The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by finnazman16, 2021-04-19 04:21:05

The Muara: A Living River Lab in Muar

Coffee Table Book (Malay Version)

Keywords: Coffee Table Book Publication

(Versi Bahasa Melayu)





Diterbitkan oleh: Tel : +6 06-974 2601
Faks: +6 06-974 2791
KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT Laman web: www.iium.edu.my/klm
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
(IIUM) PAGOH EDU HUB, KM 1,JALAN PANCHOR
84600, PAGOH, MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA

THE MUARA:
A LIVING RIVER LAB IN MUAR

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Penyunting: Pembaca pruf:
Dr. Nur Hidayah binti Abd Rahman Dr. Mohamad Suhaizi bin Suhaimi
Dr. Julaina binti Nopiah Dr. Julaina binti Nopiah
Dr. Mohamad Suhaizi bin Suhaimi Fatin Syamira binti Shamsull
Dr. Khairil Azwar bin Razali
Dr. Al Amirul Eimer bin Ramdzan Ali Fotografi dan videografi:
SPD Production
Mohd Farhan bin Ali
Pereka:
Nor Afifin Nadia binti M Noor Azman

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Muara : The Living River Lab in Muar / Penyunting Nur Hidayah Abd Rahman,
Julaina Nopiah, Mohamad Suhaizi Suhaimi, Khairil Azwar Razali, Al Amirul Eimer
Ramdzan Ali. – Versi Bahasa Melayu.
ISBN 978-967-19255-4-6 (hardback)
1. Community development--Malaysia--Muar (Johor).
2. Community and college--Malaysia--Muar (Johor).
3. Muar (Johor, Malaysia)--Economic conditions.
4. Muar (Johor, Malaysia)--Social conditions.
5. Government publications--Malaysia.
I. Nur Hidayah Abd. Rahman, Dr. II. Julaina Nopiah, Dr.
III. Mohamad Suhaizi Suhaimi, Dr. IV. Khairil Azwar Razali, Dr.
V. Al Amirul Eimer Ramdzan Ali, Dr.
307.1409595119
Dicetak oleh:

FIRDAUS PRESS SDN BHD (Reg : 986966-A)
No. 28,Jalan PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tel/Faks: +6 03 8940 5595
E-mel: [email protected]
Laman web: firdauspress.com

Hak cipta 2021 The Muara: A Living River Lab in Muar (FP07), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hak cipta terpelihara.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,…”
(Surah Al- A’raf 7:56)

Kolaborator Utama:

Fotografi dan videografi:

UIAM telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable
Development Goals) melalui Projek Flagship yang menggalakkan semangat berkerjasama dan
transdisiplin. Projek-projek tersebut bertujuan untuk mendekatkan universiti dengan masyarakat. Salah
satu Projek Flagship yang diperkenalkan oleh Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan adalah Projek Flagship
The Muara. Projek Flagship ini merupakan kerjasama antara kulliyyah yang lain bagi memainkan
peranannya terhadap pembangunan Makmal Sungai Sejahtera (Living River Lab) dalam menguruskan
pelancongan berasaskan sungai yang mampan di Muar. Keunikan Projek Flagship ini adalah melalui
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat transformatif, penyelidikan dan penerbitan, kerjasama
dalaman dan luaran serta penglibatan komuniti.
Antara usaha utama projek perdana ini ialah persepaduan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan
prinsip Maqasid Al-Syariah ke dalam kursus akademik, dan penggunaan Projek Tahun Akhir untuk
menjalankan penyelidikan dalam bidang ini. Dengan mengintegrasikan SDG ke dalam akademik, inovasi
dan penyelidikan, Projek Flagship ini telah memenangi beberapa anugerah inovasi, menerbitkan karya
mereka dalam jurnal yang bereputasi tinggi, dan mendapatkan geran kebangsaan. Justeru, inilah
pencapaian yang boleh dibanggakan oleh seluruh warga Kulliyyah.

Bagi pihak Kulliyyah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Nur
Hidayah dan semua ahli pasukan kerana berjaya menguruskan Projek
Flagship ini. Diharapkan projek ini akan terus memberi manfaat kepada
komuniti UIAM, penduduk tempatan dan kolaborator antarabangsa. Hal ini
bertepatan dengan potongan ayat al-Quran melalui firman Allah SWT yang
bermaksud:
“...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan

bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan...” (al-Maidah: 2)

