The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmabe66, 2022-06-11 00:25:42

FOLIO BM MFI -8 KAJIAN NOVEL

FOLIO BM MFI -8 KAJIAN NOVEL

ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
a) CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
b) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
c) KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL

3. SINOPSIS 8 NOVEL
a)SINOPSIS KESELURUHAN
b)SINOPSIS SETIAP BAB

5. SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
6. SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
7. SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

8. RUJUKAN- SEKURANG-KURANGNYA 15
a) 8 RUJUKAN NOVEL
b) 7 RUJUKAN LINK WEB

1. PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru telah menbantu dalam
melengkapkan tugasan ini tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang turut sama
membimbing dan kepada abang dan kakak saya yang sentiasa membantu bagi memudahkan
urusan menyiapkan folio ini.

2.PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL

Ringkasan Cerita

a) Tirani Karya Beb Sabariah

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan
pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikkan yang
dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya
telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yaseer.
Kecantikkan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah
tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah
berat dan harapan ketuanya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak mewarisi
kecantikkannya dan ditambah rasa cemburu oleh Wahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk
berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya telah
menarik ramai pelancong termasuk Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan dan mempelajari
bahawa satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Biografi Penulis

BEB SABARIAH

HAJAH Bibi Sabariah Bt. Hj. Abang Awet menggunakan nama samaran Beb Sabariah, lahir di
Kampung Hulu Pusa Saribas, Bahagian Betong pada 7 November 1949. Beliau mendapat
pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pusa Saribas (Darjah 1-4) dan SRK Enche’ Buyong
Kuching (Darjah 5-6) dan pendidikan menengah di Madrasah Melayu (dulu dikenali James
Brooke Malay College) Tingkatan 1-3, kemudian keseluruhan pentadbiran sekolah tersebut
berpindah ke SMK Green Road sehingga mendapat sijil Senior Cambridge tahun 1966.
Memperolehi Diploma Pendidikan Guru dalam jurusan Sains, Muzik dan Matematik dari
Maktab Perguruan Rajang, Bintangor (1968-1969), dan Ekonomi Rumah Tangga dari Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu (1987). Beliau pernah mengajar di SK
Semarang, Saribas (sebagai Guru Sandaran tahun 1967), Sekolah Combined Beladin (first
posting setelah tamat latihan perguruan)1970-1971, SMB St.Augustine Betong(1972-1973)
dan SMK Tun Abang Haji Openg Kuching (1974-1986). Tahun 1988-1994 beliau bertugas di
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Simpang Tiga selaku Penyelia Sekolah, kemudian
bertugas sebagai Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SRB St. Teresa, Kuching dari 1995-
2000. Pada tahun sama berpindah pula menjadi Penyelia Petang di SRK Semariang, Petra Jaya,
Kuching 2000-2001 dan kemudian menjawat Penolong Kanan Kurikulum sehingga bersara
pada tahun 2005. Sepanjang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran beliau juga memegang
jawatan Penyelia Ekonomi Rumah Tangga Negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah lagi sehingga ke maktab perguruan dalam genre

cerpen, puisi, esei, rencana dan kritikan namun karya beliau hanya mula disiarkan di akhbar
tempatan seperti Utusan Sarawak dan akhbar perdana Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan
Utusan Melayu Mingguan (Jawi) dan Majalah Wanita dari tahun 1999 hingga sekarang. Kini
ahli KEPEZI, (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan Ahli Jawatankuasa PEKASA (Persatuan
Karyawan Sarawak) sejak ditubuhkan tahun 2005, namun menjadi ahli biasa kebelakangan ini.

Pengiktirafan manis bagi beliau adalah apabila menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pendidikan 1996, Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak selama tiga kali tahun 2001 (puisi),
2008 (cerpen) dan 2009 (cerpen) dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak
dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP. Selain itu
menerima Pingat Pangkuan Negara dari Yang Di Pertuan Agung pada 27 Januari 2004 di Istana
Negara Kuala Lumpur merupakan pengalaman paling manis serta Pingat Perkhidmatan Setia
dari Kerajaan Negeri 2003.

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita

2)Bima Sakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Biografi Penulis

Sri Rahayu Mohd Yusop

Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat
lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Antara Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat
pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera

Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.

2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat

ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.

3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat

kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.

