The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26122347, 2021-08-13 11:06:36

ADA SYURGA DI HATIMU

ADA SYURGA DI HATIMU

ADA SYURGA DI HATIMU
Versi Digital 2015 ©

Diterbitkan oleh : Aras Publisher

Hakcipta Terpelihara Nurdiyanah Md Tahir
Ehati centre ehati.com

PENAFIAN

Pihak penerbit berusaha sedaya upaya memastikan
buku (ebook) yang diterbitkan ini mengandungi

maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi
subjek yang dibincangkan.

Penerbit ebook ini tidak boleh dianggap memberikan
khidmat perundangan, perakaunan, atau khidmat
profesional yang lain kepada pembaca.

Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila
dapatkan nasihat dan khidmat professional daripada

pakar yang berkelayakan.

Ebook ini dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987
dan

Akta Cap Dagangan 1976 Undang-undang Kerajaan
Malaysia

Anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau
mencetak semula ebook ini malah mengedarkannya
secara percuma kepada sesiapa samada melalui apa
jua kaedah media bercetak atau elektronik sekalipun.

Sahabat, ADA SYURGA DI HATIMU | 1

Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Begitu juga
hadirnya buku ini di tanganmu. Izinkan dirimu untuk
menyedari bahawa doa-doamu sedang dimakbulkan,
Doa untuk kebahagiaan dan kedamaian hatimu.

Berhentilah mencari kebahagiaan di luar. Dan izinkan
dirimu untuk berhenti sebentar, hening dan
menyedarinya. Akhirnya kau akan menyedari bahawa
ada syurga di hatimu.

Buku ini ku hadiahkan buat mu, belahan jiwaku.

Kerana kau adalah anugerah terindah hidup ini.
Berbahagialah!

Sahabat hatimu,

Diyana Tahir

BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN BUKU INI? ADA SYURGA DI HATIMU | 2

 Cukup buka fikiran dan hatimu. Dan izinkan dirimu
menjawab sejujurnya setiap soalan di dalamnya.

 Bukan seberapa banyak yang kau baca, tetapi seberapa
dalam ia menyentuh hatimu, itulah yang membawa kepada
kedamaian di hatimu. Jadi cukup satu tajuk direnungkan
untuk setiap hari.

 Lakukan pelan tindakan yang telah diberikan dan izinkan
dirimu untuk melakukan perubahan kecil setiap hari. Sebab
perubahan tidak cukup dengan kesedaran yang tersimpan di
hati, tetapi perubahan yang mendamaikan ketika kau
mengizinkan dirimu melakukannya. Segala hal yang besar
bermula dengan hal yang kecil.

 Sediakan satu buku jounal untuk menuliskan kesedaran
yang didapatkan setelah menjalankan pelan tindakan setiap
hari. Sebab ketika kau menuliskannya, kesedaran itu menjadi
lebih mednalam di dalam hatimu.

 Izinkan Sang Maha Perancang dan Yang Maha Bijaksana
menyusun hidupmu. Berserah dan berterima kasihlah.

APAKAH YANG AKAN DI DAPATKAN DARI BUKU INI?

 Soalan yang membuka fikiran dan hatimu untuk melihat
dengan lebih jelas ruang-ruang gelap yang merindui cahaya
kasih sayang dalam dirimu.

 Refleksi yang ringkas namun cukup untuk dijadikan bahan
renungan seharian. Sebab kebijaksanaan sebenar ialah ketika
hening, merasakan dan menikmatinya.

 Tindakan yang membawa kepada perubahan kecil yang
memberi kesedaran yang mendalam. Hanya jika kau izinkan
dirimu untuk melakukannya. Jadi izinkanlah!

“TUGAS SEORANG GURU ADA SYURGA DI HATIMU | 3
BUKANLAH UNTUK

MEMUASKAN FIKIRANMU.
TETAPI UNTUK MENUNJUKKAN

JALAN SUPAYA KAU JALANI
DAN RASAKAN SENDIRI

KEMANISAN DAN KEINDAHAN
YANG ADA DI SEPANJANG
PERJALANANMU.”

- DIYANA TAHIR

1 ADA SYURGA DI HATIMU | 4

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA
KETIKA TUHAN BELUM

MEMAKBULKAN DOAKU,
DIA SEDANG MENAMBAH

KESABARANKU"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 5
1. Apakah Impian dan harapan yang seringku doakan?

