The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabishahgulamnabi1208, 2022-11-03 21:27:54

FULL_THESIS_pdf

FULL_THESIS_pdf

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina.

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)
Lelaki 8 11.4
Perempuan 62 88.6
Jumlah 70 100%

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
iaitu responden perempuan adalah seramai 62 orang (88.6%) manakala lelaki 8 orang
(11.4%), ini menunjukkan jumlah kekerapan keseluruhan jantina ialah 70 orang
(100%). Bilangan ini meliputi bilangan dari kalangan reponden pelajar–pelajar dan
guru–guru yang telah menjalani kajian ini di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.

4.2.2 Agama

Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Agama.

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)
Islam 65 92.9
Lain-lain 5 7.1
Jumlah 70 100%

51


Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
kategori agama di mana secara keseluruhannya menunjukkan responden bagi kajian
ini adalah dari kalangan beragama islam iaitu seramai 65 orang (92.9%) dan 5 orang
sahaja (7.1%) adalah beragama lain–lain.

4.2.3 Kursus yang Diambil

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus
yang Diambil Oleh Pelajar

Nama Kursus Kekerapan (N) Peratus (%)
Pengurusan Makanan 20 33.3
20 33.3
Seni Kecantikan 20 33.3
Fesyen 60 100%
Jumlah

Jadual 4.3 menunjukkan bahawa jumlah kekerapan adalah sebanyak 60 orang
bilangan pelajar telah diambil sebagai respondan untuk kajian ini. Setiap kursus telah
mewakili seramai 20 orang (33.3%) pelajar untuk menjalani kajian ini di SMKN 27,
Jakarta, Indonesia.

52


4.2.4 Jawatan

Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan

Jawatan Kekerapan (N) Peratus (%)
Guru 10 14.3
Pelajar 60 85.7
70 100%
Jumlah

Jadual 4.4 menunjukkan jumlah keseluruhan taburan kekerapan adalah 70 orang
responden yang terdiri daripada 10 orang (14.3%) guru dan selebihnya adalah
pelajar–pelajar dari SMKN 27, Jakarta, Indonesia iaitu seramai 60 orang (85.7%)
pelajar.

4.2.5 Kursus yang Diajar

Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus
yang Diajar Oleh Guru

Nama Kursus Kekerapan (N) Peratus (%)
Pengurusan Makanan 3 33.3
3 33.3
Seni Kecantikan 3 33.3
Fesyen 9 100%
Jumlah

53


Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan bagi kajian ini hanyalah terdiri daripada
tiga jenis kursus sahaja iaitu dari pengurusan makanan, seni kecantikan dan fesyen.
Masing–masing mewakilkan seramai 3 orang (33.3%) guru untuk menjadi responden
kajian ini.

4.2.6 Tahap Kelulusan

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Tahap Kelulusan
Oleh Guru

Graduan Kekerapan (N) Peratus (%)
Kolej Swasta 2 20
8 80
Universiti 10
Jumlah 100%

Jadual 4.6 menunjukkan bacaan kekerapan bagi tahap kelulusan guru–guru di SMKN
27, Jakarta, Indonesia , . Ia menunjukkan seramai 8 orang (80%) guru disini
berkelulusan daripada universiti dan selebihnya dari kolej swasta sahaja.

54


4.2.7 Tempoh Pengalaman Mengajar

Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden dalam Tempoh
Pengalaman Mengajar Oleh Guru

Tahun Kekerapan (N) Peratus (%)
10 – 20 5 50
20 – 30 5 50
Jumlah 10
100%

Jadual 4.7 menunjukkan kekerapan bagi tempoh pengalaman mengajar yang dilalui
oleh guru. Ia menunjukkan bacaan dan peratusan yang sama iaitu sebanyak 5 (50%).

4.3 Analisis Persoalan Kajian

Analisis data ini dibuat berdasarkan kepada persoalan persoalan kajian dan
huraian adalah berpandukan item-item yang diperoleh daripada soalan yang terdapat
dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.

Bahagian B dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada guru terdapat
tujuh pecahan iaitu tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar, langkah sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, ciri–ciri guru, kesan ibu bapa kepada
kejayaan pelajar, iklim efektif di dalam kelas, guru lahirkan iklim yang ceria dan sikap
positif guru. Soal selidik yang dijalankan kepada guru pula lebih kepada tahap

55


pengetahuan dan kesediaan guru-guru tersebut untuk mengajar dalam kursus yang
telah ditetapkan.

Manakala pada bahagian B dalam soal selidik yang diberikan kepada para
pelajar terdapat bahagian yang telah dipecahkan kepada empat (4) faktor di mana
kesemua faktor tersebut dicampurkan dalam satu jadual. Antara faktor-faktor yang
dipersoalkan kepada pelajar adalah seperti faktor daripada guru, faktor kemudahan
kesediaan makmal amali, faktor daripada sikap pelajar itu sendiri dan faktor
pengurusan pentadbiran di sekolah itu sendiri.

Bagi menganalisis nilai peringkat tahap kepada kedua-dua soal selidik ini,
tahap min dirujuk dalam jadual 4.6 dari sumber Levin dan Rubin (2000).

Jadual 4.8 : Pembahagian Tahap Min

Skala Min Tahap Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67
3.68 – 5.00 Sederhana
Sumber: Levin dan Rubin (2000) Tinggi

56


Setiap min dalam soal selidik akan dinilai menggunakan tiga tahap penilaian
min iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Bagi tahap min rendah iaitu pada skala 1.00–
2.33 di kategorikan sebagai skor 1,manakala skor 2 iaitu pada tahap min sederhana
pada skala 2.34–3.67 dan skor 3 mewakili bacaan tahap min tinggi iaitu pada skala
3.68–5.00.

Jadual 4.9 : Faktor yang mempengaruhi kejayaan sebuah Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dari pandangan guru.

Bil Faktor Min Tahap Faktor
Kejayaan
1. Tanggapan guru terhadap kebolehan 4.26 Tinggi
pelajar
4.92 Tinggi
2. Langkah sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan 4.52 Tinggi
4.44 Tinggi
3. Ciri – ciri guru
4. Kesan ibu bapa kepada kejayaan 3.48 Sederhana
3.92 Tinggi
pelajar 2.92
5. Iklim efektif di dalam kelas Sederhana
6. Guru lahirkan iklim yang ceria
7. Sikap positif guru

Jadual 4.9 menunjukkan analisis bagi tahap faktor yang mempengaruhi
kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dari padangan
guru. Secara keseluruhan menunjukkan hanya dua aspek yang mempunyai nilai purata

57


min terendah iaitu 3.48 dan 2.92. selain itu menunjukkan purata bacaan min yang
tinggi dari skala 3.92 sehingga 4.92. Nilai min yang tinggi bagi semua aspek ini
menunjukkan guru–guru mempunyai peranan yang tinggi kepada faktor kejayaan
sekolah.

Jadual 4.10 : Faktor yang mempengaruhi kejayaan sebuah Sekolah Menengah
Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dari pandangan pelajar.

