The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by finnazman16, 2021-04-19 04:21:05

The Muara: A Living River Lab in Muar

Coffee Table Book (Malay Version)

Keywords: Coffee Table Book Publication

Gotong-royong dengan masyarakat orang asli. Hadiah penghargaan untuk anak-anak orang asli.

Pakaian yang disumbangkan kepada masyarakat orang asli. Aktiviti penanaman pokok.

| 51

Seni Jalanan (Street Art), Uptown Maharani.

TPHM 2103 GEOGRAPHY IN TOURISM

CORAK PERGERAKAN PELANCONG MELALUI
MEDIA SOSIAL DAN PENJEJAKAN GPS

52 |

Kajian ini menumpukan kepada penerokaan aplikasi Muar Cultural Walk.
mudah alih penjejakan GPS (Follow Me GPS Tracker) untuk
mengetahui pengalaman pelancong di kawasan pelancongan. | 53
Berdasarkan aplikasi mudah alih ini, para pelajar dapat
memahami pergerakan pelancong berdasarkan kepada
pengalaman pelancongan yang digunakan di kawasan
tersebut. Hasil tugasan ini adalah untuk memberi asas
kefahaman mengenai perspektif geografi untuk pengalaman
pelancong dan penggunaannya di kawasan tersebut melalui
aktiviti pelancongan. Tugasan ini melibatkan 33 orang pelajar
daripada tujuh kumpulan yang memerlukan mereka untuk
meneroka aplikasi mudah alih pengesanan GPS bagi mengkaji
pergerakan pelancong di Bandar Diraja Muar, Johor.

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penjejakan GPS dapat membantu perancang pelancongan untuk memajukan kawasan
tumpuan yang menjadi daya tarikan pelancongan melalui pendigitalan. Penjejakan GPS ini juga
memberi pendedahan kepada para pelancong dalam mengenal pasti daya tarikan paling
terkenal di Muar, Johor.

54 |

PROFIL PERGERAKAN PELANCONG

MELALUI DATA PENJEJAKAN GPS

Petunjuk

Pergerakan responden
Responden 1
Responden 2
Responden 3
Responden 4
Responden 5
Responden 6

Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Respondent 6
Asal Pelancong: Asal Pelancong: Asal Pelancong: Asal Pelancong: Asal Pelancong: Asal Pelancong:
45, Jalan Cheng Parit Yaani, Batu Taman Mulia, Muar
Muar Jalan Alaudin, Jalan Alaudin,
Jaya Pahat Johor Taman Sakeh Baru, Taman Sakeh Baru,
75250 Melaka
Muar Muar

Data GPS: Data GPS: Data GPS: Data GPS: Data GPS: Data GPS:
1. Family Store, 1. SK Bakri Batu 5, 1. Masjid Jamek 1. MFR SELATAN, 1. Tanjung Emas, 1. Tanjung Emas,

Taman Tanjung Muar Sultan Ibrahim, Jalan Parit Amal Muar Muar
Minyak 2. SMK Tun Dr Muar Darat, Muar 2. Taman Sri 2. Taman Sri
2. Tanjung Emas, 2. Tanjung Emas, 2. Kolej Vokasional,
Muar Ismail, Taman Muar Jalan Sungai Tanjung, Muar Tanjung, Muar
3. Wetex Parade, Bakri Indah Muar Abong, Muar 3. Sungai Abong 3. Sungai Abong
Pekan Muar 3. Warung Mini 3. Tanjung Emas, 4. Tanjung Emas,
4. Tanjung Emas, Enterprise, Jalan Muar
Muar Bakri Muar Muar

| 55

Muar Cultural Walk.

TPHM 2121 INTRODUCTION TO TOURISM AND HOSPITALITY MARKETING

ANALISIS PASARAN DI MUAR, JOHOR

56 |

Mercu Tanda Mahkota Sultan Johor dan Wetex Parade.

HASIL DARI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Meneroka keunikan “The Muara” melalui

VIDEO PROMOSI
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem
pemasaran pelancongan, analisis alam sekitar, perancangan
strategi pemasaran dan konsep campuran pemasaran
dalam persekitaran pemasaran pelancongan. Pelajar perlu
membina satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang
pelajar daripada 18 orang pelajar dan menghasilkan
analisis pemasaran di Muar. Analisis tersebut dilakukan
dengan menyediakan laporan dan video promosi berkaitan
dengan destinasi di Muar berdasarkan tema yang berbeza,
iaitu ‘Riadah dan rekreasi’, ‘Membeli-belah’, ‘Seni dan
Budaya’, ‘Mercu Tanda’, ‘Warisan’ dan ‘Gastronomi’.

| 57

Video promosi tapak kebudayaan Muar.

Video promosi taman rekreasi Muar.

58 |

Gastronomi dan pelancongan makanan dalam video promosi Muar.