Sekali lagi tahniah diucapkan dan semoga Allah memberkati kesemua ahli!
Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid
Dekan,
Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
The Muara bermula daripada pasukan penyelidik yang telah diketuai oleh Jabatan Pelancongan, Kulliyyah
Bahasa dan Pengurusan (KLM). The Muara telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 29 inisiatif Projek
Flagship dalam Pelan Hala Tuju UIAM 2019-2020 yang telah diterajui oleh Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul
Razak, Rektor UIAM. Oleh itu, saya berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh pengurusan tertinggi
KLM, iaitu Pen. Prof. Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid selaku Dekan yang percaya kepada potensi The
Muara untuk menggalas tanggungjawab ini sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik oleh UIAM.
Melalui Projek Flagship ini, saya telah mempelajari pelbagai aspek dalam pengurusan, terutamanya untuk
menjadi kreatif dan inovatif bagi mengintegrasikan The Muara dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan penerbitan. Saya sangat menghargai bimbingan dan bantuan daripada Prof. Madya Dr.
Zulkifli Hasan (Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti), Prof. Madya Dr. Zainal
Abidin Sanusi (Pengarah Pusat Sejahtera untuk Kelestarian dan Kemanusiaan) dan TPr. Dr. Muhammad Faris
Abdullah (Pengarah Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi).
The Muara tidak akan lengkap tanpa sokongan daripada ahli pasukan, iaitu Sr. Siti
Aisah Abas, Dr. Julaina Nopiah, Dr. Siti Salwa Md. Sawari, Dr. Samshul Amry Abdul
Latif, Dr. Khairil Azwar Razali, Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi, Dr. Al Amirul Eimer
Ramdzan Ali, Prof. Dr. Abdul Razak Sapian (KAED), Dr. Muhammad Fitri Yusof, Dr.
Zakuan Azizi Shamsul Harumain (KOS), Prof. Madya Dr. Zaleha Kassim (KOS), Prof.
Madya Dr. Suhailah Hussein (KOED) dan 21 ahli pasukan yang lain. Saya bersyukur
kerana dapat bekerjasama dengan pelajar di KLM yang secara langsung dan tidak
langsung telah menyumbang kepada The Muara, terutamanya Nor Afifin Nadia M
Noor Azman, Nurul Hassannah Hamidi, Siti Nur Aishah Zuhairi, Nur Alia Rozlan,
Khairunnisa Mohd Rosdan, Nordanish Sofea Ilyana Roslim, Baiduri Zaiyyanna Farudz
dan Mohamad Hazwan Dahari. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Tourism
Muar, dan BH Travel Sdn. Bhd. atas kepercayaan kepada UIAM untuk menjadi
sebahagian daripada industri pelancongan di Muar.
Semoga Allah SWT memberikan ganjaran kebaikan yang tidak terhingga kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam The Muara.
Nur Hidayah Abd Rahman
Ketua Projek,
The Muara: A Living River Lab in Muar

ISI KANDUNGAN

11 19

1.0 PENDAHULUAN 2.0 SEJARAH
MUAR
1.1 Pengenalan The Muara
1.2 Visi, Misi dan Objektif 2.1 Sejarah Muar
2.2 Sejarah Dialek Muar
Projek The Muara
1.3 Perincian Projek 36

29

3.0 PENCAPAIAN 4.0 PENGAJARAN DAN
PROJEK PEMBELAJARAN

4.1 Pengajaran dan
Pembelajaran dari 9 Kursus

4.2 Hasil Kajian

71 79

5.0 AKTIVITI KETERLIBATAN 6.0 PENCAPAIAN PELAJAR
KOMUNITI
6.1 Penang International
83 Invention and Design
(PIID) 2019

89

7.0 AKTIVITI PELAJAR 8.0 WAWASAN
MELALUI KERJASAMA
93
7.1 Sakura Science
Programme, Sustainable
River-based Product and

Development
7.2 Latihan Industri

9.0 INISIATIF PROJEK FLAGSHIP
KULLIYYAH BAHASA DAN
PENGURUSAN

Bandar Diraja Muar Johor.
10 |

| 11

1.0 PENDAHULUAN

Pengenalan

The Muara merupakan Projek Flagship yang unik serta telah dimanfaatkan oleh Kulliyyah Bahasa dan
Pengurusan, KLM. The Muara telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 29 projek utama dalam Pelan Hala Tuju
UIAM 2019-2020 sebagai hala tuju strategik dalam Pendidikan Kemanusiaan. Hal ini berikutan cabaran utama dalam
pendidikan tinggi untuk melahirkan pelajar seimbang yang dapat memberi manfaat kepada manusia (Rahmatan Lil
Alamin). Terdapat sembilan inisiatif strategik berimpak tinggi dalam Pendidikan Kemanusiaan, iaitu Asas Pengetahuan
Transdisiplin Seimbang, Penyelidikan Bertanggungjawab & Inovasi, Penglibatan Sejahtera, Perkaitan Global, Mata
Pencarian Seimbang, Ciptaan Kekayaan & Kemakmuran Saksama, Komuniti Sejahtera, Inisiatif Sinergi Alam Sekitar,
Raintaian Blok Sinergi & Transformasi Digital dan Kelestarian Komuniti Sihat. Justeru, Projek Flagship ini telah
diperkenalkan bagi merealisasikan Pelan Hala Tuju UIAM 2019-2020 melalui pemilihan keunikan projek, kreativiti dan
impak yang tinggi kepada masyarakat.

12 |

1 The Muara telah diketuai oleh Dr. Nur Hidayah Abd Rahman dari Jabatan Pelancongan (DOT) di KLM. Projek
utama ini bertujuan untuk membangunkan Makmal Sungai Sejahtera (Living River Lab) dalam menguruskan
pelancongan berasaskan sungai yang mampan di Muar. Pembaharuan projek utama The Muara adalah melalui
pelbagai aspek daripada transformatif pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan disiplin, penyelidikan dan
penerbitan yang berbeza, kerjasama antara kulliyyah dan kerjasama luar serta program penglibatan masyarakat.
Projek ini memaparkan keunikannya dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable
Development Goals (SDGs), kerjasama strategik melalui platform bersama dan mengharmonikan Maqasid Syariah
berdasarkan aktiviti dan program yang telah dijalankan. Projek ini merupakan usaha berterusan bagi memastikan
manfaat dapat disalurkan kepada masyarakat setempat dan komuniti UIAM dalam mencapai kelestarian sosial,
ekonomi dan alam sekitar.

