100 HARI KEPIMPINAN PUAN HAJAH ZAMRA BINTI DERAHMAN PENGARAH POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN Penulis: Mohd Khairulazman bin Hj Abu Bakar Nor Dayana binti Ab Ghafar Norazelina binti Ghazali Syarifah Dyana Balqis binti Syed Muhamad Zulkifli
ISBN: 978-967-0047-31-7 Cetakan Pertama - 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. ©Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Penerbit: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Km 08, Jalan Paka 23000 Dungun, Terengganu www.psmza.edu.my Tel : 09-8400800 / Faks : 09-8458781 Ketua Penulis: Mohd Khairulazman bin Hj Abu Bakar Penulis: Nor Dayana binti Ab Ghafar Norazelina binti Ghazali Syarifah Dyana Balqis binti Syed Muhamad Zulkifli
KANDUNGANI S I KATA ALUAN PENGARAH KATA ALUAN KUKK SIDANG REDAKSI ABSTRAK PRESTASI 100 HARI PSMZA LIPUTAN MEDIA I II 1 2 3 56
Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) atas kerjasama dan komitmen yang berterusan dalam memuatkan kandungan yang pelbagai di sepanjang kepimpinan saya di PSMZA dalam penerbitan buku ini. PENGARAH KATA ALUAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya dapat mengutus sepatah dua kata dalam ruangan 100 Hari Kepimpinan Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin tahun 2023. Harapan saya agar PSMZA terus melakar sejarah dan kejayaan tanpa penghujung dan saya juga mengharapkan aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPPKK) dalam melahirkan graduan berkualiti dan pensyarah yang kompeten dapat direalisasikan seiring dengan perjalanan saya memimpin PSMZA ini. HAJAH ZAMRA BINTI DERAHMAN PENGARAH POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN I Dengan semangat dan inspirasi baharu KPPPKK, saya akan membawa Prinsip 3K - Kebajikan, Keharmonian dan Keberkatan dalam menjadikan asas kepada prinsip kerja setiap warga di PSMZA. Sekian, Wassalam.
Saya mewakili warga Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian 100 Hari Kepimpinan Puan Pengarah dan diharapkan kejayaan demi kejayaan akan terus dicapai sekaligus menaikkan lagi nama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di persada pendidikan tinggi. KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KATA ALUAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinannya dapat jua saya bersama sidang redaksi yang lain menyiapkan buku 100 Hari Kepimpinan Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan jayanya. Sekian, Wassalam. MOHD KHAIRULAZMAN BIN HJ ABU BAKAR KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN II
01 HAJAH ZAMRA BINTI DERAHMAN NORAZELINA BINTI GHAZALI MOHD KHAIRULAZMAN BIN HJ ABU BAKAR SYARIFAH DYANA BALQIS BINTI SYED MUHAMAD ZULKIFLI NOR DAYANA BINTI AB GHAFAR Pengarah Pegawai Media Korporat Ketua Unit Pelatih Pegawai Perhubungan Awam SIDANG REDAKSI 01
ABSTRAK Menjadi seorang pemimpin bermaksud dapat meyakinkan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Seorang pemimpin mempunyai tugas menjadi ketua pasukan dan membantu semua orang melakukan yang terbaik supaya matlamat sebuah organisasi dapat dicapai. Buku ini dihasilkan bertujuan memberi maklumat dan informasi berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 100 hari kepimpinan Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman. 02
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
26 FEBRUARI 2023 HARI PERTAMA LAPOR DIRI Hajah Zamra Derahman mula melapor diri bertugas pada hari ini di PSMZA setelah dilantik secara rasmi dan berkuatkuasa pada 16 Februari 2023 yang lalu. Beliau disambut oleh barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) seawal jam 8 pagi di Lobi Blok Pentadbiran. Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) memperkenalkan barisan AMP seramai 29 orang dalam sesi suai kenal ringkas yang diadakan. Turut sama ialah Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Sementara itu, satu majlis ringkas Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU). Mantan Pengarah PSMZA, Sr Hj. Mohd Fikri Ismail hadir untuk menyerahkan nota tersebut dan disaksikan oleh semua AMP. Selamat datang kepada Pengarah PSMZA yang baharu, Hajah Zamra Derahman dan terima kasih atas segala jasa dan bakti buat mantan Pengarah PSMZA, Sr Hj. Mohd Fikri Ismail yang bertukar ke Politeknik Kota Bharu sebagai pengarah di sana. 03
