POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH [email protected] psasofficial @mpppsas
Diterbitkan oleh : Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen 35950 Behrang, Perak Tel : 05-4544431 Fax : 05-4544993 Email : [email protected] 2024. Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mencetak semula mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Politeknik Sultan Azlan Shah. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Dicetak oleh : Politeknik Sultan Azlan Shah
1| 2| 3| 4| 5| 6| 9| 56| 58| Sidang Redaksi Tinta Aspirasi Pengarah PSAS Sekapur Sireh Seulas Pinang Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Mutiara Kata Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar Carta Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Aktiviti dan Program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Carta Organisasi Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Aktiviti dan Program Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) 64| 67| 83| 85| 89| 96| 107| 110| Carta Organisasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Aktiviti dan Program Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Carta Organisasi Rakan Pusat Islam (RAPI) Aktiviti dan Program Rakan Pusat Islam (RAPI) Aktiviti dan Program Kelab Warisan Seni PSAS (WARISAN) Pencapaian Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Galeri MPP Tayangan Video Korporat Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Kepada
PENAUNG 1 TS. MOHD ZULKEFLI BIN IBRAHIM PENAUNG 2 MOHD SYAHNAN BIN MD ZAIN PENASIHAT CIK NORDIN BIN NAYAN HERDAWATI BINTI AHMAD NOR HIDAYAH BINTI AB WAHAB KETUA EDITOR & PEREKA GRAFIK MUHAMMAD ZUL'AIMAN BIN HAIRUL NIZAM MUHAMMAD ISKANDAR ZULQARNAIN BIN MOHAMAD ZAINAL NUR IFFAH BINTI SALIM EDITOR NURUL HAZWANI BINTI AZHA MUHAMMAD ZUL'AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NOR AZREEQ ALFIEQ BIN AZMAN KHAIRUL FIKRI BIN MOHD FARID HARITHARAN A/L LOGANATHAN MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN NUR ZEHAN KHUMAIRA BINTI ZULKIFLI MUHAMMED AMIR BIN IBRAHIM MUHAMMAD SHAMIRUL AIMAN BIN ABDUL KAHAR AHMAD QUZIMIE BIN SAHARIMAN IFRAH BINTI LAMRI KHAIRUL EIMAN BIN TALHA MUHAMMAD AFIQ KHAN BIN MOHAMAD AGHAKHAN DANISH HAKIM BIN SANUSI MUHAMMAD AIDID DANIEL BIN MOHD AZAIRI MUHAMMED AMAR BIN IBRAHIM KHAIRUL EIMAN BIN TALHA MUHAMMAD EDZAM PUTRA BIN MOHD AZRIN NUR SYAZWEEN ARYSA BINTI ABDUL RAHMAN MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD NOR NURUL ASYIKIN BINTI AHMAD FUAAT MUHAMMAD NAUFHAL BIN AHMAD IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM SYED AL IMRAN BIN SYED MUMBARIK NURUL ATIEQA SYARINI BINTI MANSUR NOR AIN SOLEHAH BINTI MOHD SABRI MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF 1
2 TS. MOHD ZULKEFLI BIN IBRAHIM PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Buletin Majlis Perwakilan Pelajar Edisi ke-8 kerana memberi saya ruang dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sidang Redaksi yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan Buletin Majlis Perwakilan Pelajar Edisi ke-8 pada kali ini. Buletin ini merupakan wadah rasmi Majlis Perwakilan Pelajar dalam menterjemahkan hasil usaha dan sumbangan idea dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program kepada pelajar PSAS sepanjang 2023. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan berbangga kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan kelab-kelab utama PSAS kerana banyak membantu pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan pelajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti di PSAS. Diharapkan komitmen dan pengorbanan yang telah ditunjukkan dapat menjadikan pelajar ini pemimpin yang hebat pada sama akan datang. Akhir kata, kemenjadian pelajar bukan hanya diukur berdasarkan kejayaan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi aspek aktiviti yang disertai di luar waktu kuliah. Semoga dengan penghasilan buletin ini akan menjadi simbolik kepada kesinambungan kecemerlangan dalam aktiviti dan kegemilangan prestasi akademik buat semua pelajar PSAS. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak Sidang Ridaksi kerana berjaya menerbitkan Buletin Majlis Perwakilan Pelajar Edisi ke-8 ini. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dijalankan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah SWT. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan inayah-Nya, Buletin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Edisi ke8 dapat diterbitkan. