The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayaj2442, 2023-08-17 19:53:23

PELAN STRATEGIK SEKOLAH

PSS

PELAN STRATEGIK SEKOLAH 2022 - 2025 SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL


1 Prakata GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL, KUCHING Saya bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNYA Sekolah Kebangsaan Buntal berjaya menggubal buku Perancangan Strategik Ke Arah Memperkasakan SKB 2022 - 2025. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah berusaha menyediakan buku ini. Perancangan Strategik SK Buntal 2022–2025 bermatlamat untuk mempertingkatkan kecemerlangan semua bidang pengurusan sekolah ini sejajar dengan perkembangan ilmu bertaraf dunia. Bagi memastikan keupayaan usaha murni ini semua warga pendidikan Sekolah Kebangsaan Buntal mestilah menghayati kandungan dan aspirasinya. Perancangan Strategik ini melibatkan enam bidang utama iaitu Pengurusan dan kepimpinan organisasi, akademik, sahsiah, sukan dan kokurikulum, perkembangan staff, keceriaan dan fizikal serta komuniti. Isu persekitaran sekolah dan falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbangan dan harmoni dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani. Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan perancangan strategik, semua warga pendidik menerima amanah ini dengan sikap terbuka dan melaksanakannya dengan penuh komitmen. Sebagai pemimpin sekolah ini sekali lagi saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada warga pendidik SKB di atas usaha dan kerjasama dalam melahirkan perancangan strategik ini. Sekian ,terima kasih. .............................................. ( AHMAD BIN UNI ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buntal Kuching.


2 PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL 2022-2025 1. MUKADIMAH AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan: BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersepadu. Demokratik, liberal dan dinamik: DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara


3 Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama, pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinnsip-prinsip Rukun Negara: Segala tindakan diikuti dengan perancangan, pengelolaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan yang berterusan. Dalam pelaksanaan Perancangan Strategik SKB ini, warga sekolah di semua peringkat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi menterjemahkan dalam bentuk tindakan dengan penuh komitmen. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat juga memainkan peranannya sebagai pendokong dalam memberi idea dan bantuan dalam semua aspek agar semua program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya. Salah satu cabaran SKB adalah untuk membangunkan prestasi akademik atau kurikulum bagi menghadapi persaingan daripada sekolah sekitar dan harapan daripada komuniti setempat. Justeru itu, segala perancangan strategik telah digubal untuk memperkasakan sekolah ini. Cabaran tersebut menuntut agar sekolah membangunkan semua aspek dan bidang yang menjadi isu dalam pengurusan dan kepemimpinan sekolah supaya menjadi sebuah sekolah berkesan yang cemerlang. Oleh itu, sekolah perlu menyediakan pelan perancangan strategik program pembangunan pendidikan jangka panjang yang dapat mencapai matlamatnya dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


4 2. MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA 3. VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA 4. OBJEKTIF SEKOLAH o Berusaha mempertingkatkan prestasi kurikulum murid dari segi kualiti dan kuantiti. o Menanam sikap cinta dan menghargai sekolah dan alam sekitarnya o Membentuk budaya belajar sepanjang hayat kepada murid o Membina murid yang tahu mengurus diri sendiri o Melahirkan murid yang positif, maju diri, berdisiplin, bersopan santun, mempunyai keyakinan diri dan sanggup menghadapi cabaran, sihat dari segi mental dan fizikal, tahu menghormati ibubapa, guru, rakan dan masyarakat. 5. MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK SKB Memantapkan bidang pengurusan sekolah, bergerak dan bertindak mengikut landasan dan hala tuju yang sesuai, tepat dan jelas untuk mencapai matlamatnya.


5 6. OBJEKTIF PERANCANGAN STRATEGIK SKB o Meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan organisasi. o Memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran berkesan. o Meningkatkan pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). o Memastikan matlamat ponteng sifar terlaksana dan sekolah selamat untuk semua warga sekolah. o Penyertaan murid 100% dalam kegiatan kokurikulum secara aktif pada tahun 2022-2025. o Menyediakan ruang dan peluang kepada staf untuk meningkatkan profesionalisme perguruan. o Memantapkan hubungan sekolah dengan komuniti. 7. SASARAN Pelaksanaan perancangan strategik ini melibatkan semua pihak atau warga sekolah iaitu pihak pengurusan sekolah, staf, kakitangan sekolah, murid, ibu bapa, dan stakeholders. Mereka akan memainkan peranan masing-masing bekerjasama bagi menjayakan misi, visi, dan masa depan sekolah.


6 8. TEMPOH PELAKSANAAN PSSKB Perancangan Strategik Ke Arah Memperkasakan SKB dirancang untuk jangka masa sepanjang 4 tahun iaitu dari tahun 2022 hiingga 2025. 9. ANGGARAN KOS Oleh kerana perancangan strategik melibatkan sumber-sumber yang ada secara menyeluruh iaitu sumber kewangan, manusia, alat, bahan, dan melibatkan setiap ahli dalam organisasi, kos yang diperlukan mungkin tinggi. Tetapi jika setiap organisasi membudayakan perancangan strategik menjadi satu amalan dalam kerja buat mereka mungkin penggunaan kos rendah tetapi output yang tinggi.


7 10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA A. AHLI JAWATANKUASA INDUK PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL 2022 HINGGA 2025. Pengerusi ENCIK AHMAD BIN UNI Guru Besar JAWATANKUASA KECIL KURIKULUM DAN JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN STAF Pengerusi Encik Jaya bin Leng Penolong Kanan Pentadbiran JAWATANKUASA KECIL HAL EHWAL MURID DAN PENGURUSAN KOMUNITI Pengerusi Zuriyah binti Jemi Penolong Kanan HEM JAWATANKUASA KECIL KOKURIKULUM DAN JAWATANKUASA KECERIAAN DAN FIZIKAL Pengerusi En Mohammad Radzman bin Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum


8 Ahli Jawatankuasa B. AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL 2022 HINGGA 2025. Penasihat ENCIK AHMAD BIN UNI Guru Besar Sekolah Kebangsaan BUNTAL JAWATANKUASA KERJA KURIKULUM Pengerusi Encik Jaya Bin Leng Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha Pn. Maziah binti Jamil Pn Meriam binti Pawi Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn Siti Rohaya binti Alihan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pn Lindawati binti Abd Aziz Ketua Panitia Matematik Pn Marliza binti Razali Ketua Panitia Pendidikan Islam Pn Suraya Binti Suut Ketua Panitia Sains Cik Syawalin Binti Sulaiman Guru Pemulihan Khas En Mohd Farizzudin Bin Mohamad Hajiman Guru Bestari Pn Sabliah binti Pihak Guru Bimbingan En Fathi bin Sulaiman Penyelaras PPKI Pn Khurshid Nazirah binti Jarawi Penyelaras Pra Sekolah


