PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK (KAJIAN TINDAKAN)
SMK DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN
SIDANG SELARI 1
1. Zaida Binti Mat Jusoh
Tajuk : Penggunaan Teknik “Cari, Bulatkan, Namakan, Lukis Dan Terangkan
(Cbnlt)” Konsep Tangen Dalam Mata Pelajaran GKT kt Bagi Persediaan
Menghadapi SPM
2. Nordiana Binti Ghazali
Tajuk : Kaedah Akronim Dalam Menjawab Soalan Penilaian Dan Perbandingan
Mata Pelajaran Reka Cipta Bagi Murid Tingkatan 5
3. Nur Hanani Binti Jaafar
Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Menukarkan Nombor Perduaan Kepada Nombor
Perpuluhan Dan Sebaliknya Menggunakan “Pembaris Binari”
4. Rahayu Ezranie Binti Shuhimi & Nor Asliza Binti Mohamad Isa
Tajuk : Kesan Pembelajaran Kolaboratif Atas Talian Terhadap Motivasi Murid
Dalam Mata Pelajaran Sains Semasa Pandemik Covid-19
5. Norhasfalela Abdullah, Hafida Ishak, Zurina Omar, Normaizatul Farahin
Satimin
Tajuk : Penggunaan “Kit Minda Sihat” Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Diri
Dalam Kalangan Murid Tingkatan 3
Penggunaan Teknik “ Cari, Bulatkan, namakan, Lukis dan Terangkan (CBnLT)”
untuk membantu murid Tingkatan 5 Sains dan 5 KAA dalam menguasai konsep
tangen dalam mata pelajaran GKT
Abstrak
Tangen adalah merupakan bab ke empat yang dipelajari oleh murid di dalam mata
pelajaran Grafik Komunikasi Teknikal tingkatan 4. Topik ini merupakan soalan wajib
keluar dalam Bahagian B dengan markah 15 markah. Walau bagaimanapun, murid-
murid didapati kurang berupaya untuk mengingati 12 konsep utama bagi yang ada di
dalam topik ini. Tangen adalah topik yang sukar kerana ada 12 konsep yang perlu
diingati . Tinjauan awal yang dilakukan mendapati bahawa salah satu faktor yang
menyumbang kepada perkara ini adalah kerana terlalu banyak konsep yang perlu
diingati dalam topik ini. Teknik “Cari, Bulatkan, namakan, Lukis dan Terangkan (CBnLT)”
ini telah direkabentuk bagi membantu murid khusus dalam mengingati 12 konsep di
dalam topik ini. Hasil kajian terhadap 5 orang murid kelas 5 KAA dan 10 orang murid 5
Sains mendapati bahawa sesi PdP yang dijalankan lebih berpusatkan murid dan hasil
keputusan ujian pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi
pembelajaran murid selepas mengikuti teknik CBnLT ini.
katakunci: Grafik Komunikasi Teknikal, konsep tangen, Teknik CBnLT
1.0 Pendahuluan
Tahap pencapaian seseorang murid sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Walaupun begitu, terdapat pelbagai faktor yang
mempengaruhi pencapaian seorang murid. Guru merupakan individu yang bertindak
sebagai agen perubahan pada murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam
usaha memupuk minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar seterusnya
meningkatkan pencapaian murid (Darling-Hammond, 2000; Day, 2013).
Pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan murid dan salah satu
daripada cara menimbulkan minat murid ialah menerusi kaedah PdP yang menarik
(Hayes, Mills, Christie, dan Lingard, 2006). Guru perlu berperanan dalam menarik minat
murid kerana guru adalah salah satu pemangkin kepada tahap pencapaian murid.
Rowe, (2003) telah mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan
kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga
berkesan. Kaedah yang berkesan ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri
murid untuk terus cemerlang mencapai kejayaan (Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin
Abd. Razak, 2010). Menurut Hayes et. al. (2014), minat merupakan suatu perkara
penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti
pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru pasti akan memberi kesan kepada murid
semasa proses PdP dalam mencorak pencapaian murid.
Ini selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012) yang
menekankan kepentingan unsur amalan pembelajaran menyeronokkan dinyatakan
dengan guru perlu mewujudkan suasana PdP yang riang dan memberangsangkan
pembelajaran. Oleh itu guru perlu sedar tentang kepentingan unsur pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran untuk melahirkan hubungan baik dengan murid. Oleh
itu, pemilihan di dalam pendekatan pengajaran murid ini seharusnya diberi perhatian
penting oleh guru. Dalam kajian ini, masalah yang ingin dikaji adalah mengenai
pendekatan dalam pengajaran dan kesannya terhadap pencapaian pembelajaran murid.
Kajian ini harus dilakukan supaya dapat mengetahui pendekatan pengajaran yang
sesuai untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran murid.
2.0 Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu
Tangen adalah merupakan bab ke empat yang dipelajari oleh murid di dalam mata
pelajaran Grafik Komunikasi Teknikal tingkatan 4. Topik ini merupakan soalan wajib
keluar dalam Bahagian B dengan markah 15 markah. Seringkali diperhatikan bahawa
murid-murid kurang berupaya untuk mengingati 12 konsep yang dibincangkan di dalam
topik ini. Ini dapat dibuktikan menerusi hasil kerja murid iaitu murid tidak menghantar
latihan topik tangen ini kerana sukar menyiapkannya tanpa bantuan guru. Suasana di
dalam kelas ketika sesi PdP seringkali kelihatan ‘mendatar’ dengan diperhatikan bahawa
murid-murid mudah bosan apabila perbincangan berkenaan bab ini dilakukan. Salah satu
faktor yang menyumbang kepada perkara ini mungkin kerana terlalu banyak konsep
yang perlu diingati bagi topik yang dipelajari. Oleh itu, satu alternatif kaedah PdP yang
lebih menarik telah dirancang bagi membantu murid dalam mengingati konsep dalam
topik ini.
3.0 Isu Keprihatinan
Pengkaji mendapati bahawa ramai murid yang kurang berminat terhadap topik tangen.
Kesimpulan awal ini dicapai hasil perbualan tidak formal bersama-sama murid. Ramai
dalam kalangan mereka yang berpendapat bahawa terlalu banyak konsep yang perlu
dihafal menyebabkan mereka cepat tertekan dalam menyelesaikan soalan topik ini. Isu
yang sama turut dibincangkan oleh rakan-rakan guru, baik di waktu santai mahupun
ketika perbincangan profesional. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa perlunya
diperkenalkan teknik PdP yang lebih menyeronokkan dengan penglibatan murid yang
lebih aktif bagi membolehkan mereka memperolehi pengalaman pembelajaran yang
lebih berpusatkan murid.
4.0 Objektif Kajian
4.1 Objektif Am
Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengingati konsep-konsep yang
betul bagi topik tangen yang dipelajari.
4.2 Objektif Khusus
1. Mengenalpasti kemampuan Teknik CBnLT dalam meningkatkan penguasaan murid
bagi topik tangen.
2. Mengenalpasti persepsi murid terhadap kekuatan aktiviti Teknik CBnLT dalam
menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan.
5.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 5 orang murid 5 KAA dan 10 orang murid
5 Sains. Data murid adalah seperti berikut:
Jantina
Kaum Lelaki Perempuan
Melayu
India 84
Jumlah
21
10 5 15
6.0 Pelaksanaan Kajian
6.1 Tinjauan Masalah
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dilakukan menerusi kaedah
pemerhatian semasa berlangsungnya proses PdP iaitu dengan memerhatikan corak
interaksi murid dengan guru dan juga interaksi murid dengan murid. Secara lebih
khusus, fokus pemerhatian adalah ketika murid-murid memberikan maklum balas
terhadap soalan-soalan yang diberikan oleh guru dan juga ketika perbincangan
dilakukan berkenaan soalan-soalan latihan yang berkaitan. Selain itu, semakan
terhadap hasil kerja murid yang dilakukan berkenaan topik ini mendapati bahawa hampir
60% murid masih kurang menguasai topik tersebut apabila gagal mengingati 12 konsep
tangen yang betul. Dapatan awal ini turut disokong dengan dapatan temubual secara
lisan yang turut mendapati bahawa murid-murid masih kurang menguasai konsep-
konsep dengan betul di dalam topik ini.
