The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KURSUS ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN UNTUK GURU-GURU SUKAN SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmananyusoff, 2020-07-15 23:00:42

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

MODUL KURSUS ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN UNTUK GURU-GURU SUKAN SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN Kompetensi
KAMPUS KOTA BHARU dan Falsafah
Kejurulatihan

Pembangunan
Kemahiran
Sukan

Latihan
Kecergasan

Fizikal

Periodisasi
Latihan

Kecederaan
Dalam Sukan

MODUL

ASAS SAINS SUKAN DAN PENULIS
KEJURULATIHAN Wan Azmanan Bin Wan

SINOPSIS KURSUS Yusoff
Modul kursus ini dibentuk untuk membantu guru-
guru sukan dan permainan sama ada di sekolah IPG Kampus
rendah mahupun sekolah menengah serta
jurulatih-jurulatih untuk pasukan sekolah. Kota Bharu

No. Siri Modul : 001

IPGKKB2018 JPJK

Cetakan Pertama 2018

@ Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Kementerian Pelajaran
Malaysia

Hak Cipta Terpelihara.

Mana-mana bahan dalam

modul ini tidak dibenarkan

diterbitkan semula,

disimpan dalam cara yang

boleh dipergunakan lagi,

ataupun dipindahkan dalam

sebarang bentuk atau cara,

baik dengan cara elektronik,

mekanik, penggambaran

semula mahupun dengan

cara perakaman tanpa

kebenaran terlebih dahulu

daripada penulis.

Diterbitkan untuk Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 1

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

SINOPSIS KURSUS
Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus
dan memahami seluruh faktor gerak laku manusia dalam aktiviti
sukan dan cara untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia
ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan
perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan secara terancang
dan sistematik.

Satu program pembangunan kejurulatihan yang seragam dan
berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan pengetahuan
jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke
arah memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk
negara.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memberi kefahaman kepada guru/jurulatih tentang perananan
sebagai jurulatih dalam permainan

2. Membantu guru/jurulatih merancang program latihan yang
berkesan

3. Membantu guru/jurulatih mengendalikan dan melaksanakan
latihan dan kaedah latihan yang betul

4. Membantu guru/jurulatih membuat atau melaksanakan ujiian
mengenalpasti bakat.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 2

KUMPULAN SASAR
Modul kursus dibentuk untuk membantu guru-guru sukan dan
permainan samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah
serta jurulatih-jurulatih untuk pasukan sekolah.

1. KOMPENTENSI DAN FALSAFAH KEJURULATIHAN
SAINS SUKAN
Definisi
Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji
respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini
merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-
lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan
psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang
khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas
dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya
ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak
balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan
tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti
kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk
meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah
bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 3

Konsep Sains Sukan

Perkembangannya berasal dari bidang Pendidikan Jasmani yang
berkait dengan pembelajaran kemahiran/motor. Usaha untuk
meningkatkan prestasi atlet telah membawa perkembangan pesat
dalam bidang sains sukan.Merangkumi bidang-bidang sains seperti
pemakanan sukan, perubatan sukan, psikologi sukan, fisiologi
senam, biomekanik, metodologi latihan, fisioterapi, teknologi sukan
dan analisis pergerakan.

Bidang-bidang Ilmu Sains Sukan

Amalan dan fokus utama Sains Sukan adalah untuk membantu
meningkatkan prestasi atlet melalui bidang atau subdisiplin ilmu
Sains Sukan. Disiplin ilmu ini memberi penekanan tentang
perkembangan pengetahuan aplikasi sains terhadap peningkatan
prestasi atlet.

Anatomi Biomekanik

Ilmu tentang struktur tubuh lmu tentang aplikasi prinsip
dan hubungan organ-organ mekanikal dalam kajian
organisma hidup
antara satu sama lain

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 4

Fisiologi Kecergasan Fizikal

Ilmu sains tentang fungsi tubuh Ilmu tentang keupayaan untuk
manusia berfungsi secara berkesan

Kecederaan Sukan Pemakanan Sukan

Ilmu tentang kerosakan yang Ilmu tentang aplikasi strategi
berlaku ke atas otot, tulang, tendon, pemakanan untuk
mengadaptasi dan
ligament dan lain-lain tisu
meningkatkan prestasi

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 5

Apa Itu Kejurulatihan.

1. Proses yang terancang untuk membantu seseorang
individu atau kumpulan atlet mempelajari kemahiran dan
mencapai matlamatnya.

2. Jurulatih mengujudkan keadaan yang sesuai untuk
meransang pembelajaran dan motivasi atlet.

3. Kejurulatihan sukan melibatkan 4 aspek iaitu fizikal,
teknikal, tektikal dan psikologikal.

4. Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran seperti
merancang, mengurus, melatih, menilai, berkomunikasi dan
membuat keputusan.

Pentingnya Kejurulatihan Yang Betul.

1. Latihan yang berlandaskan prinsip-prinsip latihan.
2. Aplikasi ilmu sains sukan
3. Penguasaan teknik yang betul
4. Mencegah dan mengurangkan kejadiaan kecederaan.
5. Latihan yang terancang untuk memuncak pada masa yang

sesuai
6. Mengelak kejadian kesan-kesan negative seperti dataran

latihan, burn out awal
7. Mengekalkan motivasi untuk latihan yang lebih mencabar.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 6

PROSES KEJURULATIHAN

Satu proses yang berterusan dalam perancangan dan pelaksanaan;

• Keputusan semua aspek kejurulatihan dibuat
berasaskan maklumat yang dikumpulkan

• Kemajuan atlet dan kesesuaian program latihan
perlu dinilai.

