The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28261214, 2023-03-07 21:40:36

MEMIMPIN PEMBELAJARAN

NPQEL

Memimpin Pembelajaran terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Kepimpinan Instruksional, Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum. Submodul 4.2 Memimpin Pembelajaran dalam kursus e-Pembelajaran pada kali ini akan berfokus kepada: 4.2.1 Kepimpinan Instruksional 4.2.2 Hal Ehwal Murid 4.2.3 Pengurusan Kokurikulum Pada akhir pembelajaran peserta akan dapat: 1. Membezakan tugas-tugas seorang pemimpin instruksional dan pemimpin kurikulum. 2. Mengenal pasti definisi-definisi kepimpinan instruksional. 3. Mengenal pasti tiga kerangka kepimpinan instruksional.


pg. 2


pg. 3 PENERANGAN SLAID Slaid 3: Objektif 1: Mengenal pasti tugas-tugas seorang pemimpin instruksional & pemimpin kurikulum


pg. 4 Slaid 4: Petikan daripada buku Davis dan Thomas(1989: 38),Effective Schools and Effective Teachers. tentang sekolah baik dan sekolah lemah. Slaid 5: Indikator akauntabiliti yang lazim digunakan oleh masyarakat untuk mengukur kejayaan sesebuah sekolah


pg. 5 Slaid 6: Kurikulum merujuk kepada ‘apa’ (what) yang hendak diajar, manakala, instruksional merujuk kepada ’bagaimana’ (how) hendak mengajarnya. Kita boleh menganggap kurikulum sebagai satu program, rancangan, isi kandungan atau pengalaman yang ingin disampaikan; dan instruksional sebagai cara, kaedah, strategi, aksi pengajaran yang terlibat semasa pelaksanaan. Slaid 7:


pg. 6 Kepimpinan Kurikulum memberi tumpuan Utama kepada APA yang hendak dibuat untuk melaksanakan kurikulum. Slaid 8: Kepimpinan Instruksional memberi tumpuan kepada BAGAIMANA cara / proses yang paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada murid. Forum ini membolehkan anda membuat pengenalan diri dan melakukan perbincangan tentang perbezaan tugas pemimpin instruksional dan kurikulum. Berdasarkan maklumat dalam slaid yang telah dikongsikan, sila perkenalkan diri anda dan beri pandangan anda tentang perbezaan pemimpin instruksional dan kurikulum berdasarkan pengalaman anda.


pg. 7


pg. 8


pg. 9 Selain daripada definisi kepimpinan instruksional yang telah di perkenalkan, anda diminta memberikan definisi lain yang telah anda temui melalui kajian anda di dalam forum ini. Setiap peserta perlu berkongsi satu definisi yang anda fahami.


pg. 10


pg. 11 PENERANGAN SLAID Slaid 3: Objektif 3: Pada akhir topik ini peserta akan dapat mengenal pasti 3 kerangka kepimpinan instruksional. Slaid 4: Kerangka pertama : Philip Hallinger dan Joseph Murphy (1985) telah membangunkan satu model kepimpinan instruksional untuk mengkaji perlakuan kepimpinan instruksional sepuluh orang pemimpin sekolah. Ke arah itu, mereka telah mengumpulkan maklumat mengenai ’perlakuan kepimpinan instruksional’ daripada para pemimpin tersebut, staf mereka dan daripada penyelia pendidikan kawasan. Daripada hasil dapatan soal selidik dan pemerhatian yang dibuat, Hallinger dan Murphy (1985) telah membangunkan satu kerangka kepimpinan instruksional yang terdiri daripada tiga (3) domain dan sepuluh (10) dimensi utama.