9 C. AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL 2022 HINGGA 2025. Penasihat ENCIK AHMAD BIN UNI Guru Besar Sekolah Kebangsaan BUNTAL JAWATANKUASA KERJA HAL EHWAL MURID DAN PENGURUSAN KOMUNITI Pengerusi Zuriyah binti Jemi Penolong Kanan HEM Setiausaha Cik Fathin Nur Adilah Binti Mohammad Yaakub En Ferdinand Munan ak Francis Ketua Unit Badan Disiplin Pn Sabliah Binti Pihak Ketua Unit Bimbingan Pn Saniah Binti Nee Ketua Unit SPBT Cik Syawalin Binti Sulaiman Kantin Sekolah Pn Norhayati binti Abdul Majid Ketua Unit RMT Noraishah bin Nawawi Ketua Unit Kesihatan/Kebajikan/Tabungan Ketua Unit Prog. Sekolah Selamat/5K Dyg Sofiah binti Awg mahmud Ketua Unit Pendaftaran/Persijilan AHLI JAWATANKUASA


10 D. AHLI JAWATANKUASA KOKURIKULUM PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL 2022 HINGGA 2025. Penasihat ENCIK AHMAD BIN UNI Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buntal JAWATANKUASA KERJA KOKURIKULUM DAN JAWATANKUASA KECERIAAN DAN FIZIKAL Pengerusi EN. MOHAMAD RADZMAN BIN ABDULLAH Penolong Kanan Ko-Ku Setiausaha SYAWALIN BINTI SULAIMAN Penasihat Persatuan dan Kelab Penasihat Unit Beruniform Penyelaras Sukan dan Permainan Penyelaras Lawatan dan Rekrasi Penyelaras Program Keceriaan & kebersihan Penasihat Persatuan dan Kelab AHLI JAWATANKUASA


11 11.PENYUMBANG KEPADA PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2022 HINGGA 2025 SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL Pengarah Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Pegawai Pelajaran Daerah Daerah Kuching Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Buntal


12 12. PENGENALAN KEPADA PERANCANGAN STRATEGIK SKB Penggubalan Perancangan Strategik Ke Arah Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Buntal (PSKMSKB) digubal bagi memenuhi keperluan semasa berlandaskan enam bidang pengurusan utama dengan amalan dan fungsi yang dikawal oleh peraturan dan mandat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu: 1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi 2. Pengurusan Kurikulum 3. Pengurusan Hal Ehwal Murid 4. Pengurusan Kokurikulum 5. Pengurusan Keceriaan dan Fizikal 6. Pengurusan perkembangan Staf 7. Pengurusan Komuniti. Dalam pelaksanaan Perancangan Strategik SKB ini, warga sekolah di semua peringkat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi menterjemahkan dalam bentuk tindakan dengan penuh komitmen. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) dan komuniti setempat juga memainkan peranannya sebagai pendokong dalam memberi idea dan bantuan dalam semua aspek agar semua program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya.


13 Untuk mencapai matlamat yang diharapkan, SKB memberikan keutamaan kepada tujuh bidang dan tujuh matlamat strategik yang menjadi fokus utama seperti rajah di bawah: RAJAH 1: MODEL KONSEPTUAL PERANCANGAN STRATEGIK SKB 3. PENGURUSAN HEM 4. PENGURUSAN KOKURIKULUM 5. PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF 6. PENGURUSAN KECERIAAN DAN FIZIKAL 1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI 2. PENGURUSAN KURIKULUM 7. PENGURUSAN KOMUNITI 7 BIDANG / MATLAMAT STRATEGIK


14 I. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI Dalam aspek Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, penekanan harus diberikan kepada kualiti kerja organisasi sekolah di semua peringkat. Kualiti kerja yang diharapkan mampu menjadikan warga sekolah yang dikatakan global player, output yang cemerlang, mempunyai ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, kreatif dan berdaya saing. II. PENGURUSAN KURIKULUM Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan adalah faktor penentu dalam menyumbang kepada peningkatan Kualiti dan kuantiti PBD. III. PENGURUSAN HEM Program pembangunan insan perlu disusun dan dimantapkan lagi secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang secara menyeluruh dan bersepadu. Elemen-elemen ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri, berani merebut peluang untuk masa depan yang cemerlang, berbudi bahasa, beradab, dan tahu bersyukur dengan apa yang diberi. Akhirnya, SKB akan dapat melahirkan murid yang berilmu, memiliki jati diri yang tinggi dan holistik. Program-program ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga tercapai matlamatnya.


15 IV. PENGURUSAN KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum bertujuan memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam bidang yang diminati. Selain itu, ia juga dapat membina keyakinan diri, kepemimpinan, kestabilan emosi dan menggalakkan perpaduan. Program 1murid1sukan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan banyak menyumbang dalam melahirkan bakal atlet yang bermutu di masa hadapan. Dalam perancangan strategik ini, kepelbagaian aktiviti akan dilaksanakan bagi menarik minat murid dan mengelakkan daripada ponteng semasa hari kokurikulum diadakan. V. PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF. Bagi meningkatkan kualiti kerja dalam kalangan staf, pengurusan sekolah akan memberi sokongan dan dorongan dalam pelbagai cara, serta kursus dalaman yang sesuai dengan bidang guru serta mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang terutama ICT, guru juga digalakkan bekerja secara berpasukan bagi menghasilkan output yang berkualiti.


16 VI. PENGURUSAN KECERIAAN DAN FIZIKAL BERKUALITI Pengurusan sekolah juga memberi penekanan bagi mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan 3M program pemulihan khas dengan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dengan menceriakan lagi bilik pemulihan khas dan membina kiosk-kiosk pembelajaran pemulihan khas yang berkonsepkan teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) untuk menarik kumpulan yang terlibat supaya berminat untuk belajar. VII. PENGURUSAN KOMUNITI Keperihatinan ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah merupakan elemen penting penentu kejayaan anak-anak mereka. Kecaknaan ini bukan sahaja kejayaan dalam bidang akademik bahkan membentuk keperibadian yang jitu. Penglibatan ibu bapa dengan organisasi sekolah amat penting bagi merealisasikan perancangan strategik 2022-2025 ini. Sokongan, idea dan bantuan kewangan sangat diperlukan oleh sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program yang dirancang untuk kebaikan anak-anak mereka di sekolah. Komitmen komuniti menjana perancangan strategik ke arah memperkasa SKB ini secara berterusan akan dapat melahirkan komuniti yang berilmu dan mengamalkan budaya penyayang serta cakna kepada sekolah.