MENGUMPUL
DATA/MAKLUMAT

MENILAI MEMBUAT
DIAGNOSIS

MELAKSANAKAN MERANCANG PLAN
PLAN TINDAKAN

PROSES KITARAN

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 7

KEJURULATIHAN

PROSES LATIHAN

Mengumpul Daripada bentuk atau corak pertandingan,
cuaca, tempat pertandingan, kemudahan,
ranking pencabar, peraturan-peraturan dan
sebagainya

Menganalisis Maklumat yang dikumpul tidak bererti kalua
tidak dianalisis

Merancang Merancang tindakan atau program latihan
Program Latihan jangka panjang yang meliputi sesuatu musim
atau beberapa musim. Pengetahuan tentang
priodisasi dan juga perancangan berdasarkan
fasa-fasa latihan amat penting

Melaksakan Menjalankan latihan seperti yang dirancang
Program mengikut objektif tertentu

Membuat Penilaian amat penting kerana ia dapat
Penilaian dijadikan kayu ukur tentang hasil latihan.
Melalui penilaian, jurulatih boleh
mengenalpasti kelemahan dan kebaikan
program latihan untuk terus merancang
program akan datang

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 8

Objektif
Peserta mampu:

➢ Menerangkan peranan jurulatih;
➢ Menjelaskan kemahiran-kemahiran jurulatih;
➢ Memahami struktur sesi latihan dan menyediakan

rancangan sesi latihan sukan;
➢ Mengenalpasti dimensi, ciri-ciri dan ujian bakat baru.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 9

PERANAN JURULATIH

Merancang Mengelola Menilai
- Menentukan - Satu proses di - Latihan

matlamat mana dua atau seharusnya
keseluruhan dan lebih jurulatih diatur supaya
khusus menggembleng penilaian boleh
- Matlamat tenaga dan dilakukan ke atas
dinyatakan secara sumber untuk keberkesanan
am .Ia akan mencapai kemahiran yang
mendorong dan tujuan tertentu. diajar.
memberi arah - Ia meliputi - Perlu beri
untuk mencapai mengagih dan maklum balas
sesuatu matlamat mengumpul tentang
- Ia membawa kerja-kerja yang perlakuan yang
kepada tingkah- patut dilakukan atlet tunjukkan.
laku yang boleh kepada kerja • Memerhati atlet
dilihat, boleh individu serta dengan baik
diukur dan boleh menjelaskan • Sampaikan
dicapai pertalian antara maklumbalas
individu yang dalam bentuk
menjalankan lakuan sebenar
tugas.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 10

Kemahiran konseptual
- Keupayaan melihat semua bahagian latihan

sebagai satu bahagian besar; gambaran
keseluruhan
- Beri contoh sukan masing-masing
- Kemahiran ini penting jika mempunyai ramai
orang bawahan.
- Kemahiran ini merangkumi efisien & efektif
Kemahiran teknikal
- Kecekapan & kefahaman tentang satu aktiviti
khusus terutamanya yg libatkan kaedah, proses,
prosedur @ teknik
- Kemahiran berkaitan dengan bidang jurulatih
masing-masing; kemahiran, latihan fizikal,
penilaian tahap pencapaian dll
- Asas yang kukuh berlandaskan pengkhususan
profesional, pendidikan formal, pengalaman &
latar belakang
- Jurulatih seharusnya belajar untuk memperolehi
pengetahuan berkaitan melalui kursus, seminar,
perbincangan & bacaan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 11

Kemahiran pengurusan/Pentabiran
- Kemahiran ini lebih diperlukan pada tahap

kejurulatihan yg tinggi.
- Adakah anda bersetuju?
- Kemahiran merancang, mengurus, memimpin &

mengawal

Kemahiran interpersonal/Kemanusiaan
- Jurulatih perlu berurusan, berinteraksi dan

memahami perasaan dan kedudukan orang lain
yang akan memudahkan orang lain memahami
beliau
- Keperluan individu
- Pencapaian objektif
- Kejayaan jurulatih = kejayaan menangani atlet,
jurulatih lain, pelajar, ibu bapa, staf, kawan,
media dll

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 12

Mengajar kemahiran-kemahiran sukan
Klasifikasi kemahiran sukan – terkawal dan luar kawal

✓ Peringkat pembelajaran – permulaan, pertengahan &
lanjutan

✓ Pengajaran kemahiran sukan (4 langkah):
- Langkah 1 : Memperkenalkan kemahiran
- Langkah 2 : Membuat demonstrasi &
menerangkan kemahiran
- Langkah 3 : Melatih kemahiran
- Langkah4 : Memberi maklumbalas untuk
membetulkan kesalahan

-
Semua kemahiran sukan dikategorikan kepada dua iaitu

Kemahiran terkawal Kemahiran luar kawal

Dilakukan di bawah persekitaran Dilakukan dalam suasan yang
yang tetap, stabil dan tidak boleh berubah-ubah dan hasil
berubah akhirnya sukar diramal

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 13

Pembelajaran motor asas dibahagi kepada 3

Peringkat permulaan Peringkat Peringkat lanjutan

(kognitif) pertengahan (automatik)

(latihan)

• Belajar satu perkara • Latihan diteruskan • Perlakuan secara

pada satu masa • Motivasi jurulatih automatik

• Pembelajaran • Dapat maklum • Pelaku memahami

libatkan 3 langkah balas perlakuan prestasinya tanpa

- kenalkan • Kenal pasti cara maklum balas jurulatih

kemahiran atasi kelemahan/ • Pelaku ketahui

- buat kesilapan kesalahannya dengan

demonstrasi &• Tempoh peringkat serta merta & dapat

beri daripada beberapa perbaikinya

penerangan jam, beberapa hari • Wujud dengan

ringkas atau beberapa tahun latihan yg banyak,

- bantu atlet utk • Selesai belajar ulangan berkualiti &

terus ke akan menghasilkan pengalaman

peringkat perlakuan konsisten • Sedia untuk

seterusnya perlawanan

• Pengekalan prestasi

penting, motivasi dari

jurulatih, maklum balas

positif.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 14

2. KECERGASAN FIZIKAL
Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan
lakuan motor. Rajah menunjukkan komponen-komponen
kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan
lakuan motor.

Komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan
motor

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 15

Komponen-komponen kecergasan berasaskan kesihatan

Seorang yang cergas perlu sekurang-kurangnya memperoleh tahap
kecergasan yang sederhana dalam setiap daripada lima komponen
kecergasan berasaskan kesihatan. Komponen tersebut adalah :

• Komposisi Badan
Komposisi badan merupakan peratusan lemak badan
berbanding dengan otot, tulang dan
tisu badan. Berat badan seseorang
sahaja tidak dapat mencerminkan
tahap komposisi badan. Dua orang
dengan ketingian dan berat yang
sama mungkin kelihatan berlainan
sekali kerana mempunyai komposisi
badan yang berbeza.

Komposisi badan boleh diukur
dengan menggunakan kaliper iaitu
sejenis alat penyukat berbentuk
gunting yang digunakan untuk menyukat ketebalan kulit badan
dan mengira Index Jisim Badan.

• Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah
keupayaan jantung atau sistem
kardiorespiratori untuk mengepam
darah beroksigen dengan efisien
ke seluruh badan. Jantung yang
efisien membolehkan kita
melakukan kerja secara
berterusan dalam jangka masa
yang lama pada kadar intensiti

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 16

yang ringan atau sederhana tanpa berasa penat.
Penghantaran darah yang kaya dengan oksigen
membolehkan kita bekerja dengan lebih lama. Mereka yang
mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah
selalunya mudah penat dan letih. Contoh aktiviti yang boleh
meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah lompat tali,
berenang, berbasikal, berjoging dan senamrobik.

• Fleksibiliti

Fleksibiliti bermaksud keupayaan otot, ligamen dan
tenndon membenarkan anggota badan bergerak bebas
pada julat pergerakan yang maksimum. Fleksibiliti dapat
dibina melalui regangan. Regangan otot perlu dilakukan
semaksimum yang mungkin dalam jangka mas a 10 hingga
30 saat bagi setiap aktiviti. Jangkauan melunjur, regangan
bahu, regangan
pinggang, regangan
hamstrings dan kilas
pinggang adalah
sebahagian daripada
contoh aktivitiiaktiviti
fleksibiliti.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 17

• Kekuatan Otot

Kekuatan otot yang dimaksudkan ini ialah kemampuan otot
atau sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan dengan
penggunaan daya yang maksim.um. Aktiviti kekuatan otot

perlu dilakukan secara sistematik
dan berterusan. Latihan kekuatan
otot perlu dilakukan sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.

• Daya Tahan Otot

Seseorang yang mempunyai
daya tahan otot yang tinggi
mampu melakukan kerja secara
berulang-ulang dan berterusan
tanpa berasa lesu dalam jangka
masa yang panjang. Sebagai

contoh, larian maraton.

Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan
bebanan, latihan litar dan latihanjeda. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan untuk daya tahan otot ialah angkat tumit,
tekan tubi, dekam lunjur dan naik turun bangku yang
menggunakan berat badan sendiri sebagai beban.
Manakala aktiviti biseps curl pula menggunakan alat
beratan sebagai beban.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 18

Komponen kecergasan berasaskan lakuan motor

Atlet yang terlibat dengan sukan kompetitif perlu menguasai
sekurang-kurang tahap kecergasan sederhana dalam setiap
daripada enam komponen kecergasan fizikal yang berasaskan
lakuan motor. Komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan
motor menekankan kepada perkembangan kualiti yang boleh
mempertingkat prestasi individu yang terlibat dalam sukan secara
berkesan. Komponen-komponen kecergasan berasaskan lakuan
motor adalah:

• Kelajuan
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan
dengan cepat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan
yang boleh dilakukan dalam jangka masa yang paling
minima. Individu yang mempunyai kelajuan kaki berupaya
membuat larian yang pantas manakala individu yang
mempunyai kelajuan tangan berupaya melontar atau
memukul bola dengan laju.

• Ketangkasan
Ketangkasan ialah keupayaan untuk mengubah posisi
badan dengan cepat dan boleh mengawal pergerakan
keseluruhan badan. Individu yang tangkas sesuai untuk
sukan tinju, gimnastik dan bola sepak.

• Kuasa
Kuasa ialah keupayaan melakukan aktiviti dengan daya
yang maksimum dalam jangkamasa yang paling singkat.
Kuasa diperlukan dalam acara lontar pelurn, permulaan lari
pecut, lempar cakera, lompat tinggi dan lompat jauh.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 19

• Imbangan
Imbangan bermaksud pengekalan keseimbangan badan
seseorang individu pada kedudukan statik dan dinamik.
Antara contoh aktiviti imbangan statik adalah dirian tangan
dalam gimnastik.

• Masa Reaksi
Masa reaksi mernjuk kepada masa yang diambil oleh
seseorang individu ketika bertindak balas terhadap
rangsangan. Sebagai contoh, berlepas dari blok permulaan
sebaik mendengan bunyi tembakan.

