Rajah 2: Paparan Google Extension BreakOut Rooms bagi empat kumpulan
Guru memberi pautan bagi tugasan yang perlu dilengkapkan bagi setiap kumpulan. Pautan
tugasan terdiri daripada soalan-soalan berdasarkan konsep yang telah dibincangkan semasa
sesi penerangan. Pautan tugasan yang digunakan guru juga pelbagai seperti Liveworksheet,
Google Jamboard, Wordwall dan Quizziz. Tugasan yang diberikan tidak memerlukan tempoh
masa yang lama untuk diselesaikan kerana tugasan berbentuk penilaian formatif bagi suatu
subtopik atau konsep sains. Masa yang diberikan bagi kumpulan menyelesaikan tugasan
bersesuaian dengan aras soalan yang diberi iaitu sekitar 20 hingga 30 minit bagi setiap sesi
kolaborasi. Semasa sesi ini berlangsung, guru menegaskan setiap ahli kumpulan diwajibkan
memasang mikrofon setiap waktu. Ini untuk menggalakkan interaksi sesama ahli kumpulan.
Strategi pembelajaran kolaboratif diterapkan semasa sesi ini berjalan. Murid bertukar idea
dan pandangan bagi menyiapkan tugasan. Hasil kerja kumpulan direkod dalam pangkalan
data aplikasi tersebut secara automatik. Tingkah laku dan cara murid berinteraksi sepanjang
sesi ini diperhatikan dan direkod .
Setelah selesai tugasan, guru membuat rumusan bagi hasil pembelajaran untuk sesi
tersebut dan PdPR ditangguhkan sehingga sesi seterusnya.
Kaedah PdPR yang menggunakan strategi pembelajaran kolaboratif ini telah dijalankan
seminggu sekali bagi kelas 1 Bestari dan 2 Bestari bermula dari 6 Julai sehingga 10 Ogos
2021.
Seterusnya, bagi mendapatkan maklum balas terhadap motivasi murid dalam
pembelajaran kolaboratif ini, guru membuat tinjauan secara pemerhatian dan juga soal selidik
akhir.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa sesi pembelajaran kolaboratif
berlaku, terdapat perubahan tingkah laku yang ketara positif ditunjukkan oleh murid. Sebelum
ini, murid sukar untuk bersuara dan memberi respon terhadap guru. Dengan pendekatan ini,
setelah beberapa sesi, murid mula berani melontarkan idea dan berusaha untuk
menyelesaikan tugasan bersama ahli kumpulan yang lain. Sesi PdPR menjadi bising dan
meriah tidak seperti sebelum ini. Guru turut memberi kata-kata semangat kepada murid jika
mereka memberi hujah dengan baik dalam menyelesaikan setiap item tugasan. Jika kumpulan
mereka berada dalam kedudukan tertinggi bagi kuiz yang dijalankan mereka menzahirkan
perasaan gembira dengan bersorak, ketawa dan bertepuk tangan. Perubahan sikap dan
keterlibatan dalam PdPR dari pasif ke aktif ini memberi semangat kepada guru untuk terus
mengamalkan pendekatan strategi pembelajaran kolaboratif ini semasa sesi PdPR akan
datang.
Melalui tinjauan soal selidik pasca aktiviti, menunjukkan murid begitu seronok dan
suka menjalankan aktiviti berkumpulan. Berikut ialah dapatan bagi item:
1) Mod yang lebih disukai semasa menjalankan aktiviti bagi PdPR Sains
Mod yang manakah murid lebih suka semasa menjalankan
aktiviti bagi PdPR Sains?
70% 41% 68%
60% 32% 59%
50%
40% Mod Individu Mod Kumpulan
30% 41% 59%
20% 32% 68%
10%
0%
1 Bestari
2 Bestari
1 Bestari 2 Bestari
Melalui graf bar di atas, ketara menunjukkan murid lebih berminat dengan aktiviti
berkumpulan dengan strategi pembelajaran kolaboratif iaitu seramai 59% murid 1 Bestari dan
68% murid 2 Bestari lebih suka dengan mod berkumpulan berbanding 41% dan 32% bagi
mod individu. Respon dari murid memberi maklum balas bahawa mereka menyukai kerja
kumpulan kerana dengan aktiviti berkumpulan, mereka dapat berkongsi pengetahuan dan
juga pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Respon seperti berikut diberikan oleh murid
dalam soal selidik akhir (LAMPIRAN A).
