BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Menurut sejarah, negara Indonesia merupakan sebuah negara pengeluar dan
pembekal bahan mentah yang sangat diingini oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Kedudukannya yang hampir dengan negara-negara pembekal bahan mentah yang lain
seperti Tanah Melayu dan Singapura telah menyebabkan kuasa-kuasa besar ini ingin
menguasai negara tersebut. Oleh sebab itu negara ini telah dijajah oleh kuasa Eropah
yang telah membawa kesan yang besar kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran
negaranya.
Menurut M. C. Ricklefs (2008), pada zaman pemerintahan Belanda negara ini
di gelar Hindia Belanda atau Dutch East Indies. Kemudian setelah kedatangan Jepun
dan perang dunia kedua negara ini mengalami begitu banyak cabaran dalam menuntut
kemerdekaan rakyatnya. Kemunculan tokoh-tokoh yang berusaha keras dalam
menuntut kemerdekaan negara ini telah melahirkan sebuah negara yang digelar
Indonesia.
1
Akibat daripada penjajahan kuasa asing yang begitu lama, telah meninggalkan
serba sedikit kesan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Indonesia. Begitu
juga dalam bidang pendidikan, praktik penjajahan yang dilakukan oleh bangsa asing
dimulakan dengan tahap kebodohan dalam bidang pendidikan atau disebut education
destruct, ini yang dinyatakan oleh Titik Handayani, (2008). Dalam penulisan beliau
menceritakan kepayahan rakyat Indonesia dalam memperjuangkan pendidikan di
negara itu.
Namun atas kegigihan kementerian pendidikan dan kebudayaan Indonesia
telah membuat pembaharuan dalam sistem pendidikan mereka. Di Indonesia semua
penduduk wajib mengikuti program pendidikan dasar selama sembilan tahun, enam
tahun di sekolah dasar dan tiga tahun di sekolah menengah. Sistem pendidikan
Indonesia telah terbahagi kepada tiga jalur utama iaitu fomal, tidak formal dan
informal. Pendidikan Indonesia juga dibahagi kepada empat peringkat, iaitu anak usia
dini (pendidikan tadika), dasar (pendidikan rendah), menengah (pendidikan
menengah), atas (pendidikan menengah atas) dan tinggi (pendidikan tinggi).
Setiap peringkat tahap pembelajaran di Indonesia telah diselaraskan dan
dirangkakan oleh Kementerian Pendidikan Indonesia sendiri bagi melahirkan generasi
yang berkualiti dan mampu berkhidmat dalam dunia pekerjaan nanti. Mereka lebih
menumpukan untuk menghasilkan produk yang boleh meningkatkan ekonomi negara
Indonesia itu sendiri. Pada peringkat menengah, pelajar–pelajarnya akan diberikan
pilihan untuk menjuruskan diri dalam suatu bidang yang lebih tertumpu. Ini bagi
2
menjadikan pelajar–pelajar Indonesia lebih berkemahiran tinggi dalam sessuatu
bidang terutama bidang perkhidmatan.
Soedijarto (2007), sejarah kewujudan pendidikan kesejahteraan keluarga
(PKK) adalah berpunca daripada pertumbuhan masalah dalam permasalahan
kekeluargaan di Indonesia. Selain itu, sewaktu pemerintahan Presiden Sukarno,
terdapat Rencana Pembanggunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN) tahun 2004–
2009, yang menetapkan beberapa tujuan untuk menaikkan tahap negara Indonesia
dalam senarai hasil pembanggunan manusia (Human Development Report) dari United
Development Programme (UNDP).
Dalam laporan ini telah merekodkan Indonesia berada pada senarai tercorot
berbanding dengan negara–negara jirannya seperti Malaysia, Singapura dan lain–lain.
Oleh hal itu, Indonesia telah telah merencanakan matlamat yang akan dicapai pada
tahun 2015. Salah satu darinya adalah dalam sektor pendidikan untuk tujuan
“mencapai pendidikan dasar untuk semua”. Salah satu targetnya ialah pencapaian
prestasi pendidikan di tingkat sekolah menengah sebanyak 100% pada tahun 2015
(Iptek, 2015).
Maka, perangkaan program PKK telah dirangka oleh panitia dalam bahagian
pengurusan pendidikan untuk persiapan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga pada taraf
nasional. Menurut Melly Sri Sulastri Rifai (2007), panitia telah membentukkan satu
Lembaga Nasional PKK dengan rancangan pengajaran yang lengkap. Dari sini, segala
program yang akan dilaksanakan oleh sekolah–sekolah atau pihak swasta haruslah
3
selaras dengan program tunggal tersebut. Ini penting bagi memastikan setiap
pengajaran yang diberikan adalah hampir sama dan tidak bercanggah atau mempunyai
perbezaan yang ketara.
Di Indonesia sejak 19 kemudian tahun 1993 lagi bidang PKK telah berdiri
sebagai organisasi profesional dengan menggunakan nama Ikatan Sarjana Ilmi
Kesejahteraan Keluarga Indonesia (ISIKKI) yang berpusat di . PKK merupakan
sebuah badan organisasi yang menekankan tentang Melly (2007), menyatakan
organisasi ini berperanan untuk membantu dalam meningkatkan kualiti sumber
manusia dan keluarga. Ia juga punyai tujuan yang tersendiri seperti:
1.1.1. Meningkatkan kualiti taraf hidup warga Indonesia melalui
keluarga sejahtera agar melahirkan warga yang produktif,
keperibadian yang baik, bertaqwa dan terhindar dari kemiskinan.
1.1.2. Sebagai media komunikasi, saling memberi infomasi dalam
bidang pengetahuan, kejuruan, keterampilan, pendidikan /
latihan, teknologi, program dan aktiviti di antara badan organisasi
Home Economics.
1.1.3. Memperluaskan jaringan kerja sama organisasi di dalam dan
luar negeri.
4
Hasil daripada pandangan dan sokongan dari semua pihak telah menempatkan
program PKK ini sebagai suatu program pendidikan yang bertaraf sama penting seperti
program perubatan, pendidikan dan kejuruteraan di Indonesia. Ini kerana, Indonesia
berpendapat program PKK ini mampu meningkatkan taraf kehidupan Indonesia dari
segi penguasaan bidang–bidang kemahiran yang menjadi sumber pendapatan
warganya. Contoh seperti kemahiran menjahit, kecantikan, dan penyediaan makanan.
Berbanding dengan sistem pendidikan di Malaysia, tidak banyak jauh bezanya
cuma tahap perubahan yang buat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
agak perlahan. KPM telah membuat transformasi untuk mengubah dasar kokurikulum
sekolah vokasional kepada kolej vokasional (KV) bagi merombak semula semua
kurikulum pengajaran dan pembelajaran di KV. Oleh sebab itu, pada tahun 2013 KPM
telah menaik tarafkan secara berperingkat daripada sekolah vokasional kepada kolej
vokasional. Namun, pertikaian masih berlaku apabila buah mulut mempersoalkan
sejauh mana kemampuan pelajar KV untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lepasan
institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut Tan Tai dan Ariffin (2016) menyatakan lebih 50 peratus pelajar
lepasan sekolah rendah di Indonesia akan memasuki ke pangajian aliran kemahiran
berbanding dengan di Malaysia. Hanya 33 peratus sahaja pelajar lepasan Peperiksaan
Tingkatan 3 (PT3) atau Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan memasuki
pengajian vokasional. Ini kerana di Malaysia pelajar–pelajar yang mempunyai tahap
pemikiran tinggi akan lebih cenderung untuk memasuki ke Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM).
5
Berlainan dengan struktur pengajian di Indonesia, kerana di Indonesia pelajar
cemerlang akan dimasukkan ke sekolah berkemahiran seperti Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri.
