47
48 Responden Para peserta pertandingan e-sport
49 Tayangan secara langsung
50 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU Sepanjang menjalani PBS selama dua minggu di Sekolah Kebangsaan Labu Besar saya telah mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang membantu saya dalam menghayati profesion guru. Hal ini kerana saya dapat mempelajari pelbagai ilmu secara praktikal sekali gus memberi pengalaman kepada saya supaya saya lebih bersedia untuk menjadi seorang guru pada masa yang akan datang. 6.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian saya telah menambah ilmu pengetahuan saya mengenai budaya sekolah serta bidang tugas seorang guru. Hal ini kerana saya sering menggunakan kaedah pemerhatian dalam mengumpul data mengenai sekolah tersebut. Pemerhatian yang saya lakukan adalah secara menyeluruh iaitu mengenai gaya pembelajaran, program yang dijalankan dan budaya di sekolah tersebut. Saya mendapati bahawa gaya pembelajaran di sekolah tersebut selaras dengan amalan PAK21 seperti susun atur bilik darjah yang mewujudkan suasana kondusif kepada murid untuk belajar. Bukan itu sahaja, sekolah tersebut juga dilengkapi dengan alatan TMK seperti komputer dan komputer riba membolehkan murid-murid mengakses internet secara kendiri serta memperoleh maklumat secara meluas. Contohnya, setiap murid dibekalkan dengan emel delima yang dapat mereka gunakan sehingga berusia 17 tahun. Hal ini menunjukkan pembelajaran berpusatkan murid telah didedahkan kepada semua murid termasuk murid tahun 1. Pembelajaran sepanjang hayat berlaku secara tidak langsung. Murid mengakses laman sesawang DELIMA di makmal komputer
51 Seterusnya, sekolah tersebut mengadakan pelbagai program yang menarik antaranya pertandingan e-sport, program ALCoB, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), TS25, program banteras rasuah dan mencantikkan kawasan sekolah. Setiap program tersebut melibatkan warga sekolah mengikut kesesuaian masing-masing. Program yang menarik perhatian saya ialah program ALCoB iaitu program yang memiliki kerjasama antara SKLB dengan salah satu sekolah yang berada di Korea Selatan. Melalui program tersebut, murid-murid yang telah melepasi pemilihan peserta sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan Korea Selatan mereka dan kumpulan tersebut dinamakan sebagai ‘Rendang x Kimchi’. Mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris membolehkan usaha mengukuhkan bahasa Inggeris berjalan dengan baik. Murid-murid tersebut diberikan tugasan secara berperingkat. Contohnya, mereka perlu mendapatkan tanda tangan guru-guru sebagai tugasan pertama. Mereka juga meminta tanda tangan saya dan rakan-rakan PBS yang lain di sekolah tersebut meskipun kami hanya berada di sana selama dua minggu. Hal ini amat mencuri perhatian saya kerana SKLB merupakan sekolah luar bandar tetapi dapat menembusi peringkat antarabangsa. Sijil yang membuktikan jalinan kerjasama antara sekolah di Malaysia dan Korea Selatan
52 Maklumat program ALCoB Setiap murid memiliki buku catatan ALCoB
53 Buku catatan memiliki gambar pemilik masing-masing Pelajar Korea yang terlibat dengan program ALCoB
54 Berikutnya, saya turut memperhatikan budaya di sekolah tersebut lalu membuat penilaian. Sepanjang saya berada di sana saya melihat budaya yang diterapkan di sekolah tersebut amat positif kerana guru dan murid memainkan peranan mereka masingmasing serta murid sentiasa akur dan menyokong setiap perkara yang membawa kebaikan kepada sekolah mereka. Sebagai contoh, sekolah tersebut mengamalkan budaya memberi salam dengan cara meletakkan tangan di dada dan menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat manakala guru pula perlu menjawab ucapan salam yang diberikan oleh murid dan tidak boleh mengabaikannya. Saya amat tertarik apabila melihat guru besar sekolah tersebut sering melibatkan diri dan cakna dengan setiap perkara yang berlaku di sekolah tersebut. Contohnya, beliau akan memulakan setiap aktiviti yang dianjurkan di sekolah tersebut untuk dicontohi oleh murid di sana seperti memberi salam dan mengindahkan kawasan sekolah. Beliau sentiasa melibatkan diri dalam setiap program seperti mengecat kelas yang dibina sebagai kelas kondusif. Usaha beliau telah mewujudkan suasana harmonis dan ikatan yang lebih akrab dengan murid. Guru-guru di sekolah itu juga memberikan layanan yang amat baik kepada guru pelatih yang menjalankan PBS di sana. Antara mural yang terdapat di sekolah tersebut
