The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahadiyyah, 2024-04-16 21:42:59

BULETIN MPP EDISI 8

BULETIN MPP EDISI 8

24 NOVEMBER 2023 MAKMAL PENGATURCARAAN KOMPUTER 2 (ECOM2), JKE Program Microsoft Excel for Beginner ini diadakan pada 24 November 2023 (Jumaat) bertempat di Makmal Pengaturcaraan Komputer 2 (ECOM2), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), PSAS yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Penceramah yang dijemput ialah Ts. Dr. Asma Asdayana binti Ibrahim, pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, PSAS. Antara kemahiran yang dipelajari ialah aplikasi pengolahan data numerik bagi aplikasi Microsoft Excel seperti membuat, mengedit, menganalisa dan meringkaskan data. Selain itu, membuat laporan kewangan, melakukan daftar nilai, daftar kehadiran, dan menghasilkan grafik data. Pada penghujung program, peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberikan cenderahati sebagai penghargaan. Disediakan oleh : IFRAH BINTI LAMRI EXCO AKADEMIK DAN LATIHAN 48


24 NOVEMBER 2023 KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, PSAS Program Wayang Bawah Langit ini diadakan pada 24 November 2023 (Jumaat) yang bertempat di Court V1, Kamsis, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP) dan disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini berlangsung pada jam 7.30 malam hingga 11.00 malam. Program ini berjalan dengan lancar dengan mendapat sokongan daripada pelajarpelajar Kamsis bagi memeriahkan program ini. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berjaya menjana keuntungan sepanjang penganjuran program tersebut. Seramai lima orang pelajar Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) telah terlibat sebagai jawatankuasa bagi menjayakan program Wayang Bawah Langit ini. Disediakan oleh : KHAIRUL FIKRI BIN MOHD FARID EXCO KEUSAHAWANAN & KERJAYA 49


3 DISEMBER 2023 TASIK, PSAS Program Go Green Our Polytechnic Siri 3 ini telah diadakan pada 3 Disember 2023 (Ahad) bertempat di sekitar tasik, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan penglibatan terbuka kepada semua pelajar PSAS yang ingin menawarkan diri sebagai sukarelawan. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut seperti membersihkan longkang dan tasik serta mengutip sampah di sekeliling tasik. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun dengan penglibatan pelajar yang tidak ramai. Hasilnya, lima beg plastik sampah telah berjaya dikumpulkan. Program berakhir dengan makan tengah hari bersama para peserta di BMPP. Disediakan oleh: MUHAMMAD UMAR BIN ZAINUDIN EXCO SUKARELAWAN DAN KOLABORASI GO GREEN OUR POLYTECHNIC SIRI 3 50


51 4 DISEMBER 2023 PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) Majlis Perwakilan Pelajar telah mendapat jemputan ke Majlis Peluncuran Hala Tuju Transformasi Politeknik (2023-2030) yang telah diadakan pada 4 Disember 2023 (Isnin) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Program telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, turut hadir YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi untuk memberi ucapan alu-aluan dan dihadiri oleh Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berkata “Politeknik akan menjadi medan dan pemain utama untuk latihan kemahiran Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) bawah Transformasi Politeknik 2023-2030”. Program ini melibatkan 46 institusi yang terdiri daripada politeknik dan kolej komuniti yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), Kementerian Pendidikan Tinggi. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS telah diwakili oleh Muhammad Afiq Khan bin Mohamad Aghakhan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Zul’ Aiman bin Hairul Nizam, Naib Yang Dipertua (Akademik) dan Muhammad Afiq bin Mohd Nor, Naib Yang Dipertua (Kebajikan) bagi menghadiri majlis tersebut. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ KHAN BIN MOHAMAD AGHAKHAN YANG DIPERTUA


52 16 JANUARI 2024 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, PERAK Majlis Perwakilan Pelajar telah mendapat jemputan sebagai rakan kolaborasi bagi Program International Symposium : Embrace Diversity, Explore Identities anjuran Exco Akademik dan Kerjaya, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar di Panggung Percubaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 16 Januari 2024 (Selasa) bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam. Program ini telah melibatkan mahasiswa daripada kedua-dua negara iaitu Universitas Bina Darma, Universitas Pendidikan Indonesia, Universiti Sultan Azlan Shah, Universiti Putra Malaysia dan Politeknik Sultan Azlan Shah bagi membincangkan dan berkongsi sudut pandangan yang berbeza berkaitan topik yang dibincangkan. Slot pertama merupakan Bicara Tiktok Mahasiswa (Rezeki yang Tertunda) yang disampaikan oleh mahasiswa daripada kedua-dua negara iaitu Nik Ahmad Nuri Nik Ismail, Mantan Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Sidang 2022/ 2023, Aldy Anugrah, Mahasiswa Prodi Psikologi, Universitas Bina Darma dan Farid Nawawi, Elementary Education Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia. Selain itu, slot kedua merupakan Stigma LGBT (Aku Keliru) yang disampaikan oleh panel daripada keduadua negara iaitu Dr. Itryah, Ketua Program Studi Psikologi Fakultas Sosial Humaniora, Universitas Bina Darma, Btari Mariska Purwaamijaya, Pensyarah Bachelor Law & Master Management, Universitas Pendidikan Indonesia, Dr. Pau Kee, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI dan Cikgu Jefferi bin Mohd Nor, Bekas Mak Nyah & Founder Air Hijau. Disediakan oleh : MUHAMMAD ZUL’AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NAIB YANG DIPERTUA (AKADEMIK)