…………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….

1. Seberapa yakinkah diriku bahawa Tuhan Maha
Memakbulkan segala impian dan harapanku?

……………………………………………………………………………………………….

1. Berapakah skala keyakinanku bahawa ia akan dimakbulkan?
(1 =kurang yakin, dan 10 = sangat yakin)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

4. Apakah hikmah atau berkah doa ini Belum di makbulkan?
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
REFLEKSI

Setiap kali mendoakan impian dan harapan kita selalu berdoa;
"Ya Allah aku berharap mempunyai/agar dapat ....ini dan ini."
Hari ini ketika berdoa ucapkanlah..
"Terima kasih Ya Allah kerana TELAH MENYEDIAKAN (impian
/harapanku) yang terbaik buatku”
Sebab sebagaimana Dia Yang Maha Memulakan sesuatu, Dia
jugalah yang Maha Mengakhirkan sesuatu.

Dan ketika kita mengucapkan terima kasih, itu adalah tanda ADA SYURGA DI HATIMU | 6
keyakinan pada-NYa sangat kuat. Terima kasih adalah bukti kita
yakin segalanya sudah tersedia buat kita. Dan Allah mengikut
sangkaan dan keyakinan kita. Bukan mengikut apa yang kita
mahu.

PELAN TINDAKAN

Yang perlu aku lakukan supaya doaku ini dapat diikhlaskan ialah:

………………………………………………………………………………………………………………….

Doaku ialah:

Terima kasih Ya Allah kerana telah……………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

2 ADA SYURGA DI HATIMU | 7

" KEDAMAIAN HADIR KETIKA
AKU PILIH UNTUK

MENJADIKAN PERBEZAAN
DI ANTARA KITA SEBAGAI

BUMBU PERTUMBUHAN
SPIRITUAL BUKAN MENJADI
BUMBU PERSENGKETAAN."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 8

Siapakah yang sering menggangu dan menyakiti hatiku?
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

Apakah mungkin berpunca dari perbezaan pendapat, sikap,
sudut pandang dan pilihan dalam hidup?

REFLEKSI
Perbezaan antara diriku dan orang yang menggangguku ialah:
i.
ii.
iii.

PELAN TINDAKAN
Dari perbezaan ini, aku dapat belajar sesuatu iaitu:
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

3 ADA SYURGA DI HATIMU | 9

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA
YANG PERLU BERUBAH
BUKAN PASANGANKU,
BUKAN KELUARGAKU,

BUKAN KERJAKU, BUKAN
PENDAPATANKU DAN BUKAN

SEMUA YANG DI LUARKU.
TETAPI YANG DI DALAM.

UBAH SIKAPKU!"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 10

Bayangkan diriku ada kehidupan yang sangat bahagia dan
boleh memiliki apa sahaja tanpa batas. Apakah satu-satunya
sikap negatif yang boleh aku ubah supaya sikap ini tidak
menggangu kebahagianku?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Apakah benefit yang aku dapatkan dengan berterusan dengan
sikap ini?

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

Manfaat dan faedah bila aku mengubah sifat negatif ini ialah:

i.

ii.

iii.

REFLEKSI

Sikap negatif di dalam diri umpama kegelapan dalam hati kita.
Kegelapan hilang secara alaminya dengan kehadiran cahaya.
Dan cahaya itu ialah kasih sayang. Mendekatlah dengan cahaya
kasih sayang. Apakah ada kasih sayang yang paling hebat
berbanding kasih sayang Yang Maha Pengasih?

PELAN TINDAKAN ADA SYURGA DI HATIMU | 11

Hal-hal yang patut aku mula lakukan ialah:
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

Aku akan melakukannya pada (Tarikh)...................................................

Hal-hal yang patut aku berhenti melakukannya ialah:
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

Aku akan berhenti melakukannya pada (Tarikh)
...................................................

4 ADA SYURGA DI HATIMU | 12

" SESAKIT APAPUN
TUBUHKU, SEBESAR APA

PUN MASALAHKU,
INGATLAH MANUSIA TIDAK
PERNAH MENJADI MUSUHKU.

MUSUH SESUNGGUHNYA
ADALAH KESALAHFAHAMAN"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 13

Siapakah yang menyakitiku? Apakah yang berlaku?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Orang yang menyakitiku menyebabkan aku merasa :

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Apakah mungkin orang yang menyakitiku juga pernah disakiti
olehku atau orang lain sebelum ini?

