INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH NAMA PELAJAR SITI FAIRUZ BINTI JAMALUDIN NO. KAD PENGENALAN 030711-07-0476 NO. ANGKA GILIRAN 2022192340166 KUMPULAN / UNIT A7 AMBILAN PISMP JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER III PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU KOD / NAMA KURSUS PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I NAMA TUGASAN TUGASAN 1: PORTFOLIO (KPPB) NAMA PENSYARAH PENYELIA DR. NORSALAWATI BINTI WAHID
i SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT KANDUNGAN i 1.0 PENGENALAN 2 1.1 Maklumat Penempatan 3 1.2 Surat Pengenalan Diri 5 2.0 BIODATA DIRI 6 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 7 3.1 Pernyataan Profesional (Sebelum) 7 3.2 Pernyataan Profesional (Semasa) 10 3.3 Pernyataan Profesional (Selepas) 12 3.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus 15 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 17 4.1 Pemerhatian 17 4.2 Senarai Semak 18 4.3 Temu Bual 18 5.0 KOLABORATIF 30 5.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 31 5.2 Perbincangan dengan Guru-Guru Lain 34 5.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah 44 5.4 Perbincangan dengan Murid 46
ii 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU 50 6.1 Pemerhatian 50 6.2 Senarai Semak 55 6.3 Temu Bual 57 7.0 REFLEKS 59 7.1 Aktiviti (Murid dan Alam Belajar) 68 7.2 Perbincangan / Interaksi 71 8.0 LAPORAN AKHIR 72 LAMPIRAN RUJUKAN
iii
1 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Diisi oleh penilai )
2 1.0 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan antara komponen dalam Amalan Profesional bagi siswa Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP). Pelaksanaan PBS membolehkan pelajar berpeluang mengambil pengalaman sebelum menjalani praktikum. Hal ini membolehkan pelajar faham akan suasana sekolah serta menimba ilmu amali dengan lebih berkesan. Dengan ini, guru pelatih dapat menghayati fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan, peranan guru dalam mengurus bilik darjah dan program akademik atau kokurikulum secara pemerhatian dan melihat interaksi antara guru dan komuniti sekolah. PBS juga membantu pelajar dalam mengenali tingkah laku murid dan tugas sebenar guru dengan nyata.
3 1.1 MAKLUMAT PENEMPATAN
4
5 1.2 SURAT PENGENALAN DIRI
6 2.0 BIODATA DIRI BIODATA PELAJAR GURU NAMA PELAJAR SITI FAIRUZ BINTI JAMALUDIN NOMBOR KAD PENGENALAN 030711-07-0476 NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR KOD SEKOLAH KBA5009 ALAMAT SEKOLAH KG PADANG UBI, LABU BESAR, 09010, KULIM, KEDAH. NOMBOR TELEFON SEKOLAH 04-4037688 ALAMAT SEMASA GERAI NO 5 MPKK, LABU BESAR, 09010, KULIM, KEDAH. NOMBOR TELEFON 017-5732126 EMEL [email protected] AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU (SK) TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 – 22 JUN 2023 NAMA PENSYARAH DR. NORSALAWATI BINTI WAHID JABATAN
7 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL Pernyataan professional merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meringkaskan maklumat mengenai PBS yang dijalani oleh guru pelatih. Terdapat tiga fasa dalam pernyataan profesional iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas yang perlu diterangkan untuk memberikan gambaran secara langsung mengenai aktiviti yang dilakukan semasa tempoh PBS. Pernyataan profesional dapat menunjukkan susunan aktiviti guru pelatih untuk mencapai objektif yang diharapkan. Di samping itu, profesional membantu guru pelatih melaksanakan tugasan dalam keadaan yang sistematik. 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM) Pernyataan profesional bagi fasa sebelum akan menceritakan mengenai proses yang dilakukan sebelum saya menjalankan PBS di sekolah. 3.1.1 Fokus Utama Tugasan Saya menjalankan PBS di sebuah sekolah di Kedah iaitu Sekolah Kebangsaan Labu besar. Sebelum menjalani PBS di sana, saya dan rakan-rakan saya yang merupakan pelajar ambilan Jun 2022 telah diberikan taklimat oleh Encik Omar selaku pensyarah unit Praktikum pada 6 Jun 2023 di Dewan Za’ ba supaya kami memperoleh gambaran awal mengenai PBS. Seterusnya, taklimat mengenai tugasan PBS pula dilaksanakan oleh Dr Zabedah pada 8 Jun 2023 secara maya. Taklimat tersebut sedikit sebanyak memudahkan urusan saya dalam menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan PBS fasa I ini. Bukan itu sahaja, kami juga dibekalkan bahan-bahan untuk memudahkan urusan kami selama dua minggu menjalani PBS di sekolah pilihan masing-masing. Saya juga ditugaskan untuk mengumpul data mengenai sekolah tersebut sekaligus menjalankan perbincangan dengan pihak sekolah di samping menimba pengalaman di sekolah tersebut. Oleh itu, saya dikehendaki untuk mendokumentasikan setiap maklumat yang saya peroleh. Secara amnya, fokus utama Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah memberi pengalaman awal kepada guru mengenai cara pengurusan sekolah, pengendalian bilik darjah, perilaku murid dan tugas guru. Setiap kemahiran dan pengalaman tersebut akan diperoleh melalui kaedah pemerhatian,