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) JKA PSMZA 26 FEB 2023 ajlis telah disempurnakan oleh Dr. Riam A/P Chau Mai, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK. Projek PPRN kali ini telah dikendalikan oleh sekumpulan penyelidik PSMZA yang diketuai Ts. Yuzha Usof. Mereka telah mendapat geran PPRN 2022 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menghasilkan produk Flexi Steel Mould for Pre-stressed Half Slab. Dalam ucapan aluan Pengarah PSMZA, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak KLV Engineering selaku pihak industri yang sudi berkongsi kepakaran dalam menjayakan Projek PPRN dan kerjasama yang diberikan kepada penyelidik PSMZA. Turut hadir sama Pengarah Urusan KLV Engineering, Encik Hasniro Hasbullah. Produk Flexi Steel Mould for Pre-stressed Half Slab ini merupakan projek inovasi ini yang boleh dilaras mengikut saiz, tahan lasak dan dilengkapi dengan alat penggetar (vibrator) untuk proses pemadatan konkrit yang mana fungsinya adalah lebih efisyen dan dapat memberi banyak kelebihan berbanding kaedah konvensional. Syabas dan tahniah PSMZA atas kejayaan penghasilan produk yang M 04
komprehensif ini. Produk ini berjaya dihasilkan mengikut spesifikasi dalam tempoh lima bulan dengan kos keseluruhan sebanyak RM 32,340.00. Hadir sama di majlis hari ini ialah Encik Kharil Anuar Shariff, Wakil Bahagian Penyelidikan dan Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi. 05
ajlis ini merupakan simbolik perpisahan antara ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) PSMZA dengan mantan Pengerusi PUSPANITA PSMZA, Puan Zuriah Abdullah disamping meraikan kedatangan Pengerusi PUSPANITA PSMZA yang baharu iaitu Hajah Zamra Derahman. Majlis ini diadakan di Dewan Dagang PSMZA dan disambut meriah dengan kehadiran ahli-ahli PUSPANITA PSMZA. Puan Zuriah telah menyumbang banyak tenaga dan masa selama lima tahun sebagai Pengerusi Puspanita PSMZA. Banyak kejayaan demi kejayaan dilakarkan selama beliau meneraju pimpinan Puspanita PSMZA. Kini Puspanita PSMZA merupakan antara persatuan NGO yang teraktif dan dikenali di daerah ini malahan juga di peringkat JPPKK. Dengan penuh pengharapan semoga peneraju baharu, Hajah Zamra akan terus menjadikan PUSPANITA PSMZA lebih cemerlang dan terbilang. Hadir sama meraikan ialah mantan Pengarah PSMZA, Sr Hj. Mohd Fikri Ismail, Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). MAJLIS TAUTAN KASIH SANJUNGAN BUDI Z&Z M 26 FEB 2023 06
07
PROGRAM DERMA DARAH 8 MAC 2023 eramai 180 penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) tampil menderma darah dalam Program Derma Darah Perdana PSMZA yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mac 2023 di perkarangan Kantin PSMZA. Program ini merupakan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Unit Transfusi Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Para penuntut sangat teruja dengan program tersebut kerana ada dalam kalangan mereka baru pertama kali menderma darah. Menurut Pengarah PSMZA, program yang diadakan dua kali setahun ini merupakan acara tahunan politeknik. Dengan adanya program sebegini, ia merupakan satu peluang untuk para pelajar berbakti kepada negara kerana setiap bag darah yang didermakan itu dapat menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Dalam pada itu, pihak Unit Transfusi Darah HSNZ telah menyediakan sebanyak 17 katil pada hari berkenaan bagi menampung sambutan penderma dalam kalangan pelajar dan kakitangan PSMZA. S 08