6.2 Ujian Pra
Ujian Pra adalah ujian sebelum intervensi dijalankan. Ujian ini telah dilakukan selepas
sesi PdP menggunakan teknik perbincangan berpusatkan guru bagi topik tangen. Ujian
ini dilakukan dengan mengemukakan 1 soalan subjektif dengan had masa 15 minit.
Soalan tersebut telah diambil daripada koleksi soalan SPM terdahulu. Hasil kerja murid
telah disemak dan direkodkan untuk tujuan perbandingan kelak. Data markah dari hasil
semakan guru untuk ujian pra adalah kurang memuaskan kerana hampir 60% murid
tidak dapat menguasai tangen. Data markah boleh dirujuk dalam Jadual 1: Data prestasi
murid dalam Ujian Pra.
Jadual 1: Data prestasi murid dalam Ujian Pra
Jenis soalan Bilangan murid
Subjektif Ujian Pra
10-15 markah 2
5-10 markah 8
< 5 markah 5
Jumlah 15
6.3 Tindakan Yang Dijalankan
Teknik “Cari, Bulatkan, namakan, Lukis dan Terangkan (CBnLT)” dilaksanakan dengan
mengambil kira bahawa penglibatan ‘hands on’ murid-murid akan menjadikan aktiviti
PdP lebih menyeronokkan dan konsep-konsep yang dipelajari lebih mudah diingati.
Secara umumnya, teknik ini melibatkan penyediaan konsep tangen dalam bentuk
gambar soalan seperti dalam peperiksaan SPM. Murid akan menghuraikan konsep
tangen berdasarkan soalan tersebut di dalam kumpulan mereka. Perkongsian konsep-
konsep tersebut sesama mereka akhirnya akan membolehkan mereka memperolehi
gambaran menyeluruh berkenaan 12 konsep tangen yang dipelajari. Selesai aktiviti
Teknik CBnLT, Ujian Pos telah dilakukan bagi mengenal pasti prestasi murid bagi topik
tangen.
Aktiviti 1: Soalan Gambar Tangen
Cara pelaksanaan:
Guru mengedarkan satu soalan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai ahli seramai 4 atau 3 orang sahaja. Ahli kumpulan akan menampalkan
soalan pada kertas manila kad. Soalan tangen yang diedarkan adalah seperti
dalam Gambar 1,2,3 dan 4 di bawah:
Gambar 1: Soalan tangen kumpulan 1 Gambar 2: Soalan tangen kumpulan 2
Gambar 3: Soalan tangen kumpulan 3 Gambar 4: Soalan tangen kumpulan 4
Aktiviti 2: Cari, Bulatkan dan Namakan
Cara pelaksanaan:
Seterusnya setiap ahli diminta untuk mengenalpasti konsep yang digunakan bagi soalan
yang diedarkan dengan membulatkan dengan warna yang berbeza. Aktiviti ini dijalankan
secara berterusan sehinggalah 4 hingga 5 konsep yang ada di dalam soalan dibulatkan
dan dinamakan. Guru bertindak sebagai pemudahcara yang akan menentusahkan
konsep tersebut dikenalpasti dengan betul. Hasil aktiviti murid adalah seperti dalam
Gambar 5.
Gambar 5: Soalan dibulatkan dan dinamakan mengikut konsep tangen
Aktiviti 3: Lukis Aku
Cara pelaksanaan:
Seterusnya setiap ahli diminta untuk melukis setiap konsep yang telah dikenalpasti
dalam aktiviti 2 dengan kaedah yang betul. Aktiviti ini dijalankan secara berterusan
sehinggalah setiap konsep yang ada di dalam soalan dilukiskan dengan kaedah yang
betul. Guru bertindak sebagai pemudahcara yang akan menentusahkan konsep
tersebut dilukiskan dengan kaedah yang betul. Hasil aktiviti murid adalah seperti dalam
Gambar 6 dan 7.
Gambar 6 Gambar 7
Gambar 6 dan 7 : Melukis setiap konsep yang telah dikenalpasti
Aktiviti 4: Terangkan Aku
Gambar 8 Gambar 9
Gambar 10 Gambar 11
Gambar 8, 9, 10 dan 11 : Setiap kumpulan membuat penerangan setiap konsep tangen
Seterusnya, setiap kumpulan akan melantik satu hingga dua wakil kumpulan bagi
memberikan penerangan setiap konsep tangen yang dikenalpasti kepada rakan-rakan
yang lain. Interaksi ini membolehkan mereka membina keyakinan diri dalam
berkomunikasi serta memperkukuh kefahaman serta ingatan terhadap konsep yang
dikenalpasti. Menerusi aktiviti ini juga, murid-murid daripada kumpulan lain turut dapat
memahami dengan lebih mendalam berkenaan konsep-konsep lain yang dipelajari.
Aktiviti 5: Gallery Walk
Gambar 12 Gambar 13
Gambar 14 Gambar 15
Gambar 12, 13, 14 dan 15 : Setiap kumpulan bergerak ke setiap kumpulan yang lain
Seterusnya, setiap kumpulan akan bergerak ke setiap kumpulan yang lain untuk melihat
dengan lebih jelas lukisan konsep yang telah diterangkan dihadapan kelas. Setiap
kumpulan melantik satu hingga dua wakil kumpulan bagi memberikan penerangan
setiap konsep yang telah dikenalpasti dan dilukis kepada rakan-rakan daripada
kumpulan lain yang melawat hasil kerja mereka.
Aktiviti 6: Ujian Pos
Murid-murid seterusnya diberikan Ujian Pos berkaitan topik yang dipelajari dan
menyiapkan jawapan dalam tempoh masa 15 minit untuk 1 soalan tangen. Soalan bagi
ujian pos dan ujian pra adalah soalan yang sama. Jawapan mereka dalam aktiviti ujian
pos ini dijadikan asas bagi mengenalpasti penguasaan mereka di dalam topik yang
dibincangkan. Tinjauan secara temu bual juga dilaksanakan bagi mendapatkan maklum
balas murid berkenaan aktiviti yang dilaksanakan.
7.0 Dapatan Kajian
Data-data yang diperolehi menerusi ujian pra dan ujian pos telah dibandingkan bagi
mengenal pasti prestasi yang dicatatkan oleh murud-murid. Hasil analisis mendapati
bahawa murid-murid menunjukkan peningkatan penguasaan berhubung topik tangen
yang dipelajari. Analisis dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
prestasi pencapaian murid. Peningkatan yang cukup ketara iaitu daripada 2 orang murid
yang mendapat markah 10 -15 kepada 10 orang murid yang mendapat markah 10 -15.
Data menunjukkan bahawa penggunaan Teknik CBnLT dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam topik tangen .Perincian prestasi murid di dalam Ujian Pra dan
Ujian Pos adalah seperti di Jadual 2 dan Rajah 1.