1. Projek Flagship “The Muara” di KLM, UIAM Hab Pendidikan Pagoh ini memberi tumpuan kepada pembangunan produk pelancongan mampan yang melibatkan
pendekatan pelbagai disiplin termasuk kajian kebudayaan dan warisan, biodiversiti, dan bidang pengajian lain yang berkaitan untuk membendung daripada
menggunakan kaedah dan pendekatan konvensional. Pertanyaan boleh disalurkan melalui e-mel, [email protected] atau [email protected].
Maklumat mengenai Projek Flagship “The Muara” boleh ditemui https://flagship.iium.edu.my/flagship-27/

| 13

14 |

THE
MUARA

Visi
Misi
& Objektif

Visi projek ini adalah untuk membantu
pihak berkepentingan dalam membangunkan
produk pelancongan berasaskan sungai yang
mampan sebagai tarikan pelancongan utama
bagi Daerah Muar. Misi The Muara adalah
untuk membangunkan dan memasarkan
produk pelancongan berasaskan sungai
sebagai penyumbang utama kepada industri
pelancongan di Muar dalam usaha mencapai
matlamat utama projek ini, iaitu
membangunkan Makmal Sungai Sejahtera
(Living River Lab) dalam menguruskan
pelancongan berasaskan sungai yang mampan
di Muar.

| 15

PERINCIAN

PROJEK

Projek The Muara ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu:
● Mengenal pasti tarikan aktiviti pelancongan di sepanjang Sungai Muar.
● Menganalisis potensi tarikan pelancongan berasaskan Sungai Muar.
● Untuk mencadangkan tarikan produk pelancongan berasaskan sungai di
Muar.

Di samping mencapai kemampanan projek, keunikan The Muara dapat
dilihat melalui pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan, Kerjasama
Strategik melalui platform yang dikongsi bersama serta mengharmonikan
Maqasid Syariah. The Muara merupakan Projek Flagship pertama yang
menyasarkan pencapaian SDG nombor 4,8,9,13,14 dan 15. Matlamat ini
dijangka dapat dicapai bagi memastikan kelestarian sumber di sepanjang
Sungai Muar termasuk sumber asli serta masyarakat setempat yang tinggal di
sepanjang Sungai Muar.

Dari segi perkongsian platform bersama, projek ini menyediakan
pelbagai peluang kepada transformasi manusia dan sosial, serta kelestarian
sains hayat. Sungai Muar merupakan sumber kekayaan utama penduduk di
sepanjang sungai di samping memaparkan keunikan sejarah Muar dan
menyumbang kepada ciri-ciri unik sosio-ekonomi masyarakat setempat. Projek
ini juga mewujudkan kesedaran untuk melindungi sumber asli. Platform yang
dikongsi menyediakan kerjasama strategik dalam melindungi sungai, paya
bakau, kelip-kelip dan budaya tradisi nelayan di sepanjang Sungai Muar. Oleh
itu, usaha-usaha ini akan mencegah sebarang bencana pada masa hadapan
daripada salah urus sungai dan sumbernya.

16 |

SDG 4: Kualiti Pendidikan (Target 4.7)
Penanda aras: Memastikan semua pelajar memperoleh pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk menggalakkan pembangunan
mampan, termasuk, antara lain, melalui pendidikan untuk pembangunan
mampan dan gaya hidup mampan, hak asasi manusia, kesamaan jantina,
menggalakkan budaya keamanan dan ketidakseimbangan,
kewarganegaraan global dan menghargai kepelbagaian budaya dan
sumbangan budaya kepada pembangunan mampan.
SDG 8: Kesesuaian Kerja dan Pertumbuhan Ekonomi (Target 8.3)
Penanda aras: Menggalakkan dasar berorientasikan pembangunan
yang menyokong aktiviti produktif, penciptaan pekerjaan yang baik,
keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan menggalakkan
pemformalan dan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan
sederhana, termasuk melalui akses kepada perkhidmatan kewangan.
SDG 9: Industri, Inovasi, dan Infrastruktur (Target 9.3)
Penanda aras: Meningkatkan akses perindustrian kecil-kecilan dan
perusahaan lain, khususnya di negara-negara membangun, kepada
perkhidmatan kewangan, termasuk kredit yang berpatutan, dan
integrasi mereka ke dalam rantaian nilai dan pasaran.

SDG 13: Perubahan Iklim (Target 13.3)
Penanda aras: Meningkatkan pendidikan, peningkatan kesedaran dan
keupayaan manusia dan institusi mengenai pengurangan perubahan
iklim, penyesuaian, pengurangan impak dan amaran awal.

SDG 14: Kehidupan di bawah Air (Target 14.2)
Penanda aras: Mengurus secara mampan serta melindungi ekosistem
marin dan pantai untuk mengelakkan kesan buruk yang ketara,
termasuk dengan mengukuhkan daya tahan mereka dan mengambil
tindakan bagi pemulihan mereka untuk mencapai lautan yang bersih
dan produktif.
SDG 15: Kehidupan di Darat (Target 15.2)
Penanda aras: Menggalakkan pelaksanaan pengurusan mampan bagi
semua jenis hutan, menghentikan penebangan hutan, memulihkan
degradasi hutan dan meningkatkan penanaman semula dan
penghutanan semula secara ketara pada peringkat global.

| 17

Sungai Muar.
18 |

| 19

2.0 SEJARAH MUAR

Mengetahui sejarah

Negeri Johor merupakan satu kawasan penempatan pedagang Mercu tanda Menara Jam Muar.
kira-kira pada tahun 801 Masihi. Johor telah menjadi salah satu kawasan
jajahan pemerintahan empayar kerajaan Majapahit sehingga Sungai ini dipercayai merupakan laluan utama
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14. yang digunakan oleh Parameswara (Raja Iskandar Syah)
Kemasyhuran ini juga menyumbang kepada kemasyhuran salah satu dari Singapura setelah tewas dengan Majapahit pada
daerah di Johor, iaitu Muar. Muar cukup sinonim dengan panggilan abad ke-15. Sungai ini juga terkenal sejak zaman silam
Bandar Maharani dan merupakan bandar kedua terpenting di Johor kerana membolehkan para pelayar berlindung sewaktu
selepas Johor Bahru. Daerah ini terletak di barat laut negeri Johor dan musim gelora memandangkan bentuk sungainya yang
bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur lebar. Versi lain mengenai asal-usul nama Muar ini ialah
dan daerah Batu Pahat di selatan.2 Menurut Portal Rasmi Majlis berdasarkan kepada perkataan ‘muna-aru’ yang
Perbandaran Muar, daerah ini sebenarnya telah bermula lebih awal bermaksud tiga sungai dalam bahasa Tamil. Perkataan
daripada Empayar Melaka memandangkan terdapatnya catatan yang tersebut diberikan oleh pedagang-pedagang dari India
menyatakan bahawa daerah Muar ini merupakan sebahagian daripada pada masa dahulu dan sungai tersebut merujuk kepada
wilayah empayar Majapahit pada tahun 1361. sungai Muar, sungai Serting dan juga sungai Pahang.

