Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang
ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya.
Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang
dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang
menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya
dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha
menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,
Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia
menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan
Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah
dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak
yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan
doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid,
seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di
sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah
Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan
berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti
anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Tirani hasil karya Beb Sabariah. Terdapat beberapa kekuatan
dalam novel ini. Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai perkembangan watak yang bagus dan
baik. Sebagai contoh, Waheeda berjaya meneruskan kehidupannya walaupun dengan ketiadaan suaminya
iaitu Zahid untuk bersama-sama membesarkan anaknya. Seterusnya, novel ini sememangnya membuat
banyak rujukan untuk penerokaan secara terperinci etnik atau budaya masyarakat Sarawak. Penamat cerita
yang bagus dan membolehkan pembaca mengambil iktibar serta tidak mencontohi sikap Zahid. Namun,
jika hendak dibandingkan dengan Jendela Menghadap Jalan, Tirani lebih menarik kerana plot yang tidak
berulang. Saya juga perasan bahawa novel bertujuan sebagai sejenis cara untuk membincangkan topik
seperti pemeliharaan budaya dan hubungan yang kesat.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang pertama ialah penulis tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang rhinoplasty
surgery atau pembedahan plastik untuk mengubah bentuk hidung. Beliau tidak menerangkan tentang proses
pembedahan itu dengan jelas di dalam novel tersebut. Kekurangan yang kedua ialah jalan cerita novel ini
jauh tersimpang daripada tajuk utama yang hendak penulis tekankan iaitu untuk mempromosikan budaya
Sarawak. Penulis lebih banyak menekankan tentang perjalan perit liku hidup Waheeda. Keburukan yang
ketiga ialah sifat dan perangai watak utama yang tidak logik akal. Waheeda telah memaafkan dan menerima
semula bekas suaminya setelah suaminya menceraikannya kerana anak mereka tidak mewarisi kecantikkan
Waheeda. Keburukan yang keempat ialah sikap buruk suami Waheeda, Zahid yang cemburu buta dan
menuduh Waheeda curang dengannya dan bayi yang dikandung Waheeda bukan miliknya. Sikap buruk ini
boleh mengakibatkan keruntuhan rumah tangga, persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Keburukan
yang kelima ialah novel ini menunjukkan contoh yang tidak baik bahawa kita tidak akan dihormati dan
akan dihina jika kita mempunyai wajah yang hodoh dan kita akan disanjung jika kita cantik dipandang. Hal
ini dapat membuatkan pembaca berasa sedih dengan rupa paras mereka.
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambah baikan untuk novel Tirani ialah penulis perlu membuat kajian yang lebih
mendalam mengenai pembedahan plastik supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca.
Cadangan yang kedua ialah penulis sebaiknya perlu lebih fokuskan jalan cerita untuk mempromosikan
budaya Sarawak kepada pembaca. Cadangan yang ketiga ialah Waheeda sepatutnya tidak kembali kepada
suaminya yang banyak melakukan perkara yang buruk terhadap isterinya. Cadangan yang keempat ialah
sikap suami Waheeda ini terlalu teruk kerana telah meniduh Waheeda tanpa soal selidik sehingga
menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Cadangan yang kelima ialah watak utama di dalam novel ini iaitu
Waheeda perlu lebih bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.
8 NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
8.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Contohnya, Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
b) Biografi Pn. Sri Rahayu Mohd Yusop
Pn. Sri Rahayu Mohd Yusop menerima pendidikan di Sekolah Tun
Fatimah dan Universiti Otago, New Zealand dalam ijazah sarjana muda
TESL kini merupkan seorang guru di peringkat sekolah menengah. Karya
ini menjadi salah satu novel di dalam komsas tingatan 5 kerana ia
mengetengahkan penceritaan yang menarik tentang alam sekitar dan
pencemaran cahaya.
c) Kulit Hadapan & Kulit Belakang Novel
8.2 SINOPSIS KESELURUHAN
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul
Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.
8.3 SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid.
Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah
yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar
grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per
lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap
grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad
Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut.
Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik
emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh
lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang
dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak
hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar.
Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik Kristal.
Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal.
Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen
petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.
Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.
Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Bimasakti Penari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat
bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Kekuatan pertama yang terkandung dalam novel
adalah teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara
langsung. Sebagai contoh, Pengarang menggambarkan keunikan rumah Ikhtiar Teknoalam sebagai
kediaman mesra alam yang kelihatan seperti rumah tradisional Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi. Kekuatan kedua adalah novel ini menggunakan monolog yang menarik pada diri watak.
