The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menjadi seorang pemimpin bermaksud dapat meyakinkan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Seorang pemimpin mempunyai tugas menjadi ketua pasukan dan membantu semua orang melakukan yang terbaik supaya matlamat sebuah organisasi dapat dicapai. Buku ini dihasilkan bertujuan memberi maklumat dan informasi berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 100 hari kepimpinan Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mkhairulabakar, 2024-05-07 23:45:03

100 HARI KEPIMPINAN PENGARAH PSMZA

Menjadi seorang pemimpin bermaksud dapat meyakinkan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Seorang pemimpin mempunyai tugas menjadi ketua pasukan dan membantu semua orang melakukan yang terbaik supaya matlamat sebuah organisasi dapat dicapai. Buku ini dihasilkan bertujuan memberi maklumat dan informasi berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 100 hari kepimpinan Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman.

Keywords: 100 HARI

ajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA memenuhi undangan Majlis Sambutan Hari Raya di Perkarangan Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Beliau sempat beramah mesra bersama YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan beberapa orang dif yang lain. Beliau turut berkongsi berkaitan pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di PSMZA yang mensasarkan kelompok industri, agensi, komuniti dan pelajar. Hadir sama, Ketua Unit Latihan dan Encik Tarmizi Muhamad, Pendidikan Lanjutan (ULPL) dan Ts. Mohamed Kamel Ali, Pengurus PSH. H 8 MEI 2023 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) 44


PROGRAM MAHABBAH PSMZA 2023 SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI 1444H 9 MEI 2023 abatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Kelab Kakitangan PSMZA (SClub) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSMZA telah menganjurkan Program Mahabbah PSMZA bertempat di Tapak Pesta Konvokesyen. Program yang menjadi rutin setiap kali menjelang Aidilfitri itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran semua staf J dan pelajar serta jemputan-jemputan daripada agensi luar dan komuniti setempat. Antara jemputan yang hadir ialah dari Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Jabatan Kerja Raya Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun. Program sambutan kali ini dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Mei 2023. Seusai sahaja agenda perhimpunan bulanan, majlis diteruskan dengan jamuan juadah Aidilfitri. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya yang dimainkan sendiri oleh Kelab Kebudayaan pelajar-pelajar PSMZA. Puan Pengarah juga dilihat tidak menang tangan melayani tetamu yang hadir dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. 45


46


Program anjuran Kelab Kebajikan Staf Jabatan Kejuruteraan Eletrik (JKE) ini diadakan di Dewan Serbaguna PSMZA. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan persaraan Puan Norliza Kassim yang akan bersara pada 1 Jun 2023. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA dan kedua-dua timbalan beliau, Ts. Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama semua staf JKE. Selamat bersara diucapkan buat Puan Norliza Kassim dan terima kasih atas segala jasa bakti sepanjang perkhidmatan di PSMZA khususnya. MAJLIS SANJUNGAN BUDI PUAN NORLIZA KASSIM 9 MEI 2023 47


11 MEI 2023 MAJLIS RAIKAN SYAWAL ZON KAPAS Majlis sambutan Aidilfitri diadakan di Lobi Blok Pentadbiran atau Zon Kapas, PSMZA yang melibatkan Unit Khidmat Pengurusan, Unit Kewangan, Unit Peperiksaan dan Unit Komunikasi Korporat. Majlis juga diselitkan dengan bacaan doa selamat untuk Puan Pengarah yang akan mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 16 Mei 2023 nanti. Pembahagian zon di PSMZA ini merupakan hasil daripada pembahagian zon EKSA seperti yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan EKSA Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama- nama zon EKSA di PSMZA ini pula adalah diambil daripada nama-nama pulau di Malaysia. Semoga jamuan dan sambutan sebegini menjadi asbab keakraban dan jalinan silaturahim dalam kalangan staf di sini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari ini dan terima kasih juga kepada undangan yang hadir. 48