Pernahkah aku meluahkan apa yang dirasakan akibat
perbuatan mereka?

REFLEKSI

Apa yang kita rasakan ialah benar dan kenyataan. Namun
sering kali kita sering menghukum bukan menyatakan
kebenaran.

“Kau pentingkan diri sendiri, kau kejam, kau berkira-kira!”

Sedangkan cara terbaik untuk menyampaikan apa yang kau
inginkan ialah:

“ Ketika kau melakukan atau tidak melakukan………. (apakah
halnya) aku merasa………… (perasaan yang di rasakan)”

Sebab Manusia tidak akan bisa menafikan apa yang kita rasa.
Dan ketika manusia menyedari kesan perbuatannya barulah ia
berubah.

PELAN TINDAKAN ADA SYURGA DI HATIMU | 14
Untuk mengelak daripada salah faham, yang boleh aku lakukan
ialah:
i.
ii.
Iii

Bilakan masanya untuk aku berterus terang?

5 ADA SYURGA DI HATIMU | 15

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA
SERINGKALI PILIHAN

YANG SALAH MEMBAWA
KEPADA JALAN YANG BENAR.
KETIKA RANCANGANKU GAGAL,

TUHAN SEDANG MENDIDIK
KERENDAHAN HATIKU"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 16

Bukankah kejayaan itu adalah apabila aku jatuh sepuluh kali
dan bangkit 11 kali?

5Bukankah dengan setiap kegagalan aku lebih banyak belajar,

lebih kreatif dan lebih bijaksana?

Namun seberapa sering aku menyalahkan diriku atau orang lain
disetiap kegagalanku?

Aku belajar sesuatu di sebalik kegagalan ini, iaitu:

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Kita sering merasa kecewa ketika apa yang kita usahakan tidak
mendapat hasil yang di harapkan. Sehingga kita putus asa
untuk mencuba lagi. Sejujurnya bila melihat kebelakang, kita
pernah berjaya.

Kegagalan bukanlah ketika kita tidak mendapatkan hasil dari
apa yang kita lakukan. Kegagalan adalah ketika kita gagal
melihat berkah dan hikmah disebalik kegagalan itu.

PELAN TINDAKAN

Ketika aku gagal, aku pilih untuk ;

………………………………………………………………………………………………………………….

Tuliskan atau letakkan gambar kejayaan anda di tempat yang
mudah anda lihat.

6 ADA SYURGA DI HATIMU | 17

" KEDAMAIAN HADIR KETIKA
AKU PILIH UNTUK

BERHENTI MENCARI DIA
YANG SEMPURNA, DAN MENERIMA

DIA YANG MENERIMA
KETIDAKSEMPURNAANKU"

PERTANYAAN

Apakah ada manusia yang sempurna? Bukankah aku juga
penuh dengan kekurangan dan kesilapan? Mungkinkah dia
melengkapi kekuranganku?

Apakah kelebihan dia yang boleh melengkapkan
kekuranganku? melengkapkan

i.

ii. ADA SYURGA DI HATIMU | 18

Iii

Apakah kelebihanku yang boleh
kekurangannya?

i.

ii.

Iii

REFLEKSI

Menyayangi pasangan yang sempurna itu biasa dan mudah.
Menyayangi pasangan yang tidak sempurna itu luar biasa.
Bukahkah dirimu itu pecinta yang luar biasa?

PELAN TINDAKAN

Tuliskan ucapan terima kasih kepadanya atas penerimaannya
terhadap dirimu dan melengkapkan kekuranganmu.

Nota ucapan ini diserahkan kepadanya pada tarikh:

7 ADA SYURGA DI HATIMU | 19

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA
AKU SERING MENCARI

KASIH SAYANG DI LUAR,
DARI KELUARGAKU,
DARI PASANGANKU,

DARI ANAKKU, DARI KAWANKU
DAN DARI ORANG SEKELILINGKU.

TETAPI SESUNGGUHNYA
KASIH SAYANG YANG AKU
PERLUKAN IALAH PENERIMAAN

DAN KASIH SAYANG
DARI DIRIKU SENDIRI"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 20

Setiap kali aku berjaya melakukan sesuatu mengalami ‘mood’
yang baik, seberapa sering aku menepuk bahuku dan
mengucapkan terima kasih pada diriku?