8 temu bual, soal selidik dan interaksi dengan pihak sekolah iaitu pengurus sekolah, guru, murid dan komuniti sekolah. Setiap proses PdP yang dijalankan adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang boleh dilihat secara praktikal. Hal ini membolehkan saya menghayati peranan sebagai seorang guru dengan lebih mendalam berbanding hanya mempelajari teori sahaja. Seterusnya, fokus utama PBS ialah suatu usaha dalam memastikan guru pelatih dapat menyesuaikan diri mereka di sekolah supaya dapat memudahkan mereka kelak. Melalui PBS yang dijalankan guru pelatih dapat menilai budaya sekolah yang diamalkan di sekolah yang dipilih. Hal ini membolehkan guru pelatih lebih bersedia untuk masa yang mendatang seperti tujuan utama PBS iaitu memberikan pendedahan dan gambaran awal kepada guru pelatih mengenai pengurusan sekolah terutamanya hal yang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengetahuan tersebut diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual dengan pihak sekolah membolehkan kemahiran komunikasi guru pelatih telah diasah sejak awal. Saya sebagai guru pelatih telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan untuk memudahkan proses pencarian maklumat. Kemahiran yang diperoleh secara tidak langsung ini mampu melahirkan sikap positif bagi profesion keguruan. 3.1.2 Tujuan Tugasan Tujuan tugasan PBS diadakan adalah untuk memberikan pengalaman dan kefahaman kepada guru pelatih mengenai budaya di sekolah seperti tingkah laku murid dan sistem pentadbiran sekolah. Contohnya, pengurusan program. Aktiviti PBS yang dijalankan adalah bertujuan untuk melengkapkan tugasan yang disediakan secara jelas supaya guru pelatih memiliki hala tuju sewaktu PBS di sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan guru pelatih lebih bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar sewaktu menjadi guru kelak. Bagi memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik maka instrumen pengumpulan data seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik perlu dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan perkara yang penting dalam PBS adalah menyiapkan portfolio mengikut kandungan yang ditetapkan. Saya membaca dan merujuk setiap maklumat berkaitan portfolio melalui bahan bercetak dan internet untuk memudahkan proses penghasilan portfolio.
9 3.1.3 Merancang Strategi Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan selama sepuluh hari iaitu bermula pada 11 Jun hingga 22 Jun 2023 merupakan tempoh yang perlu dipatuhi oleh setiap guru pelatih dalam mengumpul setiap maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah I (PBS I). Oleh itu, guru pelatih perlu menyediakan perancangan yang baik mengenai setiap perkara yang akan dilakukan semasa berada di sekolah. Perancangan yang telah saya lakukan sebelum memulakan PBS ialah : - Menyediakan soalan-soalan yang sesuai untuk dikemukakan kepada pihak yang akan saya temu bual bagi melengkapkan borang kolaboratif. - Mencatat setiap aktiviti rutin yang dilakukan di sekolah tersebut untuk melengkapkan ruang amalan refleksi. - Melakukan pendokumentasian terhadap setiap program yang berlangsung. 3.1.4 Instrumen Penilaian Kendiri Tugasan yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semasa PBS melibatkan kaedah pengumpulan data iaitu instrumen penilaian yang merangkumi aspek pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Hal ini memudahkan guru pelatih untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki daripada pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, murid dan komuniti sekolah. Instrumen penilaian merupakan kaedah yang efektif dalam mendapatkan maklumat kerana memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan. Justeru itu, instrumen penilaian perlu disediakan sebelum melaksanakan PBS supaya proses pengumpulan data berjalan lancar. Namun begitu, setiap instrumen yang digunakan mestilah mengikut kesesuaian sewaktu menjalankan tugasan.
10 3.2 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEMASA) Pada 11 Jun hingga 22 Jun 2023 iaitu sewaktu menjalankan PBS di sekolah yang saya pilih terdapat beberapa aktiviti telah saya lakukan iaitu melaksanakan strategi yang dirancang sebelum PBS dan mengumpul dan merekod setiap maklumat yang diperlukan dalam portfolio saya. 3.2.1 Melaksanakan Tugasan / Strategi Yang Dirancang Strategi yang saya rancang ketika sebelum PBS telah saya laksanakan semasa PBS seperti menyediakan soalan – soalan temu bual dan merekod setiap program yang dijalankan. Terdapat beberapa instrument pengumpulan data yang terlibat seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Kaedah yang sering saya gunakan adalah pemerhatian kerana saya menonton secara langsung setiap program yang dijalankan. Bukan itu sahaja, saya juga melakukan pemerhatian terhadap bidang tugas pentadbiran dan guru-guru di sekolah tersebut. Sebagai contoh, pemerhatian yang saya lakukan terhadap guru besar SKLB menunjukkan beliau merupakan seorang yang berkarisma dan teliti. Majoriti guru di sekolah tersebut adalah perempuan tetapi setiap guru memberikan kerjasama dan komitmen yang baik terutamanya sewaktu menjalankan tugas mereka tanpa mengira jantina. Saya turut melakukan pemerhatian untuk melengkapkan instrumen pengumpulan data yang lain. Selain itu, saya juga berpeluang memasuki kelas untuk melihat cara guru mengajar iaitu guru bahasa Melayu bersesuaian dengan subjek major saya. Selain itu, saya telah melakukan beberapa temu bual untuk melengkapkan lagi pemerhatian saya seperti menyoal guru mengenai cara mereka mengendalikan murid sewaktu PdP ketika saya membuat penilaian atas pengurusan bilik darjah. Temu bual turut diadakan kepada komuniti sekolah yang lain berdasarkan kesesuaiannya. Strategi yang saya rancang dan instrumen pengumpulan data yang saya gunakan membantu saya dalam menyiapkan tugasan mengenai murid dan alam pembelajaran. 3.2.2 Mengumpul dan Merekod Maklumat Proses mengumpul dan merekod maklumat yang telah saya rancang sebelum menjalankan PBS telah saya lakukan untuk menambahkan lagi mutu portfolio
11 saya. Saya merekod setiap program dan temu bual yang saya jalankan untuk menyokong setiap kenyataan saya. Rakaman video dan foto telah diambil sepanjang melakukan pengumpulan data sebagai bukti proses mengumpul data dilakukan. Setiap gambar yang diambil akan didokumentasikan di dalam portfolio untuk memenuhi kehendeak tugasan.