1.2 Penyataan Masalah
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) 27, Jakarta, Indonesia ,
merupakan salah satu daripada sekolah kejuruan yang terhebat di Indonesia.
Pencapaian yang diperoleh oleh sekolah ini sangat membanggakan dan kejayaan demi
kejayaan yang dilakukan oleh pelajarnya sangat bermutu sehingga mereka mampu
melayakkan diri ke pertandingan peringkat antarabangsa. Setiap kejayaan pelajar
SMKN 27, Jakarta, Indonesia , dapat dilihat dari setiap pencapaian dalam pertandingan
(rujuk lampiran).
Pengkaji memilih SMKN 27, Jakarta, Indonesia , sebagai sekolah kajian adalah
kerana sekolah ini memperoleh kejayaan yang cemerlang antaranya ialah beberapa kali
memenangi peringkat juara dalam program anjuran tempatan dalam jurusan
penyediaan dan pengendalian makanan di serata Indonesia pada tahun 2010, 2011 dan
2013 (rujuk lampiran).
Lanjutan daripada kemenangan–kemenangan itu, SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, ini juga mengungguli pingat kejuruan berturut–turut dalam pertandingan
Liga Komunikas Stand (LKS) sejak tahun 2010 sehingga 2013 dalam jurusan
6
penjagaan kulit, dandanan rambut, penyediaan makanan dan kecantikan. LKS
merupakan suatu pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Pertama dan
Sekolah Menengah Atas Indonesia bagi melihat prestasi pelajar di setiap sekolah. Bagi
juara akan mewakili negara untuk ke peringkat ASEAN pula.
Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar SMKN 27, Jakarta, sungguh tidak
mengecewakan kerana pada peringkat antarabangsa SMKN 27, Jakarta, Indonesia,
telah mewakili Indonesia dalam World Skill Competation (WSC) bagi jurusan tata
kecantikan. Pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , juga telah mencipta sejarah dengan
menjuarai Asean Skill Competation (ASC) dalam jurusan penyediaan makanan pada
tahun 2012. Manakala pada tahun 2013 pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , telah
menjadi wakil Indonesia untuk menyertai pertandingan World Skill Competation
(WSC) sekali lagi di Jerman dalam jurusan penyediaan makanan.
Berbeza dengan pencapaian Kolej Vokasional di Malaysia. Walaupun
pertubuhan kolej vokasional di Malaysia merupakan suatu pembaharuan baru dalam
struktur pendidikan Malaysia, namun ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan
kegagalan kolej vokasional untuk mencapai taraf dan pencapaian yang sama tanding
dengan SMKN di Indonesia. Hasil produk yang dilahirkan dari kolej vokasional adalah
hampir sama dengan SMKN. Melahirkan pelajar–pelajar yang berkemahiran dalam
bidang–bidang yang telah ditetapkan. Namun pencapaian pelajar kolej vokasional
masih di tahap rendah. Ini kerana, mereka hanya diberi peluang untuk menyertai
pertandingan di peringkat sederhana sahaja. Berbeza dengan pencapaian yang di
tunjukkan oleh SMKN 27, Jakarta, Indonesia .
7
Selain itu, kesan daripada pelbagai pencapaian yang diperoleh oleh pelajar–
pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia ini, pihak sekolah telah menerima tajaan dan
bantuan dari segi pembekalan peralatan makmal dan penyediaan makmal yang cukup
dan lengkap. Setelah menggondol banyak kemenagan, SMKN 27, Jakarta, Indonesia ,
menerima tawaran Memorandum Of Understanding (MoU) dengan perusahaan asal
Negara Korea iaitu CheilJedang (CJ) yang merupakan anak perusahaan yang
bertanggungjawab dalam bahagian makanan dan teknologi dari CJ group. Bentuk
kerjasama yang dilakukan ialah menyediakan dapur dan tenaga pengajar yang
mengikut standard internasional. Hasil pelajar dari SMKN 27, Jakarta, Indonesia, yang
telah menunjukan prestasi yang cemerlang akan diserap ke dalam CJ company.
Kolej vokasional juga mampu untuk mendapat kerjasama dari pihak luar untuk
membantu dari segi peralatan dan penyediaan makmal. Ini kerana, kolej vokasional
tempatan mengalami masalah peralatan dan kelengkapan makmal yang tidak lengkap
dan tidak cukup, ( I. Sarimah dan Y. Farawahida, 2008). Selain itu, guru–guru yang
mengajar MPV terpaksa menggunakan wang peruntukan daripada mata pelajaran yang
lain untuk menampung kos perlaksanaan projek amali (Zainuddin, 2004). Jesteru,
kajian tentang kejayaan SMKN 27, Jakarta, Indonesia, perlu dilaksanakan dalam
mengenalpasti faktor penyumbang kejayaan bagi menjadi contoh kepada bidang sains
rumah tangga khususnya dan bidang Pengajian Teknik Vokasional (PTV) umumnya
di Malaysia.
8
1.3 Objektif Kajian
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, tidak jauh bezanya
jika dibandingkan dengan Kolej Vokasional di Malaysia. Setiap program yang
ditawarkan hampir sama dan silibus yang diajar juga tidak jauh bezanya. Oleh itu,
pengkaji ingin membuat kajian terhadap:
1.3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan guru–guru di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia, terhadap aliran pendidikan di sekolah
kejuruan.
1.3.2 Mengenal pasti tahap keyakinan guru–guru mengajar di SMKN
27, Jakarta, Indonesia, dalam aliran pendidikan di sekolah
kejuruan.
1.3.3 Mengenal pasti faktor–faktor kejayaan pelajar di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia.
1.3.4 Mengenal pasti tahap penglibatan pihak pentadbiran di SMKN
27, Jakarta, Indonesia, dalam pencapaian pelajar–pelajar.
9
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Sejauh manakah pengetahuan guru di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, dalam mengajar mata pelajaran di sekolah tersebut?
1.4.2 Adakah tahap keyakinan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia,
mempengaruhi ketika mengajar mata pelajaran di sekolah
tersebut?
1.4.3 Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan guru dalam
melahirkan pelajar–pelajar yang cemerlang?
1.4.4 Apakah faktor yang mempengaruhi kecemerlangan para pelajar
di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam mencapai kejayaan di
peringkat antarabangsa?
1.4.5 Bagaimanakah pihak pentadbiran di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, memainkan peranan untuk membentuk sebuah
sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang berkualiti taraf
profesional dalam bidang–bidang tertentu?
10
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan dengan faktor
sama ada guru, pelajar atau pengurusan sekolah yang membawa kepada kejayaan
sekolah kejuruan SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Hasil daripada kajian ini dapat
memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang telah membawa kejayaan kepada
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia tersebut.
Tambahan pula, secara tidak langsung hasil daripada kajian ini dapat
memberikan input kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
terutama kepada pensyarah–pensyarah dan pelajar–pelajar program Ijazah Pendidikan
Sains Rumahtangga berkenaan faktor–faktor yang membawa kecemerlangan sekolah
kejuruan sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.
Justeru itu, daripada kajian ini juga dapat memberikan maklumat mengenai
pengetahuan sedia ada yang harus ada dalam setiap guru–guru di Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dalam setiap bidang yang diajar mereka di
sana. Tambahan lagi, kajian ini memberikan kepentingan kerana ianya memberikan
maklumat berkaitan tahap keyakinan para guru–guru di Sekolah Menengah Kejuruan
Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dalam persediaan mengajar untuk memberikan
penyampaian ilmu kepada pelajar dengan lebih berkesan dalam setiap mata pelajaran
yang diajar. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat tentang
faktor–faktor kejayaan guru dalam penggunaan kaedah mengajar dan usaha mereka
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
11
Hal ini dapat membantu Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia, terutama dalam bidang pendidikan untuk mengenal pasti faktor yang
membawa kecemerlangan dan kejayaan pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan
itu. Secara tidak langsung, maklumat seperti ini dapat membantu pihak sekolah
kejuruan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk
menguruskan hal kepentingan dan keperluan pelajar yang juga merupakan memainkan
peranan penting untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
Selain itu juga, dapatan kajian ini dapat membantu guru mata pelajaran atau
guru kelas untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara
berkesan kepada pelajar. Hal ini kerana guru telah mengetahui tahap penguasaan atau
kemahiran asas yang harus ada pada seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi
pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak langsung, sesi ini akan menjadi lebih lancar
setelah kajian ini dilakukan kerana dapatan daripada kajian ini juga telah mengenal
pasti tahap keyakinan guru tersebut dalam mengendalikan kelas atau mata pelajaran
yang diajar.