Apakah hal-hal yang boleh aku syukuri dan hargai tentang
diriku?

i.

ii

iii.

REFLEKSI

Jika Yang Maha Kuasa mahu dirimu menjadi seperti orang lain.
Amatlah mudah bagiNya. Namun kau dijadikan sebagai dirimu
yang tersendiri dan unik. Mengapa perlu menjadi orang lain?
Jadilah versimu yang terbaik! Kerana kau adalah menifestasi
kehebatanNya yang mencipta kepelbagaian dan keindahan.

PELAN TINDAKAN

Sebagai tanda aku berterima kasih pada diriku, aku mahu
melakukan hal-hal berikut;

i.

ii.

iii.

Aku akan melakukannya pada tarikh:

8 ADA SYURGA DI HATIMU | 21

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA UBAT

HATI YANG PALING
MENYEMBUHKAN

IALAH UCAPAN
TERIMA KASIH."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 22

Seberapa sering aku ucapkan terima kasih dengan hati yang
penuh kesyukuran atas perkara-perkara yang kecil atau
'simple'? Mungkin seperti berterima kasih pada pasanganku
yang tersenyum manis? Mungkin seperti berterima kasih pada
panggilan ibuku di pagi hari?

Siapakah yang paling penting dalam hidupku?

Bagaimana agaknya hidupku tanpanya?

Perkara-perkara yang kecil namun sangat aku syukuri hari ini
ialah:
i.

ii.

iii.

REFLEKSI

Jika kau hanya mempunyai satu kata, ucapankah terima kasih.
Kerana terima kasih boleh menyejukkan kemarahan,
menyegarkan hati yang sedang kecewa dan menyakinkan jiwa
yang sedang keresahan.

PELAN TINDAKAN

Hari ini aku boleh menulis satu nota ucapan terima kasih

dengan sepenuh hatiku kepada ............................................................

Kerana .................................................................................................................

.................................................................................................................................

9 ADA SYURGA DI HATIMU | 23

" HATIKU DAMAI BILA MENGINGATI
PESAN GURUKU,

HIDUP MESTI BANYAK
MENOLONG DAN JIKA BELUM

BOLEH MENOLONG
CUKUP JANGAN MENYAKITI."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 24
Selama hidupku, aku sering menolong atau ditolong? Sejujurnya?
Apakah pertolongan yang pernah aku dapatkan?
i.
ii.
iii.
Apakah pertolongan yang pernah aku hulurkan?
i.
ii.
iii.
Manakah yang lebih membahagiakan hatiku?

Aku ingin menolong orang lain dengan penuh keikhlasan kerana;
.................................................................................................................................

REFLEKSI
Hidup adalah kesempatan untuk belajar, melayani dan mencintai.

PELAN TINDAKAN
Hari ini aku boleh melakukan sesuatu untuk menolong orang lain,
iaitu;
.................................................................................................................................

10 ADA SYURGA DI HATIMU | 25

" HATIKU DAMAI KETIKA MENYADARI
BAHAWA PUNCA SEGALA DERITA IALAH

BILA AKU MULA MEMBANDINGKAN
HIDUPKU

DENGAN ORANG LAIN.
AKU UMPAMA POHON EPAL
YANG INGIN MEMPUNYAI BUAH
BESAR SEPERTI POHON TEMBIKAI.
BAHAGIA ITU APABILA AKU
MENERIMA DIRIKU SEBAGAI POHON
EPAL APA ADANYA. WALAU BUAHKU
KECIL NAMUN POHON KU RENDANG
MENJADI TEMPAT BERTEDUH
MANUSIA YANG KEPANASAN."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 26

Apakah kekuranganku yang sering dibandingkan dengan orang
lain? Bukankah orang lain juga punya kekurangan? Namun
mereka pilih untuk fokus dan terus tekun mengasah
keistimewaan mereka. Mengapa tidak aku?

Apakah kekuranganku atau hal yang belum aku miliki?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Apakah hikmat dan berkah aku tidak mendapatkanya?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Kelebihanku yang boleh dioptimumkan manfaatnya ialah;

i.

ii.

iii.

REFLEKSI

Kekurangan pada dirimu bukanlah hukuman Tuhan, tetapi
berkah spiritual untuk menghaluskan dirimu menjadi peribadi
yang lebih rendah hati.