Jadual 2: Perbandingan prestasi murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Jenis soalan Bilangan murid
Subjektif Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan /
10-15 m 10 Pengurangan
5-10 m 2
8 +8
<5m 5
Jumlah 15 5 -3
0 -5
15
Prestasi Murid Dalam Ujian Pra & Ujian Pos
12
10
8
6
4
2 5-10 m <5m Ujian Pra
Ujian Pos
0
10-15 m
Rajah 1
Temubual telah dijalankan dengan menemubual 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid
perempuan daripada kumpulan sasaran. Temubual yang dilaksanakan mendapati
bahawa mereka berpendapat Teknik CBnLT adalah menyeronokkan kerana
membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka dengan berkesan serta
memudahkan mereka mengingat konsep-konsep berkaitan topik tangen dengan lebih
mudah. Secara rumusannya, Teknik CBnLT yang dilaksanakan berjaya membantu
murid dalam aspek-aspek berikut:
i. Memudahkan murid mengingati konsep
ii. Menguasai tajuk dengan lebih mudah
iii. Menambah keyakinan murid
iv. Mengikuti aktiviti PdP dengan lebih seronok
8.0 Rumusan, Perbincangan & Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini, didapati bahawa penggunaan teknik “Cari,
Bulatkan, namakan, Lukis dan Terangkan (CBnLT)” ini memberi impak positif kepada
murid yang terlibat. Teknik ini telah menjadikan PdP lebih menarik dan lebih berpusatkan
murid. Sumbangan individu murid didapati sangat penting bagi memastikan keseluruhan
konsep berkenaan topik yang dikaji mampu diingati dan didapati bahawa murid saling
bekerjasama sesama mereka bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Peningkatan prestasi murid di dalam ujian pos memberikan gambaran bahawa mereka
berupaya mengingat dan melukis dengan baik konsep-konsep yang telah dipelajari.
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang positif, pengkaji bercadang untuk
menggunakan teknik yang sama bagi murid-murid dalam kelas-kelas lain untuk
mengenalpasti kesesuaian aktiviti ini secara lebih meluas.
RUJUKAN
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher Quality and Student Achievement. Educ
Policy Anal Arch 8(1). http://epaa.asu.edu/epaa/v8n1/
Day, C. (2013). Teacher Quality in the Twenty First Century: New Lives, Old Truths
dalam Zhu, Xudong dan Zeichner, K. (eds.) Preparing Teachers for the 21st
Century. Springer, New York.
Hayes, D., Mills, M., Christie, P. dan Lingard, B. (2006). Teachers & Schooling Making
A Difference. Allen & Unwin, New South Wales.
Hazri Jamil (2011). Pedagogi Produktif Dalam Mempertingkatkan Kualiti Pengajaran
dan Hasil Pembelajaran: Amalan Dalam Kalangan Guru-Guru Sains. Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin Abd. Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar
Dan Kaitannya Dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti
Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran Antara Jantina Pelajar? Jurnal
Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 61-69.
Rowe, K. J. (2003). The Importance of Teacher Quality as a Key Determinant of
Student’s Experiences & Outcomes of Schooling. Kertas Kerja dibentang pada
ACER Research Conference 2003, Carlton Crest Hotel, Melbourne.
http://www.acer.edu.au/documents/Rowe_ACER_Research_Conf_2003_Pap
er.pdf.
KAEDAH AKRONIM DALAM MENJAWAB SOALAN PENILAIAN DAN
PERBANDINGAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA BAGI MURID TINGKATAN 5
Nordiana binti Ghazali
SMK Desa Cempaka
71800 Bandar Baru Nilai
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran Reka
Cipta tingkatan 5 dalam menjawab soalan Bahagian B kertas 1 mata pelajaran Reka
Cipta Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab semasa
Pengajaran, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) didapati murid sukar untuk
menjawab soalan penilaian dan perbandingan yang merupakan konstruk V01 iaitu
soalan berbentuk penilaian. Oleh yang demikian, satu intervensi bagi memudahkan
pelajar untuk mengingat teknik dan kaedah menjawab soalan tersebut menggunakan
kaedah akronim dilaksanakan. Pengkaji mencipta satu perkataan dan setiap huruf
pada perkataan tersebut akan mewakili perkara serta susunan struktur jawapan bagi
soalan penilaian dan perbandingan. Perkataan yang digunakan adalah akronim yang
ringkas dan mudah untuk dilaksanakan dan analisis dapatan bagi murid yang
menguasai menunjukkan peningkatan sebanyak 40.0%. Dengan peningkatan ini
murid diharapkan dapat menjawab soalan penilaian dan perbandingan dengan lebih
baik dalam peperiksaan SPM. Pada masa akan datang kajian ini boleh diperluaskan
dengan menggunakan kaedah yang lain.
kata kunci : reka cipta, perbandingan, penilaian, akronim, konstruk
1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Reka Cipta merupakan mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dalam kelompok
Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM). Mata pelajaran Reka Cipta juga dapat
menerapkan nilai kreativiti yang tinggi dalam kalangan murid di samping dapat meningkatkan
pengetahuan murid mengenai teknik-teknik menjana idea kreatif dalam kehidupan.
Pengalaman yang diperoleh menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan
sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk
kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain (Novak, 1984)
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan kerana murid sukar untuk mengingati teknik
menjawab soalan penilaian dan perbandingan yang terdapat pada bahagian B kertas Reka
1|Page
Cipta sekaligus memberi kesan negatif kepada keputusan peperiksaan. Kajian ini diharapkan
membantu murid menguasai teknik menjawab dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Kajian ini dijalankan selepas didapati terdapat kesukaran oleh murid-murid untuk menguasai
seterusnya menjawab soalan berbentuk penilaian dan perbandingan yang terdapat pada
bahagian B mata pelajaran Reka Cipta. Soalan nombor 3 di Bahagian B ini merupakan
konstruk V01 iaitu penilaian yang menyumbang 15 markah. Menurut Buku Sumber Reka
Cipta (2002), murid perlu membuat penilaian dengan membandingkan produk serta membuat
pilihan produk yang lebih sesuai berdasarkan situasi yang diberi. Selain itu, terdapat juga
murid yang tidak dapat membuat perbandingan dengan baik kerana murid tidak membuat
penilaian berdasarkan situasi. Rajah 1 menunjukkan contoh kesalahan murid menjawab soalan
perbandingan dan penilaian tanpa memberi penekanan kepada kedua-dua elemen penting
tersebut.
2|Page Rajah 1: Contoh jawapan murid yang salah
3.0 ISU KEPRIHATINAN
Kajian ini tertumpu kepada teknik menjawab soalan konstruk penilaian. Fokus kajian adalah
membantu murid mengingat dan mengaplikasi kedua-dua elemen banding dan nilai dalam
menjawab soalan konstruk penilaian yang menyebabkan murid tidak mendapat markah yang
baik dalam peperiksaan sebelum ini. Hal ini akan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk
mendapat markah yang baik setiap kali peperiksaan dengan menggunakan kaedah akronim.
Menurut Dunn & Dunn (1992), murid mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran
apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan
pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap murid terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu,
guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mencari pendekatan yang mampu
menjadi pemangkin kepada peningkatan kefahaman murid.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif yang berikut:
4.1 Objektif Am
1. Murid dapat menjawab soalan konstruk V01 penilaian dan seterusnya meningkatkan
pencapaian murid dalam peperiksaan.
4.2 Objektif Khusus
1. Murid-murid 5 Teknikal dapat mengaplikasi elemen bandingdannilai yang terdapat dalam
soalan Reka Cipta nombor 3 bahagian B.
2. Meningkatkan kemahiranberfikirarastinggidalam topik Faktor Reka Bentuk tingkatan 4 mata
pelajaran Reka Cipta.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid tingkatan 5T yang akan menduduki peperiksaan SPM pada
bulan Mac 2022. Responden kajian terdiri daripada 13 orang murid yang berbangsa Melayu (9
3|Page
orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan) dan dua orang murid berbangsa India (seorang
murid lelaki dan seorang murid perempuan). Kajian ini dijalankan berdasarkan keputusan markah
Penilaian Bulan Mac yang kurang memberangsangkan.