Malah, bukan itu sahaja, pihak pengurusan sekolah juga boleh memainkan
peranan dengan lebih efektif setelah selesai dapatan kajian ini dijalankan. Hasil
dapatan kajian ini dapat membantu pelbagai pihak yang saling berkaitan dalam dunia
pendidikan kemahiran, ini kerana pengkaji akan mendapatkan data dari kalangan guru,
pelajar dan juga pihak pentadbiran.
12
Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan oleh pihak tertentu dalam
menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan kepelbagaian persepsi negatif
guru–guru terhadap faktor yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah.
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau adakah guru, pelajar atau pihak
pengurasan merupakan faktor dalam mengecapi suatu kejayaan di Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Batasan atau sample kajian ini terhad kepada
lokasi, sample, tajuk, masa dan sumber kewangan yang ditetapkan. Kajian yang akan
dijalankan ini tertumpu kepada guru, pelajar dan pengurusan di Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
Beberapa batasan kajian yang dikenalpasti oleh penyelidik:-
1.6.1 Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada guru–guru, pelajar–pelajar dari
jurusan pengendalian makanan, kecantikan dan busana pakaian, dan
pihak pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia.
13
1.6.2 Tempoh Kajian
Jangkaan masa keberadaan pengkaji di Sekolah Menengah Kejuruan
Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk melaksanakan kajian ini adalah
kurang dari seminggu. Pengkaji perlu ke tempat kajian untuk melihat
dan mendapatkan hasil kajian itu sendiri dengan menjalankan temu
bual secara berhadapan dengan guru, pelajar dan pihak pengurusan
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
1.6.3 Limitasi Tempat
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, menjadi
pusat kajian pengkaji untuk kajian ini kerana pencapaian sekolah
tersebut yang sungguh membanggakan dalam bidang kecantikan,
pengendalian makanan dan busana pakaian.
1.6.4 Pemilihan Respondan
Bilangan respondan dari kalangan pelajar adalah seramai 60 orang yang
terdiri daripada 20 orang pelajar jurusan kecantikan, 20 orang jurusan
pengendalian makanan, dan 20 orang dari jurusan busana pakaian.
Manakala 20 orang lagi dari kalangan guru dan pengetua SMKN 27,
Jakarta, Indonesia.
14
1.7 Definisi Konsep dan Operasional
Definisi konsep ialah gambaran secara umum dan menyeluruh di mana ianya
mengandungi maksud daripada maksud dan konsep istilah tersebut. Tambahan lagi,
definisi konsep ini merupakan definisi yang disepakati oleh ramai pihak dan telah
dibakukan dalam kamus bahasa, bersifat formal dan mempunyai pengertian yang
bersifat abstrak (Hidayat, 2009).
Manakala definisi operasional merupakan definisi sesuatu istilah yang
digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan istilah tersebut kepada respondan,
pembolehubah yang dikaji dalam kajian yang dijalankan. dalam erti kata lain, definisi
ini memberikan gambaran tentang suatu konsep yang hendak diuji itu boleh
dimanipulasikan. Definisi setiap istilah ini adalah perlu kerana penggunaannya dalam
kajian ini mungkin berbeza-beza dan antara istilah–istilah tersebut ialah:
1.7.1 Faktor
Faktor yang dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini adalah terdiri
daripada tahap pengetahuan dan keyakinan guru, faktor yang
membawa kepada kejayaan pelajar–pelajar di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia dan pengaruh penglibatan pihak pentadbiran
sekolah dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah SMKN
27, Jakarta, Indonesia, tersebut serta pencapaian pelajar–
pelajarnya.
15
1.7.2 Pengetahuan
Pengetahuan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah
meliputi tahap pendidikan para guru di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, samada setiap dari kalangan guru mereka memiliki
tahap pendidikan yang tinggi atau sederhana. Ini penting kerana,
segala ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru mereka
menunjukkan tahap pengetahuan guru mereka kepada pelajar–
pelajar.
1.7.3 Keyakinan
Setiap individu punyai tahap keyakinan yang berbeza dan
punyai cara penyampaian maklumat yang berlainan. Guru harus
memiliki kemahiran penyampaian yang baik supaya pelajar
dapat menyerap semua ilmu yang disampaikan. Namun sejauh
mana tahap keyakinan guru tersebut mampu menarik minat
pelajar untuk kekal fokus didalam kelas dan mampu
menyampaikan maklumat dengan tepat tanpa ragu–ragu serta
mendapat kepercayaan daripada pelajar untuk terus belajar
dengannya.
1.7.4 Kaedah Mengajar
Dalam setiap mata pelajaran memerlukan cara yang berbeza dari
segi penyampaian dan persembahan. Daripada kaedah
pengajaran yang baik mampu mengekalkan fokus pelajar
didalam kelas. Terdapat pelbagai cara dan pendekatan
16
digunakan oleh guru untuk pastikan pelajar memahami apa yang
dipelajari.
1.7.5 Sekolah Kejuruan
Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, merupakan
sebuah sekolah menengah yang tertumpu kepada pengajaran
kemahiran yang menawarkan kursus seperti pengendalian
makanan, busana pakaian, kecantikan dan banyak lagi. Sekolah
ini menyerupai seperti kolej vokasional di Malaysia. Serta
modul pengajaran mereka juga tidak banyak jauh bezanya
dengan kita.
1.7.6 Tata Busana
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang rekaan fesyen,
menjahit, dan semua yang berkaitan dengan busana. (rujuk
lampiran)
1.7.7 Tata Boga
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang kulinari, pastri,
restoran dan semua yang berkaitan tentang pengendalian
makanan. (rujuk lampiran)
17
1.7.8 Tata kecantikan
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang kecantikan muka,
rawatan muka, solekan dan semua yang berkaitan tentang
pengurusan kecantikan diri. (rujuk lampiran)
1.7.9 Pentadbiran
Pihak pentadbiran sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia, adalah
satu badan penting dalam pengurusan sekolah berkenaan dari
segi pengendalian dan penyediaan infrastruktur dan tenaga
pengajar dalam semua kursus yang ditawarkan di sekolah
berkenaan. (rujuk lampiran)
18
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
Kajian terhadap faktor–faktor pancapaian kejayaan di Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, ini berfokus kepada beberapa faktor dan
antaranya ialah tahap pengetahuan guru, tahap keyakinan guru atau kaedah mengajar
yang digunakan serta usaha guru di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia. Selaian itu, pengkaji akan menjalankan kajian keatas guru, pelajar dan
pihak pengurusan sekolah di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia.
Faktor Kejayaan di Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri 27
Jakarta, Indonesia
Guru, Pelajar atau
Pengurusan Sekolah
Tahap Tahap Keyakinan Faktor Kejayaan Peranan Pihak
Pengetahuan Pentadbiran
Guru Pelajar
Guru
Guru
Infrastruktur
Sikap
Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian
19
1.9 Rumusan
Secara kesimpulannya, bab 1 ini merumuskan tentang pengenalan atau latar
belakang tentang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji secara keseluruhannya. Ia
menerangkan tentang tajuk serta tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini. Kajian yang
dilaksanakan haruslah berfokuskan dimana melibatkan sample atau populasi kajian
bagi mendapatkan data. Selain itu juga, dari bab ini memberi penerangan seba sedikit
tentang istilah bahasa yang akan diguna pakai sepanjang dalam kajian ini bagi
memudahkan pengkaji serta pembaca untuk membuat rujukan tentang senario
permasalahan yang berkaitan.
