The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazidah5418, 2022-05-23 20:39:59

NOTA AS-BUILT DWG

IS 1

ii. Pelindung Kepala
Pelindung kepala merupakan kelengkapan yang digunakan
apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana
bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi
menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara
contoh kawasan kerja yang memerlukan pelindung kepala
adalah seperti :

 Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala
pekerja di kawasan berkenaan seperti kawasan pembinaan.

 Seseorang pekerja berisiko terhantuk kepada kepada objek
pegun/ tetap seperti menjalankan kerja pembaikan di
bahagian bawah kereta dan sebagainya.

Contoh pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti
topi keselamatan dan sebagainya.

iii. Pelindung Kaki
Pelindung kaki merupakan kelengkapan yang digunakan
apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang
mempunyai risiko seperti berikut :

 Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko
terpijak/tertusuk benda tajam dan objek terjatuh mengenai
kaki.

 Bekerja di makmal di mana ianya mempunyai risiko
tumpahan bahan kimia dan sebagainya.

 Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko
tergelincir.

Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti
kasut keselamatan, pelindung kasut (shoes cover) dan
sebagainya.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 49

iv. Pelindung Pendengaran
Pelindung pendengaran merupakan kelengkapan yang
digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja
sama ada :

 Peralatan yang digunakan menghasilkan kebisingan yang
melebihi aras yang ditetapkan seperti mesin gerudi . Atau;

 Bekerja di kawasan yang mempunyai tahap kebisingan
yang tinggi seperti di bengkel dan sebagainya.

Contoh pelindung pendengaran yang biasa digunakan adalah
seperti palam telinga (ear plug), penutup telinga (ear muff) dan
sebagainya.

v. Pelindung Mata
Pelindung mata merupakan kelengkapan yang digunakan
apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang
melibatkan hazard berikut :

 Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata.
Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan
tahap cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada
mata.

 Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser
berkeamatan tinggi.

 Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan,
habuk dan sebagainya.

Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti
pelindung muka, cermin mata keselamatan dan sebagainya.

vi. Pelindung Pernafasan
Pelindung pernafasan merupakan kelengkapan yang
digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di
kawasan kerja yang berisiko seperti :

 Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti
ruang terkurung dan sebagainya.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 50

 Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti
hidrogen sulfida.

 Pendedahan kepada bahan biologi seperti bakteria, spora
dsbnya.

Contoh pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah
seperti topeng gas, alat bantuan pernafasan (respirator) dan
sebagainya.

vii. Pelindung Tangan
Pelindung tangan merupakan kelengkapan yang digunakan
apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang
melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti :

 Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas
dan cecair kriogenik.

 Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan
elektrik, dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya.

Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti
sarung tangan getah dan sebagainya.

viii. Pelindung Ketinggian
Pelindung ketinggian merupakan kelengkapan yang digunakan
apabila seorang pekerja menjalankan kerja di tempat tinggi
bagi mencegah dari terjatuh. Antara contoh kawasan kerja
yang memerlukan pelindung ketinggian adalah seperti :

 Bangunan yang tinggi seperti kawasan pembinaan.

 Kawasan dalam (lubang)

Contoh pelindung ketinggian yang biasa digunakan adalah
seperti safety harness, safety belt, tali dan sebagainya.

Rajah 1-19 menunjukkan kelengkapan Personal Protective Equipment(PPE)
yang terperinci.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 51

Rajah 1-19: Personal Protective Equipment(PPE)

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 52

LATIHAN
1. Terangkan tujuan PTW perlu diwujudkan sebelum lawatan tapak dijalankan.

2. Apakah yang dimaksudkan prosedur Lockout tagout (LOTO) .

3. Hot Permit Work merupakan salah satu kategori Permit To Work (PTW).Senaraikan
lima kerja yang tersenarai di dalam Hot Permit Work.

4. Nyatakan perbezaan di antara Micrometer dan Vernier Caliper?

5. Alat pelindung mata merupakan salah satu kategori yang terdapat dalam Personal
Protective Equipment (PPE).Huraikan maksud dan kegunaannya?

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 53

RUJUKAN :
1 Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8 2

2 Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design” , Elsevier
Inc , ISBN: 978-0-12-384700-3 3

3 Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide” ,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4

4 www.dosh.gov.my, Construction Safety, 25 April 2021, 9.00 AM

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 54

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 55

LA2 PERFORM SITE VISIT

2. Perform Site Visit
Aktiviti lawatan tapak adalah penting dan merupakan sebahagian

daripada semakan berbagai tujuan termasuk menentukan perancangan lawatan,
sesi temubual dan juga keputusan projek. Dengan adanya lawatan tapak ia dapat
mengesahkan sebarang permasalahan yang dikenalpasti semasa pelaksanaan
projek.