8 MAC 2023 PROGRAM MENANDATANGANI AGREED MINUTES OF MEETING ANTARA POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DAN POLITEKNIK ACEH Agreed Minutes of Meeting (AMM) ini merupakan hasil kerjasama strategik yang bakal memberikan impak dan keuntungan jangka masa panjang terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja mahir, berpengetahuan serta kompetitif dalam persekitaran perhubungan industri. Seramai 7 orang delegasi dari Politeknik Aceh (PA) telah hadir dan dibawa meninjau persekitaran makmal dan bengkel pembelajaran Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) di PSMZA. Program ini merupakan anjuran Unit Pengantarabangsaan PSMZA dan telah diadakan di Pusat Sumber PSMZA. Majlis disempurnakan oleh Pengarah kedua- dua institusi iaitu Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA dan Dr. Hilmi, Direktor PA. 09
10
11
12 9 MAC 2023 WATIKAH P E L A N T I K A N M A J L I S P E R W A K I L A N PELAJAR PSMZA 2023/2024 Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSMZA Sesi 2023/2024 telah berlangsung bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) yang disempurnakan oleh Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Watikah tersebut disampaikan kepada setiap Jawatankuasa Kepimpinan MPP bagi sesi baharu 2023/2024. Dalam masa yang sama, turut diadakan Bacaan Ikrar oleh barisan MPP yang dipimpin oleh YDP MPP, saudari Alya Maisarah Noraminizam. Turut hadir Ts. Dr. Mohd Hafizil (TPSA), Encik Mazudi Ramthan (KJHEP), Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Menurut Penasihat MPP, Encik Mohd Faizol Che Mat "MPP sesi 2023/2024 yang diwakili 29 orang pelajar ini merupakan pelajar yang terpilih dalam Pilihan Raya Kampus yang telah berlangsung baru-baru ini." Pengarah PSMZA turut menyatakan hasrat agar barisan MPP kali ini dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya sebagai pemimpin pelajar dan menjadi perantara di antara pihak pengurusan dan pelajar-pelajar dalam memacu kecemerlangan PSMZA. Sekalung tahniah buat semua barisan MPP baharu yang dilantik dan selamat maju jaya.
13
eramah tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada 8 Mac 2023 dengan pencemah undangan khas iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Program anjuran Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am (JPA) dengan kerjasama PUSPANITA PSMZA itu dikhususkan kepada kakitangan dan pellajar perempuan sahaja. Hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Beliau juga turut meluangkan masa mengikuti ceramah yang disampaikan. Ceramah yang memakan masa selama satu jam setengah itu berkisar kepada Petua Kebahagiaan Rumahtangga. Turut hadir ialah Puan Nor Saliza Osman, Ketua Jabatan Pengajian Am. CERAMAH PETUA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA C 9 MAC 2023 14
15
17 MAC 2023 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI Program tersebut telah dilaksanakan di Kampung Dabong Jeli, Kelantan pada 15 - 17 Mac 2023. Program kolaborasi di antara PSMZA dan Kolej Vakasional (KV) Dungun itu telah melibatkan 40 orang pelajar iaitu 20 pelajar PSMZA dan 20 pelajar KV Dungun serta enam orang pensyarah pengiring. Antara khidmat yang diberikan ialah membaikpulih pendawaian elektrik di rumahrumah penduduk yang terpilih. Dalam pada itu, Pengarah PSMZA meluahkan rasa bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan dalam menjayakan program khidmat komuniti ini sekaligus dapat mengenegahkan lagi kemahiran TVET yang ada pada warga PSMZA dan KV baik pelajar mahupun pensyarah. Adalah amat penting untuk setiap dari graduan mempertingkatkan kualiti diri dari sudut kemahiran dan bukan pendidikan di bilik kuliah sematamata. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin, ADUN Dabong. Hadir sama ialah Tuan Haji Mohd Nazri Hashim, Pengarah Kolej Vokasional Dungun. 16 TVET