53 27 - 28 JANUARI 2024 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Kem Rakan Transformasi Siswa PSAS Sesi 2 : 2023/2024 telah diadakan pada 27 sehingga 28 Januari 2024 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Kem dua hari satu malam ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Afiq Khan Bin Mohamad Aghakhan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar. Kem ini disertai oleh seramai 60 orang Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI), Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP) dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada kem ini seperti latihan dalam kumpulan untuk membina jati diri dan ketahanan mental sebelum menghadapi MTS. Selain itu, beberapa persiapan awal telah dilakukan sebelum berlangsungnya program MTS. Semoga, kem ini dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar dari segi menjayakan sesuatu program dan mengekalkan hubungan silaturahim yang dibina. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ KHAN BIN MOHAMAD AGHAKHAN YANG DIPERTUA


54 29 JANUARI - 2 FEBRUARI 2024 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Minggu Transformasi Siswa PSAS Sesi 2: 2023/2024 telah diadakan pada 29 Januari hingga 2 Februari 2024 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah melibatkan pihak pengurusan PSAS serta wakil pelajar yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Muhammad Afiq bin Mohd Nor serta 60 orang Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI) Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) dan Pembimbing Rakan Siswa POLYCC (PRSP). Pelbagai aktiviti dan taklimat telah berjaya dilaksanakan sepanjang program ini. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada Pengurusan PSAS serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Minggu Transformasi Siswa Sesi 2 : 2023/2024. Disediakan oleh : MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD NOR NAIB YANG DIPERTUA (KEBAJIKAN)


55 2 FEBRUARI 2024 THE FLOYDS KITCHEN, TANJONG MALIM Majlis makan malam Remembering With Joy Dinner diadakan bersempena Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi 2023/2024. Majlis ini telah diadakan pada 2 Februari 2024 (Jumaat) bertempat di The Floyds Kitchen, Tanjong Malim. Turut hadir Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Encik Muhamad Adha bin Shamdin@Shamsuddin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Sultan Azlan Shah, Ketua-Ketua Jabatan, Penasihat- Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar dan Penasihat- Penasihat Kelab Utama Politeknik Sultan Azlan Shah.Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada MPP PSAS atas segala usaha dan komitmen yang telah disumbangkan sepanjang menggalas amanah kepimpinan pelajar bagi sesi 2023/ 2024. Oleh itu, dengan secara rasminya MPP PSAS telah dibubarkan oleh Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah. Disediakan oleh : MUHAMMAD ZUL’AIMAN BIN HAIRUL NIZAM NAIB YANG DIPERTUA (AKADEMIK)


CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI JPKK 8 EDISI 8 B U LETI N MPP 56


57


PROGRAM AKTIVITI & 8 EDISI 8 B U LETI N MPP (J AWA T A N K U A S A KOLEJ K E D I AMA N ) 58


59 23 SEPTEMBER 2023 KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Gotong-royong Perdana Kamsis ini telah dilaksanakan pada 23 September 2023 bertempat di Kolej Kediaman Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) bertujuan untuk menerapkan sikap para pelajar supaya menjaga kebersihan di kawasan Kolej Kediaman dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penghuni Kamsis memupuk semangat kerjasama antara penghuni Kamsis. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan seperti senamrobik dan gotong-royong di setiap blok pelajar. Disediakan oleh : IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN SETIAUSAHA | JPKK


60 5 OKTOBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Encounter with Warden telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2023 bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah melibatkan semua pelajar yang mendiami Kolej Kediaman (KAMSIS). Tujuan program ini adalah bagi memperkenalkan para warden kepada pelajar dan memberi penerangan tentang peraturan-peraturan ketika berada di Kamsis. Selain itu, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) telah mengadakan penyerahan watikah pelantikan JPKK dimana seramai 40 orang pelajar telah menerima watikah tersebut. Penyerahan watikah tersebut telah disampaikan oleh Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar. Disediakan oleh : IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN SETIAUSAHA | JPKK ENCOUNTER WITH WARDEN ENCOUNTER WITH WARDEN