55 6.2 Senarai Semak Senarai semak digunakan untuk memastikan pengumpulan data dilakukan dengan lebih teliti. Hal ini kerana melalui senarai semak saya dapat membuat penilaian mengenai perkara yang diperiksa seperti infrastruktur sekolah. Senarai semak yang saya sediakan akan memberikan hasil dapatan yang lebih jelas dan mudah untuk dirujuk terutamanya sewaktu melaporkan semula hasil dapatan saya selama menjalankan PBS. Saya menjadikan senarai semak tersebut sebagai panduan bagi maklumat yang perlu saya peroleh. Bukan itu sahaja, senarai semak juga membolehkan setiap maklumat yang dinyatakan dapat disertakan dengan data yang tepat. Pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh melalui senarai semak berlaku sewaktu proses pengumpulan maklumat. Hal ini membolehkan pemerhatian yang saya lakukan menjadi lebih berkesan. SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS BIL. PERKARA ADA TIADA 1. Pejabat / 2. Bilik Aspirasi / 3. Bilik Kesihatan / 4. Bilik Muzik / 5. Makmal Komputer / 6. Bilik Akses / 7. Bilik j-Qaf / 8. Bilik Sains / 9. Bilik PBD / TS25 / 10. Pusat Sumber Sekolah / 11. Bilik Kokurikulum / 12. Bilik SPBT / 13. Bilik Seni / 14. Bilik Kaunseling / 15. Surau / 16. Bilik Permata (pemulihan) / 17. Bilik Peralatan Pentas /
56 18. Bilik & Stor Sukan / 19. Bilik RBT / 20. Bilik Guru / 21. Bilik Memanah / 22. Bilik Kriket / 23. Bilik Peralatan Kokurikulum / 24. Bilik Gimnasium / 25. Bilik Siaraya / sistem PA / SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS BIL. PERKARA ADA TIADA 1. Papan Kenyataan / 2. Kerusi dan meja / 3. Papan Putih / 4. Tong Sampah / 5. Meja Guru / 6. Jam dinding / 7. Sudut Bacaan / SENARAI SEMAK PRASARANA SEKOLAH BIL. PERKARA ADA TIADA 1. Padang / 2. Prasekolah / 3. Pusat Sumber / 4. Dewan Terbuka / 5., Dataran Perhimpunan / 6. Gelanggang Bola Jaring / 7. Kantin / 8. Surau / 9. Bilik Sakit / 10. Stor Sukan /
57 11. Laluan Berbumbung / 12. Tempat Letak Kenderaan Berbumbung / 13. Koperasi Sekolah / 14. Bilik Mesyuarat / 6.3 Temu Bual Temu bual merupakan kaedah yang sering saya gunakan dalam mendapatkan maklumat berkaitan sekolah, profesion perguruan dan budaya di sekolah. Kaedah temu bual ini memerlukan interaksi antara dua pihak sebagai penyoal dan pemberi maklumat. Sesi temu bual telah dijalankan antara saya dan beberapa pihak iaitu pengurus sekolah, guruguru sekolah, kakitangan sekolah, murid sekolah dan komuniti sekolah. Pelbaga info dan pengetahuan telah saya terima melalui temu bual tersebut dan secara tidak langsung menambah ilmu saya mengenai bidang ini. Sepanjang sesi temu bual dilakukan setiap pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang amat baik. Mereka amat mesra dan bersedia menjawab setiap persoalan yang saya ajukan. Hal ini telah membantu saya menyiapkan tugasan PBS terutamanya dalam melengkapkan borang kolaboratif. Setiap soalan yang diberikan adalah bersesuaian dengan kepakaran masing-masing supaya saya dapat gambaran yang lebih jelas mengenai maklumat yang diinginkan. Antara temu bual yang saya jalankan adalah bersama Guru Besar SKLB mengenai sistem pengurusan di sekolah. Soalan yang dikemukakan adalah mengenai kaitan antara pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Melalui sesi temu bual yang dilakukan saya mendapati bahawa beliau merupakan seorang yang kreatif dan teliti. Pihak