The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmabe66, 2022-06-11 00:25:42

FOLIO BM MFI -8 KAJIAN NOVEL

FOLIO BM MFI -8 KAJIAN NOVEL

dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap
kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam
yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat
beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun
dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi
bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang

hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan
daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan
Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E
Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan
langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini,
Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas
8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah.
Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk
terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa
Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat
projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.
Bab 6: Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang

ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah
untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa.
Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di
Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago.
Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar
sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang
meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan,
terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran
pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air
sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan
cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia
memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk

bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana
telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan
simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing.
Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha
anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.
Bab 10: Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali muhamad
taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan
tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad taufik dan nurul

hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di perpustakaan awam sultan syarafuddin, kuala selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek kuala selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti.
Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
Bab 11: Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa nurul hafsa dan
budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan nurul hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, muhammad taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran bimasakti.
Bab 12: muhammad taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan nurul hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah
dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, nurul hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca surah al-a,raaf, ayat 56.
Bab 13:Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek
Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna
dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang
hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar

tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan
lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.
Bab 16:Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17:Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau
agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian

jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18:Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada
mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas
melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak
Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar
dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
Bab 19:Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya
berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila
melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang
dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van
putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke
dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam
but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik
dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut,
dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul
di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20:Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu
yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan

bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21:Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan
Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.
Bab 22:Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan
rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau.
Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam
manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran
ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Novel Bimasakti Menari adalah sebuah karya yang mengisahkan tentang pemeliharaan alam
sekitar khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. Sebagai seorang pencinta alam, saya
berasa teruja untuk membaca buah tangan penulis kali ini selepas dikecewakan dengan
Impuls/Roh. Tahniah kepada penulis kerana membuka pandangan pembaca tentang
kepentingan menjaga kelestarian alam daripada tangan-tangan yang merosakkan dengan tujuan
pembangunan.

Watak utama, Nurul Hafsa adalah seorang graduan lulusan Ilmu Falak telah mencabar dirinya
untuk mengembalikan kegelapan langit Kuala Selangor setelah kecewa kerana gagal
menyumbangkan kepakarannya dalam mencerap langit kepada pelajar cilik dari Jepun.
Rentetan itu, Nurul Hafsa berjuang agar Kuala Selangor kembali kepada fungsinya sebagai
sebuah tempat pengkaji bintang amatur dan profesional.

Muhammad Taufik pula adalah seorang yang mempunyai impian untuk memelihara populasi
kelip-kelip yang cukup terkenal di Kuala Selangor khususnya di Kampung Kuantan. Populasi
haiwan tersebut yang sudah semakin berkurangan mencetuskan ilham kepada Muhammad
Taufik untuk membina suatu kawasan di luar grid kemanusiaan agar kelip-kelip mempunyai
ruang dan peluang untuk hidup tanpa gangguan manusia mahupun persekitaran.

Maka, objektif yang hampir sama dalam memelihara alam sekitar menjadikan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik bergabung tenaga untuk mencapai dua tujuan hakiki yakni pertama,
mengembalikan kegelapan langit atau mengurangkan pencemaran cahaya. Kedua,
mewujudkan semula populasi kelip-kelip daripada ancaman.

Sememangnya, sesebuah novel tidak lari daripada konflik. Ia menjadikan novel ini tidak
mendatar, namun saya rasa mungkin konflik yang ditimbulkan daripada Johann Arlington-
Majid mungkin boleh dikembangkan lagi kerana perkembangannya agak terbatas dan terlalu
cepat untuk diusaikan. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjejaskan kelebihan buku ini
dalam menyampaikan intelektual berkenaan bidang falak dan cahaya.

Sememangnya tahniah kepada penulis atas kemenangan beliau melalui novel ini kerana
menawarkan sesuatu yang berlainan dalam menangani isu alam sekitar kepada pembaca
khususnya kepada para remaja.

Songket Berbenang Emas
(Khairuddin Ayip)

Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
Bab 1: Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang
disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta
masih tidak lengkap.Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan
seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang
bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat
segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang
ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih
belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”.Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.

Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.Selepas itu,
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian
dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah
tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu.
Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya,
memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa
agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek
Kiah,ibu kepada emaknya.Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang
tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang
dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari
untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri

tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan.Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga
hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam
SPM.
Bab 5: Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang
pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang
itu.Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya
di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.

