PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK (KAJIAN TINDAKAN)
SMK DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN
SIDANG SELARI 2
1. Mariayee A/P Perumal
Tajuk : Penggunaan Teknik Permainan Jig Saw Puzzle, Melakar Dan Melabel Peta
Malaysia Dalam Menarik Minat Murid 1kaa2 Untuk Menguasai Lakaran Peta
Malaysia.
2. Meriah Binti Pog
Tajuk : Pelaksanaan Program Ban Bagi Meningkatkan Prestasi Murid-Murid
Harapan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Spm 2020 Smk Desa Cempaka
3. Noorafeeda Binti Asmawi
Tajuk : Lihat 40 Kali, Cinta Sampai Mati
4. Ruheida Binti Bahri
Tajuk : Teknik Akronim Dalam Mengingati Istilah Tasawwur Islam Dalam Bab Asas
Pemikiran Islam Bagi Persediaan Menghadapi Spm
Penggunaan teknik Permainan Jig Saw Puzzle , melakar dan melabel peta
Malaysia dalam menarik minat murid 1KAA2 untuk menguasai Lakaran
Peta Malaysia.
MARIAYEE A/P PERUMAL
PANITIA GEOGRAFI
SMK DESA CEMPAKA,BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN
[email protected]
ABSTRAK
Lakaran peta Malaysia merupakan tajuk utama dalam bahagian Kemahiran Geografi bagi murid
tingkatan satu ,dua dan tiga.Tajuk lakaran peta penting kerana ia merupakan asas untuk murid
menanda lokasi bentuk muka bumi,lokasi pinggir laut,lokasi saliran,lokasi bandar di Malaysia dan
banyak lagi tajuk di tingkatan dua dan tiga.Walau bagaimanapun ,murid-murid didapati kurang
mahir dalam menentukan kedudukan negeri-negeri dan lokasi dalam peta Malaysia.Tinjauan awal
yang dilakukan mendapati murid-murid tidak dapat mengingat lokasi negeri-negeri Malaysia dan
tidak mahir dalam menentukan kedudukan negeri-negeri di Malaysia.Teknik Jig Saw Puzzle ,
melakar dan melabel peta Malaysia digunakan untuk membantu murid melakar peta Malaysia,
mengingat kedudukan negeri-negeri dalam peta dan menyatakan ibu negeri bagi setiap negeri
.Hasil kajian terhadap 32 murid 1 KAA2 mendapati bahawa sesi PdP permainan jig saw puzzle
,melakar dan melabel yang berpusatkan murid dapat meningkatkan pengusaan murid dalam tajuk
lakaran peta Malaysia ini.Selain itu teknik pengajaran dalam bentuk permainan menarik minat
murid dan meningkatkan penglibatan setiap murid dalam PdP.
Kajian ini menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif untuk
meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat dan melukis peta Malayisa. Permainan yang
menyeronokkan diharapkan dapat menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran melukis
Peta Malaysia.
Kata Kunci :Jig saw puzzle,Melakar,Melabel,Mengingat,Geografi
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pemebelajaran (PdP) ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yangdiusahakan bersama
oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripada elemen
tersebut pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan
terjadinya proses belajar (Noor Hisham Md Nawi 2011). Hasil daripada pengajaran berlakulah
perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit
(Shababuddin et al. 2003). Pengajaran boleh ditambah baik secara berterusan menerusi
penyelidikan, pengembangan ilmu, pemantapan kemahiran dan rujukan kepadaamalan profesional
yang berkaitan.
Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan
individu dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, sosial dan moral (Noor Hisham Md Nawi, 2011).
. Sistem pendidikan di Malaysia juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh. Pengajaran di dalam bilik darjah seharusnya mendatangkan pembelajaran,
iaitu ianya memerlukan teknik dan pengetahuan tertentu bagi guru dan pelajar menjayakannya.
Pelbagai kaedah baharu diperkenalkan serta digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Hal ini kerana, tiada satu kaedah yang
terbaik boleh digunakan kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti persekitaran,
budaya sekolah, hinggakan kepada kepelbagaian latar belakang pelajar. Kaedah pembelajaran
berpusatkan murid adalah satu kaedah alternatif selain kaedah konvensional iaitu kaedah
berpusatkan guru(Hassan, R., & Poopak, M., 2012). Perancangan pengajaran yang baik dan
menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasikan murid. Berhubungan hasrat kerajaan ke arah
pendidikan bertaraf dunia ini, para pendidik harus membuat anjakan paradigm terhadap pemikiran
atau tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran yang dipilih dalam bilik
darjah. Oleh itu para pendidik perlulah sentiasa mengenalpasti kelemahan murid dan menyediakan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan dapat menarik minat murid.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu melibatkan interaksi dua hala antara
murid dan guru. Maka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dengan berpusatkan
murid dan aktiviti berkumpulan dipercayai dapat memberi peluang kepada murid untuk
berbincang, bergiat aktif, serta belajar sambil bermain. (Hassan, R., & Poopak, M.,2012) Melalui
kaedah ini, guru hanya perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid berjaya dijalankan mengikut langkah-
langkah yang dikehendaki oleh guru. Kaedah permainan merupakan perubahan dalam corak
pengajaran, iaitu murid berubah daripada "pembelajaran dengan mendengar" kepada "belajar
dengan melakukan" (Garris & Ahlers, 2002).
Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membuktikan strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid adalah kaedah yang perlu diterapkan dalam bilik darjah oleh
setiap guru.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Lakaran peta Malaysia merupakan tajuk kemahiran Geografi yang dipelajari oleh murid di dalam
matapelajaran Geografi Tingkatan 1. Tajuk Lakaran Peta Malaysia penting kerana tajuk ini
merupakan asas dan murid perlu mengingat kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Seringkali
diperhatikan bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam menentukan kedudukan
negerinegeri di Malaysia dalam peta Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan menerusi hasil kerja murid
di dalam menjawab soalan melabelkan kedudukan negeri-negeri di Malaysia dalam Peta Malaysia.
Oleh itu satu kaedah alternatif kaedah PdP yang menarik telah dirancang bagi membantu murid
dalam Lakaran Peta Malaysia. Satu kaedah PdP dalam bentuk permainan telah digunakan untuk
menarik minat murid dalam tajuk ini.
Isu Keprihatinan
Pengkaji mendapati bahawa ramai murid yang kurang berminat terhadap tajuk lakaran peta dalam
mata pelajaran Geografi. Kesimpulan awal dicapai hasil daripada perbualan dengan murid. Murid
menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah dalam menentukan lokasi dalam peta Malaysia
. Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan
peta dalam peperiksaan. Selain itu , isu ini sering dibincangkan bersama guru-guru dalam panitia
Geografi. Panitia Geografi juga telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Progran Celik Peta.
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa perlu diperkenalkan teknik PdP yang lebih
menyeronokkan (dalam bentuk permainan) dengan penglibatan murid yang lebih aktif bagi
membolehkan mereka memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih berpusatkan
murid. Teknik yang akan digunakan untuk mengatasi isu ini ialah Teknik permainan jig saw puzzle
OBJEKTIF KAJIAN
a) Menyediakan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dengan penglibatan murid
Tingkatan 1 secara aktif dalam proses PdP bagi tajuk lakaran peta Malaysia
OBJEKTIF KHUSUS
a) Melabel kedudukan lokasi dalam peta Malaysia dalam tajuk tingkatan satu, dua dan tiga
b) Melakar peta Malaysia yang lengkap dengan ibu negeri setiap negeri.
c) Mengingat kedudukan negeri-negeri di Malaysia dan mengaplikasikannya dengan
lokasilokasi lain dalam tajuk bentuk muka bumi dan bandar-bandar di Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kalian ini terdiri daripada 32 orang murid tingkat 1 KAA2.
PELAKSANAAN KAJIAN
A.Tinjauan Masalah
Dalam melaksanakan kajian ini ,tinjauan masalah dilakukan melalui latihan yang diberikan kepada
murid. Murid tidak dapat melabel peta Malaysia dengan betul. Secara lebih khusus,murid tidak
menunjukkan minat semasa belajar tajuk ini dengan menggunakan kaedah melakar peta Malaysia.