20 MAC 2023 KARNIVAL Program yang berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA telah dihadiri hampir 500 orang pengunjung yang terdiri dari kalangan pelajar semester 5, alumni PSMZA dan orang ramai yang datang dari seluruh negeri Terengganu. Program anjuran PSMZA bersama PERKESO dan SRC Global itu berlangsung selama sehari bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Ia melibatkan 10 buah syarikat yang membuka kaunter temuduga secara terbuka dan menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan. Antara syarikat yang terlibat ialah SRC Global Resources, TMM Engineering Services, HI-Freeze, Seri Dinamik Enginering, Lezzeti Empire, HRSB Engineering & Construction, Bank Simpanan Nasional, China Communication Construction (ECRL), AMJ Technique dan SIG Tech. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Hadir sama ialah Encik Mohd Sabri Ramli, Pengurus PERKESO Dungun dan Dato' Norhisham Mohd Arifin, CEO SRC Group. Turut hadir ialah Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Berdasarkan statistik pengunjung yang menghadiri temuduga ialah seramai 480 calon, 9 berjaya dan 232 berjaya dalam simpanan. Tahniah kepada semua. PEMADANAN KERJAYA 17
18
ZIARAH RAMADHAN 30 MAC 2023 ersempena bulan Ramadhan yang mulia, Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA telah meluangkan masa menziarahi beberapa orang kakitangan PSMZA yang diuji dengan musibah kesihatan. Beliau turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Kecaknaan dan keprihatian pihak pengurusan PSMZA terhadap kesusahan dan kesulitan kakitangan yang menghadapi sebarang musibah amatlah dipuji dan menjadi amalan di di politeknik ini. Ini selari dengan prinsip yang diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPPKK) yang menekankan prinsip 3K iaitu Kebajikan, Keharmonian dan Keberkatan. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan dan musibah yang dihadapi dan memberikan kesembuhan segera kepada mereka. Turut sama menziarahi ialah kedua-dua timbalan beliau serta beberapa pegawai lain. B 19
20 PRINSIP 3K - KEBAJIKAN, KEHARMONIAN & KEBERKATAN
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN & DEMONSTRASI PENGGUNAAN PEMADAM API 30 MAC 2023 awatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menganjurkan Latihan Pengungsian Bangunan dan Demonstrasi Penggunaan Pemadam Api dengan kerjasama Unit Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitam ilmu dan simulasi praktika dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran serta bagaimana respon dan prosedur selamat yang betul. Seramai 800 orang penghuni asrama terlibat dalam latihan ini dan kesemua Warden Asrama turut turun padang bagi memantau program yang dijalankan. Program dirasmikan oleh Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik). Para pelajar diberikan pendedahan mengenai laluan keselamatan yang telah dikhaskan dan perlu digunakan dalam situasi kecemasan. Selain itu, demonstrasi penggunaan pemadam api juga telah ditunjukkan untuk memastikan para pelajar memahami cara penggunaannya dan dapat bertindak dengan betul sekiranya kejadian kebakaran berlaku. J 21
Dengan pelaksanaan program seumpama ini, PSMZA telah berjaya memenuhi keperluan yang penting dalam memastikan para pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan berkaitan apabila menghadapi kecemasan ketika berada di kampus. Kesedaran keselamatan sememangnya perlu diberikan kepada para pelajar kerana ia membantu meningkatkan kesedaran dan meminimumkan risiko terhadap kejadian kecemasan yang tidak diingini. Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA mengucapkan terima kasih kepada pihak JPKK dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan latihan ini. Diharapkan kesemua yang terlibat dapat memanfaatkan pengetahuan dan latihan yang diberikan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain di sekeliling. 22
LAWATAN PENGARAH PSMZA KE 28-30 MAC 2023 Lawatan pengarah PSMZA ke Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) pada 28 Mac 2023. 23 JABATAN DAN UNIT
24 Lawatan pengarah PSMZA ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pada 28 Mac 2023. Lawatan pengarah PSMZA ke Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) pada 30 Mac 2023.