2.1. PERFORM SITE VISIT –AS-BUILT

2.1.1. Lukisan Rujukan Yang Diperlukan

Berikut adalah jenis-jenis lukisan yang perlu dan penting sebagai
rujukan adalah seperti berikut:

a. General Arrangement (GA) drawing

b. Isometric drawing

c. P&ID drawing

d. Pipe specification drawing

e. Plot plan drawing

f. Equipment layout drawing

a. General Arrangement (GA) Drawing

Lukisan susunan umum (GA Drawing) menunjukkan
komposisi keseluruhan objek seperti bangunan dan rekaan
mekanikal. Lukisan susunan umum sangat penting untuk melihat
keseluruhan konfigurasi unit mekanikal (contohnya bangunan,
gelincir, loji, dan lain-lain). Ia juga memaparkan gambaran
keseluruhan elemen struktur utama dari sekeping peralatan,
struktur, atau pemasangan. Bergantung pada kerumitan objek, GA
Drawing mungkin memerlukan sejumlah unjuran yang berbeza,
seperti bahagian, rencana dan ketinggian. Mereka juga boleh
dibahagikan ke beberapa gambar yang berbeza.

Lukisan susunan umum menyediakan kemudahan dan pilihan
binaan yang tidak siap dibina tetapi berfungsi sebagai kerangka

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 56

untuk perbincangan lebih lanjut dengan pelanggan, jurutera,
perancang, dan pihak berkepentingan lain. Pandangan pelan dan
ketinggian biasanya disediakan, serta pandangan isometrik 3
dimensi. Semua lukisan menerima blok tajuk yang menunjukkan
maklumat penting seperti nombor projek, pelanggan, tarikh
pelepasan, pengganti, dan pemeriksa.

b. Lukisan Isometrik

Lukisan isometrik adalah gambaran 3D objek, bilik, bangunan
atau reka bentuk pada permukaan 2D. Salah satu ciri penentu
lukisan isometrik, dibandingkan dengan jenis perwakilan 3D yang
lain, adalah bahawa gambar akhir tidak diputarbelitkan. Ini
disebabkan oleh fakta bahawa garis depan satah adalah sama. DI
dalam bidang minyak dan gas, lukisan isometrik perpaipan adalah
salah satu lukisan yang amat penting. Isometrik popular dalam
industri perpaipan kerana Isometrik dapat dilukis dan dibaca
dengan mudah dan menunjukkan perpaipan dalam pandangan
yang realistik.

c. Piping & Instrumentation Diagram (P&ID)
Piping & Instrumentation Diagram (P&ID) merupakan sebuah

diagram yang menjelaskan secara terperinci semua peralatan,
paip, instrument, serta control device yang diperlukan untuk
menggambarkan perjalanan sesuatu proses pada sebuah loji
penapisan. Berikut merupakan perkara yang biasanya terdapat
dalam lukisan P&ID iaitu:
 Instrumen dan fungsi
 Peralatan mekanikal dengan nama dan nombor
 Semua injap dan pengenalannya
 Proses paip, ukuran, dan pengenalan
 Garis permulaan dan flush kekal
 Arah aliran
 Rujukan Sambungan
 Kawal input dan output, interlock

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 57

 Antara muka untuk perubahan kelas
 Sistem kawalan komputer
 Pengenalan komponen dan subsistem yang dihantar oleh

proses

d. Pipe Specification Drawing

Spesifikasi paip ialah dokumen yang disediakan semasa
fasa rekabentuk projek. Dokumen tersebut mengandungi
pemilihan, spesifikasi dan gred bahan serta komponen paip yang
sesuai bagi pekhidmatan tertentu. Bagi tujuan penyelenggaraan
dan pembaikan paip, spesifikasi paip merupakan kunci utama bagi
membetulkan pemilihan bahan. Untuk menggunakan spesifikasi
paip, rujukan pertama perlu dibuat pada lukisan Proces And
Intrument Diagram(P&ID). Dengan cara mengenalpasti bahagian
paip pada P&ID lukisan dan Line Number. Berikut adalah contoh
line number :

12-FW-1014-1CS1P ;

12 - NPS

FW - Kod perkhidmatan/ Fluid yang dibawa. FW

merujuk kepada Fire Water

1014 - Pipeline number / unit area code

1CS1P - Piping Specification Number / Material

Classification

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 58

Jadual 2-1: Piping Specification

e. Plot Plan Drawing

Plot plan ialah lukisan berskala yang menunjukkan
susunan peralatan dan fasiliti sokongan seperti pipe racks,
structure, bangunan dan jalan yang diperlukan. Lukisan plot plan
mengandungi semua komponen mengikut nombor yang
ditetapkan dan menunjukkan skala , bentuk asas peralatan dan
fasiliti sokongan, kedudukan dalam keadaan vertical dan
horizontal plan. Lukisan arah utara juga dinyatakan pada lukisan
plot plan. Terdapat perbezaan diantara Overall Plot Plan dan
Detailed Plot Plan. Overall Plot Plan juga dikenali sebagai Site
Plan atau Site Master Plan yang menunjukkan kedudukan
peralatan tetapi tidak menyatakan jenis peralatan dan dimensi.

Rajah 2-1 menunjukkan contoh lukisan Overall Plot Plan .

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 59

Rajah 2-1 : Overall Plot Plan

Detailed Plot Plan menunjukkan pandangan atas sebahagian
proses yang terdapat pada Overall Plot Plan.Rajah 2-2 menunujukkan
lukisan Detailed Plot Plan di tingkat 4 pada kedudukan EL.129200.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 60

Rajah 2-2 : Detailed Plot Plan

f. Equipment layout drawing
Equipment layout drawing ialah lukisan yang menunjukkan
top dan side view pada sebahagian proses plan. Top view
pada lukisan ini seakan-akan sama dengan Detailed Plot
Plan, bezanya hanya peralatan sahaja ditunjukkan pada
lukisan ini.