Responden Kenyataan responden
Responden 5
Responden 6 very fun to answer together”
Responden 7
“fun and interesting”
Responden 8
“I love group work is better than individual because we can share
Responden 9
Responden 10 knowledge.”
“because most of the activities are fun and we laugh a lot
doing it so we had fun learning”
“Because it's fun and sharing our ideas with friend”
“It’s fun to discuss with other friends”
“
Majoriti murid menzahirkan keseronokan dari pengalaman pembelajaran secara
kolaboratif dengan kaedah aktiviti berkumpulan. Respon yang diberikan murid seperti:
Responden Kenyataan responden
Responden 11
no matter what app or system teacher using......I LOVE GROUP
Responden 12 DISCUSSION MORE THAN INDIVIDUAL”
because after sooooo long... we are doing a activity in a group.....”
Melalui maklum balas ini, mengukuhkan bahawa murid sangat teruja dengan
pendekatan secara kolaboratif. Dengan keseronokan ini, menimbulkan minat serta motivasi
murid untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran meningkat. Seiring dengan
kajian yang dijalankan Cheung (2018), minat belajar merupakan aspek pembelajaran yang
sangat penting. Melalui minat untuk belajar, meningkatkan perhatian murid dalam
pembelajaran (Kayalar & ARI, 2017) dan seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran yang
lebih baik (Isnani, 2017).
8.0 REFLEKSI KAJIAN
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menangani cabaran semasa
pandemik Covid-19, guru dan murid sedang dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan
pelbagai kaedah pembelajaran dalam talian. Keadaan dan situasi semasa pandemik ini bukan
sahaja mengubah penggunaan teknologi malah strategi pendidikan juga mengalami
transformasi drastik. Dapatan kajian oleh guru menunjukkan murid mempunyai motivasi
instinsik dan minat yang tinggi setelah pendekatan pembelajaran kolaboratif digunakan secara
dalam talian. Ini sejajar dengan kajian yang dilakukan oleh Wighting et.al (2008), mereka
berpendapat bahawa murid yang mengikuti pembelajaran dalam talian mempunyai
keperibadian cemerlang dan konsisten dalam aktiviti pembelajaran mereka. Oleh kerana
pembelajaran dalam talian memerlukan kesedaran sendiri (Knowles & Kerkman, 2007),
keterlibatan murid dalam pembelajaran dalam talian adalah hasil dari minat dan objektif
pembelajaran mereka sendiri dalam bentuk motivasi intrinsik.
Guru dapat membuat kesimpulan di sini bahawa strategi pembelajaran kolaboratif
sangat berkesan dalam mengembalikan keseronokan dan kemeriahan di dalam kelas waima
pembelajaran dalam talian mahupun luar talian atau pembelajaran bersemuka. Guru akan
terus menggunakan strategi pembelajaran ini dalam menjalankan PdPR sehingga sekolah
dibuka kelak.
9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Bagi menjalankan kajian akan datang, antara cadangannya ialah kajian yang lebih
khusus dan terperinci kepada jenis, tujuan dan format aktiviti pembelajaran kolaboratif. Selain
itu, pemboleh ubah lain boleh dikaji seperti rangka kefahaman murid dalam pembelajaran
dalam talian juga wajar diberi perhatian dalam kajian akan datang. Kajian tersebut boleh
memfokuskan kepada bagaimana pembelajaran dalam talian lebih bermakna dan relevan dan
kesannya terhadap perubahan prestasi intelektual murid. Guru berharap hasil kajian ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPR mahupun PdPc secara bersemuka lebih menarik,
menyeronokkan dan berkesan.
BIBLIOGRAFI
Adedoyin, O. B., & Soykan, E. (2020). Covid-19 pandemic and online learning: the challenges
and opportunities. Interactive Learning Environments, 0(0), 1–13.
https://doi.org/10.1080/10494820.2020.1813180
Barkley, E. et.al (2014), Clarie Howell Major, Collaborative learning techniques, Nusa Media.