Bab 6: Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-
olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya,
Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada
penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah
menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya
boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok
orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata
tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar
suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari
musuh.Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad

untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan
Said.Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia
ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa
adiknya ke klinik.Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha
yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara

sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal
hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
Bab 12: Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu,
Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara

sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
Bab 15: Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya
ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada
ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi,
Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam SRP.Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu
Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti
Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan
Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-
nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam
pelajaran.Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang

demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang
masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga
Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya.
Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18:Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang
tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan
anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam
penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk
menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda
Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 :Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-
adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan
Dahlia.Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah

memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah
ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya
kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang
sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher.
Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan
kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya
Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di
balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya
akan membantu kerja-kerja tersebut.Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia
memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar
akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang
oleh Haji Sulaiman.Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar
juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik
abahnya.
Bab 22: Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir,
dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada

Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai.
Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah sudah
beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini
merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit.
Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik.
Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika
beliau sakit.Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu
Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir pulang
ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk
Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat.Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu
juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.Dahlia teringat
kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur
akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia
semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang
merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Yang paling menarik perhatian saya dalam novel Songket
Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip ini kerana jalan ceritanya
yang menunjukkan kesabaran seorang anak sulung perempuan terpaksa menghadapi masalah
keluarga sehingga tidak dapat memberi tumpuan terhadap pembelajarannya. Kisahnya yang
amat menyentuh hati apabila penat lelahnya tidaklah sia-sia sehinggakan dia berjaya
melanjutkan pembelajaran ke Jepun atas nilai kesabarannya yang tinggi. Novel ini jelas
memberikan mesej bahawa tetaplah sabar dan tabah dalam mengharungi segala cabaran
kehidupan nescaya ada ganjaran yang telah disediakan atas segala konflik yang telah terjadi.
Saya amat terinspirasi apabila membaca novel yang berjudul Songket Bebenang Emas ini.
Bukan itu sahaja, novel ini amatlah menambat hati apabila watak utama iaitu Dahlia terpaksa
keluar dari asrama untuk menjaga keluarganya. Segala konflik yang terjadi telah dia harungi
dengan penuh ketabahan. Oleh itu, kita sewajarnya jangan pernah berputus asa terhadap
sesuatu kejayaan kerana setiap kejayaan yang hendak diraih pasti ada halangannya.

Kekuatan Novel ini adalah dengan adanya beberapa nilai pengajaran . Pengajaran pertama
yang terdapat dalam novel ini ialah, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam
kesusahan. Contohnya, Tauke Lim bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Embong
dengan membenarkan keluarga tersebut berhutang untuk membeli barang di kedainya. Tauke
Lim juga sanggup membeli tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah untuk diberi kepada Embong
supaya Embong mempunyai tanah untuk dijadikan sebagai tempat tinggal.

Pengajaran kedua yang terdapat dalam novel ini ialah kita mestilah berusaha untuk
menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Dahlia berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapinya dengan sebaik mungkin. Dalam hal pelajaran, dia mendapatkan nota
daripada kawan-kawannya kerana dia ketinggalan pelajaran setelah dia melawat emaknya di
Hopsital Taman Bahagia .

Pengajaran ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah kita mestilah gigih dan tekun
dalam menuntut ilmu. Contohnya, Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti rasa jemu dan penat
sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban
masa, tenaga dan tempat menuntut ilmu.

Pengajaran keempat yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan sifat
kasih sayang dalam hubungan antara ahli keluarga. Contohnya, Dahlia amat mengasihi dan
menyayangi ibu dan bapanya. Dia berusaha melawat ibunya yang menerima rawatan di
Hospital Permai di Johor Baharu.

Antara cadangan yang ingin saya kemukakan bagi penambahbaikan novel adalah
menukarkan jalan cerita novel-novel yang bertemakan kekeluargaan kepada jalan cerita yang
lebih menarik yang dapat menimbulkan saspens kepada para pembaca. Novel-novel yang dikaji
ini juga dapat memberikan inspirasi kepada para pembaca supaya terus tabah menghadapi
ujian dalam kehidupan. Sebagai contoh, novel Tirani, karya Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang
mengisahkan tentang Waheeda yang mengalami masalah rumah tangga hanya kerana anaknya
tidak mewarisi kecantikannya.

Di Sebalik Dinara
(Dayang Noor)

Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-
sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara
tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik
kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan
mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan
jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan
Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu

apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan
Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi
hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak
balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di
suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-
rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang
kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan
di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap
kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar
sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl
buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan
di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila
Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus
terdiam.

Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1:Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru sahaja
selesai bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha
berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal
terbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang
merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha
terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha
terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU
sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia
akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya
Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan
dapat bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2:Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam
Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa
kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram
sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram
menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya.
Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator
berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha
dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram
sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3:Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu
di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi

peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
Bab 4 :Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih
termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa
bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia
memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di
sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan
sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang
bersamasama. Namun, dalam masa yang sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar
mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida
untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida
juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan
mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu
juga Dr. Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia, sebuah cyborg canggih
supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

Bab 5 :Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh
Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod
program yang ada dalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada
Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di
dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa
yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta yang dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu
juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di
Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran
dua kali ganda daripada perjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang
berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di

Soft Lab pula, Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data pengetahuan dan
perasaannya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai
perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain yang ada hubungan dengan Karl.
Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu
mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk
membesarkan skop kerjanya.
Pada malam itu Shida mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.
Bab 6:Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.
Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan
mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi
itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh sebab tidak
dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang
seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan.
Hal ini demikian diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
Bab 7 :Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell.
Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang,
tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke
arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang.
Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas
keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell
dengan membawa beberapa perkakas besi termasuklah suatu barang yang serupa dengan piring
tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang
oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai,
kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih
apabila dia mendapat tahu bahawa abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang
amat mengejutkannya ialah, dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu
Farisha tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8:Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba
Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama
tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha

dibawa ke hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha.
Bab 9:Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan
Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun
ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl
menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada
jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan
cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu
bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida dan Rosman melawat
Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya. Tetapi
Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid
dan Amin (orang suruhan Marlyn/Medina) datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh
WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila badan Farisha lemah.
Selepas itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha dengan menggunakan satu alat
sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya
Azraai telah meminta doktor memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga membohongi
doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti.
Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam
tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Pada tengah malam itu
Dr. Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat Farisha.
Bab 10 :Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama
Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam
mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa
yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih
teruk lagi. Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit.
Ini akan merosakkan otak seseorag. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat
yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi
kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha
menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku
dirinya lebih hebat daripada lelaki itu (Karl). Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu

kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Merlyn/Medina tidak peduli. Apa
yang dia mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada
‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah
malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip
WALL atau kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak
mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.

Bab 11:Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan
daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu
tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada
dijadikan bahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang
lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa
dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah
selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada
orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui
Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam
Dinara akan diaktifkan yang akan memusnahkan Dinara dan ribuan manusia. Dia perlukan
Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke
Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam
masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl
menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad
Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang.Karl juga menyebut bahawa
dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.
Bab 12:Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa
Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya
tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di Soft
Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya
yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya. Perbualan antara Alia dan
Shida dapat disaksikan oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa
sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit
dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan
di dalam Dinara, Dr. Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji

seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu
alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft
Lab, Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam
kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia
akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu. Namun
Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan
kaki dan tangan terikat, dia mahu dihantarkan kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak
ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu
kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia
mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat
mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah
beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah
memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam
pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia
mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha
bertegas dan marah lalu menempelak bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya dulu. Suis
alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
Bab 13:Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan
bahawa keadaan kesihatan Karl sangat teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan
fikiran Karl melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida
Karl bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya
26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah
ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk
kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh
kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan
akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan
Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga
Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.
Bab 14:Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan
yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan
bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir
mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan

akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, namun tiada jawapan.
Tepat pada pukul tujuh malam, Dr. Haris mengumumkan Karl telah meninggal dunia. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan
di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-
masing semasa Karl masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai
berfalsafah seperti Karl. Aqram dapat merasakan bahawa yang berfalsafah itu bukan Shida
tetapi Karl.

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga me
nghapuskannilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya.Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia
mula merancang sesuatu untukmelenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji
sehingga akhirnya dia menjadi gila.Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn
tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkanKarl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasiterbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.

Dayang Noor merupakan penulis yang tiba-tiba muncul dalam persada penulisan fiksyen
spekulatif. Penulis ini mula mendapat "tempat" dan kelibat, mempunyai kecenderungan sikap
"noir" atau asasi gothik dalam pengolahan tulisan ngerinya (dapat diteliti beliau cukup seronok
dengan ngeri tekni/techno thriller), memberi kisah-kisah ceritanya suatu konflik dan
penyeleraian yang hitam dan sekali gus tidak mudah mencapai "hidup dalam bahagia selama-
lamanya", memberi ruang paranoia dan wasangka dalam perspektif amatan persekitaran,
seperti mana yang diminta dalam mana-mana garapan noir mahupun ngeri.