5 TARIKAN

PELANCONG TERBAIK

Tapak Kebudayaan Muar | Pusat Membeli Belah dan Perniagaan | Taman
Rekreasi | Mercu Tanda | Gastronomi dan Pelancongan Makanan

| 59

Parit Keroma Laut, Muar Johor.

TPHM 3114 TOUR PLANNING AND DESIGN

PAKEJ PELANCONGAN DAN REKA
BENTUK UNTUK MUAR

60|

Ladang Kupang, Parit Keroma Laut, Muar.

Kursus Perancangan dan Reka bentuk Pelancongan bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas dan
pengalaman pertama dalam perancangan dan pengurusan pengendali pelancongan, penyelidikan destinasi, mereka
bentuk jadual perjalanan yang kreatif dan inovatif, mengira dan menetapkan harga jualan pakej pelancongan serta
mempromosikan pakej pelancongan. Oleh itu, pelajar perlu MEMBUAT TEMA untuk pakej pelancongan, menentukan
pasaran sasaran pakej pelancongan yang dicadangkan, mempromosi serta memasarkan pakej pelancongan kepada
pelanggan / pelanggan sasaran, dan akhirnya untuk mempunyai pelaksanaan pelancongan.

| 61

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

POSTER

PAKEJ PELANCONGAN

Mereka bentuk poster pakej pelancongan adalah
sebahagian daripada aktiviti pemasaran dan promosi
dalam kursus perancangan dan reka bentuk
pelancongan. Poster ini mengandungi harga pakej
pelancongan, tarikan yang ditawarkan, barangan, dan
maklumat hubungan.

62 |

Kursus Perancangan dan Reka bentuk

Pelancongan bertujuan untuk

memperkenalkan "Virtual Tour of Muar Town”

(Lawatan Maya Bandar Muar) yang melibatkan

dua peringkat, iaitu mencipta video

pelancongan secara maya dan seterusnya

memuat naik ke dalam media sosial. Tugasan

ini memerlukan kemahiran individu untuk

mempromosi dan memperkenalkan aktiviti

pelancongan di Bandar Muar, Johor. Dalam

mencipta video pelancongan secara maya ini,

pelajar boleh menggunakan GOOGLE 360 V&IDLEAOWPRAOTMAONSI

atau aplikasi lain yang berkaitan untuk MAYA

mencipta kandungan video. Kandungan video

tersebut perlu mengandungi perkara yang

berkaitan dengan arahan lawatan yang

memerlukan pelajar untuk menyediakan

maklumat (termasuk fakta dan mitos) bagi

setiap daya tarikan. Justeru, pelajar perlu

menyunting video tersebut bagi memastikan

kandungannya menarik untuk meraih minat

penonton.

| 63

Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor dan Kawasan Kediaman.

ENCO 4105 COMPUTER MEDIATED COMMUNICATION

MEREKA BENTUK LAMAN WEB "THE
MUARA"

64 |

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelajar dikehendaki untuk memilih projek

perdana dan membuat laman web berdasarkan projek
perdana yang dipilih. Pelajar digalakkan untuk
mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di
dalam kelas untuk membantu mereka sewaktu dalam
pembikinan laman web tersebut. Tugasan ini membantu
para pelajar untuk meningkatkan kemahiran teknikal
dalam mereka bentuk kandungan laman web ‘The
Muara’. Idea tambahan dalam kandungan laman web
tersebut telah diguna pakai dalam laman web rasmi ‘The
Muara’.

| 65

BMCO 4102 BAHASA DAN MASYARAKAT

DIALEK KAMPUNG TUI, BUKIT
KEPONG, MUAR JOHOR

Sesi temubual bersama komuniti Bukit Kepong.

66 |

Kursus ini memberikan gambaran keseluruhan Pada masa kini, dialek Melayu Johor-Riau merupakan
mengenai asas bahasa dan masyarakat dengan menumpukan bahasa standard yang digunakan oleh masyarakat Malaysia.
kepada bentuk bidang komunikasi kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, Dialek Bukit Kepong pula lebih
Kursus ini juga melibatkan tujuh orang pelajar dan tiga orang menunjukkan satu variasi pertuturan yang dituturkan oleh
informan (penutur natif) yang diselia oleh Dr. Julaina Nopiah. masyarakat lama di kawasan Bukit kepong dan dikatakan
Kerja lapangan melibatkan pengumpulan data bertujuan dipengaruhi oleh Bahasa orang sungai. Ini dibuktikan
untuk mengenal pasti dialek Bukit Kepong yang terletak di dengan kewujudan sungai Muar yang menghubungkan
Kampung Tui, Bukit Kepong, Muar, Johor. Bukit Kepong dan juga Lenga.