Dapatan awal ini turut disokong dengan dapatan temu bual secara lisan yang turut mendapati
bahawa murid masih kurang menguasai kemahiran melakar dan melabel peta Malaysia.
B.Tindakan yang dijalankan
Oyen and Bebko (1996) mendapati permainan mempunyai kesan positif ke atas kebolehan
menyelesaikan masalah dan penglibatan dalam menyiapkan tugas yang diberikan. Teknik
Permainan Jig Saw puzzle , melakar dan melabel peta Malaysia dilaksanakan dengan mengambil
kira bahawa penglibatan ‘hands on’ murid-murid dalam bentuk permainan akan menjadikan
aktiviti PdP ini lebih menyeronokkan dan lokasi yang dipelajari lebih mudah diingati. Secara
umumnya teknik ini melibatkan penyediaan potongan kad-kad peta
Malaysia. Murid-murid perlu menggabungkan potongan kad itu supaya membentuk satu peta
Malaysia.Seterusnya mereka akan melekatkan peta tersebut dalam kertas A4 dan melabelkan peta
Malaysia dengan negeri-negeri di Malaysia.Selepas aktiviti ini ujian pos telah dilakukan bagi
mengenal pasti tahap pengusaan murid berhubung topik yang dipelajari. Langkah-langkah yang
dijalankan dalam tindakan ini dijelasakan dengan lebih terperinci seperti di bawah.
Aktiviti 1
Kad Jig saw pazzle
Cara pelaksanaan
Murid diminta untuk duduk bertiga dalam satu kumpulan. Guru memberikan satu sampul yang
diisi dengan potongan peta Malaysia dan sehelai kertas A4.Murid –murid diminta untuk menyusun
potongan kad Jig Saw puzzle tersebut sehingga membentuk satu peta Malaysia. Kumpulan yang
telah siap akan sebut perkataan ‘Negaraku Malaysia’.Guru akan memastikan kumpulan yang siap
mengikut urutan . Guru juga menyediakan hadiah (1 hingga 3) kepada kumpulan yang dapat
menyiapkan puzzle peta Malaysia.
Puzzle Peta Malaysia
Murid sedang membuat Puzzle Peta Malaysia
Aktiviti Kedua
Tampal peta dan melabel lokasi Negeri-Negeri di Malaysia
Murid diminta untuk menampalkan peta jig saw puzzle yang mereka gabungkan di kertas A4.
Kemudian murid akan melabelkan negeri-negeri di Malaysia merujuk buku teks.
Aktiviti Ketiga
Team Stand and Share
Murid diminta untuk berada dalam kumpulan. Guru akan menyoal murid mengenai negeri-negeri
di Malaysia dan ibu negeri. Sekiranya seorang dari kumpulan tersebut dapat menjawab soalan
guru maka semua ahli kumpulan dapat duduk. Murid akan berebut untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
Murid sedang melabel Peta Malaysia
Aktiviti 4
Hot Seat
Seorang murid akan dipilih oleh guru dan murid tersebut akan duduk di hadapan kelas dan melabel
negeri –negeri di Malaysia dalam peta kosong yang diletakkan di hadapan kelas . Murid tersebut
juga akan menyatakan ibu negeri yang bagi negeri yang dinyatakan oleh murid lain.
Aktiviti 5
Murid-muird akan diberikan latihan berkaitan tajuk yang dipelajari dan memberikan jawapan
dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Hasil analisis menunjukkan bahawa murid-murid
menunjukkan peningkatan penguasaan berhubung tajuk yang dipelajari. Analisis dapatan
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi pencapaian murid. Perincian prestasi
murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti di Jadual 1dan Rajah 1
Murid sedang melabel Peta Malaysia
Jadual 1 : Perbandingan prestasi murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Jumlah Negeri yang Bilangan Murid
dilabel dengan betul Ujian Pos
Ujian Pra Peningkatan
/Pengurangan
10-13 6 21 +15
5-8 18 11 -7
Kurang daripada 5 8 0 -8
Jumlah 32 32
Keputusan ujian pra ini menunjukkan bahawa murid dalam kelas 1KAA1 tidak dapat melabelkan
peta Malaysia dengan tepat. Hanya 6 orang sahaja yang dapat melabel 10 hingga 13 negeri
dengan betul. Selepas ujian pra PdP permainan Jig Saw puzzle , melakar dan melabel peta
Malaysia telah dilaksanakan dalam kelas 1kAA2. Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan
sasaran ini diajar dengan menggunakan pendekatan yang dirancangkan oleh pengkaji. Sepanjang
masa pengajaran dan pembelajaran guru dalam bentuk permainan telah meningkatkan
pencapaian murid daripada 6 orang kepada 21 orang yang mendapat 10 hingga 13 betul.
Rajah 1 : Prestasi Murid Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pos
25
20
15
10 Ujian Pra
Ujian Pos
5
0 5-8 betul kurang 5 betul
8-10 betul
Temubual yang dilaksanakan juga menunjukkan bahawa murid lebih suka menjalankan aktiviti
kumpulan dalam bentuk permainan serta memudahkan mereka mengingat sesuatu lokasi dengan
mudah. Selain itu, kaedah permainan mempercepatkan proses pembelajaran dan mewujudkan
suasana interaksi yang positif dalam kalangan pemain.
Murid-murid juga dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi sekiranya PdP dijalankan dalam
bentuk permainan seperti jig saw puzzle. Secara rumusannya, aktiviti yang dilaksanakan berjaya
membantu murid dalam aspek-aspek berikut:
i Memudahkan murid melakar peta Malaysia
ii Menguasai tajuk dengan lebih mudah
iii Melibat diri secara aktif dalam PdP
iv Menjalankan aktiviti PdP dengan lebih seronok
v Meningkatkan penglibatan murid lelaki dalam tajuk ini.
RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini didapati bahawa penggunaan teknik Jig Saw puzzle,
melakar dan melabel peta Malaysia ini memberikan impak positif kepada murid.Teknik ini telah
menjadikan PdP lebih menyeronokkan dan lebih berpusatkan murid. Sumbangan individu murid
adalah sangat penting untuk memastikan keseluruhan objektif pembelajaran dapat dicapai dalam
PdP. Peningkatan pencapaian murid dalam ujian pos menunjukkan bahawa mereka mampu
mengingat lokasi negeri dalam peta Malaysia, menyatakan ibu negeri bagi negeri di Malaysia dan
melakar peta Malaysia.
Berdasarkan dapatan kajian yang positif, pengkaji bercadang untuk menggunakan teknik sama bagi
murid-murid dalam kelas-kelas lain untuk mengenal pasti kesesuaian aktiviti untuk semua tahap
murid.
RUJUKAN
Garris, R., & Ahlers, R. (2002). A research and practice model. Simul Gaming, 33, 441–467.
Hassan, R., & Poopak, M. (2012). The effect of card games and computer games on learning of
chemistry concepts. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31, 597-601.
Oyen, A., & Bebko, J. (1996). The effects of computer games and lesson context on children’s
mnemonics strategies. Journal of Experimental Child Psychology, 62, 173-189. Noor Hisham Md
Nawi (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula konsep Asas Shahabuddin,
Rohizani & Mohd Zohir.( 2003). Pedagogi : strategi dan teknik mengajardengan berkesan. Shah
Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
PELAKSANAAN PROGRAM BAN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI
MURID-MURID HARAPAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH SPM
2020 SMK DESA CEMPAKA
Meriah binti Pog
SMK Desa Cempaka, 71800 Nilai
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan aplikasi google dalam
meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah melalui Program Baik
Aku Nekad (BAN). Prestasi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) murid-murid dalam
mata pelajaran Sejarah yang tidak memuaskan menyebabkan saya sebagai guru
Sejarah mencari kaedah yang membolehkan prestasi mereka dapat ditingkatkan. Oleh
itu, penggunaan google form dipilih untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
Program BAN ini dan aplikasi ini digunakan secara optimum oleh para murid dan
telah memberi impak yang positif kepada semua pihak. Dalam kajian ini, data-data
telah diperoleh melalui analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2020 dan Peperiksaan
SPM 2020. Analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan GPMP secara
kumpulan dan individu bagi murid-murid harapan Sejarah ini. Sejumlah 5 orang
murid telah berjaya mendapat B+(3), 6 murid memperoleh B (4), 6 orang mendapat
C+ (5), 4 orang mendapat C (6) dan seorang murid memperoleh D (7). Hasil dapatan
ini menunjukkan bahawa kaedah menjawab soalan menggunakan google form dalam
Program BAN telah berjaya meningkatkan prestasi murid-murid harapan Sejarah pada
tahun 2020.