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua penasihat MPP, penasihat kelab, dan pasukan redaksi buletin atas sumbangan idea, usaha dan kerja keras dalam menjayakan penerbitan ini. Buletin Majlis Perwakilan Pelajar Edisi ke-8 ini merupakan kombinasi aktiviti program anjuran MPP dan organisasi kelab utama iaitu Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI), Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dan Kelab Warisan yang telah dianjurkan dan dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Buletin ini akan menjadi dokumen bukti pelaksanaan aktiviti dan yang lebih penting sebagai tatapan kenangan dan memori pelajar bagi tahun 2023. Secara tidak langsung, kejayaan pelaksanaan aktiviti sepanjang 2023 sebenarnya menunjukkan bakat, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh barisan kepimpinan pelajar di PSAS. Tacit knowledge yang diperolehi secara tidak langsung di dalam melaksanakan aktiviti dapat meningkatkan keyakinan diri dan ciri kepimpinan mereka dalam organisasi. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MPP kerana telah menggalas tanggungjawab dengan baik dan membantu pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan pelajar. Semoga dengan penghasilan Buletin MPP Edisi ke-8 ini dapat memberi faedah dan pengetahuan yang luas untuk warga PSAS berkaitan aktiviti pelajar ini. Sekian, terima kasih. 3 MOHD SYAHNAN BIN MD ZAIN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
4 CIK NORDIN BIN NAYAN HERDAWATI BINTI AHMAD NOR HIDAYAH BINTI AB WAHAB Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya. Encik Din Hidup merupakan suatu perjuangan, perjalanan merupakan suatu pembelajaran. Puan Herda Semua kejayaan bermula dengan percubaan. Anda tidak mencuba pastinya anda tidak akan berjaya. Puan Dayah
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 5 Membangunkan potensi pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran teknikal dan insaniah ke arah menjadi modal insan yang beretika dan professional untuk pembangunan negara. Merujuk Rang Undang-Undang Malaysia, di bawah Seksyen 7 Bahagian III, Akta InstitusiInstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174), telah memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah institusi. Membentuk modal insan bersahsiah tinggi dan menjadi penggerak utama dalam aspek keilmuan, perpaduan dan kebajikan. Antara objektif MPP PSAS ialah : Memupuk semangat hidup berpersatuan di kalangan pelajar politeknik. Tertakluk kepada arahan Pengarah untuk merancang dan menyelia perihal kebajikan dan kemudahan di PSAS termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian, keagamaan, bekalan dan penyediaan makanan dan minuman. Menyediakan dokumentasi kepada Pengarah tentang segala perkara berhubung atau berkenaan dengan tempat tinggal pelajar-pelajar PSAS. Boleh diwakili dari mana-mana kelab dan persatuan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan HEP. Menjalankan apa jua aktiviti yang ditentukan oleh HEP dari semasa ke semasa.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI MPP 8 EDISI 8 B U LETI N MPP 6
7
8
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PROGRAM AKTIVITI & 8 EDISI 8 B U LETI N MPP (MA JLI S PE RWA K IL A N PEL A J A R ) 9
PILIHAN RAYA KAMPUS PSAS 2023 Pilihan Raya Kampus (PRK) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 2023 telah diadakan pada 22 Februari 2023 dan pelaksanaan PRK ini berlangsung secara serentak di seluruh politeknik Malaysia. PRK ini diadakan bertujuan untuk memilih Majlis Tertinggi dan Exco-Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS bagi tahun 2023. Seramai 14 orang calon telah bertanding bagi kerusi umum dan kerusi jabatan seramai 26 orang. Proses pembuangan undi telah dilaksanakan secara dalam talian melalui portal Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) PSAS pada 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Pengumuman keputusan PRK PSAS 2023 telah disampaikan oleh Encik Muhammad Solihin bin Yaakub. Disediakan oleh : NURUL HAZWANI BINTI AZHA NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT 22 FEBRUARI 2023 DEWAN MUALLIM , PSAS 10
Program ini melibatkan 6 Politeknik Malaysia dan 11 Kolej Komuniti ke Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah secara bersemuka dan di dalam talian. Seramai 20 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah mewakili Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai peserta program. Di akhir program, terdapat sesi soal jawab antara Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan dan mahasiswa yang hadir ke program tersebut. Disediakan oleh : MUHAMMAD ZUL’AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NAIB YANG DIPERTUA (AKADEMIK) 11 Program Bual Bicara 100 Hari Pencapaian Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti telah berlangsung di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Program ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di Dewan Al-Jazari, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. 1 MAC 2023 DEWAN AL-JAZARI, PSA Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail telah berkongsi “POLYCC Pemacu Negara Madani” sebagai tema baharu ke arah mentranformasi POLYCC, hasil inspirasi daripada dasar peringkat nasional yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu “Membangun Malaysia Madani”.