PELAN TINDAKAN

Satu perkara yang bolehku lakukan hari ini untuk mengasah
keistimewaanku ialah;

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

11 ADA SYURGA DI HATIMU | 27

HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 28

Apakah kesilapan dan masalah yang sering berulang terjadi?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Mengapa ia sering terjadi? Apakah pesan dari-Nya yang ingin
disampaikan padaku? Sudahkah aku merenungkanNya?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Manusia belajar dari kesilapan. Melalui kesilapan kita belajar
untuk lebih teliti dan lebih bijaksana. Jika tidak pernah tersesat

manakan tahu jalan yang benar? Jika belum pernah berbuat
salah bagaimana boleh merasakan manisnya pengampunan?

Manusia yang hebat bukanlah ia yang tidak pernah salah.
Manusia Yang hebat ialah ia yang sentiasa rendah hati untuk

belajar dan berubah menjadi versinya yang terbaik.

PELAN TINDAKAN

Aku sedar bahawa aku perlu bertumbuh menjadi jiwa yang
lebih besar, oleh itu satu perkara yang aku boleh ubah supaya
masalah ini tidak berulang ialah;

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

12 ADA SYURGA DI HATIMU | 29

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA

MENYALAHKAN ORANG LAIN
ITU BIASA. MENGAMBIL
TANGGUNG JAWAB

UNTUK MELAKUKAN SESUATU
ITU LUAR BIASA. SIAPA KATA

AKU DILAHIRKAN HANYA
UNTUK JADI MANUSIA YANG

BIASA-BIASA?"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 30

Ketika berlaku masalah, manakah yang lebih
membahagiakanku? mencari siapa yang bersalah? atau
mencari jalan penyelesaian?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Mengapa ia sering terjadi? Apakah pesan dari-Nya yang ingin
disampaikan padaku? Sudahkah aku merenungkanNya?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Ketika rumah terbakar, segeralah memadamkan api yang
membakar rumah dahulu sebelum mengejar orang yang
membakar rumah kita. Ada banyak api yang berasal dari luar,
tetapi kebakaran yang paling membahayakan ialah yang

berasal dari dalam.

PELAN TINDAKAN

Aku sedar bahawa aku perlu bertumbuh menjadi jiwa yang
lebih besar, oleh itu satu perkara yang aku boleh ubah supaya
masalah ini tidak berulang ialah;

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Hal yang aku perlu berhenti lakukan supaya masalah ini tidak
berulang?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

13 ADA SYURGA DI HATIMU | 31

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYADARI BAHAWA

SEBAGAIMANA MENDAKI
GUNUNG, PERJALANAN LEBIH
DINIKMATI KETIKA AKU FOKUS
PADA SETIAP LANGKAH DAN

PEMANDANGAN INDAH
DISEPANJANG PENDAKIAN.
TANPAKU SEDARI AKU SUDAH

SAMPAI DI PUNCAK!
BEGITU JUGA DI DALAM
KEHIDUPAN, AKU MENIKMATI
PERJALANAN HIDUPKU TANPA
MEMBANDINGKAN IA DENGAN

HIDUP ORANG LAIN.

BE ON MY OWN PACE.
ENJOY!"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 32

Ketika aku membandingkan pencapaianku dengan orang lain,
adakah aku melalui laluan yang sama dengan mereka? Apakah
aku juga sanggup melalui laluan yang sama dengan mereka?

Apakah kejayaan yang pernah aku dapatkan?

i.

ii.

iii.

Apakah satu lagi langkah yang boleh aku lakukan untuk
kejayaan seterusnya?

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Punca penderitaan adalah fikiran yang suka membanding-
bandingkan dan ketidak tahuan bahawa di sebalik kejayaan ada

kegagalan. Di balik senyuman ada tangisan. Inilah dualiti
kehidupan yang tidak seorang pun melepasinya. Sedari dan

nikmati apa yang ada di dalam gengaman di saat ini.

PELAN TINDAKAN

Apakah kejayaan ini pernah ada 10, 20 atau 30 tahun yang
lalu? Tentu tidak bukan? Tetapi kini kau telah berjaya
mendapatkannya. Syukuri hal ini

Hari ini tuliskan..