Dari bab ini juga telah memberi pendedahan awal dan pandangan awal tentang
kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, bab ini merupakan bab yang
paling penting kerana ia akan dijadikan rujukan asas dan utama jika pengkaji
mengalami sebarang kecelaruan atau hilang fokus sewaktu menjalani kajian ini.
20
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Tujuan utama kajian sorotan literatur adalah untuk membantu pembaca dalam
memahami seluruh badan penyelidikan yang ada pada topik yang cuba pengkaji
kupaskan. Daripada soroton literatur ini pengkaji boleh membuat perbandingan dan
perbezaan sama ada hasil daripada kajian–kajian lepas menyokong atau menolak hasil
kajian ini. Menurut Ellen A. (2011), hasil daripada kajian literature akan memberi
maklumat kepada pembaca mengenai kekuatan dan kelemahan kajian itu. Ia
ditakrifkan oleh konsep memberi panduan atau tumpuan topikal.
Beberapa kajian literatur akan dikaji semula berdasarkan kajian–kajian lepas
dan akan dibandingkan dengan hasil daripada dapatan kajian pengkaji di Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Setiap sorotan literatur akan di olah
dan dibandingkan untuk melihat samada terdapat perbezaan, perubahan atau
persamaan hasil kajian ini dengan hasil kajian–kajian lepas yang dapat menyokong
setiap objektif kajian pengkaji.
21
Setiap kolej vokasional harus menilai tahap pendidikan di kolej berkenaan
supaya sama tanding dengan sekolah kejuruan di Indonesia agar dapat melahirkan
pelajar–pelajar yang sama taraf dengan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengupas dan membincangkan faktor–faktor yang boleh membawa kepada kejayaan
pada sesebuah sekolah kemahiran tersebut. Sorotan kajian ini terbahagi kepada
beberapa bahagian seperti yang berikut:
i. Tahap pengetahuan guru
ii. Tahap keyakinan guru
iii. Faktor kejayaan pelajar
a. Guru
b. Kelengkapan infrastruktur
c. Sikap pelajar
d. Peranan pihak pengurusanan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji menggunakan teori
tingkahlaku dalam pelajaran dan persekitaran dalam bilik darjah. Menurut teori
behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman,
belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000).
Guru akan lebih bersedia untuk melaksanakan aktiviti pengajaran di dalam kelas
kerana telah didedahkan kepada latihan mengajar sewaktu menjalani kursus mengajar.
Hasilnya, guru yang terlatih mampu menyediakan medium pengajaran yang berkesan
kepada pelajarnya. Teori ini telah dijalankan ramai pengkaji seperti (John Locke 1690,
Edward Thorndike 1874, B. F Skinner 1930) yang menekankan bagaimana
persekitaran mampu mempengaruhi sesetengah tingkah laku manusia.
22
Manakala menurut teori environmentalisma yang diperkenalkan oleh T.
O’Riordan (1976) menerangkan faktor persekitaran mampu memberi pengaruh kepada
perubahan dan perspektif seseorang itu. Pelajar memerlukan kelas dan makmal yang
sempurna dari segi kelengkapan peralatan dan bilangan yang cukup supaya semua
pelajar dapat menggunakan alatan tersebut tanpa perlu berebut dengan pelajar lain.
2.2 Tahap Pengetahuan Guru
Sebagai seorang insan yang bergelar dirinya guru haruslah memiliki tahap
pengetahuan dan ilmu yang meluas dan banyak dalam banyak bidang dan dalam
pelbagai cara. Misty Adoniou (2015), telah membentangkan konsep pengetahuan guru
yang menyediakan rangka kerja untuk menggambarkan kerumitan pengetahuan guru.
Kerangka kerja ini menerangkan tiga cara untuk mengetahui iaitu mengetahui
bagaimana, mengapa dan apa. Setiap guru sepatutnya mampu memberikan penjelasan
bagi setiap soalan yang akan diajukan oleh para pelajarnya dengan betul dan tepat.
Pengetahuan yang meluas yang dimiliki oleh seorang guru mampu
memberikan banyak faedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
mahupun amali. Menurut Hills (2015), pengetahuan guru terdiri daripada kedua–dua
prestasi pengajaran guru dan pemikiran pengajaran. Oleh itu dalam kajian ini, tingkah
laku guru dalam suatu keadaan tertentu, penjelasan dalam bilik darjah, dan interaksi
dengan pemikiran pelajar yang yang mungkin akan menjejaskan pencapaian pelajar
lain dilihat sebagai guru berpengetahuan.
23
Di Arkansas, guru diberi peluang untuk mengajar sambil belajar, setelah guru
tersebut tamat pengajian, guru akan diserap terus menjadi pendidik dan daripada kes
ini guru dapat menimba sambil memberi pengetahuan guru kepada pelajar–pelajarnya
secara lebih efektif (Feistritzer dan Chester, 2000). Kini alternatif seperti ini
dikekalkan di sana dan guru akan memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dalam
mendidik.
Apabila tahap pengetahuan seseorang guru tersebut pada tahap yang sama
sahaja tanpa ada inisiatif lain untuk menambahkan pengetahuan, maka guru tersebut
tidak dapat memberikan pengajaran yang baik kepada pelajar kerana zaman kian
perubah, pelajar memerlukan pendedahan pengetahuan yang terkini supaya tidak
ketinggalan zaman, (Ladd dan Vigdor, 2010). Ini memberi kesan bukan sahaja kepada
tahap pengetahuan guru malah pelajar juga. Guru seharusnya memperluaskan tahap
pengetahuan mereka supaya dapat memberikan contoh yang terbaik kepada pelajar.
Kesannya, pelajar akan lebih mampu berfikir diluar kotak dan maju kehadapan.
Guru yang efektif ialah guru yang selalu mencari jalan penyelesaian dalam
penyampaian ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar–pelajar di sekolah. Menurut
kajian Clotfelter (2006), menyatakan seorang guru yang sering membuat kajian lebih
dalam tajuk atau bidang yang diajar akan menjadikan guru tersebut lebih
berpengatahuan dan efektif dalam pengajaran beliau.
24
Dalam silibus pembelajaran untuk menjadi seorang guru, akan diberikan
pengetahuan tentang penyediaan kaedah mengajar sebagai mempelbagaikan lagi cara
penyampaian ilmu kepada pelajar. Ini penting untuk mengekalkan momentum pelajar
sewaktu sesi P & P di dalam kelas. Pendedahan pedagogi penting kepada guru untuk
menyumbang kepada pengajaran yang berkesan di dalam kelas (Halim, 2014).
Guru berinovasi untuk menghasilkan rancangan pengajaran kerana ingin
meningkatkan pembelajaran pelajar serta mengelakkan dari bosan ketika mengajar
(Wendy Emo 2015). Kemahiran seperti ini harus ada dalam diri setiap guru kerana
untuk menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Tidak cukup sesi P & P hanya
bersandarkan pada buku teks semata–mata. Guru yang mempunyai kemahiran yang
tinggi mampu mengendalikan sebuah kelas dengan berhemah dan terkawal.