12 3.3 PERNYATAAN PROFESIONAL (SELEPAS) Pada 22 Jun 2023 tepat sepuluh hari saya menjalankan PBS di SKLB iaitu sebaik sahaja menyelesaikan setiap strategi yang saya laksanakan di sekolah tersebut saya meneruskan langkah seterusnya dalam melengkapkan tugasan saya iaitu membuat penilaian dan laporan. Di samping itu, saya turut mendapat maklum balas daripada guru besar mengenai perkembangan diri saya sepanjang berada di sekolah tersebut. 3.3.1 Menilai dan Melapor Saya telah menjalankan PBS selama sepuluh hari di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah yang memberi banyak impak positif kepada saya terutamanya dalam profesion guru. Saya mendapat bimbingan serta pengalaman daripada pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah tersebut yang membolehkan saya memperoleh pelbagai ilmu baru untuk digunakan kelak. Hal ini menyebabkan saya dapat memahami tugas dan peranan guru dengan lebih baik kerana saya telah melihat bahawa guru memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik murid terutamanya dalam memastikan murid dapat menguasai 3M sekali gus berperilaku baik. Pemerhatian yang saya lakukan sepanjang berada di sekolah tersebut telah menunjukkan suasana yang lazim di sekolah seperti tingkah laku murid dan gaya pekerjaan guru. Hal ini menunjukkan bahawa guru mestilah seorang yang dapat beradaptasi serta fleksibel dalam setiap keadaan supaya guru boleh mengurus kelas mereka tanpa gangguan. Bukan itu sahaja, guru perlu fleksibel seiring peredaran zaman. Pengurusan bilik darjah merupakan antara perkara utama yang saya lakukan pemerhatian untuk mendapatkan input-input yang bermanfaat. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan saya mendapati bahawa kawalan kelas merupakan aspek yang diberi perhatian oleh setiap guru agar sesi PdP dapat berjalan dengan lancar terutamanya ketika mengajar murid tahap 1. Melalui temu bual yang dijalankan saya diberitahu bahawa seorang guru mestilah dapat mengetahui setiap sikap murid mereka. Hal ini demikian kerana setiap individu memiliki kecenderungan dan tingkah laku yang berbeza. Oleh itu, guru perlu mahir dalam menarik minat murid mereka untuk belajar dan fokus sewaktu PdP. Murid yang ketinggalan di dalam pelajaran pula disediakan bilik khas untuk belajar membaca menggunakan modul permata yang disediakan. Hal ini menunjukkan
13 guru tidak mengabaikan murid mereka tetapi mencari inisiatif lain dalam membantu murid. Berikutnya, saya juga dapat memahami peranan yang dimainkan oleh komuniti sekolah seperti guru besar, guru-guru penolong kanan, murid dan kakitangan sekolah yang lain seperti pengawal keselamatan dan pengurus kantin. Melalui pemerhatian tersebut saya mendapati bahawa setiap pihak memiliki peranan yang penting untuk memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, sepanjang saya berada di sekolah saya melihat guru besar menguruskan urusan pentadbiran dengan sangat baik kerana beliau amat mementingkan maklumat yang lengkap dengan data lalu setiap perkara perlu dibentangkan dalam mesyuarat ‘ Executive Talk’ dengan begitu sistematik. Guruguru penolong kanan pula menjalankan tugas mereka bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing. Kerjasama yang diberikan telah membawa kesan yang positif seperti pelbagai program menarik dapat dijalankan dengan seimbang iaitu merangkumi kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Saya juga melakukan pemerhatian terhadap murid dan mendapatkan maklum balas yang positif apabila mereka sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan sekolah dengan cara melibatkan diri mereka ke dalam aktiviti tersebut. Contohnya, murid SKLB membudayakan ucapan salam, senyum dan sapa ketika berada di sekolah seperti yang ditekankan oleh guru besar sekolah tersebut. Pengawal keselamatan yang sentiasa menjaga kawasan lalu lintas juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Tambahan pula, lokasi sekolah berada berhampiran jalan raya menyebabkan kawasan tersebut sentiasa sesak terutamanya pada waktu pagi dan petang. Pengawas sekolah turut membantu menjaga kawasan pagar sekolah menunjukkan wujud suasana harmoni dalam warga sekolah SKLB. Pengurus kantin pula bertanggungjawab untuk menyediakan makanan serta menjaga kebersihan kantin supaya warga sekolah dapat menikmati rehat mereka dengan nyaman. Makanan RMT turut disediakan oleh pengurus kantin mengikut jumlah penerima RMT telah membantu murid yang kurang berkemampuan supaya tidak belajar dalam keadaan perut kosong. Selain itu, saya ditugaskan untuk mengumpul maklumat mengenai sekolah berdasarkan kehendak tugasan semasa menjalankan PBS. Dengan ini, saya telah
14 merancang segala aktiviti yang perlu saya lakukan sewaktu PBS seperti mencatat setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya saya tidak meninggalkan sebarang perkara yang penting. Sikap produktif dan beberapa kemahiran perlu diaplikasikan sewaktu melaksanakan tugasan PBS supaya setiap perkara dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Contohnya, kemahiran berkomunikasi yang amat penting dalam sesi temu bual bersama warga sekolah. Hal ini demikian kerana komunikasi yang baik dapat menyampaikan maklumat yang jelas serta memperoleh input yang diinginkan. Kesimpulannya, kursus PBS dan tugasan yang disediakan merupakan kursus yang amat bermanfaat serta memberikan impak positif kepada guru pelatih. Setiap tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan taklimat yang diberikan saya jadikan panduan dalam menyiapkan tugasan PBS iaitu untuk mencapai objektif tugasan ini yang membantu saya menjadi guru yang cemerlang. Melalui PBS saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai profesion keguruan. Setiap pengalaman yang saya peroleh dapat saya gunakan sewaktu menjadi seorang guru kelak. Saya pasti melalui pengalaman dan pengetahuan yang saya miliki dapat menjadikan saya seorang guru yang bertanggungjawab dan bersedia menggalas amanah serta bersemangat pendidik.