Bil Faktor Min Tahap Faktor
Kejayaan
1. Guru 3.78 Tinggi
2. Kemudahan persediaan makmal amali 3.34 Sederhana
3. Sikap pelajar sendiri 4.01 Tinggi
4. Pengurusan pentadbiran 3.33 Sederhana

Jadual 4.10 menunjukkan analisis bagi faktor yang mempengaruhi kejayaan
sebuah Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia , , dari pandangan pelajar.
Hasil daripada kutipan data menunjukkan dua (2) aspek bacaan purata min yang tinggi
iaitu 4.01 dan 3.78 iaitu sikap pelajar sendiri dan guru. Manakala lagi dua aspek
menunjukkan bacaan purata min yang sederhana iaitu sebanyak 3.34 dan 3.33 iaitu
kemudahan persediaan makmal amali di sekolah tersebut dan pegurusan pihak
pentadbiran.

58


4.3.1 Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Sebuah Sekolah dari
Kalangan Guru

Pada bahagian ini data berkaitan dengan faktor yang
mempengaruhi kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta,
Indonesia, dari kalangan para guru dianalisis untuk mendapatkan min
dan sisihan piawai. Guru–guru diwakili dari setiap matapelajaran yang
akan dikaji oleh pengkaji.

Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Sebuah Sekolah dari Kalangan Guru

Jadual 4.11 : Tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar pada peringkat
awal pelajar tersebut memasuki kelas

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran
yang akan mereka pelajari sebelum memasuki kelas. 4.00 1.63
4.20 1.48
2. Pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran 4.20 1.48
yang akan mereka pelajari sebelum memasuki kelas.
4.50 0.98
3. Guru seharusnya sentiasa bersedia membantu pelajar –
pelajar dalam pelajaran dan memberikan bimbingan 4.40 1.27
yang terbaik. 4.26 1.37

4. Guru harus menyediakan ujian tambahan dan ujian
penilaian yang kerap untuk menilai peningktan prestasi
pelajarnya.

5. Guru harus membuat langkah–langkah alternatif supaya
pelajar tidak mudah putus asa jika gagal.
PURATA

59


Jadual 4.11 di atas menunjukkan nilai bacaan min dan sisihan piawai bagi
faktor tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar pada peringkat awal pelajar tersebut
memasuki kelas. Nilai min tertinggi adalah 4.50 dengan nilai sisihan piawainya ialah
0.98 yang ditunjukkan dari item guru harus menyediakan ujian tambahan dan ujian
pennilaian yang kerap untuk menilai peningkatan prestasi pelajarnya. Manakala
bacaan min bg item pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran yang akan
mereka pelajari sebelum memasuki kelas ialah yag terendah iaitu sebanyak 4.00
dengan nilai sisihan piawainya 1.63.

Jadual 4.12 : Langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk
menjadikan sesi P & P lebih berkesan.

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Guru harus mempunyai sidang rancangan pengajaran
yang lengkap sebelum memulakan sesi P & P. 4.60 1.27
5.00 -
2. Guru seharunya menggunakan sumber yang pelbagai
dan selalu mencari bahan baru untuk merancang dan 5.00 -
menstruktur sidang pengajaran. 5.00 -
5.00 -
3. Guru harus menjalankan penilaian yang berterusan 4.92 0.25
supaya dapat kenal pasti pelajar yang lemah.

4. Guru sepatutnya menilai pembelajaran menggunakan
pelbagai sumber dan bukti.

5. Guru sepatutnya sentiasa bersedia untuk mengajar dan
memberi pendedahan ilmu dari luar buku teks.
PURATA

60


Jadual 4.12 menunjukkan hasil dapatan kajian guru–guru dalam faktor
langkah–langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadikan sesi P & P lebih
berkesan di dalam kelas. Hasilnya menunjukkan terdapat empat (4) daripada lima (5)
item yang memiliki nilai bacaan min tertinggi iaitu 5.00 dengan nilai sisihan piawainya
olah kosong (0.00). Manakala item yang menunjukkan nilai bacaan min terendah iaitu
sebanyak 4.60 dengan nilai sisihan piawainya 1.27, Jakarta, Indonesia, ialah item guru
harus mempunyai sidang rancangan pengajaran yang lengkap sebelum memulakan
sesi P & P.

Jadual 4.13 : Ciri-ciri guru yang mampu menyumbang kepada kejayaan
pelajar

No. Item Min Sisihan

Piawai

1. Guru harus membuat hubungan yang baik dengan pelajar– 4.60 0.97

pelajar untuk melahirkan rasa hormat pelajar kepada guru.

2. Guru harus punyai kemahiran dalam memotivasikan 4.40 1.27

pelajar dan tahu membimbing pelajar untuk meminati

bidang yang diceburi.

3. Guru harus memahami sikap setiap pelajarnya supaya 4.50 1.27

guru dapat memberi tunjuk ajar dan contoh yang mudah

difahami oleh pelajar.

4. Guru harus menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang 4.60 0.97

tersebut dan lebih berfikiran meluas supaya dapat menarik

minat pelajar untuk memberikan tumpuan sewaktu sesi P

& P dijalankan.

5. Guru sepatutnya memiliki penampilan yang kemas dan 4.50 1.27

cara mengajar yang tersendiri supaya pelajar akan lebih

61


berminat untuk mendekati dan mengikuti pengajaran guru 4.52 1.15
tersebut.
PURATA

Jadual 4.13 menunjukkan ciri–ciri guru yang mampu menyumbang kepada
kejayaan pelajar–pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta,
Indonesia. Hasil bacaan min kajian menunjukkan terdapat dua (2) item yang memiliki
nilai min tertinggi iaitu sebanyak 4.60 dan nilai sisihan piawainya ialah 0.97 dan item
berkeaan ialah guru harus membuat hubungan yang baik dengan pelajar – pelajar untuk
melahirkan rasa hormat pelajar kepada guru dan item guru harus menguasai ilmu
pengetahuan dalam bidang tersebut dan lebih berfikiran meluas supaya dapat menarik
minat pelajar untuk memberikan tumpuan sewaktu sesi P & P dijalankan. Manakala
nilai min terendah ialah 4.40 dan nilai sisihan piawainya ialah 1.27, Jakarta, Indonesia
, iaitu bagi item guru harus punyai kemahiran dalam memotivasikan pelajar dan tahu
membimbing pelajar untuk meminati bidang yang diceburi.

Jadual 4.14 : Dengan mengadakan sesi sua temu guru bersama ibu bapa
pelajar mampu memberikan kesan positif kepada kejayaan pelajar

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Guru harus kerap saling berhubungan dengan ibu bapa
untuk memberi tahu perkembangan anak–anak mereka 4.60 0.70
di dalam kelas dan sekolah.
4.40 1.27
2. Guru seharusnya sering menghubungi ibu bapa pelajar
setiap kali pelajar melakukan kesalahan di sekolah. 4.40 1.27

3. Guru dan ibu bapa seharusnya saling bekerjasama
menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar.

62


4. Ibu bapa dapat mengetahui setiap perkembangan anak– 4.60 0.70

anak mereka sewaktu di sekolah.

5. Guru dapat bekerjasama dengan ibu bapa dalam 4.20 1.32

membentuk akhlak dan pembelajaran pelajar – pelajar

tidak kira di sekolah mahupun di rumah.

