50 a. MATLAMAT STRATEGIK o Meningkatkan kursus dalaman di peringkat sekolah. o Membentuk kerja berpasukan secara berterusan. o Menyediakan dan memberi peluang kepada staf untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan terutama bidang yang berkaitan ICT dan penguasaan Bahasa Inggeris. o Meningkatkan jati diri staf. b. OBJEKTIF o Memastikan staf menambah ilmu pengetahuan profesion keguruan mereka. o Menjadikan kerja buat staf berkualiti dan berkesan. o Melahirkan staf yang mempunyai motivasi yang tinggi. c. STATUS SEMASA Keyakinan dan kemampuan staf melaksanakan amanah tanggungjawab dengan lebih berkesan memerlukan sokongan darupada pihak pengurusan sekolah. Staf yang berkemahiran dan berpengalaman sekalipun akan menjadi tidak bermaya dalam menjalankan tugas sekiranya tanpa sokongan dan dorongan dari pengurusan sekolah. Semasa ini, situasi ini berlaku dan akan berterusan jika tindakan perubahan tidak diambil. Sumber yang kompeten jika tidak digunakan dengan baik akan menjadikan pengurusan organisasi tidak berkesan.
51 d. ISU DAN CABARAN Pengurusan institusi pendidikan yang tidak jelas hala tujunya, tidak dapat memberi rangsangan yang kuat kepada warganya untuk membuat perubahan. Mereka perlu kepada role model, perlu melihat sendiri perubahan, perlu merasakan kesegaran dan kehangatan untuk berubah. Tetapi, tanpa sokongan dan dorongan yang dimulakan oleh pengurusan sekolah atau mereka yang dilantik sebagai guru cemerlang, nescaya perubahan tidak akan berlaku. Jika semua staf tidak dapat memahami dan menghayati arus perubahan dalam dunia pendidikan, mengajar menjadi kerja yang rutin dan membosankan terutama apabila pelanggan yang hendak diajar tidak berminat dan datang ke sekolah kerana ibu bapa yang suruh. Persekitaran dan stail pengurusan yang tidak merangsang pemupukan budaya ilmu, ingat-mengingati, bekerjasama, kerja berpasukan akan menyebabkan ramai guru akan kehilangan minat mengajar dan hala tuju masing-masing. Mengikut pengalaman lalu sokongan moral dan dorongan dari pihak pengurusan menjadikan guru-guru bersemangat untuk bekerja dan melakukan yang terbaik untuk pelanggannya. Dalam menghadapi isu dan cabaran dunia pendidikan hari ini, perubahan gaya kepimpinan, pemikiran, sikap, komunikasi haruslah dilakukan. Dengan kerenah birokrasi pelbagai yang ada pada guru-guru sekarang akan membawa kepada pelbagai pula masalah kepada sekolah. Masalah ini membawa imej yang buruk kepada sekolah.
52 e. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan BUNTAL, KUCHING menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. Merangka perancangan strategik pengurusan perkembangan staf ke arah memperkasakan SKB 2022-2025 dengan: o Mengadakan aktiviti peningkatan kerja berpasukan di kalangan staf. o Memberi motivasi berterusan kepada staf tentang amanah dan tanggungjawab kepada pelanggan dan Allah S.A.W. o Mewujudkan peluang dan ruang meningkatkan ilmu pengetahuan. o Memperhebatkan gerakan menggunakan pendekatan pengajaran `mastery learning’ kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran. o Mengadakan lawatan penanda aras. o Meningkatkan pendedahan kepada ilmu ICT dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru.
53 f. Matlamat Strategik Meningkat dan menambahkan keyakinan diri dan semangat bekerja ke arah mempertingkatkan kualiti kerja staf dengan memberi sokongan dan dorongan berterusan kepada staf. g. Objektif Jangka Panjang Semua guru dan staf sokongan dapat meningkatkan kualiti kerja dan kompeten mereka 100% dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2025. h. Objektif jangka pendek o Meningkatkan prestasi kualiti kerja setiap tahun. o Memastikan semua guru telah menghadiri kursus ICT. o Memastikan sekurang-kurangnya satu kursus dalam satu bidang dilaksanakan pada tahun 2022. o Satu kursus jati diri diadakan pada setiap tahun.
