The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN 2019 POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azizi, 2020-10-22 22:51:12

LAPORAN TAHUNAN 2019 PMTG

LAPORAN TAHUNAN 2019 POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR

Keywords: laporan tahunan,pmtg,politeknik metro tasek gelugor

i

Diterbitkan oleh
POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR
No.25, Jalan Komersial 2
Pusat Komersial Tasek Gelugor
13300 Tasek Gelugor
Pulau Pinang
Cetakan Pertama 2020
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan semula mana-mana bahagian kandungan Laporan Tahunan 2019
Politeknik METrO Tasek Gelugor ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Politeknik METrO Tasek Gelugor.
Perpustakaan Negara Malaysia
e-ISSN: 2756-8431

ii

SIDANG REDAKSI
Penaung
Ts. Zulkurnain bin Shahadan (Pengarah)

Penasihat
Ts. Siti Salamah binti Mustaffa (Timbalan Pengarah Akademik)
Mohamad Tarmizy bin Ahmad (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)

Mohd Kamal Ariffin bin Zakariya (Ketua Jabatan Akademik)

Ketua Editor
Hazleena binti Osman

Editor
Maz Azleena binti Azahari, Norhasaliza binti Hassan, Nor Zalina binti Salleh,
Syahirah binti Ibrahim, Nurul Ana Syahirah binti Abdul Rahman, Renukha a/p Prelatha dan

Mariati binti Ahamad Zabidi

Ketua Grafik dan Rekabentuk
Mohd Azizi bin Mohd Nor

Grafik dan Rekabentuk
Mohamad Azarol Faizal bin Abdul Jalil, Haryati binti Mahmod dan Ku Muhammad Asnawi bin Ku Yahaya

Maklumat dan Gambar

Program Diploma Teknologi Maklumat Unit Pengurusan Psikologi Unit Perhubungan dan Latihan Industri
(Teknologi Digital) Suhaila binti Sarif Azizah binti Siron
Hazleena binti Osman
Unit Pengantarabangsaan / Unit Penyelidikan, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Program Diploma Pengajian Video dan Filem Inovasi dan Komersialan Mariati binti Ahamad Zabidi
Mohd Azizi bin Mohd Nor Muniamal@Puspa a/p Perumal
Unit Instruksional dan Multimedia
Kursus Am Unit Keusahawanan Muhamad Shahrum Nazar bin Yahya
Ahmad Sani bin Aman Rasma Suzieyantee binti Ismail
Unit Pembangunan dan Selenggara
Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat Ts. Hasbullah bin Mansor
Aubbry Cynddy Grace K.Diaz, Afiq Fahim bin Md Yusof
Mohd Faiross bin Ibrahim Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Unit Perancangan Strategik dan Prestasi Mohammad Yahaya Rizal bin Zainol Abidin
Unit Peperiksaan Politeknik
Safitri binti Salleh Sa’amah binti Hassan Unit Perpustakaan
Norsyahirah binti Khoder
Unit e-Pembelajaran Unit Jaminan Kualiti
Salbiah binti Kasim Siti Hajar binti Hj.Saad @ Mohd Yusof Unit Pentadbiran dan Kewangan
Nurul Linda binti Abdul Rahman
Unit Hal Ehwal Pelajar CISEC
Norsulliatie binti Muhammad Maz Azleena binti Azahari Unit Pengurusn Aset
Dr. Majdah binti Mahamud

iii

KANDUNGAN

Visi dan Misi ................................................................................. i
Mukasurat Terbitan ........................................................................ ii
Sidang Redaksi .............................................................................. iii
Kandungan .................................................................................. iv
Latar Belakang Politeknik METrO Tasek Gelugor ..................................... 1
Dari Meja Pengarah ........................................................................ 2
Pengurusan Tertinggi Politeknik METrO Tasek Gelugor .............................. 4
Carta Pengurusan Politeknik METrO Tasek Gelugor .................................. 5
Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) .......................... 6
Program Diploma Pengajian Video dan Filem ......................................... 16
Kursus Am ................................................................................... 30
Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan ........................................... 34
Unit Peperiksaan ........................................................................... 40
Unit E-Pembelajaran ...................................................................... 48
Unit Hal Ehwal Pelajar .................................................................... 58
Unit Pengurusan Psikologi ................................................................ 64
Unit Pengantarabangsaan ................................................................ 72
Unit Keusahawanan ....................................................................... 80
Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat ............................................. 88
Unit Jaminan Kualiti ....................................................................... 94
Unit Perancangan Strategik dan Prestasi Politeknik ................................. 98
Unit Perhubungan dan Latihan Industri ................................................ 104
Unit Instruksional dan Multimedia ...................................................... 110
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ............................................. 116
Unit Perpustakaan ......................................................................... 120
Unit Pentadbiran dan Kewangan ........................................................ 128
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ................................................. 136
Unit Pembangunan dan Selenggara ..................................................... 142
CISEC ......................................................................................... 146
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan .......................................... 160
Unit Pengurusan Aset ..................................................................... 164

iv

LATAR BELAKANG POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR

Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
merupakan Politeknik METrO ke-5
yang ditubuhkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT). PMTG telah di
tempatkan di Pusat Komersial Tasek Gelugor
dan mula beroperasi pada 8 Oktober 2012.
PMTG adalah politeknik yang diwujudkan
bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi
tempatan dan wilayah dengan berkonsepkan
butik iaitu sebuah institusi pengajian tinggi
yang menawarkan kepakaran mengikut
bidang pengkhususan yang responsif
terhadap keperluan industri dan berubah
mengikut keperluan semasa.
Kandungan kurikulum yang ditawarkan di
PMTG menekankan konsep hands-on dan
kontekstual serta mempunyai ciri unik
penekanan otak kanan dan mendapat
akreditasi daripada Malaysian Qualifications
Agency (MQA). Kurikulum yang ditawarkan
juga menjurus kepada bidang kreatif, ICT
dan program yang mendapat permintaan tinggi. PMTG percaya doing more with less dengan tagline: Maximising Education
Training Opportunities dapat menghasilkan graduan yang berkualiti, berkebolehpasaran dan berkebolehdapatan kerja yang
tinggi.
Menggalas tanggungjawab bagi memastikan misi dan visi PMTG tercapai, Yang Berusaha Encik Abdul Malek bin Hassan telah
diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah pertama PMTG. Di bawah kepimpinan beliau, PMTG mula beroperasi
dan berpindah masuk ke kampus tetap pada 23 November 2015 di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
dan melaksanakan peranan sebagai institut Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) dengan jayanya.
Kini, kepercayaan dan tanggungjawab tersebut telah diserahkan pula kepada Yang Berusaha Ts. Zulkurnain bin Shahadan,
pengarah kedua PMTG yang telah dilantik secara rasmi menerajui tampuk kepimpinan politeknik ini pada tanggal 2 Julai 2018
sehingga sekarang. Beliau merupakan seorang pengarah yang berwibawa untuk meneruskan kecemerlangan PMTG pada masa
akan datang.