pg. 12 Slaid 5: • Domain membentuk misi dan matlamat merupakan asas kepada pembentukan matlamat bersama dan menjalin segala usaha di sekolah untuk visi bersama. Murphy (1990), telah membahagikan domain ini kepada dua dimensi tugas untuk seseorang pengetua ataupun guru besar. • Dimensi merangka matlamat sekolah melibatkan penetapan matlamat dan penekanan kepada pencapaian murid yang termasuk penggunaan data pencapaian sebelum dan semasa murid serta tanggungjawab staf untuk mencapai matlamat tersebut. Dimensi menyampaikan matlamat melibatkan perjumpaan dengan kerap, murid, ibu bapa dan guru baik secara formal atau informal untuk menyampaikan mesej tentang matlamat dan hala tuju sekolah kerana perkara itu memandu segala aktiviti yang akan berlangsung di sekolah.


pg. 13 Slaid 6: Kerangka kepimpinan instruksional yang dihasilkan oleh pensyarah IAB iaitu Dr James & Dr Balasandran, 2009 yang berasaskan INPUT PROSES DAN OUTPUT • Melihat peranan kepimpinan instruksional dalam kaca mata kerangka input-prosesoutput yang berlangsung dalam persekitaran pendidikan. • Persekitaran pendidikan merangkumi segala aktiviti yang berlangsung di sekolah yang mampu dikawal oleh seseorang pemimpin instruksional. Sesebuah sekolah mendapat INPUT berupa kemasukan murid baharu setiap tahun. Murid-murid baharu ini seterusnya akan diPROSES dan dibentuk dalam pelbagai cara dalam jangkamasa mereka berada di sekolah. • Pencapaian akademik murid pula merupakan OUTPUT yang dapat diukur selepas melalui pemprosesan tersebut. Oleh yang demikian, baik buruknya pencapaian akademik (output) seseorang murid menggambarkan keberkesanan proses-proses yang telah dilaluinya.


pg. 14 KONSEP PBS, KONSEP PBD,


pg. 15 Pada akhir pembelajaran dalam 4.2.2 Hal Ehwal Murid ini, peserta akan dapat: 1. Mengetahui dan memahami kepentingan SKPMg2 dalam aspek pengurusan dan pemantauan tugas 2. Mengetahui dan memahami peranan dan tugas PGB dalam bidang HEM 3. Mengetahui dan memahami peranan dan tugas Penolong Kanan HEM SLAID 1 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) adalah bidang utama dalam pengurusan sekolah. Matlamat utama pengurusan HEM adalah memastikan kemenjadian sahsiah murid. Pengurusan HEM berfokus kepada tanggungjawab PGB dalam mewujudkan sistem pengurusan HEM yang berkesan dengan tujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi mencapai Pendidikan berkualiti.


pg. 16 SLAID 2 Objektif: 1.Mengupaya PGB mengetahui dan memahami bidang pengurusan HEM ke arah kemenjadian sahsiah murid 2.Mengupaya PGB merancang, mengelola dan melaksana aktiviti pembangunan kesejahteraan murid, sahsiah murid serta pembangunan organisasi HEM. 3.Mengupaya PGB menyelia dan memantau aktiviti pembangunan murid berdasarkan SKPMg2. 4.Mengupaya PGB mengaplikasi bidang tugas dan senarai tugas berdasarkan dalam MySG.


pg. 17 SLAID 3 STANDARD KOMPETENSI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 Standard 3.3.1: PERANAN PGB 1.Menyelia dan memantau aktiviti HEM bagi memastikan kemenjadian sahsiah murid. 2.Memastikan PK HEM dan guru menggunakan SKPMg2 untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan tugas dalam jawatankuasa yang dianggotai. 3.Memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan HEM 4.Memastikan segala tindakan didokumentasikan dan mematuhi arahan yang sedang berkuat kuasa.


pg. 18


pg. 19 Bahagian B dalam 4.2.2 Hal Ehwal Murid ini bertujuan memberikan pendedahan tentang peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh PGB dalam bidang HEM. Dalam modul ini, anda akan: a. Membaca dan memahami senarai tugas dalam bidang HEM b. Melalui aktiviti uji minda


pg. 20


pg. 21


pg. 22


pg. 23


pg. 24 SLAID 1: PK HEM Tugas Utama (Umum): •Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. •Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa. •Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. •Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian.


pg. 25 SLAID 2: PK HEM Tugas Utama (Umum): •Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB. •Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. •Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa. •Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.