PURATA 4.44 1.05

Jadual 4.14 menunjukkan faktor yang boleh membawa kejayaan kepada pelajar
iaitu dengan mengadakan sesi sua temu diantara guru dan ibu bapa pelajar mampu
memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar. Hasil dapatan menunjukkan nilai
min tertinggi ialah 4.60 dengan nilai sisihan piawainya ialah 0.70. Terdapat dua (2)
item yang berkongsi nilai tertinggi yang sama iaitu bagi item guru harus kerap saling
berhubungan dengan ibu bapa untuk memberi tahu perkembangan anak–anak mereka
di dalam kelas dan sekolah; dan item ibu bapa dapat mengetahui setiap perkembangan
anak–anak mereka sewaktu di sekolah. Manakala nilai bacaan min terendah ialah
sebanyak 4.20 dengan nilai sisihan piawainya 1.32 bagi item guru dapat bekerjasama
dengan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan pembelajaran pelajar–pelajar tidak kira
di sekolah mahupun di rumah.

63


Jadual 4.15 : Guru mampu melahirkan iklim yang efektif di dalam kelas

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Guru sepatutnya menyediakan sebuah iklim bilik darjah
yang selesa, ceria dan disukai oleh pelajar. 3.00 2.10
3.30 1.90
2. Guru seharusnya mewujudkan sebuah rasa 3.20 2.00
bermasyarakat dan kepunyaan dalam bilik darjah. 4.30 3.00

3. Guru harus sediakan sedikit peraturan di dalam bilik 3.60 1.65
darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan dengar kata.
3.48 2.13
4. Guru sepatutnya lebih bersifat tegas sewaktu sesi P & P
tetapi mesra dengan pelajar untuk memperoleh hati
pelajar dalam minat belajar.

5. Guru harus punyai personaliti yang menarik supaya
pelajar tidak bosan didalam kelas dan mengajar pelajar
tata tertib yang sopan dan saling menghormati di dalam
kelas.
PURATA

Jadual 4.15 ialah hasil dapatan bagi kajian guru mampu melahirkan iklim yang
efektif sewaktu di dalam kelas P & P. Item bagi guru sepatutnya lebih bersifat tegas
sewaktu sesi P & P tetapi mesra dengan pelajar untuk memperoleh hati pelajar dalam
minat belajar menunjukkan bacaan min tertinggi bagi faktor ini iaitu sebanyak 4.30
dengan nilai sisihan piawainya ialah 3.00. Manakala bacaan min terendah bagi item
guru sepatutnya menyediakan sebuah iklim bilik darjah yang selesa, ceria dan disukai
oleh pelajar ialah sebanyak 3.00 dengan bacaan sisihan piawainya ialah 2.10.

64


Jadual 4.16 : Guru dapat melahirkan iklim yang ceria di dalam bilik darjah

No. Item Min Sisihan

Piawai

1. Guru bukan sahaja mengajar tetapi pandai berhibur dan 4.10 1.40

menghiburkan hati pelajar di dalam kelas untuk

mengelakkan pelajar bosan.

2. Guru harus bijak mewujudkan suasana yang kreatif 3.70 1.90

supaya pelajar tidak tidur sewaktu sesi P & P dijalankan.

3. Guru harus bijak untuk membangunkan kemahiran– 3.80 1.80

kemahiran yang ada untuk pelajar.

4. Guru harus punyai sedikit sifat jenaka supaya pelajar 4.10 1.40

berasa terhibur dan tidak bosan.

5. Guru harus mengenengahkan pelajaran yang berkaitan 3.90 1.52

dengan kehidupan seharian pelajar–pelajar.

PURATA 3.92 1.60

Jadual 4.16 ialah hasil dapatan kajian bagi guru dapat melahirkan iklim yang
ceria di dalam bilik darjah. Hasil dapatan menunjukkan bacaan nilai min tertinggi ialah
4.10 dengan nilai sishan piawainya ialah 1.40. terdapat dua (2) item yang berkongsi
nilai min tertinggi ini iaitu item guru bukan sahaja mengajar tetapi pandai berhibur dan
menghiburkan hati pelajar di dalam kelas untuk mengelakkan pelajar bosan dan guru
harus punyai sedikit sifat jenaka supaya pelajar berasa terhibur dan tidak bosan.
Manakala nilai min terendah ialah sebanyak 3.70 dengan nilai bacaan sisihan piawai
1.90 adalah bagi item guru harus bijak mewujudkan suasana yang kreatif supaya
pelajar tidak tidur sewaktu sesi P & P dijalankan.

65


Jadual 4.17 : Guru boleh menunjukkan sikap yang positif kepada pelajar

No. Item Min Sisihan

Piawai

1. Guru harus berlaku jujur, menepati janji, amanah dan 4.00 1.10

ikhlas dalam perkataan dan perbuatan yang ditonjolkan

pada pelajar

2. Guru harus memaparkan karektor yang tenang dan 3.90 1.20

emosi yang sentiasa dalam keadaan yang terkawal

semasa bersama pelajar-pelajar.

3. Guru harus sentiasa berperwatakan yang menarik, 4.20 0.80

teratur dan sensitif pada perubahan setiap pelajar-

pelajarnya.

4. Guru berlaku adil dan tidak berat sebelah sewaktu 4.10 0.90

mengajar di dalam kelas.

5. Guru mengambil berat tentang semua pelajar–pelajarnya 3.80 1.23

dan kenal pasti pelajar yang berisiko tinggi untuk gagal

dalam pelajarannya.

PURATA 4.00 1.05

Jadual 4.17 adalah hasil dapatan kajian tentang guru boleh menunjukkan sikap
yang positif kepada pelajar. Bacaan hasil dapatan kajian ini menunjukkan item guru
harus sentiasa berperwatakan yang menarik, teratur dan sensitif pada perubahan setiap
pelajar-pelajarnya ialah nilai min tertinggi ialah sebanyak 4.20 dengan bacaan sisihan
piawainya ialah 0.80. Manakala bacaan min terendah bagi dapatan kajian ini ialah
sebanyak 3.80 dengan nilai sisihan piawainya ialah 1.23 bagi item guru mengambil
berat tentang semua pelajar–pelajarnya dan kenal pasti pelajar yang berisiko tinggi
untuk gagal dalam pelajarannya.

66


4.3.2 Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Sekolah dari
Kalangan Pelajar

Pada bahagian ini data berkaitan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi daya kesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dianalisis untuk mendapatkan bacaan min dan sisihan
piawai.

Jadual 4.18 : Faktor daripada Guru

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Saya menyukai cara penyampaian guru ketika di dalam
kelas. 4.00 0.58

2. Saya memahami apa yang diajar oleh guru. 3.80 0.70
3. Guru memberi bimbingan yang berkesan kepada saya 4.32 0.65

dalam mata pelajaran yang saya ambil. 2.60 1.18
4. Saya berasa bosan jika guru sering memberikan latihan
4.18 0.53
amali sewaktu sesi pembelajaran.
5. Saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam 3.78 0.73

kelas kerana guru mengajar dengan penuh keyakinan.
PURATA

Jadual 4.18 menunjukkan bacaan min tertinggi bagi faktor daripada guru yang
membawa kejayaan kepada sekolah adalah sebanyak 4.32 dengan sisihan piawai 0.65
bagi item guru memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar dalam mata
pelajaran yang pelajar ambil, manakala nilai min terendah ialah bagi item pelajar
memahami apa yang diajar oleh guru adalah sebanyak 3.80 dengan bacaan sisihan
piawainya sebanyak 0.70.