1

2

DARI MEJA PENGARAH

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum berkhidmat di Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) sebagai Pengarah, saya pernah bertugas di lima Politeknik
Malaysia yang lain sebagai pensyarah, Pegawai Peperiksaan, Pegawai Latihan Industri, Ketua Jabatan dan Timbalan Pengarah
(Akademik) untuk tempoh 33 tahun. Justeru, semenjak diamanahkan sebagai peneraju PMTG pada 2 Julai 2018, saya berbangga
dan berpandangan bahawa sistem Politeknik Malaysia khususnya PMTG sememangnya beroperasi bagi memenuhi aspirasi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui visinya sebagai Institusi TVET yang Unggul.
PMTG mewarnai tahun 2019 dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian. Kapasitinya sebagai Politeknik METrO telah memberi
peluang yang memberangsangkan kepada salah satu misi PMTG iaitu “Memperkasa Komuniti melalui Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH)”. PMTG melalui Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dan Corporate Industrial Services & Employability
Center (CISEC) telah bersama – sama menggembeleng tenaga dalam merangka, menyelaras dan seterusnya melaksanakan
pelbagai program di bawah PSH kerana kami percaya, ianya satu proses pendemokrasian pendidikan untuk memperolehi
ilmu pengetahuan sama ada secara formal mahupun tidak formal berdasarkan pengalaman dan juga latihan di tempat kerja.
Sebanyak 5 Program Pensijilan Profesional telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2019 dengan jumlah peserta seramai
170 orang. Untuk itu, menjelang tahun 2020, PMTG mengambil langkah berani merekabentuk dan menawarkan program
PSH berbentuk Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT) dalam usaha untuk menyokong dan memperkasakan
pembudayaan PSH dalam kalangan komuniti setempat.
PMTG yang diterajui oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mempunyai 6 teras strategik dan 14
Objektif Baharu (2018 – 2025), telah merekodkan satu pencapaian yang amat baik tahun 2019 apabila mencapai sasaran
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi PMTG sebanyak 97.17 %. Usaha ini menterjemah satu hasil kerja berpasukan dalam kalangan
warga PMTG dengan bilangan tenaga pengajar 36 orang dan staf sokongan 24 orang, berserta dengan enrolmen pelajarnya
sebanyak 360 orang.
Prestasi kewangan PMTG amat baik dengan Peratus Perbelanjaan Mengurus sebanyak 99.98 % sehingga 31 Disember 2019
daripada jumlah peruntukan yang PMTG terima tahun 2019 sebanyak RM 4,978, 433.20. Bagi Prestasi Perbelanjaan Pembangunan
pula PMTG menerima peruntukan sebanyak RM 152,800.00 dan ianya berjaya dibelanjakan sebanyak 99.42 %.
PMTG sememangnya komited dalam usaha mendidik, melatih, membimbing dalam usaha melahirkan graduan holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang sebagaimana tercatat dalam misi PMTG yang ke-3. Sehubungan itu, banyak aktiviti keusahawanan
telah dirancang serta dilaksanakan dan ada juga yang berjaya dalam beberapa pertandingan seperti Kelab MyAgrosis PMTG
telah memenangi tempat ke – 3 peringkat IPT untuk Pertandingan Agrobazar Online Challenge 2019 anjuran FAMA Negeri Pulau
Pinang yang berlangsung selama 5 bulan. Pelajar PMTG dalam bidang Rekabentuk dan Visual, telah berjaya mendapat tempat
ke – 3 dalam pertandingan video anjuran Worming Up Sarawak, manakala Pitch Competition anjuran Ann Joo Sdn. Bhd. pelajar
PMTG memenangi tempat ke – 2.
Pencapaian PMTG tahun 2019 merupakan iltizam dan berkat dorongan warganya selain daripada pelbagai pihak berkepentingan
seperti KPT, JPPKK, industri dan ibu bapa. Usaha perlu diteruskan dengan lebih terancang dan efektif. Saya percaya usaha giat
yang berstrategik ini memberi sinergi yang positif kepada PMTG. Tahniah kepada warga PMTG dan bersamalah kita berganding
bahu giatkan usaha untuk kejayaan lebih cemerlang pada tahun 2020.
Sekian, terima kasih.

3

4

5

6

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA CARTA ORGANISASI
TEKNOLOGI MAKLUMAT

(TEKNOLOGI DIGITAL)

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat
(Teknologi Digital) atau singkatannya ialah DDT
menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang
Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang
Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan
dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies,
Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-
Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk
kepada tugas tertentu. Program DDT di Politeknik METrO
Tasek Gelugor (PMTG) lebih memfokuskan kepada trek
Keselamatan Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan
memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai
pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran
boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan
mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping
kursus teknikal, pelajar juga akan mempelajari kursus Umum
seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian
Islam atau Pendidikan Moral serta Ko-kurikulum untuk
meningkatkan kemahiran soft skills mereka. Oleh kerana
program ini memberi penekanan kepada self-initiated
learning dan hands-on competencies, graduan program
ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi
pengkomputeran. 

Kursus seperti internship juga dibekalkan kepada pelajar
agar mereka lebih kompeten dengan situasi kerja sebenar
dalam bidang pengkomputeran di samping meningkatkan
kemahiran generik. Program ini telah mendapat pengiktirafan
akreditasi daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia(MQA).

7

AKTIVITI PELAJAR

Lawatan Ilmiah Ke Universiti Utara Malaysia Bagi Kursus ‘Database Design’ dan ‘Software
Requirement And Design’

Lokasi : UUMIT, Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 12 Februari 2019
Pegawai Terlibat:
Zainun Binti Ngah
Timbalan Pengarah UUMIT, Universiti Utara Malaysia
Latar Belakang:
Lawatan ilmiah ini melibatkan seramai 42 orang pelajar DDT yang mengambil kursus DFC2083–Database Design dan DFP5043 –
Software Requirement and Design serta diiringi oleh 2 orang pensyarah kursus berkenaan. Lawatan ini bertujuan memberikan
pendedahan kepada para pelajar terhadap teknologi komputer, pembangunan sistem, sistem rangkaian dan fasiliti yang terdapat
di UUM serta kaedah pengajaran dan pembelajaran di luar kelas yang boleh diaplikasikan dengan kursus tersebut.
Objektif:
a. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membangunkan

sesuatu projek
b. Pendedahan kepada perkembangan teknologi maklumat

semasa terutamanya perisian, perkakasan dan sistem
rangkaian yang terkini.