6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Tindakan 1 : Tinjauan Awal
Sebelum Langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk mengetahuai sejauh mana tahap
penguasaan murid.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a) Pemerhatian
Edaran nota kecil untuk murid menulis refleksi selepas pembelajaran untuk mendapatkan
tahap penguasaan murid Reka Cipta. Nota kecil itu ditampal di sudut parking lot. Tingkah
laku murid sebelum dan selepas menjawab soalan latihan juga diperhatikan.
b) Latihan dalam kelas
Murid diberikan beberapa tugasan untuk disiapkan. Hasil kerja murid dinilai dan diberi
tunjukcara yang betul berdasarkan kesemua faktor reka bentuk.
c) Ujian Penilaian
Merujuk kepada keputusan penilaian pertengahan tahun, pencapaian gred yang sedikit
berbanding ETR yang diharapkan kerana murid tidak menguasai soalan bahagian B.
Tindakan 2 : Ujian Pra
Ujian penilaian soalan no 3 bahagian B ini dijalankan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan tinjauan awal. Tempoh pelaksanaan ujian pra adalah selama
30 minit. Pengkaji mendapati bahawa murid sebenarnya tidak dapat menjawab dengan
baik soalan perbandingan dan penilaian kerana tidak menguasai topik faktor reka bentuk
tingkatan 4 mata pelajaran Reka Cipta.
4|Page
Rajah 2: Murid sedang menjalani Ujian Pra
Jadual 1 : Hasil dapatan Ujian Pra
BIL NAMA MURID UJIAN PRA
Tidak
1 Murid 2A
2 Murid 1A1 Menguasai
3 Murid 1A2 menguasai
4 Murid 1A3 /
5 Murid 1B1 /
6 Murid 2B
7 Murid 1B2 /
8 Murid 1B3 /
9 Murid 1A4
10 Murid 1A5 /
11 Murid 1A6 /
12 Murid 1B4 /
13 Murid 1A7 /
14 Murid 1A8 /
15 Murid 1A9 /
Jumlah /
/
/
/
/
5 10
5|Page
Perbandingan Murid Menguasai dan Tidak Menguasai
Teknik Menjawab
33%
67%
Menguasai Tidak Menguasai
Rajah 3: Perbandingan murid menguasai dan tidak menguasai teknik menjawab
Rajah di atas menunjukkan peratus perbandingan antara murid yang menguasai dan tidak
menguasai teknik banding dan nilai untuk soalan konstruk V01 Penilaian. Hasil dapatan
praujian yang dijalankan menunjukkan seramai 5 orang murid (33%) telah menguasai dan 10
orang murid belum menguasai teknik banding dan nilai. Pengkaji merasakan perlunya ada satu
kaedah yang dapat digunakan bagi murid menguasai teknik berkenaan dengan lebih berkesan.
Tindakan 3 : Langkah Melaksanakan Tindakan - Kaedah Penggunaan Akronim dalam
PdP
Melalui analisis yang diperolehi dalam ujian pra, penggunaan kaedah akronim
diperkenalkan. Semasa penerangan teknik menjawab berlangsung, pengkaji mengunakan
kaedah masteri dalam membimbing murid menguasai kaedah berkenaan. Pengkaji
menerangkan cara penggunaan akronim dalam mengingat elemen yang terdapat dalam teknik
menjawab. Pengkaji mencipta satu perkataan dan setiap huruf pada perkataan tersebut akan
mewakili perkara serta susunan struktur jawapan bagi soalan penilaian dan perbandingan.
6|Page
A Bahan Keluli Tahan Tahan Lasak Tahan
Karat lama
P Pa S AR
Product Part Specification Advantage/Dis Reason
B Bahan PVC Rapuh Mudah
pecah
Berikut merupakan contoh struktur jawapan bagi soalan penilaian dan perbandingan.
Produk A diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lasak menyebabkan lebih tahan lama
berbanding produk B yang diperbuat daripada PVC yang rapuh menyebabkan mudah pecah.
Rajah 4: Penerangan menggunakan kaedah akronim
Tindakan 4 : Ujian Pos
Bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang telah digunakan, ujian pos telah dilaksanakan.
Seramai 15 orang murid dalam kelas tersebut mengambil ujian bagi menguji kefahaman
murid berkenaan dengan teknik menjawab soalan berkaitan. Pengkaji memilih keseluruhan
sampel daripada kelas tersebut untuk mengetahui sama ada murid yang telah menguasai
mampu menggunakan kaedah akronim dengan berkesan atau pun tidak.
7|Page
Rajah 5 : Ujian Pos
Tindakan 5 : Analisis Kajian
Ujian pos telah diadakan bagi 15 murid Tingkatan 5 Teknikal. Hasil dapatan ditunjukkan
dalam jadual 2.
Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA UJIAN POS
BIL NAMA MURID Tidak Menguasai Tidak
Menguasai menguasai / menguasai
1 Murid 2A
2 Murid 1A1 / / /
3 Murid 1A2 / / /
4 Murid 1A3 /
5 Murid 1B1 / / /
6 Murid 2B / / /
7 Murid 1B2 / / 4
8 Murid 1B3 / /
9 Murid 1A4 / /
10 Murid 1A5 / /
11 Murid 1A6 /
12 Murid 1B4 / /
13 Murid 1A7 /
14 Murid 1A8 / /
15 Murid 1A9 / 11
Jumlah /
8|Page 5 10
Perbandingan Data Ujian Pra dan Ujian Pos
12 73%
67%
10
8 27%
6 33%
4
2
0 Ujian Pos
Ujian Pra Menguasai
Tidak Menguasai
Rajah 6 : Perbandingan data Ujian Pra dan Ujian Pos
7.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan daripada jadual 2 dan juga rajah 6, bilangan murid yang menguasai sebelum
dan selepas kaedah akronim diperkenalkan adalah meningkat iaitu dari 5 orang murid kepada
11 murid iaitu peningkatan sebanyak 40%.
Selain itu juga, melalui pemerhatian dapat dilihat perubahan sikap oleh murid. Murid dapat
menjawab dengan struktur ayat yang betul mengikut teknik yang diajar. Hal ini demikian
kerana penggunaan kaedah ini amat mudah dan membantu mereka dalam menguasai subtajuk
dengan mudah dan berkesan.
Di samping itu, pemerhatian ini juga menunjukkan peningkatkan minat dan penguasaan murid
dalam mempelajari topik faktor reka bentuk menggunakan kaedah akronim telah tercapai. Ia
seperti yang diperkatakan oleh Wahidin (2004), bahawa penggunaan peta konsep dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap murid terhadap mata
pelajaran yang diajar. Kaedah penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk tersebut ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar,
menggalakkan penglibatan aktif murid, mengurangkan tingkahlaku pasif serta meminimumkan
masalah disiplin di kalangan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
9|Page
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini. Hal ini ditunjukkan dengan
bilangan murid yang masih tidak menguasai iaitu sebanyak 4 orang murid. Ini adalah kerana
murid tidak dapat membezakan antara aspek dan spesifikasi yang perlu diterangkan dalam
jawapan.
Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam PdP guru dan juga murid. Kaedah yang sesuai
semasa proses pembelajaran akan memudahkan guru dan murid khususnya dalam mencapai
objektif yang dikehendaki dan akan membantu murid dalam peperiksaan amnya.
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Kajian ini boleh diteruskan dan diperluas bagi mendapat keputusan yang lebih baik lagi.
Penggunaan kaedah yang berlainan mampu memberi impak yang lebih berkesan. Melalui
pemerhatian pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan ini, murid yang tidak menguasai
adalah murid yang tidak menguasai sepenuhnya kandungan mata pelajaran khususnya
subtopik bagi faktor reka bentuk produk. Pengkaji mencadangkan agar kajian pada masa akan
datang akan menggunakan kaedah yang melibatkan psikomotor ataupun kognitif murid.
