The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26122347, 2021-08-13 11:06:36

ADA SYURGA DI HATIMU

ADA SYURGA DI HATIMU

22 ADA SYURGA DI HATIMU | 49

" HATIKU DAMAI KETIKA
MENYEDARI BAHAWA HIDUP
UMPAMA PELANGI YANG PENUH
WARNA YANG BERBEZA, ADA
WARNA BERBENTUK SUKA,
DUKA, SUKSES, GAGAL, MENANG,
KALAH, SEPI DAN RIUH. YANG
MENJADIKANKU MENDERITA DAN
SAKIT IALAH KETIKA AKU HANYA
MENGINGINKAN SATU WARNA
SAHAJA. BAYANGKAN JIKA
HIDUPKU HANYA ADA SATU
WARNA, IANYA PASTI HAMBAR.
PERBEZAAN WARNA ITULAH
YANG MENJADIKAN HIDUPKU

SEINDAH PELANGI."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 50

Ketika aku menerima yang buruk adakah aku menerimanya
sebagaimana aku menerima yang baik? Ikhlaskah aku?
bukankah keduanya dari Tuhan yang sama? Jika tiada
kepanasan terik mentari mana mungkin aku merasakan
nyamannya angin malam?

Ketika menerima yang baik reaksiku ialah;

.................................................................................................................................

Ketika menerima yang buruk reaksiku ialah:

.................................................................................................................................

Kesenangan mengajar aku tentang:

.................................................................................................................................

Kesusahan mengajar aku tentang:

.................................................................................................................................

REFLEKSI

Ikhlas adalah ketika aku tidak menendang awan putih dukacita
dan tidak menggengam awan putih sukacita. Ikhlas adalah
ketika aku menjadi langit biru yang menyaksikan penuh
penerimaan dan kasih sayang. Inilah keikhlasan sempurna.
Inilah islam.

PELAN TINDAKAN

Setiap hal yang terjadi di saat ini, sedari, terima dan izinkan ia
mengalir. Kerana ini semua pasti berlalu!

Hari ini aku menerima warna-warni kehidupanku dengan
penuh penerimaan dan kesyukuran. Setiap sesuatu semua
dari-Nya.

Katakan; Terima kasih Ya Tuhan!

23 ADA SYURGA DI HATIMU | 51

" HATIKU DAMAI KETIKA AKU
MENYEDARI BAHAWA MASA
SIHAT ADALAH MASA UNTUK

BERBAKTI PADA DUNIA.
MASA SAKIT UNTUK
BERBAKTI PADA DIRI.

SAKSIKAN DAN TERUS SAKSIKAN
DENGAN PENUH PENERIMAAN
DAN KASIH SAYANG.
TERIMA KASIH YA TUHAN..."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 52

Jika kesakitan tidak hadir, apakah aku akan berhenti bekerja
sebentar?

Bilakah kali terakhir aku bercuti menunaikan hak tubuhku
untuk berehat, bersenam dan mendapatkan nutrisi yang sihat?

.................................................................................................................................

Bilakah kali terakhir aku pernah benar-benar merehatkan
tubuh dan fikiranku?

.................................................................................................................................

Apakah rutin harianku untuk mendapat senaman yang sihat
untuk badan ku?

.................................................................................................................................

Seberapa banyak air yang ku minum sehari? *keperluan badan
ialah 1kg berat = 1 liter air kosong

.................................................................................................................................

Kesakitan ini mengajar aku tentang:

.................................................................................................................................

REFLEKSI

Dengan datangnya sakit pada tubuhku, aku belajar akan
batas-batas tubuhku dan menyedari bahawa betapa
pentingnya aku menjaga kesihatan tubuhku.

PELAN TINDAKAN

Hari ini satu aktiviti atau langkah yang bolehku lakukan untuk
menjaga kesihatan tubuhku ialah:

.................................................................................................................................

24 ADA SYURGA DI HATIMU | 53

" HATI KU DAMAI KERANA
MENYEDARI BAHAWA TIADA

YANG TERINDAH DARI
SENYUMAN PENUH KASIH
SAYANG. TIADA YANG PALING
MULIA DARI PELAYANAN PENUH
KEIKHLASAN. TIADA YANG
LEBIH MEMBAHAGIAKAN

DARI HIDUP PENUH
KEBERCUKUPAN

DAN KESYUKURAN."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 54
Orang-orang yang sangat penting padaku ialah;
i.
ii.
iii.
Bayangkan ketika bangun pagi mereka tiada lagi dalam
hidupku? Apa yang aku rasakan?
.................................................................................................................................
Apakah yang aku terima dan dapat dari mereka?
i.
ii.
iii.
iv.
Apakah yang telah aku berikan kepada mereka?
i.
ii.
iii.
Apakah kesulitan yang dilalui oleh mereka disebabkan aku?
i.
ii.
iii.
iv.

Bilakah kali terakhir aku memberikan senyuman dan ADA SYURGA DI HATIMU | 55
menyatakan kasih sayangku pada mereka?

.................................................................................................................................