rogram tersebut berlangsung selama sehari bertempat di pekarangan kantin PSMZA. Program memasak dan pengagihan bubur lambuk itu merupakan hasil kolaborasi PSMZA melalui majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSMZA dengan kerjasama PTPTN. Ia merupakan satu program khidmat sosial (CSR) pihak PTPTN dengan PSMZA bagi berkongsi rezeki sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Penyediaan bubur lambuk itu disediakan secara bergotong royong dalam kalangan kakitangan PSMZA, PTPTN dan para pelajar. Sebanyak hampir 1000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan untuk diagihkan kepada pelajar dan kakitangan, pengawal keselamatan, pekerja kebersihan, dan juga komuniti sekitar. Program telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan PTPTN, Encik Mohd Rusdi Ismail. Turut hadir ialah Ts. Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik dan Ts. Dr. Mohd Hafizil, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Turut sama turun padang ialah Puan Azizah Nasik@Abd Rashid, Pengurus Besar PTPTN Negeri Terengganu dan Encik Jusuraimi Jusoh, Pengurus PTPTN Dungun. PROGRAM IMARAH RAMADAN P 3 APRIL 2023 (IMRAN) PTPTN 25
Sementara itu, Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh pihak PTPTN dan tidak lupa juga kepada semua warga kerja jawatankuasa kakitangan serta pelajar yang menjayakan program ini. . Semoga program sebegini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang sekali gus dapat menghidupkan amalan bersedekah di bulan Ramadan. 26 IMRAN DAPAT MENGERATKAN UKHWAH SILATURRAHIM ANTARA PTPTN & PSMZA
PROGRAM KESEDARAN DALAM PENCEGAHAN PENYAKIT DEMAM DENGGI & KAWALAN NYAMUK AEDES 4 APRIL 2023 awatankuasa Keceriaan Bangunan dan Landskap PSMZA bersama Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah mengadakan program kesedaran dalam pencegahan penyakit demam denggi dan kawalan nyamuk aedes di PSMZA pada 4 April 2023 bermula jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Gelanggang Futsal dan sekitar 5 Zon kawasan PSMZA. Program ini telah melibatkan seramai 68 orang Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan, AJK Pemantauan Keceriaan Bangunan dan Landskap serta wakil staf pentadbiran PSMZA. J Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Hj. Ahmad Asri Ibrahim, Pegawai Perubatan & Kesihatan merangkap Ketua Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun. 27
Objektif program ini adalah bagi mengurangkan densiti vektor utama demam denggi iaitu nyamuk aedes di kawasan kampus serta meminimumkan risiko jangkitan virus denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran staf serta pekerja kontraktor kebersihan terhadap tahap kebersihan kawasan pejabat, bengkel, kamsis, kuarters dan kawasan persekitaran PSMZA. 28 Semoga PSMZA sentiasa berada di dalam persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada risiko jangkitan penyakit demam denggi.
rogram Ramadhan Free Market (RFM) PSMZA 2023 telah diadakan bertempat di Dewan Dagang dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung dalam kalangan kakitangan PSMZA dan juga pekerja kontrak kebersihan. Turut turun padang meninjau kemeriahan ialah Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Beliau meluahkan rasa teruja dan ingin program sebegini diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ia menunjukkan keprihatinan kita kepada komuniti yang memerlukan. Dalam masa yang sama, kaunter pembayaran zakat fitrah turut dibuka bagi yang ingin membayar zakat. Program anjuran SClub & PUSPANITA PSMZA ini merupakan program tahunan berbentuk pengumpulan baju- baju terpakai yang masih baharu untuk disedekahkan kepada yang memerlukan khususnya warga PSMZA. PSMZA 2023 P 5 APRIL 2023 29 RAMADAN FREE MARKET
ekali lagi tercatat dalam lipatan sejarah bagi pembangunan Koperasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (KOSMIZ) yang berjaya dinobatkan sebagai salah sebuah Top 350 Koperasi Terbaik Di Malaysia daripada jumlah hampir 4500 buah koperasi yang ada. Penganugerahan itu diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Penilaian bagi pengiktirafan anugerah ini adalah merangkumi aspek pengurusan kewangan, kompetensi pengurusan, pematuhan perundangan, kelestarian perniagaan, kepuasan anggota serta keyakinan masyarakat. Proses penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian SKM berdasarkan piawaian ketat yang telah ditetapkan. bagi menerima sijil pengiktirafan tersebut. Kejayaan KOSMIZ ini adalah pelengkap di atas kejayaan sebelumnya yang pernah dinobatkan sebagai koperasi IPT terbaik Negeri Terengganu dan dicalonkan ke peringkat kebangsaan sempena sambutan 100 Tahun Koperasi pada tahun 2022. Semoga kejayaan ini menjadi kebanggaan seluruh warga PSMZA dan memberi suntikan semangat untuk terus bersama membangunkan KOSMIZ. KOPERASI PSMZA DINOBATKAN S 6 APRIL 2023 Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar Dan Pembangunan) SKM yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Ibu Pejabat SKM Kuala Lumpur, PengerusiPengerusi Koperasi terpilih serta tetamu-tetamu jemputan. Pengerusi Koperasi PSMZA, Tuan Haji Kairol Azaha Mohamed hadir TOP 350 KOPERASI TERBAIK DI MALAYSIA 30