15 3.4 Laporan Aktiviti yang Difokus Saya menjalani PBS selama dua minggu di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, sepanjang tempoh tersebut saya melaksanakan setiap aktiviti yang telah saya rancang berdasarkan senarai semak. Berikut merupakan antara tindakan yang telah saya lakukan semasa saya berada di sekolah tersebut untuk PBS. HARI AKTIVITI Ahad (11/6/2023) Melaporkan diri kepada guru besar sekolah. Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah di dewan. Memperkenalkan diri sewaktu perhimpunan. Sesi suai kenal bersama guru besar. Menyerahkan borang penilaian kepada guru besar. Menyertai mesyuarat dialog prestasi bersama guru-guru. Isnin (12/6/2023) Meninjau prasarana yang terdapat di sekolah. Mendapatkan maklumat daripada guru mengenai sekolah. Meminta buku pengurusan sekolah daripada PK Pentadbiran. Selasa (13/6/2023) Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan sekolah daripada guru besar. Sesi temu bual bersama PK Pentadbiran, PK Kokurikulum dan PK Hal Ehwal Murid. Rabu (14/6/2023) Melakukan pemerhatian dan mengumpul maklumat berdasarkan program yang dijalankan. Menyertai program kokurikulum. Melakukan sesi kolaboratif bersama guru RMT. Menyusun maklumat yang diperoleh Khamis (15/6/2023) Melaksanakan pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah. Melakukan sesi kolaboratif bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu. Ahad (18/6/2023) CUTI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH
16 Isnin (19/6/2023) Mendapatkan maklumat mengenai organisasi PIBG di sekolah. Sesi temu bual bersama guru besar sekolah Selasa (20/6/2023) Temu bual bersama pengawal keselamatan. Menyusun kembali semua data yang diperoleh. Rabu (21/6/2023) Temu bual bersama guru disiplin sekolah. Menyertai kokurikulum. Membantu guru mengendalikan alatan teknologi. Khamis (22/6/2023) Membantu mengurus kem kepimpinan pengawas peringkat sekolah. Sesi refleksi bersama guru besar. Menerima maklum balas borang penilaian. Menyerahkan borang kehadiran untuk dicop oleh guru besar. Memberi ucapan perpisahan dan menerima cenderahati daripada pihak sekolah.
17 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam tugasan ini terbahagi kepada empat iaitu pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik mengikut kesesuaiannya dengan bentuk soalan yang dikemukakan kepada responden. 4.1 Pemerhatian Tugasan PBS melibatkan proses pengumpulan maklumat menyebabkan pelbagai instrumen pengumpulan data perlu diaplikasikan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Kaedah pengumpulan data yang sering digunakan ialah instrumen pemerhatian. Melalui kaedah tersebut saya mendapati infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut lengkap dari pelbagai aspek seperti kelengkapan TMK dan alatan-alatan lain yang diperlukan sewaktu sesi PdP. Tambahan pula, sekolah tersebut bukan sahaja mementingkan kelengkapan prasarana tetapi turut mementingkan keindahan kawasan sekolah yang menarik perhatian saya. Contohnya, mural pada dinding sekolah dan permainan tradisional seperti ting – ting disediakan untuk murid. Secara keseluruhannya, prasarana yang terdapat di sekolah tersebut berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi serta sesuai dengan jumlah murid di sekolah tersebut. Seterusnya, saya mendapati bahawa sekolah ini mengaplikasikan gaya pembelajaran abad ke-21 bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Pengaplikasian PAK 21 dapat dilihat dari setiap sudut seperti susun atur bilik darjah iaitu susunan meja secara berkumpulan memudahkan perbincangan dalam kumpulan dilakukan. Saiz kawasan sekolah tersebut cukup luas kerana memiliki beberapa bilik khusus seperti bilik TS25, bilik kriket, bilik memanah, makmal sains, bengkel RBT, makmal komputer dan kelas lestari tetapi terdapat beberapa bilik yang belum dapat digunakan kerana masih dalam fasa pengubahsuaian. Di samping itu, saya turut mengambil peluang untuk memerhatikan proses PdP di dalam bilik darjah sewaktu guru pembimbing saya sedang melaksanakan pengajarannya di kelas murid tahun 5. Melalui pemerhatian tersebut saya dapat mengetahui strategi dan pendekatan yang digunakan untuk murid sekali gus menyesuaikannya dengan perbezaan personaliti setiap murid. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang mengajar akan mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai dengan murid yang diajar supaya murid dapat menerima input yang diajar tanpa ketinggalan. Kemahiran guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif menyebabkan murid selesa dan berlumba