Terima kasih Ya Allah kerana telah mengizinkanku mendapat

atau menjadi …… …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

14 ADA SYURGA DI HATIMU | 33

" GUNUNG TINGGI DAN MEGAH
MENGAPAI AWAN, NAMUN IA
BERBAKTI SEBAGAI PASAK YANG
MENDUKUNG BUMI . GUNUNG ADALAH
SIMBOL BAHAWA AKU MAMPU
MERAIH APAPUN DALAM KEHIDUPAN
INI. NAMUN SEBAGAIMANA BESARNYA
CITA-CITAKU BEGITU JUGALAH
BESARNYA TANGGUNG JAWABKU
UNTUK BERBAKTI PADA DUNIA."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 34
Setinggi apakah impianku? Pernahkah aku mempunyai impian
setinggi langit untuk berbakti kepada bumi ?

Impianku yang paling tinggi ialah:
………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………
Alasan terkuat dan besar untukku mencapainya ialah:
………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI
Manusia tidak berjaya bukan kerana tidak mempunyai impian
yang tinggi, tetapi tidak mempunyai ‘WHY’ atau alasan yang
besar di sebalik impiannya. Alasan terbesar tentunya berbakti

pada kehidupan.
PELAN TINDAKAN

Langkah pertama hari ini untukku merealisasikan mimpiku
ialah;
………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………
Aku mula melakukannya pada tarikh ……………………………………………..

15 ADA SYURGA DI HATIMU | 35

" AKU SELALU SEDIH BILA
ORANG TIDAK MENGHARGAI

ATAU BERTERIMA KASIH
PADAKU. TETAPI AKU SERING
LUPA UNTUK MENGHARGAI DAN
BERTERIMA KASIH PADA DIRIKU
SENDIRI, PENCIPTAKU DAN ALAM

SEMESTA. NAMUN TUBUH
BADANKU, TUHAN DAN ALAM

SEMESTA TIDAK PERNAH
BERSEDIH, MALAH TERUS
BERBAKTI DAN MEMBERI
BERKAH BUATKU TANPA HENTI
WALAU SERING KALI AKU
MERUNGUT DAN MENGADU!
MAAFKAN AKU YA TUHAN!"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 36

Apakah yang seringku adukan dan tangisi setiap hari? Apakah
tidak ada satupun nikmat dan anugerah yang kumiliki hari ini?
Apakah tidak pernah walau sekali aku merasa senang dan
bahagia?

Apakah kebaikan orang yang pernah aku dapatkan?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Apakah sumbangan alam padaku?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Umpama jari yang di letakkan di hadapan mata. Semakin dekat
ia semakin kabur. Begitu jugalah hal-hal yang begitu hampir
dengan kita, semakin dekat ia semakin tidak disedari.
Sedangkan tanpa tubuh badan ini apakah mungkin kita
mendengar, melihat dan merasa?

PELAN TINDAKAN

Terima kasih Ya Tuhan atas segala nikmatMu pada diriku iaitu:
i.

i.

ii.

Sebagai tanda syukurku pada alam yang tanpa henti berbakti
padaku, satu perkara yang aku boleh lakukan ialah;

16 ADA SYURGA DI HATIMU | 37

" HATIKU DAMAI KETIKA AKU
MENGIZINKAN HATIKU

UNTUK MERASAKAN SESUATU
YANG NAMPAKNYA TIDAK
SEMPURNA TETAPI
SESUNGGUHNYA IA SUDAH
SEMPURNA APA ADANYA."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 38

Setiapkali aku merancangkan atau inginkan sesuatu namun ia
belum menjadi seperti yang kuharapkan, apakah perasaan yang
mucul? resah? kecewa? marah? sedih? takut?

Ketika apa yangku inginkan belum menjadi realiti seperti yang
aku harapkan, aku merasakan;

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

Apakah hikmah dan berkah kekurangan dan kelewatan hal ini
hadir?

………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………

REFLEKSI

Sempurna bukanlah ketika hidup ini penuh dengan
kebahagiaan dan tanpa kesedihan. Tanpa kegagalan dan hanya
ada kejayaan. Kesempurnaan bukan begitu.

Kesempurnaan adalah ketika hati ikhlas menerima kejayaan
sebagai pemangkin untuk terus berbakti dan menerima
kegagalan sebagai proses menghaluskan diri menjadi lebih
rendah hati. Supaya kau menjadi peribadiyang hebat namun
rendah hati. Itulah kesempurnaan.