Sebagai contoh, Nurul Hafsa bercakap sendirian tentang kekecewaan para pelawat yang tidak dapat melihat
kelip-kelip dan kaitan antara kelip-kelip di kawasan paya dengan bintang yang tidak kelihatan di langit.
Kekuatan ketiga adalah novel ini menggunakan teknik saspens yang membuat pembaca tertanya-tanya
tentang jalan cerita novel tersebut. Sebagai contoh, Pembaca tertanya-tanya sama ada Nurul Hafsa dapat
menerima hakikat bahawa langit semakin terancam oleh pencemaran cahaya. Kekuatan keempat adalah
novel ini mempunyai jalan cerita yang memberikan kejutan kepada pembaca. Sebagai contoh, Pembaca
tidak menyangka bahawa Maryam Wickham Abdullah sebenarnya ialah ibu kandung kepada Muhammad
Taufik. Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai pennggunaan dialog diantara watak. Sebagai
contoh, Nurul Hafsa berbual-bual dengan pengemudi bot tentang laluan sungai yang tidak boleh dilalui
oleh mereka.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Antara kekurangan yang terdapat di dalam novel Bimasakti Menari ialah Sri Rahayu lebih banyak
memberitahu daripada menunjukkan. Penggunaan cakap ajuk juga berleluasa sehingga kadang-kala
mengganggu. Kekurangan yang kedua ialah penulisan dialog di dalam novel ini kadang-kala terlalu
panjang. Kekurangan yang ketiga ialah novel ini menunjukkan zaman masa depan negara yang terdedah
dengan pencemaran bunyi dan cahaya. Kata Taufik, populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurang kerana kehadiran ramai pelancong dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, dan
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang membawa ancaman kepada kelip-
kelip. Kekurangan yang keempat ialah dialog watak-watak yang memanggil sesama sendiri dengan nama
penuh. Ia agak janggal kerana itu bukan satu kebiasaan untuk kita memanggil orang yang dikenali dengan
nama penuh. Kekurangan yang terakhir ialah sifat dendam Dato Johan terhadap bapa Muhammad Taufik
iaitu Tan Sri Muhaimin. Nilai negatif ini boleh mengalirkan dalam minda pembaca dan seterusnya
menyebabkan mereka ada sifat dendam dalam diri.
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambah baikan untuk novel ialah penulis digalakkan untuk mempelbagaikan
Teknik penceritaan di dalam cerita ini supaya dapat menarik minat para pembaca. Cadangan yang kedua
ialah penulis perlu memastikan Teknik penulisan dialog bersesuaian supaya mudah untuk pembaca
menghadam cerita. Cadangan yang ketiga adalah untuk mengurangkan penulisan yang dapat
memburukkan imej negara. Cadangan yang keempat ialah penulis perlu menulis dialog watak dengan
lebih santai dan kasual supaya Nampak realistik. Cadangan yang terakhir ialah nilai-nilai murni di dalam
novel ini perlu diperbanyakkan supaya menjadi tauladan untuk para pembaca.
9 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
9.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan berkaitan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh
Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.
b) Biografi En. Nizar Parman
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman
dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat,
Johor. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
daripada Open University of Malaysia. Beliau mula menulis
pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca
dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara semasa menuntut di sana.
d) Kulit Hadapan & Kulit Belakang Novel
9.1 SINOPSIS KESELURUHAN
Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi yang tinggal dengan
Umi, bapa tirinya ‘walid’ dan adk tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa
Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Johor. Haiqal
terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan.
Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak
dapat menerima hakikat bahawa suaminya seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya,
perkhawinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya
telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi
dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya tetapi Haiqal tidak dibawa ke csana atas alasan
dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah
ayahnya untuk kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia tetap menyayangi dan
menghormati uminya dan tidak berani membantah kata-kata uminya.
Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa
cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat,
Manuskrip yang diterima itu menceritakan beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kegidupan
bapanya yang ingin memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin. Justeru, Haiqal bersasa
teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubati kerinduannya terhadap
bapanya yang ditanggung olehnya sejak kecil.
Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman
bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan
alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia .
Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal
bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya
itu. Walid memahami persaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor Kelak.
Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik tirinya sahaja
mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal samapai
di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesaimenunaikan solat subuh di surau, Haiqal
menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.
Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah
ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak
Min. Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya,
Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada.Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah
bin Kayan Haiqal lebih hebat daripada sangkaannya.
Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa
Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak
kerja Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa
sawit dan kebun getah milik arwah ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada
Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di
bank dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di sebuah makan di sebuah restoran. Di
restroan itu, Seh hwa berbual-bual dengan Haiqal tengtang Ratna. Semasa makan, Seh Hwa
memberitahu bahawa ayahnya pandai memasak cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan bahawan
Seh Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan dapat mengisi kekosogan jiwa
arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak
menyimpan rahasia hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam
manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.