seterusnya yang saya temu bual ialah guru-guru di sekolah tersebut iaitu guru RMT, guru bahasa Melayu dan guru disiplin. Melalui guru RMT saya mendapat maklumat mengenai program RMT yang dilaksanakan di sekolah tersebut. Hal ini dapat melengkapkan data mengenai dasar pendidikan negara yang menjadi salah satu elemen yang diperlukan dalam tugasan PBS. Melalui temu bual yang dijalankan saya dapat mengetahui tentang waktu RMT dan kriteria pelajar yang menerima RMT. Guru bahasa Melayu yang menjadi responden dalam sesi temu bual yang berikutnya memberi banyak info mengenai pengurusan bilik darjah dan pengendalian sewaktu PdP. Sesi temu bual yang dijalankan bersama guru disiplin pula telah memberikan saya maklumat mengenai isu disiplin yang terdapat di sekolah tersebut. Saya dapati bahawa sekolah tersebut tidak mengalami
58 sebarang masalah kes disiplin yang teruk kecuali isu kehadiran sahaja tetapi pihak sekolah telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk menyelesaikan isu tersebut. Bagi sesi temu bual bersama murid, kakitangan sekolah dan komuniti sekolah saya mendapat maklumat mengenai peranan setiap pihak tersebut di sekolah. Temu bual yang dijalankan telah memberikan saya maklumat seperti yang saya inginkan dan saya juga memperoleh pelbagai tips daripada guru-guru mengenai cara mengajar, cara mengurus murid dan perkara yang perlu dilakukan terutamanya sewaktu pertama kali mengajar kelas tersebut. Contohnya, sebagai seorang guru seeloknya kita membawa perwatakan yang lebih serius terlebih dahulu supaya murid lebih hormat dan dapat lebih fokus sewaktu belajar. Guru-guru juga menekankan kepada saya bahawa guru memiliki tanggungjawab yang besar menyebabkan guru perlu bijak mengurus masa. Bukan itu sahaja, mereka juga menyatakan bahawa meskipun murid memiliki pelbagai ragam dan karakter yang tersendiri tetapi guru mestilah dapat mengawal emosi dengan baik dan tidak bertindak secara tergesa-gesa tanpa berfikir terlebih dahulu. Akhir sekali, sebagai guru kita mestilah bersikap rendah diri dan sentiasa berkomunikasi dengan guruguru dan komuniti sekolah yang lain supaya disenangi oleh mereka serta dapat menambahkan pengetahuan dari masa ke masa.
59 7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / perkara yang difokuskan Program bacaan Yaasin mingguan. 2. Analisis isu/ perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Meningkatkan sahsiah murid. Memantapkan rohani. Meningkatkan kemahiran dalam membaca Yaasin. Meningkatkan keyakinan murid. Mengisi masa dengan hal keagaamaan. 2.2 Kelemahan Segelintir murid tidak fokus sewaktu membaca Yaasin. Ramai murid yang belum menguasai bacaan Yaasin. Terdapat murid yang hadir lewat.
60 3. Cadangan Penambahbaikan Menyediakan waktu khas untuk mengajar murid membaca Yaasin. Mewajibkan setiap murid memegang Yaasin. Mengenakan tindakan kepada murid yang tidak fokus dan hadir lewat ke bacaan Yaasin.
61 1. Isu / perkara yang difokuskan Program Pertandingan Mobile Legend peringkat sekolah. 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Meningkatkan kemahiran murid dalam bidang teknologi. Mencungkil bakat murid dalam permainan e-sport. Memberi ruang kepada murid yang kurang berprestasi dalam bidang akademik untuk menonjolkan diri. Mengeratkan ukhwah antara murid. 2.2 Kelemahan Murid tidak fokus sewaktu guru memberikan arahan. Murid tidak dapat mengawal diri setelah mendapat telefon masing-masing. Kelemahan jaringan internet telah melambatkan pertandingan. Perjalanan program tidak mengikut tentatif yang disediakan. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu memberikan taklimat pertandingan lebih awal kepada murid. Guru dan murid perlu memeriksa jaringan internet terlebih dahulu sebelum pertandingan bermula. Peraturan pertandingan perlu disediakan supaya murid dapat dikawal. Urusetia perlu memastikan program berjalan mengikut tentatif yang disediakan.