18 menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Hal ini menunjukkan murid dapat memahami perkara yang diajar oleh guru dengan jelas. Proses PdP tidak hanya tertumpu kepada buku dan papan putih sahaja tetapi terdapat juga elemen didik hibur yang diselitkan dalam pembelajaran supaya aktiviti pengajaran berlangsung dengan lebih efisien. Purata murid di sekolah ini ialah 30 orang untuk setiap kelas. 4.2 Senarai Semak Instrumen pengumpulan data yang seterusnya ialah kaedah senarai semak yang telah dibekalkan pada saya sewaktu taklimat tempoh hari. Kegunaan senarai semak adalah sebagai panduan kepada saya untuk melaksanakan tugasan portfolio. Melalui senarai semak saya dapat mengerjakan tugasan saya mengikut keutamaannya. Bukan itu sahaja, senarai semak memudahkan saya melaksanakan tugasan ini kerana memiliki formar dan spesifikasi seperti yang dimahukan oleh Unit Praktikum dan pensyarah pembimbing. Senarai semak yang dibekalkan kepada semua guru pelatih telah mengandungi setiap perkara yang perlu dilampirkan oleh guru pelatih dalam tugasan e-portfolio seperti maklumat penempatan, biodata, pernyataan professional, instrument pengumpulan data, kolaboratif, ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir. Oleh itu, saya perlu mengumpul maklumat berdasarkan perkara tersebut. Konklusinya, senarai semak telah membantu memberi gambaran yang jelas tentang perkara yang perlu saya lakukan semasa menjalani PBS. 4.3 Temu Bual Kaedah temu bual merupakan salah satu instumen utama yang menjadi pilihan saya dalam mengumpul maklumat mengenai sekolah. Selama tempoh 2 minggu saya berada di sekolah saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti guru besar, guruguru penolong kanan, guru-guru, kakitangan dan murid. Hal ini adalah untuk memastikan saya mendapat input mengenai data sekolah secara menyeluruh. Setiap responden yang menjalani sesi temu bual memberikan kerjasama dengan baik. Saya telah menyediakan beberapa soalan mengikut kesesuaian bidang responden sebelum sesi temu bual diadakan. Setiap jawapan yang diberikan oleh mereka amat memuaskan saya serta menjawab setiap persoalan dengan baik serta jelas. Temu bual yang dijalankan juga dalam keadaan yang kondusif serta mengikut masa yang dikehendaki oleh responden. Perkara ini amat penting kerana dapat menjamin
19 keselesaan responden sepanjang sesi temu bual dijalankan. Bukan itu sahaja, sesi temu bual juga dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan membolehkan jawapan diberikan secara matang dan teratur.
20 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Peranan guru besar dalam meningkatkan kualiti sekolah. Nama : Puan Azima binti Ya’acob Jawatan : Guru Besar Soalan temu bual Bagaimanakah cara guru besar meningkatkan kualiti sekolah dalam aspek guru dan murid ? Pertama sekali, cara saya meningkatkan kualiti sekolah dalam aspek guru terlebih dahulu adalah dengan mengadakan sesi dialog prestasi bersama guru Penolong Kanan. Dialog prestasi ini diadakan bagi mendapatkan pelaporan mengenai prestasi bagi bahagian masing-masing. Semasa berlangsungnya dialog prestasi segala kekurangan akan dikenal pasti dan akan diperbaiki. Seterusnya, mereka akan bangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan perkara yang dibentangkan. Setiap perkara yang dilakukan itu dengan mengikut prosedur. Bukan itu sahaja, mesyuarat mingguan yang dilaksanakan bersama guru-guru juga dilakukan untuk membincangkan perkara-perkara yang dapat meningkatkan kualiti sekolah. Bagi aspek murid pula, pada masa ini perkara yang terbaru saya lakukan adalah menubuhkan kelas kondusif. Kelas ini ditubuhkan untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar. Jadi, saya memilih kelas daripada tahun 5 Melati iaitu merupakan kelas ketiga tetapi kelas masih dalam proses dan belum siap sepenuhnya. Seterusnya, saya dan guru-guru lain akan bergilir-gilir menyambut murid setiap pagi di hadapan pintu pagar. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid termasuk saya sendiri. Pihak sekolah menerapkan budaya salam kepada murid kemudian perlakuan baik yang dilakukan oleh murid akan dicatat dalam Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) . Dengan cara ini kualiti sekolah dapat ditingkatkan. Apakah kaedah yang diaplikasikan untuk mendidik murid-murid ? Kaedah yang diaplikasikan adalah dengan memantapkan platform delima. Pihak sekolah mewajibkan penggunaan delima kepada semua murid dan guru Penggunaan DELIMA
21 dapat mengurangkan kertas untuk latihan kepada murid. Aplikasi ini digunakan untuk menerapkan budaya digital dalam kalangan murid. Dengan ini, dapat mendidik murid dan guru supaya mahir dalam penggunaan digital. Bolehkah guru besar terangkan tentang program LOT5 yang dijalankan di sekolah ini ? LOT5 diadakan kerana sekolah ini mengalami masalah kewangan terutamanya dalam membeli alatan sukan kerana sekolah ini kebitaraannya dalam sukan memanah dan kriket. Peralatan memanah amat mahal kerana merupakan sukan individu yang memakan modal sehingga ribuan ringgit untuk satu benda sahaja. Jadi, LOT5 merupakan sumbangan yang dikutip daripada ibu bapa murid iaitu RM 5. Namun begitu, sebagai peringatan sebelum melakukan apa apa perkara perlulah dalam pengetahuan guru besar terlebih dahulu. Sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa akan dikreditkan sebagai markah SSDM anak-anak mereka. RM 5 tersebut hanya perlu disumbangkan sekali sahaja. Saya juga akan menggunakan wang tersebut untuk membuat papan tanda kriket dan akan menjemput pihak PPD. Dengan ini, sekolah luar bandar ini dapat dikenali dengan lebih luas.