54 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: i. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : KURSUS DALAM PERKEMBANGAN STAF LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantikan JK Pelaksana 1.4 Lantik AJK Kerja 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat kursus, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar PKP 1 hari 2. Surat menyurat kepada JPN, PPD, dan Failitator dipilih. S/U JK 2 minggu 3. Menyediakan Jadual Kursus S/U JK JK Kerja 1 minggu 4. Persiapan tempat kursus JK Kerja 2 hari 5. Mesyuarat JK Pelaksana dan JK Kerja Setiap bahagian tentang persiapan PKP 1 hari 6. Pelaksanaan Kursus Semua guru 1 hari 7. Pelaporan dan penilaian program JK terlibat JK Pelaksana 1 minggu
55 j. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : LAWATAN PENANDA ARAS LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantikan JK Pelaksana 1.4 Lantik AJK Kerja 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap tempat lawatan, tarikh, dan masa. 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar PKP 1 hari 2. Surat menyurat kepada JPN, PPD, dan sekolah yang terlibat. S/U JK 2 minggu 3. Menyediakan Jadual lawatan S/U JK JK Kerja 1 minggu 4. Persiapan lawatan JK Kerja 2 hari 5. Mesyuarat JK Pelaksana dan JK Kerja Setiap bahagian tentang persiapan PKP 1 hari 6. Lawatan penanda aras Semua guru 1 hari 7. Pelaporan dan penilaian program JK terlibat JK Pelaksana 1 minggu
56 19. PENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN FIZIKAL a. PENGENALAN Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga pendidik untuk memenuhi hasrat yang terkandung di dalam FPK ini dan menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksana serta menyempurnakan kurikulum yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin. Memandangkan kurikulum merupakan ‘core business’ bagi setiap guru dan sekolah, maka sewajarnyalah prestasi akademik murid-murid diberi keutamaan. Kejayaan sesebuah sekolah berpunca daripada pencapaian anak-anak muridnya tidak kira apa jua status penguasaannya. Program pemulihan yang menitikberatkan masalah murid yang buta huruf akan membantu murid-murid, guru-guru dan pihak sekolah ke arah melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas biasa. Guru pemulihan khas dan Guru Pendidikan Khas akan bertindak untuk memperkasakan Bilik kelas dengan menyediakan ruang-ruang pembelajaran mengikut bakat, minat, dan kecerdasan masing-masing. Ditambah pula dengan menyediakan bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Secara langsung ia bermaksud setiap murid akan mendapat hak mereka sebagai seorang pelajar yang memerlukan ilmu pengetahuan sebagai bekal untuk masa depan.
57 b. MATLAMAT STRATEGIK o Meningkatkan kemahiran asas penguasaan 3M secara berterusan. o Memastikan guru pemulihan khas diberi kursus anjuran jabatan. o Menyediakan kemudahan bahan-bahan dan peralatan bantuan pdpc dan menceriakan bilik pemulihan khas. o Memastikan murid pemulihan khas berminat untuk belajar. c. OBJEKTIF o Menyediakan ruang-ruang atau kiosk pembelajaran. o Menarik minat murid pemulihan untuk belajar mengikut kecerdasan dan cara masing-masing. o d. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan Buntal, Kuching menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. Merangka perancangan strategik Pengurusan Keceriaan dan Fizikal ke arah memperkasakan SKb 2022-2025 dengan: o Menceriakan bilik pemulihan khas. o Menyediakan kemudahan bahan bantu mengajar di dalam bilik pemulihan khas. o Menceriakan bilik kelas dan bilik khas.