DARAH PSAS 2023 KEMPEN DERMA 12 8 & 9 MAC 2023 DEWAN MUALLIM , PSAS Program Derma Darah PSAS 2023 telah dijalankan selama dua hari bermula pada 8 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023, bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Hospital Slim River dan Hospital Teluk Intan. Bagi menghargai sumbangan penderma darah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah mengadakan sesi cabutan bertuah dengan memberi cenderahati kepada penderma yang bertuah. Secara keseluruhannya, seramai 142 orang jumlah penderma darah pada 8 Mac 2023 manakala 111 orang penderma pada 9 Mac 2023. Disediakan oleh : NOR AZREEQ ALFIEQ BIN AZMAN EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL I
13 20 MAC 2023 DEWAN MUALLIM , PSAS Program Literasi Kewangan AKPK telah diadakan pada 20 Mac 2023 (Isnin), bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Program ini berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Program ini diuruskan oleh Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Azlan Shah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 1200 orang pelajar telah melibatkan diri di dalam program ini. Program ini telah disertai oleh 37,000 peserta dari semua POLYCC dan direkodkan di dalam Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai Program Literasi Kewangan dengan penyertaan tertinggi dan serentak di seluruh Malaysia. Disediakan oleh : KHAIRUL FIKRI BIN MOHD FARID EXCO KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA
SESI 2 2022/2023 16 MEI 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Kuliah Moral Siri 2 - 'Talk by Us' diadakan pada 16 Mei 2023. Sesi ini merupakan sesi berkenalan antara satu sama lain. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna baju dan mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain. Seorang pelajar akan dipilih untuk memberitahu tentang identiti diri semua rakan sepasukannya. Ini juga, dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Disediakan oleh : HARITHARAN A/L LOGANATHAN EXCO MORAL 14 KULIAH MORAL KULIAH MORAL 28 MAC 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Kuliah Moral Siri 1 - Keselamatan diadakan pada 28 Mac 2023. Kuliah moral ini dilaksanakan di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan dibantu oleh AJK pelajar. Program ini melibatkan semua pelajar Kamsis bukan muslim Politeknik Sultan Azlan Shah. Sesi ini pelajar telah didedahkan tentang keselamatan semasa di dalam dan luar kawasan institusi pengajian. Pelajar bekerjasama untuk berbincang di dalam kumpulan dan berkongsi pandangan tentang keselamatan yang perlu diamalkan sekiranya berada di kawasan tersebut. SIRI 1 - KESELAMATAN SIRI 2 - 'TALK BY US'
1 APRIL 2023 BILIK GERAKAN MPP, PSAS Penasihat Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung pada 1 April 2023 pada 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini telah dijalankan di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (BMPP). Seramai 30 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah melibatkan diri dalam program ini. Program ini dihadiri oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar PSAS iaitu Encik Cik Nordin Bin Nayan jjjj Disediakan oleh : DANISH HAKIM BIN SANUSI SETIAUSAHA KEHORMAT dan Puan Nor Hidayah Binti Ab Wahab. Antara aktiviti yang dijalankan adalah 'Ice Breaking', membentang skop tugas setiap exco, membuat perancangan program, Majlis Tertinggi membentang hala tuju MPP 2023 dan berkongsi pandangan dan idea bagaimana MPP menyerlah, mesra dan berwibawa. Program diakhiri dengan Jamuan Berbuka Puasa. Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berbuka puasa bersama wakil-wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan belia. Disediakan oleh : MUHAMMAD ZUL'AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NAIB YANG DIPERTUA (AKADEMIK) 15 1 APRIL 2023 ISTANA ISKANDARIAH, KUALA KANGSAR Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS telah mendapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa pada 1 April 2023 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Oleh itu, MPP PSAS telah menghantar 4 orang wakil daripada Majlis Tertinggi (MT) MPP. Sultan
16 5 APRIL 2023 DEWAN TITANIUM ULPL, PSAS Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP PSAS 2023 telah berlangsung pada 5 April 2023 iaitu pada jam 3.00 petang di Dewan Titanium ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah. Dalam majlis ini juga, Yang Di- Pertua (YDP), saudara Muhammad Afiq Khan bin Mohamad Aghakhan telah mengetuai bacaan ikrar MPP di hadapan pihak pengurusan PSAS bersama kepimpinan baharu MPP PSAS. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada barisan kepimpinan MPP yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Kampus (PRK) PSAS bagi sesi 2023/2024 yang diadakan pada 22 Februari 2023. Perasmian majlis ini telah disempurnakan dengan ucapan Ts. Salhana binti Sahidin@Salehudin, Timbalan Pengarah (Akademik). Dalam ucapan, beliau berharap Majlis Perwakilan Pelajar dapat menjadi penghubung antara pelajar dengan pihak pengurusan dan menjalinkan hubungan yang erat bersama pihak pengurusan. Disediakan oleh : NURUL HAZWANI BINTI AZHA NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT
17 8 & 9 APRIL 2023 KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, PSAS Program Flavors of Ramadan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) PSAS bersama-sama dengan kelab yang lain iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Pembimbing Rakan Siswa Polycc (PRSP). Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 April 2023 sehingga 9 April 2023 bertempat di gelanggang V1, Kolej Kediaman Pelajar dan bermula pada 4.00 petang hingga 9.00 malam. Program telah melibatkan pelajar Kamsis dan mengalu-alukan kehadiran pelajar luar. MPP telah berjaya mendapat keuntungan sepanjang dua hari melibatkan diri di dalam program ini. Seramai tiga orang pelajar Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah bertugas membantu gerai jualan MPP. Disediakan oleh : KHAIRUL FIKRI BIN MOHD FARID EXCO KEUSAHAWANAN & KERJAYA
