The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazidah5418, 2022-05-23 20:39:59

NOTA AS-BUILT DWG

IS 1

ESTABLISHMENT TERHAD
SIGN
Bahan Pembelajaran Bertulis
KERTAS PENERANGAN
Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia

SIJIL TEKNOLOGI MINYAK DAN
GAS(LUKISAN PERPAIPAN)
Semester 3

TERHAD

SENARAI SINGKATAN KOD KURSUS
IS INFORMATION SHEET SEMESTER
WS WORK SHEET
AS ASSIGNMENT SHEET KOD MODUL
NO. LA
A17-43-23-LA1-IS
JENIS WIM

i

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 3

A17-43-23 AS-BUILT DRAWING

1

GROUP CLUSTERING MODULE 3
A17-43-23 LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

C02.02 Carry Out Site Visit Preparation
A17-43-23 LA2 : PERFORM SITE VISIT

C02.03 Perform Site Visit As-Built
C02.04 Submit Site Visit Report/Daily Report

2

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 3

LA1 CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

1. CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

Sebelum lawatan tapak dilaksanakan, persediaan untuk lawatan hendaklah
dibuat agar sesuatu lawatan tapak yang akan dikelolakan berjalan seperti yang
dirancang. Sebelum lawatan tapak yang sebenar, persediaan beberapa perkara
mestilah dititikberatkan dan perlu dketahui dengan lebih lanjut supaya setiap
individu mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai bagi menjalankan
sesuatu lawatan tapak.

a. PELAKSANAAN PERSEDIAAN LAWATAN TAPAK

Terdapat beberapa aspek yang patut diketahui dan dipatuhi bagi persediaan
lawatan tapak iaitu:

i. Peraturan dan undang-undang syarikat
ii. Peraturan dan undang-undang badan berkuasa
iii. Permit To Work (PTW)
iv. Peralatan Semasa lawatan tapak

1.1.1. Peraturan Dan Undang-Undang Syarikat

Peraturan dan undang-undang syarikat adalah
berdasarkan kepada setiap syarikat dan kawasan pembinaan
yang akan di lawati.Kebiasaannya di dalam bidang minyak dan
gas,undang-undangya adalah sama dan seragam iaitu
memperuntukkan setiap individu untuk mempunyai beberapa
kelayakan dan pengesahan. Antaranya :
a. Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training

(BOSIET) certificate
b. Perakuan permit kerja (Work Permit Certificate)
c. Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up)
d. Taklimat Keselamatan (Safety Brief Certificate)

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 4

a. Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training (BOSIET)
certificate
Kursus Bosiet merupakan kursus awal bagi pemahaman dan
kesedaran berkaitan keselamatan dan prosedur tindakan kecemasan
semasa berada di tengah lautan/ jauh dari daratan bagi kakitangan
yang baru dalam industri minyak dan gas.Terdapat beberapa modul yang
termasuk di dalam kursus ini iaitu:
i. Safety Induction
ii. Helicopter Underwater Escape Training(HUET)
iii. Sea Survival & First Aid
iv. Fire fighting And Self Rescue

BOISIET

Safety Helicopter Sea Survival & Fire Fighting
Induction Underwater First Aid And Self
Rescue
Escape
Training(HUET)

Rajah 1-1 :Modul BOISIET

i. Safety Induction

A17-43-23/C02/P(1/6) Objektif modul ini ialah personel akan memperoleh 5
pemahaman dan kesedaran tentang bahaya yang dihadapi ketika
melaksanakan kerja pemasangan di pelantar minyak dan juga
mengetahui sistem keselamatan dan sistem pengurusan
keselamatan untuk mengawal dan mengurangkan bahaya
tersebut.

WIM/A17/22013/P2(12017)

Langkah pertama dalam program ini adalah mengenai latihan
Induksi Keselamatan. Aspek ini berkaitan dengan semua langkah
yang perlu dipatuhi oleh orang yang baru dilantik bekerja di
pelantar minyak. Di antara elemen-elemen yang terdapat dalam
modul ini ialah :

 Industry and Installation Overview
 Offshore Hazards
 Managing Offshore Safety
 Controlling Offshore Hazards

 Regulating Offshore Safety
 Living and Working Offshore

Pengeluaran minyak dan gas di pelantar minyak terdapat tiga
peringkat iaitu latihan,penerokaan dan operasi.Di dalam peringkat
itu, mereka akan melakukan proses berperingkat untuk mencari
punca minyak iaitu:

 Tinjauan Seismic (Seismic Survey)

 Penilaian minyak -Oil evaluation

 Proses Menggali -Drilling Process

Hazard bermaksud sesuatu yang berpotensi menyebabkan
bahaya atau kematian(kerugian). Di dalam bidang offshore, terdapat
dua jenis hazard yang perlu diketahui iaitu:
Hazard Pekerjaan

 Chemical Hazard
 Confine Space
 Electrical Hazard
 Gravity Hazard

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 6

 Motion Hazard
 Pressure Hazard

Hazard Kemalangan Besar

 Kebakaran, letupan atau pelepasan bahan berbahaya yang
melibatkan kematian / kecederaan serius pada orang.

 Kerosakan besar pada struktur / kilang atau kehilangan
kestabilan (mudah alih)

 Perlanggaran helikopter dengan pemasangan.

 Kegagalan sistem sokongan hidup bagi penyelam,
melepaskan loceng menyelam atau memerangkap
penyelam di bawah air.

ii. Helicopter Underwater Escape Training(HUET)

Modul kedua dalam latihan kecemasan BOSIET adalah
mengenai Helicopter Underwater Escape Training(HUET).
Perkara ini merangkumi semua perkara tentang melatih
seseorang mengenai cara menaiki helikopter sekiranya berlaku
kecemasan, cara menggunakan alat pernafasan sekiranya
terdapat bahaya dan bagaimana menolong rakan sekerja
sekiranya berada dalam keadaan kritikal. Terdapat beberapa
peringkat di dalam latihan ini iaitu:

A17-43-23/C02/P(1/6) Peringkat pertama: Helicopter Safety 7

 Untuk membiasakan personel dengan prosedur
keselamatan yang betul, dan peralatan yang digunakan
dalam helikopter bagi industri offshore

 Prosedur yang betul untuk mendekati, menaiki & turun dari
helikopter.