8

Seminar Cyber Crime Awareness

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG
Tarikh : 18 - 19 Mac 2019
Penceramah:
Inspektor Mohd Shah Rizan Bin Samsudin
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Latar Belakang:
Seminar ini merupakan program usahasama di antara pelajar semester 3 program DDT dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
PMTG di bawah Program Hari Terbuka Politeknik METrO Tasek Gelugor(PMTG) Sempena Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia.
Seminar ini telah melibatkan peserta seramai 75 orang pelajar sekolah menengah di sekitar PMTG dan 44 orang pelajar program
DDT. Ianya merupakan sebuah program yang dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenayah siber
dimana ianya juga bersesuaian dengan kandungan kursus DFS4013- Cyber Law. Selain peningkatan pengetahuan, program
seperti ini memberi pendedahan kepada para pelajar PMTG dalam mengendalikan sesebuah aktiviti terutama melibatkan pihak
luar serta ianya dapat mengukuhkan kerjasama di antara satu sama lain.
Objektif:
a. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya jenayah siber.
b. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan melindungi data peribadi dari jenayah siber.

9

Pembentangan dan Penilaian Projek Akhir DDT bagi Sesi Disember 2018

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG
Tarikh : 3 April 2019
Penceramah dan Panel Penilai Luar:
Mohd Emran Bin Ibrahim 
(Digital Pulse Sdn Bhd)
Latar Belakang:
Program ini melibatkan seramai 26 orang pelajar semester akhir yang mengambil kursus Integrated Project (DFT6014) program
DDT dan 14 orang pelajar DDT semester 4 sebagai urusetia. Pelajar diberi peluang untuk menerangkan dan mempertahankan
hujah berkaitan projek ilmiah yang telah dihasilkan. Sesi soal jawab dan demonstrasi tersebut dapat memberi pengalaman
kepada pelajar sebelum memasuki ke alam pekerjaan sebenar setelah tamat belajar kelak.
Objektif:
a. Membentangkan projek ilmiah yang dibuat berdasarkan keperluan program.
b. Membina semangat kepimpinan serta membuka ruang untuk menggunakan kebolehan pengurusan dan komunikasi dalam

penglibatan serta pengendalian aktiviti yang dirancang.
c. Memupuk kerjasama dan muafakat sesama pelajar dan pihak luar.

10

Kursus Web Development 

Lokasi : Makmal 3, PMTG
Tarikh : 29 - 30 April 2019
Penceramah dan Panel Penilai Luar:
Afiq Aisamuddin Bin Mohd Shariff
(Pengaturcara daripada Codenity)
Latar Belakang:
Kursus ini melibatkan seramai 7 orang pelajar program DDT dan telah memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan
para pelajar terhadap penghasilan laman web yang lebih dinamik terutama bagi pelajar yang mengambil kursus DFT3013-Web
Design Technologies dan pelajar yang akan melaksanakan projek akhir semester (DFT6014-Integrated Project). 
Objektif:
a. Mendedahkan kepada pelajar mengenai penghasilan laman web yang dinamik.
b. Mendapat peluang untuk berkongsi idea bersama pihak luar dalam penghasilan projek akhir pelajar.
c. Menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara sesama pelajar dan pihak luar.

11

Pembentangan dan Penilaian Projek Akhir DDT bagi Sesi Jun 2019

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG
Tarikh : 9 Oktober 2019
Penceramah dan Panel Penilai Luar:
Mohd Emran Bin Ibrahim  (Alam Cenderawasih Sdn Bhd.) dan Mohd Daniel Bin Mat Noh (Sophics Automation Sdn. Bhd.)
Latar Belakang:
Program ini melibatkan seramai 47 orang pelajar semester akhir yang mengambil kursus Integrated Project (DFT6014) program
DDT dan 4 orang pelajar DDT semester 4 sebagai urusetia. Pelajar diberi peluang untuk menerangkan dan mempertahankan
hujah berkaitan projek ilmiah yang telah dihasilkan. Sesi soal jawab dan demonstrasi tersebut dapat  memberi pengalaman
kepada pelajar sebelum memasuki ke alam pekerjaan sebenar setelah tamat belajar kelak.
Objektif:
a. Membentangkan projek ilmiah yang dibuat berdasarkan keperluan program.
b. Membina semangat kepimpinan serta membuka ruang untuk menggunakan kebolehan pengurusan dan komunikasi dalam

penglibatan serta pengendalian aktiviti yang dirancang.
c. Memupuk kerjasama dan muafakat sesama pelajar dan pihak luar.

12

AKTIVITI PENSYARAH

Interpretasi Kurikulum Program Pengajian NBOS-TVET:DDT

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG
Tarikh : 22 Julai 2019
Penceramah:
Abd Aziz bin Bakeri
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kurikulum (Unit Perkomputeran), JPPKK
Latar Belakang:
Program ini telah melibatkan seramai 15 tenaga pengajar bagi program DDT, PMTG. Program ini telah memberikan pendedahan
dan bimbingan kepada semua pensyarah berkaitan maklumat terkini dan garispanduan pelaksanaan dokumen kurikulum versi
Jun 2019 bagi program DDT.
Objektif:
a. Memberi informasi terkini berkaitan dokumen kurikulum program DDT serta kaedah pelaksanaan program.
b. Memberi ruang kepada pensyarah untuk memberi maklumbalas berkaitan program.

13

Program Talent Development In Digital Technology/Modular Diploma for Train The Trainers –
Cluster 3: Information Security (Hacking & Security Vulnerability Management)

Lokasi : Makmal 1, PMTG
Tarikh : 29 – 31 Oktober 2019
Penceramah dan Panel Penilai Luar:
Indra bin Mohd Zin (
Drai Analytics Resources).
Latar Belakang:
Program ini telah melibatkan seramai 10 orang pensyarah DDT daripada Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG),
Politeknik Mersing, Johor (PMJ) dan Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO). Program ini telah memberikan pendedahan dan
bimbingan untuk mengimbas, memeriksa dan memperbaiki potensi ancaman yang dihadapi oleh industri IT sebenar. Peserta
mempunyai pemahaman yang kukuh melalui latihan praktikal menggunakan VM pada komputer. Di samping itu, peserta dapat
meningkatkan pengetahuan berkaitan SQL Injections, Patch source code dan mencegah vector penggodam yang umum dengan
dibantu oleh tenaga pengajar yang berkelayakan.
Objektif:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam bidang keselamatan maklumat khususnya dalam Hacking & Security
Vulnerability Management