18 16 APRIL 2023 DEWAN SRI TANJUNG, MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM Program Jelajah Hari Usahawan Negeri Perak 2023 @ Jualan Ambang Aidilfitri Daerah Muallim dan Pengagihan Bubur Lambuk ini diadakan pada 16 April 2023 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim. Program ini disertai oleh beberapa wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP), staf PSAS serta pelajar dan staf dari Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Kolej Komuniti Manjung, Kolej Komuniti Tapah, Kolej Komuniti Bagan Datuk bagi mewakili POLYCC dalam program ini. Program ini dijalankan selama satu hari iaitu bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara politeknik dan kolej komuniti selain berkongsi rezeki dengan orang ramai, memupuk nilai positif dalam diri pelajar serta menambah pengalaman yang berguna untuk masa akan datang. Disediakan oleh : MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI
Disediakan oleh : NUR ZEHAN KHUMAIRA BINTI ZULKIFLI EXCO KOMUNIKASI KORPORAT I 19 10 MEI 2023 KANTIN, PSAS Program ini dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Terdapat empat kaunter yang dibuka sepanjang program berlangsung dan dibantu oleh Exco Jabatan. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti pemberian cenderahati kepada 20 orang peserta yang datang ke kaunter. Pengumpulan aduan dan cadangan daripada pelajar PSAS juga bukan hanya tertumpu di kaunter yang dibuka di kantin sahaja, malahan setiap Exco Jabatan berlegar-legar membawa QR Code di sekitar Dewan Muallim kerana pada hari yang sama terdapat program Karnival Keusahawanan yang dijalankan di Dewan Muallim. Hari Bertemu Pelanggan Bil. 1/2023 Bersama Warga PSAS diadakan pada 10 Mei 2023 bertempat di Kantin, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS. HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.1/2023 BERSAMA WARGA PSAS HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.1/2023 BERSAMA WARGA PSAS
20 12 MEI 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Majlis Jamuan Aidilfitri dan Malam Kebudayaan PSAS 2023 telah berlangsung pada 12 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Majlis ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya persembahan silat, persembahan daripada setiap wakil kelab dan sebagainya. Majlis Jamuan Aidilfitri dan Malam Kebudayaan PSAS 2023 ini telah dihadiri oleh Kelab Utama PSAS seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP), Rakan Pusat Islam (RAPI), dan Kelab Warisan Seni PSAS. Selain itu, penasihat-penasihat Kelab Utama PSAS juga turut bersama pada majlis ini. Secara keseluruhannya, majlis yang dihadiri oleh seramai 132 orang pelajar dan 7 orang tetamu kehormat ini berjalan dengan lancar dan meriah. Disediakan oleh : MUHAMMED AMIR BIN IBRAHIM EXCO KELAB DAN PERSATUAN
21 22 MEI 2023 JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, PSAS Program Santai Aidilfitri JKA telah diadakan pada 22 Mei 2023 di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA). Program berlangsung pada 22 Mei 2023 (Isnin) bermula 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Setiap program dibahagikan kepada beberapa tempat seperti DUB di BKA002, DPB di BKA003, DKA di BKA004 dan BKA005 manakala tempat makan pensyarah dan jemputan di Foyer JKA dan BKP001. Program ini dirasmikan dengan ucapan oleh Dr. Halina binti Hamid, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam. Selain itu, pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang program antaranya ialah persembahan pelajar, karaoke, cabutan bertuah, penyampaian anugerah kepada pelajar. Secara keseluruhannya, program ini melibatkan beberapa orang MPP daripada JKA yang turut membantu bagi menjayakan program. Program ini juga melibatkan semua pelajar JKA tanpa mengira kaum. Disediakan oleh : MUHAMMAD SHAMIRUL AIMAN BIN ABDUL KAHAR EXCO JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
22 23 MEI 2023 KANTIN, PSAS Pameran Gaya Hidup Sihat dan Pemeriksaan Asas Kesihatan ini diadakan pada 23 Mei 2023 (Selasa) yang bertempat di Ruang Legar Kantin, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Disiplin Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Muallim. Pemeriksaan Asas Kesihatan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar PSAS yang ingin membuat pemeriksaan bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Selain itu, terdapat pemeriksaan HIV dan pameran kesihatan dibuka. Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Pelajar Kamsis 2023 bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Unit Disiplin Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Muallim. Program ini berlangsung pada 8.00 malam hingga 11.00 malam yang melibatkan semua pelajar Kamsis bagi memberi kesedaran awal berkaitan gejala sosial dan kesannya terhadap kesihatan. Disediakan oleh : AHMAD QUZIMIE BIN SAHARIMAN EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN I
23 25- 27 MEI 2023 LERENG ADVENTURE CAMP AND RESORT, CHEMOR, PERAK Kem ini dijalankan selama 3 hari bermula 25 Mei hingga 27 Mei 2023 bertempat di Lereng Adventure Camp and Resort, Chemor, Perak. Terdapat banyak aktiviti telah dilaksanakan sepanjang kursus ini berlangsung seperti ceramah berkenaan Pengenalan Kepimpinan dan Pengurusan Aktiviti Politeknik, Pengenalan Akta 174, penyediaan kertas kerja dan team building. Aktiviti di dalam kem ini membantu MPP dalam pemikiran kritis dalam menghadapi pelbagai cabaran. Kem ini telah memberi kesan secara keseluruhan terhadap MPP PSAS sepanjang pelaksanaan program ini seperti memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan dalam diri. Disediakan oleh : DANISH HAKIM BIN SANUSI SETIAUSAHA KEHORMAT