Kata kunci : google form, baik aku nekad
1.0 Pendahuluan
Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada 23 Oktober 2010, mantan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mata pelajaran
Sejarah akan dijadikan sebagai subjek wajib lulus di peringkat Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Bertitik tolak daripada pengumuman ini,
maka mata pelajaran Sejarah menjadi satu tugas berat kepada guru amnya dan murid-
murid khasnya kerana mata pelajaran ini wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM.
Memandangkan mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka adalah perlu untuk memastikan
murid dapat mengikuti isi pelajaran dengan baik. Namun demikian menurut Soranam
(2011), mata pelajaran Sejarah masih dianggap kurang penting dalam kalangan murid
iaitu mereka beranggapan bahawa Sejarah merupakan mata pelajaran yang
membosankan (Khairunisa Mohamad Fakri, 2013). Malahan menurut Soranam
(2011), para murid juga sering memberi alasan bahawa mereka tidak faham dengan
fakta Sejarah yang disampaikan oleh guru dan mereka juga tidak berminat belajar
tentang peristiwa yang lepas serta beranggapan mata pelajaran Sejarah tidak penting
seperti mata pelajaran-mata pelajaran yang lain (Khairunisa Mohamad Fakri, 2013).
Keadaan ini membawa kepada usaha guru untuk mencari kaedah yang membolehkan
murid tidak lagi berasa bosan dan murid mudah untuk memahami fakta serta boleh
menimbulkan minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Oleh itu, Teknologi Maklumat dan Multimedia (TMK) merupakan satu
peluang untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang mudah
difahami oleh murid. Perkembangan TMK ini juga sebenarnya sejajar dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025) telah membawa satu lakaran
baharu kepada sistem pendidikan di negara kita khususnya dalam bidang teknologi.
Dalam anjakan ketujuh PPPM iaitu memaksimumkan penggunaan ICT bagi
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses
kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013). Anjakan ini membawa
kepada pelbagai alat dalam web yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi
pengajaran dan pembelajaran di negara kita. Salah satu alat atau aplikasi yang ada
dalam web 2.0 yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pemudahcara ialah
google form.
Google form merupakan satu platform yang selamat digunakan dan
bersesuaian dengan murid dalam melaksanakan pembelajaran mereka. Malahan
google form ini boleh diakses dengan menggunakan sebarang peranti elektronik yang
mempunyai jaringan internet seperti telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Oleh itu,
pengkaji telah menggunakan aplikasi google form ini untuk menjayakan Program
BAN.
Program BAN merupakan salah satu usaha untuk memastikan prestasi murid-
murid Harapan Sejarah dapat ditingkatkan dalam Peperiksaan SPM 2020. Program
ini merupakan Program yang dilaksanakan selepas Peperiksaan Percubaan SPM 2020.
Program ini memberi fokus kepada penggunaan google form sepanjang sesi
pelaksanaannya sama ada di dalam makmal atau di rumah murid-murid.
Sesungguhnya minat dan pemahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah
akan berlaku apabila pembelajaran yang aktif dan kerjasama yang kukuh dijalankan
semasa sesi pengajaran dan pemudahcara berlangsung. Jadi untuk memupuk minat
murid-murid menjawab soalan Sejarah, google form merupakan satu platform yang
sesuai dan mudah digunapakai oleh murid-murid untuk mereka memahami isi
pelajaran yang diajar oleh guru terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah.
2.0 Latar belakang kajian.
Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama
lima tahun. Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat
dan aspirasi negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah
perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran
sejarah dalam kalangan pelajar di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik
(Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat, KPM, 1990). Menurut KPM
2003b; PPK 2003 dalam Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman dan Nur Atiqah T.
Abdullah (2009), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah seharusnya
menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat murid terhadap mata pelajaran
tersebut.
Perkara yang berlaku dalam kalangan murid-murid Harapan Sejarah ini,
mereka kurang berminat untuk mempelajari Sejarah dan sekali gus menyebabkan
prestasi GPMP mereka kurang memuaskan. Dengan itu, usaha untuk memupuk minat
murid dalam mata pelajaran Sejarah adalah sangat penting. Perkara ini bertepatan
dengan pendapat Noor Erma Abu dan Leong Kwan Eu (2014) dalam Noor Ashikin
Ibrahim dan Kamisah Osman (2016), yang mengatakan bahawa minat merupakan
suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam
aktiviti pembelajaran. Malahan kaedah guru mengajar juga menjadikan murid kurang
berminat dan akhirnya menyebabkan murid tidak memahami isi pelajaran. Oleh itu,
guru perlu mencari kaedah yang bersesuaian yang boleh menarik minat murid-murid
Harapan Sejarah ini agar mereka memperoleh GPMP yang lebih baik semasa SPM.
Perkara ini jelas terdapat dalam KPM 2003b, 2004b; KPM 2003 dalam Anuar Ahmad,
et al. (2009), menyatakan bahawa kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu
utama yang berkaitan dengan pencapaian murid dalam peperiksaan SPM kerana corak
pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan
membosankan pelajar. Oleh itu, untuk mendapatkan PdPc yang lebih menarik maka
satu platform pembelajaran yang bersesuaian perlu diaplikasikan oleh pengkaji
sebagai guru Sejarah.
Murid Harapan Sejarah ini didapati tidak mempunyai satu kaedah memahami
isi pelajaran dengan baik. Menurut Anuar Ahmad et al. (2009), PdPc sejarah di
sekolah memerlukan satu perubahan dalam pendekatannya bagi menentukan
keberkesanannya. Oleh hal yang demikian, penggunaan platform google form
memberi ruang kepada murid untuk memahami isi pelajaran Sejarah dan seterusnya
dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini
disokong dengan pendapat Trigwell et al. (1999), dalam Rossafri Mohamad dan
Shabariah Mohamad Sharif (2011) iaitu pihak sekolah patut menukar cara PdPc yang
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Malahan menurut Condie dan Munro
(2007) dalam Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor dan Abdul Razak Ahmad (2015),
penggunaan TMK akan membantu pengajaran sejarah di dalam bilik darjah. Oleh itu,
kaedah pembelajaran Sejarah dalam Program BAN adalah dengan menjawab soalan-
soalan sebenar SPM menggunakan google form. Penggunaan google form ini
merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi memastikan pembelajaran
dan prestasi murid dapat ditingkatkan. Google form ini mempunyai pelbagai fungsi
yang boleh digunapakai oleh guru dalam memastikan PdPc menarik perhatian murid.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Membina kuiz interaktif
2. Mengumpulkan maklumat pengguna
3. Membina borang undi
4. Menguruskan kehadiran
5. Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian
6. Membina insturmen soal selidik
7. Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik
8. Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran
9. Membuat analisis data secara mudah.
Fungsi aplikasi ini mampu memberi kebaikan kepada guru dan murid dalam
aspek pembelajaran. Hal ini demikian kerana kaedah ini menjadilkan murid lebih
aktif semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa aplikasi ini mampu
meningatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah.