 Penggunaan jaket keselamatan penerbangan, pakaian
keselamatan, peralatan Emergency Breathing System
(EBS) dan rakit kehidupan yang betul

WIM/A17/22013/P2(12017)

 Untuk membiasakan para personel dengan prosedur
pendaratan darurat, dengan tindakan, teknik, dan prosedur
operasi yang sesuai untuk peralatan peribadi dan helicopter

 Tujuan utamanya adalah untuk memastikan para
penumpang mempunyai keyakinan untuk melepaskan diri
dari helicopter dan penggunaan peralatan EBS.

Rajah 1-2 menunjukkan tatacara pemakaian Survival Suit
semasa latihan ini dijalankan.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-2: Pemakaian Survival Suit & Emergency Breathing 8
System

Peringkat Kedua : Helicopter Escape
Terdapat dua jenis kemalangan dan kecemasan helicopter iaitu :

 Terhempas
 Emergency landing (darat dan juga laut)
Semasa kecemasan helicopter berlaku, personel hendaklah
sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa bersedia dengan sebarang
kemungkinan hazard yang akan berlaku. Antaranya :
 Panik
 Lemas

WIM/A17/22013/P2(12017)

 Cedera
 Cold Shock
 Terputus hubungan
 Kebakaran
 Cuaca Buruk
 Tumpahan minyak

Rajah 1-3 menunjukkan latihan HUET ini dijalankan, dimana
personel berada di dalam helicopter dan helicopter tersebut di
masukkan ke dalam air. Personel akan bertindak melepaskan diri
daripada helicopter tersebut.

Rajah 1-3: HUET (Helicopter Underwater Evacuation
Training)

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 9

iii. Sea Survival & First Aid
Sea Survival & First Aid adalah modul ketiga . Ini termasuk

cara untuk mengetahui waktu yang tepat untuk meninggalkan
pelantar dan bagaimana untuk bertahan di lautan untuk jangka
masa yang panjang sehingga pengendali penyelamat tiba di
tempat kejadian. Di antara situasi kecemasan yang biasa berlaku
di pelantar ialah:

 Letupan
 Tenggelam
 Kebakaran
 Cuaca teruk
 Perlanggaran
 Kerosakan pada struktur binaan
 Kebocoran gas Hidrogen Sulfide (H2S)
Rajah 1-4 menunjukkan bagaimana kaedah Sea Survival
dijalankan dengan membuat bulatan sesama personel dan
mengapungkan diri sementara menunggu pasukan penyelamat
datang.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-4: Sea Survival Method 10

WIM/A17/22013/P2(12017)

Di dalam modul ini,terdapat dua elemen iaitu:

 Evacuation (Pemindahan)

 Emergency First Aid
Objektifnya modul ini ialah untuk memberi gambaran keseluruhan
tindakan yang akan diambil pada keadaan SEBELUM, SEMASA, dan
SELEPAS pemindahan atau menyelamatkan diri dari tempat
kejadian/pelantar. Setiap kejadian kecemasan yang berlaku di kapal atau
pelantar akan di terjemahkan melalui beberapa jenis bunyi penggera
seperti:

 GPA (General Platform Alarm)
 APA (Abandon platform alarm)
 PAPA (Prepare to abandon platform alarm)
 Gas Alarm
 Fire Alarm
 Man Overboard Alarm

Rajah 1-5 menunjukkan jenis-jenis penggera yang terdapat di lokasi loji
minyak dan gas.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-5 : Jenis-jenis penggera 11

WIM/A17/22013/P2(12017)

Di dalam modul ini terdapat juga element First Aid (Pertolongan Cemas)
seperti CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). CPR adalah teknik
menyelamatkan nyawa yang berguna dalam banyak keadaan darurat, seperti
serangan jantung atau hampir lemas, di mana pernafasan atau degupan jantung
seseorang telah berhenti.

Ia adalah prosedur kecemasan yang menggabungkan pemampatan dada
dengan ventilasi buatan dalam usaha untuk mengekalkan fungsi otak yang utuh
secara manual sehingga langkah langkah selanjutnya diambil untuk memulihkan
peredaran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang.

Rajah 1-6 menunjukkan langkah-langkah CPR dijalankan, dengan
singkatan C-A-B iaitu Compressions, Airway dan Breathing.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-6: Langkah-langkah CPR 12

WIM/A17/22013/P2(12017)

iv. Fire Fighting & Self Rescue
Seterusnya adalah Pemadaman Kebakaran dan

Penyelamatan Diri. Dalam sesi ini, personel akan memperoleh
tahap pemahaman asas,punca kebakaran di dalam kapal, kaedah
pengesanan,pencegahan, agen pemadam dan tindakan apa yang
perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Di dalam modul
ini,para personel akan dapat menguasai beberapa perkara iaitu:
 Penggunaan alat pemadam api mudah alih
 Teknik penyelamatan diri yang tepat menggunakan

penutup asap di persekitaran yang tidak dapat dilihat
 Teknik melarikan diri kumpulan kecil yang sesuai

menggunakan penutup asap di persekitaran yang dipenuhi
asap.

Rajah 1-7 menunjukkan kaedah memadamkan kebakaran,
bermula dengan taklimat keselamatan termasuk cara-cara
memadam kebakaran.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-7: Latihan Memadam Kebakaran 13

WIM/A17/22013/P2(12017)

b. Perakuan permit kerja (Work Permit Certificate)
Permit kerja merupakan satu perakuan atau permit membenarkan

seseorang individu atau kumpulan untuk layak bekerja ataupun memasuki
sesebuah tempat pembinaan. Permit kerja diperlukan untuk semua aktiviti
kerja lama atau jangka pendek yang dijalankan pada setiap kawasan
pembinaan. Kerja yang dibenarkan oleh permit hendaklah dilaksanakan
secara profesional bagi mendapatkan kepuasan sesebuah syarikat.
Syarikat mungkin berhak untuk meminta permit kerja yang berlainan bagi
setiap jenis kerja-kerja yang ingin dilakukan setiap kali kawasan binaan itu
dimasuki oleh seseorang individu atau kumpulan.

c. Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up)

Medical Check Up adalah suatu prosedur pemeriksaan kesihatan
yang dilakukan secara menyeluruh. Seseorang yang melakukan
pemeriksaan kesihatan ini akan menjalani berbagai tahap pemeriksaan.
Bermula dengan temubual doktor, pemeriksaan sejarah kesihatan,
hingga pemeriksaan organ bahagian dalam dan luar tubuh.