0601 8 OKTOBER 2023 KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Sukan Kamsis (SUKSIS) telah dianjurkan oleh pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Sesi 1 2023/ 2024 pada 8 Oktober 2023. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut adalah permainan bola jaring, futsal dan Fun Run. Hadiah yang menarik akan diberi kepada para pemenang. Bukan itu saja, pihak JPKK juga telah menerima tajaan daripada pihak Nestle dengan menyediakan lori milo bagi memeriahkan lagi program tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli JPKK kerana telah berjaya menjayakan program ini bagi memeriahkan lagi suasana Kamsis. Disediakan oleh: IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN SETIAUSAHA | JPKK


62 28 - 29 OKTOBER 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG, PERAK Program Havoc Food Festival ini telah dianjurkan oleh Biro Keusahawanan, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) yang telah berlangsung selama dua hari bermula 28 dan 29 Oktober 2023 pada pukul 1.00 petang hingga 7.00 malam. Program ini bertemakan bazaar makanan bagi pelajar untuk memudahkan membeli makanan dengan lokasi yang lebih dekat serta harga jualan yang lebih murah. Selain itu, terdapat juga aktiviti sukan seperti futsal lelaki dan futsal perempuan. Dengan aktiviti sukan ini dapat memeriahkan lagi suasana Program Havoc Food Festival. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan berkolaborasi bersama Rakan Pusat Islam (RAPI), Pembimbing Rakan Sebaya Politeknik (PRSP) dan Kelab Warisan. Setiap kelab organisasi ini, telah diberi lot gerai jualan bagi menjayakan Program Havoc Food Festival. Malahan program ini, kita dapat memupuk semangat keusahawanan dan nilai kerjasama diantara organisasi dan penghuni kamsis. Disediakan oleh : IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN SETIAUSAHA | JPKK


63 29 NOVEMBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program A Night To Remember merupakan Malam Penutup Kamsis yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) pada 29 November 2023. Program ini diadakan pada minggu ke-13 sesi 1: 2023/ 2024 Program ini bermula pada jam 8 malam hingga 11 malam. Program ini juga dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), ketua warden dan para felo yang lain. Persembahan dari wakil pelajar setiap blok turut dipersembahkan. Permainan secara rawak juga turut diadakan pada malam tersebut. Program ini diadakan kepada pelajar kamsis adalah untuk mereka mencipta kenangan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Disediakan oleh : IFFAH BADRIAH BINTI SAMSUDIN SETIAUSAHA | JPKK


CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI PRSP 8 EDISI 8 B U LETI N MPP 64


PRESIDENT VICE PRESIDENT l VICE PRESIDENT ll FINANCIER SOULFULNESS EXECUTIVE PLANNER EXECUTIVE ADMINISTRATOR INTERACTIVE MULTIMEDIA EXECUTIVE ASPIRANT EXECUTIVE PRODUCT AND LOGISTIC EXECUTIVE ACTIVE RELATIONS EXECUTIVE PEERS EXECUTIVE LYANA NORBATRISYIA BINTI KHAIRUL FITRI 15DKA20F2032 LYANA NORBATRISYIA BINTI KHAIRUL FITRI 15DKA20F2032 NUR FATHIMAH BINTI ROSLIN 15DKA21F1079 NUR FATHIMAH BINTI ROSLIN 15DKA21F1079 MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN KHAIRUL AZRI 15DAD21F1057 MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN KHAIRUL AZRI 15DAD21F1057 MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD 15DPB20F2009 MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD 15DPB20F2009 DEVENDRAN A/L SAEGARAN 15DAD21F1033 DEVENDRAN A/L SAEGARAN 15DAD21F1033 MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM 15DKA21F1049 MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM 15DKA21F1049 NURNAHDATUL MAISHSYAH BINTI ROSLY 15DPM22F1020 NURNAHDATUL MAISHSYAH BINTI ROSLY 15DPM22F1020 NUR AIN SHAMIRA BINTI MOHD TAHA 15DPM20F2017 NUR AIN SHAMIRA BINTI MOHD TAHA 15DPM20F2017 WAN NUR HANIE SHAMIERA BINTI MIOR ZAMANI SHARIFF 15DRM21F2025 WAN NUR HANIE SHAMIERA BINTI MIOR ZAMANI SHARIFF 15DRM21F2025 DHANHESH LACHANNA 15DAD22F1008 DHANHESH LACHANNA 15DAD22F1008 MUHAMMAD AMIN BIN MOHD SUHAIMI 15DET20F2020 MUHAMMAD AFIQ ANWAR TAN BIN MUHAMMAD ASYRAF TAN 15DAD20F2011 NUR NILAMSARI BINTI MOHD RAZALI 15DKA21F1025 MOHAMAD ALIF NAJMI BIN MOHD YAHYA 15DAT22F1020 NUR AMYLIA NADIRA BINTI ABDULLAH 15DUB20F2024 MUHAMMAD MUIZZUDIN BIN MAHADIR 15DTK22F1007 SYAHIR HAZIQ BIN SHARIZAN 15DET22F1044 SITI NUR ERIKA BINTI ABDUL HAFIZ 15DRM21F2031 MOHAMAD NAJIB BIN MOHAMAD ZAINI 15DAT22F1037 NUR NATASHA SHAKILA BINTI ABD AZIS 15DRM22F1038 NUR NATASHA SHAKILA BINTI ABD AZIS 15DRM22F1038 TUAN NUR AYUNI BINTI TUAN ROHADI 15DAT22F1022 ADVISOR l ADVISOR ll PUAN SHAHIRAN BINTI IBRAHIM PUAN NOR HIDAYAH BINTI AB WAHAB 65