Rajah 2-3: TOP VIEW 4th FLOOR EQUIPMENT ARRANGEMENT pada
EL.129200

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 61

Rajah 2-4: LOOKING SOUTH 3th and 4th FLOOR
EQUIPMENT ARRANGEMENT at EL.121900 and EL.129200

2.1.2. Pipe Line Number
Pipe line number ditentukan mengikut perubahan piping

classification. Jika piping class tidak berubah line number adalah
sama.Line number sepatutnya bersambung dari satu bahagian
peralatan ke paip seterusnya. Setiap satu pipe line number
mungkin mempunyai lebih dari satu line size.
Walaubagaimanapun bila piping class berubah, line number yang
baru perlu ditetapkan. Rajah 2-5 menunjukkan contoh pipe line
number yang terdapat di dalam sesebuah loji minyak dan gas.

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 62

A17-43-23/C02/P(3/6) Rajah 2-5: Contoh Pipe Line Number 63

Berdasarkan pada rajah 2-5, terdapat 6 bahagian asas (gabungan
huruf, angka & simbol):
 Line Size – NPS
 Fluid yang dibawa/kandungan (Fluid code)
 Sistem Identifikasi –Unit area code & Line Index(mengikut

standard yang digunakan)
Contoh: 21001, 2 digit pertama (21) adalah kod kawasan unit
(unit / kawasan 10) & 3 digit seterusnya (001) bermaksud
nombor garis (garis 001)
 Material Classification/Pipe Class - pengelasan bahan
 Jenis penebat & ketebalan - kod dan ketebalan penebat,
Contoh jenis-jenis penebat:
1 st - Penebat untuk Steamtracing
PP - Penebat untuk Perlindungan Peribadi
IC - Cold Insulation
IS - Safety Insulation
IA - Acoustic Insualtion
ET - Electric Tracing
 Ketebalan penebat
50= ketebalan penebat

WIM/A17/22013/P2(12017)

2.1.3. Equipment Number
Equipment tag number ialah nombor unik yang di labelkan untuk
mengenalpasti setiap peralatan dan instrument yang digunakan di
dalam projek. Sebagai contohnya seperti berikut:
 Pump: P-1,P-2,P3,..dll
 Tank: TK-1,Tk-2,TK-3,…dll
 Vessel:V-1,V-2,V-3,dll

Bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa proses
rekabentuk, equipment tag system perlu diwujudkan. Sebaga
contoh seperti rajah 1-5.

Rajah 2-6: Contoh Equipment Tag Format

Berdasarkan rajah 2-6 di atas, AN menunjukkan nombor kawasan
yang ditentukan mengikut projek, ETmenunjukkan kod jenis
peralatan dan SQ ialah nombor unik bg peralatan tersebut.

2.1.4. Modification Area
Kawasan yang hendak diubahsuai perlu ditanda(remarks) bagi
A17-43-23/C02/P(3/6) memudahkan kerja-kerja ubahsuai dilaksanakan. Dengan
menggunakan fungsi ubahsuai(modify), kerja-kerja ubahsuai dapat
dilaksanakan dengan cara berikut:

 Ubah parameter untuk bengkokkan paip

 Ubah jenis penjuru pembengkokkan paip

WIM/A17/22013/P2(12017) 64

2.1.5  Ubah bentuk garisan paip yang boleh lentur
 Ubah arah aliran atau membalikkan arah aliran
 Mengedit spesifikasi saluran paip dan parameter

Jenis-jenis alat pengukuran
 Case Tape Measures
 Open Reel Tape Measure
 Pita Pengukur Diameter

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 65

LATIHAN
1. Senaraikan 6 dokumen rujukan yang diperlukan semasa lawatan tapak dijalankan.

2. Nyatakan perbezaan diantara Overall Plot Plan dan Detailed Plot Plan .

3. Nyatakan kandungan yang terdapat di dalam Pipe Line Number.
4. Terangkan apakah maksud Equipment Layout?
5. Senaraikan jenis-jenis alat pengukuran?

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 66

RUJUKAN :
1. Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8 2

2. Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design” , Elsevier
Inc , ISBN: 978-0-12-384700-3 3

3. Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide” ,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4

4. www.dosh.gov.my, Construction Safety, 25 April 2021, 9.00 AM

A17-43-23/C02/P(3/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 67

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 68

LA2 PERFORM SITE VISIT

2.1.6. Kaedah Pengukuran Saiz Paip (Nominal Pipe Size-NPS)

Nominal Pipe Size (NPS) adalah set ukuran untuk paip yang
digunakan pada keadaan bertekanan, suhu tinggi atau rendah.
NPS hanya merujuk kepada diameter luar (Outer Diameter-OD)
paip yang menjadikannya agak kabur. Sebagai contoh, apabila
kita mengatakan ukuran paip adalah 2 NPS, ini merujuk kepada
semua paip yang mempunyai diameter 2.375“ (atau 60.3 mm)
sebagai diameter luar tanpa mengira ketebalan dinding dan begitu
juga diameter dalam. Spesifikasi paip dikenalpasti dengan
diameter paip dan nombor bukan dimensi lain, untuk ketebalan
dinding yang disebut sebagai Schedule (SCH). Pipe Schedule
menunjukkan ketebalan dinding paip. Meningkatkan ketebalan
dinding paip bermaksud meningkatkan kekuatan mekanikal paip,
yang berkemungkinan untuk menangani tekanan yang lebih tinggi.