BIBLIOGRAFI:
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Buku Sumber Reka Cipta Tingkatan 4&5. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Salmiah, Rahimah, Mohd. Syukri, Abd. Samad, Zamri. (2016). Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 1, Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Dunn, R., & Dunn, K. (1992). Teaching Elementary Students Through Their Individual
‘Learning Styles: Practical Approaches for Grades 3-6. Boston, MA: Allyn &Bacon
Novak, J.D. & Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge University
Press.
Wahidin. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee Dalam Meningkatkan sikap
PelajarTerhadap Kimia. Jurnal Pendidikan, (29). Ms 125-140.
10 | P a g e
LAMPIRAN
Rajah 7 : Contoh jawapan murid yang betul dan menguasai teknik PePASAR
Disediakan oleh :
…………………………
NORDIANA GHAZALI
KP Reka Cipta
SMK Desa Cempaka
11 | P a g e
Meningkatkan Kemahiran Menukarkan Nombor Perduaan Kepada Nombor
Perpuluhan dan Sebaliknya Menggunakan “Pembaris Binari” di kalangan murid
Tingkatan 2 Bestari.
Nur Hanani binti Jaafar
SMK Desa Cempaka,71800
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji penguasaan konsep penukaran asas nombor dalam tajuk
perwakilan data bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran Teknik Pembelajaran Asas Komputasional, kemahiran teknologi,
kemahiran kognitif dan kemahiran psikomotor. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara
persampelan bertujuan melibatkan 10 orang murid tingkatan 2 Bestari yang mengambil mata
pelajaran Asas Sains Komputer. Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan, semasa semakan
latihan murid dibuat, murid sering keliru dengan penggunaan digit “1” dan “0” semasa
menjawab soalan dan ini menyebabkan jawapan yang ditulis oleh murid mempunyai kesalahan
dalam menulis digit “1” dan “0”. Satu kaedah yang mudah telah dicipta untuk membantu murid
iaitu menghasilkan pembaris binari dengan menggunakan sekeping kertas bersaiz A6 serta
murid diberi kebebasan berkarya dalam penghasilan pembaris binari ini mengikut kreativiti
murid dengan mengikut ketetapan nilai digit yang betul dan tepat. Selepas murid menggunakan
pembaris binari ini, didapati bahawa murid lebih mudah memahami tajuk ini dan dapat
mengurangkan kesalahan dan kekeliruan dengan digit “1” dan “0”. Selain daripada itu, murid
dapat menjawab soalan dengan jangka masa yang lebih cepat dengan jawapan yang betul.
Kata Kunci : teknologi, kognitif, ASK, asas komputasional, perwakilan data
1.0 Pendahuluan
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah membawa kepada perubahan dan penjenamaan
semula mata pelajaran di peringkat Sekolah Menengah. KSSM telah dilaksanakan mulai tahun
2017 secara berperingkat bermula dengan murid di tingkatan satu. Melalui KSSM, salah satu
mata pelajaran baharu yang diperkenalkan adalah Asas Sains Komputer (ASK). Mata pelajaran
ASK adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) yang diperkenalkan kepada murid sekolah rendah serta menggantikan Program
Information and Communication Technology Literacy (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019). Terdapat beberapa topik pembelajaran yang didapati murid gagal kuasai dengan baik
dan mengelirukan (Kassan etl. 2016). Salah satunya ialah tajuk perwakilan data. Murid keliru
dengan digit “1” dan “0” yang banyak pada soalan. Oleh kerana ini, satu cara telah dibuat untuk
mengelakkan murid keliru dan salah ketika memberikan jawapan.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Berdasarkah pemerhatian semasa pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
sebelum ini, diperhatikan bahawa apabila melibatkan suatu asas nombor yang baru, murid akan
menjadi keliru dengan digit “1” dan “0” yang banyak pada soalan dan ini menyebabkan murid
tidak ingat nilai tempat yang betul. Apabila murid mencatatkan angka yang silap, keseluruhan
jawapan yang ditulis akan salah.
Selain itu, murid turut lemah dalam operasi kuasa nombor, darab dan bahagi. Apabila
murid salah semasa mendarab dan membahagi digit dengan nilai tempat yang betul,akan
menyebabkan murid salah mencongak untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Kesilapan ini
yang sering dilakukan oleh murid. Maka disebabkan ini, pembaris binari diwujudkan untuk
membantu murid mengurangkan kesilapan menjawab soalan.
3.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid menukarkan sistem nombor
perduaan kepada nombor perpuluhan dan menukar nombor perpuluhan kepada nombor
perduaan dengan nilai digit “1” dan “0” yang tepat dan betul. Murid sering menulis nilai digit
yang salah dan keliru semasa ingin menulis jawapan. Maka dengan ini, pembaris binari telah
dicipta dan dapat digunakan oleh murid semasa menjawab soalan.
Pembinaan dan aplikasi pembaris binari ini adalah supaya murid lebih mudah mengingati
cara dan konsep dalam penukaran sistem nombor perduaan kepada nombor perpuluhan dengan
penggunaan digit “1” dan “0” yang lebih baik. Selain daripada itu, ianya juga membuatkan
murid lebih mudah memahami topik ini dengan baik dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang sangat menyeronokkan dikalangan murid.
Aktiviti hands on melalui pembelajaran kendiri norma baharu yang berlaku pada masa
sekarang sangat membantu murid semasa topik ini diajar oleh guru. Murid menggunakan
pembaris binari semasa menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan sedikit kesalahan
jawapan berbanding sebelum menggunakan pembaris binari.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Objektif Umum
4.1.1 Mengkaji penggunaan Pembaris Binari terhadap penukaran nombor
perlapanan kepada nombor perduaan dan sebaliknya.
4.1.2 Mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan Pembaris Binari.
4.2 Objektif Khusus
Mengkaji sama ada penggunaan Pembaris Binari dapat :
4.2.1 Meningkatkan kemahiran murid meletakkan digit “1” dan “0” dengan
nilai tempat yang betul.
4.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam penukaran nombor perduaan
kepada nombor perlapanan dan sebaliknya.
5.0 KUMPULAN SASARAN
10 orang murid 2 Bestari yang mendapat julat markah antara 4 hingga 10 membuat
penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan dan sebaliknya yang terdiri daripada
6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Gambar murid menulis soalan dan menjawab latihan.
Metodologi kajian yang pertama ialah melalui pemerhatian. Murid menjawab soalan
yang guru berikan semasa kelas dijalankan. Murid menghantar gambar semasa menjawab
soalan dan jawapan latihan yang telah disiapkan kepada guru untuk disemak. Melalui kaedah
ini, guru dapat mengetahui kelemahan murid semasa menjawab dan mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan latihan serta mempunyai kesalahan semasa menulis jawapan.
Semakan latihan oleh guru secara maya dalam Google Classroom juga digunakan semasa
kajian dilaksanakan. Oleh kerana kajian dijalankan semasa pembelajaran di rumah, Google
Classroom dijadikan sebagai platform penghantaran kerja latihan yang diberikan oleh guru
kepada murid selaian daripada penggunaan aplikasi Telegram.
Gambarajah menunjukkan contoh penghantaran dan penyemakan latihan murid
menggunakan Google Classroom.
Semakan latihan oleh guru
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
7.1 Analisis Tinjauan Masalah
Rajah 1
7.1.1 Ujian Pra dilaksanakan secara maya menggunakan google meet seperti
dalam Rajah 1 untuk mengenalpasti punca kesilapan dan mendapatkan
data markah sebelum dan selepas menggunakan pembaris binari. Murid
dikehendaki menjawab empat soalan.Tiga markah penuh bagi setiap
soalan menjadikan markah keseluruhan sebanyak 12 markah. Graf
disediakan dengan menggunakan kutipan data markah murid sebelum
menggunakan pembaris binari dan selepas mengaplikasikan
penggunaan pembaris binari ketika menjawab soalan.