Bilah kali terakhir aku menghargai mereka dan mengucapkan
betapa berertinya mereka padaku?

.................................................................................................................................

Sejauh manakah aku sanggup berkorban untuk membuat
mereka tersenyum bahagia?

.................................................................................................................................

REFLEKSI

Kebahagiaan sering kali hadir dengan hal-hal yang kecil dan
percuma. Senyuman manis orang yang aku sayang. Air kopi di
pagi hari yang disediakan olehnya. Sentuhan hangat dia ketika
aku dalam keresahan. Sudahkah aku menghargainya?

PELAN TINDAKAN

Sebagai tanda penghargaanku atas kehadiran mereka, aku
boleh berbuat sesuatu hari ini iaitu;

i.

ii.

iii.

Berikan kepadanya nota terima kasih dan tuliskan..

Terima kasih kerana ...............................................................................

(kebaikannya/bantuannya) dengannya aku merasa ......................

........................................................................ (Apa manfaatnya padamu)

25 ADA SYURGA DI HATIMU | 56

" BERBAHAGIALAH SEHINGGA
ORANG YANG MELIHATMU
JUGA MERASAKAN

BAHAGIANYA. KERANA HANYA
HATI YANG DAMAI MAMPU

MENYEMBUHKAN HATI YANG
TERLUKA”

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 57

Ketika melihat wajahku dicermin apa yang aku rasakan?
Bahagiakah aku melihatnya? aku merasakan;

.................................................................................................................................
Jika aku sendiri tidak merasa bahagia bagaimana aku boleh
membahagiakan orang lain?

Dalam skala 1-10 seberapa suka aku melihat wajahku?
(1 tidak suka - 10 sangat suka)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Apakah hal-hal yang aku suka pada tubuh badan ini?

.................................................................................................................................

Apakah manfaat dan jasanya selama ini padaku?

................................................................................................................................

REFLEKSI

Jika kau hanya mampu untuk menyayangi satu orang, sayangi
dan terimalah dirimu seadanya. Dan ketika kau menerima dan
menyayangi dirimu, ketika itulah kau mampu menyayangi dan
menerima orang lain seadanya.

PELAN TINDAKAN

Mulai hari ini setiap pagi aku melihat wajahku di cermin. Ku
renungi mataku dalam-dalam dan rasakan..... Dan aku katakan:

”Walau apapun kau... aku terima kau sedanya. Terima kasih
kerana menyayangiku”

Sedari apa sahaja fikiran dan perasaan yang hadir. Catatkan di
dalam journal. Lakukan ia setiap pagi selama 60 hari.

Dalam masa 60 hari secara automatik ada perubahan pada
dirimu. Rasakan bahagianya!

26 ADA SYURGA DI HATIMU | 58

" KETIKA SEDIH
AKU AKAN SELALU INGAT

BAHAWA AKU PERNAH
BAHAGIA DAN MEMBAHAGIKAN

SESEORANG. DAN HATIKU
DAMAI KETIKA MENYEDARINYA"

PERTANYAAN | 59
Apakah kejayaan yang telah dan pernah aku capai?
ADA SYURGA DI HATIMU
Fizikal:
Emosional:

Spiritual:

Apakah kebaikan/pertolongan yang pernah aku lakukan?

i.
ii.
iii.

Bilakah kali terakhir aku meraikan kejayaan dan mengucapkan
terima kasih pada diriku?

REFLEKSI
Sebagaimana orang lain, dirimu juga berhak di terima dan
disayangi. Sebab dirimu juga makhluk Tuhan yang perlu di
hargai.

PELAN TINDAKAN
Hari ini aku tuliskan surat buat diriku sendiri
Terima kasih .................................... (namamu) kerana telah/pernah

.................................................................................................................................
(senaraikan kejayaan, kebaikan, perubahan yg telah di capai)
Denganya aku merasa...................................................................................
Terima kasih, aku menyayangimu,
Tanda tangan anda diakhir tulisan ini.

27 ADA SYURGA DI HATIMU | 60

" HATIKU DAMAI KETIKA AKU
MENJADI PETUGAS. PEKERJA VS

PETUGAS. PENATNYA SAMA.
NAMUN HASILNYA BERBEZA,

KERANA SANG PETUGAS
MENJALANKAN TUGAS KERANA

CINTA DARI HATI YANG
TERDALAM DAN MELAKUKAN

APA YANG IA LAKUKAN
SEBAGAI PANGGILAN
HIDUPNYA."

PERTANYAAN ADA SYURGA DI HATIMU | 61
Apakah aku gembira melakukan kerjayaku sekarang?
Dalam skala 1-10 seberapa gembira aku dengan kerjayaku?
(1 tidak suka - 10 sangat suka)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Apakah hal-hal yang aku suka dalam kerjayaku?
Fizikal:
Emosi:
Spiritual:
Siapakah yang mendapat manfaat dari apa yangku lakukan?
i.
ii.
iii.
Apakah masalah mereka yang aku selesaikan melalui kerjaku?
i.
ii.
iii.
Apakah impian mereka yang aku bantu untuk capai dengan
kerjaku?
i.
ii.
iii.