Namun begitu, sejarah Muar berkaitan perkara ini masih lagi
taksa ekoran catatan sejarah yang tidak sempurna dan kekurangan
bukti-bukti arkeologi. Bukan itu sahaja, portal ini juga menyatakan
bahawa pengasas empayar Melaka, iaitu Parameswara juga pernah
membina penempatan di Pagoh, iaitu di sekitar kawasan Ulu Muar
selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.
Sejarah penamaan Muar juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai
pelbagai versi. 2 Menurut Portal Rasmi Majlis Perbandaran Muar, nama
Muar ini diinspirasikan daripada perkataan ‘muara' yang bermaksud
kuala sungai memandangkan terdapat penempatan awal di kawasan
tersebut yang terletak di muara sebatang sungai pada zaman dahulu

ka2l0a.|

Mahkamah Tinggi Syariah, Muar.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Muar ada menyatakan bahawa MENEROKA
daerah ini mencatatkan 2346.12 kilometer persegi daripada segi
keluasannya dan mengandungi 281 500 orang penduduk. Muar ini BANGUNAN
dibahagikan kepada 12 mukim, iaitu Bukit Kepong, Lenga, Jorak, Ayer BERSEJARAH
Hitam, Sungai Balang, Seri Menanti, Parit Jawa, Parit Bakar, Bandar, Jalan
Bakri, Sungai Terap dan Sungai Raya. Pada tahun 2007, daerah Ledang DI MUAR, JOHOR
telah diasingkan daripada daerah Muar kerana daerah Muar telah
dibahagikan kepada dua, iaitu kawasan utara Sungai Muar yang dikenali Jika mengunjungi Muar, para pengunjung akan
sebagai daerah Ledang (kini dikenali sebagai daerah Tangkak) dan juga mendapati bahawa terdapat banyak bangunan yang
kawasan selatan Sungai Muar yang dikenali sebagai daerah Muar ini. 3 mampu menarik perhatian dan saujana mata
Pada tanggal 10 Muharam 1434 Hijrah bersamaan dengan 24 November memandang. Hal ini demikian kerana, senibina bandar
2012, Bandar Maharani ini sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri ini diwarnai dengan deretan bangunan yang dibina
apabila bandar ini diisytiharkan sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor, sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Bangunan tersebut
iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah
Pengisytiharan ini dianggap sebagai sesuatu yang unik kerana penetapan yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Malah,
daerah ini sebagai Bandar Diraja memiliki format yang berbeza Muar menghidangkan pelbagai aktiviti pelancongan
berbanding lima negeri lain di Malaysia yang turut mempunyai Bandar yang menarik termasuk Mi Bandung Muar Hanapiah,
Diraja, iaitu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 4 Satay Warisan, dan pelbagai tarikan pelancongan.
Menurut akhbar Mstar yang bertarikh 6 Februari 2012, pengisytiharan
tersebut dilaksanakan seiring dengan majlis sambutan Maulidur Rasul
peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

2. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Muar. Info Muar. Diakses pada 24 Februari 2021 daripada laman https://www.mpmuar.gov.my/ms/pelawat/info-muar/page/0/1
3. Shaiffulazhar Misri. (2015). Warisan 100 Tahun. Harian Metro. Diakses pada 24 Februari 2021 daripada laman https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/09/76779/warisan-100-tahun
4. Sultan Johor Isytihar Bandar Maharani Sebagai Bandar Diraja. (2012). MStar. Diakses pada 24 Februari 2021 daripada laman https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/02/06/sultan-johor-
isytihar-bandar-maharani-sebagai-bandar-diraja

| 21

MUAR BANDAR DIRAJA

PENGALAMAN YANG TIDAK
BERKESUDAHAN

Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Bangunan Sultan Abu Bakar. Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
22 |

Majlis Perbandaran Muar.

Veerakaliamman alayam Muar. Piau Siang Foodstuffs (M) Sdn. Bhd.
| 23

Aktiviti perikanan di Pantai Leka, Parit Jawa.

SEJARAH

DIALEK MUAR

24 |

Dari segi dialek pula, melalui persempadan yang Konsonan [ȓ] yang digugurkan dalam sub-dialek Johor
dibuat oleh Asmah Hj Omar dalam Susur Galur Melayu Bahru tidak melibatkan proses perubahan fonetik [a]. Berbeza
(2015), dialek Johor merupakan dialek yang tercakup dengan sub-dialek Muar-Batu Pahat, pengguguran konsonan
dalam kelompok Selatan. Berbeza dengan dialek-dialek akan berlaku serta mengakibatkan perubahan fonetik vokal
yang dituturkan di kawasan Timur dan Utara, sebutan yang tersebut bagi menghasilkan [ô]. 5 Penghasilan [ô] itu
terdapat dalam dialek Johor adalah tidak begitu ketara menyebabkan sub-dialek Muar-Batu Pahat memiliki tujuh jenis
perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan bahasa vokal berbanding sub-dialek Johor Bahru yang mempunyai
Melayu standard. Hal ini demikian kerana, terdapat enam jenis vocal. Sebagai contoh:
tanggapan umum yang mengatakan bahawa bahasa
standard adalah berasaskan dialek Johor. Selain itu, darjah JB MPB BS
kepelbagaian dialek Johor juga dikatakan paling kurang
berbanding dialek-dialek negeri di Malaysia. [baka] [bakô] [bakar]