3.0 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, guru berperanan sebagai pereka kepada aktiviti PdPc dalam
sesuatu mata pelajaran. Murid masa kini pula bukan lagi sebagai penerima maklumat
sebaliknya mereka merupakan penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat semasa
aktiviti PdPc berlangsung (Farah, 2016). Namun demikian murid-murid Harapan
Sejarah ini bersikap hanya menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tanpa
ada kaedah lain untuk memahami isi pelajaran. Oleh itu, penggunaan google form
dalam Program BAN diperkenalkan untuk menjadikan PdPc lebih menarik. PdPc
menarik membolehkan pembelajaran dapat dilasanakan dengan lebih baik. Malahan
jika dilihat murid tidak dapat mengingati isi pelajaran dengan penyampaian secara
tradisional oleh pengkaji. Murid juga tidak dapat memahami pelbagai jenis soalan
yang dikemukakan dalam bentuk hard copy di dalam kelas sebelum Peperiksaan
Percubaan. Hal ini demikian kerana mereka tidak boleh menjawab sesuatu soalan itu
secara berulang kali. Oleh itu, murid perlukan satu kaedah yang membolehkan
mereka dapat memahami pelbagai jenis bentuk soalan tentang satu sub topik secara
berulang-ulang sehinggalah mereka dapat menguasai pelbagai jenis soalan.
Rentetan daripada pemahaman yang tidak jelas, maka prestasi GPMP murid-
murid Harapan Sejarah ini kurang memuaskan semasa Peperiksaan Percubaan SPM.
Malahan ada dalam kalangan mereka ini gagal dalam Peperiksaan Percubaan yang
secara tidak langsung menjejaskan GPMP Sejarah. Kegagalan mereka dalam mata
pelajaran Sejarah sudah pasti akan menyebabkan mereka dikategorikan sebagai murid
yang tidak layak sijil. Oleh itu, prestasi GPMP mereka ini perlu ditingkatkan demi
memastikan murid-murid ini layak sijil dan seterusnya memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SPM 2020. Dengan itu, pengkaji telah mengadakan program BAN
yang menggunakan kaedah aplikasi google form dalam memahamkan murid-murid
tentang sesuatu bab.
4.0 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti keberkesanan Program BAN bagi meningkatkan prestasi GPMP
murid-murid Harapan Sejarah dalam SPM.
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi google form terhadap
pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah.
5.0 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objekif yang dikenal pasti, dua persoalan kajian telah dibina bagi
membimbing pelaksanaan kajian ini. Persoalan kajian yang dibina ialah:
S1- Adakah Program BAN berjaya meningkatkan prestasi GPMP murid-murid
Harapan Sejarah dalam SPM?
S2 - Adakah penggunaan aplikasi google form berkesan dalam pembelajaran mata
pelajaran Sejarah?
6.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 22 orang murid
SMK Desa Cempaka yang terpilih berdasarkan analisis keputusan Percubaan SPM
2020 yang kurang memuaskan iaitu dalam lingkungan D, E dan G. Murid-murid
Harapan Sejarah ini terdiri daripada 10 orang murid perempuan dan 12 orang murid
lelaki. Peratusan dapat dilihat melalui carta pai di bawah.
Keputusan murid-murid Harapan ini dapat dirumuskan iaitu seramai tiga
orang murid mendapat D, seramai 12 orang mendapat E dan serorang mendapat G.
Sesungguhnya keputusan prestasi mereka ini amat mengecewakan kerana murid-
murid ini sebenarnya murid-murid yang berpotensi mendapat keputusan yang lebih
baik dalam mata pelajaran Sejarah.
7.0 Pelaksanaan Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah telah dilakukan menerusi
kaedah analisis dokumen dengan meneliti analisis keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM 2020 bagi mendapatkan data-data terperinci murid-murid Harapan Sejarah ini.
Pengkaji juga turut menemubual beberapa orang murid ini untuk mendapatkan
maklumbalas sama ada mereka mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru ataupun tidak. Dapatan awal menunjukkan bahawa murid sukar untuk
mengingati dan memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru kerana terlalu banyak
bab yang dipelajari.
Berdasarkan dapatan awal tersebut, pengkaji telah memutuskan bahawa satu
program khas yang menggunakan kaedah berkesan perlu dilaksanakan bagi menarik
minat mruid dalam memahami isi pelajaran terutama pada saat-saat akhir menjelang
peperiksaan SPM sebenar. Oleh itu, pengkaji telah mengambil satu inisiatif untuk
memberikan soalan berfokus mengikut bab kepada murid menggunakan google form.
Penularan wabak covid -19 sangat membimbangkan pihak sekolah, guru-guru,
ibu bapa dan murid-murid sendiri. Situasi ini menyebabkan sekolah terpaksa ditutup
dan menjadi satu cabaran bagi pengkaji untuk melaksanakan Program BAN ini.
Namun demikian dengan izin pihak pentadbir sekolah, pengkaji telah dibenarkan
untuk melaksanakan program BAN. Kebenaran diperoleh apabila murid-murid
bersedia untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) semasa program
BAN dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga telah mendapatkan kebenaran daripada
setiap ibu bapa murid yang terlibat dalam program tersebut.
Dengan adanya kebenaran daripada pihak pentdbir dan ibu bapa, maka
pengkaji telah merangka langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan
perlaksanaan program BAN tersebut agar pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan
tersusun dan lancar. Kebenaran dan persetujuan daripada pihak sekolah menjadi
langkah pertama untuk pengkaji menyusun strategi. Langkah pertama yang diambil
adalah dengan mengadakan perbincangan dalam kalangan guru-guru yang mengajar
Tingkatan Lima. Seterusnya, Ketua Panitia iaitu pengkaji telah mengadakan taklimat
khas untuk murid-murid yang akan menyertai program BAN tersebut. Antara isi
taklimat adalah perjalanan perlaksanaan bagi program BAN. Murid-murid perlu hadir
ke sekolah pada hari Sabtu dan Ahad sebelum 9.00 pagi. Setiap murid juga perlu
menyediakan e-mel masing-masing untuk memudahkan mereka menjawab soalan
latihan yang disediakan dalam bentuk google form.
Semasa di dalam makmal komputer , murid-murid ini diberikan kemudahan
sebuah komputer setiap seorang. Murid akan menggunakan e-mel masing-masing
untuk mengakses soalan mengikut set. Murid-murid diberi arahan untuk menjawab
soalan set satu terlebih dahulu. Murid-murid perlu mendapatkan 38 jawapan betul
sebelum beralih kepada soalan set seterusnya. Murid akan menjawab soalan set yang
sama selagi mereka tidak berjaya mendapatkan 38 jawapan betul daripada 40 soalan.
Murid dikehendaki mencatat jumlah soalan betul setiap kali selesai menjawab soalan
mengikut set dan disahkan oleh guru sebelum mereka beralih kepada soalan set
seterusnya.
Fasa seterusnya, murid menjawab soalan-soalan tersebut di rumah dan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Murid-murid akan memberi
laporan berkaitan dengan jumlah soalan yang betul dijawab melalui aplikasi whatsaap
yang telah dibentuk untuk murid-murid harapan Sejarah ini. Pengawasan melalui
alam maya ini memerlukan kejujuran dan amanah daripada murid-murid itu sendiri
dalam melaksanakan program BAN tersebut.
Bagi memenuhi keperluan objektif kajian ini, maka selepas keputusan SPM
2020 diumumkan, pengkaji telah menganalisis keputusan Sejarah SPM murid-murid
Harapan Sejarah ini. Pengkaji telah membuat perbandingan prestasi murid-murid
tersebut dalam Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan SPM sebenar. Melalui
perbandingan tersebut pengkaji dapat membuktikan bahawa program BAN ini berjaya
mencapai objektifnya.
Selain itu, bagi memenuhi keperluan objektif kedua pula, pengkaji telah
menyediakan soal selidik untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran
menggunakan google form dalam program BAN. Hasil soal selidik telah dianalisis
oleh pengkaji menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.
Pengkaji telah menganalisis min dan sisihan piawai untuk melihat keberkesanan
penggunaan google form dalam program BAN tersebut.
Berikut merupakan fasa-fasa dalam pelaksanaan Kajian Tindakan BAN SMK
Desa Cempaka.
