dan
suhu di Bandar X pada bulan Januari hingga
Jun pada tahun 2018. Taburan hujan di bandar
X tidak sekata dan taburan hujan tertinggi
dicatatkan pada bulan Mac. Pada bulan April
dan Mei, hujan mencatatkan penurunan
bacaan. Suhu di bandar X mencecah 5ºC pada
bulan Januari. Ini menunjukkan suhu yang
rendah pada awal tahun. Suhu kemudiaannya
semakin meningkat sehingga 20ºC pada bulan
Jun. Dapat disimpulkan bahawa Bandar X
mungkin sekali mengalami musim sejuk pada
awal tahun dan musim panas pada
pertengahan tahun

1. Ciri-ciri penting sesebuah jadual yang lengkap ialah

I mempunyai tajuk
II mempunyai petunjuk
III mempunyai arah angin
IV mempunyai data dan maklumat yang sesuai

A I dan II C II dan III
D III dan IV
B I dan IV

2. Apakah kaedah pengumpulan maklumat yang dapat
dikaitkan dengan pernyataan di bawah?

Dilakukan dengan cara merujuk bahan-bahan yang
sudah diterbitkan seperti buku dan majalah

A Soal selidik C Pemerhatian
B Temu bual
D Rujukan perpustakaan

3. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri graf bar mudah?

I Petunjuk
II Sudut sektor
III Peratus tetap
IV Paksi menegak

A I dan II C II dan III
D III dan IV
B I dan IV

4. Berapakah jumlah pelajar
Tingkatan 1 Merbau datang
ke sekolah?

A 40 orang

B 35 orang
C 30 orang
D 45 orang

5. Pada pendapat anda,
mengapakah pelajar 1
Merbau menjadikan bas
sebagai pengangkutan utama
ke sekolah?

A Tambang murah

B Lebih cepat sampai
C Tidak perlu berebut menaiki

bas
D Tambang bas dibayar oleh

sekolah


Click to View FlipBook Version