• Koordinasi
Koordinasi adalah keupayaan individu menyeragamkan
deria dan anggota badannya untuk menghasilkan satu
pergerakan motor yang licin dan tepat. Memukul bola
sofbol, menendang dan menimang bola adalah antara
contoh aktiviti koordinasi.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 20

PRINSIP LATIHAN FIZIKAL

Prinsip latihan fizikal merupakan asas kepada sesebuah program
latihan bagi seseorang atlet atau individu. Prinsip-prinsip latihan
fizikal adalah sebagai garis panduan yang diperlukan oleh atlet atau
individu untuk menjalani sesi latihan dengan berkesan supaya
mencapai objektif yang disasarkan. Prinsip-prinsip latihan fizikal
secara umumnya mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti
secara terancang dalam sesebuah sesi latihan. Oleh itu adalah
sangat penting bagi seseorang atlet mengikuti prinsip-prinsip latihan
untuk mewujudkan satu sistem organisasi latihan. Antara prinsip-
prinsip tersebut ialah:

Prinsip Lebihan Beban

Prinsip lebihan beban adalah prinsip yang menekankan kepada
bebanan kerja yang dilakukan semasa latihan. Beban sesuatu kerja
yang dilakukan hendaklah ditambah secara beransur-ansur
mengikut kemampuan dan kebolehan seseorang atlet
mengadaptasikan dirinya dengan pertambahan bebanan.

Beban kerja yang digunakan mestilah melebihi daripada kadar biasa
yang digunakan oleh atlet dalam latihan mereka. Faktor beban lebih
ini akan menentukan peningkatan prestasi atlet.

Kadar peningkatan dan kemajuan atlet bergantung kepada cara
seseorang atlet meningkatkan bebanannya berdasarkan
pembolehubah mengikut jenis sukan yang diceburi. Atlet juga
memerlukan bimbingan yang sewajamya serta mas a yang panjang
untuk menghadapi tekanan yang bakal diharungi semasa menjalani
sesi latihan.

Dalam menjalani program latihan, faktor penting yang perlu diingati
oleh atlet ialah pengulangan bebanan yang sarna hanya akan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 21

menunjukkan peningkatan pada bahagian akhir latihan sahaja.
Sekiranya atlet itu terus menggunakan beban yang sarna,
prestasinya akan menurun diperingkat akhir bahagian atau semasa
fasa pertandingan. Manakala beban kerja yang melampau
dalamjangka masa yang panjang pula akan menyebabkan kelesuan,
kecederaan dan burnout. Oleh itu adalah penting bagi seseorang
jurulatih merancang beban kerja atletnya untuk memperoleh
keputusan yang terbaik.

Prinsip perbezaan individu

Setiap individu mempunyai kadar peningkatan prestasi yang
berbeza bagi sesuatu latihan fizikal yang dijalankan. Oleh itu,
jurulatih mesti mengambil kira perbezaan mereka berdasarkan
kebolehan, potensi, keupayaan fizikal, tahap kecergasan fizikal dan
pengkhususan sukan yang diceburi.

Keseluruhan latihan atau model latihan seharusnya dibentuk
mengikut ciri-ciri fisiologi dan psikologi atlet supaya objektif latihan
dapat ditingkatkan secara semulajadi. Faktor umur dan jantina
adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan semasa
perancangan program latihan di samping kebolehan peribadi.

Satu analisis komprehensif terhadap kapasiti kerja dan
perkembangan peribadi atlet adalah perlu untuk menentukan tahap
kemampuannya. Setiap kemampuan atau kapasiti individu
bergantung kepada beberapa faktor:

• Umur biologi dan kronologi, terutama kepada kanak-kanak dan
remaja yang belum mencapai kematangan.

• Pengalaman atau umur mula menceburkan diri dalam sukan.

• Kapasiti individu dalam latihan dan pencapaian.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 22

• Status latihan dan kesihatan.

• Beban latihan dan kadar pemulihan.

• Jenis tubuh badan dan sistem saraf.

Aktiviti pada fasa persediaan dan penamat dalam sesi latihan boleh
dijalankan secara kumpulan. Walau bagaimanapun, sebahagian
besar sesi latihan jurulatih hendaklah menumpukan perhatian secara
terus kepada keperluan individu atau kumpulan kecil kecuali jika
kebolehan fizikal atau teknikal mereka adalah sarna.

Prinsip kekhususan

Kekhususan dalam sesuatu bidang sukan penting untuk
memperoleh kejayaan. Oleh sebab komponen-komponen fizikal dan
sistem tenaga adalah berbeza antara acara-acara sukan, maka
prinsip kekhususan perlu dilaksanakan. Prinsip ini menyediakan
latihan spesifik serta menjurus kepada jenis sukan, bersesuaian
dengan tahap anatomi dan psikologi atlet yang berkait dengan
keperluannya dalam sukan. Sekiranya atlet mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang lemah, maka tumpuan latihan hendaklah
khusus kepada meningkatkan komponen tersebut.

Ozolin (1971), mencadangkan bahawa untuk melihat kesan daripada
prinsip kekhususan, dua ciri lakuan motor digunakan iaitu latihan-
latihan dari sukan yang khusus dan latihan-latihan yang
mengembangkan kebolehan biomotor. Sebagai contoh dalam acara
larian jarak jauh, hampir seratus peratus daripada jumlah latihan
terdiri daripada latihan-latihan khusus manakala dalam acara lompat
tinggi pula, latihan-latihan khusus seperti teknik lompatan
merangkumi hanya 40% dan selebihnya adalah latihan bagi
menguatkan kaki dan lompatan.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 23

Prinsip kebolehbalikan

Prinsip kebolehbalikan merujuk kepada 'kembali kepada keadaan
asal'. Kesan positif yang dialami oleh atlet hasil daripada sesuatu
latihan tidak akan berkekalan sekiranya latihan terse but tidak
berterusan. Seseorang atlet yang berhenti melakukan latihan secara
berterusan akan mengalami penurunan pre stasi fizikal. Sebagai
contoh, otot -otot bertambah kuat hasillatihan behanan akan kembali
ke tahap latihan asal sekiranya berehat dari melakukan latihan
dalam tempoh yang lama.