PELAN TINDAKAN

Tulisan dan katakan sepenuh hati;

”Aku akui apa yang aku rasakan, aku terima dan serahkan
semuanya kepada-Nya. Kerana aku yakin semuanya sudah
sempurna apa adanya. Terima kasih Ya Allah!”

17 ADA SYURGA DI HATIMU | 39

“ JIKA APA YANG ADA
SEKARANG AKU BELUM BOLEH

SYUKURI, BAGAIMANA YANG
AKAN DATANG NANTI AKANKU

SYUKURI? SEBAB YANG
SEKARANG INI JUGA

ADALAH SESUATU YANG
TIADA DAHULU. DAN KETIKA AKU
SYUKRI SETIAP HAL YANG ADA DI

SAAT INI, KETIKA ITULAH
KEDAMAIAN KURASAKAN"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 40
Apakah yang aku ada sekarang yang dulu tiada? Apakah aku
sudah syukuri dan benar-benar merasakan nikmatnya?

Perkara-perkara yang dulu tiada dan kini telah kumiliki atau aku
capai ialah;
i.
ii.
iii.

REFLEKSI
Kedamaian hadir bukan ketika memiliki tetapi ketika
mensyukuri setiap hal yang hadir di saat ini. Sedari dan rasakan.

PELAN TINDAKAN
Tuliskan;
Terima kasih Ya Tuhan atas ........................................................................
(apa yangku miliki) dengan nya aku dapat ........................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
*Jika hal ini adalah orang, ucapkan terima kasih atas
kehadiranya dalam hidupmu.
*jika hal ini adalah sesuatu, ucapkan terima kasih pada orag
yang membantumu mendapatkanya. Pasti ada

18 ADA SYURGA DI HATIMU | 41

" KETIKA AKU BOLEH JUJUR
DENGAN DIRIKU, DAN KETIKA

AKU MAMPU BERHADAPAN
DENGAN KESILAPAN DAN
KESALAHAN YANG TELAH
KULAKUKAN. KETIKA ITULAH
KEDAMAIAN DAN KETENANGAN

KURASAKAN"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 42
Bila aku boleh jujur pada diriku sendiri, apakah kesalahan dan
kesilapan yang seringku ulang dan seringku sembunyikan dan
sering aku lari darinya?
Kesilapan dan kesalahan yang sering aku ulang ialah;
i.
ii.
iii.
Sebab atau alasan utama aku ingin berubah ialah:
.................................................................................................................................
Apa akan berlaku jika aku mengubahnya?
.................................................................................................................................

REFLEKSI
Kesalahan bukan untuk di hukumi, kesalahan adalah peluang
untuk kesedaran yang lebih tinggi hadir. Kesedaran untuk
menerima, memaafkan dan mengasihi.

PELAN TINDAKAN
Tulis dan katakan;
Aku memafkan kesilapanku. Aku ingin mengubahnya kerana
dengan itu aku lebih .....................................................................................
.................................................................................................................................
Langkah pertama untukku mengubahnya ialah;
.................................................................................................................................

19 ADA SYURGA DI HATIMU | 43

" KEBAHAGIAN ITU SEMUDAH
AKU MENYEDARI NAFAS MASUK

YANG SEJUK DAN
KU RASAKAN NAFAS KELUAR
YANG HANGAT DI HIDUNGKU.
DENGAN ITU AKU MERASAKAN
SYUKUR YANG TERAMAT DALAM
KERANA AKU MASIH DIBERI

KESEMPATAN OLEH-NYA
UNTUK MENJALANI HIDUP YANG

LEBIH MEMBAHAGIAKAN.
TERNYATA DAMAI ITU MUDAH,
SEMUDAH MENYEDARI NAFASKU"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 44

Jika aku menahan nafas sehingga 10 minit apakah yang
kurasakan? apakah yang terjadi? Pernahkah selama ini aku
menyedari betapa berharganya nafas masuk dan keluar ini?

Ketika aku diam dan menyedari nafasku sekurang-kurangnya 3
min, aku merasakan;

.................................................................................................................................

Apakah yang bermain di fikiran ketika aku fokus pada
pernafasan ini?