67


Jadual 4.19 : Faktor Kemudahaan Persediaan Makmal Amali

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Saya dapat menjalani pembelajaran dengan selesa
kerana mempunyai kemudahan makmal yang lengkap. 3.98 1.00
2.23 0.79
2. Saya sukar menggunakan kemudahan makmal yang 4.40 0.59
disediakan. 4.03 0.55
2.10 0.75
3. Saya berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana
kemudahan makmal yang moden dan canggih. 3.34 0.74

4. Kemudahan alatan makmal banyak membantu saya
dalam menjalani latihan amali.

5. Saya tidak memahami kelas amali kerana tidak mahir
untuk menggunakan kemudahan makmal yang
disediakan.
PURATA

Jadual 4.19 menunjukkan faktor kemudahan persediaan makmal amali serta
dapatan kajian ini menunjukkan bacaan min tertinggi ialah sebanyak 4.40 dengan
bacaan sisihan piawainya ialah 0.59 bagi item pelajar berasa lebih bersemangat untuk
belajar kerana kemudahan makmal yang moden dan canggih. Manakala bacaan min
terendah ialah sebanyak 2.10 dengan nilai bacaan sisihan piawainya sebanyak 0.75
bagi item pelajar tidak memahami kelas amali kerana tidak mahir untuk menggunakan
kemudahan makmal yang disediakan.

68


Jadual 4.20 : Faktor daripada Sikap Pelajar sediri

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Saya menyukai mata pelajaran berkaitan teknikal dan
kerja amali. 4.58 0.62

2. Saya belum bersedia untuk membuat 3.22 1.18
fesyen/solekan/makanan yang baru.
4.03 0.82
3. Saya meminati kursus ini selepas menghadiri kursus ini. 3.75 0.77
4. Saya akan menyiapkan semua tugasan yang diberikan
4.47 0.57
secepat mungkin.
5. Saya suka membuat lakaran idea tentang rekaan 4.01 0.80

pakaian/menu masakan/solekan yang saya impikan.
PURATA

Jadual 4.20 adalah hasil dapatan tentang faktor daripada sikap pelajar sendiri.
Jadual menunjukkan 4.58 ialah nilai bacaan min yang tertinggi dengan nilai sisihan
piawai 0.62 bagi item pelajar menyukai mata pelajaran berkaitan teknikal kerja amali.
Manakala nilai min terendah ialah 3.22 dengan nilai sisihan piawainya ialah sebanyak
1.18 bagi item pelajar belum bersedia untuk membuat fesyen/solekan/makanan yang
baru.

69


Jadual 4.21 : Faktor Pengurusan Pentadbiran

No. Item Min Sisihan
Piawai
1. Pihak pengurusan sekolah menyediakan keperluan
pelajar dengan sempurna. 4.02 1.16
3.52 1.20
2. Pengetua sekolah pernah bermesra dengan pelajar– 3.92 0.93
pelajar. 4.13 0.77
4.15 0.58
3. Saya percaya bahawa pengetua boleh memainkan
peranan sebagai pembentuk pelajar cemerlang. 3.95 0.93

4. Saya suka dengan kecekapan pengurusan sekolah dalam
mengendalikan hal pentadbiran sekolah.

5. Pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga
dan usaha guru-guru digembleng dengan menggunakan
sumber yang ada ke arah pencapaian program
pendidikan yang berkesan.
PURATA

Jadual 4.21 menunjukkan hasil dapatan bagi faktor campur tangan pihak
pengurusan pentadbiran sekolah. Nilai bacaan min tertinggi ialah 4.15 dengan hasil
sisihan piawainya ialah 0.58 bagi item pengetua perlu berperanan memastikan segala
tenaga dan usaha guru-guru digembleng dengan menggunakan sumber yang ada ke
arah pencapaian program pendidikan yang berkesan, item bagi bacaan min terendah
ialah pengetua sekolah pernah bermesra dengan pelajar-pelajar iaitu sebanyak 3.52 dan
sisihan piawainya ialah sebanyak 1.20.

70


BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI & CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bahagian ini membincangkan mengenai hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji berdasarkan analisis kajian daripada bab 4. Dalam bab
sebelum ini, hasil dapatan kajian dinyatakan secara menyeluruh dan akan
dibincangkan di dalam bahagian ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian.
Pengkaji juga akan mengemukakan cadangan penambah baikkan yang berkaitan
supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada penyelidik akan
datang. Kupasan daripada bahagian ini adalah meliputi perbincangan daripada hasil
kajian, rumusan kajian, cadangan kajian dan kesimpulan.

5.2 Rumusan Kajian

Berdasarkan daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji
menunjukkan guru, pelajar dan pengurusan adalah pengaruh utama yang memainkan
peranan sebagai faktor penyumbang kepada kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan 27,
Jakarta, Indonesia. Walaupun nilai bacaan kajian daripada guru lebih tinggi daripada

71


pelajar dan pengurusan, namun sebenarnya ketiga–tiga organisasi ini saling berkait
rapat. Tanpa salah satu daripadanya maka tidak akan dapat melahirkan sebuah sekolah
yang berjaya dari segi akademik dan prestasinya.

5.3 Dapatan Kajian

Dapatan utama kajian ini disusun mengikut latar belakang responden, kajian
kes terhadap pengaruh guru, pelajar atau pengurusan sebagai faktor kejayaan Sekolah
Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, bagi mata pelajaran kulinari, kecantikan
dan busana pakaian.

5.4 Maklumat Latar Belakang Responden

Kajian ini telah melibatkan seramai 70 orang responden yang berlainan
jawatan. Ia terdiri daripada 14.3% guru dan 85.7% pelajar. Ekoran daripada dapatan
responden ini, pengkaji menggunakan seramai 9 orang guru, seorang pegawai
pengurusan, 20 orang pelajar dari kursus kulinari, 20 orang pelajar daripada kursus
kecantikan dan 20 orang pelajar daripada kursus busana pakaian di Sekolah Menengah
Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia. Pada bahagian ini iaitu bahagian A mengandungi lima
(5) item yang perlu dijawab oleh setiap responden.

72


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, bilangan responden dari kalangan
guru diambil secara rawak dengan bilangan yang sama iaitu seramai tiga (3) orang
daripada setiap kursus. Ini bagi memberikan kesaksamaan dalam peluang setiap guru
bagi setiap kursus. Manakala seramai 20 orang responden dari kalangan pelajar telah
diambil dari setiap kursus bagi mendapatkan respon yang saksama dan adil.

5.5 Perbincangan

Dapatan kajian dan perbincangan dikemukan berdasarkan objektif kajian,
kajian literatur dan pendekatan teori dirumuskan seperti yang berikut:-

5.5.0 Pendahuluan

Daripada dapatan kajian ini, terdapat lima persoalan kajian yang akan
dirungkai dalam mengenalpasti pengaruh terhadap faktor kejayaan Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, termasuklah tahap
pengetahuan guru, tahap keyakinan guru, faktor kejayaan pelajar dan tahap
pengalibatan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini dikaji dengan melihat min
yang tertinggi bagi setiap faktor–faktor yang mempengaruhi gaya pengajaran
guru, tingkah laku pelajar dan penglibatan pengurusan.