Masa yang lebih lama diperlukan untuk meningkatkan daya tahan
berbanding dengan penurunannya. Oleh itu atlet perlu menjalani
latihan dalam masa 72 jam selepas sesi latihan terakhir untuk
mengelakkan kemerosotan prestasi fizikal yang ketara. Atlet tidak
seharusnya berehat melebihi tiga hari bagi mengelak kemerosotan
pre stasi fizikal yang ketara.

Prinsip Kepelbagaian Latihan

Latihan yang memakan masa yang panjang serta dijalankan
berulang kali akan menimbulkan kebosanan kepada atlet. Bagi
mengatasi masalah kebosanan dalam latihan, aktiviti latihan boleh
dipelbagaikan tetapi matlamat yang ingin dicapai hendaklah sama.
Sebagai contoh, seseorang atlet renang boleh mengubah kaedah
latihannya dengan cara berbasikal untuk meningkatkan kadar daya
tahan kardiovaskular. Sebaliknya pelumba basikal boleh juga
mempelbagaikan latihan rutinnya dengan aktiviti renang. Keadaan
ini boleh menghilangkan kebosanan di samping dapat menceriakan
atlet tersebut.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 24

KAEDAH LATIHAN FIZIKAL
Pencapaian cemerlang yang dimiliki para atlet kini mencerminkan
pengetahuan dan kemahiran yang mendalam hasil daripada kaedah-
kaedah latihan yang dijalani. Kaedah-kaedah baru, hasil daripada
penyelidikan secara saintifik telah memperkayakan teori dan kaedah
latihan. Kaedah latihan diaplikasikan bersesuaian dengan jenis
sukan dan keperluan atlet, seterusnya membolehkan atlet mencapai
kecergasan optimum serta kejayaan yang cemerlang.
Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan
atau keperluan sistem tenaga seperti:

• Kaedah Latihan Aerobik.
• Kaedah Latihan Anaerobik.

KAEDAH LATIHAN AEROBIK
Latihan aerobik melibatkan pengambilan, pengangkutan dan
penggunaan oksigen dengan berkesan. Latihan aerobik dapat
memperbaiki kapasiti badan untuk menghasilkan ATP menerusi
pemecahan karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan.
Berikut adalah cadangan kaedah-kaedah latihan yang boleh
digunakan untuk meningkatkan kapasiti aerobik:

• Jarak Jauh Perlahan (LSD)
• Fartlek
• Jeda Jarak Jauh

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 25

Latihan Jarak Jauh Perlahan

Kaedah latihan arak jauh perlahan dipraktikkan oleh pelari maraton
atau pelari jarak jauh. Objektif utama latihan ini adalah untuk
membina kecergasan kardiorespiratori dan meningkatkan daya
tahan aerobik. Aspek utama yang ditegaskan dalam latihan ini ialah
jarak dan bukan kelajuan. Lebih lama atau jauh seseorang itu dapat
berlari secara berterusan, maka kesannya adalah lebih baik
terhadap sistem kardiovaskular.

Latihan jarak jauh perlahan dapat mengurangkan tekanan ke atas
sistem kardiovaskular dan respiratori yang baik untuk penyesuaian
daya tahan keseluruhan. Melalui kaedah ini, atlet dapat
melakukannya pada intensiti yang rendah, contohnya antara 60% ke
80% kadar nadi maksimum. Bagi atlet remaja, kadar nadi latihan
adalah melebihi 160 denyutan seminit.

Latihan Fartlek

Kaedah fartlek atau speed play mula diperkenalkan di Sweden.
Latihan fartlek adalah kaedah latihan yang mempelbagaikan
kelajuan larian. Objektif latihan ini adalah untuk meningkatkan daya
tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Latihan ini boleh
dilakukan di lereng-lereng bukit, di tepi pantai, menaiki anak tangga,
di kawasan lapang atau di balapan. Keadaan permukaan tanah yang
pelbagai rupa serta lokasi yang berbeza dapat menimbulkan
keseronokan kepada atlet. Walau bagaimanapun, aspek
keselamatan perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kecederaan
semasa latihan.

Corak latihan ini tidak mementingkan jarak atau masa yang khusus.
Kebebasan diberi kepada atlet untuk menentukan variabellvariabel
yang sesuai dengan latihan seperti jarak, masa dan tempoh

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 26

kelesuan yang mula dirasakan oleh atlet tersebut. Semasa latihan
dijalankan, amalan mengukur kadar nadi hams dititikberatkan.
Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasrni dan
diperkenalkan pada penghujung fasa persediaan umum sehingga
awal fasa persediaan khusus.

Rajah Aktiviti fartlek.

Jeda jarak jauh
Latihan jeda mula diperkenalkan di Jerman oleh Dr. Woldmar
Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 1930-an. Latihan jeda
jarak jauh adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda
kerja dan jeda rehat. Selain daripada meningkatkan sistem
kardiovaskular dan daya tahan otot, latihan ini dapat meningkatkan
ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan kelajuan.
Aktiviti dijalankan berulang-ulang dalam masa yang singkat dan
terdapat masa rehat antara setiap ulangan. Variabel-variabel seperti
intensiti latihan, bilangan ulangan, bilangan set, jeda rehat, jenis
aktiviti dan frekuensi latihan boleh dimanipulasikan mengikut
keupayaan atlet dan objektif program.
Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat
adalah antara 1:½ hingga 1:1 bergantung kepada jarak larian atau
masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian. Contohnya
adalah seperti berikut:

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 27

• Masa larian Masa rehat = 20 minit =
o Masa Rehat = 10 minit
o Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat
1:½

• Masa larian = 5 minit

o Masa rehat = 5 minit
o Nisbah jeda kerja kepadajeda rehat =
o 1:1

Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 ulangan bagi
jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4 ulangan bagi jarak yang
kurang daripada 800 meter bagi satu kali larian. Sementara itu,
jumlah set yang dicadangkan adalah sarna seperti jumlah ulangan,
dan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu
apabila kadar nadi turun kepada 120 denyutan seminit, barulah set
kedua dimulakan.