4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama

Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.

5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.

6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama

Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.

7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama

Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek

Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di

Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.

8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori

Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.

9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan

Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua

pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun

2013.

10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun

2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.

11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara

Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga

pada tahun 2015.

12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua

Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana

2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.

13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau

yang terbit di luar sayembara.

14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.

15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi
tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah
Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack
dan Semak'.

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita
3) Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Biografi Penulis

Khairuddin Ayip

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal
di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail

sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di
SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu
di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah
tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula
Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai
bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah
tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau
bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca
buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya
Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada
tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian
semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi
rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan
SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam
bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan
oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau
menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang
berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982. Beliau
semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat beliau. Mulai detik
itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama.

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita

4) Disebalik Dinara Karya Dayang Noor

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama
Shida.,Azraai bimbang akan keselamatan adiknya.
Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha
menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan
Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik
di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk
menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk
mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa
mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.

Biografi Penulis

DAYANG NOOR

Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT. Beliau memiliki ijazah dalam
Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah
satu syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia.Sejarah Pendidikan
:Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor
Bahru(Aliran Sains) . Beliau tinggal di Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.

Dayang Noor merupakan penulis yang tiba-tiba muncul dalam persada penulisan fiksyen
spekulatif. Bermula dengan FiXi dua tahun lepas (?), penulis ini mula mendapat "tempat" dan
kelibat, mempunyai kecenderungan sikap "noir" atau asasi gothik dalam pengolahan tulisan
ngerinya (dapat diteliti beliau cukup seronok dengan ngeri tekni/techno thriller), memberi
kisah-kisah ceritanya suatu konflik dan penyeleraian yang hitam dan sekali gus tidak mudah
mencapai "hidup dalam bahagia selama-lamanya", memberi ruang paranoia dan wasangka
dalam perspektif amatan persekitaran, seperti mana yang diminta dalam mana-mana garapan
noir mahupun negeri. Beliau telah menulis 2 novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat
(2011) dan Hilang (2012).

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita
5) Silir Daksina Karya Nizar Parman
Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat
pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya
berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya
iaitu Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam.

Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu
ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan
mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang
ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim
dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di
kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah
ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana
mereka telah melayan Haiqal dengan baik.

Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak
Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.
Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah
menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu
kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut
hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin
Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya
kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri
Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di
Sarawak.

Biografi Penulis

NIZAR PARMAN

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman merupakan penulis novel Silir
Daksina tingkatan 5. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara
peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat.
Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga
1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh,
Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau
terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan
Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto
Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau
mula terfikir, sampai bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau
mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya berupa cerpen,
puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia,
Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV.

Beliau juga menulis novel.Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam
karya beliau ialah kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya, kelompok
ini cukup penting untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara kita.Seperti
kebanyakan penulis, ketika berkarya, Nizar Parman memilih untuk menulis dalam suasana
yang cukup aman dan tenang. Lantaran itulah beliau memilih waktu menulis pada larut malam,
iaitu dari jam 12.00 tengah malam hingga dinihari.Sebelum berkarya, Nizar Parman lazimnya
banyak melakukan perkara yang digemarinya, seperti bergaul dengan kelompok masyarakat
sama ada dalam majlis keramaian seperti kenduri-kendara ataupun di warung. Baginya, cerita
atau perbualan dengan rakan atau sesiapa sahaja yang dikenalinya banyak memberikan ilham
dalam penulisan. Namun begitu, ada masanya juga Nizar Parman mengakui bahawa beliau
lebih gemar menyendiri untuk mencari idea, terutama pada saat-saat yang kritikal sehingga
tidak menghiraukan orang lain.Ditanya mengenai konsep atau slogan penulisannya, Nizar
Parman menyatakan, “Hidup sebagai pengarang atau penulis ialah perjuangan yang tidak akan
berakhir. Malah, saya cukup terkesan dengan kata-kata seorang teman, iaitu ‘sastera itu
berkeringat’.”Nizar Parman juga mengaku bahawa bengkel penulisan yang disertainya pada
peringkat awal hanyalah setelah beliau melanjutkan pengajian di MPKI. Di sana, dalam satu
program Bahasa Melayu, beliau telah dibimbing secara peribadi oleh pensyarah yang juga
dianggap mentor olehnya, iaitu Allahyarham Raja Sabaruddin Abdullah.Bagi Nizar Parman,
Raja Sabaruddin merupakan insan yang bertanggungjawab membuka ruang dan memberikan
dorongan kepadanya untuk terlibat dalam bidang penulisan ini. Beliau mengaku bahawa Raja
Sabaruddin, yang juga pensyarah Bahasa Melayu di MPKI, bertanggungjawab membuka ruang
untuknya dalam bidang penulisan ini.
Kemudian, selepas bergelar pengarang, Nizar Parman berpeluang mengikuti beberapa bengkel
penulisan yang lain. Setiap bengkel ini, menurut Nizar Parman, meninggalkan kesan yang
positif kepadanya kerana setiap fasilitator yang dikenali melalui setiap bengkel itu membawa
gaya atau cara penulisan yang tersendiri.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan sejak tahun 1995 sehingga kini, Nizar
Parman telah menghasilkan puluhan puisi dan cerpen yang tersiar dalam pelbagai media cetak.
Beliau juga telah menghasilkan dua buah novel, iaitu Silir Daksina (2009) terbitan Utusan
Publication and Distributors, dan Jajahan Bonda (2014) terbitan Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia (ITBM). Di samping itu, antologi cerpennya, Rinduku ke Syurga diterbitkan oleh
ITBM pada tahun 2015.