24 30 MEI 2023 DEWAN TITANIUM, ULPL PSAS Program Pendidikan Pengundi Bersama Politeknik Sultan Azlan Shah ini diadakan pada 30 Mei 2023 (Selasa) yang bertempat di Dewan Titanium, ULPL Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya (APR), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga membuat simulasi pilihan raya kepada pelajar bagaimana untuk mengundi. Pendedahan ini amat sesuai bagi para pelajar kerana pelaksanaan umur kelayakan mengundi kini pada usia 18 tahun. Seramai sembilan orang pelajar telah menawarkan diri untuk melakukan simulasi pilihan raya. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan teratur dan lancar dengan penglibatan pelajar Kamsis sebagai peserta program ini. Disediakan oleh : MUHAMMAD AIDID DANIEL BIN MOHD AZAIRI EXCO SUKAN & REKREASI
23 JUN 2023 KOLEJ KEDIAMAN, PSAS Program berterusan ini diberi nama Program Mentor Mentee dan hanya terbuka kepada pelajar Kamsis sahaja. Program ini merupakan anjuran Exco Akademik dan Latihan, Majlis Perwakilan Pelajar. Program ini telah berlangsung dari minggu ke-12 sehingga minggu ke-15. Seramai lima orang pelajar telah menawarkan diri untuk menjadi Mentor. Program ini dijalankan semasa pelajar mempunyai masa lapang dan selepas balik daripada kuliah. Penglibatan mentor dan mentee yang melebihi enam kali sesi pembelajaran akan menerima sijil penglibatan. Program ini telah mendapat maklum balas yang baik dan menerima permintaan untuk dianjurkan pada sesi akademik akan datang. Disediakan oleh: IFRAH BINTI LAMRI EXCO AKADEMIK DAN LATIHAN 25 21 JUN 2023 BENGKEL KAYU JKA, PSAS Program CSR Pembaikan Surau Sekolah Agama Rakyat Al-Jihadiah diadakan pada 21 Jun 2023 (Rabu), bertempat di Bengkel Kayu Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Azlan Shah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). CSR ini berjalan dengan jayanya dengan melibatkan 10 orang kakitangan dan 3 orang pelajar MPP. Sebanyak dua buah rak telah disiapkan untuk sumbangan kepada Surau Sekolah Agama Rakyat Al-Jihadiah. Disediakan oleh : MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI
26 18 OGOS 2023 DEWAN TITANIUM, ULPL PSAS Program Majlis Perwakilan Pelajar Bersama Pengurusan Bil.1/2023 ini telah diadakan pada 18 Ogos 2023 di Dewan Titanium ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS. Program ini merupakan satu platform bagi MPP PSAS untuk menyuarakan suara para pelajar yang dikumpulkan melalui Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 10 Mei 2023 yang lalu. Segala aduan dan cadangan yang dibawa MPP telah diajukan kepada Ahli Majlis Pengurusan (AMP) PSAS telah terjawab. Turut hadir, Yang Berusaha, Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Encik Muhammad Adha bin Shamdin @ Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ahli-Ahli Mesyuarat Pengurusan dan barisan penasihat Majlis Perwakilan Pelajar PSAS. Disediakan oleh : KHAIRUL EIMAN BIN TALHA EXCO KOMUNIKASI KORPORAT II
27 18 - 20 OGOS 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Kem Rakan Transformasi Siswa PSAS Sesi 1: 2023/ 2024 telah diadakan pada 18 sehingga 20 Ogos 2023 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Kem tiga hari dua malam ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Afiq Khan bin Mohamad Aghakhan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar. Kem ini disertai oleh seramai 94 orang Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI), Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP) dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada kem ini seperti latihan dalam kumpulan untuk membina jati diri dan ketahanan mental sebelum menghadapi Minggu Transformasi Siswa (MTS). Selain itu, beberapa persiapan awal telah dilakukan sebelum berlangsungnya program MTS. Semoga, kem ini dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar dari segi menjayakan sesuatu program dan mengekalkan hubungan silaturahim yang dibina. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ KHAN BIN MOHAMAD AGHAKHAN YANG DIPERTUA
28 21 - 25 OGOS 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Minggu Transformasi Siswa PSAS Sesi 1: 2023/2024 telah diadakan pada 21 sehingga 25 Ogos 2023 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah melibatkan pihak pengurusan PSAS serta wakil pelajar yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Muhammad Zul’Aiman bin Hairul Nizam dan Muhammad Afiq bin Mohd Nor serta 94 orang Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI), Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP) dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP). Pelbagai aktiviti dan taklimat telah berjaya dilaksanakan sepanjang program ini. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan PSAS serta wakil pelajar dalam menjayakan Program Minggu Transformasi Siswa Sesi 1: 2023/2024. Disediakan oleh: MUHAMMAD ZUL'AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NAIB YANG DIPERTUA (AKADEMIK)
30 OGOS 2023 PERKARANGAN JHEP, PSAS Program ini diadakan bagi memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada setiap 31 Ogos dan tokoh-tokoh yang telah berjasa dan peristiwa-peristiwa penting negara. Program ini bertempat di sekitar bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PSAS yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini berlangsung pada 8.30 malam sehingga 12.30 tengah malam. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program antaranya ialah aktiviti jualan di kiosk, tayangan movie kemerdekaan dan pertunjukan bunga api. Objektif program ini adalah untuk menanam semangat cinta akan tanah air dan semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar. Tambahan lagi, juga dapat mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar PSAS. Seterusnya, ia dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah tanpa mengira kaum. Disediakan oleh: NUR ZEHAN KHUMAIRA BINTI ZULKIFLI EXCO KOMUNIKASI KORPORAT I KEMERDEKAAN AMBANG 29