14

PENCAPAIAN PENSYARAH Hari Akademia 2019

Persijilan Profesional Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang
Pemenang Anugerah:
Nama Pensyarah Persijilan Profesional 1) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Penulisan)

Mohamad Azuan bin Certified Ethical Hacker - Pn.Hazleena binti Osman
Mohamed Arshad (CEH) 2) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Inovasi)
Nurul Ana Syahirah binti Certified Ethical Hacker
Abdul Rahman (CEH) - Pn.Hazleena binti Osman
Nor Zalina binti Salleh Certification Security 3) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Pengajaran)
Application Professional
(CSAP) - Pn.Norsulliatie binti Muhammad
4) Anugerah Sri Gelugor (Pilihan Pelajar)

• Pensyarah Paling Bergaya
- Pn.Farah Ariffah binti Abd Aziz

• Pensyarah Paling Tegas
- Pn.Maz Azleena binti Azahari

• Pensyarah Paling Dihormati
- Pn.Hazleena binti Osman

• Pensyarah Paling Kreatif
- Pn.Nurul Ana Syahirah binti Abdul Rahman

• Pensyarah Paling Disayangi
- Pn.Norsulliatie binti Muhammad

PENCAPAIAN PELAJAR
Techcreavery 2019

Nama Pelajar Pencapaian

Sudersen a/l Lekshmikanth Champion in Category Information Security,
Sundari a/p Baskaran Techcreavery 2019, Politeknik Malaysia
Yalmolli a/p Sivekumar

15

16

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA CARTA ORGANISASI
PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM

DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM direkabentuk
untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran kreatif dalam industri pengeluaran video
dan filem berkaitan hiburan, multimedia, infotainment
dan edutainment. Program ini memfokus pada aplikasi
teknikal audio dan video, menekankan teori-teori asas dan
bahasa filem. Kajian dan penyelidikan dalam epik / legenda
tempatan dan warisan budaya ditekankan untuk memupuk
kecenderungan unsur sedemikian dalam projek pelajar.

Kursus teras menyediakan asas yang kukuh dalam kajian video
dan filem melalui asas pemikiran analitis kreatif dan teori reka
bentuk. Kursus teras disiplin memudahkan pelajar meneroka,
mengamalkan kemahiran teknikal dan menggunakan media
digital untuk penghasilan audio dan video. Kursus elektif dari
pelbagai disiplin reka bentuk memberikan nilai tambah dari
segi pengetahuan, kreativiti dan penghargaan terhadap ciri-
ciri, nilai seni dan reka bentuk. Pelajar diberi peluang untuk
meningkatkan kemahiran mereka dalam pembikinan video
cerita pendek, dokumentari, video muzik, penyuntingan
audio video dan penggubahan, atau kajian percubaan
penghasilan video dari mana-mana gabungan kandungan dan
multimedia. Ini akan memberi nilai tambah pelajar dalam
memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
melalui program ini relevan dengan keperluan industri
filem. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada
pembelajaran kendiri dan hands-on competencies, graduan
program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
dunia filem dan penyiaran.

Program ini direka untuk Politeknik METrO yang memberi
tumpuan kepada program pengajian Pembelajaran
Berasaskan Kerja (WBL) dengan durasi pengajian selama
dua setengah tahun (lima semester). Kaedah pelaksanaan
pengajian ialah; pembelajaran dan pengajian selama tiga
semester di kampus dan dua semester di industri berkaitan.
Pelajar disediakan untuk memainkan peranan di masa
hadapan dalam ekonomi; melalui penerapan teras yang
kukuh dalam kemahiran yang diperlukan berkaitan dengan
pelbagai bidang industri kreatif.

17

AKTIVITI PELAJAR

“SMILE Project 2019” -The Universal language for serving

Tema : Spreading wings of Knowledge through smile
Lokasi : The Ramakrisna Ashrama
Tarikh : 02 Mac 2019
Masa: 8.00 pg - 1.00 tgh
Penyelaras Projek Smile :
Cik Renukha a/p Prelatha , Cik. Nur Jannah binti Zainol Abidin (JRKV) dan Pn.Muniamal@Puspa a/p Perumal(Am).
Penyertaan: Pelajar semester 3 DDV (Event Management) dan pelajar semester 2 DDV (Nilai Masyarakat Malaysia).
Objektif:
• Memperkasakan kemahiran peserta dalam bidang komunikasi.
• Memberi peluang kepada pelajar Politeknik untuk mempraktikan kemahiran yang dipelajari di Polikteknik METrO Tasek Gelugor

dalam usaha melahirkan graduan TVET berkualiti
• Membantu para pelajar memanfaatkan peluang ini dengan bijaksana dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang

lebih memerlukan.
• Mengembangkan nilai kesukarelawan dan kemasyarakatan dalam diri pelajar Politeknik METrO Tasek Gelugor.

18

Viscom Show Rock and Roll – Feel the Vibes Rock the Day!

Tema : Rock and Roll
Lokasi : Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Kepala Batas, Pulau Pinang. (LPPKN)
Tarikh : 04 April 2019
Masa: 7.00 pg - 6.00 ptg
Penyelaras:
Cik Nur Jannah binti Zainol Abidin dan Cik Renukha Prelatha.
Penyertaan: 34 Pelajar Urusetia, 120 Pelajar PMTG, 60 tetamu (SMK Gemilang dan Pelajar dari KK Kepala Batas)

Ringkasan Program:
Viscom Show merupakan acara tahunan yang
di anjurkan oleh para pelajar daripada kursus
DVV5013 - Event Management. Program ini
melatih pelajar dalam membuat perancangan
sesebuah acara dengan dinamik dan kemahiran
berkomunikasi di antara pelajar dan juga pihak
industri.
Di samping itu juga ia membantu pelajar dalam
berkongsi ilmu dalam menghasilkan sesebuah
karya seni. Viscom Show merupakan acara yang
mempertandingkan hasil karya pelajar dalam
filem pendek yang dihasilkan di bawah beberapa
subjek yang terlibat.
Pada 11 Oktober 2019 yang lalu telah
berlangsungnya program Viscom Show Rock
and Roll membawa tema Feel the Vibes Rock
the Day! yang di ajurkan oleh pelajar Diploma
Pengajian Video dan Filem Semester 3 di bawah
seliaan Cik Nur Jannah binti Zainol Abidin. Viscom
Show ini telah dijalankan pada 4 April 2019 yang
bertempat di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga, Kepala Batas,
Pulau Pinang. (LPPKN). Program ini merupakan
kerjasama dari pihak LPPKN Pulau Pinang selaku
penaja lokasi pameran pelajar pada kali ini.
Program ini berlangsung dari pukul 7.00 pagi
sehingga 6.00 petang.
Projek ini juga mengundang tetamu Khas dari
Serendit Pictures Sdn. Bhd, En Fuad bin Ariffin
dan En Mohd Azlan Arif dari Cloud Media Studio
sebagai Juri Jemputan yang banyak berkongsi ilmu
dalam bidang perfileman kepada pelajar. Program
ini akan memberi manfaat kepada pelajar untuk
modal insan pada masa akan datang.