62 1. Isu / perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap perhimpunan mingguan sekolah. 2. Analisi isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Perhimpunan berjalan dengan lancar. Murid- murid dan guru-guru fokus ketika perhimpunan. Pengawas mengawasi murid ketika perhimpunan. 2.2 Kelemahan Terdapat murid yang tiba lewat di dewan. Murid-murid tidak duduk dalam barisan yang lurus. Segelintir murid kerap ke tandas. Terdapat pengawas yang tidak menyertai perhimpunan dengan alasan menjaga pagar sekolah. Guru-guru tidak memenuhkan kerusi di barisan hadapan. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu memberikan aamran kepada murid yang sering datang lewat ke perhimpunan. Guru pengawas perlu memastikan hanya pengawas yang bertugas sahaja perlu menjaga pagar. Guru-guru perlu memenuhkan kerusi di barisan hadapan.
63 1. Isu / perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap kelas mata pelajaran bahasa Melayu di kelas 5 Melur 2. Analisi isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Pelajar aktif memberikan respon terhadap soalan yang diajukan. Interaksi dua hala antara murid dan guru. Guru menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Set induksi yang menarik. Guru memberi latihan pengukuhan kepada murid. 2.2 Kelemahan Terdapat murid yang tidak fokus sewaktu PdP dijalankan. Segelintir murid malu untuk memberikan respon kepada guru. Murid meninggalkan soalan yang tidak mereka fahami. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu mengawasi murid yang tidak fokus. Guru memaparkan markah merit kepada murid. Memberikan ganjaran kepada murid yang mampu menjawab soalan dan berkelakuan baik. Murid perlu bertanya kepada guru mengenai perkara yang tidak difahami.
64 1. Isu / perkara yang difokuskan Program Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Sekolah 2. Analisi isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Memupuk kerjasama dalam kumpulan. Menyeimbangkan mental, fizikal dan rohani. Memberi peluang kepada AMT untuk memimpin kumpulan. Murid akur dengan arahan yang disampaikan oleh guru. 2.2 Kelemahan Terdapat kumpulan yang tidak sefahaman. Tidak menjaga barang amanah dengan baik. Segelintir ketua kumpulan tidak mampu memberikan arahan. 3. Cadangan penambahbaikan Memberi denda kepada kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang terbaik. Guru perlu menambahkan aktiviti-aktiviti yang menarik.
65 1. Isu / perkara yang difokuskan Temu bual bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum. 2. Analisi isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum memberikan kerjasama yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk sesi temu bual mencukupi. Suasana yang kondusif sewaktu temu bual. 2.2 Kelemahan Beliau seorang yang sibuk menyebabkan saya sukar menentukan waktu yang sesuai untuk berjumpa dengannya. 3. Cadangan penambahbaikan Mendapatkan maklumat mengenai PK KOKO terlebih dahulu sebelum melakukan sesi temu bual. Melakukan temu janji lebih awal dengan beliau.
66 1. Isu / perkara yang difokuskan Pemerhatian tingkah laku murid di sekolah. 2. Analisi isu / perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Murid mengamalkan budaya memberi salam. Murid sering melibatkan diri dengan program yang dianjurkan pihak sekolah. 2.2 Kelemahan Segelintir murid menunjukkan sikap kurang sopan. Terdapat murid yang berbual menggunakan bahasa kesat. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu memantau perilaku murid dengan lebih ketat. Pihak sekolah perlu menyediakan program motivasi kepada murid dengan kerap.