UJIAN PRA
Tukarkan nombor-nombor perduaan yang berikut kepada nombor perpuluhan.
a) 10010101
b) 10101010
c) 11111010
d) 11000110
Rajah 2
Rajah 2 ialah empat soalan yang digunakan untuk menjawab ujian pra dalam kajian ini.
BIL NAMA MARKAH UJIAN PRA
1 MURID A 8
2 MURID B 6
3 MURID C 10
4 MURID D 8
5 MURID E 5
6 MURID F 6
7 MURID G 8
8 MURID H 4
9 MURID I 6
10 MURID J 5
Jadual 1
Jadual 1 ialah rekod data 10 orang murid yang telah menjawab ujian pra.
Rajah 3
Rajah 3 merupakan graf markah ujian pra yang telah dilaksanakan secara maya
menggunakan google meet.
7.2 Aktiviti
7.2.1 Pembaris binari digunakan untuk membantu murid menjawab soalan
penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya
selepas ujian pra dilaksanakan dan markah yang diperolehi oleh murid
sangat sedikit. Pembaris binari dihasilkan selama 20 minit oleh murid
setelah guru menerangkan penghasilannya semasa google meet
dijalankan.
7.2.2 Semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah, guru telah menerangkan
topik pembelajaran menggunakan google meet. Guru menerangkan
penggunaan dan kaedah untuk menghasilkan pembaris binari untuk
membantu murid lebih faham dan mudah ketika menjawab soalan.
Murid membina pembaris binari mengikut idea dan pemahaman murid
berpandukan penerangan yang telah diberikan oleh guru semasa
pembelajaran dilakukan,
Contoh pembaris binari yang telah dibina.
7.2.3 Setelah pembaris binari siap dibina, murid mula mengaplikasikan
pembaris binari dengan menjawab empat soalan yang sama tetapi
susunan soalan telah diubah kedudukan semasa menjawab ujian pos.
Murid menggunakan pembaris binari untuk menjawab soalan.
UJIAN POS
Tukarkan nombor-nombor perduaan yang berikut kepada nombor perpuluhan.
a) 11000110
b) 11111010
c) 10101010
d) 10010101
Rajah 4
Rajah 4 ialah soalan yang sama tetapi susunan soalan sudah diubah
kedudukan.
Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan bahawa murid telah menggunakan pembaris binari
semasa menjawab soalan ujian pos. Penggunaan pembaris binari sangat membantu
murid menjawab soalan dengan mudah dan tepat.
BIL NAMA MARKAH UJIAN POS
1 MURID A 12
2 MURID B 12
3 MURID C 12
4 MURID D 12
5 MURID E 12
6 MURID F 12
7 MURID G 12
8 MURID H 12
9 MURID I 12
10 MURID J 12
Jadual 2
Jadual 2 ialah rekod data markah semasa menjawab ujian pos dijalankan.
Rajah 6
Rajah 6 merupakan graf markah ujian pos yang telah dilaksanakan secara maya
menggunakan google meet dan telegram dengan menggunakan pembaris binari.
7.2.4 Pemurnian
Murid melakukan sedikit pemurnian pada pembaris binari yang dibuat pada
awalnya. Murid menggunakan kreativiti untuk menjadikan pembaris binari masing-
masing lebih menarik. Penggunaan kertas yang lebih keras dan menggunakan pen
berwarna untuk menjadikan pembaris binari cantik, tahan lama dan berguna digunakan.
8.0 DAPATAN KAJIAN
Rajah 7
Hasil daripada kajian, satu graf perbandingan markah yang diperolehi semasa menjawab
empat soalan yang sama dengan menggunakan pembaris binari dapat dihasilkan. Rajah 7 ialah
graf perbandingan markah ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Murid mampu
menjawab soalan yang sama dengan mendapat markah penuh iaitu 12 markah berbanding
sebelum penggunaan pembaris binari. Dengan ini, terbukti bahawa dengan bantuan pembaris
binari, murid dapat mengurangkan kesilapan menulis digit “1” dan “0” dalam menulis jawapan.
Pembaris binari ini sangat membantu murid yang lemah dan sederhana dalam menguasai tajuk
perwakilan data ini dengan baik.
Guru juga telah membuat undian menggunakan telegram dengan soalan : Adakah
pembaris binari boleh meningkatkan pemahaman anda untuk topik penukaran nombor
perduaan ini? Murid telah menjawab 100% pembaris binari ini membantu mereka menjawab
dan memahami konsep penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan dengan lebih
baik tanpa ada kesilapan.
Murid memberi persepsi yang baik dengan menghasilkan video cara menggunakan
pembaris binari dan menulis komen yang sangat membantu semasa menjawab soalan.
Hasil pemerhatian yang dibuat, murid memberikan respon yang baik tentang penggunaan
pembaris binari. Murid dapat diterapkan kemahiran pemikiran komputasional semasa membuat
keputusan untuk memilih jenis kertas, menetapkan panjang dan lebar pembaris mengikut
keselesaan penggunaan masing-masing dan membuat penambahbaikan kepada pembaris
bersesuaian dengan aras pemikiran masing-masing. Ini menunjukkan murid dapat melakukan
banyak proses pembelajaran sepanjang melaksanakan teknik pembelajaran ini.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, dapatlah dijadikan refleksi bahawa pembaris
binari ini mampu membantu murid meletakkan digit pada nilai tempat yang betul. Murid dapat
meningkatkan tahap kemahiran, penguasaan dan pemahaman murid dengan baik. Pembaris
binari ini juga berjaya dihasilkan walaupun hands on bimbingan secara maya oleh guru.
9.0 Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada murid, ternyata penggunaaan
pembaris binari ini mampu untuk menambah pemahaman dan memudahkan murid menjawab
soalan yang melibatkan penggunaan digit 1 dan 0 yang banyak. Penggunaan pembaris binari
ini dapat menjimatkan masa murid menjawab soalan dengan lebih cepat dan tepat. Dapatan
menunjukkan murid lebih mudah ingat, faham dan seronok membuat penukaran nombor
perduaan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Murid-murid juga dapat mengeluarkan idea dan diperkenalkan dengan konsep tersebut
dengan mengaplikasikan istilah “Learn by Doing” (Seymour Papert, 2016.) semasa membina
pembaris binari.
Penggunaan pembaris binari semasa pelaksanaan pembelajaran di rumah, sangat
membantu murid memahami topik ini dengan baik dan dapat mengurangkan kesilapan menulis
digit “1” dan “0” semasa menulis jawapan. Cadangan kajian yang seterusnya ialah dengan
meluaskan penggunaan pembaris binari ini kepada murid lain yang mengambil mata pelajaran
Asas Sains Komputer yang lain. Pembaris binari ini juga boleh diubahsuai untuk sistem
nombor yang lain.
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu berikut yang telah
memberikan sumbangan dalam melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah tuan Pengetua SMK
Desa Cempaka, En. Johari bin Jaafar yang sentiasa memberikan galakan dalam usaha
melengkapkan penulisan ini.
Seterusnya adalah kesemua murid-murid kelas 2 Bestari yang terlibat dalam penulisan ini yang
telah banyak membantu dalam mencipta pembaris binari ini bagi tujuan menguji penguasaan
konsep penukaran asas nombor dalam tajuk perwakilan data bagi mata pelajaran Asas Sains
Komputer (ASK) dengan menggunakan pendekatan pembelajaran Teknik Pembelajaran Asas
Komputasional, kemahiran teknologi, kemahiran kognitif dan kemahiran psikomotor.
Terima kasih semua.
