7.0 Pelaksanaan Kajian
Menganalisis keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 dan dapatan data menunjukkan
murid berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu pada tahap lemah dan sederhana,
Antara kelemahannya ialah mereka masih kurang menguasai istilah Tasawwur Islam tersebut
dalam peperiksaan. Jumlah murid yang berada pada tahap lemah ialah 70 % orang iaitu 19
orang.
Temubual secara lisan juga telah dilaksanakan secara rawak dalam kalangan murid yang
terlibat bagi meninjau keupayaan mereka di dalam mengingati topik ini dan hasil temu bual
mendapati bahawa masih ramai yang kurang menguasai istilah. Antara mereka ada yang
mengatakan istilah tasawwur Islam ini susah untuk ingat sebab banyak, keliru, malah ada yang
dah ingat tapi lepas beberapa minggu dah lupa balik.
Langkah yang akan dijalankan melalui aktiviti pertama ialah pengenalan kepada akronim.
Pelajar diperkenalkan dengan akronim atau singkatan pangkal huruf oleh guru di dalam kelas
melalui slaid power point dan dalam kumpulan “whatsapp”. Guru meminta pelajar
membacanya dan mengingat serta menulisnya kembali apa yang telah dipelajari. Contoh
akronim yang diperkenalkan dalam bab asas pemikran Islam tajuk konsep ketuhanan ialah
ALSTP, 3P, NS, RIAS dan BIA..
Langkah kedua melalui aktiviti kedua iaitu menulis di mini white board dan di buku nota.
Pelajar dipilih secara rawak untuk menulis di mini white board akronim istilah yang telah
dipelajari. Rakan tersebut kemudiannya akan memberikan maksud atau pengertian sesuatu
istilah yang telah dipelajari untuk memastikan mereka mengingati kembali istilah dengan
mudah dan cepat. Perkara yang sama juga diulang oleh guru dalam kumpulan whatsapp
tasawwur Islam yang telah dibina untuk pelajar tasawwur Islam tingkatan 5. Ini adalah untuk
ulangkaji di rumah secara kendiri tentang akronim istilah tasawwur Islam supaya pelajar dapat
pengukuhan. Guru memberikan akronim untuk pelajar mengingatnya semula.
Langkah ketiga melalui aktiviti ketiga ialah hasil semakan terhadap latihan yang diberikan di
dapati bahawa murid-murid menunjukkan peningkatan penguasaan berhubung topik yang
dipelajari. Dapatan menunjukkan peningkatan kerana sebilangan besar murid mencatatkan
keputusan 90 % ke atas yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Berikut adalah jadual
pelaksanaan kajian:
Bil Aktiviti Tempoh
1. Tinjauan Awal Oktober 2020
i.Analisis dokumen (Dokumen Analisis Peperiksaan
percubaan SPM)
ii. Temu baul guru dan murid
2 Taklimat kepada murid November 2020
3 Melaksanakan kajian tindakan Januari 2020
4 Menyiapkan laporan kajian tindakan Februari 2020
5 Menyerahkan laporan kajian tindakan Mac 2020
8.0 Dapatan kajian
8.1 Persoalan kajian pertama
Adakah penggunaan akronim berjaya meningkatkan prestasi Tasawwur Islam dalam SPM? .
Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada analisis keputusan Percubaan dan Peperiksaan
SPM 2020 sebenar telah digunakan oleh pengkaji untuk melihat peningkatan prestasi murid 5
PSV1.
Jadual 1: Analisis Gred setiap responden dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2020
Bil Responden Percubaan SPM
SPM
1 Murid 1 G B
2 Murid 2 C+ C+
3 Murid 3 G C+
4 Murid 4 D A
5 Murid 5 C+ A-
6 Murid 6 D B
7 Murid 7 C A-
8 Murid 8 E B
9 Murid 9 G E
10 Murid 10 C+ A-
11 Murid 11 G E
12 Murid 12 G C
13 Murid 13 E A-
14 Murid 14 D B
15 Murid 15 G C
16 Murid 16 G D
17 Murid 17 C+ B+
18 Murid 18 E C+
19 Murid 19 E B+
20 Murid 20 C+ B+
21 Murid 21 C+ A
22 Murid 22 D B
23 Murid 23 E C+
24 Murid 24 G D
25 Murid 25 D B
26 Murid 26 B+ A-
27 Murid 27 G D
Berdasarkan Jadual 1 didapati 100 peratus murid kelas 5 PSV1 telah berjaya meningkatkan
prestasi Tasawwur Islam dalam Peperiksaan SPM 2020. Ini menunjukkan perbandingan
peperiksaan percubaan SPM semasa percubaan 67 peratus pelajar lulus dan 33 peratus pelajar
gagal telah berjaya ditingkatkan pada peperiksaan SPM 100 peratus lulus.
Jadual 2: Perbandingan Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan SPM 2020
Gred Bilangan Murid
A-B(Cemerlang) Percubaan SPM SPM Peningkatan /Penurunan
C-D (Sederhana) 0
E-G (Lemah) 8 16 +16
19
6 -2
5 -14
20 Percubaan SPM
18 spm
16
14
12
10
8
6
4
2
0
A-B C-D E-G
Daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa tiada murid berada pada pencapaian cemerlang pada
peperiksaan percubaan SPM manakala pada peperiksaan SPM murid cemerlang seramai 59
peratus iaitu 6 orang. Murid pada tahap lemah berjumlah 19 orang iaitu 70 peratus telah berjaya
dikurangkan kepada 19 peratus iaitu 51 peratus berjaya ditingkatkan dalam peperiksaan SPM.