Kisah dalam novel ini sendiri mempunya pendirian itu, dan menariknya, ada dua tiga lapisan
menarik yang menyoal beberapa "hal-hal tersirat" yang saya sedari merupakan kritis penulis
terhadap masyarakat sekarang (sebenarnya, walaupun kelihatan novel ini ditulis dalam
kesedaran masa depan yang dekat atau near future), yang jelas merupakan sifat kosmopolitan
masyarakatnya yang "hilang" identiti asal (persoalan, siapa kita sebenarnya banyak
dicanangkan secara tersirat) dalam perhubungan yang kononnya 1Malaysia. Hal ini juga
bersangkutan dengan psikologi Jung dan ilmu dramaturgi berkenaan "topeng" yang dipakai

manusia (siapa sebenarnya di sebalik topeng). Hal ini menjadikan sifat manusia itu sendiri
samar, seperti watak-watak dalam novel ini yang mana susah bagi kita menjustifikasikannya
sebagai hitam/putih atas dasar pilihan dan tindakan yang mereka lakukan (khususnya Karl dan
Medina/Marilyn).

Kegilaan dan kelam-kabut inilah yang menyebabkan kecelaruan identiti berlaku, tampil dengan
curiga akan pegangan agama (!; Terdapat kritis secara lalu penulis terhadap sifat manusia
sekarang yang pluralis tetapi berpura-pura, kita tidak kenal lagi siapa kawan kita), mungkin
politik, tetapi setentunya niat kewujudan kita sendiri.

Hal-hal ini tampak hebat jika novel ini diolah dan digarap dengan teliti, yang tampak penulis
semacam "secepat mungkin" hendak menghabiskan novel ini, dengan suntikan beberapa unsur
melodrama yang membosankan. Kuasa bahasa penulis (bukan bermakna nahunya tetapi
gayanya) tampak pincang dengan suara yang begitu mendatar, sederhana dalam menggerakkan
pembaca. Novel fiksyen sains ngeri yang baik selalunya ditulis dengan sifat menggerak yang
memberi keterujaan, unsur-unsur sebab-akibat dan kejutan dramatik yang membawa pembaca
"sesak nafas". Hal ini tidak berlaku kerana sikap penulis yang "damai" (pacifist) di tahap yang
mengejutkan, dengan mainan klise biasa dalam novel-novel popular dan remaja.

Berlaku beberapa diksi, ayat dan frasa yang menjengkelkan, menolak kekuatan "debar" dan
paranoia yang sepatutnya ditampilkan. Ayat seperti "Memang sah dia gila!" (hlm. 173) seperti
tidak menjadi atau "stating the obvious". Gila bagaimana? Hal itu satu lagi. Pancaran watak-
watak terlalu pulpa, terlalu bersikap picisan, kadbod-kadbod yang bercakap-cakap kerana
penulis/pengarahnya menyuruh bercakap, maka kadang-kadang plot dan cerita yang "bijak"
kelihatan kekok kerana dialog-dialog tersebut. Rujuk sahajalah bagaimana dengan "sepintas
lalu" Farisha bercakap tentang ibunya "datang bercakap-cakap" walaupun pada awal
"mimpi"nya dia tidak kenal pun wanita itu (wanita itu memperkenalkan dia ibu Farisha, dan
Farisha terus percaya?) (hlm. 177) Hal-hal remeh sebegini melemahkan novel ini, dengan
perkara "kecil" untuk difikirkan, sepertimana dialog bersambung berkenaan "pembedahan
plastik" dan cantik/kacak seorang lelaki, dan pelbagai lagi selain pembicaraan hal yang lebih
implisit dan diperlukan.

Terdapat percubaan penulis untuk menguak dunia realiti maya William Gibson dengan satu
penambahbaikan berkenaan "pertukaran identiti" yang segar, tetapi dunia penggodam

(hackers) itu sendiri tampak superfisial dan dibuat-buat, tanpa memberi genggaman budaya-
gaya hidup yang benar-benar hidup untuk menghidupkan watak Farisha. Kita tidak rasa dunia
penggodam ini bahaya, malah dalam dunia novel ini, mereka merupakan pekerja macam orang
lain, malah dicari-cari (sought after). Mengapa hal ini berlaku, penulis langsung tidak
menyatakannya, walaupun terdapat satu konvensyen buat mereka di awal cerita.