Bolliger, Doris U., Supawan Supanakorn, and Christine Boggs. (2010). “Impact of Podcasting
on Student Motivation in the Online Learning Environment.” Computers & Education
55(2):714–22. doi: 10.1016/j.compedu.2010.03.004.
Cheung, D. (2018). The Key Factors Affecting Students’ Individual Interest in School Science
Lessons. International Journal of Science Education, 40(1), 1–23.
Chou, P. N., & Chen, H. H. (2008). Engagement in online collaborative learning: a case study
using a web 2.0 tool. Journal of Online Learning and Teaching, 4(4), 574-582.
Cole, M. S., Feild, H. S., & Harris, S. G. (2004). Student learning motivation and psychological
hardiness: Interactive effects on students' reactions to a management class. Academy
of Management Learning & Education, 3(1), 64-85.
Dhawan, S. (2020). Online learning: A panacea in the time of Covid-19 crisis. Journal of
Educational Technology Systems, 49(1), 5-22. doi: 10.1177/0047239520934018
Fry, K. (2001). E-learning markets and providers: Some issues and prospects. Education+
Training, 43(4/5), 233–239. https://doi.org/10.1108/EUM0000000005484
Harmon-Jones, E., Harmon-Jones, C., & Price, T. F. (2013). What is approach motivation?.
Emotion Review, 5(3), 291-295
Isnani, G. (2017). The Influence of Classroom Climate, Learning Interest, Learning Discipline
and Learning Motivation to Learning Outcomes on Productive Subjects. JPBM (Jurnal
Pendidikan Bisnis dan Manajemen), 3(2), 85–96.
Kamarul Ariffin Bin Abd Rashid & Muliadi Bin Wahid (2007). Kesediaan Pembelajaran
Berasaskan Elektronik (e-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA). Universiti Kebangsaan Malaysia:
Sarjana Muda
Kayalar, F., & ARI, T. G. (2017). Study into The Views of Classroom Teachers upon Interest-
Based Learning in Primary Schools. Uluslararası Türkçe Edebiyat Kültür Eğitim (TEKE)
Dergisi, 6(4)
Knowles, E. & Kerkman, D. (2007). An investigation of students’ attitude and motivation toward
online learning. Insight: A Collection of Faculty Scholarship-Student Motivation, 2, pp.
70-80. USA
Nelson, M. L., Oden, K. L., & Williams, L. L. (2019). Student motivation to participate in
asynchronous on-line discussions
Oliver, R. & Herrington, J. (2003). Exploring technology-mediated learning from pedagogical
perspective. Journal of Interactive Learning Environments. 11(2). 111-126
So, H.-J., & Brush, T. A. (2008). Student perceptions of collaborative learning, social presence
and satisfaction in a blended learning environment: Relationship and critical factros.
Computers & Education, 318-336
Tsai, C.-C., Chai, C. S., Wong, B. K. S., Hong, H.-Y., & Tan, S. C. (2013). Positioning design
epistemology and its applications in education technology. Educational Technology &
Society, 16, 81–90.
Wighting, M. J., Liu, J., & Rovai, A. P. (2008). Distinguishing sense of community and
motivation characteristics between online and traditional college students. Quarterly
Review of Distance Education, 9(3), 285–295.
World Health Organization (2020). https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-
general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19%2D%2D-11-march-
2020.
Yusuf, B.N (2020) Are we prepared enough? A case study of challenges in online learning in
a private higher learning institution during the Covid-19 outbreaks. Adv. Soc. Sci. Res.