Cadangan latihan jeda

Aktiviti Larian

Intensiti Latihan Melakukan larian dalam jarak 1500 meter
Jeda Kerja 8 minit
Jeda Rehat 4 minit
Nisbah Kerja Rehat 1:½
Ulangan dan Set 3 kali X 2 set
Aktiviti Jeda Rehat Berjalan aktif
Jeda Rehat Antara Apabila kadar nadi kembali ke 120 d.s.m set
Set dimulakan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 28

KAEDAH LATIHAN ANAEROBIK
Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya
meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja
dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen.
Latihan anaerobik dapat membantu penghasilan tenaga bagi aktiviti
yang memerlukan tenaga serta merta seperti larian 60 meter dan
100 meter, acara renang jarak dekat dan lontar peluru. Kaedah
latihan anaerobik ini hanya dapat menampung latihan berintensiti
tinggi selama lebih kurang satu minit sahaja.
Latihan anaerobik ini dapat membantu atlet meningkatkan
keupayaan tubuh badan untuk membina semula ATP dengan cepat
semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan ini adalah
meningkatkan komponen-komponen kecergasan seperti kelajuan,
kekuatan, daya tahan otot, kuasa dan ketangkasan. Beberapa jenis
latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan dalam latihan
anaerobik adalah:

• Latihan Jeda Jarak Dekat
• Latihan Jeda Jarak Sederhana
• Latihan Pecutan Berulang
• Latihan Plyometrik
• Latihan bebanan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 29

Latihan Jeda Jarak Dekat

Latihan jeda jarak dekat dan jeda jarak sederhana pula memberi
tumpuan kepada peningkatan kapasiti anaerobik.

Dalam latihan jeda jarak dekat, sistem tenaga utama ialah ATP-PC-
LA iaitu kombinasi antara sistem tenaga anaerobik alaktik dan
anaerobik laktik, bergantung kepada jarak, masa lakuan dan intensiti
kerja. Lebih tinggi intensiti kerja bagi jangka masa lakuan yang lebih
singkat maka lebih dominanlah sistem tenaga anaerobik alaktik.
Jadual di bawah menunjukkan garis panduan pelaksanaan latihan
jeda jarak dekat.

Jarak larian 80 – 200 meter

Masa larian 10 – 30 saat

Intensiti latihan 85 – 95 %

Masa rehat antara 40 – 90 saat
ulangan

Masa rehat antara set Apabila kadar nadi turun ke 120
denyut seminit

Nisbah jeda kerja : jeda 1: 3 hingga 1: 4
rehat antara ulangan

Jumlah set per sesi latihan 3 ke 6 set

Aplikasi latihan dalam Penghujung fasa persediaan khusus,
periodisasi latihan sepanjang fasa pra pertandingan dan

tahunan di awal fasa pertandingan

Sukan yang bersesuaian Semua sukan padang, gelanggang,
olahraga (acara pecut dan renang
jarak dekat.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 30

Latihan Jeda Jarak Sederhana

Latihan jeda jarak sederhana memberi tumpuan kepada peningkatan
sistem tenaga anaerobik laktik atau ringkasnya sistem LA. Rehat
antara ulangan dan rehat antara set akan melatih otot untuk
menghasilkan semula ATP secara anaerobik dengan cepat di
samping melambatkan fasa kelesuan. Oleh yang demikian otot-otot
yang telibat dapat bekerja secara anaerobik bagi tempoh yang lebih
lama. Selain daripada itu, latihan ini juga melatih otot untuk bekerja
dengan lebih baik walaupun kandungan laktat darah adalah tinggi.
Jadual di bawah menunjukkan garis panduan pelaksanaan latihan
jeda jarak sederhana.

Jarak larian 300 – 600 meter

Masa larian 40 – 90 saat

Intensiti latihan 70 – 80%

Masa rehat antara ulangan 80 saat ke 3 minit

Masa rehat antara set Apabila kadar nadi turun ke 120
denyut seminit

Nisbah jeda kerja : jeda 1: 2
rehat antara ulangan

Jumlah set per sesi latihan 3 ke 5 set

Aplikasi latihan dalam Sepanjang fasa persediaan
periodisasi latihan tahunan khusus. Diteruskan bagi sukan

berasaskan daya tahan

Sukan yang bersesuaian Semua sukan padang, gelanggang,
olahraga (acara jarak sederhana)
dan renang jarak sederhana dan
jarak jauh.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 31

Latihan bebanan

Latihan bebanan adalah program latihan yang berpusat kepada
penggunaan bebanan seperti dumbel, barbel dan mesin multi-gym
untuk kecergasan otot sama ada bagi meningkatkan kekuatan,
kuasa atau daya tahan otot. Beban dan ulangan kerja bergantung
kepada objektif latihan.

Pada dasamya bebanan yang tinggi iaitu 80% hingga 90% beban
maksimum yang boleh diangkat sekali sahaja atau 1 RM (Repetition
Maximum) dengan ulangan yang sedikit meningkatkan kekuatan
otot. Manakala bebanan yang rendah iaitu (<50 % 1 RM) dengan
ulangan yang banyak antara (l0 hingga 30 kali) meningkatkan daya
tahan otot.

Latihan bebanan melibatkan pengucupan otot secara isometrik,
isotonik dan isokinetik.