58 e. Objektif jangka pendek o Memastikan pengurangan sebanyak 5% murid yang belum menguasai 3M pada tahun 2025 o Memastikan guru pemulihan mengikuti kursus pemulihan mengikut keperluan semasa. o Memastikan bahan bantu mengajar disediakan sebelum kelas bermula bagi menarik lebih minat murid. Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah:
59 f. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : PROJEK BILIK PEMULIHAN KHAS LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat 1.1 Ucapan Guru Besar 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Pemilihan kelas pemulihan khas 1.4 Lantik AJK Pemulihan Khas 1.5 Agih tugas 1.6 Tetap masa memulakan pembinaan 1.7 Bincang kos 1.8 Hal-hal lain Guru Besar 1 hari 2. Melakar / melukis pelan kiosk 1 minggu 3. Menyediakan jadual kerja 1 hari 4. Memulakan kerja JK Kerja 1 bulan 5. Pemantauan dan penilaian projek Guru Besar 1 bulan 6. Kelas pemulihan digunakan Guru Pemulihan Berterusan
60 20. PENGURUSAN KOMUNITI a. PENGENALAN PIBG adalah satu-satunya persatuan yang diwujudkan di setiap sekolah untuk menghubungkan pihak ibu bapa dengan pihak pentadbiran sekolah. Melalui penubuhan persatuan ini kedua-dua pihak dapat menjalinkan persefahaman yang erat untuk menggerakkan aktiviti terutamanya untuk kemajuan pendidikan anak-anak mereka. Komuniti melalui PIBG juga berperanan sebagai satu pertubuhan yang paling hampir dengan sekolah sangat berperanan untuk membantu sekolah bagi mempertingkatkan pencapaian persekolahan murid-murid. Di samping itu juga PIBG berperanan dalam pelbagai kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malayasia. Untuk kemajuan anak-anak di sekolah, PIBG dan komuniti mestilah sentiasa positif dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid. Mereka juga mesti mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru dan sekolah kerana melalui hubungan yang baik , pelbagai masalah anak-anak mereka dapat ditangani dengan mudah. b. MATLAMAT STRATEGIK o Memupuk semangat pemuafakatan rumah sekolah. o Merpertingkatkan Kerjasama ibu bapa untuk menyemak kerja rumah murid o Penyuburan potensi institusi keluarga, sekolah dan komuniti, insan sebagai hamba dan khalifah Allah.
61 c. OBJEKTIF o Memastikan peningkatan peratusan 10% setahun kehadiran dan perhubungan ibu bapa dengan sekolah sehingga 100% pada tahun 2021. o Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada komuniti dalam aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa dan memerlukan kewangan yang besar. d. STATUS SEMASA Kalau dilihat peranan PIBG di sekolah ini ia tidaklah begitu ketara dalam sumbangannya untuk peningkatan akademik. Tumpuan banyak diberikan kepada menyelesaikan masalah pelajar dan waris yang berbentuk kebajikan. Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik ratarata waris berkehendakan bantuan dan kemudahan kepada anak-anak mereka. Terdapat juga sebahagian daripada ibu bapa mereka kurang sedar dan faham tentang tanggungjawab mereka kepada PIBG dan sekolah. Mereka terlalu banyak memikirkan dan menjalankan urusan lain daripada memikirkan peningkatan pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka seolah-olah menyerahkan peranan tersebut kepada guru semata-mata.
62 e. ISU DAN CABARAN Semasa ini, ternyata penglibatan ibu bapa umumnya komuniti amat terhad kepada beberapa aktiviti sahaja. Kebanyakannya ibu bapa di sini banyak bergantung kepada sekolah semata-mata. Berdasarkan maklumat atas kajian keperluan yang telah dilakukan satu tindakan perlu dilakukan untuk menyedarkan para ibu bapa bagaimana mereka harus faham akan tanggungjawab mereka kepada sekolah dan anak-anak. Dalam masa yang sama sekolah dapat menggunakan tenaga dan kepakaran mereka untuk mempelbagaikan pengetahuan sedia ada untuk kecemerlangan sekolah. Program ini diharapkan dapat memberi ruang kepada ibu bapa, dan komuniti untuk mendekati sekolah, bak kata perpatah “ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” , hati gajah sama dilapah ,hati kuman sama dicecah”. Cabaran yang ada dalam era globalisasi ini menuntut kita semua bergabung, bekerjasama dalam membawa organisasi sekolah menjadi sebuah sekolah berkesan. f. PELAKSANAAN STRATEGIK Untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan Buntal, Kuching menggariskan beberapa langkah pelaksanaan strategik supaya matlamat organisasi dapai dicapai. Merangka perancangan strategik Pengurusan Komuniti ke arah memperkasakan SKB 2022- 2025 dengan: o Memantapkan kecaknaan kepada anak-anak mereka di sekolah. o Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah. o Memupuk semangat pemuafakatan sekolah dan komuniti. o Mengadakan lawatan benchmarking staf dan ibu bapa.