Hasil kegigihannya menulis dan berkarya. Nizar Parman telah meraih pelbagai
anugerah. Pada tahun 1995, beliau meraih gelaran johan sayembara mengarang cerpen guru
peringkat negeri Perak, tempat ketiga mengarang cerpen guru anjuran Bahagian Pendidikan
Guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka peringkat kebangsaan (1998), hadiah sagu hati
Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka kategori cerpen (2007), tempat kedua
Hadiah Sastera Karya Utusan kategori novel remaja (2009), Anugerah Penulis Muda Johor PPJ
(2010), Anugerah Khas Sasterawan Parlimen Ayer Hitam (2010), hadiah sagu hati Sayembara
Penulisan ITBM-PENA-Berita Harian kategori novel (2014) dan Anugerah Tokoh
Kepimpinan Hari Guru Daerah Kluang (2014). Mulai tahun 2016, Silir Daksina terpilih
menjadi teks sastera KOMSAS bagi negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan.

Ketika ditanya tentang harapan dan situasi sastera masa ini, Nizar Parman berpendapat
betapa sastera kini sebenarnya agak mencabar kerana kelahiran penulis muda yang mempunyai
potensi besar bagi meneruskan kesinambungan penulis karya sastera yang sedia ada. Nizar
Parman berpendapat bahawa penulis sedia ada perlu cekal dan konsisten dalam
berkarya.Namun begitu, dalam kelompok penulis sendiri, masih ada yang keliru antara istilah
karya sastera dengan karya popular. Ada pula golongan penulis yang mahu karya popular
diangkat setaraf dengan karya sastera. Bagi Nizar Parman, jika tidak diimbangi dan ditangani
dengan sewajarnya, hal ini pasti akan mencetuskan konflik besar dalam dunia kesusasteraan
negara kita.Di samping itu, Nizar Parman berpendapat bahawa kebanyakan penulis muda hari
ini cuba untuk menghasilkan karya berbentuk eksperimen yang baginya seperti salah satu cara
untuk cepat kelihatan menonjol dalam kalangan penulis. Harapannya, penulis muda perlulah
rajin mengkaji dan menghayati karya penulis terdahulu (veteran) atau yang lebih
berpengalaman sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam arena ini.

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita

6)Pantai Kasih Karya Azmah Noordin

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk

cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam

perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar

menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang

komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang

bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan

itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang

serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada

pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya

memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan

Raiha tambah tertekan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata

mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru

demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri

ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi

ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia

memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu

Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-

ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,

biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika

itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk

mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi

berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,

menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami

kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang

menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas

oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan

sederhana.

Biografi Penulis

Azmah Nordin

AZMAH NORDIN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul
Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada
tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan
karya-karya dalam genre cerpen dan novel termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan
dewasa. Sehingga hari ini, beliau telah banyak menghasilkan karya.

Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

Senarai Karya Azmah Nordin

1. Si Bidul (DBP, 1987)
2. Noor Ainku Sayang (DBP, 1988)
3. Dukanya Abadi (DBP, 1988)
4. Setulus Sarina (Fajar Bakti, 1989)
5. Kembara Planet (Fajar Bakti, 1989),
6. Timulak Kapal Perang (DBP, cetakan pertama edisi pelajar 2000)
7. Sewangi Hati Irani (Pustaka Mastika, 1989)
8. Permata Biru (Federal Publication, 1989 )
9. Gadis Pinggiran (Pustaka Maju Mastika, 1990)
10. Pejuang Bawah Bayu (SASBADI, 1990)
11. Kukui (DBP, 1990)

12. Jauh Tidak Berantara (Maju Mastika, 1990)
13. Dilambai Debur Cinta (Fajar Bakti, 1990)
14. Tanaut (RAN Publisher, 1994)
15. Janji (DBP, 1991)
16. Biar Kasihmu Terukir (DBP, 1991)
17. Ribut di Gua Gomantong (DBP, 1992)
18. Melatiku Sayang (Longman Malaysia, 1992)
19. Debur Menerpa
20. Sembilu Kasih (Fajar Bakti, 1992)
21. Si Tarra (Longman Malaysia, 1992)
22. Dari Dalam Cermin (DBP, 1992)
23. Siti Ariana (DBP, 1993 )
24. Fatin
25. Dibawah Unggulnya (1993)
26. Ima Puteri Air (DBP, 1994)
27. Puteri Khairuni (DBP, 1994)
28. Pantai Kasih (Fajar Bakti, 1994)
29. Tanaut (Penerbit RAN, 1994)
30. Puteri Harapan (DBP, 1994)
31. Impian Akuatik
32. Kewujudan Maya (DBP, 1995)
33. Halusinasi (DBP, 1995)
34. Misteri Aini (DBP, 1995)
35. Menongkah Lumrah (DBP, 1996)
36. Puteri Indrasariayu
37. Awang Kirana Mudir Besar (Fajar Bakti, 1996)
38. Antara yang Terhebat
39. Puteri Angin
40. Singgahmata (Fajar Bakti, 1997)
41. Merentas Selat (Fajar Bakti, 1997)
42. Syumul ( DBP, 1998)
43. Dedikasi di Planet Marikh (DBP, 1999)

44. Pesanan untuk Ira (DBP, 1999)
45. Titian Gelora (DBP, 2005)
46. Mega Nisaa (DBP, 2005)
47. Bantogen (DBP, 2009)
48. Puteri Delima (DBP, 2009)

Pencapaian: Hadiah/Anugerah

Sepanjang tempoh penulisan, Azmah Nordin juga telah banyak memenangi hadiah dalam
peraduan atau sayembara yang dianjurkan, antaranya termasuklah:

1. Hadiah Menulis Novel DBP (Kukui)
2. Hadiah Menulis Novel Kanak-kanak (Noor Ainku Sayang)
3. Hadiah Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan & GAPENA, 1988
(Timulak Kapal Perang)
4. Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP, 1990 (“Wizurai”)
5. Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP, 1991 (“Mikrotome”)
6. Hadiah Novel Remaja Berunsur Islam, 1992 (Di Bawah Unggul-Nya)
7. Hadiah Sastera Malaysia DBP 1992/93 (Dari Dalam Cermin )
8. Peraduan Menulis Novel DBP Cawangan Sabah /Jabatan Ketua Menteri (Dari Dalam
Cermin)
9. Hadiah Sastera Sabah (Dari Dalam Cermin )
10. Hadiah Cerpen ESSO/Gapena Sayembara VIII, 1991 (“Kuntum Perdamaian”)
11. Hadiah Khas Novel ESSO/GAPENA
12. Hadiah Sastera Sabah DBP, Cerpen/Novel Dewasa, (Dukanya Abadi - 1988 dan 1989,
“Singkowoton - 1992,1993,1994,1995,1996 dan1997)
13. Hadiah Sastera Sabah DBP, 1998/1999 (Syumul)
14. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (Menongkah Lumrah)
15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (“Permainan Kematian”)
16. Hadiah Sastera Malaysia DBP, 1988/89 (“Singkowoton”)
17. Hadiah Malayan Banking Berhad - DBP
18. Hadiah Sastera Kanak-kanak Mobil – Mabopa, 1995
19. Hadiah Sastera Kerajaan Negeri Sabah & DBP Cawangan Sabah, 2002/2003

20. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 (“Kasih Seputih Kemboja”)
21. Hadiah Karya Sulung Sempena Perayaan 25 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sabah.
22. Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 (“Rahsia”

C) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita
7)Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung.

Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

BIOGRAFI PENULIS

Ruhaini Matdarin

Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di
Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik
ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains
Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka
melancong dan membaca.

Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun.
Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam
pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah
diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.

Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen
peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah
Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun
2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.

) Kulit Hadapan Dan Belakang Novel

Ringkasan Cerita
8)Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Biografi Penulis

Abdul Latip Talib

Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu
Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.
Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat
golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah
Islamyang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-
karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah
pencapaian ujian sejarah Islam.

Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah
memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak danHadiah

Sastera Utusan pada tahun 2005.Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-
ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan novel
Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil.Hadiah disampaikan oleh
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala
Lumpur pada 19 Julai 2006. Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat
Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau 'Perang
Jementah' dan 'Datuk Moyang Saleh telh merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah
Johor 2007.

Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki
tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang
mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top
10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.
Novel Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam sedang dalam proses diterjemah ke dalam
bahasa Inggeris.

Pada Mac 2013, buku-buku beliau sudah diluluskan oleh Jabatan Mufti Brunei untuk
dipasarkan di negara tersebut. Brunei merupakan sebuah negara yang menggariskan syarat
yang ketat tentang bahan bacaan yang boleh dibawa masuk terutamanya yang berunsurkan
agama. Di Pesta Buku Brunei yang diadakan antara 28 Februari sehingga 10 Mac, buku-buku
beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat beberapa judul yang
kehabisan stok, antaranya buku Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin

c)KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS SETIAP NOVEL

Tirani
(Beb Sabariah)
Sinopsis Keseluruhan
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan
atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

c)Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 :Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses
dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan
kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa
memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta
Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 : Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya
ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya
tidak melakukan apa yang dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada
malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam
chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang
dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria,
Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.
Bab 3 :Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak

bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat
sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya
yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah
iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma
Hollis.
Bab 4 :Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang
sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya.Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan
dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam
kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan
yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan
masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal
terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya
untuk menolak bala.Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa

dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran
ibunya.Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik
bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda.
Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati
yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh

Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.Selepas itu, melalui e-mel
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah
berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan
berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas.Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini.
Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan
sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan
Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup
berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan
untuk berpindah ke Flamingo Resort.Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah
menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba
mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat
akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah,
Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan

diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan
itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser
banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar
kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.Waheeda tidak
sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin
akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan
Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa
dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser,
tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut.Di
Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan
Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di

Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau
bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort
menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka
agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang
ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang
rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 13 :Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60
juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang
sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.Majlis pertunangan
yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah
Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan
antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana
dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.Kerunsingan yang dialami oleh Zahid
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa

Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan
kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC
kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat
meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri
Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari
Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan
teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke
daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang
yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara
ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz
sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini
berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk
Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu
hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan
lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan dengan

Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat
kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing.Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu
bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid
ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di
mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan
Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk

membantu.Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-
bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.Bagi Zahid, Waheeda
obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat
cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores
apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.Nostalgia pada
peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh.
Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang
terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin

menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
Bab 19 :Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan
bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik
Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid
yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak
sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu
membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang
ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan
dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan
hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan
rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.Sejak belakangan ini,
kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik

ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid
dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus
ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan
cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga
dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan
kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa
selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda
pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah
menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya
Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin
memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak
Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa
mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet
Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan
muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda
amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya
untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara

dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya
semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing.
Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung
ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.
Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang
pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh
ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong
warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani.
Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-
bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat
kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara
Zahid dan Aiman.Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk
melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di
kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi.
Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan
Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada
malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan
Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan

menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid
berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA
tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los
Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak
berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan
anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda
juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya
dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal,
sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Kekuatan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema
novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap dirinya tidak
sempurna kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki
kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Dia
berjaya mendapatkan kecantikan wajah yang diidamkan namun kecantikan tersebut menjadi
punca keruntuhan rumahtangganya dengan Zahid.