BOARD OF EXECUTIVE SESSION 1 : 2023/2024 ORGANIZATIONAL CHART 15DAD21F1033 15DKA21F1079 15DKA21F1049 15DAT22F1037 15DRM22F1038 15DPM22F1020 15DPM22F1006 15DAD21F1057 15DAT22F2002 15DTK22F1007 15DPR21F2010 15DRM21F2025 15DET22F1044 15DPR21F2003 15DRM21F2031 15DAD22F1008 15DAT22F1020 15DAD22F2016 15DAT22F2011 15DKA21F1025 15DAT22F1022 15DPR22F2022 66


PROGRAM AKTIVITI & 8 EDISI 8 B U LETI N MPP (PEMB IMB I NG R A K A N S I SWA POLY C C ) 67


4 & 5 MAC 2023 DEWAN MUALLIM , PSAS Kem ini merupakan satu tradisi setiap semester yang akan dijalankan oleh Exco PRSP bersama Unit Psikologi PSAS untuk melahirkan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik yang berbakat dan berpengetahuan. Selain itu, mencari ahli yang berbakat untuk dinobatkan sebagai Exco PRSP sekaligus melatih mereka untuk memimpin organisasi dan rakan-rakan mereka. Kem ini berjalan dengan lancar dan baik. 68 Mereka juga berjaya dilatih menjadi seorang pembimbing siswa yang berbakat, berketerampilan, berpengetahuan dan melahirkan elemen pembimbing yang berpotensi dalam membimbing rakan siswa. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP BINA DIRI BANTU RAKAN


69 12 FEBRUARI 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Rakaman Video Korporat ini telah berlangsung pada 12 Februari 2023 bertempat di Rawang, Selangor dan Politeknik Sultan Azlan Shah yang melibatkan ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP). Video Korporat ini dijalankan oleh barisan Unit Interactive Multimedia Executive dengan kerjasama Exco PRSP (BEXEC). Tujuan rakaman video korporat ini bagi memperkenalkan barisan BEXEC PRSP. Disediakan oleh : INTERACTIVE MULTIMEDIA EXECUTIVE | PRSP 12 APRIL 2023 PINTU UTAMA, PSAS Agihan juadah berbuka puasa bersempena kempen ‘Infaq Kasih Ramadan’ ini diadakan pada 12 April 2023 (Rabu) yang berlokasi di Pintu Utama, Politeknik Sultan Azlan Shah. Agihan berlangsung sekitar jam 3.00 petang hingga 6.00 petang manakala kutipan wang sempena kempen ‘Seringgit Infaq Kasih Ramadan’ telah berlangsung pada 3 hingga 9 April 2023 (Isnin sehingga Ahad). Program ini telah dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Politeknik Sultan Azlan Shah. Disediakan oleh : SOULFULNESS EXECUTIVE | PRSP


14 APRIL 2023 DEWAN MUALLIM , PSAS Program ini telah dilaksanakan pada 14 April 2023 di Dewan Muallim, PSAS. Program ini merupakan sebuah tradisi setiap semester yang dilaksanakan oleh ahli baharu PRSP yang telah ditauliahkan dalam kem kepimpinan yang lepas. Program ini melibatkan semua ahli aktif PRSP, Exco PRSP serta alumni PRSP yang terdiri daripada ahli biasa serta alumni exco yang lalu. Ini dapat memberi peluang kepada ahli baharu untuk lebih mengenali alumni exco serta exco yang sedia ada dengan lebih rapat. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP 10 MEI 2023 DEWAN MUALLIM,PSAS Program Fun with Psychology ini berlangsung pada 10 Mei 2023 bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) serta kerjasama daripada Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) bersempena dengan Hari Kokurikulum PSAS yang telah dianjurkan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (JSKK). Program ini telah dilaksanakan oleh barisan unit Peers Executive dengan kerjasama daripada Exco PRSP bersama-sama dengan pelatih Unit Pengurusan Psikologi PSAS (UPPsi) dan dipantau oleh Puan Nor Hidayah Binti Ab Wahab. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan mencapai objektif dengan jayanya. Disediakan oleh : PEERS EXECUTIVE | PRSP 70