22 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Tahap prestasi murid Nama : Puan Fatimah binti Abd Hamid Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran Soalan temu bual Apakah program yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid ? Berdasarkan data, asas kemahiran membaca di sekolah ini sangat rendah bermakna masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Program jadikan ini sebagai satu isu dan mengambil satu inisiatif dengan mengadakan program “Gilap Permata”. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca. Ini merupakan satu yang besar di sekolah setakat ini. Pada tahun 2022, murid-murid ini diagihkan kepada semua guru dan jadikan guru sebagai mentor. Manakala pada tahun ini pihak sekolah lebih berfokus dengan sediakan dalam jadual waktu nilam pada hari Rabu setiap pagi. Dengan ini, semua guru dan mentee mereka akan melaksanakan program ini. Mengikut data daripada bulan Mac hingga Jun terdapat enam orang murid yang sudah melepasi dan berjaya. Bagaimanakah penilaian dan pemantaun akan dibuat ke atas perkembangan murid dalam bidang akademik dan kokurikulum ? Kini pihak sekolah melakukan pentaksiran bilik darjah atau pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Dalam PBS terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Psikometrik, SEGAK, Psikometrik dan Pentaksiran Pusat. Tetapi pentaksiran pusat iaitu UPSR telah dimansuhkan jadi hanya tinggal tiga sahaja. Jadi, kita tetap teruskan pentaksiran bilik darjah oleh guru setiap subjek. Hanya dua kali setahun iaitu ujian pertengahan dan akhir. Ini dipanggil sebagai ujian sumatif iaitu ujian selepas beberapa topik pengajaran. Daripada situ murid dapat dinilai. Seterusnya dalam PBD tidak semestinya dalam bentuk bertulis. Guru juga boleh menilai melalui pemerhatian sepanjang PdP. Kemudian akan direkodkan dalam rekod perkembangan murid. Seterusnya dalam bidang kokurikulum pula, pihak sekolah akan mengambil data dalam
23 PAJSK dan ujian SEGAK. Pengisian PAJSK akan diisi mengikut pencapaian murid kokurikulum. Di sini unit kokurikulum dan unit kurikulum harus bekerjasama supaya dapat melihat perkembangan murid selaras atau tidak dengan perkembangan kokurikulum kerana ada sebahagian murid meningkat dalam kokurikulum tetapi akademiknya menurun.
24 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Menjaga Kebajikan Murid – Murid di sekolah Nama : Puan Hayati Jawatan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Soalan temu bual Apakah program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk menjaga kebajikan muridmurid di sekolah ? Terdapat pelbagai bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid. Pertama adalah pemberian bantuan berbentuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Bantuan ini diberikan kepada murid yang mempunyai kelayakan. Sebanyak 198 orang yang layak menerima bantuan RMT ini daripada tahun 1 – 6. Nama penerima RMT ini diambil daripada data murid. Seterusnya adalah bantuan KUAM. Penerima RMT secara langsung merupakan penerima bantuan KUAM. Selain itu, bantuan zakat juga diberikan kepada murid-murid yang berkeperluan. Zakat ini diperoleh daripada caruman daripada semua guru-guru. Bantuan zakat ini juga adalah bertujuan untuk peningkatan akademik dan perlu dihabiskan dalam tempoh setahun. Bagaimanakah Program 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan) dapat menjamin kesejahteraan murid di sekolah ? Program yang pertama adalah kebersihan. Setiap bulan sekolah akan menjalankan pertandingan keceriaan kelas. Markah akan diambil setiap minggu. Pertandingan ini dijalankan mengikut kategori kelas. Contohnya, kelas 1 Mawar sehingga 6 Mawar, 1 Melati hingga 6 Melati dan 1 Melur hingga 6 Melur. Hal ini kerana untuk memberi peluang kepada kelas-kelas kedua dan ketiga memenangi pertandingan tersebut. Seterusnya, bagi program keselamatan pula adalah pihak sekolah mengadakan latihan kecemasan. Latihan ini dijalankan setahun 2 kali. Selain itu, pihak sekolah memperkenalkan alatanalatan yang berada di dalam bengkel supaya mereka dapat mengetahui alatan-alatan yang berbahaya. Bagi program kesihatan pula, terdapat rawatan gigi yang disediakan pada setiap bulan Ogos. Di sekolah ini juga mempunyai bilik khas bagi tempat rawatan.