• Latihan Isometrik
Isometrik bermaksud daya terhasil tetapi ukuran otot
tidak berubah. Penguncupan otot adalah secara statik. Ini
bermakna apabila senaman dilakukan, otot yang terlibat
menguncup tanpa memendek atau memanjang. Sudut
sendi juga tidak berubah. Sebagai contoh, apabila
seseorang menolak sesuatu objek yang tidak bergerak
seperti menolak din ding dengan siku bengkok.

• Latihan Isotonik
Latihan isotonik juga dikenali sebagai penguncupan otot
dinamik atau penguncupan konsentrik. Konsentrik
bermaksud otot-otot yang terlibat akan memendek semasa
senaman dilakukan. Penguncupan otot akan menghasilkan
tekanan yang konsisten terhadap rintangan yang konstan.
Sebagai contoh, latihan menggunakan barbel dan dumbel.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 32

• Latihan Isokinetik
Latihan isokinetik biasanya dilakukan dengan
menggunakan sesuatu mesin. Latihan ini amat berkesan
kerana tekanan maksimum yang dihasilkan oleh otot
semasa memendek adalah berkelajuan konsisten pada
sudut pergerakan sendi yang maksimum. Dalam latihan ini,
beban ataupun rintangan diubahsuai secara automatik
kepada daya yang dikenakan oleh otot-oto1. Ini
menghasilkan sesuatu daya yang konsisten. Walaupun
penguncupan isokinetik dan isotonik adalah konsentrik iaitu
otot memendek, namun kedua-duanya tidak sama.

Panduan menjalankan latihan bebanan:

• Latihan beban hendaklah dijalankan berdasarkan konsep
intensiti, set dan ulangan.

• Untuk membina kekuatan otot, berat permulaan ialah sub-
minimum, iaitu kira-kira 80% hingga 100% berat
kemampuan maksimum dengan ulangan yang rendah (1
hingga 3 ulangan).

• Untuk membina daya tahan otot, berat beban ialah 20%
hingga 80% daripada berat kemampuan maksimum dengan
ulangan yang tinggi (10 hingga 30 ulangan).

• Untuk membina kuasa, berat beban ialah antara 50%
hingga 80% berat kemampuan maksimum dengan ulangan
sederhana (5 hingga 10 ulangan).

• Apabila kadar nadi menurun dan mencecah 120 denyutan
seminit, peserta akan memulakan set yang seterusnya.

• Jurulatih perlu mengambil kira kadar pemulihan yang
berbeza antara peserta yang menjalani latihan.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 33

Panduan latihan bebanan

Komponen Ulangan Set Intensiti Rehat
Fizikal Maksimum 3-4 95-100 % 2-5 minit
Kekuatan 1-2 RM
maksimum 3-4 85-90% 2- 5 minit
Kekuatan 3- 6 RM 2-4 65-80 % 30-90
8-12 RM saat
Hipertropi
15-45 saat
Kuasa 10-15 60-90 saat

Daya tahan otot 20-50 RM 2-4 30-60 %

Adaptasi 20 – 25 RM 2-4 50 – 60%
Anatomi

Tahap Kecergasan Denyutan Jantung per minit
Sangat cergas Bawah 50 denyutan seminit
Cergas 51 – 69 denyutan seminit
Sederhana 70 – 80 denyutan seminit
Tidak cergas Lebih dari 80 denyutan seminit

Tahap Kecergasan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 34

Cara Menentukan Kadar Nadi Latihan (KNL)
Salah satu cara menentukan Kadar Nadi Latihan untuk

aktiviti daya tahan kardiovaskular adalah dengan menggunkan
formula Karvonen.
FORMULAR KARVONEN
KNL = KNR + peratus intensiiti latihan (KNM – KNR)
KNL : Kadar Nadi Latihan
KNR : Kadar Nadi Rehat
Peratus intensity latihan : 60% hingga 75%
KNM : Kadar Nadi Maksimum
(KNM = 220 – umur)
Contoh Pengiraan:
Kirakan KNL seorang yang berumur 15 tahun dengan KNR 70
denyutan seminit dan intensity latihan antara 60 peratus hingga 75
peratus.
KNL = KNR + % intensiti latihan (KNM – KNR)

Intensiti latihan 60% Intensiti latihan 75%
= 70 + 60/100 [(220-15) – 70] = 70 + 75/100 [(220-15) – 70]
= 70 + 3/5 [205 – 70] = 70 + 3/4 [205 – 70]
= 70 + 3/5 [135] = 70 + 3/4 [135]
= 70 + 81 = 70 + 101
= 151 denyutan seminit = 171 denyutan seminit

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 35

3. PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SUKAN
Kemahiran sukan adalah sukarela, tugas yang diselaraskan dengan
matlamat khusus sukan. Mempelajari kemahiran pergerakan asas
adalah langkah pertama untuk mempelajari kemahiran khusus sukan
untuk prestasi sukan.
Kemahiran sukan diperoleh dalam urutan yang sangat progresif.
Tidak semua kanak-kanak akan memperoleh setiap kemahiran
sama atau pada kadar yang sama, tetapi kebanyakan belia
memperolehnya dalam urutan yang sama. Oleh itu beri diri anda dan
anak anda berehat, sama seperti ketika dia sedang belajar berjalan.
Tuangkan sedikit teh dan pelajari apa perkara menarik yang berlaku
satu batu seminit dalam bungkusan kecil tenaga yang anda panggil
anak anda.
Kemahiran motor (pergerakan) memerlukan pemprosesan visual
yang betul untuk membolehkan tindak balas pergerakan yang betul.
Kemahiran ini juga memerlukan pemprosesan otak yang sesuai dan
corak pemikiran supaya tindak balas akan bermakna dan berkesan.