Perubahan yang baik disumbangkan oleh murid yang dapat mengaplikasikan teknik akronim
bagi mengatasi masalah lupa dan tak ingat kepada daya ingatan yang lebih baik.
8.2 Persoalan Kajian kedua
Adakah penggunaan akronim sesuai bagi membantu murid mengingati apa yang telah
dipelajari
Bagi menjawab persoalan kajian ini berdasarkan data temu bual dengan murid maklumbalas
yang diterima menyatakan bahawa suasana pembelajaran lebih seronok dan tidak
membosankan. Cara mempelajari teknik ini lebih berkesan untuk mengingati pelajaran dan
mencapai kejayaan. Terbukti membantu individu untuk mengingat informasi dengan lebih
mudah dan lebih bermakna. Penggunaan strategi pengajaran ini tidak memerlukan banyak
bahan tambahan atau perancangan yang luas dan masa penyediaan yang cepat.
9.0 Rumusan, Perbincangan dan Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan kajian tindakan ini didapati bahawa penggunaan teknik akronim ini memberi
impak positif kepada murid yang terlibat. Teknik ini menjadikan Pdpc lebih menarik dan
memudahkan pelajar mengingati istilah Tasawwur Islam. Kerjasama setiap murid sangat
penting untuk memastikan keseluruhan istilah dihafal dan difahami maksudnya. Peningkatan
prestasi murid di dalam peperiksaan SPM memberikan gambaran bahawa mereka berupaya
mengingat dan memberikan maksud dengan baik fakta-fakta yang telah dipelajari.
Pengkaji bercadang untuk menggunakan teknik yang sama bagi murid-murid dalam kelas-kelas
lain untuk memastikan peningkatan penguasaan istilah. Ini juga bertepatan dengan kajian
Khairul (2017) kaedah akronim dapat menjadikan sesuatu isi penting lebih menarik dan sangat
berkesan dan boleh membuat seseorang termotivasi. Tahap minat murid terhadap
pembelajaran melalui mnemonik akronim mampu meningkatkan minat belajar dan membantu
mempercepatkan proses daya ingatan di kalangan murid-murid (Umi Fairus, Fazlina, 2016),
Oleh itu pendedahan dan latihan yang kurang dalam mengasah minda murid-murid untuk
menghurai dan membuat penjelasan terhadap sesuatu pengetahuan baharu yang mereka terima
menyebabkan murid-murid mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu
persoalan berbantuk huraian atau analisis. Kajian oleh Riner, (2000) dalam Umi Fairus,
Fazlina, (2016) juga membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi murid-murid
berpencapaian rendah adalah mereka sukar untuk mengingat kembali maklumat yang penting.
Kajian ini membuktikan teknik akronim dalam Tasawwur Islam merupakan suatu kaedah
belajar yang sesuai diguna pakai walaupun era teknologi ICT berlegar di sekeliling murid-
murid. Cadangan pembinaan akronim secara kreatif melalui penggunaan media juga boleh
dipertingkatkan selaras dengan era ledakan teknologi terkini. Implikasinya murid diberi ruang
positif untuk mendapatkan lebih banyak kemahiran berfikir bagi menjana pembinaan akronim
secara kreatif oleh muris-murid. Secara tidak langsung penguasaan topik pelajaran lebih cepat
dan mudah selain dapat mewujudkan suasana belajar yang lebih aktif dan berdaya saing.
Kesimpulannya minat dan daya ingatan murisd-muris setelah menggunakan teknik akronim
berada pada tahap tinggi. Ini bermakna murid-murid boleh menerima teknik ini dalam
pengajaran dan pembelajaran sama ada dibilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sokongan
dan panduan daripada guru-guru maka murid bukan sahaja membina sendiri akronim secara
kreatif malah mendatangkan positif pada diri murid sendiri. Justeru itu murid tidak lagi terikat
dengan kaedah membaca dan menghafal secara konvensional sebaliknyamampu
mempelbagaikannya kepada teknik yang lebih kreatif dan kritis. Pengajaran akan menjadi
lebih efektif serta dapat menarik minat pelajar. Selain itu kaedah ini juga dapat menjimatkan
kos kerana tidak memerlukan tenaga pengajar sepenuhnya. Pada masa yang sama sumber dan
bahan dapat disimpan dan digunakan berulang-ulang kali.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2010, Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri. 2005. Isu-isu Dalam Amalan Pengajaran Guru-Guru Pendidikan
Islam di Sekolah Rendah dan Menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam
Peringkat Kebangsaan Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri
Abdul Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan
Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Romei, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che Noh “Teknik Pembelajaran Mnemonik
Dalam Pendidikan Islam Tingkatan Empat, Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-11 15-16
November, Fakulti Pendidikan Islam dengan kejasama Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.
Umi Faiirus Bt. Jamil. Fazlinda Bt Ab Halim. Kaedah Mnemonik Akronim Dalam
Matapelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi di Sekolah-sekolah rendah Agama
Bersepadu Mersing.
Wan Nurul Hidayah Binti Wan Ibrahim & Saidi Bin Mohd, Keberkesanan, Kaedah akronim
berbantukan multimedia dalam meningkatkan kemahiran mengingat perkara sunat
ab’ad. Seminar penyelidikan tindakan 2013