Istilah Nominal Bore (NB) dan Nominal Diameter (ND) juga
sering digunakan secara bergantian dengan Nominal Pipe Size
(NPS). Nominal Bore (NB) adalah sebutan Eropah yang setara
dengan NPS. Untuk NPS 5 dan lebih besar, Diameter Nominal
sama dengan NPS dikalikan dengan 25. Pada mulanya hanya
terdapat tiga ketebalan dinding paip yang digunakan :

 Standard (STD)

 Sangat Kuat (XS)

 Ganda Ekstra Kuat (XXS)
Namun dengan kemajuan zaman industri dan penggunaan paip
dalam keadaan tekanan dan suhu yang berbeza-beza, ketiga
ukuran ini tidak sesuai dengan semua aplikasi. Terdapat banyak
penyemakan dan penambahan pada jadual ukuran paip
berdasarkan penggunaan industri dan standard dari API, ASTM,
dan lain-lain. Hari ini kita mempunyai pelbagai ketebalan dinding,
iaitu:

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 69

SCH 5, 5S, 10, 10S, 20, 30, 40, 40S, 60, 80, 80S, 100, 120, 140,
160, STD, XS DAN XXS.

a. Pipe outer diameter (OD)

Walau bagaimanapun, nilai Nominal Pipe Size (NPS) dan Outside
Diameter (OD) tidak selalu sama, dan boleh menimbulkan
kekeliruan. Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu
diketahui iaitu:
 Untuk NPS ⅛ hingga 12 - Nilai NPS dan OD berbeza.

Sebagai contoh, OD paip NPS 12 sebenarnya 12.75 inci
(324 mm). Untuk mencari OD sebenar bagi setiap nilai
NPS, rujuk jadual rujukan yang berdasarkan piawaian
ASME B36.10(standard dimensi untuk paip besi seamless
dan welded) dan B36.19(standard paip stainless steel).

 Untuk NPS 14 ke atas - Nilai NPS dan OD adalah sama.
Dengan kata lain, paip NPS 14 sebenarnya 14 inci (360
mm) OD. Rajah 2-7 menunjukkan ukuran paip saiz.

A17-43-23/C02/P(4/6) Rajah 2-7: Ukuran Paip 70

WIM/A17/22013/P2(12017)

R
a
j
a
h

2

R
a
j
a
h
2-8: Outer Diameter

b. Pengiraan Diameter Dalaman Paip (ID)
Bagi jurutera proses, maklumat yang paling penting adalah
Diameter Dalaman (ID) paip, kerana ini digunakan dalam
pengiraan ukuran garis. Seperti yang dibincangkan di atas, untuk
Ukuran Paip Nominal (NPS) tertentu, Diameter Luar paip (OD)
tetap berterusan. Apabila jadual paip berubah, ID paip berubah. ID
paip dapat dikira dengan mudah, selagi NPS dan jadual paip
diketahui. Rumus Inside Diameter ID):

ID= OD-(2x thickness)

*ketebalan dinding paip (yang dapat diperoleh dari jadual paip).

Sebagai contoh, untuk paip 12 NPS (DN 300 mm), schedule 40,
OD ialah 12.75 inci (324 mm) dan wall thickness ialah 0.406 inci
(10.4 mm).
ID = 12.75 inci – (2 x 0.406 inci) = 11.94 inci,

atau

Paip ID = 324 mm - 2 x 10.4 mm = 303.2 mm.

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 71

Rajah 2-9: Inner Diameter
c. Pipe length (L)

Rajah di bawah menunjukkan jarak panjang paip diantara
hujung paip.

A17-43-23/C02/P(4/6) Rajah 2-8: Ukuran panjang paip 72

WIM/A17/22013/P2(12017)

d. Wall thickness (WT)

Rajah 2-9: Wall Thickness

2.1.7. Pipe Sketches
Semasa lawatan tapak pemeriksaan akan dijalankan berdasarkan
lukisan rujukan yang digunakan. Lakaran paip hanya dipinda ke
atas lukisan dan seterusnya kemaskini lukisan menggunakan
perisian 3D.

a. Pipe Inspection

Pemeriksaan paip ialah proses memeriksa menggunakan kaedah
Non- destructive techniques (NDT).Kebiasaan untuk mengesan
kehilangan logam biasanya berlaku pada peringkat
pemasangan atau semasa operasi .Paip perlu di periksa
kerana untuk memastikan ia selamat digunakan dan tidak
menunjukkan risiko kerosakan atau kegagalan. Pemeriksaan
paip memerlukan kepakaaran berkaitan welding dan di
akreditasi oleh Certified Scheme for Welding Inspection
(CSWIP) atau mana-mana pematuhan standard yang
berkaitan.

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 73

2.1.8. Perseonal Protective Equiment(PPE)
a. Coverall Suits
Bekerja di dalam industri minyak dan gas adalah terdedah
kepada bahaya seperti bahan kimia dan letupan api.
Pakaian kerja yang sesuai amat diperlukan bagi melindungi
sebarang bahaya dan memastikan pekerja bekerja dengan
selesa dalam persekitaran kerja yang berisiko tinggi.