OBJEKTIF
Pada akhir sesi, peserta akan dapat:

1. Memohon pelbagai teknik latihan berkaitan dengan sukan pilihan
mereka.

2. Untuk memohon jadual maklum balas yang sesuai.

3. Merancang sesi amalan untuk atlet muda.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 36

ATLET MUDA

TEKNIKAL KECERGASAN

PEMEROLEHAN LATIHAN
KEMAHIRAN MULTILATERAL

FOUNDATIONS OF SKILL INSTRUCTION
• Mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh atlet muda.
• Mengetahui cara mengajar.
• Atlet mempunyai kebolehan dan pengalaman yang berbeza.
• Amalan reka bentuk - mencabar dan bermanfaat.
• Penekanan terhadap pelaksanaan berkesan.
• Kualiti Pengajaran sama dengan kualiti prestasi atlet.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 37

Basic of Good Teaching Differences Learning and Performance

LEARNING PERFORMANCE
Perubahan secara relatif kekal dalam prestasi yang Tindakan pelaksanaan kemahiran
berlaku dengan amalan
Tidak boleh diperhatikan atau disimpulkan Boleh dipantau dan boleh diukur
Keputusan dari amalan Hasil dari pengalaman

ATHLETE – Personal Characteristic

TASK ENVIRONMENT

Sensori-Perceptual Tekanan
Pertandingan
Arah Membuat
Kawalan Motor

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 38

PENGAMBILAN KEMAHIRAN
• Fokus pada proses
• Selesaikan pelaksanaan

- Technical

- Tactical
- Mental skill

Kenal pasti fikiran,
perasaan dan tingkah

laku yang penting

Individual Differences CAPABILITIES/
KEMAMPUAN
ABILITIES/ KEBENARAN
l l

Ciri-ciri yang diwarisi dan VS Boleh diubah suai dengan
relatif stabil amalan
l
l
Banyak jenis wujud
l Contohnya. Kekuatan -
boleh dilatih
Kebolehan yang berbeza
untuk tujuan yang berlainan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 39

SKILLS ACROSS AGE

KANAK-KANAK REMAJA DEWASA

Belajar Memperolehi kemahiran Penghalusan dan
kemahiran asas baru dan mengadaptasi penyesuaian
kemahiran ke persekitaran
yang berbeza

REFINEMENT/ PENGHANTARAN

STAGES OF LEARNING

Antonomous
-Tidak sedarkan diri dan mudah
-Boleh menumpukan perhatian mereka
kepada maklumat berkaitan tugas lain
-Keputusan taktikal

Practice / Associated
- Menghalusi corak pergerakan am
- Kesilapan langsung / betul
- Mengubah pergerakan untuk memenuhi
permintaan sukan mereka

Cognitive
- Memaparkan keperluan asas - Banyak soalan

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 40

LEARNING STYLE

VISUAL VERBAL KINESTHETIC

Learning by Listening to Physically
watching instruction performing the

task

KELEBIHAN KEMAHIRAN ATHLETES

Kemahiran - Tahap Kecekapan dalam Tugas yang
Diberi

* Gabungan keupayaan kemampuan atlet dan
pengalaman tugas seorang atlet.

TECHNICAL TACTICAL MENTAL

- Pelaksanaan teknik - Membuat keputusan - Pergerakan yang
pergerakan yang membuat atlet berkesan terhadap

berkesan. mendapat kelebihan pemikiran dan
berbanding lawan
mereka. perasaan atlet.

Atlet yang
mantap dan

yakin

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 41

KLASIFIKASI
KEMAHIRAN

Kompone Organization Control Stability of
Fine Gross Environment
n Kognitif
Open Closed
dan Continuous Discre
Motor te

Serial

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 42

KAWALAN KEMAHIRAN PERGERAKAN

CLOSED LOOP OPEN LOOP

• Maklum balas yang • Maklum balas hanya
digunakan untuk boleh digunakan untuk
penyelarasan tugas seterusnya.
kemahiran berterusan.
• Pergerakan cepat dan
• Pergerakan perlahan balistik
dan berterusan

SPEED ACCURACY

• Penekanan terhadap kelajuan pelaksanaan menyebabkan
pengurangan ketepatan.

• Implikasi - penekanan kepada ketepatan pergerakan
sebelum kelajuan.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 43

TACTICAL SKILLS
Information in the environment

Factors affecting Information
“What to do” “How to do it”

TACTICAL DECISION

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 44

Creating Identify
blueprint of strengths

tactical and
options weaknesses

of
opponents

Based on: DEVELOPING Knows your
TACTICAL competition
- Rules of the SKILLS
sport Adapt

- Knowledge of
team strategy

- Awareness of
respective
roles and
capabilities

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 45

AROUSAL

Pengaktifan
sistem saraf

Salah satu fungsi
yang optimum

MEMORY MENTAL ATTENTION
•Focus
• Kekalkan dan STRATEGY
gunakan
maklumat Membangunkan
terdahulu kemahiran mental

selari dengan
kemahiran mental

dan teknikal*

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 46

WHAT DOES YOUR ATHLETE
NEED?

DEMANDS

TECHNICAL TACTICAL MENTAL

- Speed - Movement - Focus
- Accuracy - Team - Shifting Attention
- Strength - Positional - Arousal
- Power - Strategy - Achieving and
- Coordination - Oppents Style Detection
* eye hand - Competition Level - Managing Energy
* total body - Environment - Managing Pain
- Flexibility * Spectators - Staying Agressive
- Anticipation * Weather - Exercising Patience
- Timing

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 47

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 48

OUTCOME GOALS PERFORMANCE
GOALS
VS
Results/ Targets Evaluation of
performance
irrespective of
outcomes.

ASAS SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN | 49


Click to View FlipBook Version