17 12.DATA KAKITANGAN SEKOLAH BIL NAMA JANTIN A NO. KAD PENGENALAN Fail Peribadi GELARAN JAWATAN GRED OPSYEN 1 1 AHMAD BIN UNI L 640719-13-5025 S22950 GB 44 PSV 2 JAYA BIN LENG L 701207-13-5685 S23038 PKP 44 MT 3 MOHD RADZMAN BIN ABDULLAH L 640313-13-5607 P12055 PKKK 44 PJ 4 ZURIYAH BINTI JEMI P 770113-13-5528 S41204 PKHEM 44 BM 5 ABDUL RAZI BIN LUHI L 810930-13-5249 S44490/JQAF GAG 44 PAI 6 AHMAD ASHFAQ BIN MOHAMMAD L 870329-13-5285 S47636 GAB 44 PSV 7 AZ-ZAHRA 'AQILA BINTI ZUL AMRI P 990424-02-5064 S.61299 GAG 41 PI 8 DAYANG SOFIAH BINTI AWANG MAHMUD P 770816-13-5794 S32813 GAB 34 MT 9 EMAS AYU BINTI TUAH P 760210-13-6144 S33816 GAB 42 BM 10 FATHI BIN SULAIMAN L 660301-13-5659 S25315 GPKIB 44 PKI 11 FATHIN NUR ADILAH BINTI MOHAMAD YAAKUB p 930824-13-5436 S56948 GAB 41 BI 12 FERDINAND MUNAN ANAK FRANCIS L 900721-13-7829 S. 53816 GAB 41 BI 13 KHAIRULINA BINTI BAKRI P 760420-13-5254 S32988/U GAG 44 PI 14 KHURSHID NAZIRAH BINTI JARAWI P 820719-13-5226 S.43348 GPRA 44 PRA 15 LINDA WATI BINTI ABDUL AZIZ P 780506-13-6096 S47942 GAB 44 MT 16 MARLIZA BINTI RAZALI P 830331-13-5296 S36514/U GAG 42 PI 17 MASDI BIN JET L 680103-13-5779 S24525 GPKIB 42 PKI 18 MAZIAH BINTI JAMIL P 880224-52-6182 S51481 GPKIB 44 PKI 19 MERIAM BINTI PAWI P 700313-13-5836 S28114 GAB 44 BM 20 MOHAMAD AZRIN BIN ABDUL RAHMAN L 730921-10-5531 S31459/U GAG 44 PI 21 MOHD FARIZUDDIN BIN MOHD HAJIMAN L 860308-13-5009 S45193 GIT 44 RBT 22 NORAISAH BINTI NAWAWI P 760619-13-5438 S37642Q GAB 44 BM 23 RAHMAH BINTI MADELI P 660420-13-5504 S25346 GAB 44 BM 24 RAJAK BIN JEPON L 650701-13-5333 S25876 GPRA 42 PRA 25 ROHAYU BINTI SAMAT P 840524-13-5048 S36897/U GAG 42 PI


18 26 SABARIAH BINTI IBRAHIM P 681015-13-5458 S23957 GAB 38 BM 27 SABLIAH BINTI HJ PIHAK P 650120-13-5554 S19908 GBS 42 GBS 28 SANIAH BINTI NEE P 641226-13-5582 S18077 GAB 44 BI 29 SANORIA BINTI SAMAH P 790605-13-5338 S.32275 GAB 44 MT 30 SHARIFAH MASNI BINTI WAN SHEKH P 791125-13-5894 S.36900/U GAB 42 PI 31 SITI ROHAYA BINTI ALIHAN P 780109-08-6574 S31588 GAB 42 BI 32 SURAYA BINTI SUUT P 820602-13-5038 S39276 GAB 44 SN 33 SYAWALIN BINTI SULAIMAN P 790907-13-5106 S.46024 GAB 44 GPK 34 ZALIPAH BINTI ABENG P 810214-13-5766 S.38178 GMA 42 BM 35 ZULINA BINTI BUJANG P 730604-13-5518 S.29191 GAB 42 MT DG48 0 BILANGAN LELAKI 11 DG44 20 BILANGAN PEREMPUAN 24 DG42 10 35 DG41 3 DG38 1 DG34 1 DG32 0


19 13. ANALISIS SWOT Strength(S) Weakness(W) S1 S2 S3 S4 35 org guru terlatih 20 orang guru gred DG44 13 orang guru Gred DG 42/41 berpengalaman dan komited 7 orang pegawai sokong yang bertanggungjawab dan berpengalaman. Bangunan sekolah yang baru Bilik-bilik khas yang mencukupI termasuk Makmal komputer yang lengkap dengan 20 unit komputer baru. W1 W2 W3 W4 W5 W6 Tahap Pencapaian Prestasi PBD masih rendah. Bilangan murid belum menguasai 2M BM: Th.2- 20 org , Th.3-13 org,Th.4 -7 org , Th5 -6 org, Th.6 -6 org Bilangan murid belum menguasai 2M BI Th.2- 22 org , Th.3-17 org,Th.4 -33 org , Th5 -41 org, Th.6 -31 org Bilangan murid belum menguasai fakta asas/ Th.3 – 13 org , Th.4 -35 org , Th5 - 56 org, Th.6 -51org Opportunities (O) Threat(T) O1 02 03 Sokongan pihak sekolah dalam menjalankan segala aktiviti panitia Guru sentiasa diberikan peluang memantapkan persiapan kendiri dengan menghadiri kursus pemantapan PDPC sama ada di peringkat daerah ataupun negeri Mutu pengajaran guru dapat diperbaiki melalui pemantauan oleh pihak pentadbir Sokongan pihak Yayasan Sarawak dengan mewujudkan program kelas HIPERS T1 T2 T3 Murid lemah dan tidak berminat terhadap pelajaran Murid jarang membuat latihan kendiri Segelintir ibu bapa bergantung 100% kepada guru dalam usaha memperlengkap-kan kesedaaan anak-anak bagi menuntut ilmu dan seterusnya menghadapi ujian.