67
68 7.1 Aktiviti Murid dan Alam Belajar a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa. - Susun atur bilik darjah yang diaplikasikan di sekolah tersebut adalah berdasarkan susun atur kelas PAK21. Melalui susun atur ini pendidikan inklusif dapat dilaksanakan. Hal ini demikian kerana murid yang lemah dan pintar dapat digabungkan dalam satu kumpulan menyebabkan murid pintar tersebut dapat menjadi guru muda untuk membimbing rakan sekumpulannya. Susunan ini juga memudahkan murid untuk melaksanakan tugasan secara berkumpulan kerana memudahkan proses perbincangan dan pertukaran pendapat. Kemahiran-kemahiran lain juga dapat dikuasai oleh murid secara tidak langsung seperti kemahiran berfikir, berkomunikasi dan memimpin. b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid ? - Bahan dan sumber PdP yang mudah dan sering digunakan oleh murid ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, bahan maujud dan bahan media. Bahan bercetak yang kerap digunakan adalah seperti buku teks yang memudahkan murid melakukan rujukan terutamanya sewaktu melakukan pembelajaran secara kendiri. Tambahan pula, buku teks kini dilengkapi
69 dengan kod QR seiring revolusi IR 4.0 yang memerlukan pembaca mengimbas kod tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pembelajaran. Hal ini membolehkan murid mempelajari cara penggunaan alatan teknologi maklumat secara tidak langsung. Murid juga akan terdedah dengan teknologi digital serta menambah pengetahuan mereka mengenai teknologi yang amat penting pada era mereka kini. Bahan maujud seperti bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru dapat memberi pengalaman secara nyata kepada murid. Hal ini amat membantu dalam proses PdP terutamanya dalam subjek Sains kerana murid dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih praktikal. Bahan Media pula dapat memberikan aktiviti pembelajaran yang menarik kepada murid kerana guru dapat menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mengajar murid tetapi dengan cara yang lebih santai seperti menayangkan video animasi dan lagu kanak-kanak. Cara ini amat berkesan dalam menarik minat murid terutamanya murid lelaki yang gemar terhadap objek visual. c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK ? - Setiap murid di Sekolah Kebangsaan Labu Besar diberikan peluang untuk meneroka pembelajaran yang berasaskan TMK selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan Digital. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga sering memberikan latihan kepada murid dalam bentuk digital untuk membiasakan murid dengan bahan PdP tersebut. Hal ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dari masa ke masa serta memudahkan mereka ketika belajar di peringkat yang lebih tinggi kelak. Tambahan pula, sekolah ini menyediakan bilik akses yang boleh digunakan oleh murid untuk mengakses internet secara kendiri dan makmal komputer pula dapat digunakan di bawah pengawasan guru kelas mereka. Sekolah luar bandar ini tidak mengabaikan aspek digital dalam kalangan murid mereka dan sentiasa berusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu murid mereka untuk mempelajari TMK. Hal ini dapat dibuktikan dengan usaha sekolah ini yang menguatkuasakan penggunaan emel DELIMA kepada setiap murid mereka dari tahun 1 hingga 6. Penggunaan DELIMA dapat membantu murid meneroka aplikasi digital secara lebih mendalam kerana di dalam laman web tersebut telah disediakan pelbagai aplikasi yang bersesuaian untuk pembelajaran. d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran ?
70 - Melalui pemerhatian dan temu bual yang saya lakukan sepanjang dua minggu di sekolah tersebut saya dapati murid-murid di sekolah itu aktif dalam aktiviti PdP terutamanya sewaktu merespon soalan guru mereka. Bukan itu sahaja, murid-murid di sekolah tersebut juga sering mengambil bahagian dalam acara-acara yang terdapat di sekolah. Mereka juga akur akan arahan yang diberikan oleh guru dan sentiasa melaksanakan tugasan yang diberikan guru mereka. Antara usaha yang dilakukan oleh guru di sekolah tersebut untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran secara aktif adalah dengan mewujudkan sistem merit. Hal ini menyebabkan setiap murid berlumba-lumba melakukan amalan kebaikan sewaktu PdP. Guru juga sering memberikan kesempatan kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka.
71 7.2 Perbincangan / Interaksi Sepanjang tempoh PBS di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, saya telah menjalankan pelbagai perbincangan dan interaksi dengan beberapa pihak di sekolah tersebut. Saya mendapati bahawa masih banyak yang saya perlu pelajari untuk menjadi seorang guru yang cemerlang serta mengamalkan budaya profesional. Hal ini demikian kerana saya menyedari bahawa menjadi seorang guru bukanlah mudah tetapi kita perlu bersedia memikul tanggungjawab yang besar seperti mendidik anak bangsa. Tambahan pula, terdapat kursus-kursus yang perlu guru sertai untuk memastikan kemenjadian murid berkembang dengan positif. Melalui perbincangan juga saya memperoleh ilmu-imu baharu yang dapat saya gunakan kelak serta mereka juga mengatakan kepada saya bahawa ilmu yang saya terima sebagai seorang JPP akan sangat berguna sewaktu di sekolah nanti. Contohnya, pengetahuan mengenai penyediaan kertas kerja dan pengendalian program. Hal ini menyebabkan saya semakin bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan sewaktu berada di IPG.