J., 7, 205–212.tcrecord.org/library ID Number: 17141, Date Accessed: 9/14/2021
LAMPIRAN A
PENGGUNAAN “KIT MINDA SIHAT” DALAM MENINGKATKAN
KESEJAHTERAAN DIRI DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3
Norhasfalela Abdullah1, Hafida Ishak2, Zurina Omar3, Normaizatul Farahin Satimin4
1, 2 & 3Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Desa Cempaka
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
[email protected]
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan “KIT MINDA SIHAT’ yang
digubal oleh guru bimbingan dan kaunseling SMK Desa Cempaka dalam membantu murid
Tingkatan Tiga yang menghadapi krisis dalam saringan minda sihat yang telah dijalankan di
sekolah. Sasaran kajian adalah seramai 33 orang murid yang terdiri daripada 10 orang lelaki
dan 23 orang murid perempuan dari kelas KAA yang dikenalpasti mempunyai tanda awal
ketidakstabilan emosi dalam saringan minda sihat meliputi kecenderungan murid untuk
mencederakan diri atau membunuh diri. Justeru ‘KIT MINDA SIHAT’ ini dibina bagi
membantu murid mendapatkan maklumat cara untuk menangani tanda-tanda awal situasi
kecelaruan emosi. Kit ini menggabungkan elemen didik hibur seperti platform padlet, video,
infografik, google form dan telegram poll selaras dengan minat remaja masa kini. Kit Minda
Sihat ini merupakan salah satu intervensi yang ringkas, mudah difahami dan menarik serta
dapat dicapai dengan mudah oleh semua murid.
Kata Kunci: minda sihat, kecelaruan emosi, krisis.
1.0 Pendahuluan
Pada tahun 2019 seluruh negara dilanda musibah Covid 19 yang turut menyebabkan perubahan
kepada gaya hidup seterusnya memberikan impak terhadap emosi setiap individu. Kehadiran
Covid 19 di Malaysia turut menyebabkan perubahan dalam kaedah pembelajaran dan sistem
persekolahan secara keseluruhannya. Pelbagai norma baharu dalam menyampaikan ilmu telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian melalui google meet, kaedah luar talian
seperti pemberian modul kepada murid-murid oleh guru guru yang berdedikasi.
Namun begitu, keadaan ini memberikan kesan yang agak mendalam dari segi emosi murid-
murid contohnya anxiety, stress dan kemurungan. Menurut Philip George (2006), kemurungan
bukanlah satu kelemahan dan ia bukanlah kerana semangat yang jahat atau bukan satu
hukuman daripada kesalahan atau dosa. Melalui kerjasama KPM dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), pelaksanaan Saringan Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu telah
diwajibkan kepada setiap murid yang belajar di institusi pendidikan di bawah penyeliaan KPM.
Tujuan utama pelaksanaan saringan minda sihat ini adalah untuk melihat kestabilan emosi
murid.
2.0 Objektif
Bertindak berdasarkan arahan KPM melalui surat siaran KPM.600-17/1/22 JLD. 3 (90)
bertarikh 22 Jun 2021, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Desa Cempaka telah
melaksanakan Saringan Minda Sihat kepada semua murid bermula 26 Julai 2021. Dalam
membina “Kit Minda Sihat” ini pengkaji mensasarkan dua objektif utama iaitu
a. Penggunaan “Kit Minda Sihat” dapat meningkatkan kesejahteraan emosi murid
b. Keberkesanan “Kit Minda Sihat” ditunjukkan melalui peningkatan bilangan murid
yang menggunakan “Kit Minda Sihat”.
3.0 Metodologi
Metodologi yang digunakan meliputi pengumpulan data melalui pelaksanaan saringan minda
sihat yang mengandungi tiga instrumen iaitu Soal Selidik Keperluan Murid, Patient Health
Questionnaire-9 (PHQ-9) Soal Selidik Keperluan Murid mengandungi 25 soalan, PHQ-9
mengandungi 9 soalan manakala GAD-7 mengandungi 7 soalan. Soal selidik ini telah
dijalankan secara dalam talian kerana tiada sesi persekolahan bersemuka sepanjang tempoh
perintah kawalan pergerakan. Pengkaji lebih memfokuskan kepada soalan PHQ-9 untuk
mengesan ciri-ciri kemurungan dan kecenderungan bunuh diri. Menurut Kroenke K, Spitzer
RL, Williams JBW (2001) soalan PHQ-9 adalah cara yang berkesan untuk mengukur
kemurungan. Ini kerana soalan nombor sembilan dalam instrument PHQ9 merupakan ‘red
flag’ kepada kecenderungan bunuh diri responden. Penyataan soalan nombor sembilan adalah
seperti berikut: “Berfikir bahawa lebih elok jika anda telah mati atau ingin mencederakan diri
anda dengan sesuatu cara’, Bagi soalan ini, jika murid memilih samada skala 1, 2 atau 3
akan meletakkan murid dalam kategori murid yang memerlukan perhatian khusus dan segera.