31 OGOS 2023 GELANGGAN BOLA TAMPAR, PSAS Program Merdeka Run ini telah diadakan pada 31 Ogos 2023 bertempat di Gelanggang Bola Tampar yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini telah berlangsung pada 8.00 pagi hingga 11:00 pagi. Objektif program adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan para pelajar disamping dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Program ini hanya terbuka kepada 400 orang pelajar yang menetap di Kamsis sahaja. Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan, setiap peserta diberikan satu bendera Jalur Gemilang yang bersaiz kecil untuk dibawa bersama ketika acara larian. Para peserta akan melalui beberapa checkpoint sebelum sampai ke garisan penamat. Di akhir program, empat orang pelajar yang terawal tiba ke garisan penamat telah diberikan hadiah. Disediakan oleh: MUHAMMAD AIDID DANIEL BIN MOHD AZAIRI EXCO SUKAN DAN REKREASI MERDEKA RUN 30
31 16 SEPTEMBER 2023 POLYSPORT, PSAS Program Go Green Our Polytechnic Siri 1 ini telah diadakan pada 16 September 2023 bersempena World Cleanup Day 2023 dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Peserta dikumpulkan di Polysport, PSAS yang melibatkan pelajar dari blok kolej kediaman V2, V4, V6 dan pelajar luar. Program ini bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Para sukarelawan diberi tugasan untuk membuat pembersihan dan mengutip sisa pepejal yang terdapat di sekitar blok kolej kediaman V2, V4 dan V6. Di akhir program, para sukarelawan berjaya mengumpul sisa pepejal yang telah dikutip untuk direkodkan bilangan dan jumlah berat. Turut hadir, penasihat Majlis Perwakilan Pelajar PSAS, Puan Herdawati binti Ahmad bagi meninjau aktiviti audit sisa pepejal. Disediakan oleh : MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI GO GREEN OUR POLYTECHNIC SIRI 1 POLYTECHNIC SIRI 1
20 SEPTEMBER 2023 PUSAT ISLAM, PSAS Program Motivational Talk With Iddin Ramli telah diadakan pada 20 September 2023 bertempat di Pusat Islam, Politeknik Sultan Azlan Shah dan berlangsung pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dan melibatkan semua pelajar Kamsis yang beragama Islam. Ceramah yang bertajuk “Cabaran Menjadi Mahasiswa” ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, saudara Iddin Ramli. Tujuan program ini adalah bagi meningkatkan motivasi para pelajar agar sentiasa bersikap positif dalam menempuhi cabaran pengajian. Program ini berjalan lancar dengan bantuan daripada beberapa orang dari kelab JPKK dan RAPI yang melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana program ini. Selepas sesi ceramah, Iddin Ramli sempat beramah mesra bersama pelajar PSAS dan terdapat juga jualan buku di luar Pusat Islam. 32 Disediakan oleh : MUHAMMED AMAR BIN IBRAHIM EXCO JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
33 25 SEPTEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Kuliah Moral Sesi 1 2023/2024 Siri 1 yang berlangsung pada 25 September 2023 di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Terdapat beberapa aktiviti antaranya ialah sesi membina kumpulan dan membuat sorakan bagi kumpulan masing-masing. Hal ini dapat mewujudkan kerjasama di dalam kumpulan dan mengeratkan silaturahim sesama pelajar. Disediakan oleh : HARITHARAN A/L LOGANATHAN EXCO MORAL 23 SEPTEMBER 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEHRANG, BEHRANG Pelaksanaan program berjalan lancar dengan melibatkan 42 orang staf, tiga orang pelajar MPP, dua orang pelajar SMPP dan 33 orang pelajar program Diploma Ukur Bahan (DUB) semester 1 daripada PSAS, 40 orang guru dan kakitangan serta 20 orang wakil PIBG SK Sungai Behrang dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong, memasak dan mengecat bangunan sekolah tersebut. Pogram ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Selepas aktiviti mengecat dan gotong royong dilaksanakan, peserta disediakan makanan dan kemudian bertolak pulang ke PSAS. Disediakan oleh : MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI
34 07 OKTOBER 2023 SEKITAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Karnival Sukan Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjalan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di sekitar Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah dianjurkan oleh usaha sama EKelab dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Exco jabatan Kejuruteraan Elektrik. Terdapat beberapa acara sukan yang dipertandingkan pada hari tersebut seperti acara badminton, futsal, catur dan banyak lagi. Setiap acara yang dipertandingkan hanya dijalankan di dalam sekitar PSAS. Program ini diadakan bagi membuat pemilihan pelajar yang layak bagi mewakili jabatan di dalam Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (SUPSAS) akan datang. Secara kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif seperti memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain di dalam pasukan. Selain itu, melahirkan pelajar yang berbakat dalam aktiviti sukan yang diceburi. Disediakan oleh : MUHAMMAD EDZAM PUTRA BIN MOHD AZRIN EXCO JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
8 OKTOBER 2023 HADAPAN BANGUNAN JHEP, PSAS Pembukaan Movie Night Kiosk MPP ini diadakan pada 8 Oktober 2023 (Ahad), bertempat di Perkarangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Seramai tujuh orang pelajar Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah terlibat dalam membantu kelancaran program sebagai ahli jawatankuasa pelaksana. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada pelajar Kamsis. Selain itu juga, MPP telah mendapat keuntungan daripada hasil jualan seperti air minuman green tea, oden dan roti sosej. Disediakan oleh : KHAIRUL FIKRI BIN MOHD FARID EXCO KEUSAHAWANAN & KERJAYA 35