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelainan [bӗsa] [bӗsô] [besar]
dalam dialek ini di bahagian kawasan sempadan seperti [leba] [lebô] [lebar]
kawasan sebelah utara, iaitu dari pantai barat hingga ke [saba] [sabô] [sabar]
pantai timur. Kawasan ini dilihat terdapatnya percampuran
ciri-ciri antara dialek Johor dengan dialek Melaka dan Sumber: Susur Galur Melayu (2015)
antara dialek Johor dengan dialek Pahang yang
menyebabkan tiadanya perbezaan-perbezaan yang besar Daerah Muar yang dikenali sebagai ‘Teluk Dalam’
daripada segi sistem bunyi bahasa yang dituturkan. Melalui dikatakan berasal daripada perkataan ‘Muara’ yang
perbezaan kecil tersebut, dialek Johor dapat dibahagikan bermaksud muara sungai. Terdapat juga sumber yang
kepada tiga sub-kawasan, iaitu sub-kawasan Johor, sub- mengatakan bahawa perkataan Muar ini berasal daripada
kawasan Muar dan sub-kawasan Mersing. perkataan hindu, iaitu ‘Muna’ dan ‘Ar’ yang masing-masing
bermaksud Tiga dan Sungai yang menggambarkan
5 Berdasarkan pembahagian sub-kawasan tersebut, kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini
Dialek Muar telah dikelompokkan di bawah sub-kawasan dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor. 7 Menelusuri
kedua, iaitu sub-kawasan Muar-Batu Pahat. Sub-kawasan ini sejarah awal daerah Muar, dikatakan telah wujudnya
mempunyai hubungan yang hampir dengan negeri Melaka beberapa kelompok masyarakat Melayu yang mendiami
Selatan sehinggakan dialek Johor di kawasan ini kawasan-kawasan kampung di Sepanjang Sungai Muar
mempunyai pengaruh dari negeri bersejarah tersebut. Sub- sebelum pertengahan abad yang ke-19.
dialek Muar-Batu Pahat dijadikan wadah pertuturan antara
masyarakan di kawasan tersebut. Perbezaan sub-dialek | 25
Muar-Batu Pahat (MBP) terletak pada penyebutan “-ar” pada
akhir kata.

Mural daripada kumpulan Joey, Muar.
26 |

Mengikut sejarah Muar, nama-nama kampung pada zaman
dahulu (dikenali sebagai zaman puntong berasap) telah dinamakan
dengan nama teluk, seperti Teluk Cermin Sembilan yang dikenali kini
sebagai Bukit Kepong, Teluk Perhentian, yang dikenali sebagai
Gombang, Teluk Olak (Liang Batu), Teluk Teledah (Renchong), Teluk
Lindung (Pagoh) dan Teluk Perepat Tanjung (Gersik) (Berita Harian
1962). Pada masa tersebut, pengangkutan utama bagi penduduk-
penduduk tempatan ialah perahu dan rakit. Ekoran daripada
perhubungan antara penduduk-penduduk setempat, dikatakan
wujudnya dialek daerah yang dituturkan dalam kalangan masyarakat
tempatan. Keunikan dialek daerah ini adalah melalui perbezaan
leksikal yang digunakan serta mempunyai lenggok dan langgamnya
yang tersendiri.

Antara leksikal yang terdapat dalam dialek ini ialah, olob, lob
(gelaran untuk lelaki), endek (gelaran untuk wanita), ngape (kami),
ngkape (kamu), dano (najis), ngelupo (terkujat-kujat), libang-libu
(mundar-mandir), melak (mungkin), be’daah (menipu), kelesa
(pemalas), berendut (bercinta), ba’atan (melampau) dan lain-lain lagi.
Dialek ini lazimnya akan kedengaran dalam komunikasi masyarakat
tempatan di sekitar Bukit Kepong, Lenga, Gombang dan Pagoh.
Dialek ini bukan sahaja berbeza dengan bahasa Melayu standard
melalui sistem fonologinya sahaja, malah turut mengalami perbezaan
daripada leksikal (perkataan). Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang
pernah mendengar dialek ini, pasti akan tertarik kerana dialek ini
mempunyai nada dan intonasi yang tersendiri.

5. Asmah Hj Omar 2015. Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

6. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Muar. Info Muar. Diakses pada 24 Februari 2021
daripada laman https://www.mpmuar.gov.my/ms/pelawat/info-muar/page/0/1

7. Malik Munip. 1972. Sejarah perkembangan penduduk rumpun Melayu Muar 1884-
1920. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02.pp. 47-34.

8. M. A. Fawzi Mohd. Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden, 1855-1940: Satu
Perbincangan dari Pelbagai Aspek. Muzium Negara: Kuala Lumpur.

| 27

JambSaatbaankBAaunrdVairllDaigrea,jaMMuaurarJ.ohor
28 |

| 29

3.0 PENCAPAIAN PROJEK

Professional Tourism Exhibition, PROTEX 2018.

Transformasi pengajaran dan pembelajaran KLM Dari segi penyelidikan dan penerbitan, Projek
telah dijalankan melalui platform Projek Flagship ini Flagship ini telah menerbitkan empat (4) penerbitan
untuk menyumbang kepada masyarakat dengan penyelidikan dan dua (2) geran yang berjaya dengan
meneliti masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan jumlah RM 14,800. Selain itu, terdapat dua (2) anugerah
sosial, ekonomi dan alam sekitar di sekeliling kawasan inovasi bagi projek pelajar di Penang International
Muar. Projek ini telah berjaya mengintegrasikan Invention, Innovation and Design 2019, iaitu anugerah
sembilan (9) kursus dan menggunakan penyelidikan Pingat Emas bagi “Gardenstay Design: Towards
prasiswazah melalui Projek Tahun Akhir yang melibatkan Sustainable Royal City of Muar, Johor” dan Anugerah
Jabatan Pelancongan (DOT), Jabatan Bahasa Melayu Pingat Perak bagi “TourMuOve Application: Interactive
(DOM), dan Jabatan Bahasa Inggeris (DOE). Navigation and Mobile Application in Creating Efficient
Tourist Movement in Muar, Johor”.