Bagi mematuhi pelbagai peraturan keselamatan dan
memastikan keselamatan pekerja terjamin adalah penting
mengenalpasti jenis-jenis bahaya yang di jangkakan
berlaku semasa kerja dan memastikan pemakaian
keselamatan yang bersesuaian dengan bahaya tersebut.

A17-43-23/C02/P(4/6) Rajah 2-10: Coverall Suits 74

WIM/A17/22013/P2(12017)

b. Safety Helmets
Pelindung kepala yang terdapat di Malaysia mempunyai
pelbagai warna dan setiap warna memberi maksud yang
tersendiri berkaitan skop kerja tersebut.

Rajah 2-11: Jenis-jenis Safety Helmets

c. Safety Shoes

Kasut keselamatan adalah kelengkapan yang penting bagi
melindungi kaki dari terpijak, terhempap atau sebarang
kemalangan yang tidak diingini berlaku. Rujuk rajah 2-13.

d. Ear Plug

Di rekabentuk bagi melindungi telinga dari sebarang
pencemaran bunyi yang boleh merosakan gegendang
telinga. Terdapat beberapa jenis ear plus yang digunakan

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 75

di dalam industry minyak dan gas seperti rajah di bawah.
Rujuk rajah 2-13

Rajah 2-12: Jenis-jenis Ear Plug/ Earmuffs
e. Safety Glass

Alat pelindung ini diperlukan bagi melindungi mata dari
sebarang porensi berlakunya percikan api, cecair panas,
haba, serpihan yang jatuh dan peralatan yang berat serta
lain-lain risiko bahaya. Rujuk rajah 2-13

Rajah 2-13: Senarai Kelengkapan PPE

Rajah 2-14 menunjukkan pemakaian lengkap Personal Protective
Equipment.

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 76

Safety Safety
Glasses Helmet

Ear plug, Coverrall/Jacket
melindungi / Vest

>85dba Kakl ditutup
hingga buku
Safety
Gloves lali

Safety
Booth

Rajah 2-14: Pemakaian Kelengkapan PPE

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 77

LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan NPS?.
2. Nyatakan kaedah penentuan OD bagi paip saiz 12” dan 14” ke atas
3. Senaraikan pemakaian kelengkapan PPE yang diperlukan semasa melaksanakan
kerja di dalam industri minyak dan gas.
4. Nayatakan jenis-jenis ear plugs?
5. Apakah kaedah yang digunakan bagi melaksanakan pemeriksaan paip ?

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 78

RUJUKAN :
1. Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8 2

2. Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design” , Elsevier
Inc , ISBN: 978-0-12-384700-3 3

3. Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide” ,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4

4. www.dosh.gov.my, Construction Safety, 25 April 2021, 9.00 AM

A17-43-23/C02/P(4/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 79

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 80

LA2 PERFORM SITE VISIT
2.2. SUBMIT SITE VISIT REPORT/DAILY REPORT
Laporan adalah dokumen untuk menyampaikan maklumat yang

khusus kepada pembaca tertentu secara sistematik dan objektif dengan
menitikberatkan kejelasan dan ketepatan isi kandungannya. Penyediaan

laporan lawatan tapak merupakan satu pengenalan yang baik kepada

prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan dan organisasi yang

digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks.

2.2.1. Company Rules And Regulations Standard Operating
Procedure(SOP)

a. Company Rules
Dasar dan peraturan syarikat adalah merujuk kepada arahan dan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi. Ia adalah
peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja dan namun
demikian tidak dinyatakan pula langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan dan bagaimana hendak melaksanakan.

b. Regulations Standard Operating Procedure(SOP)
SOP ialah dokumen arahan mengikut langkah-langkah yang
disediakan oleh sesebuah syarikat/ organisasi bagi membantu pekerja
melaksanakan kerja/operasi harian. Sasaran SOP adalah untuk
mencapai kecekapan, kualiti keluaran dan keseragaman pencapaian
dan dalam masa yang sama mengurangkan salah komunikasi dan
kegagalan untuk mematuhi peraturan syarikat/ industri. SOP merujuk
kepada proses keseragaman bagi memastikan kerja diselesaikan
dengan baik dan berkesan manakala dasar dan peraturan syarikat pula
memberi ruang kepada pekerja menjadi lebih baik.

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 81

2.2.2. Jenis-jenis format laporan
Terdapat 2 jenis kaedah laporan dinyatakan bagi pelaporan
laporan lawatan tapak/ kerja iaitu secara manual dan laporan
bertaip.
a. Laporan manual
Kaedah pelaporan secara manual adalah secara bertulis ringkas

atau melalui lisan.
b. Laporan bertaip

Manakala laporan bertaip adalah secara lengkap
menggunakan format tertentu yang ditetapkan oleh sesebuah
organisasi/syarikat.