19

PMTG Wonder Wall

Tema : Box Office Film
Lokasi : Laluan Bilik Kuliah, Politeknik METrO Tasek Gelugor
Tarikh : 23 Ogos 2019 hingga 01 September 2019
Pensyarah Pembimbing:
En. Mohd Azizi bin Mohd Nor, Cik Nur Jannah binti Zainol Abidin, En. Muhammad Hafizul bin Omar @ Osman dan
En. Afiq Fahim bin Md Yusof
Penyertaan: 25 Pelajar (DDV3) - Kursus DVV5013 - Event Management

Ringkasan Program:
Wonder Wall merupakan sebuah projek pelajar
Diploma Video dan Filem di Politeknik METrO
Tasek Gelugor. Wonder Wall di anjurkan oleh
para pelajar daripada kursus DVV5013 Event
Management di bawah tugasan mengendalikan
sebuah Mini Projek. Projek ini merupakan projek
pelajar di bawah selian Cik Nur Jannah binti
Zainol Abidin selaku Pensyarah Kursus Event
Management.
Program ini merupakan sumbangan pelajar atas
jasa kepada para pensyarah dan juga Politeknik.
Seterusnya, Mini Projek ini juga dapat menceriakan
lagi suasana di sepanjang laluan kelas di Politeknik
METrO Tasek Gelugor. Matlamat program ini ialah
untuk mencantikkan dinding di laluan kelas yang
di tambah dengan dengan lukisan mural yang
berunsurkan motivasi dan akademik.

Mini Projek Wonder Wall ini juga bertujuan
sebagai memberi peluang kepada pelajar serta
mempraktikan kebolehan dalam kemahiran seni
pelajar.

20

Viscom Show Retro, Best Time, Theatre Time

Tema : Retro
Lokasi : Bilik Seminar, Politeknik METrO Tasek Gelugor.
Tarikh : 11 Oktober 2019
Masa: 7.00 pg - 6.00 ptg
Penyelaras:
Cik Nur Jannah binti Zainol Abidin dan
En. Mohd Azizi bin Mohd Nor.
Penyertaan: 24 Pelajar Urusetia, 120 Pelajar PMTG
Ringkasan Program:
Viscom Show merupakan acara tahunan yang di
anjurkan oleh para pelajar daripada kursus DVV5013
Event Management. Program ini melatih pelajar dalam
membuat perancangan sesebuah acara dengan dinamik
dan kemahiran berkomunikasi di antara pelajar dan
juga pihak industri. Di samping itu juga ia membantu
pelajar dalam berkongsi ilmu dalam menghasilkan
sesebuah karya seni.
Viscom Show merupakan acara yang mempertandingkan
hasil karya pelajar dalam filem pendek yang dihasilkan
di bawah beberapa kursus yang terlibat. Pada 11
Oktober 2019 yang lalu telah berlangsungnya program
Viscom Show Retro Cinema yang membawa tema Best
Time Theatre Time dan ia di ajurkan oleh pelajar
Diploma Video dan Filem Semester 3 di bawah seliaan
Cik Nur Jannah binti Zainol Abidin.
Viscom ini telah dijalankan pada 11 Oktober 2019 yang
bertempat di Bilik Seminar Politeknik METrO Tasek
Gelugor dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Projek ini
juga mengundang tetamu Khas dari Zaftrad Services (M)
Sdn Bhd sebagai Juri Jemputan yang banyak berkongsi
ilmu dalam bidang perfileman kepada pelajar. Program
ini akan memberi manfaat kepada pelajar untuk modal
insan pada masa akan datang.

21

Press the button

Lokasi : Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh : 11/10 /2019 – 13/10/2019 (3H/2M)
Pensyarah Pembimbing:
En. Ku Muhammad Asnawi bin Ku Yahaya dan
Pn. Sarifah Nor Husna binti Syed Alias
Penyertaan: 48 orang (DDV1) -
Kursus DVG1012 - Fundamentals of Digital Photography

Objektif Program:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang

kemahiran dalam menggunakan kamera DSLR
dengan betul.
2. Memberi kemahiran kepada pelajar tentang teknik
fotografi seperti sky photography,draw with light
photography dan lain-lain.
3. Membantu pelajar meningkatkan potensi diri serta
komunikasi antara mereka dalam fotografi.

Hari Pertama Hari ke-2 Hari ke-3

Masa Agenda Masa Agenda Masa Agenda
8:00 pagi 10:00 – 11:30
Bertolak dari PMTG ke Jeti 8:00 – 8:30 pagi Sarapan pagi Sarapan pagi
10:00 pagi Kuala Perlis 12 tengah hari dan bersiap
10:45 pagi Tiba di Jeti Kuala Perlis 8:30 – 9:30 pagi Scenery Photography di 12:15 – 2:30 untuk pulang
11:45 pagi 9:30 -12 tengah Telaga Habour petang CHECK OUT
Menaiki feri ke Pulau Langkawi hari Bird’s Eye View 3 :00 petang
1:30 petang Tiba di Jeti Kuah, Pulau 12:00 -12:30 Photography di Cable Fotografi di
Langkawi tengah hari Car, Pulau Langkawi 3:30 – 5:30 sekitar Dataran
2:00 petang Bertolak ke tempat Bertolak ke Jeti Teluk petang Lang
penginapan,Cenang View Baru 5:30 – 7:30 Bergerak ke Jeti
3:00 – 5:30 Hotel malam Kuah
petang Tiba di tempat penginapan 2.00 – 6 :00 Island Hopping for travel Menaiki feri dari
6.45– 7:30 dan berehat petang photography Jeti Kuah ke
petang Street Art Photography di Jeti Kuala Perlis
9:00 – 10:00 sekitar Cenang 6:00 – 7:00 Pulang ke tempat Bertolak pulang
malam Sunset Photography di Pantai malam penginapan ke PMTG
Cenang 8:30 – 10 malam Sky Photography di
Drawing Light Photography di sekitar Pantai Cenang
sekitar Cenang