20 DALAMAN (boleh dikawal) LUARAN (luar kawalan sekolah) (S) –STRENGTH (W) –WEAKNESS S1. 36 org guru terlatih S2. 21 orang guru gred DG44 S4. 13 orang guru Gred DG 42/41 berpengalaman dan komited S5. 7 orang pegawai sokong yang bertanggungjawab dan berpengalaman. S6. Bangunan sekolah yang baru S6. Bilik-bilik khas yang mencukupi S7.Makmal komputer yang lengkap dengan 20 unit komputer baru. W1. Prestasi PBD MASIH W2. Bilangan murid belum menguasai 2M BM: Th.2- 20 org , Th.3-13 org,Th.4 - 7 org , Th5 -6 org, Th.6 - 6 org W3. Bilangan murid belum menguasai 2M BI Th.2- 22 org , Th.3-17 org,Th.4 - 33 org , Th5 -41 org,Th.6 -28 org W4. Bilangan murid belum menguasai fakta asas matematik Th.3 – 13 org , Th.4 -35 org , Th5 - 56 org, Th.6 -51org (O)- OPPORTUNITIES STRATEGI (S-O) STRATEGI (O – W) O1.Sokongan pihak sekolah dalam menjalankan segala aktiviti panitia O2.Guru sentiasa diberikan peluang memantapkan persiapan kendiri dengan menghadiri kursus pemantapan P&P sama ada di peringkat daerah ataupun negeri O3.Mutu pengajaran guru dapat diperbaiki melalui pemantauan oleh pihak pentadbir O4.Sokongan pihak Yayasan Sarawak dengan mewujudkan program kelas HIPERS S1,O1 1.Guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman menjalankan aktiviti yang berfaedah kepada murid-murid. S5,O3 2.Mutu pengajaran guru dapat diperbaiki melalui perbincangan yang mesra,terbuka dan bertolak ansur selepas pemantauan. S3,O2 3.Guru-guru berkongsi pengalaman dan mengadakan kursus dalaman kepada guruguru lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan. O2,W2 1.Guru-guru dapat meningkatkan prestasi murid lemah melalui pengetahuan yang diperolehi daripada kursus. O1,W3 2.Semua guru diberi kemudahan sama rata berkaitan dengan P&P contohnya mencetak set-set latihan. (T) – THREATS/CHALLENGE STRATEGI (S – T) STRATEGI ( W – T) T1. Murid lemah dan tidak berminat terhadap pelajaran T2. Murid jarang membuat latihan kendiri T3.Segelintir ibu bapa bergantung 100% kepada guru dalam usaha memperlengkapkan kesedaaan anak-anak bagi menghadapi ujian S7,T2 1.Sekolah menganjurkan Kelas Zoom A untuk membantu murid lemah supaya dapat meningkatkan minat dalam pelajaran. W2,T3 1.Meningkatkan kecemerlangan murid dengan member tumpuan terhadap murid-murid lemah.


21 14. PERANCANGAN STRATEGIK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI. a. PENGENALAN Pengurusan adalah proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan penglibatan ahli sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang tertentu. Pengurus hendaklah membudayakan etika kerja dengan menyeluruh bagi menangani isu dan cabaran semasa dan akan datang. Pengurus juga hendaklah berkeupayaan memantapkan struktur organisasi dengan amalan dan fungsi yang dikawal oleh peraturan dan dasar kerajaan. Justeru itu, pengurus mesti melaksanakan dan menguasai kemahiran pengurusan sumber manusia, infrastruktur dan pengurusan kewangan secara cekap dan berkesan. Sebagai sebuah institusi pendidikan, pengurus juga berperanan sebagai pemimpin instruksional yang mengurus kurikulum dan pengurusan-pengurusan lain yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia, alat dan bahan dengan merancang, mengelola, mengawal dan menilai semua program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Dengan menggubal dan membina Perancangan Strategik ini, SKB akan sentiasa memastikan semua aspek dalam semua bidang pengurusan sekolah dilaksanakan dengan berkesan. SKB akan sentiasa mampu bersaing dalam era globalisasi ini. Komitmen kerja berpasukan dalam komuniti dan usaha berterusan ini akan dapat mencapai matlamatnya iaitu SKB.


22 b. MATLAMAT STRATEGIK o Memantapkan kualiti pengurusan dan kepimpinan organisasi dalam semua bidang sekolah. o Mempertingkatkan kecemerlangan kualiti dan kuantiti dalam Pentaksiran PBD. o Mempertingkatkan serta mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan teori pelbagai kecerdasan dalam kelas pemulihan khas dan pendidikan khas intergrasi(PPKI). o Mempertingkatkan sahsiah murid dan organisasi sekolah bagi merealisasikan ponteng sifar dan jati diri. o Memperbanyakkan pendedahan ke arah peningkatan keilmuan kepada staf terutama dalam bidang ICT dan motivasi staf. o Mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan kokurikulum dengan mempelbagaikan aktiviti kokurikulum o Meningkatkan peratus penglibatan ibu bapa dengan sekolah. o Memastikan semua guru menguasai iThink dalam pengajaran pembelajaran di dalam kelas serta KBAT dalam pdpc seharian.


23 c. OBJEKTIF o Meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan organisasi. o Memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran berkesan. o Meningkatkan pencapaian peperiksaan PBD. o Memastikan matlamat 100% murid menguasai kemahiran asas 3M tercapai. o Memastikan matlamat ponteng sifar terlaksana dan sekolah selamat untuk semua warga sekolah. o Penyertaan murid 100% dalam kegiatan kokurikulum secara aktif pada tahun 2022-2025. o Menyediakan ruang dan peluang kepada staf untuk meningkatkan profesionalisme perguruan. o Memantapkan hubungan sekolah dengan komuniti. d. STATUS SEMASA Untuk menentukan arah tuju yang jelas dan masa depan yang cemerlang dengan keadaan semasa dan memenuhi keperluan alaf baru, penggubalan perancangan strategik yang menyeluruh harus dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang diinginkan. e. ISU DAN CABARAN Pada masa ini, dalam era globalisasi, pengurus pendidikan haruslah melakukan perubahan kepada pengurusan dalam semua bidang agar tidak ketinggalan oleh arus pembangunan ledakan ICT. Atas kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti, maka perancangan strategi SKB digubal. Perubahan ini diharapkan akan memberi sumbangan yang besar dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi sekolah menjelang 2025 dengan tercapainya matlamat yang diingini.


24 f. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan Buntal menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya hasrat pendemokrasian pendidikan dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi dapat dicapai. 6.1 Merangka perancangan strategik pengurusan dan kepimpinan organisasi ke arah memperkasakan SKB 2022-2025 dengan: o menggubal Perancangan Strategik dalam enam bidang utama. o mempamerkan imej baik sekolah dan gaya pengurusan yang terbuka dan cekap untuk mewujudkan hubungan yang baik dan proaktif dengan stakeholders. o meningkatkan kesedaran secara berterusan kepada staf, murid, dan ibu bapa tentang kerjasama kepada sekolah. o Memperkukuhkan mekanisme pemantauan dan penambahbaikan setiap aktiviti dan program sekolah yang telah dijalankan. g. Matlamat Strategik Memantapkan kualiti pengurusan dan kepimpinan organisasi dalam semua bidang sekolah. h. Objektif Jangka Panjang Memastikan bidang pengurusan dan kepimpinan organisasi mencapai kecemerlangan dan mencapai matlamatnya menjelang 2025.