2.3 Tahap Keyakinan Guru
Terdapat banyak cabaran untuk menjadi guru yang terbaik pada masa kini
dengan dugaan yang pelbagai dari segi sikap pelajar dan masalah sosial kini. Seorang
guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran terbuka untuk memperoleh perhatian
daripada pelajar–pelajar. Dalam kajian Brodie (2006), juga menyatakan walaupun
guru tersebut telah membuat persediaan awal sebelum mengajar tetapi pelajar tidak
menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar, usaha itu hanya akan menjadi sia-
sia. Penyampaian ilmu tersebut tidak berjaya di sampaikan oleh guru tersebut dan
mengakibatkan pelajar gagal untuk menerima ilmu tersebut. Ini akan menyebabkan
kegagalan dalam struktur penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar.
25
Guru merupakan seorang pendidik yang akan berdiri dihadapan pelajar–pelajar
yang mempunyai pelbagai latar belakang, sikap, masalah, dan pelbagai lagi. Setiap
pelajar juga mempunyai persepsi dan tahap kemampuan yang tersendiri. Jadi sebagai
seorang guru tahap keyakinan untuk mengajar dan berdiri dihadapan pelajar amatlah
penting. Ini bagi menunjukkan diri guru tersebut bersedia dan berkeyakinan tinggi
untuk memulakan suatu sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut
Frederick C. L (2011), bagi memulakan suatu kelas guru seharusnya menyediakan
suatu set induksi bagi memberikan masa kepada pelajar untuk lebih bersedia sebelum
memulakan suatu kelas. Set induksi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk
penyampaian seperti menyanyi, permainan, teka teki dan pelbagai lagi. Suatu set
dilaksanakan mengikut kreativiti seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi
kelas.
Daripada persediaan seperti ini dapat menjadikan guru lebih yakin untuk
meneruskan sesi kelas setelah mendapat perhatian dan minat pelajar–pelajar untuk
belajar pada hari tersebut. Daripada tahap keyakinan guru yang tinggi mampu
membuat pelajar lebih bersemangat dan mahu belajar. Oleh yang demikian, guru boleh
mengambil pelbagai pendekatan lain untuk pelajar lebih produktif dalam mencari
maklumat tentang pelajaran yang dipelajari. Namun begitu, guru yang terbaik
seharusnya membuat kelas pembelajaran dan pengajaran lebih kepada berpusatkan
pelajar kerana pelajar hanya mampu memberi tumpuan pada kelas verbal selama tidak
lebih dari 15 minit sahaja (Lewis, 2011).
26
Menurut Frederick C. (2011), kajian beliau menyatakan sikap guru yang
ditunjukkan oleh guru mampu memberi kesan kepada cara pengajaran dan pencapaian
pelajar. Guru yang berkeyakinan dalam mendidik dapat mengajar pelajarnya dengan
baik dan pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran.
Keyakinan seorang guru dapat diterapkan dengan memberi pendedahan kepada guru
pelatih sejak dari latihan mengajar lagi.
Selain itu, guru dapat membina keyakinan sewaktu sesi pengajaran apabila
guru tersebut mencapai tahap kepuasan dalam mengajar, (Muhammad Arifin, 2014).
Dalam kajian ini akan menunjukkan sejauh mana keyakinan guru mampu memberikan
kesan terhadap kejayaan pencapaian pelajar dan kesan kepada gaya pembelajaran guru
itu sendiri sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas atau
makmal.
2.4 Faktor Kejayaan Pelajar
2.4.1 Guru
Pelajar merupakan satu aset sebuah sekolah yang akan
menentukan samada sebuah sekolah tersebut mampu melahirkan
pelajar–pelajar yang cemerlang. Kayu ukur ini diletakkan di atas
pelbagai faktor yang membawa kepada kejayaan tersebut. Namun
begitu pelajar adalah faktor utama sebagai kayu ukur kejayaan sekolah
tersebut. Cara pengajaran guru di dalam kelas penting, guru dan teknik
27
mengajar yang berkualiti adalah kunci faktor pencapaian pelajar di
sekolah ( Clotfelter, Ladd, dan Vigdor 2007).
Menurut Gay (2000), kejayaan pelajar adalah bergantung
kepada cara dan teknik pengajaran yang dibawa oleh guru tersebut.
Guru yang bijak akan lebih perihatin dan pandai menarik perhatian
pelajar – pelajar sewaktu berada di dalam kelas. Apabila pelajar dapat
memberi tumpuan di dalam kelas, maka pelajar akan lebih mudah
faham dalam pengajaran yang di sampaikan oleh guru tersebut. Selain
itu, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam aktivti yang dijalankan
oleh guru seperti aktiviti dalam kumpulan, perbincangan, dan banyak
lagi.
Jika seorang guru tersebut menjalankan pengajian secara
berpusatkan pelajar, guru tersebut harus lebih peka dan tahu apa yang
diperlukan oleh pelajar tersebut untuk melaksanakan tugasan yang
diberi, guru tidak seharusnya beranggapan pelajar tersebut akan
berubah dengan sendirinya (Aragon, 2002).
Dalam melahirkan pelajar yang minat untuk belajar, guru akan
menyediakan suatu set pengajaran yang proaktif dimana pelajar–pelajar
akan menjalani aktiviti secara aktif di dalam kelas untuk mengukuhkan
pengetahuan yang sedia ada. Guru boleh membimbing namun segala
maklumat akan dicari oleh pelajar sendiri.
28
Menurut hasil kajian Carsten Schmidtke (2010), keadaan
persekitaran sewaktu sesi kelas dijalankan bukan sahaja memberi kesan
kepada pelajar tetapi guru harus bijak dan tahu bagaimana untuk
membuat kelas tersebut lebih ceria dan menarik.
Cara dan teknik mengajar guru penting kepada pemahaman
pelajar–pelajar. Tahap kefahaman pelajar dapat dinilai setelah sesi
kelas hampir tamat dengan memberikan ujian secara terus dan dinilai.
Jika pelajar dapat menyelesaikan permasalahan yang diberikan, maka
ia menunjukkan guru tersebut telah berjaya melaksanakan dan
mewujudkan sebuah kelas yang berkesan.
2.4.2 Infrastruktur Sekolah
Dalam membentuk suatu suasana kelas yang kondusif
memerlukan kelengkapan makmal yang sempurna dan lengkap.
Menurut kajian Hughes, S. M. (2006) menyatakan terdapat banyak
hubungan positif yang berkaitan dengan rekabentuk banggunan dan
kelengkapan makmal yang membawa kepada kesan yang baik kepada
para pelajar sekolah. Hasil kajian menunjukkan bacaan korelasi yang
sangat positif, ini menguatkan lagi kajian beliau bahawa pencapaian
pelajar sesebuah sekolah sangat saling bergantung kepada kelengkapan
makmal dan rekabentuk sekolah tersebut.
29
Menurut Scheider, M. (2010) menyatakan faktor kemudahan
kelengkapan makmal di sekolah memberi kesan kepada produktiviti
dari segi kehadiran pelajar dan guru ke sekolah dan mampu
meningkatkan tahap akademik pelajar dan kejayaan sekolah tersebut.
Permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini memberikan jalan
penyelesaian untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan sekolah
dari segi akademik pelajar-pelajar.
Kelengkapan peralatan makmal di sekolah bukan sahaja
memainkan peranan penting dalam sesi pembelajaran dan pengajaran
malah faktor penyelenggaraan setiap peralatan juga penting bagi
mengekalkan kondusi dan memberi keselesaan serta kemudahan
kepada semua pelajar–pelajar untuk menggunakannya (Alexander D.
2014). Kondusi kelengkapan peralatan makmal di sekolah–sekolah
serata Amerika dikaji untuk menentukan sejauh mana sesebuah sekolah
tersebut dapat memberikan kesan positif kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran guru dan pelajarnya.