25 Bukan sekadar itu sahaja, imunisasi juga turut diberikan kepada semua murid tahun satu tanpa ada yang tertinggal. Manakala bagi tahun 6 pula terdapat pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh doktor.
26 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengurusan Kokurikulum Sekolah Nama : Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum Soalan temu bual Apakah pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh sekolah dalam bidang kokurikulum ? Saya dapat menjawab bermula dari tahun 2020, pada tahun itu sebarang sukan tidak dibenarkan tetapi pada tahun 2021 semua sekolah perlu membuat video tentang kemahiran sukan. Maksudnya murid akan menunjukkan kemahiran berkaitan dengan sukan-sukan berkenaan dan sekolah kita telah mendapat tempat kedua dan ketiga peringkat kebangsaan dalam sukan bagi kemahiran memanah. Manakala bagi tahun 2022, pencapaian tertinggi adalah bagi pertandingan video kreatif sekolah kita mendapat johan peringkat negeri Kedah dan sagu hati peringkat kebangsaan. Apakah kebitaraan sukan bagi sekolah ini ? Kebitaraan sukan di sekoah ini ada bagi acara kriket. Pencapaian bagi acara ini adalah tempat ketiga peringkat negeri. Setakat ini kita sememangnya mewakili daerah Kulim. Bagaimanakah jadual unit beruniform, persatuan dan sukan permainan disusun ? Pada tahun ini, kita akan membuat perjumpaan pada setiap hari Rabu pada pukul 2 hingga 4 petang dan murid akan terus sambung waktu persekolahan. Kemudian waktu rehat tersebut diisi dengan solat zohor terlebih dahulu. Perjumpaan bagi unit beruniform dan persatuan digilirkan pada setiap minggu selama satu jam seterusnya pada minggu hadapan kelab persatuan pula satu jam manakala bagi sukan permainan pula, perjumpaan adalah pada setiap minggu satu jam selepas unit beruniform atau kelab persatuan. Sukan permainan dilaksanakan perjumpaannya setiap minggu adalah untuk menyokong dasar 1 Murid 1 Sukan.
27 4.4 Soal Selidik Instrumen terakhir yang digunakan dalam proses pelaksanaan tugasan ini ialah soal selidik. Saya menyediakan borang soal selidik yang memiliki beberapa soalan mengenai gaya pembelajaran yang diamalkan di sekolah ini. Saya telah menjalankan kajian soal selidik tersebut kepada beberapa orang guru dan murid. Hal ini demikian kerana saya ingin mempertimbangkan dan melakukan rujuk silang mengenai jawapan yang diberikan. Respon yang saya terima adalah memberangsakan dan positif daripada guru dan murid. Hal ini menunjukkan bahawa guru dan murid selesa dengan gaya pembelajaran yang diaplikasikan di sekolah tersebut. Borang yang disediakan adalah dalam bentuk maya.
28
29
30 5.0 KOLABORATIF Kolaboratif merupakan interaksi yang dilakukan oleh dua pihak mengenai perkara yang dibincangkan serta cadangan tindakan untuk perkara tersebut. Setiap perbincangan dicatat dalam borang kolaboratif iaitu hasil temu bual saya dengan responden. Perbincangan ini dijalankan dengan beberapa orang responden iaitu bersama pengurus sekolah, guru-guru lain, kakitangan sekolah, murid dan komuniti sekolah.
31 5.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2023 Masa : 11.00 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Bagaimanakah cara pihak sekolah memastikan kemenjadian murid sentiasa terjamin ? - Pihak sekolah sentiasa menyediakan pelbagai program yang merangkumi setiap aspek seperti akademik, kebajikan, kokurikulum dan hubungan global sekali gus memaksimumkan penggunaan SSDM bagi melahirkan murid yang baik lagi cerdik. Apakah program yang dijalankan untuk melahirkan murid yang baik lagi cerdik ? - Program yang dijalankan adalah seperti program LOT 5 bertujuan untuk mempercantik kawasan sekolah dengan kerjasama murid. Selain itu, terdapat juga program ALCoB ● Pihak sekolah perlu memperbanyakkan lagi program hasil kolaborasi dengan negara asing supaya murid mendapat pendedahan yang lebih banyak mengenai negara yang lain. Contohnya, murid dapat mempelajari budaya negara lain. ● Pihak sekolah perlu memberi sokongan yang penuh dalam setiap program seperti program MBMMBI dengan cara berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris mengikut minggu yang ditetapkan.
32 yang bertujuan untuk mendorong murid menonjolkan prestasi mereka hingga ke peringkat global iaitu di Korea Selatan. Melalui program tersebut murid turut mempelajari kosa kata bahasa Inggeris dengan lebih giat. Kami turut menjalankan program MBMMBI supaya murid di SKLB tidak mengabaikan kepentingan kedua -dua bahasa tersebut.
33 Sesi temu bual bersama Guru Besar SKLB
34 5.2 Perbincangan dengan Guru-Guru lain LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2023 Masa : 10.00 PAGI Tajuk / Perkara : ISU DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pada pendapat cikgu, apakah tahap masalah disiplin yang dihadapi oleh murid di sekolah ini ? - Peratusan disiplin di sekolah ini berada pada kadar yang positif iaitu 99.1 % yang menunjukkan tiada sebarang masalah disiplin kecuali isu ponteng sekolah sahaja yang membimbangkan pihak sekolah. Apakah tindakan yang diambil oleh cikgu untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah tersebut ? - Pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran terlebih dahulu kepada murid sebagai peringatan kepada mereka. Kami juga mengadakan lawatan ke rumah murid yang mengalami masalah tersebut. ● Guru perlu mengenal pasti muridmurid yang sering ponteng sekolah supaya tindakan dapat diambil lebih cepat untuk mengurangkan masalah tersebut. ● Murid yang memiliki masalah ponteng sekolah perlu menghadiri sesi kaunseling supaya guru tahu tentang masalah yang dihadapi oleh murid.