Manfaat yang mereka perolehi hasil dari kerjaku adalah: | 62

i. ADA SYURGA DI HATIMU

ii.

iii.

REFLEKSI

Kebahagiaan bukanlah ketika aku menukar apa yang aku
lakukan, tetapi kebahagiaan hadir ketika aku menukar SEBAB
mengapa aku melakukannya.

PELAN TINDAKAN

Mulai hari ini setiap kali aku memulakan kerja, aku tulis dan
katakan:

" Aku adalah petugas, tugasku sebagai.............,.............................
(Nama kerjaya anda) adalah sangat penting kerana memberi

manfaat buat ramai orang, iaitu ..............................................................
(nyatakan manfaat hasil kerjamu) Aku bahagia kerana
menjalani panggilan hidupku”

TENTANG
PENULIS

Facebook:
www.facebook.com/diyanatahir.pag
e

Twitter:
www.twitter.com/diyanatahir

Youtube:
www.youtube.com/user/diyanatahir

Email : [email protected]

Diyana Tahir merupakan nama yang tidak asing lagi dengan
penghasilan video yang kreatif dengan impak audio-visual
untuk kempen pemasaran dan inspirasi. Kini beliau telah
mengorak melangkah lebih jauh dengan menciptakan konsep
terapi hati yang menggabungkan elemen multimedia, NLP dan
Hipnoterapi yang dikenali sebagai Teknologi eHati.

Melalui pendekatan sains psikoterapi yang holistik dengan
impak multimedia, beliau telah Memperkenalkan Terapi eHati
melalui beberapa siri terapi yang sangat bersistem dan santai
seperti Terapi Kuasai Fikiran & Perasaan, Terapi SelfLove,
Terapi Maaf, Terapi Kedamaian Hati, Terapi Semarak Kasih
Sayang, Terapi Hening, Terapi Syukur dan banyakl lagi teknik
untuk InnerPeace Mastery.

Beliau yang mempunyai kelayakan bertauliah sebagai Master
NS-NLP dari International Society of Neuro-Semantics (USA)
dan Grand Master Hypnoterapist (ENH, IND) telah melatih lebih
daripada 3000 orang secara professional melalui beberapa siri
program Terapi eHati secara berkumpulan di seluruh negara
mulai September 2013 seperti :

•Intensif Terapi eHati, Transformasi Hati Pemulihan Jiwa (iEH)
•Rahsia Keajaiban Hati, Akses Hati Jana Kebahagiaan (RKH)
•Rakan Transformasi Hati, Redesign Your Heart (RTH)
•REVOLUSI HATI
• Rahsia Bercinta & Intim Selamanya
•Ehati Coach Mentoring Program

Sehingga kini beliau telah melahirkan 15 orang pelapis eHati
Coach yang bertauliah untuk membimbing mereka yang
memerlukan terapi dan bimbingan penyembuhan emosi secara
profesional.

Walaupun latarbelakang akademik beliau adalah didalam
bidang Juru Ukur Bangunan, namun tidak menghalang beliau
untuk memilih bidang yang diminati iaitu kreatif dan psikologi
sejak 7 tahun yang lepas.Walaupun semasa awal penglibatan
beliau dalam bidang terapi psikologi hanya sebagai inspirasi
kehidupan dan minat yang mendalam untuk membangunkan
diri sendiri, beliau telah menjadi idola kepada ramai golongan
wanita berkerjaya, para usahawan dan juga para suami isteri.

Banyak video inspirasi yang telah beliau hasilkan berada secara
percuma di youtube dan telah ditonton oleh jutaan peminat
melalui medium internet seluruh dunia.Di antara buku yang
ditulis oleh beliau adalah Revolusi Hati, Refleksi Hati dan Ada
Syurga Di Hatimu.

Sememangnya Diyana Tahir merupakan orang yang layak
untuk anda rujuk bagi transformasi hati dan menjana
kebahagiaan yang anda cari.

Untuk pertanyaan &jemputan :

Sila hubungi Puan Zaama Boss di talian +6 012 5266769
(Pengurus Perhubungan Awam)

Untuk makluman program dan training yang dijalankan
boleh dilihat di:

http://ehati.com/
http://revolusihati.com/
http://ehati.com/
http://www.ehati.com/rth/
http://ehati.com/rkh/
http://ehati.com/rbi/

Senarai produk boleh didapatkan di:
http://revolusihati.com/sistem/
http://ehati.com/rkh/sayang

Anda boleh mendapatkan Audio Terapi Kedamaian Hati
secara PERCUMA dengan memuat turun audio tersebut
di link berikut:

http://ehati.com/hadiah

“Di mana ada kegelapan, izinkan buku ini
menjadi cahaya. Di mana ada kesedihan,
izinkan buku ini menjadi penghibur. Di mana
ada ketakutan, izinkan buku ini menjadi

pengaman. Semoga semua makhluk
berbahagia. Amin”


Click to View FlipBook Version