The National Center for Education Statistcs (NCES) telah
membuat kutipan data di sekolah–sekolah serata Amerika dalam
mengenal pasti tahap kondusi kelengkapan peralatan makmal di
sekolah biasa dalam tempoh 2012 sehingga 2013. Sepanjang tempoh
berkenaan bacaan menunjukkan sekolah –sekolah di Amerika sentiasa
membuat penyelenggaraan yang konsistan bagi memastikan semua
30
peralatan makmal berfungsi dengan baik dan dapat digunakan pada
waktu yang sepatutnya dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Hasilnya guru dan pelajar dapat menjalani sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan sempurna tanpa sebarang masalah kerosakan
alatan, (John Ralph, 2014).
Dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam
kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang
sempurna, (Hopland O., 2013). Kajian beliau menyatakan faktor
persekitaran memberikan kesan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Ini berlaku kerana tumpuan pelajar dapat
difokuskan sewaktu pelajar berkenaan membuat latihan amali dengan
menggunakan sendiri alat-alat yang disediakan. Oleh itu, peralatan
makmal haruslah sentiasa berada di dalam keadaan baik dan lengkap.
Selain itu, Cellini (2010) menyatakan kelengkapan makmal di
sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru juga harus lebih mempunyai
pengetahuan dalam mengoperasikan alatan alatan tersebut. Daripada
tunjuk ajar guru, pelajar dapat menggunakan alat tersebut dengan betul
dan dapat menarik minat pelajar untuk fokus dalam kelas tersebut.
Penggunaan dan penyelenggaran alatan makmal yang baik dapat
memberikan kesan kepada prestasi pembelajaran pelajar–pelajar di
sekolah.
31
2.4.3 Sikap Pelajar
Pengetahuan tidak dapat dimiliki dengan hanya menimba tanpa
menghayati setiap inti pati yang dipelajari. Menurut Sheau (2012),
kejayaan seseorang boleh dicapai dengan adanya motivasi diri dan
sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Kajian ini menunjukkan
pelajar–pelajar harus punyai sikap ingin belajar itu secara sendiri
supaya tahap kesanggupan pelajar itu mendorong pelajar berkenaan
untuk terus belajar walau terpaksa bersusah payah.
Tanpa minat adalah sukar untuk seseorang itu menghabiskan
pengajiannya dengan cemerlang. Apa yang kerap berlaku di alam
persekolahan adalah sikap pelajar yang sekadar hendak lulus bagi
mengelakkan diri daripada terkandas (Hairunnaja, 2006). Individu
yang bermotivasi pencapaian tinggi suka mencari cabaran dan bersaing
untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam memperolehi
kepuasaan kejayaannya. Menurut Azizi (2005), aspek motivasi diri
adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini sendiri.
Motivasi diri sebagaimana yang ditakrifkan oleh Crede dan
Kuncel (2008), sebagai kesanggupan seseorang melibatkan diri
terhadap sesuatu dengan meletakkan sepenuh keupayaan untuk
mendapatkan hasil yang terbaik.
32
Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
motivasi diri yang tinggi akan meletakkan sepenuhnya usaha untuk
mendapatkan sasaran yang terbaik dalam pencapaian akademik mereka.
Kesan sampingan daripada motivasi pelajar ini dapat meningkatkan
sekali gus tahap pencapaian sekolah berkenaan.
2.5 Peranan Pengurusan Sekolah
Pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan penting dalam
mewujudkan sebuah sekolah yang berdaya saing. Ini dibuktikan daripada hasil kajian
Carsten Schmidtke (2010), yang menyatakan pihak pengurusanan juga harus lebih
bersifat kreatif dan memberi sokongan yang sepatutnya dalam melahirkan suasana
pembelajaran yang selesa kepada pelajar–pelajar. Ini penting kerana ia boleh
memberi kesan yang positif kepada pembanggunan prestasi pelajar–pelajar. Tidak
kira dari segi kemudahan makmal, kelas dan penginapan pelajar tersebut. Pihak
pengurusan seharusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
Menurut James P. Spillane (2012), pengurusanan sekolah
dipertanggungjawabkan dalam perihal penyediaan kelas atau makmal serta semua
kemudahan dan kelengkapan para pelajar dalam memudahkan pelajar untuk sesi
pembelajaran mereka. Setiap kelas akan diberi kelengkapan yang bersesuaian dengan
tujuan kelas tersebut. Sebagai contoh, makmal jahitan akan disediakan kelengkapan
33
jahitan seperti mesin jahit, kelengkapan mengajar, dan pelbagai lagi yang berkaitan
dengan kelas jahitan.
Walau bagaimanapun, pengetua sekolah adalah sebagai kepala yang harrus
lebih memainkan peranan dalam melaksanakan tugas untuk meningkatkan taraf
sekolah tersebut tidak kira dari segi infrastuktur atau pencapaian pelajar–pelajar
sekolahnya, (Anderson, 2003). Ini kerana, segala pembelajaan dan pembekalan untuk
melengkapkan suatu kelas harus melalui persetujuan pengetua sekolah terlebih
dahulu. Kelengkapan ini haruslah sempurna supaya semangat pelajar tidak cepat
luntur dan berasa bosan ketika berada di dalam kelas. Selain itu, jika semua peralatan
kelengkapan adalah lengkap akan tidak berlaku sebarang masalah kekurangan alatan
atau perebutan alatan di makmal. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar dengan lebih
berkesan kepada pelajarnya.
Guru dan pihak pengurusanan seharusnya saling bekerjasama dalam
membentuk sebuah sekolah yang kondusif dan intelektual. Bebanan ini tidak
seharusnya diletakkan pada guru mahupun pihak pengurusanan sekolah sahaja. Guru
harus lebih produktif dan mengenalpasti setiap keperluan yang perlu ada di makmal.
Manakala pihak pengurusanan sepatutnya sentiasa bersedia untuk memberi
peruntukan kepada kelengkapan yang harus diberikan (Lazarus M. , 2013).
34
Melalui kajian yang dijalankan oleh Lusike (2006) terhadap pengajian ICT di
sekolah Kenya, guru dan pihak pengurusanan beranggapan penggunaan komputer
disana sangat diperlukan, oleh sebab itu pihak pengurusanan harus menyediakan lebih
banyak komputer supaya guru dapat memberi pendedahan dan penyebaran ilmu yang
lebih mudah dan cepat. Setiap pihak dalam sektor pendidikan harus peka dan tahu
tindakan yang harus diambil bagi menyelesaikan setiap permasalah yang timbul
dengan segera dan tepat.
2.6 Rumusan
Secara keseluruhannya, setiap item bagi setiap objektif dan sub-objektif
merupakan satu titik landasan bagi pengkaji untuk mengkaji kajian ini. Setiap
daripadanya disertakan dengan fakta dan hasil kajian-kajian lepas daripada pengkaji
lain bagi menyokong dan dijadikan panduan serta landasan kepada pengkaji untuk
kajian ini. Bahagian ini akan diguna pakai oleh pengkaji dalam mengupas hasil
dapatan di bab lima (5) nanti. Samada hasil dapatan pengkaji lain akan meyokong
atau tidak hasil dapatan kajian ini.
35
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan,
pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk
memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk
memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan.
Objektif menjalankan kegiatan pengumpulan data dalam setiap kajian adalah untuk
melihat hubungan kait antara penyataan masalah dengan hasil kajian yang dilakukan
(Bjorn B. Schmidt, 2010). Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang
bersistematik bagi menepati kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti.
Dalam bab ini akan membincangkan tatacara melaksanakan kajian atau tatacara
mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Menetapkan kaedah kajian
sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana
aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains.
Secara umumnya, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi
menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah
kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Ini kerana untuk mendapatkan bukti dan
36
kesahihan tentang kejayaan pencapaian para pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia,
sumber dari pihak yang boleh dipercayai diperlukan seperti media massa, internet, dan
buku-buku jurnal hasil kajian para pengkaji yang lepas.