Tujuan pemeriksaan kesihatan adalah untuk mengenalpasti tahap
kesihatan seseorang samada orang tersebut mungkin lebih berisiko tinggi
terhadap penyakit pekerjaan, kecederaan atau sebarang sakit berisiko.
Dengan tidak mengambil pemohon yang berisiko kesihatan lebih tinggi, ia
mungkin dapat mencegah sebarang penyakit atau kecederaan.
Kemungkinan besar dengan pemeriksaan kesihatan ini bagaimanapun
mengakibatkan pemohon tidak akan mendapat pekerjaan.

Bagi pekerja offshore pula, pemeriksaan kesihatan adalah perkara
wajib yang mereka perlu lakukan sebelum menghadiri kursus Bosiet.
Ianya lebih dikenali sebagai Offshore Medical atau nama lain Fitness To
Work (FTW). Persatuan operasi minyak dan gas global menetapkan
bahawa ada pekerjaan dan posisi tertentu yang memerlukan penilaian
Fitness to Work (FTW) untuk mengurangkan kecederaan atau penyakit,
mengurangkan risiko terhadap perniagaan, risiko kepada masyarakat,
dan menghindari kerosakan pada reputasi syarikat.

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 14

FTW adalah elemen penting dalam menguruskan risiko di tempat
kerja kerana mana-mana individu yang tidak dapat menyelesaikan tugas
tertentu meletakkan diri mereka dan orang lain dalam risiko. Ini diakui
oleh majikan, yang berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa
pekerja mereka kompeten secara fizikal dan mental untuk mengerjakan
tugasan yang diberikan. Penilaian FTW (melainkan dilakukan secara
khusus untuk kumpulan risiko yang ditentukan) tidak dibenarkan di
beberapa negara, namun di wilayah lain, penilaian FTW penuh adalah
wajib.

Terdapat banyak panduan individu mengenai kriteria perubatan
dan pelbagai komponen penilaian FTW, dan pada umumnya, kandungan
penilaian FTW tidak menimbulkan cabaran kepada industri, namun
masalah yang lebih besar yang masih belum ditangani adalah
menentukan ketika penilaian ini harus dilakukan, populasi calon untuk
penilaian, kekerapan penilaian, dan sama ada majikan mempunyai
keperluan atau mandat undang-undang untuk melaksanakan penilaian.

d. Taklimat Keselamatan (Safety Brief Certificate)
Taklimat keselamatan adalah ceramah ringkas yang memperincikan

kemungkinan bahaya kesihatan dan keselamatan yang akan dihadapi
oleh pekerja dan harus dihadiri oleh semua orang yang akan bekerja di
tapak pembinaan tertentu (termasuk sub-kontraktor dan anggota utama
kontraktor bekalan).

Majikan mesti memastikan bahawa pekerja menyedari sepenuhnya
risiko dan bahaya yang mereka hadapi di persekitaran kerja. Kesedaran
ini disebarkan melalui kaedah seperti taklimat berkala, serta pengawasan
dan pemantauan umum.

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 15

Rajah 1.8 : Taklimat ringkas sebelum memulakan lawatan tapak

Tujuan utama taklimat pekerjaan keselamatan adalah untuk
mengenal pasti, menilai dan mengawal situasi berbahaya. Walaupun
banyak pekerja menganggap perbincangan ini sebagai membosankan
dan / atau membuang masa, taklimat keselamatan berpotensi menjadi
bahagian yang paling interaktif, berguna, dan menarik pada hari kerja jika
dirancang dengan baik dan dilaksanakan dengan sempurna. Taklimat
seperti itu biasanya disampaikan oleh penyelia tapak dan akan diadakan
secara berkala (selalunya setiap hari) di tapak binaan, sebelum
permulaan kerja-kerja tapak dilakukan dan ianya cukup singkat
(maksimum 30 minit) untuk memastikan bahawa peserta dapat
memberikan sepenuh perhatian kepada taklimat. Rajah 1-9 di bawah
menunjukkan tanda arahan yang terdapat di kawasan tapak
kerja/pembinaan.

A17-43-23/C02/P(1/6) Rajah 1-9: Contoh tanda arahan yang terdapat di tapak kerja 16

WIM/A17/22013/P2(12017)

LATIHAN
1. Senaraikan modul-modul yang terdapat di dalam latihan Basic Offshore
Safety Induction and Emergency Training (BOSIET) certificate.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Cardiopulmonary Resuscitation
(CPR)?.Terangkan langkah mudah CPR.
3. Apakah yang dikatakan Medical Check-Up? Nyatakan tujukan Medical Check-Up
perlu dilaksanakan.
4. Terangkan peringkat latihan yang perlu dilaksanakan di dalam latihan HUET?
5. Apakah yang dimaksudkan taklimat ringkas?

RUJUKAN :
1. Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8 2
2. Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design” , Elsevier
Inc , ISBN: 978-0-12-384700-3 3
3. Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide” ,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4
4. www.dosh.gov.my, Construction Safety, 25 April 2021, 9.00 AM

A17-43-23/C02/P(1/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 17

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(2/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 18

LA1 CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

1.1.2. Peraturan Dan Undang-Undang Badan Berkuasa
Di Malaysia terdapat satu badan yang yang diberi nama Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).JKKP ialah
sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

a. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
(JKKP).
JKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain
daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
 Pengilangan
 Perlombongan dan Pengkuarian
 Pembinaan
 Hotel dan Restoran
 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
 Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
 Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
 Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
 Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
 Perniagaan Borong dan Runcit

i. Fungsi JKKP
 Menjalankan kajian, penyelidikan, pembangunan dan
A17-43-23/C02/P(3/6)
analisis teknikal ke atas isu-isu keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang wujud di tempat-tempat kerja.