73


5.5.1 Sejauh manakah pengetahuan guru dalam mengajar pelajaran di
sekolah?

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 80 % kalangan guru
yang mengajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempunyai latar belakang
berpendidikan bertaraf universiti. Manakala, pengaruh pengalaman yang
cukup lama juga memainkan peranan dalam melahirkan guru yang berjaya dan
mampu memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
pelajar.

Walaupun dapatan kajian bagi faktor pengalaman guru mengajar
menunjukkan kekerapan dan peratus yang sama namun ia cukup untuk
membuktikan pengalaman sangat memainkan peranan yang penting dalam
penghasilan guru yang berkualiti. Dapatan peratusan guru mengikut
pengalaman mengajar adalah dalam lingkungan 10 sehingga 30 tahun. Ia
merupakan suatu jangka masa yang lama untuk seseorang guru menimba
pengalaman sebagai seorang guru yang mengharungi pelbagai permasalahan
dalam pendidikan.

Seperti yang di nyatakan oleh Hills (2015), pengetahuan guru terdiri
daripada kedua-dua prestasi pengajaran guru dan pemikiran pengajaran.
Dengan pengalaman dalam jangka masa yang lama mampu membuatkan
seorang guru tersebut berfikiran matang dalam membuat persediaan
pengajarannya. Ini sangat bertepatan dengan hasil daripada kajian ini kerana

74


rata-rata guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempunyai pengalaman yang
sangat lama dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun mendidik dalam bidang
yang mereka kursuskan.

5.5.2 Adakah tahap keyakinan guru di sekolah mempengaruhi ketika
mengajar?

Bagi dapatan kajian terhadap tahap keyakinan guru menunjukkan
bacaan nilai min yang tinggi kesemuanya kecuali faktor iklim efektif di dalam
kelas (min = 3.48) yang menunjukkan bahawa guru-guru di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan oleh
ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi disamping sokongan daripada pihak
pengurusan sekolah. Guru-guru sememangnya dihantar berkursus di dalam dan
di luar negara.

Diantara faktor yang tertinggi ialah langkah–langkah yang perlu
diambil oleh guru untuk menjadikan sesi kelas lebih berkesan (min = 4.92, sp
= 0.25). Faktor ini menunjukkan guru harus membina keyakinan yang tinggi
sebelum memulakan suatu sesi supaya pelajar akan berasa selesa dan yakin
untuk belajar dengan guru tersebut.

75


Ini sependapat dengan apa yang dinyatakan oleh Frederick C. (2011),
di dalam kajian beliau ada menyatakan sikap guru yang ditunjukkan oleh guru
mampu memberikan kesan kepada cara pengajaran dan pencapaian pelajar.
Penyataan ini bertepatan dengan hasil kajian ini kerana dapatan kajian juga
menunjukkan bacaan tertinggi daripada item guru sepatutnya sentiasa bersedia
untuk mengajar dan memberikan pendedahan ilmu dari luar buku teks (min =
5, sp = 0). Ini disokong juga oleh Muhammad Arifin (2014) dalam kenyataan
beliau yang menerangkan guru dapat membina keyakinan sewaktu sesi
pengajaran apabila guru tersebut mencapai tahap kepuasan dalam mengajar.
Hal ini berlaku di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, kerana didapati guru
menggunakan kaedah dan alat bantu mengajar yang sangat lengkap dan pelajar
mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia.

Faktor lain yang mempengaruhi keyakinan guru adalah, guru-guru di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, telah menjalani kursus pengkhususan di dalam
bidang yang mereka perlu ajar di sekolah selama empat (4) tahun. Ini
menunjukkan betapa berkualitinya guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.
Dapatan kajian daripada guru-guru juga menunjukkan hasil yang positif dan
mereka memberikan penjelasan yang sungguh baik.

76


5.5.3 Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan guru melahirkan
pelajar cemerlang?

Bagi dapatan kajian ini, pengaruh yang memainkan peranan paling
besar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang ialah gaya dan ciri–ciri
seorang guru yang boleh mempengaruhi pembentukkan pelajarnya dengan
nilai bacaan min sebanyak 4.52.

Tambahan pula, ujian deskriptif bagi faktor ini menunjukkan nilai
bacaan tertinggi adalah, guru harus menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang
tersebut dan lebih berfikiran meluas supaya dapat menarik minat pelajar untuk
memberikan tumpuan sewaktu sesi kelas dijalankan (min = 4.60, sp = 0.97).
hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan utama dalam
mempengaruhi minat dan dorongan pelajar untuk belajar. Selain itu di SMKN
27, Jakarta, Indonesia, mereka menerapkan nilai-nilai murni seperti saling
menghormati antara guru dan pelajar. Daripada situ dapat dilihat betapa mereka
mempunyai tatasusila yang sopan dan santun dalam menghormati guru sebagai
penyumbang ilmu kepada pelajarnya.

Selain itu, Misty Adoniou (2015) juga telah membentangkan konsep
pengetahuan guru yang menyediakan rangka kerja untuk menggambarkan
kerumitan pengetahuan guru dapat dikenalpasti melalui hasil dapatan kajian
ini. Ini kerana dalam item guru harus mempunyai sidang merancang pengajaran
yang lengkap sebelum memulakan sesi kelas (min = 4.60, sp = 1.27, Jakarta,

77


Indonesia. Persediaan awal guru penting dalam melahirkan suasana kelas yang
berjalan lancar, kerana kesemua isi–isi yang perlu diajar oleh guru pada waktu
tersebut dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Ia bersamaan dengan apa
yang diamalkan oleh guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, kerana guru
disana mengamalkan set induksi sebelum memulakan kelas P & P. Ini dapat
menarik minat pelajar untuk lebih bersedia sebelum memulakan kelas tersebut.

Maka, daripada itu, pelajar akan lebih cepat memahami apa yang
diajarkan oleh guru tersebut sewaktu di dalam kelas. Serta penyampaian guru
akan menjadi lebih mudah dan lancar apabila guru mendapat perhatian
daripada pelajar sewaktu sesi di dalam kelas.

Selain itu, faktor yang mempengaruhi kejayaan guru melahirkan pelajar
cemerlang ialah dorongan dan sokongan daripada ibu bapa pelajar (min = 4.44,
sp=1.25). Walaupun pelajar si SMKN 27, Jakarta, Indonesia, tidak menerima
sebarang pinjaman atau dana bantuan kewangan, namun sokongan daripada ibu
bapa pelajar sungguh menggalakkan. Ibu bapa sangat memberi sokongan
kepada pelajar dengan turut dan sentiasa mengambil berat dalam
perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Maka, hubungan ibu bapa dengan
guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sangatlah memberangsangkan. Hal ini
akan memberikan kesan positif kepada pelajar dalam melahirkan
kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

78


5.5.4 Apakah faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar
sehingga ke peringkat antarabangsa?

Dalam dapatan kajian ini menunjukkan faktor kecermelangan pelajar
ada empat (4). Dimana faktor yang tertinggi sekali ialah sikap pelajar itu sendiri
(min = 4.01, sp = 0.8). Sikap ialah sifat dalaman yang seada di dalam diri
pelajar. Dalam membentuk sikap yang positif seseorang harus bijak mengawal
emosi dan tingkah laku diri. Jika diri mempunyai motivasi yang positif maka
ia dapat menghasilkan suatu tingkah laku yang positif. Begitu juga guru di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dimana meraka sangat mengambil berat pelajar-
pelajar mereka.