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

REFLEKSI

Punca penderitaan adalah ketidak sedaran akan nikmat di saat
ini. Terlalu melekat dengan fikiran tentang hal-hal yang lepas
dan masa depan yang belum terjadi. Itu lah ilusi. Realitinya ialah
kita masih diberi kesempatan untuk mensyukuri hidup sehingga
ke saat ini.

PELAN TINDAKAN

Hari ini, disetiap kesempatan aku berhenti dan menyedari nafas
masuk yang sejuk dan nafas keluar yang hangat dihidungku
dan aku merasakan kesyukurannya.

Tuliskan kesedaranmu hari ini di sini;

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

*latihan pernafasan ini sangat mudah dan berkesan untuk
melatih kesedaran yang lebih tinggi. Lakukan secara konsisten
dan rasakan impak positif kepada emosi dan cara anda
membuat keputusan.

20 ADA SYURGA DI HATIMU | 45

" HATI YANG BAHAGIA TETAP
BAHAGIA WALAU TIDAK MEMILIKI

APA-APA. KERANA IA CUKUP
BAHAGIA DENGAN RASA SYUKUR

YANG HADIR DI SAAT TIDAK
PUNYA APA-APA! DAN

KEDAMAIAN HADIR KETIKA AKU
MENYEDARI BAHAWA

KEBAHAGIAAN TERBESAR
ADALAH KETIKA AKU MEMBERI "

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 46

Apakah aku merasakan bahagia hanya jika memiliki dan berjaya
mendapatkan sesuatu?

Berapa lamakah kebahagiaan ituku rasakan? Kemudian
bukankah aku sering menginginkan yang lain pula untuk
merasa bahagia lagi?

Sampai bilakah pencarian demi pencarian ini akan berakhir?

Apakah mungkin aku merasakan bahagia walau tanpa memiliki
apa-apa?

REFLEKSI

Kebahagiaan sentiasa ada di saat ini. Aku hanya perlu sedari ia.
Ia Tidak perluku cari. Ia Sentiasa ada. Kebahagiaan itu adalah
rasa bukan sesuatu yang boleh di sentuh , dilihat dan di dengar.
Rasakan ia. Semudah sedari nafas yang tak perlu aku usahakan.

PELAN TINDAKAN

Aku pilih untuk bahagia di saat ini, dengan apa yang sudah ku
miliki, Di setiap langkah ku rasakan gerak kakiku dan ku syukuri
ia. Setiap gerakan jari tanganku, ku rasakan gemalainya dan aku
merasakan bahagia.

Hari ini aku pilih untuk fokus penuh kesedaran sesuatu yang
telah aku ada iaitu;

i.

ii.

iii.

Dan ketika aku fokus pada hal ini, aku merasakan.....

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

21 ADA SYURGA DI HATIMU | 47

" UMPAMA KEHADIRAN CAHAYA
MEMENUHI RUANG YANG GELAP,
KEGELAPAN PERLAHAN-LAHAN

HILANG. BEGITU JUGA HATI,
KETIKA DIPENUHI BELAS KASIH
DAN KEMAAFAAN, KEBENCIAN
DAN PENDERITAAN PERLAHAN-

LAHAN HILANG.
HANYA PERLU IZINKAN..!"

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 48

Sampai bilakah aku harus menyimpan kesakitan, dendam dan
kesakitan ini? Adilkah aku pada diriku dengan membiarkan
kesakitan ini terus tersimpan dan terbeban dalam hatiku?

Apakah kebaikan pada diriku ketika aku terus menyimpannya?

.................................................................................................................................

Ketika aku pillih untuk melepas dan memaafkannya, manfaat
buat diriku ialah;

.................................................................................................................................

REFLEKSI

Semua manusia lahir suci bersih termasuk orang yang
menyakitimu. Namun kemudian dia disakiti dan akhirnya dia
menyakiti. Memaafkannya bukan bererti membenarkan apa
yang telah berlaku, memaafkan kerana hatimu merindui
kedamaian.

PELAN TINDAKAN

Tulis dan katakan;

Aku maafkan ............................................ (nama orang tersebut)
atas

.................................................................................................................................
(perbuatan yang dilakukan) kerana aku menyayangi diriku dan
kerana aku layak bahagia.

Semoga kau tersembuhkan dan tidak melukai orang lain pula.
Terima kasih kerana mengajar aku erti menjadi sabar dan
pemaaf.


Click to View FlipBook Version