 Menguatkuasakan undang-undang berikut:

WIM/A17/22013/P2(12017) 19

Jadual 1-1: Akta berkaitan JKKP

Bil Akta

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

2. Akta Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan-peraturan yang
dibuat di bawahnya.

3. Sebahagian daripada Akta Petroleum (Langkah-langkah
Keselamatan) 1984 dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya

ii.  Menjalankan kajian dan analisis teknikal ke atas 20

A17-43-23/C02/P(3/6) isu-isu keselamatan pekerjaan yang wujud di tempat
tempat kerja.

 Menjalankan program-program galakan dan publisiti
kepada majikan, pekerja dan orang awam untuk memupuk
dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 Memberi khidmat nasihat dan maklumat kepada agensi-
agensi kerajaan dan swasta berkaitan aspek-aspek
pengurusan dan teknikal yang ada hubungkait dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 Menjadi urusetia untuk Majlis Negara Bagi Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan

Dasar JKKP

Dasar Kualiti,Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah
menjadi untuk secara berterusan mempertingkatkan kualiti produk,
perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan kesihatan
kakitangan disamping mereka yang berkaitan.

Tanggungjawab jabatan ini ialah untuk:

WIM/A17/22013/P2(12017)

A17-43-23/C02/P(3/6)  Menyediakan dan menyelenggara suatu 21

tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta
sihat dari sebarang hazad dan risiko;

 Mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi
maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara
untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko
kepada kesihatan;

 Menyiasat semua ketidakakuran produk dan
perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan, keracunan
pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil
langkah-langkah untuk mempastikan ianya tersebut tidak
berulang lagi;

 Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan,
perundangan dan lain-lain keperluan seperti ditetapkan di
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang
diluluskan;dan

 Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti,
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prosedur kerja,
peraturan-peraturan dan garispanduan-garispanduan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan
pekerjanya di seluruh negara.

Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem
Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan di Jabatan
ini

iii. Dasar Latihan

Adalah menjadi matlamat Jabatan untuk membangunkan
tenaga kerja yang cekap, terlatih, berintegriti dan
profesional malalui pengurusan latihan yang sistematik dan
terancang selaras dengan misi dan objektif Jabatan bagi
mencapai tujuan berikut :

WIM/A17/22013/P2(12017)

 Menyediakan tenaga kerja yang berkelayakan,
berpengetahuan, berkebolehan dan berintegriti;

 Meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kepakaran;

 Mencapai hasil kerja yang produktif dan bermutu
tinggi;

 Meningkatkan pembangunan kerjaya .

b. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan
melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan
kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan
yang berkualiti.

i. Kad Hijau CIDB

Bagi mereka yang biasa ke tapak binaan tentulah tahu apa
itu kad hijau CIDB ini. Selain dari memberikan sedikit latar
belakang kepada pekerja binaan tersebut, kad ini juga
mengesahkan bahawa pekerja telah menjalani induksi atau latihan
yang disyaratkan oleh CIDB bagi semua pekerja binaan. Kad hijau
juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia tidak boleh dipindah
milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak
berkenaan selain yang dinamakan dalam kad. Selain itu, setiap
individu sama ada pekerja, kontraktor mahupun pelawat yang
ingin memasuki sesuatu kawasan pembinaan ataupun mahu
melakukan lawatan tapak di wajibkan mempunyai kad hijau ini.

Rajah di bawah menunjukkan contoh kad hijau yang biasa
digunakan.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 22

ii. Rajah 1-10 : Contoh Kad Hijau CIDB 23

A17-43-23/C02/P(3/6) Fungsi CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan telah
ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan 1994 (Akta 520) untuk mengawal selia, membangun
dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai
daya saing global. Lembaga Pengarah menasihatkan Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak lain yang
berkepentingan mengenai perkara yang berkaitan dengan industri
pembinaan.

Fungsi-fungsi ini adalah seperti berikut:

 Memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan
dan pengembangan industri pembinaan

 Menasihati dan membuat pengesyoran kepada Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang
menyentuh atau berkaitan dengan perindustrian
pembinaan.

 Memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan
mengenai apa-apa perkara yang perhubungan dengan
industri pembinaan.

 Memajukan, merangsang dan membantu dalam
pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri
pembinaan.

 Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat
berkenaan dengan industri pembinaan.

WIM/A17/22013/P2(12017)

 Memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam
industri pembinaan.

 Mengawal selia pematuhan bagi mutu kerja binaan dan
bahan binaan.

 Mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan

menyelenggarakan maklumat yang berhubungan dengan

industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem

maklumat industri pembinaan.

 Mengadakan, memajukan dan mengkaji semula dan
menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan.

 Mendaftar dan mengakrediatasi kontraktor, mengenakan
apa-apa syarat pendaftaran, mengenakan apa-apa syarat
pendaftaran dan akreditasi dan membatalkan,
menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran
dan akreditasi kontraktor itu.

 Mendaftar dan mengakreditasi serta memperakukan
personel binaan dan membatalkan, menggantung atau
mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi
personel binaan itu.

 Mengawal setia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang
berkualiti dan selamat.

 Mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri
dalam industri pembinaan.

 Menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat
berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan
atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh
keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai
untuk menanganinya.

c. National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH)
NIOSH sebenarnya lebih dikenali kepada kebanyakkan pusat

latihan. Ia bukanlah satu badan yang menguatkuasakan undang-undang

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 24

seperti JKKP. NIOSH berfungsi untuk memberi latihan dan khidmat
perundingan, menyebarkan maklumat dan menjalankan penyelidikan
dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA).

i. Objektif NIOSH

 Untuk menyumbang ke arah usaha meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui
pembangunan kurikulum dan program latihan untuk
pekerja, majikan dan mereka yang bertanggungjawab sama
ada secara langsung atau tidak langsung untuk
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 Untuk membantu sektor industri, perdagangan dan sektor
lain dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 Untuk membantu mereka yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan maklumat
terkini dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di negara dan di luar negara.

 Untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek dan jangka
panjang dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan
bidang berkaitan kesihatan yang akan membawa faedah
dan manfaat kepada negara.

 Untuk menyebar maklumat berdasarkan penyelidikan dan
juga menjadi pusat rujukan di dalam bidang keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.

ii. Oil & Gas Safety Passport (OGSP)

Oil and Gas Safety Passport (OGSP) adalah program
latihan yang dirancang khas untuk mereka yang bekerja di
kawasan kerja industri minyak dan gas. Ia dianjurkan sepenuhnya
oleh NIOSH.