2.2.3. Jenis-jenis dokumen

Dokumen yang diperlukan semasa lawatan tapak ialah lukisan
berkaitan dan laporan lawatan tapak sedia ada sebagai rujukan.

a. Lukisan Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai lukisan yang diperlukan semasa

melaksanakan lawatan tapak:
i. General Arrangment Drawing(GA)
ii. Isometric Drawing
iii. P& ID Drawing

iv. Pipe Specification Drawing
v. Plot Plan Drawing
vi. Equipment Layout Drawing

b. Laporan Lawatan Tapak
Laporan Lawatan Tapak Laporan lawatan tapak digunakan

oleh syarikat pembinaan dan pekerja untuk 'mendaftar masuk'
mengenai keadaan dan kemajuan tapak. Banyak syarikat
pembinaan menggunakan sebilangan format untuk terus mengikuti

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 82

kemajuan harian atau mingguan termasuk buku harian lawatan
tapak dan laporan kemajuan harian, tetapi masih penting bagi
syarikat untuk mengukur dan mengesan kemajuan pada dimensi
lain. Laporan lawatan tapak harian atau mingguan sebenarnya
adalah lembaran aktiviti dengan semua butiran penting
diperhatikan. Dokumen-dokumen itu boleh digunakan untuk
banyak kegunaan penting. Ia memberikan laporan langsung
mengenai kemajuan projek.

Berdasarkan laporan tersebut pihak pengurusan dapat
melakukan perancangan mereka. Lawatan tapak pembinaan dan
laporan lawatan tapak bina yang dihasilkan adalah peluang besar
bagi pekerja atau orang yang bertanggungjawab untuk melawat di
sekitar tapak bina dan melawat kawasan penting untuk mengukur
bagaimana kerja sesebuah projek itu berjalan. Laporan lawatan
sebaiknya memberi maklumat yang menekankan data khas
seperti nama tapak bina yang dilawati, alamat, orang yang
dihubungi, kedatangan, dan tujuan dan objektif lawatan serta
menulis pengenalan dengan memberitahu dan menerangkan carta
organisasi yang dilawati.

Laporan lawatan tapak ini dapat menunjukkan kepada
bagaimana lawatan tapak dijalankan beserta dengan maklumat
penting mengenai keadaan tapak, kerja yang sedang berjalan,
pemerhatian dan gambar kemajuan serta video sebagai bukti.
Walaupun laporan tersebut mementingkan aktiviti dan kemajuan
harian atau mingguan, tetapi harus merangkumi maklumat asas
projek seperti:

i. Tajuk Projek,

ii. Tarikh Permulaan Projek,

iii. Tarikh anggaran siap

iv. Objektif projek

v. Laporan kerja/ Foto (keterangan)

vi. Maklumat lain yang berkaitan

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 83

Rajah 2-15: Contoh Muka Hadapan Laporan Tapak

c. Laporan Aktiviti Harian/ Mingguan

A17-43-23/C02/P(5/6) Laporan harian/ mingguan pembinaan difailkan pada akhir 84
hari kerja untuk mencatat semua yang berlaku di tapak kerja
sepanjang hari kerja itu. Contohnya, laporan harian
menyenaraikan:
i. Semua kerja yang dilakukan
ii. Sama ada kerja itu disiapkan mengikut jadual atau jika ada

kelewatan
iii. Segala pemeriksaan keselamatan yang berlaku dan apa

yang dilaporkan
iv. Senarai pelawat ke tapak bina

WIM/A17/22013/P2(12017)

v. Cuaca

Templat laporan itu kemudian ditandatangani di bahagian bawah
dan diberi tarikh oleh syarikat pembinaan dan pelanggan yang
bermaksud semua orang bersetuju dengan setiap catatan perkara
yang berlaku pada hari tersebut.

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 85

LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Company Rules?.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Regulations Standard Operating Procedure(SOP)
3. Nyatakan jenis-jenis format laporan yang terdapat bagi pelaporan.
4. Senaraikan lukisan yang diperlukan semasa lawatan tapak dijalankan?
5. Senaraikan kandungan maklumat asas di dalam laporan lawatan tapak ?

RUJUKAN :
1. Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8 2
2. Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design” , Elsevier
Inc , ISBN: 978-0-12-384700-3 3
3. Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide” ,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4
4. www.dosh.gov.my, Construction Safety, 25 April 2021, 9.00 AM

A17-43-23/C02/P(5/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 86

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A17 TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS (LUKISAN PERPAIPAN)
KURSUS

KOD DAN NAMA A17-43-23 AS-BUILT DRAWING
MODUL

AKTIVITI LA1 : CARRY OUT SITE VISIT PREPARATION

PEMBELAJARAN LA2 : PERFORM SITE VISIT

(LA)

CU.WA NO./ C02.02,
TAHAP C02.03,
C02.04,

OBJEKTIF PERFORM AS-BUILT DRAWING USING MEASURING TOOL,
PRESTASI STATIONERY, REFERENCE PIPING DRAWING, PERSONAL
AKHIRAN (TPO) PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), SAMPLE OF PERMIT TO WORK
(PTW) AND BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND
EMERGENCY TRAINING (BOSIET) CERTIFICATE SO THAT SITE
VISIT PREPARATION CARRIED OUT AND PERFORMED IN
ACCORDANCE WITH PIPING DRAFTING (OIL AND GAS)
STANDARDS.

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 87

LA2 PERFORM SITE VISIT

2.2.4. COMPANY’S ORGANIZATIONAL CHART
Tedapat 3 jenis struktur carta organisasi syarikat yang biasa
digunakan iaitu struktur bahagian, struktur fungsi dan struktur
matrik.

Rajah 2-16: Rajah Jenis Struktur Organisasi
a. Struktur Bahagian

Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan
geografik. Setiap division mempunyai sumber fungsi utama yang
diperlukan dan tidak bergantung kepada division yang lain.

b. Struktur Fungsi
Struktur yang diagihkan menurut tugas dan fungsi.