HASIL DARIPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Melayu Dialek Bukit Kepong
Apa ape [apǝ]
Hasil dapatan yang diperoleh daripada temubual dalam Awak kape [kapǝ]
kalangan masyarakat Kampung Tui telah menunjukkan bahawa Kami ngape [ŋapǝ]
masyarakat Lenga dan masyarakat di Bukit Kepong Sedar sador [sador]
mempunyai dialek yang berbeza. Di kawasan Lenga, Agaknya pogaknya [pogaʔɲa]
masyarakat Gombang bercakap dialek Lenga yang lebih pekat Zaman jaman [ǰaman]
berbanding kawasan lain. Selain itu, didapati masyarakat di
kawasan Liang Batu juga turut bercakap menggunakan dialek
Lenga yang disebabkan perkahwinan masyarakat setempat
dengan masyarakat Lenga. Hasil dapatan juga menunjukkan
bahawa dialek Bukit Kepong berbeza dengan dialek Johor-
Riau.

(Sumber: Data temuduga dengan komuniti Bukit Kepong)

| 67

Mengenal pasti produk tempatan di Muar melalui kerjasama
dengan pemilik produk dan masyarakat setempat.

ARILS LEATHER VILLÉ
Pengeluaran Capal kulit tradisional

SONGKOK MASOOD HUSSIN

Pakar dalam pengeluaran Songkok

68 |

MUAR LEATHER CRAFT

Pakar dalam pengeluaran produk kulit

NELAYAN PARIT KEROMA LAUT
Aktiviti berperahu dan melawat ladang kerang
| 69

Jambatan Muar Bandar Maharani.
70 |

| 71

5.0 AKTIVITI KETERLIBATAN
KOMUNITI

Pengkalan Nelayan Parit Tiram, Muar.

Secara umumnya, aktiviti keterlibatan komuniti Melalui The Muara juga, kami menginginkan para pelajar
membolehkan pelajar universiti lebih terdedah kepada dunia untuk menyedari bahawa manfaat membantu masyarakat
luar. Apabila pelajar terlibat dengan kesukarelawan, mereka setempat ini adalah untuk mereka mempunyai kehidupan yang
berpeluang untuk memperbaiki diri dan merupakan satu lebih baik pada masa akan datang. Melalui projek The Muara, para
kaedah yang terbaik bagi pelajar melihat konsep yang telah pelajar diberi peluang untuk menyertai program keterlibatan
mereka pelajari diguna pakai dalam dunia sebenar. Aktiviti komuniti. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
keterlibatan komuniti ini mengajar para pelajar berkaitan
dengan kemahiran yang berharga dalam kehidupan seperti 1. World Clean Up Day Programme - 2018
kerja berpasukan, penyelesaian masalah serta keupayaan 2. Go Green Programme - 2018
untuk mengikut arahan. Aktiviti kesukarelawanan juga boleh 3. Professional Tourism Exhibition (PROTEX) - 2019
membantu pelajar untuk menjadikan perkara yang mustahil 4. English Camp with Madrasah Tahfiz AL Quran Silaturahim - 2019
kepada perkara yang tidak mustahil. Melalui The Muara, para 5. “Save the River, Save the Future” Talk Programme - 2019
pelajar diberi peluang untuk menjadi sukarelawan dalam 6. Sayangi Sungai Muar - 2019
beberapa aktiviti untuk memberi manfaat kepada masyarakat 7. Ibnu Batutta Exhibition (BATEX) - 2019
di Muar dan Johor secara keseluruhannya.

72 |

PROGRAM Peserta pelajar dan kakitangan KLM.

“ WORLD CLEAN UP DAY”
Pada 15 September 2018, beberapa wakil dari Kulliyyah
Bahasa dan Pengurusan telah menyertai aktiviti berjalan atau
berlari sambil mengutip sampah yang diberi nama ‘World Clean
Up Day’ yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) di
bandar Muar. Program ini melibatkan tiga orang kakitangan, 16
orang pelajar Jabatan Pelancongan, dua orang wakil daripada
kolaborator luar, iaitu Tourism Muar dan MPM serta dua orang
penyelidik.

Para pelajar KLM dan komuniti Tourism Muar. Aktiviti plogging dengan persatuan Pelancongan Muar.

PROGRAM Para pelajar dan kakitangan KLM dalam program Go Green.

“GO GREEN” | 73

Program Go Green telah dianjurkan oleh Pejabat Hutan
Daerah Johor Utara, Segamat yang melibatkan pelajar UIAM,
pelajar UTHM dan masyarakat setempat. Program ini dijalankan
pada 17 November 2018. Bilangan peserta merekodkan 29
orang pelajar kursus TPHM 2222, tiga orang kakitangan KLM, 58
orang peserta luar, dan tiga orang penyelidik. Sehubungan
dengan program ini, penyertaan pelajar memberi impak moral
daripada segi mengekalkan sektor alam sekitar.

