memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan
bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan
seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga
terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi,
berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan
Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi
perbualan hangat dalam kalangan pendudukpenduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah
masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi
datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama
ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah
surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan
harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana
sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah
oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che
Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala
Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-
ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan halhal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat.
Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab
Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah.
Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-
baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat
beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari
atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah.
Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang
apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan
karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang
larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga
puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana
untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan
dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan 64 pengabaian warga tua. Lili
telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah dan
memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan
Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan
merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat
nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah
keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke
rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan
dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk
mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang
cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan
kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk
kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka
langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai
rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh
cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anakanaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat
dengan pemaju perumahan. Datuk 66 tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh
semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam
berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili
kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq
pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel
berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel tentang
pisang.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini mempunyai teknik pemerian yang menerangkan
peristiwa dalam plot secara langsung. Sebagai contoh, Penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang
ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di
kampung selepas tamat persekolahan.
Kekuatan yang kedua adalah novel ini mempunyai pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua
watak. Sebagai contoh, Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel
berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih
memilih perubatan secara tradisional.
Kekuatan yang ketiga ialah novel ini adalah monolog dalam penceritaan. Teknik monolog dapat dapat
menambat hati pembaca tentang pengucapan watak secara bersendirian di dalam novel. Sebagai contoh,
Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
Kekuatan yang keempat adalah teknik saspens yang menimbulkan rasa tertanya-tanya terhadap pembaca.
Sebagai contoh, Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka
bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan penduduk kampong.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai jalan cerita tenatang imbas kembali yang mengingati
semula peristiwa yang lalu. Sebagai contoh, Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik
ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu
kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah
mengarang setiap plot dengan lebih kreatif kerana semua nilai yang boleh diamalkan oleh pembaca
berulang banyak kali dan sama. Selain itu, terdapat terlalu banyak nilai murni yang sama dalam satu novel.
Seterusnya, penulis perlulah memendekkan ayat yang ingin disampaikan kerana ayat yang terlalu panjang
boleh menyebabkan pembaca rasa bosan. Selepas itu, penulis terlalu memanjangkan bahagian isu kubah
surau.
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, penulis perlulah mengarang setiap plot dengan lebih kreatif kerana semua nilai
yang boleh diamalkan oleh pembaca berulang banyak kali dan sama. Selain itu, penulis perlu meletakkan
nilai yang banyak. Seterusnya, penulis perlulah memendekkan ayat yang ingin disampaikan kerana ayat
yang terlalu panjang boleh menyebabkan pembaca rasa bosan. Selepas itu, penulis perlu memendekkan
bahagian isu kubah surau.
5 NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
5.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan ketabahan seorang wanita yang menghadapi pelbagai dugaan
dalam hidupnya. Antaranya ialah ketabahan menghadapi kematian anak perempuannya, kegagalan
rumah tangganya dan masalah tentangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah.
b) Biografi Pn. Azmah Nordin
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah
Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak
ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan dunia
penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada
awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan
novel.
c) Kulit Hadapan & Kulit Belakang Novel
5.2 SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya
di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Hal ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Namun,
berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur pembedahan. Ketika itu, dia
menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap 8
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh
doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakitpesakit yang berpendapatan sederhana.
5.3 SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat
pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga tentang
pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan
yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan
golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar.
Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK.
Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di
hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak.
Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan
matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi
keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan
sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga
jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri
kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi
peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya
ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk
bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat
anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang
terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang
banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK
kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalkan berusaha.
Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Raiha
mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali
sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan
Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat
lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca
musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa
ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang
pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya
setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya
berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan
dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya
berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya
semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu
pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur
sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah
yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital
Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala
Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba
menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas
miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia
tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai
balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak
jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya
selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya
dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk
dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat.
Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh
bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi
tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan
kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta
bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa
sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda
masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan
wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan
‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan
disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor
Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang.
Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha.
Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya
menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja
menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok,
namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana
menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya
yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi
pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya
haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab
malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak
perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala
lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama
ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik
rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan
didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di
lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati
pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana
kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar
dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor
Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan
hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya
selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong.
Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Unong Siro
dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha
juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia
yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku
antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang
yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk
menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas
sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia
bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar.
Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika
mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong
Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat
jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah
begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu
menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan
rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup
percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya
dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.
Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex
Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat
bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex,
Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut
menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur
sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu
sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali
ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas
menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang
lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua
wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam
keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap
anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi
huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh
kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron
meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang
parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan
meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong
Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan
sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan
yang gagal dalam peperiksaan akhir semester
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam
kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga
terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya.
Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia
juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak
enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor
mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk
dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani
kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung. Raiha turut
melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis.
Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang.
Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang
hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta
itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai
saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini mempunyai permulaan novel yang sangat
menarik.Sebagai contoh, Novel ini dimulai dengan Raiha yang masih dihantui peristiwa kematian anaknya
dan kegagalan rumah tangganya akibat dikap suaminya Dr. Sadiz. Raiha juga yang baru bertugas di Pusat
Rawatan Pantai Kasih berasa hairan terhadap pesakit Unong Siron yang menjalani pembedahan di tempat
yang sama beberapa kali.