ZIARAH KEBAJIKAN 6 APRIL 2023 ajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA mengetuai delegasi Pengurusan Tertinggi PSMZA menziarahi saudara Mohd Nuzulshafwan Aris, Ketua Pengawal Keselamatan yang telah mengalami kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu. Turut sama menziarah ialah kedua- dua timbalan beliau, Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Puan Pengarah turut menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban saudara Mohd Nuzulshafwan dan mendoakan kesihatan beliau untuk kembali bekerja seperti biasa. H 31
12 APRIL 2023 MAJLIS IFTAR PERDANA & TADARUS AL-QURAN PSMZA hari ini telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana & Tadarus AlQuran bertempat di Pusat Islam PSMZA. Program kerjasama Pusat Islam dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dilaksanakan dengan meriah sekali dan mendapat kerjasama dari semua kakitangan PSMZA. Program bermula seawal jam 8 pagi dengan bergotong-royong menyembelih seekor lembu. Juadah berbuka puasa disediakan secara bergotong-royong yang melibatkan semua kakitangan PSMZA. Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA turut meluangkan masa turun padang bersama-sama memasak gulai kawah. Di sebelah petangnya, majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran Al-Karim oleh pelajarpelajar pondok dan tahfiz dan dipimpin oleh Ustaz Zahari Yusof, Pensyarah Kanan JPA. Majlis disempurnakan oleh Puan Pengarah PSMZA. Turut diselitkan penyerahan sumbangan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Pembangunan Ekokomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada pelajarpelajar PSMZA. Turut diraikan anak-anak yatim Maahad Tahfiz Perkaya Terengganu. Terima kasih kepada semua penyumbang sama ada dari segi kewangan dan tenaga dalam menjayakan program hari ini. 32
33
engambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pengagihan bakul kasih Ramadhan bagi membantu golongan yang memerlukan. Program Bakul Kasih Ramadhan ini adalah merupakan pemberian bantuan berbentuk barangan keperluan dapur bagi meringankan beban golongan tersebut. Pengagihan di JMSK telah disempurnakan oleh Ts. Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik. Bakul yang berisi meringankan beban mereka sekaligus mendekatkan lagi hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat serta dapat membudayakan kasih sayang dan sikap prihatin PSMZA. PENGAGIHAN BAKUL KASIH RAMADAN 2023/1444H M 17 APRIL 2023 keperluan asas dapur itu adalah hasil daripada sumbangan kakitangan JMSK juga warga PSMZA yang lain. Ia dapat dimanfaatkan oleh 105 buah keluarga B40. Golongan sasaran penerima bantuan ini terdiri daripada kalangan warga PSMZA, pengawal keselamatan, pekerja am dan komuniti sekitar. Dalam pada itu, Hajah Zamra Derahman mengharapkan program ini sedikit sebanyak dapat 34
19 APRIL 2023 WEBINAR: INTRODUCING ASSISTED REALITY - EXPLORING ITS POTENTIAL FOR TVET INSTITUTIONS Program ini telah dianjurkan oleh rakan industri iaitu Bintara Solutions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) PSMZA. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan teknologi realiti berbantu dan potensinya buat institusi TVET. Webinar ini bertujuan untuk memberi gambaran keseluruhan teknologi, aplikasinya dalam TVET dan faedah serta cabaran penggunaannya. Antara ahli panel yang terlibat terdiri daripada Ts. Nor Faiz Muhammad Noor, Pengarah Urusan, Bintara, Mr. Roberto Galbiati, Regional Sales Director South East Asia, RealWear, Inc. dan Mr. Jenzsu Hsu, ISV Technology Lead, Asia Pasific Zoom Video Communications, Inc. Program ini berlangsung selama 2 jam termasuk sesi perbentangan dan soal jawab. Webinar ini menfokuskan tajuk "Benefits and Challenges of Using Assisted Reality in TVET" bagi Sesi 2 dan "Empowers TVET with Zoom-Enabled Wearable Technology" bagi Sesi 2. 35
36
19 APRIL 2023 PEMBENTANGAN & PROMOSI PSH DI PEJABAT DAERAH DUNGUN 37 Hajah Zamra Derahman mengambil peluang menghadiri Mesyuarat Focus Group Daerah Dungun dengan tujuan membuat pembentangan dan promosi berkaitan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Jutaan terima kasih buat Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun atas sambutan baik dan ruang yang diberikan untuk mempromosikan PSH yang ditawarkan di PSMZA.