Peserta program pelajar dan kakitangan KLM dalam program Sayangi Sungai Muar. Pembersihan tebing sungai, Panchor.

PROGRAM Program Sayangi Sungai Muar telah berjaya dijalankan pada
13 Disember 2019 yang dianjurkan di Sungai Panchor, Pagoh, Muar.
SAYANGI Program ini bertujuan untuk menunjukkan hasil yang signifikan dalam
SUNGAI MUAR membawa semua pelajar untuk mewujudkan jaringan hubungan dan
mempererat ukhuwah antara satu sama lain bersama dengan
masyarakat setempat di Panchor. Program ini melibatkan 34 orang
pelajar dari kursus CCLM 2051 (Pengurusan Kepimpinan) dan
seorang pensyarah. Oleh itu, penglibatan semua peserta berpeluang
menonjolkan kepentingan menjaga sungai dan mengekalkan
kelestarian sungai.

Aktiviti menanam pokok. Pendedahan menjaga pokok. Taklimat dari Pejabat Hutan Daerah, Johor Utara.

74 |

“ENGLISH CAMP”
BERSAMA PELAJAR
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN SILATURAHIM
Melalui English Camp ini, para pelajar ENCOM
Pada 17 Oktober 2019, sekumpulan pelajar Bahasa

Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa (ENCOM), Kulliyyah berpeluang untuk berkongsi ilmu dengan pelajar Madrasah

Bahasa dan Pengurusan (KLM) telah menganjurkan English Tahfiz Al Quran Silaturahim, Muar, Johor. Kegembiraan

Camp bersama pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Silaturahim, pelajar tahfiz dapat dibuktikan berdasarkan lima (5) aktiviti,

Muar, Johor. Objektif program ini adalah untuk membawa iaitu; Mendengar, Bercakap, Membaca, Menulis dan Aktiviti

senyuman dan kebahagiaan dan menyemai semangat dalam Pemikiran Kreatif. Lebih 40 orang pelajar tahfiz mengambil

mempelajari bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tahfiz. bahagian dalam aktiviti ini yang dikendalikan oleh pelajar

Program ini merupakan lambang pelan hala tuju UIAM ENCOM. Pada awalnya, terdapat beberapa pelajar yang

2019/2020 yang bertujuan untuk mengubah pelajar, agak malu, namun selepas diberikan beberapa galakan

kakitangan dan komuniti untuk menjadi individu yang oleh pelajar ENCOM yang mesra, pelajar tahfiz dengan

seimbang. senang hati menyertai semua aktiviti yang disediakan untuk

mereka.

Peserta program Kem Inggeris.

| 75

Peserta pelajar KLM, pensyarah, dan penceramah dalam program ceramah "Save the PROGRAM
River, Save The Future“.
“SAVE THE RIVER
SAVE THE FUTURE”

Pelajar bagi Kursus Leadership and Management (CCLM
2051) berjaya mengasah kemahiran kepimpinan dan pengurusan
mereka dengan menganjurkan program bual bicara bertajuk
‘Save The River, Save The Future’. Program ini diadakan pada 21
November 2019 yang terletak di Lecturer Theater Hall, Kulliyyah
Bahasa dan Pengurusan. Program ini melibatkan 62 orang pelajar,
dua orang kakitangan KLM dan dua orang penyelidik. Oleh itu,
program ini berjaya mempromosikan komuniti sejahtera
(keseimbangan dan keharmonian) melalui pendidikan dengan
menjemput Dr. Muhammad Fitri bin Yusof dari Kulliyyah Sains,
UIAM Kuantan yang merupakan penceramah yang berwibawa
dengan berlatarbelakangkan pendidikan marin untuk memberi
ceramah berkaitan dengan pemeliharaan sungai demi masa
depan kita.

“PROFESSIONAL Peserta acara PROTEX.

(TPORUORITSMEXE)XHIBITION”

Seorang wakil dari Kampung Sabak Awor, Muar;
Kampung Sentosa Lenga (sebuah perkampungan Orang
Asli), Pelancongan Muar, Muzium Bukit Kepong, Majlis
Perbandaran Muar (MPM), Majlis Perbandaran Kluang (MPK),
Perusahaan Tanjung Kunang dan Majlis Daerah Tangkak
(MDT) telah dijemput ke PROTEX pada 7 Mei 2019.