Rujukan
Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). SPI Bil 6 Tahun 2019 Pelaksanaan
KSSM Menengah Atas dan Pakej Mata Pelajaran tahun 2020. (KPM.100-1/3/1 Jld. 2 (7)
bertarikh 14 November 2019.
https://www.moe.gov.my/pekeliling?search=&category%5B%5D=65
Kassan, S. bin, Fatt, L. K., & Meng, T. Y. (2016). Asas Sains Komputer Tingkatan 1.
Percetakan Rina Sdn Bhd.
Stager, G. Seymour Papert (1928–2016). Nature 537, 308 (2016).
https://doi.org/10.1038/537308a
Perbezaan Antara Konstruktivisme dan Konstruksionisme. (n.d.).
Https://Ms.Strephonsays.Com/. Retrieved April 15, 2022, from
https://ms.strephonsays.com/constructivism-and-vs-constructionism-533
KESAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM TALIAN TERHADAP PERSEPSI MURID
DALAM MATA PELAJARAN SAINS SEMASA PANDEMIK COVID-19
BAGI KELAS 1 BESTARI DAN 2 BESTARI
Rahayu Ezranie binti Shuhimi
Nor Asliza binti Mohamad Isa
SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 membawa perubahan drastik dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Pendidikan di Malaysia turut terkesan dengan pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah) yang menuntut semua murid dan guru meneruskan aktiviti rutin
pembelajaran secara dalam talian. Pelbagai kaedah digunakan oleh guru untuk memastikan
pendidikan secara maya berlaku lebih menarik dan berkesan. Dalam kajian tindakan ini, guru
menggunakan strategi pembelajaran kolaboratif dalam talian. Murid ditugaskan menyiapkan
tugasan dan memperkukuh konsep dalam mata pelajaran Sains dalam kumpulan kecil dengan
penggunaan platform Google Extension Breakout Room dan Google Meet Breakout Room.
Responden yang terlibat ialah 44 orang murid dari kelas 1 Bestari dan 2 Bestari, SMK Desa
Cempaka, Nilai. Melalui pemerhatian dan tinjauan yang dijalankan guru, murid menunjukkan
penglibatan aktif semasa dalam talian serta meningkatkan minat dan motivasi murid bertambah
secara intrinsik. Cadangan kajian akan datang adalah berdasarkan ‘tahap kefahaman’,
pencapaian objektif pembelajaran murid dalam peningkatan dalam prestasi pembelajaran
murid selepas aktiviti pembelajaran secara kolaboratif secara dalam talian.
Kata kunci: Pembelajaran kolaboratif, pembelajaran dalam talian, persepsi, motivasi
1.0 PENDAHULUAN
Pada awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan serangan virus korona yang dikenali
sebagai COVID-19. 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan
wabak dari virus ini sebagai pandemik global yang memberi impak seluruh dunia dalam
pelbagai aspek kehidupan. Antara yang paling terjejas dalam krisis kesihatan ini ialah sektor
pendidikan (Dhawan, 2020). Situasi di Malaysia pada 16 pada Mac 2020, jumlah kes positif
COVID-19 mencapai 553, Perdana Malaysia Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama bertujuan untuk
mengekang penularan COVID-19. Sejak itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan
semua institusi pendidikan menutup semua premis pendidikan dan semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian atau dengan istilah PdPR (Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah). Pendidikan dalam talian adalah kaedah terbaik, selamat dan
praktikal untuk pelajar dan pendidik, terutamanya semasa fasa PKP yang panjang (Yusuf,
2020).
Menurut Fry (2001), pembelajaran dalam talian adalah penggunaan Internet dan
beberapa teknologi lain untuk mengembangkan bahan bagi tujuan pendidikan, penyampaian
instruksional dan pengurusan program. Pembelajaran dalam talian diakui berbeza dengan
pengajaran bersemuka. Namun demikian pembelajaran dalam talian akan lebih lestari jika
strategi dan aktiviti pengajaran bersifat lebih hibrid. Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam
pembelajaran dalam talian perlu diterokai dengan baik dan akan berubah menjadi peluang
(Adedoyin & Soykan, 2020). Pembelajaran dalam talian mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di
samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses
pendidikan (Kamarul Ariffin & Muliadi, 2007).
Bagi membina persekitaran pembelajaran aktif dalam talian, strategi pembelajaran
kolaboratif adalah antara saranan oleh pendidik kepada pendidik. Strategi ini ialah
pembelajaran aktif yang melibatkan beberapa orang murid yang bekerjasama dan berkongsi
kerja untuk mencapai hasil pembelajaran yang dimaksudkan (Barkley et al., 2014,) Kerjasama
dan pembahagian kerja ini melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri.
(Barkley et al., 2014). Pembelajaran kolaboratif dapat membantu memupuk kerjasama,
memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam menyelesaikan tugasan dan
mengembangkan dinamik kumpulan secara positif.
Selain itu, dengan pembelajaran kolaboratif, murid dapat menyumbang kepada
pembelajaran yang lebih mendalam, pemahaman bersama, pemikiran kritis dan ketekalan
memori jangka panjang terhadap bahan yang dipelajari (Tsai, 2013). Semua ini akan
mendorong murid untuk mempunyai motivasi belajar yang lebih tinggi. Penyelidikan lalu
menunjukkan pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan motivasi murid (Chou & Chen,
2008). Murid yang terlibat dalam pembelajaran kolaboratif cenderung lebih seronok dan
berpuas hati berbanding dengan dengan murid yang kurang terlibat dalam pembelajaran
kolaboratif (So & Brush, 2008). Dalam persekitaran kolaborasi yang tinggi, pelajar merasai
kepuasan dan keseronokan ketika mereka berkolaborasi antara satu sama lain dalam
menyiapkan tugasan bersama sehingga meningkatkan motivasi murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pembelajaran kolaboratif dalam talian
Pendekatan strategi pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada
Oliver & Herrington (2003). Strategi ini menggunakan pendekatan konstruktivisme iaitu
membina pengetahuan iaitu pembelajaran dilihat sebagai pembinaan makna dan bukan
sebagai menghafal fakta semata-mata. Tiga elemen penting dalam pembelajaran dalam talian
memainkan peranan asas dalam menyokong dan memudahkan pemahaman murid semasa
mengikuti pembelajaran. Rajah 1 menunjukkan elemen-elemen yang terkandung dalam
pembelajaran dalam talian yang dikemukakan oleh Oliver & Herrington (2003).
Rajah 1: Elemen Pembelajaran dalam talian oleh Oliver & Herrington (2003)
Elemen yang terkandung di dalam pembelajaran dalam talian adalah:
a) Learning Tasks: Untuk melibatkan diri dan mengarahkan murid dalam pembelajaran
dalam talian dalam proses pemerolehan pengetahuan dan pembangunan pemahaman
murid.
b) Learning Support: Untuk membina kerangka pemahaman murid dalam proses
pemerolehan pengetahuan.
c) Learning Resources: Diperlukan oleh murid untuk menyelesaikan tugasan yang ditetapkan
dan untuk memberi panduan dalam membina kerangka pemahaman murid.
Dalam kajian tindakan ini, guru memfokuskan elemen gabungan ‘Learning Task’
bersama ‘Learning Resources’ iaitu kuiz dan lembaran kerja serta elemen gabungan ‘Learning
Tasks’ bersama ‘Learning Support’ dengan mengintegrasikan pendekatan kolaborasi dalam
menyelesaikan tugasan.
2.2 Motivasi pembelajaran dalam talian
Motivasi adalah kekuatan dalaman yang mendorong seseorang untuk mengambil
tindakan atau bergerak ke arah suatu objektif (Harmon-Jones, Harmon-Jones, & Price, 2013).