Jadual 1: Fasa-fasa dalam perlaksaan kajian tindakan
BAN SMK Desa Cempaka
Bil Aktiviti Tempoh
1 Tinjauan awal:
i. Analisis Dokumen Oktober 2020
(Dokumen Analisis Peperiksaan Percubaan SPM
2020)
2 Perbincangan antara guru Sejarah Tingkatan November 2020
Lima
3 Taklimat kepada murid Januari 2021
4 Pelaksanaan Program BAN di Makmal Januari-Februari 2021
Komputer (5 kali) dan di rumah
24 Februari 2021
5 Peperiksaan SPM 2020 Jun 2021
6 Hasil Analisis Keputusan SPM 2020
7 Analisis data untuk laporan kajian Jun-Ogos 2021
8 Proses Penyediaan laporan kajian Ogos-September 2021
9 Penyediaan draf laporan kajian
10 Penyediaan laporan lengkap kajian September 2021
Oktober 2021
8.0 Dapatan Kajian
8.1 Persoalan Kajian pertama
Adakah Program BAN berjaya meningkatkan prestasi GPMP murid-murid Harapan
Sejarah dalam SPM?
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama ini, data-data yang diperoleh daripada
analisis keputusan Percubaan dan Peperiksaan SPM sebenar telah digunakan oleh
pengkaji untuk melihat peningkatan prestasi GPMP setiap murid yang terlibat dalam
Program BAN ini.
Jadual 2: Analisis Gred dan GPMP setiap responden dalam Peperiksaan
Percubaan SPM dan SPM 2020
SEJARAH
BIL RESPONDEN GRED GPMP SPM 2020 GPMP
1 MURID 1 D 5
2 MURID 2 D 7 C+ 5
3 MURID 3 D 4
4 MURID 4 E 7 C+ 4
5 MURID 5 E 4
6 MURID 6 E 7B 4
7 MURID 7 E 3
8 MURID 8 E 8B 3
9 MURID 9 E 4
10 MURID 10 E 8B 6
11 MURID 11 E 3
12 MURID 12 E 8B 5
13 MURID 13 E 4
14 MURID 14 E 8 B+ 3
15 MURID 15 E 6
16 MURID 16 G 8 B+ 3
17 MURID 17 G 6
18 MURID 18 G 8B 5
19 MURID 19 G 7
20 MURID 20 G 8C 5
21 MURID 21 G 5
22 MURID 22 G 8 B+ 6
JUMLAH GPMP 8 C+ 4.55
8B
8 B+
8C
9 B+
9C
9 C+
9D
9 C+
9 C+
9C
8.18
Daripada Jadual 2, didapati bahawa seratus peratus murid Harapan Sejarah SMK Desa
Cempaka telah berjaya meningkatkan prestasi GPMP Sejarah mereka dalam
Peperiksaan SPM 2020. Apabila melihat perbandingan GPMP semasa percubaan dan
SPM sebenar jelas menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dengan adanya
Program BAN yang menggunakan aplikasi google form tersebut. Semasa
Peperiksaan Percubaan secara keseluruhan GPMP 22 orang murid ini adalah 8.18 dan
GPMP ini telah meningkat sebanyak 3.63 kepada 4.55 semasa Peperiksaan SPM 2020.
8.2 Persoalan Kajian Kedua
Apakah penggunaan aplikasi google form berkesan dalam pembelajaran mata
pelajaran Sejarah?
Bagi menjawab persoalan kajian kedua ini, data-data yang diperoleh daripada maklum
balas murid telah digunakan. Seramai 22 orang murid telah memberikan maklum
balas berkenaan penggunaan google form bagi tujuan Program BAN tersebut.
Melalui maklum balas murid ini, terdapat 6 item yang digunakan bagi menjawab
persoalan kajian kedua ini. Respon murid bagi item adalah seperti perincian dalam
Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Respons bagi item-item dalam maklum balas murid
ITEM 1 2 Skor 4 5 min s.p.
3 6 (27.3%) 4.73 .456
1. Penggunaan google 1 0 15 .740
form menimbulkan (4.5%) (0.0%) 0 (68.2%) .492
keseronokan ketika (0.0%)
menjawab soalan .739
2. google form begitu 1 0 3 5 13 .581
(4.5%) (0.0%) (13.6%) (22.7%) (59.1%)
mudah digunakan dan 4.50 .501
1 0 1 7 12 4.64
mesra murid (4.5%) (0.0%) (4.5%) (31.8%) (54.5%) 0.584
4.55
3. Kualiti pembelajaran 1 1 1
(4.5%) (4.5%) (4.5%)
Sejarah saya dapat
ditingkatkan dengan
adanya google form
4. Penggunaan google
form akan
menambahkan
kecekapan saya 7 12
(31.8%) (54.4%)
melaksanakan tugasan
yang diberi oleh guru
Sejarah saya.
5. Penggunaan google
form membantu saya
mencapai sasaran 1 0 1 6 14 4.64
(4.5%) (0.0%) (4.5%) (27.3%) (63.6%) 4.82
pembelajaran Sejarah
1 0 (0.0%) 2
yang digariskan oleh 4.5%) (9.1%)
guru
6. Soalan-soalan yang
dijawab melalui google
form meningkatkan 2 17
(9.1%) (77.3%)
keberkesanan
pembelajaran Sejarah
saya dalam SPM 2020
Keseluruhan 4.38
Nota: (1) – sangat tidak setuju, (2) – tidak setuju, (3) – tidak pasti, (4) – setuju, (5) – sangat setuju
Dalam soal selidik untuk murid ini, item 1 hingga 6 adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas berkaitan keberkesanan penggunaan aplikasi google form
terhadap pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah. Laporan keputusan
analisa data yang dikumpul melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi Hasil daripada analisis tersebut
didapati perbandingan nilai min bagi setiap item meninjukkan bahawa item 6
mencatatkan nilai min yang paling tinggi (4.82) iaitu majoriti responden sangat
bersetuju dengan pandangan bahawa aplikasi google form telah meningkatkan
keberkesanan pembelajaran sejarah mereka sekali gus membawa kepada peningkatan
prestasi mereka dalam SPM 2020.
Secara keseluruhannya pula, soal selidik murid ini mencatatkan nilai min yang
tinggi iaitu 4.38. Bagi membantu memberikan tafsiran yang lebih tepat berkenaan
nilai min yang diperoleh setiap item, interprestasi skor min bagi kajian ini
menggunakan sumber Jamil Ahmad (2002). Pemeringkatan skala skor min tersebut
adalah seperti dalam Jadual 4 di bawah.
Jadual 4: Interprestasi skor min
Skor Min Rendah Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.33 (Kurang setuju/kurang membantu/kurang mahir/kurang
Sederhana memenuhi/ tidak pasti/kadang-kadang/tiada/sebahagian
2.34 – 3.66 Tinggi kecil)
3.67 – 5.00 (Setuju/membantu/mahir/memenuhi/ separuh)
(Sangat setuju/sangat membantu/sangat mahir/sangat
memenuhi/ sangat selalu/semua/sebahagian besar)
Maka daripada Jadual 4, menunjukkan bahawa kesemua item mencatatkan min
melebihi 4.50. Skor ini membuktikan bahawa secara keseluruhan responden bersetuju
terhadap keseluruhan item tersebut diinterprestasikan sebagai tinggi. Oleh itu,
jawapan bagi persoalan kajian kedua adalah jelas menunjukkan bahawa penggunaan
google form meningkatkan pembelajaran murid-murid Harapan tersebut dalam mata
pelajaran Sejarah.
9.0 Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi google form
dalam pembelajaran Sejarah SPM berada pada tahap tinggi. Dalam keadaan ini,
murid mempunyai keinginan untuk menggunakan aplikasi ini semsa proses
pembelajaran namun tidak dapat dilaksanakan semaksimum yang mungkin kerana
adanya kekangan daripada aspek kesediaan kemudahan contohnya capaian internet
yang kurang memuaskan. Oleh itu, pentingnya usaha daripada pihak KPM, JPN dan
sekolah untuk memastikan kemudahan internet di sekolah berada pada tahap yang
baik.
Namun demikian tidak dapat dinafikan penggunaan aplikasi google form ini
mempunyai hubungan dengan kemahiran guru dalam TMK. Hal ini bertepatan
dengan kesimpulan daripada Anuar Ahmad dan Neslon Jinggan (2015) iaitu guru
sejarah seharusnya memiliki kompetensi dalam mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran Sejarah supaya pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi lebih
menarik dan berkesan.