OGSP mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan nama
NPSP (NIOSH Petronas Safety Passport). Ia kemudiannya diikuti
dengan NSSP (Shell), NESP (Exxon) dan NTSP (Titan).Pada
tahun 2009, NIOSH bersama empat syarikat besar minyak dan

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 25

gas iaitu Petronas, Shell, Exxon dan Titan Chemical kemudiannya
telah bergabung bersama menganjurkan OGSP. Terdapat juga
syarikat minyak dan gas lain yang mengguna pakai program
OGSP.

OGSP memberikan latihan dan penilaian untuk
memastikan bahawa mereka yang bekerja di kawasan minyak dan
gas memperoleh pengetahuan keselamatan dan kesihatan yang
diperlukan. Ia juga bertujuan memenuhi syarat perundangan dan
kriteria syarikat. OGSP merangkumi Latihan Induksi Untuk
Kontraktor, Permit untuk Bekerja (PTW), Ruang Terkurung dan
Analisis Kerja Selamat (JSA). Di bawah program ini, setiap
personel yang memasuki kawasan kerja minyak dan gas
dikehendaki untuk mendapatkan kad OGSP melalui kursus sehari
yang dikendalikan oleh Institut Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan Negara (NIOSH). Rajah 1-11 menunjukkan contoh kad
OGSP yang dikeluarkan oleh pihak NIOSH.

A17-43-23/C02/P(3/6) Rajah 1-11 : Contoh kad OGSP 26

WIM/A17/22013/P2(12017)

1.1.3. PERMIT TO WORK (PTW)
Di dalam industri petroleum, kimia dan seangkatannya

melibatkan proses menyimpan dan memproses sejumlah besar
bahan berbahaya termasuk bahan mudah terbakar dan toksik, gas
dan cecair sehingga potensi untuk berlakunya kejadian serius
amat tinggi. Untuk mencegah kejadian tidak diingin berlaku,
adalah sangat penting untuk mewujudkan pengurusan hazard
yang berkesan, termasuk penggunaan sistem kerja yang selamat.

PTW merujuk kepada sistem pengurusan yang digunakan

untuk memastikan kerja disempurnakan dengan selamat dan

berkesan. Ia digunakan di dalam industri berisiko dan

melibatkan prosedur yang diperlukan, dikaji, memberi kuasa,

dokumen-dokumen diperlukan yang disediakan oleh pekerja

barisan hadapan. Oleh sebab itu, PTW adalah dokumen yang

amat penting untuk menjadikan sistem kerja yang selamat dan

sekaligus dapat membantu menguruskan pelbagai jenis kegiatan

dan kerja dengan lebih sistematik.

Sistem PTW adalah sistem formal bermula dari
mengenalpasti tugas/kerja yang akan disempurnakan, lokasi kerja
dan masa. Terdapat seseorang yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan kerja dan pemeriksaan keselamatan pada setiap
peringkat. Orang yang melaksanakan kerja dan telah
menandatangani permit (PTW) menunjukkan bahawa mereka
memahami risiko dan lagkah-langkah berjaga-jaga yang
diperlukan di tempat kerja tersebut. PTW bermaksud adalah
komunikasi diantara pihak pengurusan tapak/loji, penyelia loji dan
operator, dan sesiapa yang melaksanakan kerja. Sebagai contoh
ialah kerja berisiko tinggi, dimana permit bertulis untuk prosedur
kerja yang mungkin diperlukan termasuk kerja berisiko seperti
welding, pemotongan paip yang membawa bahan berbahaya, kerja
yang melibatkan elektrikal dan mekanikal. PTW bukan menggantikan
penilaian risiko yang sebenar tetapi ia membantu memberi panduan
bagi penyelesaian risiko.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 27

Dalam erti lain,ia adalah dokumen bertulis yang
menjelaskan jenis tugas, lokasi tugas, jenis peralatan, masa yang
diperlukan, tenaga manusia yang terlibat, keperluan Personal
Protective Equipment (PPE), sebarang bahaya yang harus
dihadapi dan langkah keselamatan yang harus diambil.Semua ini
di catit dan di ambil maklum di dalam dokumen. Perlu diingat,
PTW adalah dokumen undang-undang tertulis yang menentukan
sistem kerja yang selamat, jadi ini adalah dokumen undang
undang yang sah. Apabila anda menandatanganinya, anda boleh
dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kemalangan atau
kecederaan sekiranya tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.

a. Tujuan dokumen Permit To Work(PTW)
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, PTW merupakan dokumen
penting dan ia mempunyai tujuan seperti berikut:
a. Semua aktiviti kerja, risiko bahaya dan langkah berjaga-jaga
ditentukan sebelum pelaksanaan kerja,
b. Perancangan dan pertimbangan yang betul,
c. Komunikasi antara pengurusan pemasangan, penyelia dan
pengendali dan mereka yang menjalankan kerja
d. Pemantauan dan pengauditan untuk memastikan sistem kerja
yang selamat.

b. Keperluan dan Kesesuaian PTW

Jadual 1.2 : Kesesuaian penggunaan PTW

PTW Diperlukan PTW Tidak Diperlukan

 PTW sesuai dengan aktiviti  Kerja yang dijalankan oleh

bukan rutin yang mungkin Bahagian Operasi sebagai

memerlukan beberapa sebahagian daripada rutin

bentuk analisis keselamatan operasi / pekerjaan yang

pekerjaan sebelum kerja dipatuhi oleh Prosedur

dimulakan, Operasi (OP).