22

AKTIVITI PENSYARAH

TRAIN THE TRAINERS: UP-SKILLING / Video bagi Drone Pilot Training Course

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG dan Vision Park, Kepala Batas
Tarikh : 2 - 4 Oktober 2019
Masa: 8.00 pg - 1.00 ptg
Penyelaras Projek :
En. Mohd Azizi bin Mohd Nor
Penyertaan: 6 Pensyarah JRKV, 2 Pensyarah IT, 2 Pensyarah
Am dan seorang UICT.
Trainer: Zaftrad Services (M) Sdn.Bhd.
Latar Belakang:
Kursus Drone Pilot Training Course ini memberikan
pendedahan dan bimbingan dalam mengendalikan drone
dalam membuat rakaman persekitaran (aerial shooting)
selari dengan kehendak revolusi industri 4.0. Footage yang
diambil akan dibuat suntingan dengan menggunakan perisian
suntingan video yang digunapakai oleh industri kreatif. Kursus
ini dikendalikan oleh syarikat yang berpengalaman luas
dalam industri kreatif iaitu Zaftrad Services Sdn. Bhd yang
berpengkalan di Subang Selangor. Kursus ini dilihat dapat
meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mengendalikan
drone dengan menggunakan pelbagai teknik seperti Point of
Interest, Follow me, gesture, cinematic mode, active track
dan banyak lagi.
Objektif:
• Melatih dan meningkatkan kemahiran staf dalam

mengendalikan drone selari dengan kehendak revolusi
industri 4.0.
• Memastikan semua peserta kursus tahu etika dan teknik
asas dalam membuat rakaman video atau imej menggunakan
drone.
• Memastikan semua peserta kursus mampu untuk membuat
suntingan video/imej menggunakan perisian yang
digunapakai oleh industri kreatif.

23

TRAIN THE TRAINERS: UP-SKILLING / Video bagi Da Vinci Resolve Professional Certified

Lokasi : Makmal MAC, Politeknik METrO Tasek Gelugor This certifies that
Tarikh : 21 - 24 Oktober 2019
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg Mohd Azizi Mohd Nor
Penyelaras Projek :
En. Mohd Azizi Bin Mohd Nor has successfully completed
Penyertaan: Pensyarah JRKV PMTG dan PTSS.
Trainer: En. Isazaly (KINO-i Pictures) DaVinci Resolve 15: Certified End User
Latar Belakang:
Kursus Profesional Da Vinci Resolve Professional Certified October 24, 2019
dapat memberikan pendedahan dan bimbingan dalam
membuat suntingan video menggunakan perisian DaVinci Certificate Code CEO Blackmagic Design
Resolve selari dengan kehendak revolusi industri 4.0. ADAC-AEAC-15C2-4A75 Created by Brillium on 10/24/2019. Software by Brillium, Inc.
Peserta kursus juga akan mendapat Certified End User yang
dikeluarkan oleh Black Magic Design yang diiktiraf oleh semua
industri kreatif sekiranya lulus ujian berkenaan.

Objektif:
• Melatih dan meningkatkan kemahiran staf dalam

menggunakan perisian suntingan video selari dengan
kehendak revolusi industri 4.0.
• Memastikan semua peserta kursus mampu untuk membuat
suntingan video/imej menggunakan perisian yang
digunapakai oleh industri kreatif.
• Memastikan peserta kursus mendapat Professional
Certified bagi badan professional yang diiktiraf oleh
industri kreatif.

24

TRAIN THE TRAINERS: UP-SKILLING / Single and Multiple Camera Production

Lokasi : Bilik Seminar, PMTG dan sekitar Tasek Gelugor
Tarikh : 8 - 10 Oktober 2019
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Penyelaras Projek :
Cik Salbiah Binti Kasim
Penyertaan: Pensyarah JRKV, PMTG
Trainer: Dato Zulkifli M.Osman fdam.
Latar Belakang:
Kursus Single and Multiple Camera Production ini berlangsung
secara teori dan praktikal yang dikendalikan oleh pengarah
filem terkenal di Malaysia yang memiliki banyak pengalaman
didalam bidang perfileman di Malaysia khususnya iaitu Dato
Zulkifli M.Osman fdam. Melibatkan 10 orang pensyarah JRKV,
PMTG yang dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi menghasilkan
produk video (short film documentary).
Objektif:
• Melatih dan meningkatkan kemahiran staf dalam

mengendalikan peralatan SCP dan MCP selari dengan
kehendak industri kreatif terkini.
• Memastikan semua peserta kursus tahu etika dan teknik
asas dalam membuat rakaman video bagi penghasilan video
dokumentari.
• Memastikan semua peserta kursus mampu untuk mengambil
footage video/imej menggunakan peralatan audio/video
yang digunapakai oleh industri kreatif.

25

PENCAPAIAN PENSYARAH

DA VINCI RESOLVE 15: Certified End User (Professional Certification)

Lokasi : Makmal MAC, Politeknik METrO Tasek Gelugor This certifies that
Tarikh : 4 Oktober 2019
Masa: 2.00 ptg - 5.00 ptg Mohd Azizi Mohd Nor
Penyelaras Projek :
En. Mohd Azizi Bin Mohd Nor has successfully completed
Penyertaan: Pensyarah JRKV PMTG dan PTSS.
Trainer: En. Isazaly (KINO-i Pictures) DaVinci Resolve 15: Certified End User
Pencapaian: Kesemua peserta berjaya mendapatkan Certified
End User : Da Vinci Resolve 15 October 24, 2019

Certificate Code CEO Blackmagic Design
ADAC-AEAC-15C2-4A75

Created by Brillium on 10/24/2019. Software by Brillium, Inc.

Hari Akademia 2019

Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang
Pemenang Anugerah:
1) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Penulisan)

- En.Mohd Azizi Bin Mohd Nor
2) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Inovasi)

- Cik Renukha Prelatha
3) Anugerah Sri Gelugor (Kategori Pengajaran)

- En.Mohd Azizi Bin Mohd Nor
4) Anugerah Sri Gelugor (Pilihan Pelajar)

• Pensyarah Paling Bergaya
- Pn. Sarifah Nor Husna binti Syed Alias

• Pensyarah Paling Tegas
- En.Mohd Azizi Bin Mohd Nor

• Pensyarah Paling Dihormati
- En. Muhammad Hafizul bin Omar@Osman

• Pensyarah Paling Kreatif
- En. Ku Muhammad Asnawi Bin Ku Yahaya

• Pensyarah Paling Disayangi
- Cik Salbiah Binti Kasim

26

PENCAPAIAN PELAJAR

Festival Eat up: 2 minute Video competition

Sempena Festival Eat up , worming up Sarawak telah menganjurkan pertandingan Video selama 2 minit. Sebanyak sepuluh(10)
IPTA/IPTS telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tema bagi pertandingan ini ialah kesedaran dalam pembaziran
makanan. Objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pembaziran makanan, dan memberi kekuatan
kepada masyarakat untuk mengubah sifat membazir. Tiga(3) pelajar iaitu Rozaila Binti Syahir, Gunakaren, dan Azrul Hafiszam Bin
Kamanulizan dari Jurusan Diploma Pengajian Video dan Filem, Politeknik METrO Tasek Gelugor telah menyertai dan memenangi
tempat ketiga berserta wang tunai sebanyak RM150.00 dalam pertandingan ini. Hasil video pelajar tersebut telah dimuat naik
dalam laman social media.