76 |

“EXIBHNIUBITBIAOTNU”T(TBAATEX)

Program Ibnu Batutta Enhibition (BATEX) telah Pameran cadangan projek pelajar oleh kumpulan Buana Legacy.
diadakan pada 17 Disember 2019 yang dianjurkan
oleh Pejabat Perancangan Pelancongan dan
Pengurusan Hospitaliti, KLMSS. Program ini
dikendalikan di STUDIO KLM 1, UIAM Pagoh yang
turut dihadiri oleh wakil Timbalan Dekan Hubungan
Akademik dan Perindustrian, Ketua Jabatan
Pelancongan, Perbadanan Taman Negara Johor, Jetty
Sirip Biru Enterprise, ketua-ketua bengkel dan
pempamer. Program ini turut melibatkan 41 orang
pelajar, tiga pihak luar, enam orang kakitangan dan
dua orang penyelidik. Oleh itu, program ini bertujuan
untuk membentangkan portfolio pembangunan
projek pelancongan kepada komuniti KLM dan orang
luar.

Aktiviti pameran. Aktiviti pameran.

| 77

Pameran Projek Gardenstay dalam PROTEX 2019.
78 |

| 79

6.0 PENCAPAIAN PELAJAR

“PENANG INTERNATIONAL

2019( )INVENTION AND DESIGN”

PIID

Pameran Reka bentuk Gardenstay.

Pameran Aplikasi TourMuOve.

80 |

IDEA INOVASI
MELALUI PENYELIDIKAN
DAN PEMBELAJARAN

Pelajar TPHM 2102 (Tourism

Workshop 3) telah menghasilkan

cadangan produk pelancongan untuk

Muar semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Cadangan projek tersebut

telah dipamerkan dalam Penang

International Invention and Design (PIID)

2019 di UiTM Pulau Pinang. Dalam

pertandingan ini, pelajar Kulliyyah Bahasa

dan Pengurusan telah memenangi satu

Emas dan satu Perak. Anugerah Emas

tersebut merupakan inovasi produk

pelancongan inap desa, iaitu “Gardenstay

Design: Towards Sustainable Royal City of

Muar'’ dan anugerah Perak pula adalah

untuk inovasi aplikasi mudah alih yang

dinamakan sebagai “TourMuOve

Application: Interactive Navigation and

Mobile Application in Creating Efficient

Tourist Movement in Muar, Johor”.

| 81

Aktiviti bersiar-siar di Yufuin, Fukuoka, Jepun.
82 |

| 83

7.0 AKTIVITI PELAJAR
MELALUI KERJASAMA

Peserta Program Sains Sakura 2020, Fukuoka Jepun.

“SUSTAINABLE RIVER-BASED Projek Flagship ini telah mendapat tajaan bagi
program pertukaran pelajar melalui Sakura Science
TOURISM PRODUCT Programme ke Bandar Fukuoka, Jepun pada 21-27
Januari 2020. Program ini ditaja oleh Japan Science
AND DEVELOPMENT” Technology (JST) dan dianjurkan oleh Japan-
Malaysia Association (JMA). Terdapat empat orang
(4) pelajar dari KLM, dua orang (2) pelajar dari KOS,
dua orang (2) pelajar KAED dan dua orang (2)
pelajar dari KOE telah menyertai program ini yang
dinamakan sebagai ‘Sustainable River-based Tourism
Product Development’.

84 |

Syarahan sistem rawatan kumbahan di Fukuoka. Melawat loji rawatan air kumbahan, Pusat Penulenan Kurume.

Syarahan pengurusan sungai di Empangan Yamada, Asakura.

| 85

Pelajar Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan Pelajar pelatih KLM dan persatuan Tourism Muar.
telah menjalankan latihan industri di beberapa
tempat yang aktif bekerjasama dalam projek The
Muara, iaitu Tourism Muar, BH Travel Sdn. Bhd.
dan terdapat juga pelajar yang menjalankan
latihan industri di Kulliyyah Bahasa dan
Pengurusan untuk membantu penyelidikan The
Muara.

Pelajar pelatih KLM bersama tempatan ketika tinjauan tapak. Pelajar pelatih KLM dan BH Travel Sdn. Bhd. semasa pameran.

86 |

Pelajar pelatih KLM di Pusat Maklumat Pelancongan, Muar. Pasukan Projek Flagship The Muara.

Pelajar pelatih KLM bekerjasama dengan tempatan dalam subjek Perancangan dan Mesyuarat Pembangunan Projek Pelancongan di Muar bersama Tourism Muar.
reka bentuk pelancongan, TPHM 3114.
| 87