See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di
sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal
membeli yang berkaitan dengan bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka
meminati penulis yangsama. Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara mereka
berdua . Pada petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal Membaca SMS yang dihantar dari
Nurul Aisyah dan membalasnya.
Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh
Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca
surah Yasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan
motosikal berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-bual
dengan Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut
tentang arwah.Selepas menunaikan solat maghrib dan isyakdi masjid, Haiqal ke warung Wak Min
untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai
tarian zapin.
Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal
dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa buah album, majalah, dan buku-buku milik arwah
ayah benar-benar seorang pencinta tarian zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang Aksara
kepada See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara pekara yang
tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga
menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat dan arwah ayah
Haiqal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera
di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa
tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan
masyarakat dengan sastera.
Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian zapin.
Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan
cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat suara
oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan pada malam
tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak.
Haiqal juga turut serta dalam membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal
mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Waparmin, Abang
Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajarkan tarian zapin.
Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada Walidnya tentang
tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul mendoakannya agar dapat
mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita
bahawa Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim
menyuruh Haiaql memujuk See Hwa menari dengannya.
Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu Tauke Ong tentang
tujuanya untuk memujuk See Hwa apabila sedang menggosok kostum untuk tarian zapin. See
Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan
kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.
Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian
zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona oleh kelembutan gerak tari See Hwa dan
Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah yang sedang
berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal berasa amat terharu
dan bersyukur kepada Tuhan apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.
Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Unimas. sebuah universiti
di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya sudah terlerai apabila
uminya datang untuk melihatnya menari tarian zapin. Dalam hatinya, Umi mengakui bahawa darah
seni yang mengalir di dalam tubuh Haiqal merupakan darah seni Abdullah bin Kayan yang tidak
boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang ushawan. Ketika
Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu
menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih jauh daripada jangkauannya
kerana dia masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir diksina
benar-benar mendamaikan.
9.3 SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu
ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari
ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai,
Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman
yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah
aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke
Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk
meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah
ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku
yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki
kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan
aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak
terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam
kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu
aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut
penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan
puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk
sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah
bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita
aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu
aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh
aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu
ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang
mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita
tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki
sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai
hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan
balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya
pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan
aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar
kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn
iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira
dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk
dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri
sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu
bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu.
Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera
dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku
kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya
daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke
Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung
ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat
sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan
sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih
mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan
begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan
kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu
apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling.
Suatu KETIKA Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku
yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri
Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah
puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan
ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak
pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan
pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya.
Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album
besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya
ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi
tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
2.3 5 KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina hasil karya Nizar Palman. Terdapat beberapa
kekuatan novel ini. Kekuatan yang pertama ialah novel ini tidak menyimpang dari plot utama. Seterusnya,
novel ini memperkenalkan tarian zapin iaitu tarian yang berasal dari Johor. Kemudian, novel ini juga
mewujudkan keharmonian antara kaum kerana banyak bangsa di Malaysia yang terdapat di dalam novel ini
iaitu bangsa Cina dan Melayu. Jika hendak dibandingkan dengan Jendela Menghadap Jalan, jalan cerita
novel ini lebih menarik dan laju kerana tidak membincangkan perkara yang tidak penting kepada jalan
cerita dengan terlalu lama. Tidak lupa juga, perwatakan watak sampingan juga secara terperinci
sehinggakan kita dapat tahu apakah fungsi watak tersebut tanpa mempersoalkan watak mereka.
2.4 5 KEKURANGAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina hasil karya Nizar Palman. Terdapat beberapa
kelemahan novel ini. Matlamat watak utama di novel ini agak biasa berbanding dengan novel Bimasakti
Menari di mana watak utamanya mempunyai matlamat yang luas dan besar kerana ia bercakap tentang isu
alam sekitar manakala di novel ini ia hanya menceritakan yang watak utama di novel ini hanya berbuat
demikian bagi mengembalikan tarian zapin yang telah lama hilang. Novel ini juga lebih memfokuskan
kepada cerita watak yang lain di mana ia hanya mempunyai sedikit sahaja kaitan dengan cerita utama novel.
Ini akan menjejaskan bacaan pembaca kerana ia agak mengelirukan. Karakter sampingan kurang
memberikan impak kepada cerita. Jika kita bandingkan antara novel Songket Berbenang Emas karakter
sampingan di novel itu amat memberikan impak kepada novel. Perkembangan cerita di novel ini amat
perlahan berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas kerana di novel ini banyak melakukan
penceritaan di bab 3 dan memakan ruang untuk bab yang lain. Tajuk novel ini tiada kaitan dengan
penceritaan novel. Ini kerana jika dibandingkan dengan Novel Songket Berbenang Emas. Novel itu
mempunyai kaitan dengan nama novel manakala novel ini tiada kaitan langsung.