71 14 MEI 2023 DEWAN ALAMANDA, SMK SLIM Program ini merupakan idea yang tidak dapat dilaksanakan selama beberapa semester baru sahaja dapat ditunaikan. Program ini dilaksanakan oleh Exco PRSP (BEXEC) bersama Unit Pengurusan Psikologi PSAS bagi menunjuk ajar ciri-ciri seorang pemimpin kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat mengaplikasikannya dengan lebih awal. Pelajar lebih bersemangat untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan juga lebih berani untuk menyuarakan pendapat serta bergaul dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, mereka lebih semangat untuk cuba sesuatu yang baharu dan luar kotak selesa mereka. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


25 MEI 2023 , 14 MEI 2023 & 3 JUN 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR Program U, ME, US ini telah berlangsung pada 25 Mei 2023 (Sabtu) dalam siri pertama, 14 Mei 2023 (Ahad) siri kedua dan 3 Jun 2023 (Sabtu) bagi siri ketiga bertempat di gelanggang bola tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP). Program ini dijalankan oleh barisan unit Active Relations Executive dengan kerjasama Exco PRSP (BEXEC) untuk melibatkan seluruh warga PSAS menjalani program ini bersama-sama ahli PRSP PSAS. U, ME, US dilaksanakan sebanyak tiga kali mengikut siri dan aktiviti yang berbeza. Aktiviti bonding berjalan dengan lancar. Aktiviti yang dibawa ke dalam program berjaya memberi kesan yang positif dan mencapai matlamat PRSP untuk merakyatkan tali perhubungan Pembimbing Rakan Siswa bersama seluruh warga PSAS untuk saling mengenali antara satu sama lain lantas menghadirkan suasana yang meriah dan rancak sepanjang program berlangsung.Selain memberi impak silaturahim, ilmu dan pengalaman juga dapat diperolehi oleh para peserta. Aktiviti bonding tersebut turut disertai oleh alumni warga PSAS dan ahli PRSP yang berpengalaman dan turut berkongsi ilmu kepada semua. Sijil penghargaan diberikan kepada para peserta yang menyertai program U, ME, US. Disediakan oleh : ACTIVE RELATIONS EXECUTIVE | PRSP 72


73 26 MEI 2023 KAFETERIA, PSAS Program Night Movie ini berlangsung pada 26 Mei 2023 bertempat di Kafeteria PSAS dan dilaksanakan pada minggu belajar sebelum menghadapi peperiksaan. Program ini dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP). Program ini dilaksanakan oleh Barisan Unit Peers Executive dengan kerjasama Unit Interactive Media Executive dan Soulfuness Executive. Program ini dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan dan gemuruh pelajar bagi menduduki penilaian akhir. Tujuan program ini adalah bagi mengurangkan rasa tekanan pada pelajar untuk menduduki peperiksaan akhir serta mengeratkan hubungan di antara pelajar Kamsis dan PRSP. Disediakan oleh : PEERS EXECUTIVE | PRSP


74 3 JUN 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Quotes of the day ini telah berlangsung pada setiap minggu semester bertempat di platform media sosial iaitu aplikasi Instagram, Whatsapp dan Facebook Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP). Aktiviti ini dijalankan oleh barisan unit Interactive Multimedia Executive dengan kerjasama Exco Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada semua warga PSAS dan pembaca di samping itu dapat mengaktifkan media sosial PRSP. 5 SEPTEMBER 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Mesyuarat mingguan Board of Executive telah diadakan setiap minggu bermula awal bulan september sehingga akhir bulan November. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi merapatkan hubungan sesama BEXEC serta membincangkan program-program yang telah dirancang dan isu-isu semasa berkaitan kelab dan ahli PRSP. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP MESYUARAT MINGGUAN BOARD OF EXECUTIVE (BEXEC) MESYUARAT MINGGUAN BOARD OF EXECUTIVE (BEXEC)


75 1 OKTOBER 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program ini dilaksanakan kepada pimpinan PRSP Sesi : 1 2023/2024. Objektif utama adalah bagi mewujudkan kesefahaman dan keserasian sesama mereka. Objektif tujuan ini diadakan bagi mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli BEXEC dan menekankan sikap kerjasama di dalam kumpulan dalam menjayakan sesuatu program. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP 27 SEPTEMBER 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Kuiz ini di anjurkan sempena mengingati Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Penyertaan amat menggalakkan. Soalan kuiz yang diberikan bertujuan untuk menyuburkan ingatan terhadap cerita peristiwa ini. Hanya lima pemenang sahaja yang dipilih berdasarkan penyertaan yang pantas dan betul. Objektif program ini dijalankan adalah bagi memperingati hari lahir baginda Nabi Muhammad SAW dengan cara yang bermanfaat. Selain itu, ia juga bertujuan mengukur pemahaman tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW melalui pertanyaan-pertanyaan dalam kuiz. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