30 |

Di samping itu, Projek Flagship ini telah Program-program tersebut ialah Professional
memperoleh tajaan program pertukaran pelajar melalui Tourism Exhibition (PROTEX), Ibn Batuta Exhibition
Sakura Science Programme ke Bandar Fukuoka, Jepun (BATEX), CCLM 2051 – Ceramah Kepimpinan mengenai
pada 21-27 Januari 2020. Program ini ditaja oleh Japan “Save the river, save the future”, CCLM 2051 – Leadership
Science Technology (JST) dan dianjurkan oleh Japan- Riverbank cleaning di sungai Panchor, Kem Bahasa
Malaysia Association (JMA). Terdapat empat (4) pelajar Inggeris dengan Madrasah Tahfiz Al Quran Silaturahim,
daripada Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM), dua (2) World Clean Up Day, Muar, dan Go Green, Ayer Hitam.
pelajar dari Kulliyyah Sains (KOS), dua (2) pelajar Kulliyyah Program ini telah melibatkan pelbagai pihak
Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) dan dua berkepentingan termasuk masyarakat setempat, pihak
(2) pelajar dari Kulliyyah Kejuruteraan (KOE) telah berkuasa tempatan dan para pelajar bagi memastikan
menyertai program ini yang dinamakan sebagai Projek Flagship ini mampu menarik minat masyarakat
“Sustainable River-based Tourism Product Development”. setempat dan kawasan sekitarnya.
Terdapat pelbagai program melibatkan penyertaan
komuniti yang telah dijalankan melalui platform Projek Pameran cadangan projek pelancongan.
Flagship ini sejak 2018.

| 31

Aktiviti lawatan tapak dan pengumpulan data di Parit Keroma Laut.
32 |

Projek The Muara telah memperolehi dua geran penyelidikan, iaitu
“River-based Tourism in Muar: The Potentials and Threats" dan
“Penyebaran Dialek Lenga di Sepanjang Sungai”. Terdapat empat
penerbitan penyelidikan di bawah projek ini, iaitu:

1. Gardenstay Design: Towards Sustainable Royal City of Muar,
Johor-2019

2. TourMuOve Application: Interactive Navigation and Mobile
Application in Creating Efficient Tourist Movement in Muar, Johor
-2019

3. Exploring the River-based tourism product for Muar River: A
Tourism Opportunity Spectrum (TOS) Approach - 2020

4. Readiness and participation of the local community for river-
based tourism development in Sabak Awor, Muar, Johor -2020

Projek The Muara ini juga mendorong para pelajar untuk
menjalankan projek tahun akhir, iaitu “Readiness and Local
Community Participation For River Based Tourism Development in
Sabak Awor, Muar, Johor” dan “Determining The Tourists’ Spatial
Behaviour and Tourist Movement Pattern in Muar Royal Town, Johor”.

12. Paruddin, N.F.M et al., (2019). Gardenstay Design: Towards Sustainable Royal City of Muar, Johor. e-
Proceeding: Penang International Invention, Innovation and Design 2019 (PIID 2019), 655-660.

13. Azimi, A.M.C et al., (2019). TourMuOve Application: Interactive Navigation and Mobile Application in
Creating Efficient Tourist Movement in Muar, Johor. e-Proceeding: Penang International Invention, Innovation and
Design 2019 (PIID 2019), 675-681.

14. Rahman, N. H. A., Abas, S. A., Omar, S. R., & Jamaludin, M. I. (2020). Exploring the river-based tourism
product for Muar River: A tourism opportunity spectrum (TOS) approach. IOP Conference Series: Earth and
Environmental Science, 447, 012007. doi:10.1088/1755-1315/447/1/012007.

15. Zuhairi, S.N.A et al., (2020). Readiness and participation of the local community for river-based tourism
development in Sabak Awor, Muar, Johor. The 4th International Seminar on Tourism (IS0T).

| 33

34 |
P a g e | 20

The Muara

| 35

Pencapaian projek melalui

4.0

Ibnu Batuttah Exhibition, BATEX 2019.
36 |

Projek perdana ini telah digabungkan dalam sembilan (9) kursus pengajaran
dan pembelajaran daripada Jabatan Pelancongan (DOT), Jabatan Bahasa Inggeris
(DOE) dan Jabatan Bahasa Melayu (DOM). Pelajar Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan
dari tiga jabatan seperti Jabatan Pelancongan, Jabatan Bahasa Melayu, dan Jabatan
Bahasa Inggeris yang mewakili sembilan kursus telah pergi ke beberapa lokasi untuk
tujuan pengumpulan data. Sepanjang projek ini, satu siri pengumpulan data yang
sedang dijalankan akan dilakukan melalui tinjauan, temu duga dan perbincangan
kumpulan fokus (FGD) untuk bertemu dengan komuniti dan isu-isu alam sekitar yang
boleh memberi kesan kepada pembangunan produk pelancongan di Muar. Selain
itu, projek ini juga melibatkan persekitaran pemasaran pelancongan dan analisis
pasaran Muar dalam usaha untuk meneroka pembangunan produk pelancongan
baharu di Muar. Sembilan (9) kursus disenaraikan seperti berikut:
1. TPHM 2102- Tourism Workshop 3
2. TPHM 2226 -Tourism Product Planning
3. TPHM 1102- Tourism Workshop 1
4. TPHM 2222- Sustainable Tourism Development and Planning
5. TPHM 2103- Geography in Tourism
6. TPHM 2121- Introduction to Tourism and Hospitality Marketing
7. TPHM 3114- Tour Planning and Design
8. ENCO 4105- Computer Mediated Communication
9. BMCO 4102- Bahasa dan Masyarakat

| 37

Melihat kelip-kelip, Sabak Awor Resort.