Merupakan penjabatan yang paling asas dan lazimnya digunakan
oleh organisasi kecil yang mempunyai produk yang terhad.
Contoh: pengeluaran, kewangan dan pemasaran.

c. Struktur Matrik
Merupakan gabungan antara struktur divisional dan

struktur fungsian. Juga dikenali sebagai “sistem berbilang
arahan”.
Staf membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu ketua
fungsian dan ketua jabatan divisional.

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 88

Ciri-ciri Struktur Matrik

2.2.5.  Menggabungkan struktur division dan fungsian.
 Mempunyai dua rantaian arahan; menegak dan melintang.
 Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua (division

dan fungsian)
 Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan (unity

of command) menyebabkan ianya sukar untuk diuruskan.

PENJADUALAN MESYUARAT DAN REKOD PROJEK
Terdapat beberapa tujuan sesuatu lawatan dibuat agar

perancangan dan pelaksanaannya mengikut jadual yang
ditetapkan. Antara tujuannya adalah:

 Untuk memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut
tempoh kontrak, kos yang munasabah, mengikuti pelan dan
spesifikasi serta memenuhi kehendak pelanggan.

 Untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah
semasa pembinaan.

 Untuk mengurangkan kemungkinan Penamatan
Pengambilan Kerja Kontraktor.

 Untuk mengurangkan tuntutan kontraktor ke atas projek.
Sekiranya ada tuntutan, rekod-rekod yang lengkap dan
teratur akan memudahkan proses penilaian dijalankan.

Bergantung pada jenis projek, jurutera boleh menjadualkan
lawatan dan mesyuarat tapak permulaan. Mungkin bermanfaat
jika lawatan tapak itu di lakukan bersama-sama dengan
perunding-perunding yang lain seperti jurutera pembinaan atau
ahli badan berkanun yang lain. Selepas lawatan tapak
permulaan, lawatan dan mesyuarat tapak susulan seharusnya
dilakukan untuk membincangkan dan menyelesaikan sebarang
masalah pembinaan atau sebarang masalah yang berlaku
semasa lawatan tapak permulaan. Lawatan dan mesyuarat tapak

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 89

susulan hendaklah kerap dilakukan bagi untuk melihat
bagaimana setiap masalah diselesaikan dari masa ke masa.

a. Mesyuarat Tapak
Mesyuarat Tapak ialah Mesyuarat yang diadakan secara
bulanan semasa projek berjalan. Tujuannya adalah untuk
memberi kontraktor peluang membentangkan progress
kerja dan masalah-masalah yang dihadapi semasa
melaksanakan kerja. Segala masalah yang dihadapi akan
dibincang dan diselesaikan segera.

b. Mesyuarat Tapak Pertama
Mesyuarat tapak pertama hendaklah diadakan selepas
surat setuju terima dikeluarkan dan sebaik-baiknya pada
tarikh penyerahan tapak. Agenda-agenda penting yang
perlu dibincangkan pada mesyuarat tapak pertama adalah:
i. Bayaran pendahuluan
ii. Insurans
iii. Bon perlaksanaan
iv. SOCSO
v. Program kerja
vi. Lain-lain item utama dibawah `Preliminaries’

vii. Skop kerja
viii. Carta organisasi
ix. Tarikh penilaian

x. Laporan kemajuan
xi. Penetapan tarikh mesyuarat tapak

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 90

c. Mesyuarat Tapak Susulan
Mesyuarat tapak susulan bertujuan mengesan kemajuan
pelaksanaan projek supaya mengikut jadual dan diadakan
sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia juga bertujuan
untuk mengesan dan menyelesaikan masalah disamping
menekankan kualiti kerja ditapak bina. Agenda -agenda
penting yang perlu dibincangkan adalah:
i. Laporan kemajuan fizikal
ii. Laporan kemajuan kewangan

iii. Mesin dan tenaga kerja
iv. Masalah teknikal
v. Arahan-arahan dan isu-isu semasa yang berkaitan
vi. Perkara-perkara berbangkit

A17-43-23/C02/P(6/6) d. Rekod Tapak Bina 91
Rekod tapak bina adalah dokumen sangat penting untuk
menyimpan maklumat yang perlu bagi membantu dalam
membuat sesuatu keputusan di dalam mentadbir kontrak
dan digunakan untuk menilai tuntutan kontraktor. Ia adalah
catatan dalam bentuk :

i. Buku Harian Tapak - Buku harian hendaklah mengikut
format standard seperti yang telah dikeluarkan.
Seorang pegawai yang menyelia projek hendaklah
dipertanggungjawabkan secara khusus untuk merekod
dan mengemaskini maklumat-maklumat didalam Buku
Harian setiap hari. Ianya hendaklah dijaga rapi dan
disimpan ditempat yang selamat.

ii. Lukisan `As-Built’

iii. Memorandum

iv. Surat-menyurat

v. Pesanan Penghantaran (DO)

vi. Resit-resit bayaran

vii. Rekod Mesin

WIM/A17/22013/P2(12017)

viii. Sebutharga
ix. Gambar-Gambar Kemajuan Kerja.