Hasil kajian ini bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Azizi
(2005), di dalam hasil kajian beliau menunjukkan aspek motivasi diri adalah
tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini sendiri. Daripada item
pelajar menyukai mata pelajaran berkaitan teknikal dan kerja amali (min=4.58,
sp=0.62) dapat menunjukkan betapa motivasi diri sangat penting dalam
pembentukkan minat dan kerelaan pelajar dalam mempelajari sesuatu kursus
tanpa perlu dipaksa. Ini sangat bertepatan dengan hasil kajian yang beliau telah
jalankan sebelum ini.

79


Maka, kesannya pelajar dapat mengikuti kursus berkenaan dengan lebih
mudah dan lancar kerana pelajar meminati kursus tersebut dan mahu untuk
mempelajarinya. Sepanjang pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, menunjukkan
pelajar-pelajar sangat menunjukkan minat dan semangat untuk belajar di dalam
kelas. Selain itu, meraka menghidupkan suasana yang ceria sambil melakukan
kerja yang ditugaskan kepada mereka. Kerjasama yang ditunjukkan diantara
pelajar-pelajar juga sangat memberangsangkan dimana mereka saling bantu-
membantu antara satu sama lain.

Selain itu, faktor guru juga memainkan peranan penting dalam
pengaruh kecemerlangan pelajar–pelajar di sekolah. Ini dapat dilihat daripada
item guru memberikan bimbingan yang berkesan kepada pelajar dalam mata
pelajaran yang pelajar ambil (min = 4.32, sp = 0.65). Daripada bacaan ini
menunjukkan pengaruh terbesar dalam membentuk pelajar yang cemerlang
ialah cara bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru sendiri.

Di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dapat dilihat guru-guru di sana sangat
memupuk semangat pelajar mereka untuk terus belajar di dalam kursus yang
mereka ambil. Walaupun sewaktu P & P, namun guru mereka tetap mengambil
berat tentang kebajikan pelajar mereka dari segi kesihatan dan daya tumpuan
pelajar di dalam kelas.

80


Gay (2000) menyatakan kejayaan pelajar adalah bergantung kepada
cara dan teknik pengajaran yang dibawa oleh guru tersebut. Kenyataan ini
menyokong hasil dapatan kajian ini kerana guru cemerlang akan mendapat
pengiktirafan apabila beliau berjaya menghasilkan pelajar–pelajar yang
mampu berdaya saing dengan dunia luar dalam kursus yang guru tersebut
khusus kan. Guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sangat proaktif dalam
persediaan awal kelas mereka. Setiap kali sebelum memulakan kelas, guru di
SMKN 27, Jakarta, Indonesia, akan membuat latihan mengajar terlebih dahulu
bagi melancarkan lagi sewaktu sesi P & P sebenar dijalankan.

5.5.5 Bagaimanakah pihak pengurusan di sekolah mampu memainkan
peranan?

Dapatan kajian ini menunjukkan sejauh mana tahap penglibatan pihak
pengurusan sekolah mampu menjana sistem pembelajaran pelajar sehingga
pelajar mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Purata menunjukkan
faktor ini sangat tinggi iaitu sebanyak 3.95 min dan 0.93 sisihan piawai. Seperti
yang dinyatakan oleh Carsten Schmidtke (2010), pihak pengurusan sekolah
juga harus lebih bersifat kreatif fan memberi sokongan yang sepatutnya dalam
melahirkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar–pelajar.

81


Daripada dapatan kajian dari item pengetua perlu berperanan
memastikan segala tenaga dan usaha guru–guru digembleng dengan
menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan yang
berkesan (min = 4.15, sp = 0.58) mampu dibuktikan daripada kenyataan yang
dibuat tadi. Ini kerana, pengetua merupakan ketua bagi pihak pengurusan yang
mampu mengeluarkan arahan bagi menambah baikkan fasiliti dan infrastruktur
sekolah berkenan supaya lebih selesa dan lengkap untuk kegunaan pelajar–
pelajarnya dalam pelajaran. Daripada situ sekolah dapat memberikan
sumbangan dalam membentuk pelajar cemerlang setelah membekalkan
keperluan dan kelengkapan yang sempurna kepada pelajar untuk menjalani sesi
kelas harian pelajar.

Selain itu, hasil kajian James P. Spillane (2012) juga menyokong hasil
dapatan kajian ini kerana beliau menyatakan pihak pengurusan sekolah
sewajarnya dipertanggungjawabkan dalam perihal penyediaan kelas atau
makmal serta semua kemudahan dan kelengkapan para pelajar bagi
memudahkan pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran mereka. Hasilnya,
guru dapat mengajar dengan yakin dan pelajar dapat belajar dengan selesa.
Sewajarnya, pihak pengurusan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, berasa lebih
prihatin dan sering turun padang untuk berada lebih dekat dengan pelajar-
pelajar mereka bagi memberikan sokongan dan galakkan dalam peningkatan
pelajaran mereka.

82


5.6 Implikasi

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh guru, pelajar atau
pengurusan sebagai faktor yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah, dan
kajian kes ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia.

Hasil dapatan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada Sekolah Menengah
Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, sendiri dalam membuat penambah baikkan untuk
meningkatkan lagi taraf dan kualiti sekolah tersebut. Selain itu, hasil dapatan kajian
ini juga boleh dirujuk oleh sekolah–sekolah di Malaysia terutama kolej vokasional
bagi menilai dan membuat perbandingan untuk meningkatkan hasil kualiti pelajar–
pelajar di sini.

Oleh itu, tenaga pengajar yang mengajar kursus–kursus seperti kosmitologi,
kulinari dan pakaian fesyen bolehlah menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam
menaikkan semangat dan cara pengajaran di sekolah. Tidak kurang juga kepada pihak
pengurusan juga boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan kepada membentuk
sekolah yang lebih berprestij dan maju dari segi infrastruktur dan pencapaian pelajar–
pelajar.

83


Tambahan lagi, hasil kajian ini amat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukkan
kepada bakal–bakal guru yang akan mengajar dalam mata pelajaran sains rumah
tangga, kerana ia penuh dengan input dalam membentuk pengajaran yang kondusif di
dalam kelas untuk melahirkan pelajar yang cemerlanga dari segi akademik dan kursus
yang diajar. Tidak lupa juga, bagi pelajar jurusan perguruan juga boleh menjadikan
hasil kajian ini sebagai panduan dan membuat kesinambungan dalam mengkaji
berbandingan kejayaan struktur sistem pendidikan di Indonesia dan Malaysia pula.

5.7 Cadangan Kajian

Berdasarkan analisis kajian yang telah dilakukan, rata–rata menunjukkan
bacaan yang sangat positif dari semua responden. Bacaan puratan min menunjukkan
bacaan yang tinggi dimana ia menunjukkan responden sangat berpuas hati dengan apa
yang dipersoalkan oleh pengkaji.