TPHM 2102 TOURISM WORKSHOP 3

PEMBANGUNAN PRODUK PELANCONGAN

38 |

Pelajar DOT menemubual wakil penduduk Kampung Sabak Awor. Pelajar DOT melawat Muar Art Gallery.

Tourism Workshop 3 (TPHM 2102) memberi tumpuan Proses pengumpulan madu di Kelulut Muar Enterprise.
kepada kursus pembangunan dan perancangan produk
pelancongan untuk pelajar Jabatan Pelancongan pada
semester tiga. Kursus ini melibatkan 20 orang pelajar yang
diselia oleh Sr. Siti Aisah Abas. Dalam kursus ini, para pelajar
telah melalui proses pengumpulan data yang melibatkan
kajian kebolehlaksanaan mengenai pembangunan projek,
menyediakan laporan kaji selidik (ROS) dan pembangunan
cadangan projek di Sabak Awor, Muar, Johor. Pendedahan
berharga ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam melibatkan diri
dengan pihak berkuasa tempatan, perindustrian, pengusaha
pelancongan dan masyarakat setempat. Projek akhir bengkel
ini telah dicadangkan mengikut tiga tema iaitu Pelancongan
Berasaskan Komuniti (CBT), Spektrum Peluang Pelancongan
(TOS), dan Inovasi dalam Pergerakan Pelancong. Idea-idea
projek ini telah dicadangkan dan dibentangkan kepada Majlis
Perbandaran Muar dan Tourism Muar melalui pembentangan
majalah dan video yang disediakan oleh pelajar.

| 39

Cadangan projek bagi Kampung Sabak Awor

Terdapat beberapa langkah telah dicadangkan dalam projek
pelancongan berasaskan komuniti untuk Kampung Sabak Awor:
1. Mengenalpasti kepimpinan dan juara tempatan
2. Menilai keperluan dan kesediaan komuniti untuk
3. Mengenal pasti permintaan pasaran dan membangunkan strategi

pemasaran
4. Membangunkan perkongsian dan membangunkan organisasi komuniti
5. Mendidik dan menyediakan komuniti untuk pelaksanaan pelancongan
6. Memantau prestasi

40 |

Cadangan Projek Destinasi Berasaskan Sungai Muar

Cadangan projek ini bertujuan untuk menggambarkan
dan menubuhkan Muar sebagai destinasi berasaskan sungai
dan menyokong tarikan baharu dengan memberikan
pengalaman baharu kepada pelancong melalui empat projek
utama yang mempromosikan sistem pengangkutan
mampan, tarikan warisan, dan hiburan. Cadangan ini
menyediakan pendekatan positif untuk menggalakkan
pembangunan pelancongan berasaskan sungai pada masa
depan di Muar dalam usaha meningkatkan manfaat ekonomi
masyarakat setempat dan sektor pelancongan tempatan.

Cadangan Projek Kampung Sabak Awor dan Bandar Muar

Cadangan projek ini bertujuan untuk mempromosikan Muar,
Johor melalui platform pemasaran inovatif dalam mengiktiraf Muar
sebagai tempat strategik untuk mewujudkan corak pergerakan
pelancong yang indah bagi destinasi pelancongan di Malaysia.
Projek ini telah mencapai empat objektif iaitu untuk menyelesaikan
isu-isu pengurusan pemasaran, untuk menggalakkan ketibaan
pelancong domestik dan antarabangsa di Muar, untuk
membangunkan pakej pelancongan melalui pemodelan spatial-
temporal pergerakan pelancong, dan untuk melibatkan penduduk
tempatan dalam menjana pendapatan dalam produk Muar.

| 41

Fishery boat at Sabak Awor Jetty

Seni Jalanan (Street Arts), Muar.

TPHM 2226 TOURISM PRODUCT PLANNING

MENCIPTAKAN NILAI BAGI MUAR
SEBAGAI DESTINASI YANG UNIK

42 |

Kursus Perancangan Produk Pelancongan (TPHM 2226)
memberi pengetahuan asas kepada pelajar untuk
mengaplikasikan teori dan konsep perancangan pelancongan
khususnya pengalaman kerja lapangan untuk menemu duga
pihak berkuasa masing-masing, melawat kawasan yang
berpotensi dan menyediakan laporan mengenai penemuan
pembangunan perancangan produk pelancongan yang
terkini. Hasil tugasan ini adalah untuk memberi kefahaman
asas mengenai isu-isu semasa dalam pembangunan produk
pelancongan dalam konteks Malaysia. Tugasan ini telah
mencadangkan empat kawasan untuk dilawati, iaitu Muar,
Melaka, Johor Bahru dan Negeri Sembilan. Terdapat enam
orang pelajar daripada salah satu kumpulan telah terlibat
dalam pembangunan produk pelancongan Muar. Kumpulan
ini telah ditugaskan untuk mewujudkan nilai-nilai di destinasi
Muar melalui pembangunan produk pelancongan.

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PORTFOLIO
PRODUK

BANDAR DIRAJA MUAR

"Meneroka kepelbagaian produk
pelancongan di Muar melalui

makanan, warisan, kebudayaan dan
kesenian, dan rekreasi”

| 43

Muar Soup House, Jalan Sisi, Pekan Muar.

Mui Soon Coffee Shop , Jalan Petrie. Kedai Kopi Fung Seng, Jalan Abdullah, Muar.

44 |

Bangunan Galeri NMB (1928), Jalan Sayang.