Maka bahaya itu jugalah yang "hilang" dan sepatutnya wujud pada pergerakan penulis untuk
membawa klimaks cerita dan penyeleraian. Ah, penyeleraian penulis ini, walaupun mungkin
menarik, kerana seperti sebuah opera TV Latin, pelbagai "peristiwa" berlaku dalam satu masa
yang memeranjatkan, tetapi HANYA berlaku dalam dunia drama opera (adakah ini sindiran
penulis terhadap opera angkasa dalam dunia sai fai?) untuk kita yakini kisah ini sah dalam
dunia fiksyen sains.

Sebuah novel yang mencuba dan boleh pergi jauh jika penulisnya memberi lebih banyak ruang
untuk penambahbaikan dan suara yang benar-benar faham dalam menggerak dunia teknologi
genggaman manusia, dan kegelapan yang menyelubunginya kerana gila "kuasa".

Silir Daksina
(Nizam Parman)
Sinopsis Keseluruhan
Novel Silir Daksina mengisahkan dengan Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang
diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke
kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum
menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk
mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang
seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di
kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu
seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau
merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di
kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada
Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu?

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1: Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya

manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir

kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu

berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali

semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid

iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.

Bab 2 :Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk

kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi

pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak

sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung

perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin

dapat merungkai persoalan tentang ayahnya.

Bab 3:Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan

menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik

hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam

aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke

Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat

sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim

mula-mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa

dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar

selama ini.

Bab 4:Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa

terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia

meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang

ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya.

Bab 5:Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai

persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup

lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan

butik dan kilang batik.

Bab 6:Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong

keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan

ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun

pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak

membenarkannya pergi.

Bab 7:Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar

dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa

tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan

ibunya.

Bab 8:Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri

Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung

kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta

menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.

Bab 9:Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di

halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya

yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong

memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10:Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk

memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur

ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak

mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11:Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama

seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh

ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala

urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak

mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun,

Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa

sawit.Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang

mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku

dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga

adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS.

Bab 12:Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat

keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang

kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus

dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan

tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada

penulisan arwah ayahnya.

Bab 13:Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya

kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik

Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14:Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-

sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15:Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri

Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16:Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi

Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama

dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan

Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku
antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan
Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang
mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki
warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini
telah menonjolkan tiga pengajaran utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.

Antara pengajaran yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah kita haruslah
bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Contohnya,
Tauke Lim menyerahkan segala harta yang diamanahkan oleh Abdullah Kayan kepada Haqial
Hakimi seperti buku bank dan segala urusan tanah pertanian. Situasi ini mengajar saya supaya
sentiasa bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-
baiknya.

Selain itu, kita haruslah rajin dan gigih berusaha untuk mencapai sesuatu .
Contohnya, Tauke Lim rajin bekerja di tanah Abdullah Kayan dan membeli hasil pertanian
orang kampung sehingga mampu membeli sebidang tanah untuk tapak rumahnya. Situasi ini
mengajar saya untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

Akhir Sekali, kita haruslah menyayangi ahli keluarga supaya dapat mewujudkan
suasana keluarga yang harmoni. Contohnya, Haiqal Hakimi amat menghormati ibu dan bapa
tirinya menyebabkan hubungan mereka dalam keluarga amat baik. Situasi ini mengajar saya
untuk berbaik-baik bersama anggota keluarga agar dalam mewujudkan suasana yang ceria
dalam keluarga saya.
Dan Kepincangan Masyarakat dan Tindakan Watak Yang Tidak Wajar Dicontohi
contohnya ,Umi tidak membenarkan Haiqal menatap wajah ayah kandungnya,Abdullah bin
Kayan untuk kali terakhir semasa ayah kandungnya meninggal dunia. Haiqal berasa sangat
sedih dengan sikap mementingkan diri sendiri uminya itu

Pantai Kasih
(Azmah Nordin)

Sinopsis Keseluruhan Novel
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Hal ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Namun, berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur pembedahan.
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di
sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.
Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak
menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakitpesakit yang berpendapatan
sederhana.

Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1 :Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam
cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz
sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan
bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan
ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor
Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang
tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan
ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang
tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia
Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia
telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap
dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor
Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di
hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa
dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam
keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan

prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor
Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia
tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada
bertembung dengan Rahia.
Bab 2:Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu
kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor
Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan
pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Raiha mempersoalkan
kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu
menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor
Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia
dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3:Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti

biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu.
Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan
gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu,
Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali
zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang
perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar
keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama
ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua
wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih
teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak
kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya
atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca
daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin
berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya
Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun
sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka
bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang
jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor
Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta
mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang
dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik
peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan
melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Bab 4 :Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak
tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa
hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.

Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya
yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan
bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias
suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan
Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya
bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya
tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi
tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi
nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu
dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada
anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara
sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang
berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil
peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh
emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai,
tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di
situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan
disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul
seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia
bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu
Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut
sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan
tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu
menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko
yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit

itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan
Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
Bab 5 :Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya
yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia
mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan
oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang
menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih.
Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung
kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu
berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan
pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut
dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang
dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh
menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai
bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Bab 6 :Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan

merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa
tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron.
Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha.
Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus
bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya
seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati
Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah
melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7:Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan

besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula
berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak
yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat
melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang
sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah
panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8:Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan

anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9:Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih,
dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung
di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di
sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api
tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan

berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan
wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang
tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat
sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia.
Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap
Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga
masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang
mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa
kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi
pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.

KEKUATAN,KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Dalam novel Pantai Kasih penulis berjaya mengarapkan peristiwa seorang ayah sanggup
bertindak kejam terhadap anak menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat
dalam novel ini. Peristiwa kepincangan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Sadiz yang
sanggup membakar kereta Porshe miliknya telah meragut anaknya, Rohayu yang berada
berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan ini dilakukan oleh Dr. Sadiz kerana dia tidak
mahu menerima Rohayu yang cacat kerana dapat menjatuhkan maruahnya sebagai seorang

doktor pakar. Tindakan Dr Sadiz ini menunjukkan masyarakat yang sanggup bertindak kejam
terhadap anak demi menjaga maruah diriya.

Kepincangan lain ialah peristiwa seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup
bertindak kejam. Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Sadiz yang menyuruh
isterinya, Dr. Raiha menggugurkan kandungan setelah mendapati kandungan itu cacat kerana
dapat manjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Dr. Sadiz tidak melihat bahawa
anak yang dikandung oleh Dr Raiha itu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tindakan
Dr. Sadiz ini menunjukkan masyarakat suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup
bertindak kejam demi mencapai status kehidupan golongan mewah.

Kepincangan seterusnya ialah peristiwa kesanggupan seorang doktor yang mengambil
kesempatan atas kesusahan orang lain demi mendapat keuntungan besar dalam perniagaan.
Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Uwang yang telah menggunakkan alat ganti
sendi tulang pinggul Unong Siron yang murah dan tidak berkualiti kerana ingin mendapatkan
keuntungan. Tindakan Dr. Uwang ini telah menyebabkan Unong Siron terpaksa dibedah
sebanyak enam kali akibat infeksi ekoran alat ganti tersebut. Tindakan Dr. Uwang ini
menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan hasil daripada kesusahan orang
lain.
Terdapat dakwaan banyak nilai negatif terkandung dalam novel ini dan ia juga dianggap
kurang menepati matlamat subjek kompenan sastera (Komsas) di sekolah, iaitu membentuk
pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar.

Bagi saya Isu kesesuaian novel ini sebagai bahan bacaan pelajar tingkatan empat perlu dilihat
secara lebih meluas dan dirungkai dengan mendalam. Sastera merupakan karya yang berunsur
kreatif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Memahami sastera memerlukan semangat
pembacaan yang kerap kerana karya sastera mempunyai pelbagai makna tersurat dan tersirat.

Untuk penambahbaikkan saya cadangkan agar kerajaan dimasa akan datang lebih teliti dalam
memilih bahan bacaan untuk sukatan pelajaran.

Jendela Menghadap Jalan
(Rohani Matdarin)

Sinopsis Keseluruhan
Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu
memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama dengan
rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampong. Semasa
dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu
yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-
dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung
sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya.
Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta
pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan
teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana
kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar.

Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan
antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama
menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan
ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat
Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan semula
dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam
buku Segalanya Tentang Pisang.

Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan
masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi
dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu juga, Lili
mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana
perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.

Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk
memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung
Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya
kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa.
Namun, ia tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi
apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa.

Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua
orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah
tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada
hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan
nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang
selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.

Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa
kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-
undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau.

Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana
matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana
dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran
perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya
yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar
surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang
ditulisnya.

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1:Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan
Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.
Bab 2 :Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang
sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina.
Bab 3:Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili


Click to View FlipBook Version