36 10 OKTOBER 2023 BILIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, PSAS Aktiviti CSR Bilik MPP dan Ukhuwah Antara MPP dijalankan pada 10 Oktober 2023 bertempat di Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (BMPP). Aktiviti ini bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengemas stor BMPP dan bilik-bilik MT, mengelap perabot, mengemop dan menyapu lantai. Aktiviti ini melibatkan kesemua ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan ia adalah bertujuan bagi terapi minda setelah mengharungi beberapa minggu perkuliahan. Selepas aktiviti CSR, MPP berkumpul untuk bermain permainan Ware Wolf dan diakhiri dengan sesi pertukaran hadiah. Semoga ukhuwah yang dibina antara ahli Majlis Perwakilan Pelajar akan berkekalan. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD NOR NAIB YANG DIPERTUA (KEBAJIKAN) CSR BILIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN UKHUWAH ANTARA MPP CSR BILIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN UKHUWAH ANTARA MPP
37 11 OKTOBER 2023 KANTIN, PSAS Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/ 2023 Bersama Warga PSAS telah diadakan pada 11 Oktober 2023 (Rabu) bertempat di Kantin, Politeknik Sultan Shah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Hari Bertemu Pelanggan telah dijalankan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat empat kaunter yang dibuka sepanjang program berlangsung dan diuruskan oleh Exco Jabatan. Pengumpulan aduan dan cadangan dari pelajar PSAS hanya tertumpu di kantin sahaja. Pengunjung yang terawal telah diberikan cenderahati sebagai penghargaan. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan cadangan bagi penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan PSAS. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan mesra dengan pelajar PSAS. Disediakan oleh: KHAIRUL EIMAN BIN TALHA EXCO KOMUNIKASI KORPORAT II HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.2/2023 BERSAMA WARGA PSAS HARI BERTEMU PELANGGAN BIL.2/2023 BERSAMA WARGA PSAS
38 11 OKTOBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Program ini telah diadakan pada 11 Oktober 2023 (Rabu) bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar PSAS. Program dijalankan bermula pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Program berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 51 orang Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah menyertai program ini. Banyak aktiviti dan input yang telah disampaikan kepada SMPP antaranya memberi penerangan tentang pengenalan SMPP, sesi perkenalan antara satu sama lain dan aktiviti di dalam kumpulan. Secara keseluruhannya, SMPP telah diberikan pendedahan tentang skop tugas, gerak kerja dan komunikasi dalam organisasi. Selain itu, aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara MPP dan SMPP. Disediakan oleh : MUHAMMED AMIR BIN IBRAHIM EXCO KELAB DAN PERSATUAN
23 OKTOBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Kuliah Moral Sesi 1 2023/2024 Siri 2 yang berlangsung pada 23 Oktober 2023 di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Aktiviti yang dijalankan adalah telefon rosak. Aktiviti ini dijalankan bagi mencapai objektif seperti mewujudkan komunikasi yang baik antara ahli pasukan dan penyampaian maklumat yang baik dan sahih. Disediakan oleh : HARITHARAN A/L LOGANATHAN EXCO MORAL 39 19 - 22 OKTOBER 2023 POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH Program ini diadakan pada 19 sehingga 22 Oktober 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, PUO yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Seramai tiga orang pelajar MPP telah terpilih untuk mengikuti program ini sebagai peserta. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program antaranya ice breaking, ceramah, dialog siswa TVET Madani, pengisian kerohanian dan aktiviti CSR Rahmah Parlimen Tambun. Seramai 237 orang pemimpin pelajar daripada 92 ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari 32 buah politeknik dan 145 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dari 72 buah Kolej Komuniti telah menghadiri konvensyen ini. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD NOR NAIB YANG DIPERTUA (KEBAJIKAN) SIRI 2
24 OKTOBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Majlis Apresiasi Graduan Jabatan Perdagangan bagi Sesi 1 2023/2024 telah berlangsung pada 24 Oktober 2023 di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bermula pada jam 1.30 petang hingga 5.30 petang. Program ini dianjurkan oleh Commerce Club dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Jabatan Perdagangan. Tujuan program ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar semester 5 yang akan menjalani latihan industri pada semester akan datang. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norhazlin binti Mohamed Ali, Ketua Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program antaranya sesi jamuan makan, persembahan daripada pelajar dan pensyarah, penyampaian anugerah kecemerlangan akademik, penyampaian anugerah kecemerlangan ko-kurikulum dan cabutan bertuah. Secara kesimpulannya, program berjalan dengan baik atas komitmen dan kerjasama daripada AJK yang terlibat. Program diakhiri dengan sesi fotografi bagi semua pelajar dan pensyarah. Disediakan oleh : NURUL ASYIKIN BINTI AHMAD FUAAT EXCO JABATAN PERDAGANGAN 40
41 25 OKTOBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya 2023 ini diadakan pada 25 Oktober 2023 (Rabu) yang bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Disiplin Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Pejabat PLUS Seksyen C2 PLUS Berhad, Slim River. Program ini berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini telah disempurnakan oleh Encik Husni bin Md Yusuf, Pengurus Wilayah Tengah PLUS Berhad dan turut dihadiri oleh Encik Muhamad Adha bin Shamdin@Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Politeknik Sultan Azlan Shah. Seramai 26 orang daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengikuti program ini dan melibatkan pelajar unit beruniform semester 1. Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan bergambar pada pameran yang disediakan dengan tema Program Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya 2023 dan bacaan ikrar keselamatan jalan raya yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Disediakan oleh : NUR SYAZWEEN ARYSA BINTI ABDUL RAHMAN EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN II PROGRAM KESELAMATAN PLUS BERSAMA KOMUNITI LEBUH RAYA 2023 PROGRAM KESELAMATAN PLUS BERSAMA KOMUNITI LEBUH RAYA 2023