25 i. Objektif jangka pendek o Meningkatkan perjalanan pengurusan yang cekap dan mantap setiap tahun dalam semua bidang dengan membentuk kerja berpasukan berlandaskan hala tuju. o Memastikan penurunan 5% murid pemulihan tahun 2025 dan seterusnya serta meningkatkan penguasaan asas 3M dikalangan murid. o Memastikan kes ponteng sekolah sifar setiap tahun. o Memastikan pencapaian aktiviti kokurikulum mencapai kejayaan sekurang-kurangnya di peringkat negeri pada tahun 2025. o Menyediakan ruang dan peluang untuk staf ke arah peningkatan ilmu dan pengetahuan profesionalisme perguruan setiap tahun. o Peningkatan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam kecaknaan aktiviti sekolah.


26 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: PELAN OPERASI NAMA PROJEK : PERANCANGAN STRATEGIK KE ARAH MEMPERKASAKAN SK BUNTAL LANGKAH PROSES KERJA TEMPOH TANGGUNGJAWAB STATUS 1. Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja, Jawatankuasa Pelaksana MAC 2023 Guru Besar 2. Taklimat memperkasakan sekolah kepada jawatankuasa kerja dan pelaksana MAC 2023 Guru Besar dan Penolong Kanan 3. Agihan tugasan kepada jawatankuasa pelaksana (guru-guru) APRIL 2023 JK. Induk 4. Proses Pertama 4.1 Pra Perancangan 4.1.1 Latar belakang sekolah o Sejarah sekolah o Enrolmen murid o Biodata Guru Besar o Prestasi Akademi, Kokurikulum o Disiplin murid o Demografi penduduk o Persekitaran sekolah o Kemudahan fizikal 4.1.2 Pencapaian terbaik sekolah 4.1.3 Laporan analisis program 4.1.4 Laporan prestasi semasa o Menyemak tahap kesediaan murid o Menyemak tahap kesediaan Staf o Mengenalpasti Pendekatan 4.1.5 Mengenalpasti mandat 4.1.6 Menetapkan jadual kerja pelaksana MAC 2022 Hingga APRIL 2025 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana


27 5. Proses Kedua 5.1 Mendefinisikan hala tuju sekolah 5.1.1 Menyemak pernyataan misi 5.1.2 Menyemak pernyataan visi 5.1.3 Menyemak penyataan piagam Pelanggan 5.1.4 Menyemak penyataan nilai o Moto o Slogan o Logo o lagu sekolah o warna organisasi MAC 2023 Hingga APRIL 2023 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana 6. Proses Ketiga 6.1 Analisis Persekitaran 6.1.1 Analisis Persekitaran Strategik 6.1.2 Analisis SWOT 6.1.3 Pengumpulan Analisis Persekitaran 6.1.4 TOWS Matrik MAC 2023 Hingga APRIL 2023 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana 7. Proses Keempat 7.1 Pembinaan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal/Tindakan Mengenalpasti dan memilih isuisu strategik. 7.1.1 Membentuk matlamat strategik dan KPI 7.1.2 Menetapkan objektif jangka panjang dan pendek. 7.1.3 Pembinaan Strategik utama 7.1.4 Melengkapkan borang pemilihan strategik MAC 2023 Hingga APRIL 2023 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana 8. Proses Kelima Pembinaan Pelan Taktikal / Tindakan MAC 2023 Hingga APRIL 2023 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana 9. Proses Keenam 9.1 Pembinaan Pelan Operasi MAC 2023 Hingga APRIL 2022 JK. Induk, JK. Kerja dan JK. Pelaksana


28 15. PENGURUSAN KURIKULUM a. PENGENALAN Kurikulum merupakan mandat terpenting dalam elemen pengurusan pendidikan hari ini yang berorientasikan peperiksaan sebagai kayu ukur berkesannya sesebuah sekolah tersebut. Oleh itu SKB amat mementingkan perancangan yang strategik untuk menangani isu ini dan cabaran ini ke arah pendekatan inovasi, kreativiti dalam pengurusan kurikulum terutama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan murid yang mempunyai daya saing dan jati diri dalam abad ke-21 ini. Perancangan Strategik Kecemerlangan Akademik 2022 – 2025 ini merupakan kajian semula keberkesanan program lalu selepas menilai prestasi PBD yang lepas dalam menjadikan SKB Cemerlang. Pelbagai strategi yang dibina dalam perancangan ini untuk dilaksanakan oleh organisasi dengan penuh keyakinan, iltizam yang tinggi, secara berpasukan di kalangan warga sekolah untuk mencapai matlamatnya. Hasrat merealisasi perancangan strategik kecemerlangan ini merupakan tanggunjawab bersama. Justeru itu, semua pihak iaitu murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat perlu memainkan peranan melalui perkongsian bijak dan berkesan bagi membolehkan kita mencipta sejarah dalam akademik.


29 b. MATLAMAT STRATEGIK o Memantapkan kecemerlangan kualiti dan kuantiti dalam pencapaian PBD. o Memantapkan pengurusan panitia dalam melaksanakan pelan tindakan. o Memantau perkembangan sahsiah dan akhlak murid setiap masa o Memastikan semua guru menggunakan kaedah iThink dan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. c. OBJEKTIF o Memastikan peningkatan TAHAP PENGUASAAN MINIMA murid dalam PBD o Mengurangkan sebanyak 3% setahun murid yang belum menguasai 3M menjelang 2025. o Memastikan murid menguasai iqra & Al-Quran dengan lancar selepas enam bulan persekolahan setiap tahun. o Memastikan semua murid Khatam Alquran menjelang akhir tahun 6.