Kajian ini hanya menggunakan responden seramai 22 orang murid yang
dikategorikan sebagai murid Harapan Sejarah. Hakikatnya, penggunaan aplikasi
google form ini adalah menyeluruh satu sekolah dan dapatan kajian ini tidak dapat
merangkumi semua murid di SMK Desa Cempaka. Oleh itu, dicadangkan kajian ini
selanjutnya nanti menggunakan bilangan murid yang lebih ramai serta merentasi
beberapa tingkatan di SMK Desa Cempaka bagi memperoleh keputusan yang lebih
kukuh dalam usaha mengenal pasti penggunaan aplikasi google form ini dalam
meningkatkan pestasi GPMP murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, kajian ini hanya menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan
data analisa peperiksaan dan instrumen soal selidik sahaja. Oleh itu, dicadangkan
agar kajian selanjutnya dapat dilaksanakan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah
kauntitatif dan kualitatif agar dapatan kajian lebih menyeluruh. Malahan gabungan
kaedah sedemikian mampu menjelaskan lagi penggunaan aplikasi google form bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Kekangan utama yang dihadapi dalam melaksanakan Program BAN ini adalah
keadaan kemudahan di dalam makmal komputer sekolah. Kemudahan yang pertama
ialah komputer yang tidak dapat digunakan sepenuhnya. Perkara ini berlaku kerana
terdapat komputer yang tidak mempunyai capaian internet secara langsung. Selain itu,
capaian internet dalam makmal komputer juga merupakan kekangan besar semasa
melaksanakan program BAN ini. Capaian internet yang kurang memuaskan
menyebabkan murid-murid terganggu ketika menjawab soalan. Murid-murid terpaksa
menunggu lebih lama untuk beralih kepada soalan seterusnya.
Bagi mengatasi kekangan-kekangan tersebut, pengkaji telah membenarkan
murid menggunakan telefon bimbit masing-masing dan juga pengkaji meminjamkan
komputer ribanya kepada murid untuk digunakan sepanjang program. Capaian
internet cuba diatasi oleh pengkaji dengan meletakkan modem berhampiran dengan
komputer-komputer yang digunakan oleh murid. Manakala komputer yang tidak
mempunyai akses internet telah diselesaikan dengan menggunakan dongle bagi
memudahkan murid-murid mengakses google form.
Sebagai kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa keberkesanan
penggunaan aplikasi google form dalam program BAN telah meningkatkan prestasi
murid dan prestasi GPMP mata pelajaran Sejarah SPM dalam kalangan murid-murid
Harapan Sejarah ini. Harapan pengkaji agar hasil kajian ini dapat menambahkan lagi
ilmu pengetahuan berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi google form dalam usaha
meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Rujukan
Anuar Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru
dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil 3(2), 1–11.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman dan Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian
Murid di Sekolah Berprestasi Rendah ( The Relationship Between History
Teachers ’ Level of Capability and Students ’ Performance in Low Performance
Schools ). Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 53–66.
Farah Mohamad Zain . ( 2016). Kajian Penerimaan Teknologi, Dimensi Kolaboratif
Pola Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Platform Pembelajaran
Sosial Edmodo. Universiti Sains Malaysia.
Khairunisa Mohamad Fakri. (2013). Pembelajaran Berkonsepkan Teori
Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Persekitaran Web 2.0 Dan
Kesannya Dalam Mata Pelajaran Sejarah
Dr. Jamil Ahmad. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah:
Satu Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Noor Ashikin Ibrahim & Kamisah Osman . ( 2016). Kesan Frog VLE secara
Pembelajaran Kooperatif terhadap Pencapaian, KBAT dan Minat Pelajaran
bagi Subjek Kimia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. (2013). Kementerian
Pendidikan Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604, Putrajaya Malaysia.
Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Sharif. (2011). Kesan Penggunaan
Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia,
1(1), 75–80. Retrieved from http://www.jtpm-meta.com/resources/116 - JTPM
V1N1 - 2011 - Rossafri - 6.pdf
Siti Zubaidah Che Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad. (2015). Kreativiti Guru
Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. 7th International
Seminar on Regional Education, 1, 457–468.
Lampiran
Group Whatsaap yang dibentuk untuk pemantauan latihan murid-murid di rumah
Perbincangan guru-guru mata pelajaran
Taklimat Program BAN
Pelaksanaan Program BAN di dalam Makmal
Respons murid dalam GC
Respon murid untuk mengisi soal selidik
KAJIAN TINDAKAN:
LIHAT 40 KALI, CINTA SAMPAI MATI
Abstrak
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) KSSM yang bermula pada tahun 2021 ini membawa kepada
silibus dan format peperiksaan yang baharu. Masih kekal dengan bidang al-quran, hadis,
akidah, fiqh, sirah dan akhlak Islamiah. Silibus KBSM kedua-dua kertas di dalam bentuk
penulisan, manakala terdapat pembaharuan dalam KSSM, iaitu kertas dua ditukar kepada ujian
secara lisan. Ujian lisan ini merangkumi ayat hafazan, ayat tilawah dan hadis. 20% markah
wajaran penuh SPM adalah daripada kertas dua ini.Walaubagaimanapun murid-murid didapati
agak sukar mengingat ayat-ayat hafazan dengan baik. Bidang hafazan memerlukan
penumpuan yang penuh dan teliti terhadap ayat-ayat yang ingin dihafaz. Tambahan pula ayat-
ayat hafazan tingkatan 5 bukanlah ayat-ayat lazim yang sering dibaca oleh murid. Kajian oleh
Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim
Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dam Mohd.
Aderi Che Noh (2006) dan Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa kelemahan dalam
pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam
kemahiran membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran.
PENDAHULUAN
Tugas utama seorang pendidik adalah untuk memudahkan pembelajaran murid agar mereka
dapat menerima, menghayati ilmu seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan.
Tidak dapat dinafikan, keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan juga amat penting bagi
melihat keberkesanan pembelajaran yang dilaksanakan. Untuk memenuhi tugas ini pendidik
bukan saja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis tetapi
mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan dalam sesi pembelajaran. Setiap murid
pasti berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kebolehan guru dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Maka guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar.
Tahap penguasaan murid dalam pdp berkait rapat dengan kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru dalam kelas. Murid akan lebih mudah tertarik dan terkesan dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menarik, mudah dan membuatkan mereka merasa puas
apabila dapat mencapai sasaran. Skinner dalam Elliot et al. (2000) menyatakan aspek utama
dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang memberi rangsangan kepada pelajar. Beliau juga
menjelaskan seorang guru perlu kreatif dalam menggunakan ciri-ciri pengukuhan di dalam
kelas bagi meningkatkan proses pembelajaran
Kajian fasa pertama dilakukan semasa sesi persekolahan pdpr 2021 (era pendemik covid 19) .
Semasa pertemuan maya secara ‘google meet’, murid tingkatan 5 Teknikal memperdengarkan
bacaan mereka dan ditasmik (didengar) serta ditashih (diperbetulkan) oleh guru. Murid diminta
untuk menghantar video hafazan mereka dalam keadaan menutup mata dengan kain. Namun,
ramai murid gagal menghantar video tersebut, dengan alasan belum berjaya mengingatinya.
Manakala yang berjaya menghantar tugasan (10 orang murid) pula menyangka mereka telah
mengingati ayat-ayat tersebut dengan sempurna. Tetapi melalui video yang dihantar kepada
guru, terdapat kesalahan sama ada dari segi huruf, baris dan juga tajwid. Lebih menggusarkan,
apabila pertemuan bersemuka, murid-murid tersebut tidak lagi dapat membaca ayat hafazan
dengan sempurna kerana telah mulai lupa kembali.
Oleh itu suatu pendekatan mesti dilaksanakan untuk membantu murid agar dapat mengingat
ayat-ayat hafazan tersebut secara betul dan kekal lama. Harapan yang paling utama adalah
murid dapat merasai kemukjizatan al-Quran, yang akan diterapkan dan diamalkan dalam
kehidupan seterusnya diterjemahkan dalam akhlak dan cara hidup. ‘Lihat 40 Kali, Cinta
Selamanya’ adalah teknik yang saya cuba praktikkan apabila bertemu murid pada sesi
persekolahan bersemuka dijalankan bagi membantu murid mengingati ayat-ayat hafazan.