76 Dengan adanya program ini, pelbagai impak positif dapat diterapkan dalam diri setiap peserta antaranya seperti memupuk sikap kerjasama, meningkatkan keyakinan diri, peserta dapat mengaplikasikan ilmu kepimpinan dalam menguruskan aktiviti sepanjang program dan sebagainya. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP 6 - 7 OKTOBER 2023 KALUMPANG RESORT, TANJONG MALIM Program Youth Leadership 6.0 ini merupakan program pentauliahan ahli PRSP baharu bagi Sesi 2 2023/ 2024. Program telah dijalankan pada 6 sehingga 7 Oktober 2023 di Kalumpang Resort, Tanjong Malim. Tujuan program ini adalah ingin membentuk sifat kepimpinan dan pembimbing dalam kalangan peserta. Objektif program ini adalah bagi melatih peserta agar mempunyai sifat kepimpinan di dalam diri. Selain itu, memupuk sifat bijak dalam membuat kerja di dalam kumpulan dan meningkatkan lagi sifat keyakinan dalam diri setiap peserta.


77 27 & 28 OKTOBER 2023 JABATAN KEJUTERAAN ELEKTRIK, PSAS Program ini adalah jemputan daripada Kelab Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Seramai 25 orang pimpinan e-Club mengikuti program ini. BEXEC PRSP dijemput bagi memberikan latihan dan perkongsian berkaitan pengurusan kelab dan menjalankan beberapa aktiviti kepimpinan. Secara kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif seperti melahirkan sikap keberanian pada peserta serta meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta dan menekankan sikap kerjasama dalam kumpulan. Tidak lupa juga, peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menguruskan organisasi yang memberi keberanian untuk mereka menyuarakan pandangan atau idea. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


78 28 & 29 OKTOBER 2023 KOLEJ KEDIAMAN, PSAS Program Festival Food merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman (JPKK) PSAS. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 sehingga 29 Oktober 2023 di Kolej Kediaman, PSAS. Dengan penglibatan PRSP di dalam program ini telah memeriahkan lagi program tersebut di samping dapat menjana pendapatan kepada kelab PRSP sendiri. Ahli Board Of Executive (BEXEC) PRSP telah berjaya memberi kerjasama dan sokongan yang padu bagi menjayakan program Festival Food ini. Selain itu, dapat mengeratkan silaturahim PRSP bersama organisasi lain. Program ini juga menggalakkan sikap kerjasama di dalam kalangan Board Of Executive (BEXEC) PRSP dan telah berjaya menjana keuntungan hasil daripada jualan yang dilakukan. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


6 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Program ini adalah berbentuk tugasan wajib kepada sesi YL 6.0 iaitu perlu merasai pengalaman menjalani sesi bimbingan berkelompok. Di akhir tugasan, mereka perlu menyediakan jurnal refleksi iaitu penulisan pengalaman yang melibatkan pengluahan dari aspek pemikiran, emosi dan tingkah laku. Impak yang diperoleh melalui program ini adalah membentuk jalinan mesra dan kepercayaan antara satu sama lain. Selain itu, ahli kelompok dapat mensejahterakan emosi dan mendapat sokongan antara satu sama lain. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP SETIAP RABU SEPANJANG SEMESTER SESI 1 : 2023/2024 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Aktiviti ini merupakan aktiviti mingguan. Tujuan aktiviti ini adalah lebih kepada mengeratkan hubungan sesama ahli di samping menjadi riadah untuk ahli PRSP dan dapat mengurangkan tekanan selepas kelas. Alhamdulillah, Family Bonding PRSP ini mendapat sambutan. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta yang amat menggalakkan. Program ini memupuk silaturahim antara family PRSP, semoga ukhuwah ini berkekalan sehingga akhir semester. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP 79


80 19 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Program Go Beyond Pirate telah dijalankan pada 19 November 2023 (Ahad) bertempat di Gelanggang Bola Tampar, PSAS. Program ini merupakan latihan kepada ahli baharu PRSP iaitu dari Batch Youth Leadership 6.0 menguruskan dan menganjurkan program. Program ini telah menerima 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli semasa PRSP dan pelajar PSAS. Beberapa objektif program telah berjaya tercapai, antaranya ialah melatih ahli Youth Leadership 6.0 menganjur dan menguruskan program. Selain itu, mengeratkan hubungan silaturahim antara PRSP dan pelajar PSAS. Di samping itu, memupuk semangat kerjasama bagi memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan mengasah kebolehan diri Ahli Youth Leadership 6.0. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali dan mendapat sokongan yang baik daripada ahli Youth Leadership 6.0 dan pelajar PSAS. Disediakan oleh : MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


81 24 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA KERANJANG V1 Program ini adalah untuk memasyarakatkan PRSP dengan pelajar PSAS. Aktiviti utama program ini adalah tayangan movie. Pilihan cerita adalah berkaitan isu psikologi. Bagi memeriahkan suasana, turut diadakan jualan dari kelab-kelab di PSAS ini bermula pada jam 8 malam. Objektif yang diperoleh melalui program ini adalah dapat mendekatkan PRSP dengan pelajar PSAS. Selain itu, ia juga menjadikan movie salah satu terapi dalam menguruskan psikologi/ emosi. Seterusya, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat. Justeru, ia merapatkan hubungan sesama organisasi. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