35
36 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 JUN 2023 Masa : 11.15 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN BILIK DARJAH SEWAKTU PDP Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● .Bagaimanakah cara cikgu mengendalikan kelas yang cikgu mengajar ? - Saya tidak terlalu membebankan mereka kerana saya mahu mereka belajar dalam keadaan nyaman. Namun begitu, pada awal sesi pembelajaran saya mengajar mereka dengan serius agar mereka menghormati saya sebagai guru mereka. ● Adakah cikgu memiliki tips untuk mengurus murid ? - Sebagai seorang guru, kita mestilah mengenali karakter setiap murid kita pada bulan pertama kita mengajar mereka. Sebagai contoh, saya pernah menyediakan buku yang berisi nama setiap murid saya berserta setiap personaliti mereka untuk memudahkan saya melakukan pendekatan kepada mereka. ● Apakah kaedah pengajaran yang ● Guru perlu menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan peredaran semasa seperti menyelitkan penggunaan teknologi digital.
37 digunakan oleh cikgu semasa mengajar ? - Saya menggunakan kaedah didik hibur iaitu saya pernah mencipta permainan yang sesuai digunakan untuk mengajar penjodoh bilangan. Saya juga pernah meminta murid saya menyediakan portfolio untuk subjek Bahasa Melayu untuk dijadikan rujukan mereka. Bukan itu sahaja, terdapat murid saya yang gemar menulis lirik lagu lalu saya menyuruh murid tersebut menyalin lirik lagu lalu mempelajari kosa kata melalui lagu-lagu tersebut sehingga dia mendapat keputusan yang baik dalam UPSR pada tahun tersebut. ● Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) amat membantu dalam menarik minat murif untuk mendalami subjek yang dipelajari.
38 Menyertai kelas Cikgu Azizul sebelum sesi temu bual
39 Murid terlihat selesa sewaktu mengikuti kelas Cikgu Azizul
40 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 JUN 2023 Masa : 9.45 PAGI Tajuk / Perkara : RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Berapakah jumlah murid yang menerima RMT di sekolah ini ? - Murid yang menerima RMT di sekolah ini adalah seramai 198 orang daripada 497 orang murid mengikut kriteria yang telah ditetapkan. ● Bagaimanakah murid-murid dipilih untuk terlibat dalam RMT ? - Murid-murid dipilih berdasarkan pendapatan ibu bapa mereka iaitu pendapatan per kapita mestilah RM 310. ● Adakah murid RMT mengambil makanan mereka pada setiap hari ? - Ya, murid mengambil makanan RMT yang disediakan tetapi kadang kala terdapat juga lebihan makanan RMT menyebabkan makanan tersebut perlu diagihkan kepada murid lain. ● Pengawas RMT perlu memantau murid-murid RMT supaya mereka mengambil makanan yang telah disediakan untuk mereka. ● Guru perlu menggerakkan kempen RMT supaya murid lebih cakna dengan program RMT.
41
42 Suasana ketika murid mengambil makanan RMT
43 Makanan RMT yang disusun dan diletakkan di dalam bekas
44 5.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2023 Masa : 1.30 PETANG Tajuk / Perkara : KESELAMATAN SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Adakah encik bertugas mengikut syif ? - Ya, saya bertugas mengikut syif iaitu selama 12 jam dan setiap pengawal keselamatan ditugaskan secara bergilir. ● Adakah isu keselamatan di sekolah ini berada pada tahap yang membimbangkan ? - Tiada sebarang masalah keselamatan yang serius kecuali kemalangan jalan raya kerana lokasi sekolah berada berhampiran dengan jalan raya. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga sering tidak memakai topi keledar semasa menghantar dan menjemput anak mereka di sekolah. ● Pihak pengawal keselamatan perlu memperketatkan lagi penjagaan lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan pulang sekolah supaya kesesakan lalu lintas dapat dikawal. ● Tindakan perlu diambil kepada pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
45
46 5.4 Perbincangan dengan Murid LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 JUN 2023 Masa : 10.15 PAGI Tajuk / Perkara : PERTANDINGAN E-SPORT DALAM KALANGAN MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Adakah pertandingan ini menarik dan sesuai diadakan di sekolah? - Pertandingan e-sport yang diadakan di sekolah amat menarik kerana saya dapat bemain bersama rakan-rakan serta kami dapat menambah markah PAJSK kami menyebabkan pertandingan tersebut memberi manfaat dan keseronokan kepada kami. Bagaimanakah pertandingan tersebut dijalankan ? - Pertandingan tersebut dijalankan pada waktu kokurikulum dan setiap kumpulan perlu bersaing antara satu sama lain lalu dua kumpulan terbaik akan bertanding pada peringkat akhir iaitu kumpulan saya (TODAK) dan kumpulan lawan (RRQ). ● Persediaan awal perlu dilakukan seperti menyediakan alatan teknologi yang diperlukan sebelum pertandingan bermula supaya program dapat dijalankan mengikut jadual perancangan. Setiap perlawanan perlu ditetapkan had masa supaya murid dapat menamatkan perlawanan tepat pada masanya.