Namun begitu berdasarkan hasil kajian ini, menunjukkan bahawa item
kemudahan persediaan makmal di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, berada pada nilai min
terendah iaitu (min = 3.34, sp = 0.74). Hal ini demikian adalah kerana tidak kesemua
makmal amali membekalkan penyediaan makmal yang canggih. Oleh itu, pihak
pengurusan sewajarnya untuk lebih bekerja keras dalam menaik tarafkan kesemua
makmal–makmal amali supaya pelajar akan berasa selesa sewaktu belajar di dalam
kelas amali. Ini disokong oleh Hopland O. (2013) yang menyatakan dalam melahirkan
sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan
alat bantu mengajar yang sempurna. Sebagai penambah baikan mungkin pihak

84


pengurusan boleh cuba untuk mendapatkan tajaan luar atau lebih banyak
mendedahkan pelajar–pelajar kepada pertandingan dalam kursus yang kurang
mendapat peruntukan untuk penambah baikkan makmalnya.

Begitu juga dengan item iklim efektif di dalam kelas yang menunjukkan bacaan
purata min terendah iaitu (min = 3.48, sp = 0.75). Iklim merupakan suasana yang
sepatutnya dijadikan sebagai satu pembantu untuk memudahkan guru dalam sesi
pembelajaran dalam melahirkan minat pelajar untuk kekal fokus dalam kelas tersebut.
Daripada hasil dapatan kajian ini menunjukkan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia,
kurang mengamalkan atau membentuk iklim kelas yang kondusif.

Ini mungkin kerana faktor guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, lebih
tertumpu kepada kaedah pengajaran yang sama. Walaupun guru di SMKN 27, Jakarta,
Indonesia, ini kebanyakkannya menyediakan kaedah pengajaran yang berpusat kan
pelajar namun mungkin kerana teknik yang digunakan adalah sama, tiada
kepelbagaian dalam penyampaian dan tiada penggunaan model pengajaran yang
bersesuaian. Seperti yang dinyatakan oleh Lewis (2011), guru yang terbaik seharusnya
membuat kelas pembelajaran dan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan pelajar
kerana pelajar hanya mampu memberikan tumpuan pada kelas verbal selama tidak
lebih dari 15 minit sahaja. Penggunaan model pengajaran dan kaedah pengajaran yang
pelbagai sangatlah digalakkan.

85


Selain itu, daripada dapatan kajian menunjukkan item pelajar akan menyiapkan
semua tugasan yang diberikan secepat mungkin dengan bacaannya ialah (min = 3.75,
sp = 0.77) adalah terendah di dalam faktor daripada sikap pelajar. Pelajar seperti ini
seharusnya diberi lebih perhatian oleh guru supaya motivasi diri mereka tidak makin
rendah dan jatuh. Ini boleh menyebabkan pelajar tersebut hilang fokus dan minat
dalam meneruskan pelajarannya. Dalam kondusi ini, guru harus memainkan peranan
penting bagi meningkatkan semula motivasi diri pelajar tersebut dan sering membuat
pantauan terhadapnya agar pelajar ini tidak ketinggalan dan tercicir di dalam kelas dan
pelajarannya.

Untuk tambahan, pihak SMKN 27, Jakarta, Indonesia, boleh juga
menganjurkan program kolaborasi dengan Kolej Vokasional Malaysia untuk saling
bekerjasama dan berkongsi pendapat dalam melahirkan kaedah dan teknik pengajaran
kursus kemahiran dengan lebih berkesan. Disamping itu, mereka boleh menganjurkan
pertandingan piala pusingan untuk menilai tahap kecemerlangan dan hasil pelajar–
pelajar dari sekolah masing–masing bagi meningkatkan kualiti pelajar–pelajar.

86


5.8 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, menunjukkan faktor–faktor yang
membawa kepada kecemerlangan sebuah sekolah adalah saling berkaitan antara guru,
pelajar dan pengurusan sekolah. Namun memandangkan tunjang asas didalam
sesebuah sekolah adalah guru, maka dapatan kajian lebih banyak menunjukkan
kepentingan guru dalam menghasilkan pelajar–pelajar yang cemerlang. Ini kerana,
guru adalah penyampai dan pembekal ilmu kepada pelajar. Cara penyampaian ilmu
tersebut sangat penting supaya pelajar dapat menerima segala ilmu untuk dipraktikan
semasa amali. Maka, guru yang bagus adalah guru yang sentiasa bersedia untuk
mengajar dan mempunyai ilmu dalam pengajaran beliau serta memiliki pelbagai
kaedah dalam penyampaian pengajarannya.

Manakala, pengurusan adalah pembekal utama dalam melengkapkan
kelangkapan pembelajaran pelajar–pelajar di sekolah. Jika pengurus gagal dalam
membekalkan keperluan pelajar, maka pelajar tidak dapat meneruskan sesi
pembelajaran dengan proses menimba ilmu itu akan terbatas. Hasilnya, pelajar gagal
untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam pelajarannya.

Begitu juga dengan pelajar, pelajar seharusnya punyai sikap, minat dan
motivasi diri yang tinggi untuk mempelajari kursus kemahiran ini. Ini kerana, kursus
ini memerlukan menelitian dan kesungguhan dalam mempelajarinya. Tanpa minat
pelajar tidak akan dapat menghasilkan suatu produk atau prestasi yang baik.

87


BIBLIOGRAFI

Adoniou, M. (2015). Asia-Pacific Journal of Teacher Teacher knowledge : a complex
tapestry, (July).

Alimul Hidayat, Aziz. (2009). Metode Penelitian Keperawatan dan Tekhnik Analisis
Data. : Salemba Medika.

Arifin, H. M. (2014). The Influence of Competence, Motivation, and Organisational
Culture to High School Teacher Job Satisfaction and Performance. International
Education Studies, 8(1), pp : 38–45.

Airball. (2010). Re: Risk taking in the classroom. Capaian daripada laman
http://chronicle.com/forums/index.php/topic,65556.0.html

Azizi Yahaya, dan Nadia Farhana Mohammad Zabidi. (2005). Kualiti diri guru pelatih
berdasarkan teori.

Azizi Yahaya, et al (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

Chow, C. W., Shields, M. D., dan Wu, A. (1999). The importance of national culture
in the design of and preference for management controls for multi-national
operations, 24, pp : 441–461.

Clotfelter, Charles T., Helen F. Ladd, Jacob L. Vigdor, and Justin Wheeler. 2007.
“High-Poverty Schools and the Distribution of Teachers and Principals.”
CALDER Working Paper 1. Washington, DC: The Urban Institute.

Daigon, A. (1967). Theory, Practice, and Effective Teaching of English, pp : 67–81.
88


Gay, G. (2002). Aacte Outstanding Writing Award Recipient Preparing for Culturally
Responsive Teaching. Journal of Teacher Education, 53(2).

Garet, M. S., Porter, a. C., Desimone, L., Birman, B. F., dan Yoon, K. S. (2001). What
Makes Professional Development Effective? Results From a National Sample of
Teachers. American Educational Research Journal.