82 9 DISEMBER 2023 THE FLOYDS KITCHEN, TANJONG MALIM Program ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua ahli PRSP di akhir semester di samping mengumpul mantan PRSP dan juga ahli PRSP semasa di PSAS. Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim bersama ahli kelab PRSP dan alumni kelab PRSP serta meraikan kejayaan bersama di akhir semester. Program ini juga dapat hubungan sesama ahli dan alumni lebih rapat dan ahli PRSP dan alumni dapat mengenali satu sama lain yang dapat memberi memori baharu buat ahli aktif dan alumni. Program Luminary Serenity Hi Tea juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Disediakan oleh: MAISARAH BINTI ZAIRUL EDHAM PLANNER EXECUTIVE | PRSP


83 CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI RAPI 8 EDISI 8 B U LETI N MPP


84


85 PROGRAM AKTIVITI & 8 EDISI 8 B U LETI N MPP ( R A K A N P U S A T I S L AM)


86 10 NOVEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Program ini diadakan bertujuaan untuk menggalakkan pelajar PSAS bersenam untuk menjaga kesihatan diri. Hal ini kerana Islam menggalakkan umatnya untuk kekal sihat dan kuat. Selain itu program ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama dan saling bantu-membantu dalam kumpulan bagi pelajar PSAS dan Jawatankuasa Pusat Islam. Sukaneka Jambatan Kasih RAPI & JKPI diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim antara JawatanKuasa Pusat Islam dan Rakan Pusat Islam. Selain itu, memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan di kalangan pelajar PSAS. Akhir sekali, menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar PSAS. Disediakan oleh : SYED AL IMRAN BIN SYED MUMBARIK RAIS LAJNAH SUKAN DAN REKREASI I | RAPI


87 18 NOVEMBER 2023 PUSAT ISLAM , PSAS Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman dalam solat jemaah pada setiap individu yang beragama Islam. Objektif program ini adalah untuk mempelajari tatacara solat yang betul dan sempurna. Selain itu, mereka juga dapat mendalami kefahaman berkaitan solat berjemaah. Seterusnya, ia juga dapat melahirkan imam dan bilal yang berpengetahuan dari segi teori dan praktikal. Disediakan oleh : NURUL ATIEQA SYARINI BINTI MANSUR RAISAH LAJNAH MUSLIMAT II | RAPI


88 8 - 18 NOVEMBER 2023 PUSAT ISLAM , PSAS Logo dan slogan merupakan pengenalan penting sesebuah organisasi. Daya kreativiti melalui penciptaan logo mampu menyerlahkan makna tersirat dalam hasrat sesebuah organisasi. Bertitik tolak dari kepentingan inilah maka Lajnah Multimedia RAPI mengorak langkah proaktif untuk memberi nafas baru pada logo dan slogan Kelab Rakan Pusat Islam. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan logo dan slogan yang menarik dan kreatif. Selain itu, ia juga adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berkarya. Seterusnya, ia juga dapat memberi nafas baru dalam reka bentuk logo dan slogan RAPI. Disediakan oleh : NOR AIN SOLEHAH BINTI MOHD SABRI RAISAH LAJNAH MULTIMEDIA | RAPI


PROGRAM AKTIVITI & 8 EDISI 8 B U LETI N MPP ( K EL A B WA R I S A N S E N I P S A S ) 89


90 17 MEI 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Majlis Penutup Karnival Kokurikulum Politeknik Sultan Azlan Shah telah dianjurkan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) pada 17 Mei 2023 di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah melibatkan Kelab Warisan untuk membuat persembahan pada Majlis Penutup Karnival Kokurikulum Politeknik Sultan Azlan Shah. Oleh itu, pada masa yang sama dapat mempromosikan Kelab Warisan kepada pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN 1 MAC 2023 GELANGGANG SQUASH, PSAS Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PSAS bagi mencari bakat baharu dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar untuk terlibat di dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Dengan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk terlibat dengan persembahan di Politeknik Sultan Azlan Shah. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN


91 18 MEI 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Semarak Seni PSAS telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). Malam Semarak Seni PSAS merupakan malam penutup Kamsis yang bertemakan “Retro 90-an”. Tujuan program ini bagi meredakan tekanan di dalam diri kalangan pelajar sebelum menduduki Peperiksaan Akhir bagi Sesi 2 : 2022/2023. Terima kasih kepada pihak JPKK kerana kesudian menjemput Kelab Warisan dan diharapkan program tersebut dapat memberi impak positif kepada pelajar PSAS. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN 10 SEPTEMBER 2023 GELANGGANG BOLA TAMPAR, PSAS Aktiviti Bonding Time ini merupakan aktiviti mengisi masa lapang dan membersihkan studio Kelab Warisan dan pada yang sama riadah petang bagi ahli Kelab Warisan. Tujuan aktiviti ini adalah lebih kepada mengeratkan hubungan sesama ahli dan mewujudkan kemesraan. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN


92 19 SEPTEMBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program PSAS X FACTOR merupakan program pertandingan bakat di antara pelajar-pelajar PSAS seperti nyanyian solo, nyanyian berkumpulan, persembahan tradisional, beatbox dan lain-lain. Peserta yang memenangi bagi tiga tempat teratas akan mendapat hadiah dan wang tunai. Objektif program PSAS X FACTOR adalah untuk menonjolkan dan menyerlahkan bakat terpendam di dalam kalangan pelajar PSAS. Selain itu, dapat memupuk sifat berdaya saing diantara pelajarpelajar. Oleh itu, program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif yang ingin dicapai. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN PSAS X FACTOR PSAS X FACTOR


93 23-27 SEPTEMBER 2023 POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN Festival ini dianjurkan oleh Politeknik Kota Bharu (PKB) pada 23 hingga 27 September 2023 dan disertai oleh beberapa politeknik lain seperti Politeknik Seberang Perai (PSP) dan lain-lain. Ia bertujuan untuk mempromosikan budaya dan warisan negara. Penglibatan PSAS berhasil menempa nama apabila berjaya meraih mendapatkan tempat ke-2 dalam kategori Dai’an manakala di tempat ke-3 bagi kategori tarian. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN 1 OKTOBER 2023 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Gema Bahasa ini merupakan program memartabatkan Bahasa Melayu dan Seni Tradisional Melayu seperti sajak, syair, tarian, nyanyian tradisional dan persembahan caklempong serta gamelan. Tujuan program ini untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk mencintai Bahasa Melayu dan memperkenalkan Seni Tradisional Melayu. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN


94 11 OKTOBER 2023 KAFETERIA KAMSIS, PSAS Program Busking Show ini telah diadakan pada 11 Oktober 2023 di Kafeteria Kamsis, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini telah dianjurkan oleh Exco Vocalist & Exco Band, Kelab Warisan. Tujuan program ini adalah untuk menunjukkan bakat pelajar serta menarik minat pelajar PSAS untuk menyertai kelab Warisan PSAS. Objektif program adalah melatih peserta agar mempunyai sifat keberanian dan keyakinan di dalam diri peserta. Impaknya, peserta dapat menerapkan sikap kerjasama setelah menyertai program ini. Selain itu, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri serta dapat memberi pengalaman baharu semasa menyertai program ini. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN


10 DISEMBER 2023 ARENA SUKAN, KUALA LUMPUR Festival Merakyatkan Seni Aswara ini telah dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 10 Disember 2023 bertempat di Arena Sukan, Kuala Lumpur dan disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan sebagainya. Program ini diadakan adalah untuk mengenali dan menghayati tentang dunia Kesenian Melayu. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN 95 28-29 OKTOBER 2023 HADAPAN COURT V5, PSAS Program Havoc Festival Food telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Pelajar Kediaman (JPKK) PSAS. Penglibatan Warisan sebagai penjual bagi memeriahkan lagi program tersebut di samping dapat menjana pendapatan kepada Kelab Warisan sendiri. Dengan penyertaan daripada Kelab Kebudayaan Warisan Seni PSAS dapat mengeratkan lagi hubungan antara kelab-kelab lain. Disediakan oleh : MOHAMAD NOR AZAM BIN ABDUL LATIF PRESIDEN KELAB WARISAN


8 EDISI 8 B U LETI N MPP PENCAPAIAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN (PE N C A P A I A N PEL B AGA I PE R I NGK A T D A N PE NGLI B A T A N D I D A L AM KOMU N ITI) MPP POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 96


97 Peserta program Polytechnic and Community College's Student Leaders Management Training 2023 (POLYCC-SMART'23). 1. Peserta program Polytechnic and Community College Youth Skill Enhancement Programme 2023 (POLYCCYSEP’23). 2. Dilantik sebagai Exco Pengurusan Acara, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) Sesi 2023/ 2024. 3. Pengarah Program bagi Polyprenuership Day di Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi 1: 2022/2023. 4. PENCAPAIAN & PENGLIBATAN : 12 Oktober 2022 Menjadi Pengarah Program bagi Karnival Keusahawanan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak Primestar Event Management. 01 Mac 2023 Penglibatan di dalam kem kepimpinan MPPPK yang berlangsung di Savana Hill Resort, Ulu Tiram, Johor dan telah dilantik sebagai Exco Pengurusan Acara bagi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) sesi 2023/2024. 12 - 14 Mei 2023 Penglibatan di dalam kem kepimpinan yang melibatkan YDP MPP Politeknik dan YDP JPP Kolej Kumuniti seluruh Malaysia yang berlangsung di Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang.


Click to View FlipBook Version