Vern’s Muar, Bangunan Lama, Jalan Abdullah. Kedai Kopi dan Hotel Hua Nam (1917), Jalan Pekan.

| 45

Bot nelayan di Jeti Sabak Awor.

TPHM 1102 TOURISM WORKSHOP 1

MEMAHAMI ISU-ISU SEMASA DAN MASALAH INDUSTRI
PELANCONGAN DI MALAYSIA (MUAR)

46 |

Pengkalan Nelayan Parit Tiram, Muar.

Tourism Workshop 1 (TPHM 1102) merupakan satu kursus pelancongan yang memberi tumpuan

berkaitan pengenalan kepada isu-isu semasa dan masalah dalam industri pelancongan. Tujuan tugasan ini

adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada isu-isu perancangan pelancongan, masalah dan

potensi serta membantu mereka untuk memahami aspek-aspek ini dalam latihan dan situasi sebenar di

kawasan tersebut. Terdapat lima tema kajian kes yang berbeza, iaitu Pelancongan Bandar, Pelancongan

Luar Bandar, Pelancongan Berasaskan Alam Semula jadi, Pelancongan Kebudayaan dan Warisan dan

Pelancongan Agro/Agri.

| 47

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MUAR

WARISAN LUAR BANDAR
BANDAR
9 Aktiviti pembelajaran di pusat 11 Destinasi pelancongan bandar
penyelidikan, melawat monumen 10 Pelancongan luar bandar berkaitan adalah konsep di bandar-bandar
bersejarah, melawat dan mengkaji dengan aktiviti pelancongan di kebun,
peninggalan purba dan festival muzik ladang, budaya, kehidupan, kawasan yang terdiri daripada daerah
dapat membantu meningkatkan tahap pelancongan pusat yang merupakan
kefahaman para pelajar berkaitan dengan yang lazat, aktiviti keagamaan,
makanan, dan udara di kawasan luar tempat yang ditakrifkan oleh
pelancongan warisan. pengaglomerasi tarikan,
bandar. Ia terdiri daripada
pengeluaran luar bandar, sara hidup, kemudahan, dan perkhidmatan.
dan ekologi, termasuk pengeluaran

dan pelancongan berorientasikan
aktiviti pertanian.

48 |

Hasil tugasan kursus telah menunjukkan bahawa Kawasan pelancongan bandar di Muar terletak di
Muar telah dikenal pasti sebagai destinasi pelancongan bandar Muar yang menghubungkan 10 laluan sambungan
warisan, luar bandar, dan bandar. Penemuan ini telah strategik seperti Jalan Maharani, Jalan Petri, Jalan Abdullah,
dipaparkan melalui pemetaan lokasi tarikan di zon yang Jalan Meriam, Jalan Sulaiman, Jalan Sayang, Jalan Ali, Jalan
berbeza. Pelancongan warisan di Muar dapat dilihat melalui Haji Abu, Jalan Yahyaa, dan Jalan Arab. Penemuan ini
seni mural di bangunan warisan yang mewakili nilai seni seterusnya menunjukkan bahawa Muar berpotensi untuk
tempatan seperti Mural Bangsa Johor, Mural Akar Perabot dibangunkan sebagai destinasi unik dengan menghidupkan
Dunia, Mural Saudara Penyayang, Mural Ikatan, dan Mural semula kawasan tarikan, akses, dan pengurusan
Feri Penambang. Pengunjung juga boleh merasai kemudahan. Pengurangan isu-isu dalam pembangunan
pengalaman memancing, menanam padi, dan bermain Muar boleh diuruskan dengan mempertimbangkan aspek
dengan lumpur di kawasan pelancongan luar bandar di alam sekitar, sosiobudaya, dan ekonomi.
Muar, iaitu Desastay Santai D’Sawah.

9. Sumantri, Y. (2020). Developing Strategy for Heritage Tourism Supply Chain Quality Management. The Journal of Asian Finance, Economics, and Business, 423-
432. doi:10.13106/jafeb.2020.vol7.no10.423

10. Fang, W. T. (2020). Rural Tourism. Tourism in Emerging Economies, 103-129. doi:10.1007/978-981-15-2463-9
11. Stors, N. (2020). Constructing new urban tourism space through Airbnb. Tourism Geographies, 1–24. doi:10.1080/14616688.2020.1750683

| 49

TPHM 2222 SUSTAINABLE TOURISM DEVELOPMENT AND PLANNING

PROJEK SUKARELAWAN

DI KAMPUNG SENTOSA LENGA, PAGOH

Agenda Pembangunan Mampan 2030 menekankan Justeru, tema “Love is Sharing and Caring” telah
bahawa projek sukarelawan sebagai medium untuk dilaksanakan dalam projek ini dan tema ini membawa
pembangunan mampan yang sejajar dengan kenyataan konsep berkongsi kasih sayang dalam diri orang asli tanpa
"Kesukarelawanan mengukuhkan penglibatan sivik, mendiskriminasikan perbezaan pendidikan, agama dan
melindungi kemasukan sosial, mempererat perpaduan dan bahasa. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan
mengukuhkan pemilikan hasil pembangunan". Selain itu, kemahiran pelajar dalam menganjurkan projek
pelajar TPHM 2222, Sustainable Tourism Planning and kesukarelawanan dalam pelbagai aspek, untuk merapatkan
Development telah melancarkan projek kesukarelawanan di hubungan sosial antara pelajar dan orang asli serta
perkampungan orang asli di Kampung Sentosa Lenga, mengekalkan penyertaan masyarakat tempatan dengan
Pagoh, Johor pada 8 Mac 2019 (Jumaat). program kemasyarakatan yang melibatkan kerjasama
daripada banyak pihak.

Bersama dengan anak-anak orang asli selepas acara sukan.

50 |


Click to View FlipBook Version