49


11 M E I 2 0 2 3 PELAJAR PSMZA RAIH EMAS DALAM SUKAN SEA KE-32 KEMBOJA 2023 Tahniah buat Muhammad Izzul Irfan Marzuki, pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) yang berjaya menggondol pingat emas buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023. Beliau telah berjaya menyumbang pingat emas ke tiga buat kem Malaysia bagi acara silat Kelas D Putra (bawah 65 kilogram) menewaskan pesilat dari Indonesia. Dalam pada itu, Hajah Zamra Derahman merakamkan ucapan tahniah kepada beliau melalui panggilan video dan menyatakan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai. Syabas atas lakaran kejayaan sekaligus menaikkan lagi nama PSMZA di persada luar. Penglibatan sukan di IPT adalah penting kerana dapat melahirkan generasi profesional yang dapat memberi sumbangan besar kepada pembangunan sahsiah negara. 50


MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA PETRONAS PANTAI TIMUR 11 MEI 2023 51 Pengarah PSMZA memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PETRONAS Pantai Timur di Kelab Golf & Rekreasi Petronas (KGRP) bersama Puan Aida Azmila binti Azmi, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Menyantuni beliau ialah Encik Mohammad Ahmad Shazly Ramli, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur.


SMZA telah menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) bersama Universitas Ibnu Sina dan Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina bertempat di Dewan Kuliah Utama UIS pada 12 Mei 2023. Delegasi PSMZA seramai 33 orang termasuk 19 pelajar dan 14 pensyarah serta pegawai kanan diketuai Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Delegasi PSMZA telah terlibat dengan program Corporate Sosial Responsibility (CSR) antarabangsa yang berkolaborasi dengan institusi UIS dan STAI di kawasan komuniti daerah Batam. Antara kandungan AMM yang dimenterai ialah program pertukaran pelajar dan pensyarah di antara ketiga-tiga institusi serta perkongsian kepakaran serta berkolaborasi dalam seminar dan pembentangan hasil penyelidikan dan lain-lain lagi. Semoga AMM ini menjadi jalinan keakraban silaturahim serta rakan yang strategik di antara Malaysia dan Indonesia. AGREED MINUTES OF MEETING: P 13 MEI 2023 PSMZA & UIS-STAI, BATAM, INDONESIA 52


53


elah berlangsung majlis penyerahan dokumen AMM antara PSMZA dan SICEC bertempat di Pusat Sumber PSMZA pada 16 Mei 2023. Delegasi SICEC yang hadir adalah seramai enam orang diketuai Mr. Kasfee Domae, Timbalan Pengarah SICEC. Antara kandungan AMM yang dimeterai ialah perkongsian kepakaran dan jaringan kolaborasi pintar antara kedua-dua institusi yang mana dapat memberi peluang dan nilai tambah disamping dapat meningkatkan kompentensi pensyarah dan pelajar PSMZA. Selain majlis menandatangani persefahaman yang telah dijalankan, PSMZA juga mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan Building Information Modelling (BIM) kepada staf akademik SICEC. Semoga jalinan ini akan berterusan dan memberi manfaat besar kepada para staf dan juga pelajar kedua-dua institusi. T 16 MEI 2023 AGREED MINUTES OF MEETING SUNGAIKOLOK INDUSTRIAL & COMMUNITY EDUCATION COLLEGE (SICEC) THAILAND 54