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 28

 PTW diperlukan untuk kerja-

kerja penyelenggaraan yang Contoh:

dilakukan oleh plant  Penerimaan Produk

operator,  Operasi Pengisian Bahan

 Apabila dua atau lebih Bakar

kumpulan orang (bidang
 Pemeriksaan kualiti

kerja yang berbeza) perlu

menyelaraskan aktiviti  Pengurusan Efluen

mereka untuk memastikan

kerja mereka diselesaikan

dengan selamat

c. Jenis-jenis Permit To Work(PTW)
Biasanya terdapat beberapa jenis Permit To Work(PTW), setiap jenis

menentukan pekerjaan atau aktiviti kerja tertentu. Permit To Work(PTW)
secara tradisional digunakan untuk penyelenggaraan bukan rutin. Antara
jenis-jenis Permit To Work(PTW) ialah :

i. Hot Work Permit
ii. Cold Work Permit
iii. Electrical Permit
iv. Work at Height Permit
v. Excavation Work Permit
vi. Hazardous Energy Permit
vii. Confined Space Work Permit

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 29

i. HOT WORK PERMIT
Permit kerja panas diperlukan untuk kerja yang melibatkan
penggunaan api atau sumber pencucuhan lain.
Berikut adalah jenis-jenis kerja Hot Work Permit:

Jadual 1-3: Jenis-jenis kerja Hot Work

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 30

Permit kerja panas, biasanya berwarna merah atau bertemplate
merah, lebih umum digunakan pada jenis kerja yang merangkumi
sumber pencucuhan yang sebenarnya atau yang berpotensi dan
yang dilakukan di kawasan di mana mungkin terdapat risiko
kebakaran atau letupan, atau yang merangkumi pelepasan asap
toksik dari penggunaan haba.

Rajah 1-12: Contoh aktiviti menggunakan Hot Work Permit

ii. COLD WORK PERMIT

A17-43-23/C02/P(3/6) Permit kerja sejuk bermaksud sebarang kerja yang tidak
menyebabkan panas / kenaikan suhu, api, kilat, percikan api dan
seumpamanya.
Antara contohnya :
 Kerja Bata
 Masonry
 Susunan bahan

WIM/A17/22013/P2(12017) 31

 Pengemasan
 Pertukangan
 Pemasangan
Permit kerja sejuk, biasanya berwarna biru atau bertemplate biru,
biasanya digunakan untuk menutupi pelbagai aktiviti yang
berpotensi berbahaya yang bukan jenis yang dilindungi oleh PTW
kerja panas.

iii. ELECTRICAL PERMIT

Permit elektrik diperlukan untuk kerja sistem elektrik di mana
terdapat kemungkinan menyentuh konduktor elektrik. Berikut
adalah beberapa contoh berkaitan Elektrical Permit:

 Kerja yang melibatkan pemasangan atau pembaikan
konduktor elektrik,

 Penyambungan atau pemutusan motor elektrik,
 Menyentuh panel, pengubah atau penutup elektrik lain

yang mungkin mempunyai litar bertenaga, kapasitor,
pendawaian, dan lain-lain.
 Mengendalikan instrumen, panel instrumen, atau peralatan
telekomunikasi,
 Di mana penggantian bahagian litar berlaku di luar
keadaan operasi biasa.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 32

iv. PERMIT LAIN
Jadual 1-4: Contoh lain-lain PTW

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 33

d. Peranan dan tanggungjawab
Setiap jawatan di dalam proses permohonan PTW memainkan

peranan penting bagi menjaga keselamatan serta mengelakkan sebarang
kemalangan dari berlaku. Setiap individu tersebut mempunyai
pengalaman serta kelayakan bagi mengisi jawatan tersebut. Rajah 1-14
menunjukkan individu yang terlibat dalam proses PTW.

Rajah 1-13: Individu yang terlibat dalam proses PTW

Rajah 1-14: Peranan individu yang terlibat dalam proses PTW

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 34

Jadual 1-5: Peranan dan tanggungjawab

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 35

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 36

e. Plant Isolation & Lock Out Tag Out (LOTO)
Lockout tagout (LOTO) adalah prosedur keselamatan yang

memastikan mesin dan sumber tenaga berbahaya dimatikan dengan betul
dan tidak dimulakan secara tidak dijangka semasa kerja-kerja
penyelenggaraan atau servis selesai. Mengaktifkan peralatan atau
sumber kuasa sebelum tugas-tugas ini selesai menjadikan orang yang
menjaga atau menyelenggara berada dalam risiko berbahaya. Prosedur
LOTO juga menghendaki setiap pekerja mengisi tanda yang digantung
dari kunci mereka, termasuk nama mereka dan keterangan mengenai
pekerjaan yang mereka lakukan. Apabila banyak kawasan diusahakan
secara serentak, pekerja mesti menggunakan seberapa banyak kunci
yang diperlukan untuk mendapatkan kuasa dari sistem. . Sumber tenaga
yang harus dikunci semasa penyelenggaraan adalah:

 Elektrik

 Hidraulik

 Mekanikal

 Pneumatik

 Termal

 Sumber tenaga lain
Tanpa penggunaan prosedur keselamatan LOTO yang betul,

peralatan yang diservis secara tiba-tiba dapat menghidupkan atau
melepaskan bentuk tenaga ini. Ini boleh mengakibatkan kecederaan dan
bahkan kematian orang yang bekerja di mesin dan bahkan orang lain
yang bekerja di kawasan itu.Prosedur lockout / tagout harus merangkumi
enam langkah berikut:
i. Penyediaan

Pekerja yang diberi kuasa (orang yang menjalankan perkhidmatan
/ penyelenggaraan) mesti menyiasat dan memahami sepenuhnya
semua jenis tenaga berbahaya yang mesti dikawal pada mesin
atau peralatan. Penting bagi mereka mengenal pasti bahaya
tertentu dan mengetahui cara mengawal tenaga

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 37

ii. Penutupan/Shutdown

Matikan mesin atau peralatan. Maklumkan kepada pekerja yang
akan terjejas oleh penutupan peralatan.
iii. Pengasingan

Pastikan semua sumber tenaga telah diasingkan. Matikan kuasa,
tutup injap dan blok bahagian yang bergerak
iv. Pengunci / penandaan (LOTO)

Pekerja yang diberi kuasa akan memasang kunci dan tanda pada
semua peranti pengasingan tenaga sehingga berada dalam
posisi mati atau tertutup dan tidak dapat dipindahkan atau
dihidupkan ke posisi yang tidak selamat. Menambah tag ke
peranti kunci dengan nama dan maklumat hubungan orang yang
diberi kuasa akan memberi maklumat lebih lanjut kepada pekerja
yang terjejas sekiranya mereka mempunyai pertanyaan tentang
mengapa peralatan dikunci.
v. Pemeriksaan tenaga tersimpan