Sungai Muar.
88 |

| 89

8.0 WAWASAN

Pemandangan Bandar Muar.
90 |

Terdapat beberapa perkara utama bagi wawasan dan hala tuju Flagship
The Muara yang boleh diserap daripada pelajaran yang ditekuni serta kerja-kerja
yang meluas dalam tempoh dua (2) tahun inisiatif strategik Pelan Hala Tuju UIAM
2019-2020. Perkara utama dalam ‘Arah Ke Hadapan’ adalah hal yang bukan
sahaja daripada aktiviti yang telah berjaya dilakukan sejak dua (2) tahun yang lalu,
tetapi juga kepada kelestarian The Muara dalam memberi manfaat kepada
ekosistem pendidikan dan kawasan sekitarnya pada masa akan datang. Perkara
utama yang menjadi wawasan dan hala tuju The Muara boleh diringkaskan
seperti berikut:
1. The Muara telah membuka jalan untuk mengenal pasti dan memahami

pelbagai isu sosial, ekonomi dan alam sekitar yang kompleks yang
mempengaruhi kelestarian di Muar, khususnya yang melibatkan sungainya.
Untuk mengenal pasti dan memahami isu-isu berkaitan di Muar, The Muara
menetapkan asas untuk mengintegrasikan isu-isu tempatan dalam pengajaran
dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan aktiviti pelajar.
2. Pembangunan mampan akan dicapai melalui kerjasama kompleks quadruple-
helix antara universiti, komuniti tempatan, kerajaan dan industri. Penubuhan
The Muara amat penting untuk menangani cabaran-cabaran yang signifikan
bagi pembangunan mampan melalui kerjasama ini.
3. Masih banyak salah faham dan keraguan mengenai pengintegrasian agenda
pembangunan mampan melalui pendidikan tinggi berkaitan cara
pembangunan yang akan dilaksanakan. Kesedaran pada masa akan datang
akan meningkatkan keperluan untuk mengukuhkan usaha ke arah
pembangunan lestari sebagai proses berterusan di samping cuba
mengimbangi keperluan para graduan serta memberi manfaat kepada
ummah.
Secara keseluruhannya, perkara yang perlu dititikberatkan ialah semua pihak
berkepentingan seharusnya mengambil sesuatu tindakan ke atas kerja-kerja yang
meluas ini untuk lebih maju ke hadapan dan melakukan kemajuan ke arah
pembangunan lestari dalam pendidikan tinggi yang pada akhirnya akan
memberi manfaat kepada komuniti yang lebih luas.

| 91

Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM, Kampus Pagoh.
92 |

| 93

9.0 INISITAIF PROJEK FLAGSHIP

KULLIYYAH BAHASA DAN
PENGURUSAN

Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM) telah memulakan TIRKAH RIMBA
empat (4) lagi projek utama untuk memenuhi inisiatif
strategik UIAM. Empat (4) projek utama adalah: Orang asli atau lebih dikenali sebagai orang eksotik adalah pelbagai
dan telah menyumbang kepada populasi rakyat Malaysia. Mereka
1. Tirkah Rimba sering menjadi penduduk minoriti yang mempunyai keunikan tersendiri
2. Malay Heritage Food dan dipengaruhi oleh hubungan hidup dengan tanah air nenek moyang
3. Sustainable Volunteering mereka. Oleh itu, satu projek bernama Flagship Tirkah Rimba yang
4. Trust School selaras dengan Projek Sekolah Hutan, Gombak telah dicadangkan.
Projek ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan transdisiplin yang
mengintegrasikan beberapa aspek orang asli yang merangkumi
kebudayaan, bahasa, pemeliharaan dan pemuliharaan tradisi mereka
terutamanya untuk generasi akan datang. Projek ini secara khususnya
tertumpu kepada kumpulan orang asli yang berada di Johor. Terdapat
kira-kira 59 kampung orang asli. Oleh itu, projek ini akan memberi
tumpuan pada kawasan Muar dalam fasa pertama kerjasama ini.

94 |

MALAY HERITAGE FOOD

Flagship ini berhasrat untuk berkongsi dan mempromosikan kebaikan
warisan makanan Melayu kepada dunia. Platform ini membolehkan semua orang
mengalami budaya Melayu melalui gastronomi dengan meneroka laluan warisan
makanan yang unik dari negeri-negeri yang berbeza di Malaysia dan banyak lagi.
Melalui inisiatif ini kita berhasrat untuk menawan gaya hidup, sejarah, sastera yang
dikaitkan dengan warisan budaya. Dalam inisiatif Projek Flagship ini, adalah penting
untuk bersama-sama mewujudkan pengetahuan warisan makanan Melayu dan
bagaimana ia membantu dalam pemeliharaan warisan ini daripada pihak
berkepentingan masyarakat setempat yang berbeza, akademik, kerajaan dan sektor
swasta yang berkaitan. Semasa proses tersebut, Flagship ini akan dapat menemui
ciri-ciri unik warisan makanan Melayu yang akan membezakannya antara satu sama
lain kerana pendekatan dan pengaruh yang berbeza dari aspek geografi di Malaysia.
Justeru, ia akan menunjukkan kepentingan mempromosi dan menjenamakan warisan
makanan Melayu sebagai usaha berterusan dalam memelihara dan mengekalkannya
untuk generasi akan datang. Pada akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada industri
pelancongan kerana ia dapat meningkatkan kualiti pengalaman pelancongan melalui
keunikan warisan makanan Melayu. Sebagai permulaan kepada Projek Flagship ini,
kami telah mengintegrasikan bahagian-bahagian Flagship ke dalam pelbagai kursus
yang berbeza dalam Jabatan Pelancongan dan Jabatan Bahasa Melayu. Ia juga
diletakkan di bawah pelbagai bidang penyelidikan dan topik warisan makanan dalam
Projek Tahun Akhir pelajar. Melalui kursus akademik dan FYP, kami juga mula
mengkaji warisan makanan Melayu di Muar dan Pagoh dengan kerjasama Flagship
The Muara. Sejak tahun lepas, kami telah memulakan prototaip aplikasi mudah alih
yang menampilkan cadangan lokasi makanan Melayu, fakta pemakanan makanan,
artikel kreatif dan sastera yang berkaitan dengan makanan Melayu. Prototaip aplikasi
mudah alih tersebut dipautkan ke laman web kami (sedang dibangunkan) yang
menawarkan lebih banyak ciri yang menarik. Kami bekerjasama dengan organisasi
luar iaitu Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Universiti Teknologi
Malaysia dan BH Travel Sdn. Bhd., yang meneliti kandungan pemakanan hidangan
Melayu terpilih dengan bahan-bahan yang melibatkan minyak sawit Malaysia.