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, penulis bolehlah memilih tajuk novel yang berkaitan dengan jalan cerita supaya tidak
mengelirukan pembaca. Seterusnya, perlulah penulis menambahkan lebih bnyak perwatakan kepada setiap
watak supaya mereka dapat memberikan lebih banyak impak kepada jalan cerita novel tersebut. Selain itu,
bolehlah jalan cerita novel ditambahbaikkan dengan menceritakan lebih banyak tentang peristiwa seseorang
watak itu terutamanya watak utama supaya jalan cerita novel itu akan menjadi lebih menarik. Kemudian,
penulis perlulah lebih bijak dalam pembahagian jalan cerita setiap bab supaya jalan cerita sepanjang novel
seimbang dan tidak terlalu perlahan. Akhirnya, bolehlah penulis memilih pengakhiran jalan cerita yang
lebih menarik dan mengikutan jalan cerita supaya jalan cerita novel senang diingati oleh para pembaca.
10 RUJUKAN
1. Goodreads. (2010, July 9). Silir Daksina by Nizar Parman. Goodreads. Retrieved June 11,
2022, from https://www.goodreads.com/book/show/11704364-
silirdaksina?from_search=true&from_srp=true&qid=O1N4QyBvUu&rank=1
2. 2. Novel pantai kasih : Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Ipendidikan.my. (2021, August
10). Retrieved June 11, 2022, from https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html 3.
SGO, A. (2019, October 2).
3. Novel Leftenan Adnan Wira bangsa. Sistem Guru Online. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html 4. Unknown. (1970,
January 1).
4. Nota KOMSAS Tingkatan 5 (novel). Sokesto Bestari. Retrieved June 11, 2022, from
https://sksungaitong.blogspot.com/2017/10/nota-komsas-tingkatan-5- novel.html 5.
YouTube. (2021, February 14).
5. Drama pendek | novel pantai Kasih Ting 4 by SMK Pernu #pantaikasih #novelpantaikasih.
YouTube. Retrieved June 11, 2022, from https://www.youtube.com/watch?v=JsjKZiE8Z0w 6.
YouTube. (2021, February 4).
6. Novel Silir Daksina (sinopsis). YouTube. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.youtube.com/watch?v=rsJsI-lmQAM 7. YouTube. (2021, July 13)
7. . 5 minit: Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira bangsa. YouTube. Retrieved June 11, 2022,
from https://www.youtube.com/watch?v=rCt8-OyCNLo 8. YouTube. (2021, June 21).
8. Sinopsis novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor. YouTube. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.youtube.com/watch?v=FYw94a3bN6w 9. Goodreads. (1970, January 1).
9. Jendela Menghadap Jalan by Ruhaini Matdarin. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendelamenghadap-
jalan?ac=1&from_search=true&qid=iDZRDHFzuZ&rank=1 158 10. Goodreads. (1970, January
10. Pantai Kasih by Azmah Nordin. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/24969026-
pantaikasih?ac=1&from_search=true&qid=8dTO13asY9&rank=1 Goodreads. (1970, January
11. Tirani by Beb Sabariah. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/5638062-
tirani?ac=1&from_search=true&qid=LAgHAutPn6&rank=3 12.
12. Goodreads. (1991, January 1). Songket Berbenang Emas by Khairuddin Ayip. Goodreads.
Retrieved June 11, 2022, from https://www.goodreads.com/book/show/6439054-
songketberbenang-emas?ac=1&from_search=true&qid=9MPeykKZwI&rank=1 13.
Goodreads. (2010, July 9).
13. Silir Daksina by Nizar Parman. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/11704364-
silirdaksina?from_search=true&from_srp=true&qid=O1N4QyBvUu&rank=1 14. Goodreads.
(2012, December 6).
14. Di Sebalik Dinara by Dayang Noor. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-
sebalikdinara?ac=1&from_search=true&qid=eGi9Ms2Jk6&rank=1 7. Goodreads. (n.d.)
15. . Bimasakti Menari. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/12975147-
bimasaktimenari?ac=1&from_search=true&qid=wNIHbsSr0d&rank=1 15
16. . Goodreads. (n.d.). Leftenan Adnan Wira bangsa. Goodreads. Retrieved June 11, 2022, from
https://www.goodreads.com/book/show/9045221-leftenan-adnan-
wirabangsa?ac=1&from_search=true&qid=ZZMAqcF5e6&rank=1