Walaupun sumber tenaga telah terputus dan mesin terkunci, ia
tidak sepenuhnya menjamin tidak ada tenaga berbahaya yang
masih tersimpan di dalam mesin atau selamat untuk melakukan
penyelenggaraan. Penting untuk memeriksa semula dan mencari
tenaga yang telah "disimpan" atau tenaga "sisa".
vi. Pengesahan pengasingan

Langkah terakhir ini adalah mengenai memastikan. Anda telah
mematikan mesin, mengasingkannya dari sumber kuasa,
mengunci semua komponen permulaan yang tidak dijangka,
memeriksa tenaga tersimpan atau sisa, telah memberi jaminan
kepada diri sendiri bahawa anda telah mengikuti semua prosedur
dengan betul dan yakin mesin / peralatan kini selamat untuk
diusahakan

Setelah kerja-kerja servis atau penyelenggaraan selesai, anda
mesti memulihkan dan menghidupkan semula peralatan.
Pastikan semua alat, bahagian, dan serpihan telah dikeluarkan
dari kawasan tersebut. Periksa semula untuk memastikan semua

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 38

komponen peralatan dipasang semula. Ganti mana-mana ciri
keselamatan, pelindung mesin, dan tutup semua panel akses.
Keluarkan semua kunci dan tanda dan maklumkan kepada
semua pekerja yang terlibat bahawa kerja sudah selesai, dan
anda akan menghidupkan semula mesin. Minta semua pekerja
berdiri kembali di kawasan yang selamat dan mulakan peralatan
untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Rajah 1-13
menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan LOTO.

A17-43-23/C02/P(3/6) Rajah 1-15: Langkah-langkah LOTO 39

WIM/A17/22013/P2(12017)

1.1.4. TYPES OF SITE VISIT TOOLS
Lawatan tapak adalah satu perkara yang penting sebelum kerja-
kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Oleh itu, persediaan dan
penyediaan peralatan sebelum membuat lawatan tapak adalah
penting. Antaranya seperti :

a. Alat pengukuran
b. Lukisan rujukan sedia ada :

 General arrangement drawing (GA)
 Lukisan isometrik
c. Peralatan Pelindung Diri (PPE)

a. Alat Pengukuran
Alat pengukur telah digunakan selama berabad-

abad, kerana alat ini penting untuk memahami jarak dan
memungkinkan kita untuk membina sesuatu seperti
pembinaan bangunan, penghasilan produk da sebagainya.
Kini terdapat banyak jenis alat pengukur yang digunakan,
yang dapat mengukur apa saja dari sudut,suhu hingga ke
masa.Jenis alat yang anda perlukan bergantung pada apa
sebenarnya yang ingin anda ukur, dan bagaimana anda
mahu melakukannya. Dalam beberapa keadaan, mungkin
ada beberapa alat yang sesuai untuk sesuatu pekerjaan.

A17-43-23/C02/P(3/6) i. Pita Pengukur 40
Pita ukur adalah alat pengukuran mudah alih yang

digunakan untuk mengukur ukuran objek atau jarak
antara objek. Beberapa ukuran pita ditanda
menggunakan ukuran dalam millimeter(mm),
sentimeter(cm), dan meter(m) di barisan tepi pita
pengukur tersebut. Pita pengukur juga adalah alat
fleksibel yang digunakan untuk mengukur panjang dan
jarak yang penting untuk banyak industri dan aplikasi.
Dari pembuatan pakaian hingga pertukangan dan
pembinaan, tidak diragukan lagi pita pengukur adalah

WIM/A17/22013/P2(12017)

alat yang sangat popular yang tersedia dalam berbagai
jenis dan ukuran untuk memenuhi setiap keperluan dan
pekerjaan.Jadual 1-5 menunjukkan jenis-jenis pita
pengukur yang biasa digunakan.

Jadual 1-6: Jenis-jenis pita pengukur

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 41

ii. Pembaris Keluli

Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat
atau keluli alat. Skalanya ialah dalam unit inci dan metrik.
Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam berbagai-bagai
ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter,
bagaimana jenis yang lazim digunakan berukuran 150 mm
hingga 300 mm. Pembaris keluli metrik disenggatkan
kepada setengah dan satu milimeter, sementara pembaris
keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan dan
perpuluhan.

Kegunaan Pembaris Keluli :

 Mengukur jarak lelurus

 Menguji keratan permukaan bendakerja : Pembaris
keluli mempunyai tepi yang rata, oleh itu ia boleh
digunakan untuk menguji kerataan permukaan benda
kerja.

 Membuat garisan lurus : Pembaris keluli digunakan
bersama sama dengan penggarit untuk membuat
garisan lurus.

A17-43-23/C02/P(3/6) Rajah 1-16: Jenis-jenis pembaris keluli 42

WIM/A17/22013/P2(12017)

iii. Angkup Vernier
Angkup vernier merupkan satu alat pengukur atau sukatan
yang terpenting dan berguna bagi menyukat garis pusat
luar dan dalam pada setiap kerja atau benda kerja serta
dapat mengukur kedalaman sesuatu lubang.Angkup
vernier lebih banyak digunakan di dalam bengkel-bengkel
pembuatan berbanding dari kerja luar tapak bina.

Rajah 1-17: Bahagian Angkup Vernier
Jadual 1-7: Fungsi Angkup Vernier

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 43

iv. Mikrometer
Mikrometer adalah alat pengukur linear selain dari Vernier
Caliper yang digunakan di bengkel mesin. Ia digunakan
untuk mengukur panjang, diameter dan tebal sesuatu
benda kerja. Pengukuran menggunakan alat ini adalah
lebih jitu jika berbanding vernier caliper. Mikrometer
digunakan untuk mengukur benda yang kecil (kurang
daripada 25mm). Pengukuran menggunakan mikrometer
adalah jitu; boleh mencapai sehingga 0.01mm.Terdapat
dua skala pada mikrometer iaitu skala utama dan skala
bidal.