Alexander, P. (2008). Charting the course for the teaching profession: The energizing
and sustaining role of motivational forces. Learning and Instruction, 18, pp : 483–
491.

Halim, L., Abdullah, S. I. S. S., dan Meerah, T. S. M. (2014). Students’ Perceptions
of Their Science Teachers' Pedagogical Content Knowledge. Journal of Science
Education and Technology, 23(2), pp : 227, Jakarta, Indonesia , –237.

Harris, J., Mishra, P., dan Koehler, M. (2008). Teachers’ Technological Pedagogical
Content Knowledge and Learning Activity Types: Curriculum-Based
Technology Integration Reframed. Journal of Research on Technology in
Education, 41(4), pp : 393–416.

Hopland, A.O., (2011). “School facilities and student achievements: Evidence from
the TIMSS” Unpublished draft

Isa, N., Machmudi, M., Shihah, M. A. I., dan Abdullah, H. J. (2013). Pembelajaran
Berasaskan Projek : Takrifan , Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran
Berasaskan Masalah, 2(1), pp : 181–194.

89


Jia, Q. (2010). A brief study on the implication of constructivism teaching theory on
classroom teaching reform in basic education. International Education Studies,
3(2), pp : 197–200. Capaian daripada laman
http://journal.ccsenet.org/index.php/ies/article/view/5888

O. Hopland, A. (2013). School Facilities and Student Achievement in Industrial
Countries: Evidence from the TIMSS. International Education Studies, 6(3),
162–171. Capaian daripada laman http://doi.org/10.5539/ies.v6n3p162

Spillane, J. P. (2015). Managing instructional quality and leading instructional
improvement: Engaging with the essence of school improvement. Australian
Educational Leader, 37(1), pp : 18-22

Lewis, L., dan Kaplan, J. (2000). Condition of America ’ s Public School Facilities :
1999 Condition of America ’ s Public School Facilities : 1999, (June).

Lunenburg, F. C., dan Irby, B. J. (2011). Instructional Strategies to Facilitate
Learning. International Journal of Educational Leadership Prepa- Ration, 1–
12. Capaian daripada laman http://eric.ed.gov/?id=EJ974330

Mishra, P., dan Koehler, M. J. (2006). Technological pedagogical content knowledge:
A framework for teacher knowledge. Teachers College Record.

M. C Ricklefs (2008). Sejarah Indonesia Modern 1200 – 2008. Pt. IKrar.

Melly Sri Sulastri Rifai,(2007) ”Suatu Tinjauan Historis Prospektif Tentang
Perkembangan Kehidupan Dan Pendidikan Keluarga” Dalam Jalaludin Rakhmat
(Eds), Keluarga Muslim Dalam Masyarakat Modern. Bandung.

90


Pedota, P. J. (2015). How Can Student Success Support Teacher Self-Efficacy and
Retention? The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues
and Ideas, 88(2), pp : 54–61.

Sarimah, I., dan Farawahida, Y. (2008). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran
Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor.

Schmidt, D. A., Baran, E., Thompson, A. D., Mishra, P., Koehler, M. J., dan Shin, T.
S. (2009). Technological pedagogical content knowledge (TPACK): The
development and validation of an assessment instrument for preservice teachers.
Journal of Research on Technology in Education, 42(2), pp : 123–149.

Schmidtke, C. (2010). Math and Science Instructors’ Perceptions of Their American
Indian Students at a Sub-Baccalaureate Technical College: A Delphi Study.
Journal of Career and Technical Education, 25(2), 8–23. Capaian daripada laman
http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=truedandb=ericdanAN=EJ93109
3dansite=ehost-live

Spear-Swerling, L., dan Cheesman, E. (2012). Teachers’ knowledge base for
implementing responseto - intervention models in reading. Reading and Writing:
An Interdisciplinary Journal, 25(7), pp : 1691–1723.

Soedijarto (2007). Menuju Pendidikan Nasional Yang Releven Dan Bermutu :
Kumpulan Tulisan Tentang Pemikiran Dan Usaha Meningkatkan Kualiti Dan
Perkaitan Pendidikan Kebangsaan. Balai Pustaka 1989, pp : 204 – 232.

Shuls, J. V, dan Trivitt, J. R. (2015). Teacher Qualifications and Productivity in
Secondary Schools. Journal of School Choice, 9(1), pp : 49–70.

91


Titik Handayani. (2008). Kebangkitan Nasional dan Pembanggunan Manusia: Sebuah
Catatan Kristis. Masyarakat Indonesia Majalah Ilmu – Ilmu Sosial Indonesia.
Jilid XXX1V, No. 2, pp : 125-211.

Tan Tai dan Ariffin, (2015). Penilaian Perlaksanaan Program Pendidikan Di
SMT/SMV/KV. FP. UTM Johor.

Turner, J. E., Waugh, R. M., Summers, J. J., dan Grove, C. M. (2009). Implementing
high-quality educational reform efforts: An interpersonal circumplex model
bridging social and personal aspects of teachers’ motivation. In P. A. Schutz dan
M. Zembylas (Eds.), Advances in teacher emotion research. London: Springer.
Pp : 253–27, Jakarta, Indonesia , 2.

Iptek, J., dan Lipi, R. (2015). Rencana Strategis, 1–6. Capaian dari laman
http://doi.org/351.077 Ind r

Yildiz, N. G. (2015). Teacher and Student Behaviors in Inclusive Classrooms.
Educational Sciences: Theory dan Practice, 15(1), pp : 177–184.

Wong, A., Chong, S., Choy, D., dan Lim, K. M. (2012). Investigating changes in
pedagogical knowledge and skills from pre-service to the initial year of teaching.
Educational Research for Policy and Practice, 11, pp : 105–117.

Zuhao Wang, Shaohui Chi, Kaiyan Hu dan Wenting Chen (2013). Chemistry
Teachers’ And Application of Models. Springer Science Business Media New
York : J. Sci Educ Technol, 23, pp : 211 – 226.

92


LAMPIRAN
Kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia ,

Gambaran 1.1: Kejayaan SMKN 27, Jakarta, Indonesia di ASEAN
Skill Competation 2013

Gambaran 1.2: SMKN 27, Jakarta, Indonesia memenangi tempat
Juara dalam KOMBI
93


MoU di antara SMKN 27, Jakarta, Indonesia , bersama Badan Luar

Gambaran 1.3: SMKN 27, Jakarta, Indonesia menjuari pertandingan
WSC di Jerman

Gambaran 2.1 : MoU SMKN 27, Jakarta, Indonesia bersama CJ Korea
94


Gambaran 2.2 : MOU SMKN 27, Jakarta, Indonesia bersama Syarikat
Toyota

Suasana di dalam kelas Tata Busana

Gambaran 3.1 : Sesi PdanP kelas jahitan

95


Suasana di dalam kelas Tata Boga

Gambaran 4.1 : Susana kelas amali masakan
Suasana di dalam kelas Tata Kecantikan

Gambaran 5.1: Suasana kelas kecantikan
96


Sesi Temu Ramah Bersama Kaki Tangan Pendidik di SMKN 27

Gambaran 6.2 : Penghargaan kepada kepala SMKN 27, Jakarta,
Indonesia Indonesia

Hasil Kerja Pelajar-Pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia

97


Click to View FlipBook Version