The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28261214, 2023-03-07 21:40:36

MEMIMPIN PEMBELAJARAN

NPQEL

pg. 51 LATAR BELAKANG PIMRS: Berdasarkan kerangka konseptual kepimpinan instruksional, Hallinger dan Murphy (1985) telah dihasilkan ‘Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional’ (Principal Instructional Management Rating Scale – PIMRS). Inventori ini seterusnya telah digunakan secara meluas untuk mengukur tahap amalan tugas-tugas kepimpinan instruksional oleh para pengetua dan guru besar (PGB). PIMRS bukan sahaja direka bentuk untuk PGB menilai sendiri tingkah laku kepemimpinan instruksional mereka, tetapi juga oleh guru dan pegawai penyelia yang memerhatikan kekerapan PGB melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan instruksional. Dengan mentadbir PIMRS kepada ketiga-tiga kumpulan sasaran ini (PGB, guru, dan pegawai penyelia), seseorang PGB dapat memperoleh perspektif yang menyeluruh mengenai amalan kepemimpinan instruksional masing-masing. Anda diminta mengikuti arahan tugasan Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional yang telah diadaptasi dari PIMRS. 2. ARAHAN TUGASAN Topik terakhir bagi pembelajaran ini adalah e-tugasan berdasarkan Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional yang telah diadaptasi dan hasilnya akan peserta bawa semasa sesi e-tutorial Modul Memimpin Pembelajaran yang akan dihadiri pada masa hadapan. Sila jawab soalan Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional berdasarkan skala likert tentang kekerapan anda menjalankan aktiviti atau tugasan sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Ikuti langkah – langkah berikut untuk melengkapkan e-tugasan ini: 1. Sila scan pada kod QR berikut untuk mengakses Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional. Anda juga boleh mengakses inventori ini pada pautan URl di bawah: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1OnEqNS-Yd795qm9llPQ3pj9HjIXYFQcZ7GxJhMwH7s/edit?usp=sharing 2. Sila muat turun dan lengkapkan Inventori Amalan Kepimpinan Instruksional berkenaan. TIDAK PERLU UNTUK REQUEST FOR ACCESS. Anda perlu muat turun (download) dan lengkapkan Inventori tersebut. 3. Graf akan dijana secara automatik selepas Inventori dilengkapkan. 4. Sila muat turun (download) graf berkenaan untuk dimuat naik (upload) dalam ruang Muat Naik Tugasan Modul Memimpin Pembelajaran. 5. Simpan satu salinan Graf untuk sesi e-Tutorial Modul Memimpin Pembelajaran yang akan dihadiri pada 08 Mac 2023 (Rujuk jadual terkini dalam ruang e-Tutorial untuk sebarang pindaan tarikh). SEMOGA ANDA BERJAYA MENJADI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL YANG CEMERLANG.


Click to View FlipBook Version