| 95
P a g e | 28

SUSTAINABLE VOLUNTEERING

Flagship ini berhasrat untuk menyemai idea kesukarelawanan yang mampan dalam
kalangan masyarakat Edu Hub. Melalui kesukarelawanan yang mampan, UIAM
Pagoh berhasrat untuk mewujudkan "tentera" yang ingin menyumbang kepada
masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemanusiaan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di bawah inisiatif Flagship ini adalah:
1. Volunteerism Webinar
2. Flood Clean Up
3. Lawatan ke Nur Kidz Home (program separuh hari)
4. Sesi perkongsian pengetahuan bersama Mahad Tahfiz

TRUST SCHOOL

Program ini bertujuan untuk menyokong sekolah-sekolah tempatan dalam
menyediakan pendidikan yang lebih baik dan saksama untuk anak-anak tempatan di
sekitar Pagoh. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid
sekolah mengenai program yang ditawarkan di UIAM untuk pendidikan pasca sekolah
menengah mereka. Kami juga berhasrat untuk menyokong guru-guru dan pentadbir
sekolah bermula dari teori hingga kepada amalan, serta aktiviti bersama akademik.
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Get Ready for SPM Workshop (pelbagai subjek)
2. IIUM/Edu Hub Pagoh Open Day – lawatan kampus oleh kanak-kanak sekolah
3. Latihan dalam Perkhidmatan untuk Guru - membawa teori-teori ke dalam amalan
4. Program bersama mentor akademik – pelajar UIAM melatih pelajar sekolah dalam

menyediakan mereka untuk pertandingan bersama peringkat
daerah/negeri/kebangsaan seperti debat (Bahasa Melayu dan Inggeris),
pertandingan Scrabble, pertandingan drama dan sebagainya.

96 |
P a g e | 27

| 97
P a | 28

AHLI PASUKAN

PROJEK ‘THE MUARA’

KOLABORATOR UTAMA Assoc. Prof. Dr. Zaleha binti Kassim

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kulliyyah Sains)
Tourism Muar BIDANG KEPAKARAN: BIOLOGI MARIN
BH Travel Sdn. Bhd.
KETUA PROJEK DAN PASUKAN PENYELIDIKAN
KOLABORATOR DALAMAN
Dr. Nur Hidayah binti Abd Rahman
Prof Dr. Ar Abdul Razak bin Sapian
(Ketua Projek)
(Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar)
BIDANG KEPAKARAN: SENI BINA Dr. Siti Salwa bte Md Sawari

Dr. Zakuan Azizi bin Shamsul Harumain (Ahli)

(Kulliyyah Sains) Dr. Samshul Amry bin Abdul Latif
BIDANG KEPAKARAN: BIODIVERSITI
(Ahli)
Dr. Muhammad Fitri bin Yusof
Siti Aisah binti Abas
(Kulliyyah Sains)
BIDANG KEPAKARAN: MARITIM (Ahli)

Assoc. Prof. Dr. Suhailah binti Hussien Dr. Julaina binti Nopiah

(Kulliyyah Pendidikan) (Ahli)
BIDANG KEPAKARAN: PENDIDIKAN

PASUKAN PENGURUSAN PEMILIK PRODUK DAN KOMUNITI SETEMPAT

Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid Mohd Shahril bin Abd. Rahman

(Dekan Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM) (Pemilik Arils Leather Villé)