42 26 OKTOBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan ini berlangsung pada 26 Oktober 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Hospital Slim River, Hospital Teluk Intan dan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim. Terdapat beberapa aktiviti selain derma darah dan pemeriksaan kesihatan sepanjang program ini berlangsung, antaranya seperti cabutan bertuah dan sesi bual mesra bersama penderma darah. Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 23 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta 5 orang dari Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah menjadi ahli jawatankuasa bagi menjayakan program ini. Sebanyak 137 pek darah telah berjaya dikumpulkan daripada 201 orang penderma yang mendaftar pada hari tersebut. Disediakan oleh: SYAIDA AFIQAH BINTI SUKRI AZRI EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL II PEMERIKSAAN KESIHATAN KEMPEN DERMA DARAH &
43 6 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Kuliah Moral Sesi 1 2023/ 2024 Siri 3 ini berlangsung pada 6 November 2023 di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Terdapat beberapa aktiviti antaranya ialah pelajar diberi arahan untuk duduk di dalam bulatan dan melukis gambar diri sendiri. Seterusnya, setiap pelajar diminta membuat pembentangan tentang gambaran lukisan diri masingmasing. Hal ini dapat memperkenalkan diri kepada rakan-rakan tentang diri sendiri. Disediakan oleh : HARITHARAN A/L LOGANATHAN EXCO MORAL 28 OKTOBER 2023 TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA Rakaman video korporat Majlis Perwakilan Pelajar dijalankan di Tamarind Square, Cyberjaya dan sebahagiannya di Politeknik Sultan Azlan Shah. Semua MPP berkumpul di Dewan Muallim pada pukul 8.30 pagi. Sebelum bergerak ke Cyberjaya, bacaan doa diketuai oleh saudara Muhammad Hafiz bin Ismafi. Setibanya di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi, MPP diberi pilihan untuk memilih tempat merekod video masingmasing. Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar dengan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada kesemua 30 orang MPP dan berakhir dengan makan malam sebelum pulang ke PSAS. Disediakan oleh : KHAIRUL EIMAN BIN TALHA EXCO KOMUNIKASI KORPORAT II SIRI 3
GO GREEN OUR POLYTECHNIC SIRI 2 44 18 NOVEMBER 2023 ALPHA PRIME, PSAS Program Go Green Our Polytechnic Siri 2 ini telah diadakan pada 18 November 2023 (Sabtu) bertempat di Alpha Prime, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan melibatkan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP). Aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong mengemas dan membersihkan sekitar Alpha Prime. Setelah selesai aktiviti gotong-royong, SMPP dikumpulkan dalam bentuk bulatan dan bermain permainan ware wolf. Program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dengan penglibatan seramai 14 orang SMPP dan 9 orang MPP. Sebagai penghargaan, peserta diberikan makanan tengah hari sebelum bersurai. Disediakan oleh : MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI
45 20 NOVEMBER 2023 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, PSAS Program Jejak Kasih Bersama Pelajar Kediaman Luar ini telah dilaksanakan pada 20 November 2023 (Isnin) bertempat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Syahnan bin Md Zain, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Secara keseluruhan, program ini telah berjalan lancar dan teratur dengan gerak kerja seramai 10 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta 2 orang Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) yang telah menjadi ahli jawatankuasa bagi Program Jejak Kasih Bersama Pelajar Kediaman Luar ini. Sebanyak 20 buah rumah yang mendapat keperluan program daripada 50 orang yang memohon pada hari sebelumnya. Disediakan oleh: MUHAMMAD NAUFHAL BIN AHMAD EXCO KEDIAMAN LUAR
46 22 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Program ini diadakan pada 22 November 2023 (Rabu) bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Program dijalankan bermula pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Seramai 75 orang Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah menyertai program ini. Alhamdulillah, Bonding SMPP Siri 2 ini lebih mendapat sambutan berbanding Siri 1. Aktiviti yang dijalankan pada siri ini lebih kepada aktiviti santai dan membina jaringan komunikasi antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta yang amat menggalakkan. Program ini memupuk silaturahim antara MPP dan SMPP, semoga ukhuwah ini berkekalan sehingga akhir semester. Disediakan oleh : MUHAMMED AMIR BIN IBRAHIM EXCO KELAB DAN PERSATUAN
23 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Kuliah Moral Sesi 1: 2023 / 2024 Siri 4 ini bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah dan berlangsung pada 23 November 2023 (Khamis). Aktiviti ini berlangsung dengan kerjasama daripada AJK Moral. Program ini melibatkan semua pelajar kamsis bukan Muslim Politeknik Sultan Azlan Shah. Terdapat beberapa aktiviti antaranya ialah energizer dan pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi satu perkataan. Daripada perkataan itu, pelajar akan mencipta perkataan baharu. Pada aktiviti ini ingin melihat kreativiti para pelajar dalam berkomunikasi. Di akhir program, telah diadakan sesi melekatkan cap jari pada dakwat dan menulis nama di atas kertas mahjong yang disediakan sebagai kenangan kuliah moral yang terakhir bagi sesi 1 2023 / 2024. Disediakan oleh : HARITHARAN A/L LOGANATHAN EXCO MORAL 47 SIRI 4