63 g. Matlamat Strategik Memantapkan peningkatkan penglibatan komuniti dengan organisasi sekolah h. Objektif Jangka Panjang Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah meningkat 100% pada tahun 2025. i. Objektif jangka pendek o Memastikan peningkatan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah bertambah 10% pada tahun 2025. o Memastikan konsep budaya penyayang dipraktikan berterusan di sekolah. o Memastikan maklumat sekolah diketahui oleh ibu bapa sepenuhnya.
64 Pelan Tindakan yang menggariskan strategik pelaksanaan dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran di atas adalah seperti di bawah: j. PELAN OPERASI NAMA PROJEK : PROGRAM PERMUAFAKATAN ANTARA PIHAK SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Mesyuarat / Taklimat 1.1 Ucapan GB 1.2 Bentang kertas konsep 1.3 Lantik AJK 1.4 Agih tugas 1.5 Tetap tarikh 1.6 Bincang kos 1.7 Jemputan 1.8 Hal-hal lain Guru Besar Semua GPK PIBG 1 hari 2. - Surat mesyuarat Jemputan kepada ibu bapa dan Guru Kaunselor Profesional PPD ( Perasmian) AJK S/U JK 1 minggu 3. Publisiti JK Kerja 1 minggu sebelum 4. Aturcara majlis JK Kerja 1 hari 5. Menyediakan hadiah/sijil/ cenderamata Guru Besar 3 hari 6. Mesyuarat penyelarasan; 6.1 Ucapan pengerusi 6.2 Bentang minit mesyuarat. 6.3 mengesahkan minit mesyuarat 6.4 Laporan dari Jawatankuasa -urusetia -persiapan tempat -makan minum -perasmian dan penutup -hadiah/cenderamata -publisiti -penceramah motivasi -keselamatan/ kecemasan 6.5 Hal-hal lain JK Pelaksana yang terlibat 1 hari 7. Pelaksanaan Semua Guru PIBG Separuh hari 8. Pelaporan dan penilaian program JK terlibat JK Pelaksana 1 minggu
65 21. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Pemantauan dan penilaian ialah keadah yeng utama bagi memastikan pelan tindakan strategik bergerak sepertimana dirancang dan dijadualkan. Proses pemantauan ini dijadikan panduan supaya tindakan bergerak di atas landasan yang betul, tepat dan menuju ke arah matlamatnya. Manakala proses penilaian pula penentu sejauh mana kejayaan berdasarkan objektif yang ditetapkan dicapai. Sekiranya terdapat kecacatan, pembetulan perlu dilakukan ke arah penambahbaikan dan pemulihan. Satu jawatankuasa pemantauan dan penilaian ditubuhkan oleh pihak sekolah bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang dirancang. Setiap bidang pengurusan akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang telah dilantik. Pihak pengurusan SKB mengharapkan semua ketua setiap bidang di peringkat sekolah, dan PIBG dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap aspek ini. Tindakan yang sistematik dan terancang dalam melaksanakan aspek ini akan memberikan impak yang positif dan berkesan dalam merealisasikan matlamat Sekolah Kebangsaan Buntal cemerlang.
66 22. RUMUSAN •Pengurusan dan perancangan strategik adalah berkaitan melakukan perubahan dan membuat keputusan. •Keputusan yang dibuat pada hari ini, amat penting untuk hari esok dan masa depan. •Kesilapan seorang doktor, mungkin hilang satu nyawa, tetapi kesilapan seorang pendidik, akan merosak satu generasi. •Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian. SEKIAN.TERIMA KASIH.