Selain itu, kajian ini lebih memfokuskan kepada pendekatan kaedah yang
bersifat kuantitatif, walaubagaimanapun pengkaji juga akan menggunakan satu lagi
kaedah tambahan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu. Namun begitu kajian
ini hanya menggunakan pendekatan kaedah kajian yang bersifat kuantitatif. Kaedah
tambahan yang dimaksudkan merupakan seakan kaedah kualitatif tetapi ia tidak
digunakan secara sepenuhnya, ia hanya digunakan sekadar untuk memudah cara
pengkaji semasa menjalankan kajian sahaja.
3.1.1 Pendekatan Kuantitatif
Kuantitatif ialah satu usaha membentuk prinsip dan peraturan umum
yang menendalikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atau tidak
berkaitan dengan individu, ( Rohana Yusof, 2003:146)
3.1.2 Pendekatan Kualitatif
Kualitatif pula menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu
yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna yang
tersendiri yang bersifat subjektif dan personal, ( Rohana Yusof, 2003:181).
37
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan melihat sejauh mana guru, para
pelajar dan pengurusan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memberi kesan terhadap
pencapaian sekolah tersebut. Menurut Kerlinger (1973) reka bentuk kajian berfungsi
sebagai panduan suatu pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap
persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian inferential yang boleh
digeneralisasikan untuk tempat-tempat lain pada kes yang sama. Data diperoleh
melalui soal selidik berbentuk temu ramah secara bersemuka dan soal selidik skala
likert. Maklumat yang diterima ditafsirkan secara kuantitatif. Selain dari memfokus
kajian kepada tahap pengetahuan dan keyakinan guru terhadap aliran pendidikan
kejuruan, kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi
pencapaian prestasi sekolah ini seperti kelengkapan peralatan praktikal di dalam
makmal dan bantuan pengurusan makmal di sana.
Penggunaan kaedah penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
dan data yang berkaitan dengan faktor tahap kejayaan para pelajar di sekolah kejuruan
adakah saling berkaitan dengan tahap keyakinan dan pengetahuan serta pengaruh
daripada kelengkapan peralatan praktikal makmal dan bantuan pengurusan makmal
yang diterima oleh pelajar sekolah kejuruan.
38
3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian
Populasi dikenali sebagai satu set ciri-ciri yang mempunyai cerapan atau
unjuran ke atas sekumpulan individu atau objek yang dicerap (Mohd. Masjid Konting,
2011). Setiap individu atau objek yang dicerap itu mestilah mempunyai ciri sifat yang
sama walaupun mempunyai perbezaan dari segi aspek lain.
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat atau data yang berkaitan dengannya. Persampelan bertujuan
untuk mendapatkan maklumat dan data kajian yang melibatkan suatu jalan
penyelesaian masalah dan iainya perlu dikenal pasti dengan teliti dan tepat. Justeru itu,
dalam menyelesaikan suatu fenomena ia memerlukan masa yang panjang, maka ianya
perlu melibatkan keseluruhan individu atau objek yang dicerap dalam populasi.
Sehubungan dengan itu, respondan utama kajian adalah terdiri daripada guru-
guru, pelajar-pelajar dan pihak pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27,
Jakarta, Indonesia. Di sekolah ini para pelajar menerima pendidikan kemahiran seakan
sama dengan pendidikan vokasional di Malaysia.
Respondan kajian berjumlah seorang pihak pengurusan sekolah, 9 orang dari
kalangan guru–guru dan 60 orang pelajar–pelajar yang sedang menuntut di Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Pengetua sekolah SMKN 27,
Jakarta, Indonesia, telah menjadi calon dari kalangan pihak pengurusan sekolah untuk
39
menjadi respondan untuk mengenal pasti faktor–faktor yang membawa kepada
kejayaan sekolah tersebut. Manakala, 9 orang guru yang merupakan guru–guru yang
mengajar mata pelajaran tata busana, tata kecantikan dan tata boga.
Selain itu, pengambilan 60 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pelajar
dari aliran kemahiran tata boga (masakan), 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata
busana (fesyen) dan 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata kecantikan
(kosmitologi). Kumpulan pelajar ini dipilih kerana pengkaji ingin mengkaji faktor
yang mendorong para pelajar untuk mendapat pencapaian yang terbaik bagi
meningkatkan nama dan prestasi Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia. Selain itu juga, guru- guru dan pelajar-pelajar ini dipilih sebagai respondan
kerana mereka memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh penyelidik di mana mereka
sedang mengikuti kursus yang berkenaan di sekolah tersebut.
Dalam menjalankan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan seluruh
populasi yang disasarkan sebagai subjek kajian sebelum menggunakan sebilangan
persampelan untuk mendapatkan maklumat dan data kajian. Dengan menggunakan
keseluruhan semua populasi sebagai subjek kajian, keputusan yang diperolehi adalah
tepat kerana tiada ralat persampelan berlaku, (Sidik, 2002).
40
3.4 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia. Sekolah ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana mempunyai prestasi dan
pencapaian pelajar yang cemerlang di peringkat antarabangsa dalam kemahiran tata
boga, tata kecantikan dan tata busana. Selain itu juga lokasi ini dipilih kerana bagi
meneruskan impak hasil daripada lawatan para pelajar pengajian sains rumahtangga
yang telah dijalankan di sekolah ini pada bulan Febuari 2015 yang lalu. Hal ini juga
dapat memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengenengahkan dan mengupas
rahsia dan faktor-faktor yang boleh didapati daripada hasil kajian kes ini bagi
memberikan nilai tambah pada rancangan pengajaran dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
3.5 Instrumen Kajian
Kajian dilakukan berpandukan dua kaedah utama iaitu rujukan primer dan
pengumpulan data mentah. Data-data primer diperolehi daripada buku, jurnal dan tesis
yang diperolehi dari perpustakaan Universiti Putra Malaysia dan Perpustakaan Fakulti
Pengajian Pendidikan UPM serta maklumat yang didapatkan sendiri di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia dan koleksi peribadi pengkaji sendiri. Pengkaji juga memanfaatkan
teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat melalui
internet. Kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan bab kedua dan ketiga.
41
3.5.1 Soal Selidik
Soal selidik ini adalah hasil daripada pengubahsuaian yang dilakuakn
pengkaji daripada tesis-tesis terdahulu. Sebelum instrumen soal selidik ini
diedarkan kepada respondan, iainya perlu disemak dan disahkan oleh
pensyarah yang berkaitan dan berpengalaman dalam bidang yang dikaji untuk
mendapatkan kesahan kandungan kajian supaya selaras dengan objektif kajian
yang telah dibentuk. Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu:
BAHAGIAN A : Latar Belakang Respondan
Fokus bahagian ini ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar
belakang seperti jantina, umur, jurusan, taraf pendidikan, kursus yang diajar
(guru), kursus yang diambil(pelajar), agama dan pencapaian sepanjang
pengajian di SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Respondan dikehendaki untuk
menandakan (/) pada ruangan kosong yang disediakan.
42
BAHAGIAN B : Item-item bagi aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah
SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Guru)
Soalan yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kepada
keyakinan dan tahap pengurusan guru dalam menguruskan suatu kelas dan sesi
pembelajaran dan pengajaran selain langkah pengurusan dan pengendalian
pelajar–pelajarnya di SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Bilangan item bagi temua
bual yang dijalankan keatas guru ialah sebanyak tujuh (7) dimana setiap satu
item mempunyai lima (5) pilihan jawapan yang hampir dengan jawapan yang
akan diberikan oleh guru sewaktu sesi temu ramah. Setiap item yang terdapat
dalam instrumen soal selidik temu ramah ini dibentuk berdasarkan item yang
dibuat berdasarkan teori–teori pengajaran dan setiap jawapan bagi setiap item
tersebut dibentuk mengikut skala likert.