27

Pertandingan Pitch Competition (Logo & Tagline) 2019 bagi Yayasan ANN JOO

Ann Joo adalah salah satu industri keluli yang ternama di Malaysia dengan mengamalkan visi yang kuat untuk membangunkan
industri keluli pada masa yang akan datang . Pertandingan Pitch competition (logo & Tagline) dianjurkan oleh Yayasan ANN JOO
bagi mencungkil bakat dan potensi individu dalam merekabentuk logo dan tagline yang sesuai bagi yayasan Ann Joo. Seramai 16
pelajar DDV (JRKV) SEM 3 telah menyertai dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah mengambil selama 5 bulan iaitu
bermula Januari sehingga Mei 2019 .Seramai tiga orang pelajar telah terpilih ke pusingan akhir dan telah berjaya memenangi
hadiah sebanyak RM1400 di peringkat akhir. Kesemua pelajar ini adalah dibawah seliaan Cik Renukha a/p Prelatha dan Pn.
Muniamal@Puspa a/p Perumal.
1st RUNNER –UP AWARD (NORFAZANA BINTI MOHD ZUKI) RM 700 (LOGO & TAGLINE)
2nd PLACE AWARD (NURUL NUHABINTI SALEHUDDIN) RM 500 (LOGO)
2nd PLACE AWARD (MUHAMAD AZRUL FITRI BIN MOHD NASIR) RM200 (TAGLINE)

28

ACA Championship Malaysia 2019

ACA Championship Malaysia 2019, yang dianjurkan oleh Acestar Sdn Bhd, menyediakan platform bagi pelajar yang jurusannya
dalam Seni dan Reka Bentuk untuk mempamerkan karya mereka pada skala yang lebih luas, sambil membuka banyak peluang
untuk pelajar dalami mendapatkan pekerjaan. Seramai 16 orang pelajar jurusan Diploma Pengajian Video dan Filem dari
Politeknik METro Tasek Gelugor dibawah bimbingan Cik Renukha, telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Seorang
Pelajar, Fatin Ezzati Binti Rosman telah berjaya masuk ke pusingan Top 30 finalist sehingga ke pusingan akhir Grand Finale
yang telah berlangsung di Bangsar South, Kuala Lumpur. Pertandingan ini juga, terbuka untuk semua institusi pengajian tinggi,
sekolah menengah, kolej, dan politeknik. Pelajar yang menyertai ACA Championship Malaysia (Peringkat Nasional), dan
pemenang acara ini akan mewakili Malaysia ke ACA World Championship di California, Amerika Syarikat.

29

30

LATAR BELAKANG KURSUS AM

Unit Pengajian Umum di Politeknik METrO Tasek Gelugor merupakan gabungan dua jabatan akademik iaitu Jabatan
Matematik Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Unit ini diurus tadbir oleh seorang Ketua Jabatan dan seorang
Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Am.  Seramai 8 orang pensyarah ditempatkan di unit ini. Mereka terdiri daripada Pensyarah
Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Dengan kapasiti 8 orang tenaga pensyarah, Unit Pengajian Umum berganding bahu bersama pensyarah program induk DDT
dan DDV di Politeknik METrO Tasek Gelugor untuk memikul amanah demi mencapai hasrat menjadikan politeknik sebagai
institusi TVET unggul menjelang 2025. Antara usaha yang dirancangkan ialah dengan mengadakan program bagi meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar serta menganjurkan program yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah
dan kerohanian di samping proses pengajaran dan pembelajaran.

CARTA ORGANISASI KURSUS AM

Ts. Zulkurnain Bin Shahadan
PENGARAH

Ts. Khairul Anuar Bin Ishak
TIMBALAN PENGARAH
Mohd Kamal Ariffin Bin Zakariya
KETUA JABATAN AKADEMIK

Ahmad Sani Bin Aman
KETUA KURSUS AM

Hasbullah Bin Mansor Muniamal@Puspa a/p Perumal Dr Majdah Binti Mahamud Abdul Shukor bin Hassan
PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH

Nooraini Binti Kamis Nor Sidah Bt Che Din Afiq Fahim Bin Md Yusof Mohd.Faiross Bin Ibrahim
PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH

31

AKTIVITI PELAJAR DAN PENSYARAH

Yassin Hours

Kempen “Yasin Hours” merupakan acara bacaan Yasin di Politeknik seluruh Malaysia. Kempen ini telah berlangsung pada 4
April 2019 jam 10.00 pagi, serentak di seluruh Politeknik Malaysia. Kempen ini adalah sempena Sambutan Jubli Emas Politeknik
Malaysia.

Malaysian University English Test (MUET)

Seramai 51 orang pelajar mengambil MUET 2019 di PMTG. Berikut
adalah jumlah pencapaian pelajar mengikut band.

BAND Jumlah Pelajar
1 1
2 20
3 21
4 8
5 1

32

Nothern Region British Parliamentary Malaysia Polytechnic Communication
Debate Workshop 2019 Camp in Design Thinking (MPCCDT)

Lokasi : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Lokasi : The Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Tarikh : 10-12 Januari 2019 Tarikh : 4 - 7 Mac 2019
Pencapaian : The best speaker for northern Parliamentary
debate workshop is Visvaram A/L Prekash from DDT5B.

Projek CSR NIlai Masyarakat PMTG

Lokasi : Mariamman Temple, Tasek Gelugor
Tarikh : 4 - 7 Mac 2019

33

34

LATAR BELAKANG UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN

Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) adalah unit yang bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus,
menyelaras segala aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan kepada pelajar mahupun kakitangan di Politeknik METrO
Tasek Gelugor. Aktiviti yang dianjurkan oleh USKK PMTG merangkumi aktiviti yang berkaitan dengan sukan, badan
beruniform, kelab persatuan dan juga kebudyaan. Aktiviti yang dirancang adalah untuk membantu meningkatkan kekuatan
jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Di samping dapat membentuk pelajar
yang berkepimpinan, berketerampilan dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi.