agi ini telah diadakan satu Sesi Lapor Diri Pemangkuan PPPT DH52 dan taklimat bersama Pengarah PSMZA bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU). Puan Pengarah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua PPPT yang berjaya dalam kenaikan gred pemangkuan DH52 yang diumumkan barubaru ini. Beliau juga turut berpesan agar PPPT yang melapor diri hari ini dapat meneruskan momentum kecemerlangan demi kemantapan pendidikan PSMZA. Turut sama dalam majlis ialah Ts. Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Hadir sama ialah urusetia kenaikan pangkat, YM Sharipah Anisah Syed Othman, Pegawai Eksekutif Tertinggi. Tahniah kepada semua PPPT yang berjaya. P 2 MEI 2023 LAPOR DIRI BERTUGAS PEMANGKUAN PPPT DH52 38
3 MEI 2023 KUNJUNGAN berkaitan ruang-ruang kolaborasi yang boleh diadakan antara keduadua institusi bagi pembangunan pendidikan pelajar. Terima kasih kepada delegasi atas kunjungan. Semoga apa yang dibincangkan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. PSMZA menerima kunjungan beberapa orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Delegasi JHEAT diketuai Encik Kamal Mamat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (Pencegahan & Siasatan) JHEAT. Bersama dalam delegasi ialah Encik Husni Hamidi Mohd Hamdan, Penolong Pesuruhjaya (Operasi) JHEAT. Turut sama ialah Encik Muhsin dan Encik Fadhil dari Pejabat Agama Daerah Dungun. Delegasi tersebut telah disantuni Ts. Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA dan beberapa pegawai kanan PSMZA. Dalam pertemuan ringkas tersebut, turut diadakan perbincangan HORMAT BAHAGIAN PENGUATKUASA JHEAT KE PSMZA 39
SAMBUTAN AIDILFITRI JKR DUNGUN 3 MEI 2023 ajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA telaH memenuhi jemputan bagi jamuan Aidilfitri Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun bertempat di Dewan JKR Dungun. Sebagai 'orang baharu' di Dungun, beliau menggunakan kesempatan ini dan mengambil peluang untuk bersuai kenal, beramah mesra dengan rakanrakan sepenjawat serta mencari ruang kolaborasi yang boleh diadakan bersama agensi- agensi setempat yang ada. Ir. Mohd Al Azhar Ali, Pengarah JKR Dungun turut meluangkan masa menyantuni beliau. Turut ditemui Pengarah Agensi Anti dadah Kebangsaaan (AADK) Daerah Dungun, Encik Yusri Mohd dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Fairul Hisyam Mat. H 40
41
8 M E I 2 0 2 3 MAJLIS FLAG OFF KONTIJEN PSMZA KE KEJOHANAN turut mendoakan kemenangan dapat dibawa pulang. Selain daripada suntikan semangat, beliau juga turut berpesan agar menjaga diri dan nama baik PSMZA di sana nanti. Turut sama dalam majlis ringkas itu ialah Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA) serta beberapa pegawai kanan. Selamat berjuang Pasukan FIRA PSMZA! Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA telah meluangkan masa untuk satu majlis ringkas flag off Kontijen PSMZA yang menyertai Kejohanan FIRA Cup Malaysia Ke-16 2023 bertempat di Politeknik Seberang Prai pada 8 hingga 12 Mei 2023. PSMZA akan menyertai kategori Airdrone (Autonomous Drone Line Challenge, Emergency Delivery and Tower Inspection & Drone Race (FPV) Mybot (Autonomous Racing Car & Gladiator & warrior), Aibot (Voice Command Challenge & Parking Challenge) dan Simurosot (Autonomous Racing Car Challenge & Autonomous Drone Simulation Challenge). Dalam ucapan ringkas, Puan Pengarah menyatakan hasrat kepada para peserta agar membuat yang terbaik dan FIRA CUP MALAYSIA KE-16 2023 42
43