55


KOLEKSI LIPUTAN MEDIA 56


57


58


59


60


61


62


63


64


65


66


67


68


69


70


BIBLIOGRAFI Ilham, R. (2023, March 20). Lepasan SPM disaran ikuti pengajian di politeknik. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/947921/lepasan-spm-disaran-ikuti-pengajian-di-politeknik? topicID=167&articleID=947921 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. [@mypsmza]. (n.d.). PSMZA. [TikTok profile]. TikTok. Retrieved February 26, 2023, from https://www.tiktok.com/@mypsmza MyPSMZA Portal. (n.d.). Home [Facebook page]. Facebook. Retrieved February 26, 2023, from https://www.facebook.com/mypsmza MyPSMZA Portal. [@mypsmza]. (n.d.). Posts [Instagram profile]. Instagram. Retrieved February 26, 2023, from https://www.instagram.com/mypsmza Nurfujitania, N. (2023, May 13). Universitas Ibnu Sina Batam Jalin Kerjasama dengan Politeknik Sultan Mizan Abidin Malaysia. Sudut Batam. https://batam.pikiran-rakyat.com/batam/pr-2306656068/universitasibnu-sina-batam-jalin-kerjasama-dengan-politeknik-sultan-mizan-abidin-malaysia Rohmadi, A. (2023, May 13). UIS Batam Teken Kerjasama dengan Politeknik Sultan Mizan Abidin Malaysia - Spirit Kepri. UIS Batam Teken Kerjasama Dengan Politeknik Sultan Mizan Abidin Malaysia - Spirit Kepri. https://www.spiritkepri.com/nasional/6128768422/uis-batam-teken-kerjasama-denganpoliteknik-sultan-mizan-abidin-malaysia TRDI News. (2023a). Zamra Terajui PSMZA. TRDI News. https://www.trdi.my/zamra-terajui-psmza? fbclid=IwAR0pgLxLg99h8_bDxX_krjOIg24YYJMVxer8rSdiozEsF3u6BaIRfW4PWcE TRDI News. (2023b). PSMZA Hasilkan Produk Inovasi Pembinaan. TRDI News. https://www.trdi.my/psmza-hasilkan-produk-inovasi-pembinaan TRDI News. (2023c). PSMZA, Kolej Vokasional Dungun Jayakan Khidmat Komuniti Dabong. TRDI News. https://www.trdi.my/psmza-kolej-vokasional-dungun-jayakan-khidmat-komuniti-dabong TRDI News. (2023d). Lebih 400 Hadir Temuduga Karnival Pemadanan Kerjaya. TRDI News. https://www.trdi.my/lebih-400-hadir-temuduga-karnival-pemadanan-kerjaya? fbclid=IwAR1fzyxESGGxa5QENyIta6DT1MszacgaTKgIETM3P15KBLlMM7-5K8Ew25I TRDI News. (2023e). Ziarah Ramadan PSMZA Bantu Pulihkan Semangat Kakitangan Ditimpa Musibah. TRDI News. https://www.trdi.my/ziarah-ramadan-psmza-bantu-pulihkan-semangat-kakitangan-ditimpamusibah?fbclid=IwAR3WC_7sMxZLTmdo5DB1F2jq3Pawbw9l7jtXQanzuQvTiEBxq1ZrLJ4zIWA TRDI News. (2023f). PSMZA Agih Sumbangan Kepada 150 Golongan B40. TRDI News. https://www.trdi.my/psmza-agih-sumbangan-kepada-150-golongan-b40? fbclid=IwAR3bKWhD19Q5wGhpHeMQU46cL5XxQlFZ5iRHmxkCeT2QQGpLbF43eD64-A8 TRDI News. (2023g). Pelajar Politeknik Dungun Gondol Emas di Sukan SEA. TRDI News. https://www.trdi.my/pelajar-politeknik-dungun-gondol-emas-di-sukan-sea TRDI News. (2023h). Terapkan Sikap Sayang Alam Sekitar Kepada Generasi Muda. TRDI News. https://www.trdi.my/terapkan-sikap-sayang-alam-sekitar-kepada-generasi-muda TRDI News. (2023i). Warga Politeknik Dungun Tabur Bakti Di Batam. TRDI News. https://www.trdi.my/warga-politeknik-dungun-tabur-bakti-di-batam TRDI News. (2023j). Warga Politeknik Dungun Tabur Bakti Di Batam. TRDI News. https://www.trdi.my/warga-politeknik-dungun-tabur-bakti-di-batam Unit Komunikasi Korporat PSMZA. (n.d.). Home [Facebook page]. Facebook. Retrieved February 26, 2023, from https://www.facebook.com/profile.php?id=100064903865459 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 71


PENGHARGAAN & TERIMA KASIH Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PSMZA atas kerjasama dan sumbangan idea bagi menjayakan cetakan pertama bagi menghasilkan buku Kepimpinan 100 Hari Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ini. Ikhlas Daripada Unit Komunikasi Korporat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


psmza.mypolycc.edu.my [email protected] 09-8400800 / 0822 Unit Komunikasi Korporat PSMZA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman


Click to View FlipBook Version