30 d. ANALISIS SWOT SK BUNTAL ANALISIS PERSEKITARAN PENGURUSAN : 1. KURIKULUM Kekuatan (S) Kelemahan (W) S1 - Mempunyai Guru Besar dan para pentadbir yang sentiasa memberi komitmen dan sokongan dalam menjayakan apa juga aktiviti. W1 - Peratus pencapaian murid dalam PBD masih rendah S2 - 70% guru mengajar mengikut opsyen masing-masing. 80% guru mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas dan berkerjasama. W2 - Bilangan pencapaian tahap minima semua Subjek Tahap 6 masih rendah S3 - 100% guru mempunyai sekurangkurangnya 5 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan W3 - Guru dan murid kurang pendedahan soalan KBAT. S4 - 80% guru mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas masing-masing terutamanya dalam Pdpc dan mempunyai semangat kerja berpasukan. W4 - Sebahagian guru belum mantap mengaplikasikan PdPc berkesan melalui Kepelbagaian Pedagogi. S5 - Terdapat 3 orang guru pemeriksa kertas UPSR yang boleh berkongsi pengetahuan dan pengalamannya. W5 - Pencapaian kecemerlangan (A) bagi mata pelajaran BI, Matematik dan Sains (UPSR) di tahap lemah. PELUANG (O) ANCAMAN (T) O1 - Mendapat kerjasama daripada PPD dan SIC + T1 - Taburan penempatan pelajar yang berselerak. O2 Mendapat kerjasama dan Peruntukan Kewangan daripada Yayasan Sarawak untuk program pemantapan penguasaan subjek teras. T2 - 60% daripada pelajar adalah dari keluarga yg berpendapatan rendah. 03 Kesediaan YB dan komuniti untuk menyediakan bahan sokongan pembelajaran T3 - Sikap segelintir ibu bapa/penjaga yang tidak peka terhadap keperluan anak-anak kerana sibuk dengan tugas mencari razeki . 04 Mendapat sokongan yang padu daripada PIBG dan Komuniti. T4 - Tempoh pelaksanaan PDPR yang terlalu panjang (2020-2021) akibat daripada pandemik Covid 19


31 e. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan Buntal menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. 6.1 Merangka perancangan strategik pengurusan Kurikulum ke arah memperkasakan SKB 2022-2025 dengan: o Mengadakan aktiviti peningkatan kecemerlangan akademik iaitu, penguasaan kemahiran asas 3M, Jawi alQuran dan Fardhu Ain, serta penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris. o Memberi kesedaran berterusan kepada murid tentang kepentingan pembelajaran untuk masa depan. o Memulakan kelas pemulihan khas dan pembinaan kiosk pembelajaran. o Memperhebatkan gerakan menggunakan pendekatan pengajaran `iTHINK’ dan KBAT kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran. o Memastikan aktivti kurikulum dihadiri oleh ibu bapa 100%.


32 f. PELAN TINDAKAN Teras Strategik Isu-Isu Strategik Objektif Strategik Pelan Tindakan KPI Sasaran TOV 2022 2023 2024 Pengurusan Kurikulum / Akademik Tahap pencapaian murid dalam PBD Meningkatkan pencapaian murid dalam PBD Meningkatkan TAHAPpencapaian dalam PBD 2 orang murid mendapat semua Subjek gred Tahap 6 0% (2021) 7.02% 12.466% 17.02% Peratus tahap 3 28.07% 42.11% 55% 65% Nilai gred purata keseluruhan 3.13 2.46 2.36 2.26 Peratus murid gagal semua subjek 71.93% 57.89% 45% 35% g. MATLAMAT STRATEGIK Mempertingkatkan kecemerlangan kualiti dan kuantiti dalam PBD dan penilaian Sumatif (UPSA DAN UASA) serta mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan teori pelbagai kecerdasan dalam kelas pemulihan khas h. OBJEKTIF o Meningkatkan prestasi pencapaian akademik sebanyak 5 hingga 10% setiap tahun. o Mengurangkan 5% murid yang tidak dapat menguasai 3M dari 20% kepada 15% pada akhir tahun 2025 o Memastikan murid dapat menguasai Asas Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab, dan Fardu Ain selepas enam bulan pertama setiap tahun.


33 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: i. PELAN OPERASI Bil Program/Projek Objektif Tanggungjawab Tarikh/ Tempoh KPI 1 (PENGURUSAN DATA PBD) Meningkatkan pencapaian PBD Guru Besar Penolong Kanan SU Peperiksaan Ketua panitia Jan - NOv 30% murid mendapat semua tahap 6 50% murid menguasai tahap minima (tahap 3) dalam PBD. 2 PENCERAPAN PDPc : MESRA PENCERAPAN Guru Besar Penolong Kanan Penyelaras Ketua panitia Jan- Nov 3. BENGKEL PEMBUGARAN PBD Meningkatkan pencapaian tahap dalam PBD. Guru Besar Penolong Kanan Penyelaras PBD Mac -Dis 4. PDPc BERKESAN ”Permata Mutiara Hati” * Lawatan mesra ke rumah pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah Meningkatkan pencapaian PBD Guru Besar PK Hem GBK Guru Disiplin Guru Kelas 5. BENGKEL PEMBUGARAN PROGRAM PEMBELAJARAN ONLINE(DELIMA) Meningkatkan pencapaian PENGUASAAN Guru dalam Pembelajaran Online. Guru Besar Penolong Kanan Penyelaras LADAP Ketua panitia GBK Guru Subjek


34 16. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID a. PENGENALAN Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Justeru itu, sekolah dilihat sangat signifikan dalam membentuk dan membina generasi akan datang yang memiliki kualitii yang diperlukan dalam kehidupan era ini. Selaras dengan hasrat merealisasikan agenda pembangunan kerohanian ini atau disebut kini modal insan perlulah dilakukan secara terancang, bersepadu dan berterusan. Perubahan harus dilakukan dalam menanganinya. Generasi muda hari ini perlu dipersiapkan dan diperkasakan dengan segala ramuan kecemerlangan jiwa dan jati diri. Keperluan dan tuntutan kepada pembangunan modal insan yang seimbang dan cemerlang itu hendaklah dijana mengikut acuan kita sendiri. Sehubungan itu, perancangan strategik bagi meningkatkan sahsiah dan membudayakan akhlak dirangka sebagai sebahagian elemen pembinaan modal insan hari ini untuk akan datang.


35 b. MATLAMAT STRATEGIK o Mempertingkatkan sahsiah murid dan organisasi sekolah bagi merealisasikan ponteng sifar. o Memastikan program pendedahan tentang kepentingan aktiviti –aktiviti sekolah dan memantapkan jati diri kepada murid dan ibu bapa dilaksana. o Memastikan pengiktirafan diberi kepada semua bidang pengurusan dan kepada murid yang berjasa kepada sekolah bagi memotivasikan mereka. o Melaksana kaedah latihan yang berkualiti kepada murid mengelakkkan ketidakhadiran. c. OBJEKTIF o Memastikan tiada kes ponteng aktiviti kurikulum dan kokurikulum pada setiap masa. o Membentuk murid-murid yang beriman dan bertakwa yang dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. o Memberi pengiktirafan kepada yang berjaya dalam semua bidang. o Meningkatkan tahap motivasi dan jati diri yang tinggi di kalangan murid. o Mengadakan latihan yang pelbagai dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum dengan melibatkan ibu bapa.