Walau bagaimanapun , waheeda yang mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar
daripada jerat kecewa dan putus asa yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai
pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam bidang pelancongan.

Kekuatan novel ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang
menghantar mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang
seorang ibu kepada anaknya. Raidah ibu Waheeda tidak dapat menahan diri untuk bersama-
sama anaknya menghadapi saat genting menjalani pembedahan rekonstrusi wajah di
Singapura. Raidah menjadi gusar apabila Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi
menyatakan pembedahannya mengambil masa selama 10 jam. Raidah membuat ketupat lepas
yang menjadi simbol terlepas daripada bala dan ingin menghantarnya sendiri kepada anaknya.

Selain itu, kekuatan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca ialah dari segi
pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai seorang
wanita yang gigih berusaha. Dia memajukan Syarikat pelancongan Tajau Emas milik keluarga
sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut sentiasa menerima kunjungan
pelancongan dalam dan luar negara. Waheeda juga mempunyai pendirian yang tegas.
Walaupun kurang dipersetujui keluarga, dia tetap menjalani pembedahan rekonstruksi
wajahnya. Waheeda juga sentiasa berfikiran positif dan sikapnya itu menyebabkan beliau
berjaya keluar daripada belenggu kekecewaan ditinggalkan suami yang menuduhnya curang
selepas melahirkan anak yang tidak diakui oleh Zahid , suaminya sebagai darah dagingnya.

Kejayaan waheeda dan anaknya Izzati memajukan Aya Sakinah di Cameroon Highlands
menjadikan watak utama dalam novel ini menarik perhatian pembaca.

Novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul
dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya. Tirani sebuah novel yang benar-benar
mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam mempersoalkan makna sebenar
kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang mahu memiliki segala
kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan.

Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya
yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan
diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan
bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik
dalam Tirani.

Tema dan persoalan yang digarap oleh pengarang lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam
diri, terutama perspektif naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda,
Raidah (ibu Waheeda) dan Bazilah (rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga
sesuai dengan jalinan penceritaan sehingga ia berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran
yang telus dalam pembacaan.

Antara kelemahan yang terdapat di dalam novel ini, Dalam pengajaran, Waheeda digambarkan
sebagai seorang baik hati, bijak, berpandangan jauh, tabah, cekap, bertanggungjawab, taat
kepada suami dan ibu bapanya, rasional, dan penyayang tidak ada yang membincangkan pokok
pangkal permasalahan krisis rumah tangganya adalah daripada sikap Waheeda yang melakukan
pembohongan. Disini kelemahan watak utama tidak dibincangkan..

Yang keduanya kalau dilihat keunikan novel ini terletak pada tajuknya iaitu ‘Tirani’. Bagi
sesiapa yang membaca novel ini pada kali pertama pasti tertanya-tanya siapakah Tirani?
(Bunyinya seperti nama seorang wanita). Apakah Tirani? Bacalah dari awal hingga akhir novel
ini, anda tidak akan menemui tirani. Pelajar-pelajar yang membaca novel ini juga biasanya
tercari-cari tentang tirani. Untuk menemui tirani, pembaca perlulah memahami intipati watak
utama itu sendiri. Waheeda dengan sikap terlalu ingin cantik atau lebih mudah jika dikatakan
obses akan kecantikan.

Bila disemak dan Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tirani bermaksud corak pemerintahan
yang zalim (oleh pemimpin negara, puak dan lain-lain) yang menggunakan kekuasaan sesuka
hati. Corak pemerintahan yang zalim? Pemimpin negara? Puak? Kekuasaan sesuka hati? Sukar
untuk terbayang di minda anak-anak muda letak duduk ‘tirani’ dalam kisah Waheeda.

Secara Kesimpulannya saya cadangkan langkah penambahbaikkan yang boleh diambil oleh
pengarang ialah memperhalusi maksud dan menguna pakai perkataan dengan membuat
semakan terperinci agar tidak bercanggah dan mengelirukan pelajar.

Bimasakti Menari
(Sri Rahayu Mohd Yusop)
Sinopsis Keseluruhan :
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku
di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.

c) Sinopsis Bab Demi Bab
Bab 1 :Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku
di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa
seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan
manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria
manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu
yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2:Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana


Click to View FlipBook Version