Rajah 1-18: Bahagian Mikrometer
Jadual 1-8: Fungsi Bahagian Mikrometer

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 44

b. Lukisan Rujukan
Semasa hendak melakukan lawatan tapak,beberapa lukisan harus

disediakan sebelum lawatan tapak itu dibuat. Tujuan utama lukisan
pembinaan adalah untuk memberikan gambaran grafik mengenai apa
yang hendak dibina ataupun yang sedang di bina.Di antara lukisan yang
boleh di bawa untuk di jadikan rujukan adalah seperti General
Arrangement (GA) Drawing dan juga Lukisan Isometrik.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 45

i. General Arrangement (GA) Drawing

Lukisan susunan umum (GA Drawing) menunjukkan
komposisi keseluruhan objek seperti bangunan dan rekaan
mekanikal. Lukisan susunan umum sangat penting untuk melihat
keseluruhan konfigurasi unit mekanikal (contohnya bangunan,
gelincir, loji, dan lain-lain). Ia juga memaparkan gambaran
keseluruhan elemen struktur utama dari sekeping peralatan,
struktur, atau pemasangan. Bergantung pada kerumitan objek, GA
Drawing mungkin memerlukan sejumlah unjuran yang berbeza,
seperti bahagian, rencana dan ketinggian. Mereka juga boleh
dibahagikan ke beberapa gambar yang berbeza.

Lukisan susunan umum menyediakan kemudahan dan pilihan
binaan yang tidak siap dibina tetapi berfungsi sebagai kerangka
untuk perbincangan lebih lanjut dengan pelanggan, jurutera,
perancang, dan pihak berkepentingan lain. Pandangan pelan dan
ketinggian biasanya disediakan, serta pandangan isometrik 3
dimensi. Semua lukisan menerima blok tajuk yang menunjukkan
maklumat penting seperti nombor projek, pelanggan, tarikh
pelepasan, pengganti, dan pemeriksa.

ii. Lukisan Isometrik

Lukisan isometrik adalah gambaran 3D objek, bilik, bangunan
atau reka bentuk pada permukaan 2D. Salah satu ciri penentu
lukisan isometrik, dibandingkan dengan jenis perwakilan 3D yang
lain, adalah bahawa gambar akhir tidak diputarbelitkan. Ini
disebabkan oleh fakta bahawa garis depan satah adalah sama. DI
dalam bidang minyak dan gas, lukisan isometrik perpaipan adalah
salah satu lukisan yang amat penting. Isometrik popular dalam
industri perpaipan kerana Isometrik dapat dilukis dan dibaca
dengan mudah dan menunjukkan perpaipan dalam pandangan
yang realistik.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 46

c. Personal Protective Equipment(PPE)
Alatan pelindung diri, biasanya disebut sebagai Personal

Protective Equipment (PPE), adalah peralatan yang dipakai untuk
meminimumkan pendedahan bahaya yang menyebabkan kecederaan
dan penyakit serius di tempat kerja. Kecederaan dan penyakit ini mungkin
disebabkan oleh hubungan dengan bahan kimia, radiologi, fizikal,
elektrikal, mekanikal, atau tempat kerja lain. Peralatan pelindung diri
mungkin termasuk barang-barang seperti sarung tangan, cermin mata
dan kasut keselamatan, penutup telinga, topi keras keselamatan, alat
pernafasan, atau penutup badan dan pakaian badan lengkap. Merujuk
kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
(Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya
Kepada Kesihatan) pula, kelengkapan pelindung diri (PPE) ditafsirkan
sebagai :

“apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau
dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang
melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada kesihatan
atau keselamatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direka
bentuk untuk memenuhi matlamat itu”

Tambahan lagi, kelengkapan pelindung diri merupakan langkah
terakhir yang diambil bagi mencegah kecederaan/kemalangan yang
disebabkan oleh hazard pekerjaan. Penggunaan PPE hanya untuk
digunakan apabila langkah langkah yang lain tidak sesuai atau tidak
boleh akan dilaksanakan. Selain itu, penggunaan PPE juga dipraktikkan
bagi melengkapkan atau menambah cara lain kawalan risiko dan
seterusnya mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun,
penggunaan PPE merupakan pendekatan yang perlu apabila langkah
kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan prosedur kerja tidak
dapat melindungi pekerja daripada hazard dan kecederaan yang mungkin
timbul daripada pekerjaan yang dijalankan.

Keperluan dalam menggunakan PPE turut disebut di dalam akta
bagi memastikan seseorang pekerja dilindungi daripada kecederaan yang
mungkin timbul akibat daripada kerja yang dijalankan. Merujuk Seksyen
24, Akta Kilang Dan Jentera, 1974 :

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 47

“Jika dalam mana-mana kilang orang terdedah kepada proses
yang basah atau berhabuk, kepada bunyi bising, kepada bahang
atau kepada apa-apa bahan beracun, mengakis atau peralatan
yang boleh memudaratkan lain yang boleh menyebabkan
kecederaan pada tubuh badan orang itu, Menteri boleh
menetapkan peruntukan dan penyelenggaraan bagi penggunaan
orang yang sesuai dan pakaian dan peralatan keselamatan
peribadi yang mencukupi termasuklah di mana perlu gogal,
sarung tangan, sarung balut kaki, topi, kasut dan salap atau losen
pelindung”.

Isu yang sering timbul semasa penggunaan PPE termasuklah
ketidakselesaan, peralatan sesuai dengan fisiologi badan pengguna
atau tidak diselenggara (kotor dan sebagainya). Kesesuaian PPE
adalah bergantung kepada fisiologi pengguna dan berbeza mengikut
individu. Sehubungan itu, pemilihan PPE adalah merupakan faktor
penting bagi memastikan keberkesanan dalam penggunaannya selain
faktor penyelenggaraan yang turut memainkan peranan penting dalam
memastikan penggunaan PPE.

i. Pelindung badan / Coverall
Pelindung badan merupakan kelengkapan yang digunakan

apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana
terdedah kepada hazard yang diterima adalah meliputi seluruh
tubuh seperti :

 Mengendalikan bahan kimia dalam makmal atau menangani
tumpahan bahan kimia.

 Mengendalikan bahan biologi dalam skala besar atau
menangani pelepasan bahan biologi.

Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju
makmal, coverall, apron berplumbum (lead apron) dan
sebagainya.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 48


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Hikayat Sidi Mara Bajak Laut dari Pantai Barat Sumatra
Next Book
test