pg. 26 SLAID 3: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan dan Pentadbiran: •Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan hal ehwal murid. •Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat JK Pengurusan HEM. •Mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan hal ehwal murid. •Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan hal ehwal murid. •Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar.


pg. 27 SLAID 4: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan dan Pentadbiran: •Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang hal ehwal murid untuk guru dan murid. •Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan hal ehwal murid. •Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan kokurikulum. •Memantau dan mengesahkan kualiti pengurusan kantin sekolah dalam Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah.


pg. 28 SLAID 5: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan dan Pentadbiran: •Mengurus dan menyelaraskan Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Sekolah (JR08), JK Pengurusan HEM (JR16) dan JK Pengurusan 3K (JR18). •Mengawal selia prestasi perkhidmatan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah. •Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK Pentadbiran. •Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JR20)


pg. 29 SLAID 6: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan Hal Ehwal Murid: •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan pengurusan kelas dan kehadiran murid, pendaftaran, penempatan, pertukaran, orentasi murid baharu dan penamatan persekolahan murid. •Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan, mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar peraturan sekolah serta memastikan rekod disiplin dikemaskini. •Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Lembaga Pengawas Sekolah.


pg. 30 SLAID 7: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan Hal Ehwal Murid: •Memastikan langkah-langkah berkaitan kesihatan, kebersihan dan keselamatan murid semasa datang ke sekolah, berada di sekolah dan balik dari sekolah sentiasa dilaksanakan. •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan kebajikan dan bantuan murid. •Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. •Memastikan pengoperasian program bimbingan dan kaunseling dilaksana dan direkodkan.


pg. 31 SLAID 8: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan Hal Ehwal Murid: •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan buku teks merangkumi tempahan, penerimaan, agihan, penyimpanan stok, pelupusan dan pengurusan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS). •Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Doktor Muda dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan pengurusan asrama.


pg. 32 SLAID 9: PK HEM: TUGAS UTAMA (KHUSUS) Pengurusan Hal Ehwal Murid: •Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program penerapan nilai, pembangunan modal insan dan kenegaraan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan perhubungan luar melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. •Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan kantin dan kedai buku sekolah


pg. 33


pg. 34


pg. 35


pg. 36


pg. 37


pg. 38


pg. 39


pg. 40


pg. 41


pg. 42


pg. 43


pg. 44


pg. 45


pg. 46


pg. 47 Arahan: Sila muat turun, baca dan fahami Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah (pilih yang berkenaan sahaja sama ada anda kumpulan NPQEL SR atau SM) melalui pautan di bawah. Sila klik pautan di bawah untuk muat turun Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Sekolah Rendah: PAJSK Sekolah Rendah Sila klik pautan di bawah untuk muat turun Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Sekolah Menengah: PAJSK Sekolah Menengah • Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. • Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). • Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.


pg. 48


pg. 49 4.2.1 Kepimpinan Instruksional Hallinger, P. & Heck, R. (1996a). Reassessing the principal’s role in school effectiveness: A review of empirical research, 1980-1995. Educational Administration Quarterly, 32 (1), 5-44. Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical research. Journal of Educational Administration, Vol. 49(2), pp. 125 – 142 Hallinger, P. (2012). Leadership for 21st century schools: From instructional leadership to leadership for learning. Dimuat turun pada 07 Februari 2020 dari https://pdfs.semanticscholar.org/a919/bf0161fb18479d0bf88025f9bee31cf795a4.pd f Hallinger, P. & Wang, W.C. (2015). Assessing instructional leadership with the principal instructional management rating scale. Springer. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2012). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal (Edisi Ke-2). PTS Akademia. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2014). Instructional leadership practice in monitoring student progress using the headcount technique in Jamaliah Abdul Hamid and Narcisa Paredes-Canilao (2014), Educational Leadership and Leadership Education in Asia. The University of Philippines Press, Quezon City. Pg. 129 – 154. 4.2.2 Hal Ehwal Murid 1. Standard Kompetensi Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) 2. Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Rendah KPM (MySG) Panel Pembangun dan ID Submodul Memimpin Pembelajaran


pg. 50


Click to View FlipBook Version