Hasil kajian terhadap 15 orang muris tingkatan 5 Teknikal 2 mendapati bahawa cara ini dapat
membantu murid menyelesaikan masalah tersebut. Bacaan murid lebih tepat dan lancar. Pada
ulangan bacaan setiap minggu juga mendapati murid masih boleh membaca dengan baik.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERDAHULU
Mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran
‘boleh lulus’. Ini menyebabkan sebilangan murid tidak mengikuti pdpr secara konsisten. Untuk
hafazan pula, mereka menganggapnya amat susah kerana memerlukan penumpuan yang penuh
dan teliti terhadap ayat-ayat yang ingin dihafaz. Mereka juga cepat merasa bosan dalam usaha
menghafaz tersebut. Ini menyebabkan mereka ‘menyerah’ awal dengan mengambil keputusan
mengabaikannya. Mereka menganggap wajaran sebanyak 20% adalah kecil. Sedangkan nilai
itu amat mempengaruhi gred keputusan Pendidikan Islam mereka. Sebagai usaha
mengatasinya, guru mengambil pendekatan bacaan latih tubi sebanyak 40 kali ini, dikukuhkan
lagi dengan aktiviti ‘Mari Bersatu’ dan ‘Siapa Yang Kena’
ISU KEPRIHATINAN
Kertas 2 yang diadakan secara lisan ini wajib diikuti oleh calon SPM. Guru mesti membantu
dan memudah cara murid agar berjaya mencapai sasaran. Murid seringkali mengeluh kerana
berasa sukar untuk mengingat ayat-ayat tersebut. Maka teknik melihat 40 kali teks ayat yang
akan dihafaz, iaitu teknik untuk merangsang otak secara visual ini diharapkan dapat
menghapuskan kesalahan dalam membaca ayat seterusnya ayat tersebut kekal berada di
ingatan, dicintai dan semoga kemukjizatan al-Quran turut dapat dirasai.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan
dengan memperkenalkan teknik yang memudahkan proses mengingat
Objektif Khusus
i. Mengenal pasti teknik bagi membolehkan murid menghafaz ayat-ayat hafazan
ii. Mengenal pasti teknik pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjadikan situasi
pembelajaran lebih menarik
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 15 orang murid tingkatan 5T2 yang didapati sukar
mengingat ayat hafazan. 8 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan
Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
Tasmik dan Tashih Kesukaran murid untuk mengingati ayat hafazan dengan cepat tetapi betul
kekal lama adalah cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka
meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid
ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:
(a) Pengetahuan sedia ada murid tentang ayat yang akan dihafaz
(b) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al- quran
(c) Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.
b. Ujian pra:
Ujian pra telah dilakukan dalam sesi pdpr . Guru memperdengarkan bacaan ayat hafazan surah
al-Mukminun ayat 1-5 diikuti oleh murid dan guru memperbetulkan bacaan murid jika terdapat
kesalahan. Rakaman audio juga turut dinaik muat dalam telegram kumpulan agar murid boleh
sentiasa mengulang dengar. Guru memberikan masa seminggu untuk murid menghafaz ayat
tersebut, merakamnya dan dihantar kepada guru melalui aplikasi telegram dengan cara
menghafaz masing-masing. Hasilnya, hanya 10 murid yang menghantar hafazan tersebut.
Murid lain belum berjaya mengingatinya. Terdapat juga dari 10 orang murid tersebut, apabila
ditasmik setelah bersemuka tidak dapat membaca selancar di dalam rakaman video kerana telah
mula lupa kembali.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Kaedah ‘ Lihat 40 Kali, Cinta Sampai Mati’
Pelaksanaan:
LIHAT, BACA, ULANG 40 KALI
Guru menyediakan borang khusus untuk teknik ini. Murid seorang demi seorang
memperdengarkan bacaan surah al-Mukminun ayat 1-5 terlebih dahulu kepada guru untuk
memastikan bacaan betul makhraj, baris dan tajwidnya. Murid diminta untuk membaca ayat
pertama sebanyak 40 kali secara melihat teks ayat dan menandakannya di dalam borang untuk
memastikan bilangan 40 tersebut mencukupi. Untuk ayat kedua, murid akan membaca dari ayat
pertama dan kedua, juga sebanyak 40 kali. Untuk ayat ketiga, murid akan membaca dari ayat
pertama, kedua dan ketiga juga sebanyak 40 kali. Proses yang sama diteruskan sehingga ayat
ke 5. Contohnya, jika setelah membaca 15 kali, murid merasakan mereka telah dapat
mengingat, namun murid tetap perlu meneruskan sehingga 40 kali bertujuan untuk
mengekalkan hafazan bagi jangka masa panjang
MARI BERSATU
Aktiviti pengukuhan, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberi potongan ayat yang ditulis pada kad manila secara rawak. Setiap kumpulan diminta
membacakan kad yang mereka terima secara serentak dan kuat. Guru meminta wakil kumpulan
yang memegang potongan ayat pertama keluar kehadapan. Diikuti potongan seterusnya
sehingga ayat hafazan tersebut lengkap. Giliran keluar ke hadapan ini tidak boleh merujuk
kepada teks al-Quran. Ianya berpandukan kepada hafazan murid.
SIAPA YANG KENA
Guru membacakan potongan ayat yang pertama. Sebuah objek (terpulang kepada guru)
diberikan kepada seorang murid. Murid tersebut dikehendaki menyambung bacaan tersebut.
Murid pertama tadi akan memberi objek tersebut kepada kawan pilihannya, dan murid tersebut
menyambung bacaan ayat seterusnya. Proses tersebut diteruskan dan diulang berkali-kali
sehingga semua murid terlibat. Aktiviti ini lebih menajamkan ingatan murid yang akan
menjawab secara spontan.
TALAQI MUSYAFAHAH / TASMIK
Murid diminta memperdengarkan hafazan mereka kepada rakan mereka agar keduanya
mendapat faedah saling mengingati. Akhir sekali murid memperdengarkan hafazan mereka
kepada guru untuk diiktiraf. Murid dinasihatkan agar membaca ayat-ayat hafazan tersebut di
dalam solat agar ianya kekal dalam ingatan.
Borang bacaan 40 kali
Murid sedang menghafaz surah al-Mukminun ayat 1-5
Murid sedang bertalaqqi musyafahah dengan rakan-rakan
Guru mendengar hafazan murid
Murid menjalani aktiviti ‘Mari bersatu’ & ‘siapa yang kena’
Dapatan kajian
Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati menunjukkan
peningkatan dalam keupayaan mengingati ayat hafazan. 15 orang murid tersebut telah berjaya
mengingat surah al-Mukminun ayat 1-5 dalam masa tiga kali pertemuan (seminggu) dengan
lebih baik bacaan, makhraj dan tajwidnya. Murid juga dilihat lebih bermotivasi melihat rakan-
rakan mereka dapat memperdengarkan hafazan kepada guru dengan jayanya yang menjadi
pendorong kepada mereka untuk turut menyelesaikan hafazan.
Namun begitu, terdapat juga murid masih belum mampu menghafaz dengan bacaa 40 kali
tersebut. Maka, guru akan mengusulkan agar murid tersebut menambah bilangan bacaan 10
hingga ke 20 kali. Murid yang fokus dan konsisten dengan teknik ini, insyaAllah akan lebih
mudah menghafaz tanpa kesalahan dan kekal lebih lama.
Data-data yang diperoleh menerusi ujian pra (murid menghafaz dengan cara sendiri) dan ujian
pos telah (bacaan 40 kali dan aktiviti-aktiviti kumpulan) dibandingkan bagi mengenal pasti
prestasi yang dicatatkan oleh murid-murid .Hasil analisis mendapati bahawa murid-murid
menunjukkan peningkatan kebolehan mengingat ayat-ayat hafazan.