72 8.0 LAPORAN AKHIR PBS yang saya jalankan selama dua minggu telah memberikan saya banyak maklumat terutamanya info mengenai sekolah tersebut seperti latar belakang sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Labu Besar merupakan sekolah luar bandar yang terletak di kawasan Kulim, Kedah. Sekolah ini memiliki bilangan murid seramai 497 orang iaitu 496 orang berbangsa Melayu manakala seorang berbangsa India. Bilangan guru pula adalah seramai 39 orang. Guru mata pelajaran bahasa Inggeris tidak mencukupi di sekolah ini untuk mengajar murid tahun 1 hingga 6. Sepanjang menjalankan PBS saya menyedari bahawa kursus ini telah berjaya memberi impak positif kepada saya kerana saya mempelajari pelbagai amalan positif. Contohnya, tahap keyakinan saya semakin meningkat serta saya juga semakin menguasai kemahiran-kemahiran lain iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengumpulkan maklumat, kemahiran memimpin dan kemahiran mengurus bilik darjah. Hal ini menyebabkan saya semakin baik dalam berinteraksi dengan orang lain meskipun sewaktu hari biasa. Saya juga berkesempatan merasai cara mengendalikan bilik darjah menyebabkan saya mendapat pengalaman secara praktikal yang terbukti lebih efisien berbanding teori. Seterusnya, sekolah ini amat menitikberatkan sahsiah murid-murid di sekolah. Hal ini dapat dilihat melalui program-program yang dianjurkan serta penggunaan sistem SSDM secara maksimum sebagai penilaian kepada tingkah laku murid. Setiap program yang dijalankan di sekolah tersebut adalah seimbang kerana terdapat program akademik, rohani dan sukan yang penting dalam melahirkan murid seimbang dari aspek JERIS. Hal ini membolehkan setiap murid memiliki kesempatan masing-masing dalam menonjolkan diri mereka kerana kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Contohnya, murid yang lemah dalam akademik dapat melonjakkan dirinya dalam bidang sukan. Walaubagaimanapun, keseimbangan murid dalam setiap aspek tetap menjadi fokus utama pihak sekolah. Di samping itu, semasa saya melakukan pemerhatian saya mendapati bahawa sekolah tersebut telah melakukan penambahbaikan terhadap prasarana di sekolah mereka seperti mewujudkan kelas kondusif. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan semangat murid dalam belajar. Tambahan pula, kelas yang dipilih merupakan kelas yang ketiga. Melalui usaha ini murid tidak akan rasa disisihkan oleh guru dan bersedia untuk
73 belajar dengan lebih giat. Kesimpulannya, persekitaran yang selesa dapat mempengaruhi suasana pembelajaran.
LAMPIRAN MAKLUMAT SEKOLAH LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / Data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Labu Besar KG Padang Ubi, Labu Besar, 09010, Kulim, Kedah. 2 No. Telefon Sekolah 04-4037688 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Pn Nur Azima binti Ya’acob 6 Nama PK Pentadbiran Pn Fatimah binti Abd Hamid 7 Nama PK HEM Pn Noor Hayati binti Bahari 8 Nama PK Kokurikulum Pn Wan Nurhaslinda binti Wan Mazuki 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 12 Perempuan: 27 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 38 Bukan Siswazah: 1
13 Bilangan Kelas 18 14 Purata Saiz Kelas 30 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain 497 orang Lelaki 254 0 1 0 Perempuan 243 0 0 0 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Kawasan sekolah dipenuhi mural yang menarik. Menjalankan program ALPAC untuk mengukuhkan hubungan antara negara Malaysia dan Korea. Sekolah ini melaksanakan program TS25. Hubungan pihak sekolah dengan waris amat erat mewujudkan suasana harmoni.
Sejarah Sekolah
Logo dan Lagu Sekolah
Visi, Misi dan Moto Sekolah
Piagam Pelanggan Sekolah Waktu Persekolahan
Senarai Nama Guru SKLB
Carta Organisasi Induk
Guru Kelas SKLB Penyelaras Bilik Khas
Kurikulum Sekolah Carta Organisasi Kurikulum
Jawatankuasa Induk Kurikulum
Jadual Pemantauan Kurikulum Berkualiti
Jadual Penerapan PdPc dan Semakan Buku Latihan
Jadual Pemantauan Bilik Darjah dan Prestasi Murid
Maklumat Hal Ehwal Murid Visi, Misi dan Matlamat Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
Carta Organisasi Hal Ehwal Murid
Carta Gantt Hal Ehwal Murid
Maklumat Kokurikulum Visi, Misi, Falsafah dan Moto
Carta Organisasi Unit Kokurikulum
Jawatankuasa Pembangunan Sukan
Jawatankuasa Kecemerlangan Koakademik
Takwim