Berdasarkan data yang diperolehi daripada ketiga-tiga instrumen tersebut, pengkaji mula
membangunkan “Kit Minda Sihat”. Kit ini mengandungi tips dan maklumat berkaitan
penjagaan dan pengurusan emosi. Kit ini disebarluas melalui platform padlet, video, infografik,
google form dan telegram poll agar murid-murid membuat penerokaan kendiri berdasarkan
maklumat telah disediakan. Maklum balas murid yang berbentuk luahan emosi dapat dianalisa
dan dapat diambil tindakan selanjutnya. Bagi memenuhi keperluan objektif kajian, maka
kaedah pengumpulan data melalui bancian dalam aplikasi telegram telah disediakan bagi
mendapat respon murid-murid berkenaan kesejahteraan emosi mereka. Lampiran 1
menunjukkan perincian gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.
4.0 Dapatan Kajian
Sebanyak 26.8% bersamaan 427 orang murid daripada 97.63% murid SMK Desa Cempaka
yang mengambil saringan minda sihat didapati berada dalam kategori krisis. Memandangkan
peratusan murid yang berada dalam kategori krisis agak tinggi, pengkaji telah sepakat untuk
menghasilkan “Kit Minda Sihat” yang merupakan salah satu intervensi awal membantu murid-
murid yang berada dalam kategori krisis agar maklumat tentang cara untuk menangani tanda-
tanda awal situasi kecelaruan emosi dan seterusnya tidak bertindak di luar kawalan dapat
disebar luas. Hebahan ini jika digunapakai mampu mencegah daripada kecelaruan emosi ini
berlaku. Murid aliran agama tingkatan tiga seramai 33 orang dalam kategori krisis telah
diambil untuk menjadi sampel kajian,
Keputusan yang diambil adalah berdasarkan interpretasi yang telah diberikan oleh murid
melalui penggunaan “Kit Minda Sihat”. Analisis maklumat pula dibuat berdasarkan objektif
dan soalan kajian.
Jadual 1: Aktiviti dan Penglibatan Murid dalam “Kit Minda Sihat”
AKTIVITI MEDIUM BIL MURID SKOR 3 (PHQ-9) YANG
TERLIBAT
Lelaki Perempuan Jumlah
1. Are You OK Padlet 0 22
2. Yang mana saya Infografik/Poll 2 10 12
Telegram
3. Awak Apa Khabar Padlet 3 13 16
3 20 23
4. Saya bersyukur hari ini Padlet 4 17 21
5. Luahan perasaan Google Form
6. It OK no to be OK Infografik/Poll 6 21 27
Telegram
Dalam bahan aktiviti satu iaitu Are You OK, pengkaji telah menggunakan padlet berbentuk
peta dan meminta agar murid memberi maklum balas tentang emosi atau perasaan mereka?
pada ketika itu. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2021 dengan menggunakan
medium padlet. (https://padlet.com/g66138056/1n7tmx80q9pjf22w ). Didapati hanya dua
orang sahaja murid tingkatan tiga yang memberi skala 3 terhadap soalan 9 PHQ-9 memberikan
maklumbalas. Pengkaji turut menggunakan infografik dalam membantu murid meluahkan
perasaan dengan cara menganalisa lukisan infografik yang dipilih dalam aktiviti yang ke dua
pada 20 September 2021. Aktiviti yang ketiga meminta murid untuk memilih lukisan pokok
yang disukai. Murid turut berkongsi perasaan dalam mentafsir personaliti diri melalui telechat.
Pada aktiviti yang keempat pula, murid turut diminta memberi respon terhadap padlet yang
bertajuk ‘ Awak Apa Khabar’(https://padlet.com/hafidaishak/x273iurdahghv5k8) Aktiviti ini
diadakan pada 30 September 2021. Aktiviti ini mendapat respon yang agak baik daripada murid
yang dikaji iatu seramai 16 orang berkongsi masalah dan meluahkan perasaan mereka.