e. Dokumen-Dokumen Dan Carta-Carta Yang Perlu Ada Di
Pejabat Tapak

i. Dokumen dan lukisan kontrak
ii. Lukisan kerja
iii. Buku harian tapak
iv. Senarai semakan untuk setiap komponen kerja
v. Minit mesyuarat tapak
vi. Rekod arahan tapak yang dikeluarkan
vii. Rekod arahan pegawai penguasa yang dikeluarkan
viii. Rekod penerimaan bahan-bahan
ix. Rekod perakuan-perakuan
x. Rekod ujian-ujian bahan
xi. Keputusan penyelidikan tanah jika ada
xii. Buku rekod pengukuran kemajuan
xiii. Carta pelaksanaan projek (CPM)
xiv. Carta kemajuan kewangan
xv. Carta Cuaca
xvi. Gambar-gambar kemajuan Kerja
xvii. Pelan Lokasi
xviii. Dan lain-lain yang perlu seperti model,buku piawai.

f. Pemantauan Dan Kawalan Projek di Tapak Bina

i. Carta Bar
Kaedah kebiasaan serta tradisional bagi merancang serta
menjadualkan projek-projek pembinaan adalah secara
carta bar, atau lebih dikenali sebagai carta Gantt yang
dicipta oleh Henry L Gantt sewaktu perang dunia pertama.
Carta Gantt ialah carta bar yang digunakan untuk

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 92

menggambarkan jadual projek , yang merangkumi
beberapa tonggak. Ia biasanya termasuk tarikh mula / akhir
aktiviti dan ringkasan aktiviti sesuatu projek tetapi tidak
begitu rumit dan tanpa keupayaan untuk memasukkan
sumber atau bahan.

Carta Gantt berfungsi sebagai alat yang sangat
baik untuk menunjukkan status jadual dikemas kini
menggunakan bayang-bayang lengkap dan garis menegak
yang mewakili tarikh sebenar.Carta Gantt kadang-kadang
disediakan untuk memperlihatkan aktiviti mendahului dan
mengikuti aktiviti dan hubungan mereka dan ia adalah
bentuk paling mudah dalam jadual projek. Carta Gantt
adalah alat yang tepat jika anda ingin memberikan
ringkasan keseluruhan jadual projek tanpa butiran
terperinci.

A17-43-23/C02/P(6/6) Rajah 2-17: Contoh Gantt Chart 93

WIM/A17/22013/P2(12017)

ii. Kaedah Laluan Kritikal /CPM
Kaedah laluan kritikal ataupun Critical Path Method (CPM)
adalah metodologi, teknik atau algoritma langkah demi
langkah untuk projek-projek perancangan dengan banyak
aktiviti yang melibatkan interaksi yang saling kompleks dan
saling bergantung. CPM merupakan alat penting untuk
pengurusan projek kerana ia mengenal pasti tugas-tugas
kritikal dan tidak kritikal untuk mencegah konflik dan
kesesakan. CPM sering digunakan untuk analisis rajah logik
rangkaian projek untuk menghasilkan kecekapan praktikal
maksimum.

Selalunya objektif utama dalam CPM adalah untuk
menyiapkan projek dalam masa yang sesingkat mungkin.
Salah satu cara untuk melakukan ini dipanggil penjejakan
pantas, yang melibatkan aktiviti-aktiviti secara selari
(serentak) dan menambahkan sumber untuk memendekkan
tempoh kritikal yang dipanggil (menimbulkan jalan kritis).

A17-43-23/C02/P(6/6) Rajah 2-18: Contoh CPM 94

WIM/A17/22013/P2(12017)

SOALAN :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mesyuarat tapak?
2. Senaraikan lima dokumen yang terdapat pada rekod tapak bina.
3. Nyatakan perbezaan di antara Carta Gantt dengan Critical Path Method (CPM).
4. Senaraikan 3 jenis struktur carta organisasi?
5. Terangkan carta struktur jenis matrik.

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 95

RUJUKAN :

1. Ed Bausbacher dan Roger Hunt (1993). “Process Plant Layout and Piping
Design”, PCR Prentice Hall Inc, ISBN : 0-13-138629-8

2. Roy A. Parisher and Robert A. Rhea (2012). “Pipe Drafting and Design”, Elsevier
Inc, ISBN: 978-0-12-384700-3

3. Joseph F. Hilyard (2012). “The Oil & Gas Industry - A Nontechnical Guide”,
PennWell Corporation, ISBN 978-1-59370-254-0 4

4. https://www.omsmeasure.com/guide-to-pipe-measurement-and-inspection/#pipe-
inspection, 4 Februari 2022, 9.00 AM

5. https://www.aiche.org/chenected/2010/10/codes-tags-and-labels-interpreting-
piping-and instrumentation-diagrams, Codes, Tags and Labels—Interpreting

.Piping and Instrumentation Diagrams. 2Januari 2022, 10.30am

6. https://www.wermac.org/documents/coordination_part2.html, Coordination

System.. Plot Plan and Equipment Arrangement, 2 Jan 2022, 10.30am.

7. https://doctract.com/blog/policies-and-procedures/policies-vs-procedures-vs-

,sops/ Policies Vs Procedures Vs Sops, 13 Jan 2022, 10.30am.

8. http://nurulashikinahmad88.blogspot.com/2013/05/struktur-organisasi.html,
Struktur Organisasi, 4 vFebruari 2022, 2.50pm.

A17-43-23/C02/P(6/6) WIM/A17/22013/P2(12017) 96


Click to View FlipBook Version