Dr. Lilisuriani binti Abdul Latif@Bapoo Roslin bin Omar

(Timbalan Dekan Akademik dan Jaringan Industri) (Pemilik Muar Leather Craft)

Dr. Nonglaksana Kama Zahedy bin Zakaria

(Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar) (Pemilik Songkok Masood Hussin Owner)

Assoc. Prof Dr. Afiza binti Mohamad Ali Ismail bin Salleh

(Timbalan Dekan Penyelidikan dan Hal Ehwal Pascasiswazah) (Wakil Nelayan Parit Keroma Laut)

Dr. Mazni binti Saad Haji Deris bin Haji Sehan

(Ketua Jabatan Perancangan Pelancongan dan Pengurusan (Wakil Kampung Sabak Awor)
Hospitaliti)
PENYUNTING VIDEO
Dr. Nur Nabilah binti Abdullah
Mohamad Hazwan bin Dahari
(Ketua Jabatan Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Nur Alia binti Roslan
Antarabangsa) Nor Afifin Nadia binti M Noor Azman

Assoc. Dr. Faridah binti Nazir FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI

(Ketua Jabatan Bahasa Melayu Untuk Komunikasi SPD Production
Antarabangsa) Mohd Farhan bin Ali
Nor Afifin Nadia binti M Noor Azman
PASUKAN PEMASARAN Nurul Hassanah binti Hamidi

Dr. Khairil Azwar bin Razali PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PELAJAR
Dr. Al Amirul Eimer bin Ramdzan Ali
Amin Mustaqim bin Che Azimi
PENYELARAS PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Baiduri Zaiyyanna binti Farudz
Khairunnissa binti Mohd Rosdan
Mr. Mohd Ton bin Ab. Halim Nurul Hassanah binti Hamidi
Nor Afifin Nadia binti M Noor Azman
(Koordinator Pembelajaran dan Pengajaran untuk Nordanish Sofea Ilyana binti Roslim
Jabatan Pelancongan) Nur Faezah binti Mohd Paruddin
Hudaa Mardhiyah binti Kamarul Zaman
Sr. Farrah Diebaa binti Rashid Ali Nurul Fatiha binti Amran
Nadiah binti Khairi
(Koordinator Pembelajaran dan Pengajaran untuk Siti Nur Aisyah binti Zuhairi
Jabatan Bahasa Inggeris)

Dr. Mohamad Suhaizi bin Suhaimi

(Koordinator Pembelajaran dan Pengajaran untuk
Jabatan Bahasa Melayu)

AHLI KLM

Dr. Rafidah binti Sahar
Dr. Nora'azian binti Nahar
Dr. Nurul Jamilah Bt. Rosly
Dr. Asma binti Md Ali
Mr. Muhammad Ali bin A. Rahman
Br. Muhammad Ikhwan b. Jamaluddin
Sr. Balqis Sairah binti Ismail

Buku mewah ini adalah sebuah kompilasi kisah-kisah kejayaan yang merangkumi
transformatif pengajaran dan pembelajaran untuk Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan,
KLM. Kompilasi ini telah diterjemahkan melalui inisiatif projek flagship sebagai platform
untuk menyumbang kepada masyarakat dengan meneliti masalah dan isu-isu yang
berkaitan dengan sosial, ekonomi dan persekitaran di sekitar kawasan Muar. Projek
flagship ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2018, dan telah disenaraikan sebagai salah
satu inisiatif projek utama dalam Pelan Hala Tuju IIUM 2019-2020 (IIUM Roadmap 2019-
2020).

Projek ini telah berjaya mengintegrasikan sembilan (9) kursus serta menerapkan
penyelidikan prasiswazah melalui Projek Tahun Akhir yang melibatkan Jabatan
Pelancongan (DOT), Jabatan Bahasa Melayu (DOM), dan Jabatan Bahasa Inggeris (DOE).
Projek flagship ini telah menghasilkan pelbagai bentuk penerbitan melalui geran
penyelidikan serta berjaya memenangi beberapa anugerah inovasi. Justeru, terdapat
pelbagai program libat urus komuniti yang telah dijalankan melalui platform projek
flagship ini sejak 2018.

Keunikan projek flagship Muara adalah melalui aspek pengajaran dan
pembelajaran transformatif yang melibatkan pelbagai disiplin, penyelidikan dan
penerbitan, kerjasama antara kulliyyah dan kerjasama luar, serta program penglibatan
masyarakat. Projek ini menunjukkan keunikannya dalam mencapai Matlamat
Pembangunan Mampan (SDGs), kerjasama strategik melalui platform bersama dan
mengharmonikan Maqasid Syariah melalui aktiviti dan program yang telah dijalankan.
Selain itu, projek ini merupakan usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada
komuniti setempat dan warga UIAM agar mencapai kelestarian sosial, ekonomi dan alam
sekitar.


Click to View FlipBook Version