Cole, Feild, dan Harris (2004) mendefinisikan motivasi murid sebagai kekuatan, kreativiti, dan
kesediaan murid untuk belajar dan mengambil bahagian dalam pembelajaran di kelas. Bolliger,
Supanakorn, dan Boggs (2010) menyatakan bahawa motivasi adalah faktor penting untuk
memastikan murid mendapat kepuasan dalam pembelajaran kelas dalam talian. Murid dengan
motivasi tinggi akan lebih menonjol dan berjaya dalam suasana pembelajaran dalam talian
daripada murid dengan motivasi rendah (Nelson, Oden, & Williams, 2019). Dengan mengambil
kira faktor ini, guru bercadang mengkaji kesan strategi pembelajaran secara kolaboratif ke atas
motivasi murid semasa pembelajaran dalam talian.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian guru sepanjang PdPR berlangsung hampir lebih dari
setahun (Mac 2020-September 2021), kehadiran murid dalam kelas guru adalah di tahap
memuaskan iaitu sekitar purata peratus kehadiran sebanyak 68% bagi kelas 1 Bestari dan
71% bagi kelas 2 Bestari bagi setiap kali sesi pembelajaran dalam talian dalam mata pelajaran
Sains. Namun demikian, guru tidak dapat merasakan kepuasan dalam pengajaran kerana
keterlibatan murid semasa sesi pembelajaran dalam talian adalah pasif dan kurang respon.
Walaupun guru telah menjalankan pelbagai jenis aktiviti atau kuiz dalam talian, murid masih
lagi senyap dan hanya beberapa orang sahaja yang akan menjawab secara lisan jika guru
bertanya soalan dan pendapat semasa sesi tersebut. Oleh itu, guru berpendapat strategi
pembelajaran dalam talian yang berpusatkan murid perlu dilaksanakan bagi membawa
suasana pembelajaran yang seronok serta penglibatan murid yang lebih aktif.
4.0 OBJEKTIF UMUM
Tujuan kajian adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian dengan pendekatan pembelajaran kolaboratif dalam mata pelajaran Sains
serta meninjau minat serta motivasi murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran secara
kolaboratif.
4.1 OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1) Mengenalpasti persepsi awal murid terhadap pembelajaran dalam talian yang
dijalankan dalam mata pelajaran Sains.
2) Mengenal pasti persepsi dan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran
kolaboratif yang dijalankan secara dalam talian dalam mata pelajaran Sains.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid kelas 1 Bestari dan 2 Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Desa
Cempaka seramai 44 orang yang mengikuti PdPR secara konsisten menjadi responden bagi
kajian ini.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1. TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian serta
soal selidik awal.
6.1.1 Pemerhatian
Guru menjalankan pemerhatian secara langsung semasa sesi PdPR serta melihat
semula video sesi PdPR yang direkod.
6.1.2 Soal Selidik Awal
Guru menjalankan tinjauan dengan boring soal selidik untuk melihat pandangan murid
tentang perasaan dan pendapat murid terhadap pembelajaran dalam talian bagi mata
pelajaran Sains.
6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
6.2.1 Analisis Pemerhatian
Melalui sesi pembelajaran dalam talian secara langsung serta melihat semula video
sesi PdPR yang direkod, guru membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid. Guru
menyedari kaedah pembelajaran perlu berubah untuk mengubah suasana pembelajaran yang
lebih menarik dan seronok. Hampir lebih setahun guru menggunakan pendekatan ‘kuliah’
semasa PdPR dalam menyampaikan konsep sains. Pentaksiran secara individu turut
dilaksanakan dengan pelbagai platform kuiz dalam talian seperti Google Form, Quizziz Live,
Quizziz Homework, WordWall, Liveworksheet, Edpuzzle namun masih tidak memberi
kemeriahan semasa pembelajaran. Masa PdPR yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains
adalah 90 minit setiap satu sesi. Bagi setiap sesi pembelajaran dalam talian yang biasanya
dibuat melalui Google Meet. Kebanyakan masa tersebut, hanya guru yang bercakap dan
menyampaikan input. Sekali sekala, murid yang berani dan tidak segan dengan guru memberi
respon dan menjawab soalan kepada pertanyaan guru. Suasana dalam kelas talian seperti di
dalam ‘perpustakaan’ yang sunyi dan sepi, hanya suara guru yang berdegar-degar mengajar
memberi indikasi awal bahawa PdPR yang berlangsung menunjukkan kurang penglibatan dan
tidak berpusatkan murid.
6.2.2 Analisis Soal Selidik Awal
Melalui soal selidik awal yang dijalankan oleh guru, menunjukkan murid berasa sukar
dalam meneruskan pembelajaran dalam talian. Mereka meluahkan perasaan dengan
menyatakan kesukaran mereka dalam memahami sesuatu konsep sains semasa PdPR.
Antara respon murid dalam tinjauan soal selidik awal yang menunjukkan situasi tersebut:
“nice......but sometimes hard to understand”
“it's nice.......but sometimes i can't understand some difficult points”
“Good. But sometimes it take long times to understand”
Selain dari itu, murid menyatakan ‘kerinduan’ dengan suasana pembelajaran bersama
rakan dan juga menjalankan eksperimen. Ini menunjukkan, motivasi murid menurun dengan
tiadanya interaksi bersama rakan yang biasa mereka lakukan semasa di dalam kelas fizikal
dalam sesi pembelajaran bersemuka ataupun semasa menjalankan eksperimen. Berikut ialah
antara respon murid yang menunjukkan situasi tersebut:
Responden Kenyataan responden ”
Responden 1 “I miss being in the classroom...”
Responden 2 “for me online science is good but learning science at school is
more better because we can talk to our friends and we can do
Responden 3 some experiments
Responden 4 “missing my friends, experiments:( “
“Good. But I miss the science experiment”
Melalui respon tersebut, guru cuba menggunakan strategi baru dalam PdPR yang
dapat memberi lebih peluang untuk murid berinteraksi dan bekerjasama antara rakan
walaupun dalam keterbatasan ruang perbincangan secara bersemuka.
6.3. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Melalui media sosial yang merupakan antara platform perkongsian ilmu para pendidik, guru
mendapat ilmu baharu dalam strategi pembelajaran dalam talian iaitu dengan menggunakan
platfom Google Breakout Room. Kaedah PdPR ini memberi peluang murid berbincang dan
berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan dalam kumpulan kecil.
Bagi setiap sesi PdPR melalui Google Meet, guru bermula dengan sesi Quizziz Live.
Sepuluh soalan bagi subtopik dalam sesi PdPR lalu, dijawab oleh murid. Setelah tamat sesi
Quizziz Live, guru terus membuat penerangan semula terhadap suatu konsep supaya tidak
berlaku lagi miskonsepsi .
Guru meneruskan PdPR dengan menerangkan konsep bagi subtopik merujuk kepada
objektif pembelajaran pada sesi tersebut selama 20 hingga 30 minit. Semasa sesi ini, guru
memberi contoh soalan yang berkaitan konsep melalui penggunaan aplikasi Slido, Wooclap
atau Classpoint.
Selepas tamat sesi itu, murid akan diberikan kumpulan. Guru membahagikan murid ke
dalam kumpulan kecil melalui pelbagai cara. Antaranya a) kumpulan yang telah ditetapkan
awal mengikut aras murid, b) menggunakan Wheel of Names: nama murid yang terpilih boleh
memilih ahli kumpulan mereka, c) menggunakan Team Picker Wheel; aplikasi pembahagi
kumpulan yang tersedia di Internet.
Setelah kumpulan dibentuk, murid keluar dari Main Room (Google Meet) dan masuk ke
dalam BreakOut Room mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Rajah di bawah menunjukkan
paparan Google Extension BreakOut Rooms bagi empat kumpulan.