CARTA ORGANISASI UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN

35

AKTIVITI PELAJAR

Kejohanan Mini Olahraga PMTG 2019

Lokasi : Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas,
Pulau Pinang
Tarikh : 10 Mac 2019
Masa: 8.00 pg - 1.30 ptg
Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar PMTG
Acara:
i. 2 Acara Padang
ii. 5 Acara Balapan
iii. Pertandingan Cheerleaders
Objektif:
• Membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan pelajar

di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan para pelajar.
• Mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar Politeknik

METrO Tasek Gelugor.
• Mencungkil bakat pelajar dalam sukan terutamanya sukan

olahraga.
• Meningkatkan daya saing antara pelajar dan bersaing secara

sihat.
• Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dalam

mengelolah program sukan.
• Meningkatkan semangat setia kawan dan mengukuhkan

semangat sepasukan dalam kalangan pelajar.

PMTG e-Games Championship

Nama Program: PMTG e-Games Championship
Tempat: Bilik Seminar, Politeknik METrO Tasek Gelugor
Masa: 8.00pg – 11.00pg
Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar PMTG.
Acara:
i. Mobile Lagend
ii. Player Unknow Battle Ground (PUBG)
Objektif:
• Memberi pengetahuan luas tentang dunia alam siber dan

permainan video dalam talian
• Mendapat gambaran dan pengalaman yang sebenar ketika

bermain dalam kumpulan dan pertandingan.
• Mencungkil bakat baru pelajar PMTG dalam permainan video

atas talian.

36

Tasek Gelugor Community e-Sport:
A PMTG Championship

Tempat: Politeknik METrO Tasek Gelugor
Masa: 8.00pg – 5.30ptg
Penyertaan: Terbuka kepada komuniti Tasek Gelugor dan semua

pelajar PMTG.
Kolaborasi:
i. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai
Utara (Sempena Bulan Sukan Negara)
ii.Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang
Acara:
i. Mobile Lagend
ii. Player Unknow Battle Ground (PUBG)
Objektif:
• Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan nilai-nilai

satu sama lain.
• Melahirkan insan yang mantap dan seimbang dari segi rohani,

jasmani, emosi, dan sosial.
• Membentuk generasi muda berwawasan dan bakat – bakat

baharu berpengetahuan luas dalam bidang siber
• Mempromosi kepada komuniti Tasek Gelugor tentang

kewujudan Politeknik METrO Tasek Gelugor

37

Sukan antara Jabatan (Sukatan) Siri - 3 dan
Jemputan Politeknik Pulau Pinang

Anjuran: Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan,
Politeknik Seberang Perai
Tempat: Politeknik Seberang Perai
Peringkat: Negeri
Jumlah Penyertaan Pelajar: 42 orang
Pegawai: 4 orang
Acara yang disertai pelajar PMTG:
i. Bola Jaring
ii. Bola Sepak
iii. Badminton
iv. Ping Pong
Pencapaian Pelajar:
i. Bola Jaring – Tempat Ketiga
ii. Ping Ping
• Johan Beregu Wanita
• Tempat ke-3 Perseorangan Lelaki
• Tempat ke-3 Perseorangan Wanita

38

Kejohanan Battle of the Gamers (BoTG)
e-Sport Championship 2019

Anjuran: Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM)
Tempat: CMART Nibong Tebal, Pulau Pinang
Peringkat: Kebangsaan
Jumlah Penyertaan Pelajar: 10 orang
Pegawai: 1 orang
Acara yang disertai pelajar PMTG:
i. Mobile Legends
ii. People Unknow Battle Ground (PUBG)
iii. FIFA 19
Pencapaian Pelajar:
i. Naib Johan kategori PUBG

Singapore Rugby Asia Region Sevens Workshop

Tempat: Ite College West, Kallang Track, Singapore
Peringkat: Antarabangsa
Nama Pelajar: Muhammad Alif Iman bin Fuad Ady Sany
Pencapaian:
Pelajar ini telah dipilih oleh pihak Malaysia Rugby Union
(MRU) untuk mewakili Malaysia bagi menyertai bengkel
pengadil Sevens Side yang dikendalikan oleh Greg Hinton
yang merupakan Asia Rugby Performance Reviewer dan juga
Gary Dibden selaku London Society of Rugby Union Referees
Performance Reviewer di ITE College West, Singapore. Bengkel
ini adalah anjuran Singapore Rugby Union (SRU) dalam usaha
membangunkan pengadil muda di rantau asia. Menerusi bengkel
yang disertai pelajar ini telah memperolehi Sijil Kepengadilan
Rugbi 7 Sebelah Level 1 dan merupakan pengadil Ragbi 7
Sebelah termuda di Malaysia.

39

40

Unit

Peperiksaan

PENGENALAN

Unit Peperiksaan (UPEP) POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR (PMTG) bertanggungjawab bagi
menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan
dan persijilan. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, unit ini telah mendapat kerjasama
penuh daripada semua jabatan lain.

41

FUNGSI, CARTA ORGANISASI, VISI DAN MISI UNIT PEPERIKSAAN

METrO

VISI Meningkatkan kecekapan
pengurusan peperiksaan
Menjadi Unit rujukan dan persijilan menerusi
dalam pengurusanMenjadi Unit rujukan utama dalam pengurusan penyampaian perkhidmatan

perkhidmatan peperiksaan dan pensijilan yang cemerlang dan
berintegriti secara berterusan
perkhidmatan peperiksaan
dan persijilan

Visi dan Misi

Carta Organisasi

42

AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN

AKTIVITI 1 :
PERKONGSIAN ILMU ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (DIPLOMA)
EDISI 6, JUN 2019

OBJEKTIF AKTIVITI MAKLUMAT AKTIVITI

Berkongsi pemahaman dan ilmu kepada pensyarah Tarikh : 18 Oktober 2019 (Jumaat)
tentang perubahan Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Masa : 3.00 ptg – 4.00 ptg
Kaedah Penilaian Edisi 6, Jun 2019 . Tempat : Bilik Persidangan, Politeknik METrO Tasek Gelugor

AKTIVITI 2: PERKONGSIAN ILMU STANDARD KAEDAH PENGOPERASIAN PENGURUSAN
PEPERIKSAAN EDISI 1, 2020

4.00 ptg - 5.00 ptg

43

DATA PENCAPAIAN i-GOT (GRADUATE ON TIME)

SASARAN KPI TERAS 1:
Menghasilkan graduan TVET berkualiti, pencapaian Graduate On Time (GOT)
Politeknik METrO Tasek Gelugor Tahun 2019 adalah 100 % melebihi sasaran 77%.

METrO

RAJAH 1 : JADUAL GOT MENGIKUT PROGRAM SESI JUN 2019
METrO

RAJAH 2 : JADUAL GOT MENGIKUT PROGRAM SESI DISEMBER 2019

44


Click to View FlipBook Version