36 d. STATUS SEMASA Banyak aktiviti yang dirancang melibatkan murid Tahap 2 ( Tahun 4 , 5 dan 6) . Sebagai contoh bacaan Yassin, Perjumpaan Ibu Bapa & Guru, Motivasi Ibu Bapa & Murid, Mesyuarat AJK PIBG dan sebagainya. Ini kerana, murid-murid Tahap 2 diyakini telah memahami dan boleh memikirkan baik-buruk @ objektif yang ingin disampaikan kepada mereka. Penglibatan masyarakat juga amat penting dalam pembangunan pendidikan sesebuah sekolah. Kepelbagaian kaedah pelaksanaan program yang meliputi usaha pengembangan, pencegahan dan pemulihan sahsiah warga sekolah perlu digunakan secara berhikmah. Ibu bapa dan guru merupakan orang terpenting dalam melahirkan agenda pendidikan menjadi nyata dan terlaksana. Justeru itu, perancangan strategik bagi meningkatkan sahsiah dan membudayakan akhlak dirangka sebagai sebahagian daripada elemen pembinaan modal insan hari ini untuk masa akan datang bagi melahirkan murid yang berjaya, berakhlak dan tahu hala tuju mereka pada masa akan datang. e. ISU DAN CABARAN Keperluan dan tuntutan terhadap program pembangunan insan yang seimbang dan cemerlang perlulah diutamakan dalam era globalisasi untuk membendung kewujudan pelbagai elemen negatif yang semakin menginjak segenap lapisan masyarakat termasuklah murid-murid sekolah. Kes salah laku murid sering terpapar di dada-dada akhbar tempatan seperti kes ponteng, merokok, jenayah, rogol, cabul, penagihan dadah dan lain-lain yang sudah pastinya membawa kesan dan imej yang buruk kepada keluarga, komuniti, sekolah khasnya dan negara umumnya.


37 f. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan BUNTAL menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. Merangka perancangan strategik pengurusan Hal Ehwal Murid ke arah memperkasakan SKB 2022-2025 dengan: Melahirkan konsep penyayang dikalangan warga sekolah melalui slogan “Sekolahku Rumahku” sekaligus dapat membendung gejala ponteng sekolah. Melahirkan murid berakhlak mulia & mengukuhkan pembentukan jati diri di kalangan warga sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Mempelbagaikan aktiviti sekolah yang melibatkan warga sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat. Memberi motivasi berterusan kepada murid tentang kepentingan pembelajaran untuk masa depan. Memberikan pengiktirafan kepada sumbangan guru dan murid dengan cara memberikan penghargaan sama ada dalam bentuk material atau memotivasikan mereka.


38 g. Matlamat StrategiK Mempertingkatkan dan memperkasakan sahsiah murid dan organisasi sekolah bagi merealisasikan ponteng sifar dan jati diri sekaligus menjadikan “Sekolahku” sebagai “Rumahku”, menyayangi sekolah sebagai menyayangi kediaman mereka. h. Objektif Jangka Panjang Menjelang akhir tahun 6 murid dapat menguasai alQuran dan jawi dengan baik serta mempunyai akhlak dan sahsiah yang dapat dibanggakan. j. Objektif jangka pendek o Menyerapkan budaya penyayang secara berterusan dikalangan warga sekolah sebagai amalan bersama bagi melahirkan “Sekolahku Rumahku” o Mewujudkan warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang tinggi nilainya. o Memastikan tiada langsung kes ponteng berlaku dan sekolah tempat yang paling selamat untuk semua warga sekolah pada tahun 2025. o Memastikan aktivti yang melibatkan ibu bapa dan masyarakat di perbanyakkan dan dilaksana sepenuhnya.


39 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: k. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : PROGRAM ”SEKOLAHKU RUMAHKU” LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 fasilitator Program “Sekolahku Rumahku” 1.4 Lantik AJK 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar 1 hari 2. Surat Menyurat kepada staf dan JK. PIBG Program “Sekolahku Rumahku” Guru Bimbingan 2 minggu 3. Menyediakan jadual Program “Sekolahku Rumahku” Guru Bimbingan 1 hari 4. Pelaporan dan penilaian Program “Sekolahku Rumahku” Guru Bimbingan 1 minggu


40 17. PENGURUSAN KOKURIKULUM a. PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor sentiasa mendukung aspirasi dasar sukan negara iaitu `Sukan Untuk Semua’ dan `1 Murid 1 Sukan’. Hasrat ini direalisasikan dengan menggalakkan murid dan warga sekolah melibatkan diri dalam pelbagai program sukan dan permainan. Aktiviti bukan sahaja mewujudkan suasana ceria tetapi menjadi pelengkap kepada kriteria aktiviti kokurikulum untuk memasuki ke sekolah menengah. Ini menunjukkan bahawa badan yang sihat menjana otak yang cerdas. Hal ini bermakna kurikulum dan kokurikulum mesti berjalan seiring, bagi memupuk nilai kerjasama, dan membina ketahanan mental, fizikal dan emosi. b. MATLAMAT STRATEGIK o Meningkatkan pencapaian kecemerlangan sukan dan permainan sehingga ke peringkat negeri dan antarabangsa. o Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam akktiviti kokurikulum. o Mempelbagaikan latihan murid dalam aktiviti kokurikulum o Melaksana kaedah latihan yang berkualiti kepada murid mengelakkkan ketidakhadiran. o Menjelaskan kepada ibu bapa dan murid tentang kepentingan kokurikulum di sekolah.


41 c. OBJEKTIF o Memastikan tiada kes ponteng aktiviti kokurikulum berlaku . o Memberi pengiktirafan kepada yang berjaya dalam semua bidang. o Mengadakan latihan yang pelbagai dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum dengan melibatkan ibu bapa. o Meningkatkan tahap disiplin diri murid. o Memastikan aktiviti kokurikulum dipelbagaikan untuk mencari bakat baru sebagai pasukan pelapis. d. STATUS SEMASA Semasa ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang banyak kepada aktiviti-aktivti yang mampu dengan bakat dan kekuatan murid sahaja dan hanya sebagai penyertaan sahaja. Kekurangan latihan murid menjadi punca kepada aktiviti kokurikulum tidak aktif dan berprestasi rendah. Hanya pasukan pingpong sekolah sahaja yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Manakala lain-lain aktiviti setakat hari ini hanya mampu melangkah kaki di peringkat Daerah sahaja. Acara atau pertandingan yang disertai setakat ini adalah mengikut kemampuan dan kecukupan murid yang boleh bermain sahaja. Aktivti kokurikulum bukan sahaja aktiviti sukan dan permainan tetapi aktiviti persatuan dan kelab juga kurang aktif kerana kehadiran murid yang terbatas kerana kedudukan rumah yang jauh dari sekolah. Keadaan ini menjadikan persatuan dan kelab tidak bermaya dan kurang ceria.