Kekuatan kedua adalah novel ini perkembangan jalan cerita yang dapat memudahkan pembaca memahami
tentang jalan cerita yang disampaikan. Sebagai contoh, Setiap watak seperti Raiha, Felicia dan Dr. Uwang
dibayangi dengan kisah lampau mereka yang meninggalkan kesan sehingga hari ini. Raiha diberi peluang
untuk membedah Unong Siron dan cuba memastikan di tidak perlu dibedah lagi dan berhempas pulas
mencari wang untuk menanggung kos rawatan.
Kemudian, novel ini mempunyai dialog supaya pembaca dapat memahami dan dapat membayangi jalan
serita.Sebagai contoh, Datu Ontong dan isteri Dr. Uwang yang berbual tentang bahaya ubat tradisional.
Seterusnya, novel ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu
watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain.Sebagai contoh, Dr. Raiha mempersoalkan 76 sama
ada Pusat Rawatan Pantai Kasih memerangkap pesakit yang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan
di situ. Selain itu, novel ini memberi banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dan amalkan dalam
kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun
ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar
bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Karakter sampingan di novel ini seperti Doktor Uwang begitu zalim kerana meskipun itu adalah salahnya
tetapi dia menyalahkan anak hasil ketelanjurannya meskipun dia yang terlanjur dan anaknya tidak
mempunyai kesalahan pun. Menambahkan bilangan bab dan mengurangkan kandungan dalam satu bab
kerana pembaca akan berasa bosan dan akan susah untuk membuat sinopsis disebabkan oleh kandungan
dalam suatu bab yang begitu panjang.
Pengakhiran novel ini agak kurang mantap di mana pengakhirannya dia meminta maaf dengan begitu sahaja
lalu mangsa itu hanya memaafkan begitu sahaja meskipun hal yang dilakukan oleh karakter itu tidak dapat
dimaafkan. Perkembangan watak utama tidak begitu mantap kerana dia masih naif dan tidak mempunyai
perkembangan yang mantap seperti di novel Leftenan Adnan Wira Bangsa di mana watak utamanya penuh
dedikasi dan berani. Perkembangan cerita dalam novel ini kurang memberangsangkan kerana cerita dalam
novel ini agak memeningkan bagi membaca akibat terlalu banyak konflik dan pergaduhan yang berlaku di
dalam novel ini
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penulis perlu menambahkan kejutkan di dalam cerita
agar pembaca berasa ingin lebih semangat untuk mengetahui tentang kejadian jalan cerita. Selain itu penulis
juga perlu menambahkan konflik yang menarik di dalam cerita agar setiap pembaca lebih tertanya – tanya
tentang perkembangan jalan cerita. Seterusnya, penulis perlu menambahkan latar tempat dalam jalan cerita
novel agar menjadikan novel lebih menarik jalan ceritanya. Disamping itu, perwatakan di dalam novel
perlulah ditambahkan agar lebih banyak perkembangan cerita yang menarik yang dapat disampaikan oleh
setiap pembaca novel ini. Akhir sekali, penulis perlu perbanyakkan teknik plot yang perlu dipertengahkan
di dalam cerita agar jalan cerita menjadi lebih tersusun dan lebih mantap di hati pembaca.
6 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
6.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan hidup. Dahlia, seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal
menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan. Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang
yang menimpa diri dan keluarganya. Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua
ujian tersebut dengan jiwa serta semangat yang kental.
b) Biografi En. Khairuddin Ayip
Beliau dilahirkan pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Latar tempat tinggal
banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan
kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa. Beliau
semakin yakin setelah memenangi beberapa anugerah dan
ayahnya mulai merestui minat beliau dalam bidang penulisan.
c) Kulit Hadapan & Kulit Belakang Novel
6.2 SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha
dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya
pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung.
Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan.
Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak
bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan
masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan
rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding
anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar
tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu
berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia
bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih
bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah
ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka
dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya
bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli
Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh
jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai
malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya
reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan
peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu
Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari
pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun.
Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang
bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang
cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai
ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan
lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar
Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk
kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah
menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia
sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi
Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
6.3 SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah
habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke
Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.
Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke
rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan
kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak
dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.
Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik
Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi
punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah
tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.
Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia
doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar
yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu
Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani,
warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik
dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital.
Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital.
Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan
emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai
raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya
hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah
pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong
tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji
keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia
menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari
pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa
Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik
kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti
Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam
daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka
membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia
dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga
menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia
melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak
mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong
bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam
dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola
jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta
Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia
tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di
depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong
akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh
itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada
Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai.
Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak
dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke
balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim.
Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah
baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya
dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas,
Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.
Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Antara kelebihan novel Songket Berbenang Emas ialah novel ini mengajar pembaca untuk tabah
menempuhi cabaran hidup. Novel ini juga membuat pembaca beremosi. Sebagai contoh ketika diberitahu
Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah atas sebab perlu menjaga adik-adiknya. Tidak lupa juga novel ini
mengingatkan kita bahawa semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai contoh, sebagai seorang
anak sulung, Dahlia menjaga adik-adiknya dengan penuh kasih sayang dan pada masa yang sama Dahlia
tidak lupa untuk teruskan belajar supaya cemerlang dalam STPM. Seterusnya ialah novel ini mempunyai
pembinaan plot yang lengkap dan menarik. Kelebihan yang ketiga ialah novel ini menggunakan latar tempat
yang pelbagai supaya pembaca dapat berimaginasi tinggi semasa membaca. Kelebihan yang keempat ialah
cerita yang ditulis amat menyentuh hati sehingga dapat mengalirkan air mata pembaca jika pembaca betul-
betul menghayati cerita ini. Kelebihan yang terakhir ialah sikap saling memahami Azhari dan Dahlia.
Azhari memberi izin kepada Dahlia untuk menyambung pelajarannya di Jepun dan mengingatkan dia untuk
sentias menjaga jati diri sebagai orang Melayu.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Antara kekurangan yang terkandung dalam novel Songket berbenang emas adalah jalan cerita novel ini
tidak menarik sehingga membuat pembaca tidak penasaran dengan halam selanjutnya. Selain itu, novel ini
kurang mempunyai latar tempat sehingga menyebab novel ini menjadi tidak menarik. Seterusnya, Imaginasi
terlalu kurang terhadap pembaca tentang cara pengembangan cerita yang disampaikan di dalam novel.
Disamping itu, pengolahan ayat tidak menarik kerana tidak tersusun yang akan mengelirukan pembaca.
Akhir sekali, novel ini mempunyai kelemahan watak utama yang menggelamkan watak utama sebaliknya
watak pembantu yang menonjol
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah jalan cerita untuk ini adalah penulis perlu
memantapkankan lagi penulisan dialog yang dipertengahkan jalan cerita supaya dapat menjadikan jalan
cerita lebih menarik. Selain itu, teknik imbas kembali di dalam jalan cerita novel perlu dikurangkan di
dalam novel supaya dapat mengurangkan kebosanan jalan cerita. Seterusnya penulis perlu memikirkan
ayat yang menarik tentang konflik dalaaman dan luaran novel agar pembaca dapat merasai akan jalan
cerita yang ingin disampaikan. Disamping itu, perkembangan cerita dalam novel ini perlulah diolah
supaya jalan cerita menjadi lebih mantap dan lebih tersusun. Akhir sekali, penulis novel perlulah
menambahkan teknik plot dalam novel ini supaya setiap pembaca dapat memantapkan pemikiran mereka
untuk menganalisis novel.
7 NOVEL TIRANI KARYA BEN SABARIAH
7.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan bahawa kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu
kebahagian hidup. Manakala ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang yang dapat menutup
kekurangan dan melindungi kelemahan diri.
b) Biografi Pn. Ben Sabariah
Ben Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan anak kelahiran
Betong, Sarawak. Beliau telah mendapatkan pendidikan diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru. Beliau juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada
tahun 1999.
c) Kulit Hadapan & Kulit Belakang Novel
7.2 SINOPSIS KESELURUHAN
Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan dengan
kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya
yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap
desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang
diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.
Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan
konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung tentang
kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka.
Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah
dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikejarkan
ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.
Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan
hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan, iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya
kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.
Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang
akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan
tiket kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.
Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan
diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya
setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah
Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.
Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak
pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai
Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
bapanya, Datuk Vasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda
yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel.
Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada
malam itu.
Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan
daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya.
Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa
tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan
pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk memaklumkan bahawa tulang
rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk
pembedahan segera pada bahagian hidungnya.
Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan berlandaskan
adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya,
Datuk Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi
satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan
penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah
sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.
Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad
eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda
meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada
Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda
meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh
suaminya.
Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu
disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu
mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migraine rneroyan akibat tindakan
suaminya yang kejam itu. Ghazidan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan
dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi, Kuala Lumpur. Waheeda menyatakan
keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani
rawatannya di Pusrawi.
Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang
terletak di Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah setelah
pengurusan chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu walaupun
berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di
Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadis sunti
yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Cafe Iwani dan Restoran
Iwana.
Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA yang sedang
diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras ibunya yang
berbeza daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah
berehat di Cafe Iwani. Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai perkara seperti perihal
keinsafan atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang dialaminya di Los
Angeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat mengesan bahawa pemuda
yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda. Izzati terkejut apabila Zahid
memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan dirinya ialah Izzati.
Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang enggan
melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid menangis
apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan
Waheeda, ibu Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda terkejut lalu bergegas
meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas suaminya, Zahid yang sedang
berbual-bual dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang penyesalan Zahid atas
kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan
hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid berasa kesal atas kesalahannya terhadap Waheeda
dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda
manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.
7.3 SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan
benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong
Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu
kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di
situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan
Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar
dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga
dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah
demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat
Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang
mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad
untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan
diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di
kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid.
Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan
dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo
Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah.
Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia
tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas
mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa
wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini
berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula
mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di
sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk
Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan
perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak
ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu
nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan
ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas
katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.