Pengkaji turut menggalakkan murid untu berkongsi perasaan menghargai diri dalam padlet ‘
Aku Bersyukur’( https://padlet.com/g66138056/Bookmarks )
Dalam aktiviti kelima dan keenam, ianya melibatkan tinjauan luahan perasaan yang
menggunakan “googleform” untuk mengutip maklumbalas. Aktiviti yang terakhir pada bulan
Oktober , pengkaji sempat mengutip data luahan perasaan murid bentuk pemilihan emoji
yang menggambarkan perasaan murid ketika itu.
Kesemua aktiviti ini dirumuskan ke arah menggalakkan murid untuk meluahkan perasaan yang
dialami. Peningkatan bilangan kepada 25 orang murid yang memberi maklumbalas dan
meluahkan perasaan menunjukkan penggunaan Kit Minda Sihat ini dapat membantu
meningkatkan kesejahteraan emosi murid.
Jadual 2: Perbandingan bilangan murid kategori krisis sebelum dan selepas penggunaan
“Kit Minda Sihat”
BIL. KELAS BIL. MURID BIL. MURID KATEGORI KRISIS
SETIAP YANG TELAH
1 3 KAA 1 KELAS MENJAWAB SEBELUM SELEPAS
2 3 KAA 2 SARINGAN
3 3 KAA 3 37 10 2
32 37 10 3
34 13 2
103 32 33 13
34
103
5.0 Perbincangan
Berdasarkan kepada maklum balas penggunaan “Kit Minda Sihat” ternyata ianya mampu
membantu murid-murid menguruskan emosi dengan cara meluahkan perasaan yang terpendam
dan berkongsi di platform yang telah disediakan. Dengan adanya “Kit Minda Sihat” ini dapat
memberi manfaat kepada murid dan apabila murid-murid dapat berkongsi dan meluahkan
kebimbingan serta perasaan masing-masing. Sesungguhnya berkongsi dapat memberi kelegaan
kepada murid. Hasil luahan ini menjadi titik tolak kepada sesi bimbingan yang berterusan
sehingga murid itu mencapai kesejahteraan emosi.
Walau bagaimanapun beberapa isu berkaitan telah dikenalpasti. Antaranya seramai lima orang
murid yang dijadikan sampel kajian langsung tidak memberi respon. Justeru antara langkah
yang diambil untuk mengatasi isu ini ialah pengkaji mengedarkan kad perasaan yang meminta
murid menulis perasaannya ketika pembelajaran semasa bersemuka.
Pengkaji berhasrat untuk menyebarluaskan “Kit Minda Sihat” ini kepada seluruh warga
sekolah sama ada dalam kalangan murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Diharapkan
dengan adanya kit minda sihat ini dapat membantu mengurangkan bilangan murid yang
memilih skala 3 akan berkurangan sehingga ke angka sifar.
Pengkaji turut merangka untuk mengumpulkan semua bahan hebahan di dalam medium seperti
dashboard yang bakal dibina untuk memudahkan murid dan warga sekolah membuat capaian
bahan dengan lebih teratur dan berkesan. Penggunaan dashboard juga, boleh merekodkan data
pelawat yang menggunakan Kit Minda Sihat tersebut. Selain itu, bagi memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan berterusan, sudah tentu keperluan memperbanyakkan lagi
bahan hebahan Minda Sihat merupakan fokus utama pengkaji.
Rujukan
Philip George (2006). Depression is an illness. Lundbeck Malaysia. Kuala Lumpur
Md Noor Saper, Ab Aziz Mohd Yatim (2007). Kelompok Dinamik Pendekatan dan Modul
Praktikal. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Mohd Fakry Ismail (2011). Minda Penggerak Motivasi Diri. Logareadthem Publications,
Negeri Sembilan
Kroenke, K., Spitzer, R. L., & Williams, J. B. W. (2001). The PHQ-9: Kesahan Ukuran
Keputihan Kemurungan Ringkas. Jurnal Perubatan Dalaman Umum, 16(9), 606–
613. https://doi.org/10.1046/j.1525-1497.2001.016009606.x
Lampiran 1