Jadual 1
Soalan Ujian Bilangan Murid
Pra Ujian
lemah Pos Peningkatan/Pengurangan
Kurang baik 2
13 0 -2
Baik 2 2 -11
13 +11
Ujian hafazan Surah al-Mukminun ayat 1-5
15
10
5
0 Sederhana Cemerlang
Lemah
-5
-10
-15
Ujian pra Ujian pos Perbezaan
RUMUSAN, PERBINCANGAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik ‘lihat 40 kali, cinta
sampai mati’ memberikan impak positif kepada murid yang terlibat. Murid lebih bermotivasi
untuk membuat aktiviti dalam kelas. Aktiviti lebih berpusatkan murid. Pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Kesungguhan mereka dalam melakukan
aktiviti memastikan mereka dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Keyakinan
murid menghantar hafazan kepada guru menjadi penanda aras kepada kejayaan teknik ini.
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang positif saya akan mencadangkan kepada rakan-rakan
guru untuk melaksanaan teknik ini dalam setiap kelas dan tingkatan. Ini kerana, setiap tingkatan
mempunyai silibus ayat hafazan.
RUJUKAN:
1. Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Arief Salleh Rosman, Mohd Faeez Ilias
(2015), Strategi Awal Menghafaz al-Quran Menurut Abu Dzar al-Qalamuni
2. Wan Khalijah binti Wan Jusoh, Ahmad bin Hj. Abdul Rahman, Wan Nasyruddin bin Wan
Abdullah, Nur Hanisah binti Mohammad Nor Affandi (2012 ) Kaedah Menghafaz al-Quran
Yang Diaplikasikan Oleh Para Pelajar Darul Quran, Jakim
Teknik Akronim dalam mengingati istilah Tasawwur Islam dalam
Bab Asas Pemikiran Islam bagi persediaan menghadapi SPM 2020
Untuk Murid-Murid Kelas 5 PSV1
Abstrak
Cabaran utama murid untuk menguasai topik yang terdapat dalam mata pelajaran Tasawwur
Islam khususnya Bab Asas Pemikiran Islam. Bab ini merupakan soalan wajib dalam kertas 2
untuk peperiksaan SPM. Walaupun bab ini merupakan tajuk tingkatan 4 namun ianya sangat
penting untuk dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM
pada tahun 2020 merangkumi pelajaran 1 hingga pelajaran 9. Kajian ini hanya melibatkan
murid seramai 27 orang dari kelas 5 PSV1 iaitu 7 orang murid perempuan dan 20 orang murid
lelaki. Berdasarkan data keputusan peperiksaan percubaan SPM dan temu bual dengan murid
mendapati bahawa tahap mereka adalah lemah dan sederhana kerana terdapat 9 orang murid
yang gagal. Teknik Akronim diyakini dapat membantu murid mengingati semula istilah
Tasawwur Islam. Masalah mudah lupa serta tidak dapat mengingati semula fakta-fakta yang
telah dipelajari dapat diatasi melalui teknik ini kerana perubahan kepada gaya pembelajaran
yang sesuai bagi menguatkan daya ingatan. Keputusan SPM 2020 menunjukkan pencapaian
100 peratus berbanding percubaan SPM iaitu 67 peratus murid lulus dan 33 peratus murid
gagal. Oleh itu teknik ini boleh diteruskan bagi membantu murid-murid mencapai
kecemerlangan pada tahun 2021 dengan membuat penambahbaikan sesuai dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 khususnya dalam bidang teknologi
iaitu memaksimumkan penggunaan ICT.
Kata Kunci: Akronim, Tasawwur Islam
1.0 Pendahuluan
Kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala, iaitu guru dan
pelajar yang sentiasa berinteraksi dan saling mempengaruhi. Menurut Ab Halim (2004)
bahawa kaedah yang baik dapat membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran,
mengubah sikap dan tingkah laku, menanam minat dan nilai yang diingini.
Kaedah pengajaran adalah satu jalan yang atau cara untuk mencapai matlamat sesuatu
pengajaran. Menurut al-Abrasyi (1975) dalam Zakaria dan Ab. Halim (2011) kaedah
pengajaran adalah segala usaha yang sistematik untuk mencapai matlamat pendidikan melalui
pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 5
PSV1 di dalam mengingati istilah-istilah Tasawwur Islam. Seramai 27 orang murid terlibat
dalam kajian ini. Berdasarkan data daripada peperiksaan percubaan SPM menunjukkan bahawa
pelajar belum dapat menguasai istilah-istilah ini dengan baik. Teknik akronim ini dipilih oleh
pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini supaya pelajar dapat mengingati istilah dengan lebih
baik. Menurut Maizan ( 2017) teknik yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan ingatan
individu teknik mnemonik akronim kerana ia merupakan teknik untuk mengingat dengan lebih
mudah.
2.0 Latar belakang kajian
Tasawwur Islam merupakan mata pelajaran yang berstatus mata pelajaran elektif ditawarkan
kepada murid tingkatan 4 dan 5. Berdasarkan keputusan percubaan SPM 2020 didapati bahawa
67 peratus murid daripada kelas 5 PSV1 yang lulus dan 33 peratus murid gagal. Penguasaan
istilah yang lemah dalam Bab Asas Pemikiran Islam yang telah dipelajari oleh pelajar semasa
di tingkatan 4 sebagai bab penting kerana soalan wajib untuk soalan nombor 1 dalam kertas 2
SPM. Murid sukar mengingati dan sering lupa malah tersalah dalam memberikan maksud
istilah tersebut. Oleh itu keperluan kepada penyelesaian masalah ini perlu bagi mengatasinya
memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir dan pelajar perlu bersedia untuk menguasai
istilah Tasawwur Islam ini. Kaedah Pdpc yang lebih menarik telah dirancang bagi membantu
murid dalam memahami dan mengingati fakta-fakta dalam bab ini yang terdiri dari tajuk .
Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku
kata atau beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan seperti RISDA dan
MARA (Kamus Dewan 2016). Akronim didefinisikan sebagai proses membentuk perkataan
dengan cara mencantumkan bahagian-bahagian daripada perkataan sehingga menjadi
perkataan baharu dan mempunyai makna baharu. Terdapat tiga cara bagi membentuk akronim
iaitu gabungan huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas, gabungan suku
kata dengan huruf atau gabungan suku kata dengan suku kata dan gabungan suku kata dengan
suku kata (Ahmad Khair 2012). Manakala teknik ialah pengetahuan yang berkaitan dengan
perbuatan atau kaedah mencipta sesuatu hasil (Kamus Dewan 2016). Menurut Wan Diyanah
(2013), mendapati penggunaan akronim berbantukan multimedia sangat membantu murid
sehingga memberikan kesan positif kepada ingatan murid.
3.0 Pernyataan masalah
Pengkaji mendapati bahawa ramai murid yang lemah menguasai dan mengingati istilah
Tasawwur Islam yang banyak dari tingkatan 4 dan 5 terutama istilah dalam tajuk wajib bab
asas pemikiran Islam pada kertas 2 SPM. Walaupun istilah telah dipelajari tetapi apabila
tingkatan 5 mereka mudah lupa dan mengambil masa yang agak lama untuk mengingatinya
kembali. Oleh itu pengkaji berpendapat bahawa perlunya diperkenalkan teknik ini supaya
membantu pelajar mengingatinya semula dan dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji
istilah ini. Murid dapat melaksanakannnya secara kendiri walaupun tanpa guru dan pada bila-
bila sahaja tanpa perlunya guru bersama.
4.0 Objektif kajian
1. Mengenal pasti keupayaan teknik akronim bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran
Tasawwur Islam.
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan akronim bagi membantu murid mengingati apa yang
telah dipelajari.
5.0 Persoalan Kajian
1. Adakah penggunaan akronim berjaya meningkatkan prestasi Tasawwur Islam dalam SPM?
.
2. Adakah penggunaan akronim sesuai bagi membantu mrid mengingati apa yang telah
dipelajari?
6.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 27 orang murid 5 PSV1 yang terdiri dari 7 orang
murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Pengkaji memilih murid-murid ini berdasarkan
keputusan percubaan SPM 2020 yang berada pada tahap sederhana dan lemah serta tiada
pelajar yang berada pada tahap cemerlang. Pengkaji berpandangan bahawa keupayaan pelajar
ini boleh ditingkatkan sekiranya teknik akronim ini didilaksanakan kepada kumpulan ini.