42 e. ISU DAN CABARAN Keperluan dan tuntutan terhadap mandat dan arahan jabatan SKB sedaya upaya berusaha merealisasikan amanah sebagai suatu pengalaman dan penyertaan kepada murid-muridnya. Hasil daripada analisis persekitaran yang dilakukan, jelas menunjukkan murid kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Ini adalah berpunca daripada ketidakpelbagaian aktiviti walaupun SKB mempunyai murid yang ramai dan kurang jurulatih lelaki. Kepelbagaian aktiviti bertujuan mencungkil bakat dan menarik minat murid kepada sesuatu permainan yang digemari oleh mereka. Perubahan harus dilakukan segera bagi menangani isu dan cabaran era globalisasi ini. Kita akan ketinggalan jauh kebelakang sekiranya sikap warga pendidik dan masyarakat tidak berubah. Bidang kokurikulum merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah diaplikasikan di luar bilik darjah untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni (Akta Pendidikan 1996). Sehingga kini banyak kejayaan yang telah dicapai dalam aktiviti kokurikulum.


43 f. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan BUNTAL menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. 6.1 Merangka perancangan strategik pengurusan Kokurikulum ke arah memperkasakan SKB 2022-2025 dengan: o Mempelbagaikan aktiviti sekolah yang melibatkan warga sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat. o Memberi kesedaran berterusan kepada murid tentang kepentingan aktiviti kokurikulum untuk masa depan. o Memberikan pengiktirafan atas sumbangan guru dan murid dengan cara memberikan penghargaan sama ada dalam bentuk material atau memotivasikan mereka. o Melaksanakan kaedah latihan yang sistematik.


44 h. Matlamat Strategi Mempertingkatkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum dengan kepelbagaian aktiviti dan mampu ke peringkat yang lebih tinggi. i. Objektif Jangka Panjang Penyertaan murid 100% dalam kegiatan kokurikulum secara aktif pada tahun 2025 Jadual menunjukkan peningkatan penyertaan murid 10% setahun j. Objektif jangka pendek o Meningkatkan 10% penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum pada tahun 2025. o Memastikan aktivti yang melibatkan ibu bapa dan masyarakat diperbanyakan dan dilaksana. o Melaksanakan kepelbagaian aktiviti bagi menarik minat murid. o Mewujudkan warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang tinggi nilainya. TAHUN 2022 2023 2024 2025 % KEHADIRAN 70 80 90 100


45 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: k. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : BINA PASUKAN PELAPIS - PERMAINAN LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep oleh GPK KK 1.3 Pemilihan / Lantikan Jurulatih 1.4 Lantik AJK 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar GPK KK S/U Sukan 1 hari 2. Surat Menyurat ibu bapa S/U Sukan 1 hari 3. Menyediakan prosedur pemilihan dan jadual latihan S/U Sukan Jurulatih 2 hari 4. Penyediaan peralatan latihan S/U Sukan,Jurulatih, JK kerja 5 hari 5. Pemilihan Pemain Pelapis S/U Kerja,Jurulatih, JK kerja 1 bulan 6. Pelaporan dan penilaian pemilihan pesukan pelapis S/U Sukan Jurulatih 1 minggu


46 PELAN OPERASI NAMA PROJEK : BERI PENGIKTIRAFAN KEPADA MURID YANG BERJAYA LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantikan JK Pelaksana 1.4 Lantik AJK Kerja 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar Semua GPK Kaunselor 1 hari 2. Surat Menyurat kepada ibu bapa dan VIP perasmi atau jemputan S/U JK 1 minggu 3. Menyediakan buku program JK Kerja 2 hari 4. Proses persiapan tempat, hadiah dan lain-lain JK Kerja 1 minggu 5. Hari Penyampaian Pengiktirafan Guru Besar 1 hari 6. Pelaporan dan penilaian program JK Pelaksana yang terlibat 1 minggu


47 PELAN OPERASI NAMA PROJEK : HARI KOKURIKULUM LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantikan JK Pelaksana 1.4 Lantik AJK Kerja 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar GPK KK YDP PIBG 1 hari 2. Surat Menyurat kepada ibu bapa dan VIP perasmi atau jemputan S/U JK 1 minggu 3. Menyediakan buku program JK Kerja 2 hari 4. Proses persiapan tempat, cenderahati dan lain-lain JK Kerja 1 minggu 5. Mesyuarat JK Pelaksana dan JK Kerja Pelaporan persiapan program JK Kerja 1 hari 6. Hari Kokurikulum Guru Besar Semua yang terlibat 1 hari 7. Pelaporan dan penilaian program JK Pelaksana yang terlibat 1 minggu


48 PELAN OPERASI NAMA PROJEK : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantikan JK Pelaksana 1.4 Lantik AJK Kerja 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar GPK KK Penyelaras Unit Beruniform 1 hari 2. Surat Menyurat kepada ibu bapa dan lain-laindan surat kebenaran ibu bapa S/U JK 1 minggu 3. Menyediakan jadual perkhemahan, agihan tugas, dan penyediaan peralatan dan bahan JK Kerja 3 hari 4. Proses persiapan tempat, cenderahati dan lain-lain JK Kerja 1 minggu 5. Mesyuarat JK Pelaksana dan JK Kerja Pelaporan persiapan Klinik Sukan JK Kerja 1 hari 6. Perkhemahan Unit Beruniform Semua yang terlibat 3 hari 7. Pelaporan dan penilaian program JK terlibat JK Pelaksana yang terlibat 1 minggu


49 a. PENGENALAN 18. PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF. Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan sesebuah organisasi. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan terlatih sekolah akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran yang datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber tenaga manusia yang berada di sekolah dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Dokumen ini meperjelaskan hala tuju pengurusan perkembangan staf SKB di samping menyediakan pendidikan dan pengurusan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Sokongan dan dorongan adalah penting ke arah meningkatkan kualiti kerja, berpengetahuan tinggi, berkemahiran, dan berkemampuan sebagai `global player’ khususnya berteraskan sains dan teknologi dan ICT. Di samping itu juga kita perlu memiliki keteguhan dalam agama, jati diri dan budaya bangsa, Staf yang memiliki ciri-ciri tersebut dapat membawa kejayaan sekolah dalam apa jua bidang yang ditempuhi. Potensi mereka perlu dikenal pasti dan ditonjol serta dimanfaatkan oleh sekolah. Budaya ilmu perlu dihidupkan di kalangan mereka.


Click to View FlipBook Version