BAHAGIAN B : Item–Item Bagi Aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah
SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Pelajar)
Bahagian ini berkaitan dengan aspek faktor kejayaan sekolah SMKN
27, Jakarta, Indonesia, daripada pendapat pelajar–pelajarnya. Terdapat lima (5)
aspek yang dikaji dalam bahagian ini dan antaranya ialah aspek pengaruh
daripada cara penyampaian guru di dalam kelas, aspek pengaruh daripada
kemudahan dan persediaan makmal amali, aspek pengaruh daripada sikap
pelajar dalam mempelajari kursus yang diambil dan aspek penglibatan pihak
pengurusan pentadbiran sekolah. Setiap aspek yang dikaji mengandungi lima
43
(5) item yang dikenalpasti. Responden diminta untuk menjawab setiap item
yang terdapat dalam setiap aspek permasalahan yang dikaji mengikut situasi
atau keadaan yang pernah dilalui.
3.5.2 Temubual
Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual.
Dalam penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan guru-guru di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang salah silah budaya pendidikan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sendiri.
Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual dilancarkan.
3.5.3 Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan protokol pemerhatian sebagai garis
panduan dalam bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pengkaji semasa
melaksanakan sesi pemerhatian. Soalan yang menjadi garis panduan untuk sesi
pemerhatian adalah dalam bentuk senarai semak seperti yang dicadangkan oleh
Spradley (1980). Senarai semak tersebut disediakan terlebih dahulu oleh
pengkaji sebelum sesi pemerhatian dilaksanakan. Ia bertujuan untuk
memudahkan pengkaji membuat pemerhatian pada skop yang harus diberi
keutamaan.
44
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Kesahan merujuk kepada suatu ujian yang menilai sejauh mana ujian
berkenaan dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan bidang atau tajuk
penyelidik. Dengan erti kata lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian
berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya atau yang sepatutnya yang
hendak diukur.
Bagi mendapatkan kesahan dalam kajian ini, pengkaji mendapatkan
pemeriksaan dan kesahan instrumen daripada pakar dalam bidang yang dikaji iaitu
pensyarah yang mengajar dalam bidang Sains Rumahtangga (SRT) sebelum instrumen
tersebut diedarkan kepada responden. Sebelum itu, penyelidik perlu menyerahkan
instrumen ini kepada penyelia untuk disemak secara keseluruhan sebelum mendapat
pengesahan daripada pensyarah yang bertanggungjawab untuk memberi kesahan
terhadapt soal selidik dan temu bual yang akan dijalankan kepada responden. Kesahan
kajian ini sangat penting bagi mengelakkan tiada sebarang masalah kekeliruan yang
akan timbul dan memastikan soalan yang dibentuk menepati dan mudah difahami oleh
respondan.
Kebolehpercayaan boleh dirujuk kepada ketekalan sesuatu ukuran untuk
mengukur apa yang sepatutnya diukur melalui instrumen soal selidik dan temu bual
yang perlu dijawab oleh respondan. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu
ukuran itu memberi jawapan yang sama untuk mengukur suatu konsep yang sama
terhadap populasi atau persempelan yang sama. pengkaji menggunakan
45
kebolehpercayaan ini untuk melihat sejauh mana kebolehpercayaan sesuatu item yang
dikaji.
Pengkaji telah mendapatkan kebolehpercayaan hasil kajian rintis temu bual
daripada guru di Kolej Vokasional Dato’ Undang Muhd Sharip, Rembau, Negeri
Sembilan. Serta pengkaji telah mendapatkan pengesahan sebelum menjalankan kajian
di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, daripada guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, itu
sendiri. Hasil daripada kajian rintis menunjukkan guru-guru faham tentang apa yang
akan dipersoalkan kerana penggunaan bahasa akan menjadi permasalahan dalam sesi
temu bual akibat peralehan Bahasa Melayu kepada Bahasa Indonesia.
3.7 Prosedur Pengumpulan Data
Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada
penyelia tentang tajuk kajian yang ingin dijalankan sebelum sebarang penyelidikan itu
dimulakan. Instrumen dibentuk berpandukan item-item yang dirujuk daripada pelbagai
sumber yang sahih. Kesahan kajian dilakukan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan untuk mendapatkan kesahan bagi kedua-dua instrumen
tersebut.
46
Kemudian, pengkaji harus mendapatkan dahulu kebenaran daripada pihak
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, untuk menjalankan kajian kes ini di sana. Setelah pihak
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian kes
ini, borang soal selidik diedarkan kepada respondan yang disasarkan iaitu pelajar-
pelajar di mana hanya perlu menandakan (/) pada setiap item mengikut skala yang
dinyatakan. Manakala temu ramah pula akan dijalankan dengan merekod hasil temu
bual bersama guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia untuk dijadikan bahan
rujukan kepada kajian yang dilakukan. Seterusnya, kajian pemerhatian akan
dilaksanakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, di dalam kelas.
3.8 Analisis Data
Data atau maklumat yang diperolehi daripada tindak balas dari respondan yang
menjawab soal selidik dan temu ramah akan dikumpulkan sebelum dianalisis. Bagi
mendapatkan hasil kajian untuk temu bual, semua data akan dikumpulkan dan
dikumpulkan mengikut pengkelasan dengan menggunakan Microsoft Excel.
Kemudian, semua hasil kajian ini dikumpulkan sekali dan melibatkan analisis data
secara kuantitatif. Kemudian, data campuran ini dikumpul dan di proses dan dianalisis
dengan menggunakan perisian komputer statistical package for sosial science (SPSS).
47
3.9 Rumusan
Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini
kerana kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yang sesuai
dengan objektif kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik.
Metodologi ini sewajarnya menggunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi
menghasilkan dapatan kajian yang mempunyai kesahan dan nilai yang tinggi. Dalam
bab ini, pengkaji telah menggariskan moted kajian yang menjadi sandaran kepada
kajian mengenai kajian kes pelajar faktor pencapaian cemerlang sekolah SMKN 27,
Jakarta, Indonesia.
48
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor–faktor yang membawa
kepada kejayaan kepada sekolah menengah kejuruan negeri 27, Jakarta, Indonesia,
samada guru, pelajar atau pihak pengurusan yang sewajarnya memainkan peranan
penting di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi. Seramai 70 orang responden telah
terlibat dalam menjayakan kajian ini. 60 orang responden terdiri daripada para pelajar–
pelajar dari jurusan kecantikan, masakan dan jahitan. Serta pengkaji juga mendapatkan
seorang responden dari kalangan pihak pengurusan iaitu pengetua Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia itu sendiri.
Dalam bab ini, hasil kajian yang menjawab kepada objektif–objektif kajian
akan diberi penekanan. Analisis dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu analisis latar
belakang responden, analisis faktor tahap pengetahuan dan tahap keyakinan guru di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, terhadap aliran pendidikan di sekolah kejuruan serta
analisis tahap kesediaan dan minat pelajar–pelajar terhadap aliran yang diambil di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia.
49
Seterusnya, data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS 21.0). Semua data yang diambil di
sekolah berkenaan telah direkodkan dan dipaparkan dalam bentuk jadual.
Hasil dapatan kajian diperoleh berdasarkan dua borang soal selidik yang
berlainan dimana satu borang untuk edaran kepada guru-guru dan satu borang untuk
edaran kepada pelajar–pelajar. Didalam setiap borang soal selidik berkenaan
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (Latar Belakang Respondan), Bahagian
B (Faktor–Faktor Kejayaan Sekolah).
4.2 Latar Belakang Responden
Dalam analisis deskriptif ini pengkaji akan menumpukan kepada taburan
jantina, agama, jawatan, dan kursus yang diambil pelajar, manakala tambahan sedikit
analisis yang diambil daripada kalangan guru iaitu tahap pengajian dan kursus yang
diajari. Perkara ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal mengenai latar
belakang responden yang terlibat dalam kajian ini.
50