Februari 2023 Kohot 9 S E O R A N G P E L A J A R & P E N D I D I K E EA 7 1 0 3 : P ENGURUSAN KURIKULUM BI L IK DARJAH GROUP B: KUMPULAN 7
Tinta Bicara PARA PENSYARAH "Nanti, masa kamu buat Latihan Mengajar pastikan kamu bergaul dengan guru-guru senior di sekolah yang kamu pergi. Kutiplah banyak-banyak ilmu dari diorang." Dr Mastura Kamaruddin Dr Hayati Ismail “Guru ini bukan sahaja mendidik subjek malahan you mendidik sahsiah, mendidik karakter budak.” KEMBARA SEORANG PELAJAR & PENDIDIK TINTA BICARA PENSYARAH 02
KENALI KAMI KEMBARA SEORANG PELAJAR & PENDIDIK KENALI KAMI 03 BALQIS BINTI MOHD RADZI 2221314 NUR ATHIRAH BINTI MOHD JELANI 2221319 FARAHNABILA BINTI MOHD ZAMRI 2221370 MOHAMAD LUQMAN ALHAKIM BIN MOHAMAD SOFFI 2221377 NURSYAZANA BINTI MOHD ZUKI 2221367 SOFIAH SALWA BINTI ARIFFIN 2221322
MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA OLEH : BALQIS BINTI MOHD RADZI 2221314 01
Namaku Balqis binti Mohd Radzi dan aku berumur 28 tahun. Aku telah bergraduasi pada 21 November 2017 iatu pada 5 tahun yang lepas dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan kembali lagi ke USIM untuk menuntut ilmu disini tetapi takdir Allah telah membawa aku sekali lagi ke sini untuk menuntut ilmu dalam bidang Diploma Pendidikan Pascasiwazah Pendidikan Islam. Aku bersyukur kerana aku tersenarai dari 130 orang yang berjaya dari 300 lebih orang yang memohon. Pada hari pertama aku menghadiri kelas, aku merasa sedikit ragu-ragu untuk belajar kerana kebanyakan daripada mereka lebih muda dari aku dan baru sahaja menamatkan ijazah, sedangkan aku sudah agak berumur dan sudah 5 tahun bergraduasi. Namun semasa kelas Dr Hayati, aku belajar tentang falsafah pendidikan kebangsaan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Seingat aku dahulu, aku sentiasa diberitahu oleh cikgu bahawa menuntut ilmu adalah berterusan dan Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman Allah dalam surah alMujadilah ayat 11: UNIT 1 : MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA
َم َدَر َٰج ٖۚت ِعۡل ۡل وُتوْا ٱ ِذيَن ُأ َّل ِمنُكۡم َوٱ ِذيَن َءاَمُنوْا َّل ُه ٱ َّل ٱل ِع َيۡر َف ٱنُشُزوْا َذا ِقيَل ٱنُشُزوْا َف َوِإ وَن َخِبيٞر ُه ِبَما َتۡعَمُل َّل َوٱل Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. Selepas bermuhasabah diri, aku bertekad untuk meneruskan perjuanganku di sini. Hal ini selari dengan apa yang disebut dalam Al Quran dan FPK bahawa menuntut ilmu itu berterusan, tidak mengira usia malah Allah telah berjanji bagi orang yang menuntut ilmu ini akan diangkat darjatnya. Sebagai seorang bakal guru, aku berazam agar aku dapat menjadikan menuntut ilmu itu sebagai rutin aku. Mudah-mudahan rutin aku dalam menuntut ilmu berterusan walaupun aku telah habis menuntut di sini. UNIT 1 : MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DEFINISI KURIKULUM OLEH : BALQIS BINTI MOHD RADZI 2221314 02
Pada minggu kedua, alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hadir ke kelas. Semasa di dalam kelas, aku diajar tentang pendidikan tidak formal itu seperti mengutip sampah, sekaligus mengajar pelajar itu tentang menjaga kebersihan. Pada mulanya aku fikir itu adalah benda yang kecil, tetapi sebenarnya ia memberi impak yang besar kepada pelajar. Jadi bermula dari saat itu, aku berazam untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar. Pada minggu itu, tajuk yang sangat menarik iaitu definisi kurikulum. Dalam tajuk ini terdapat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang menyentuh tentang 6 aspirasi murid iatu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional. Aku amat tertarik dengan etika dan kerohanian kerana ia akan mempersiapkan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi. Aku masih ingat lagi ketika aku bersekolah, aku lebih suka mengikut guru yang menunjukkan contoh yang baik seperti selalu senyum, jadi aku pun terikut untuk membuat benda yang sama kepada orang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 44 : وَن )٤٤) َفاَل َتۡعِقُل َأ ِك َٰت َۚب ۡل وَن ٱ نُتۡم َتۡتُل نُفَسُكۡم َوَأ نَسۡوَن َأ ِبِّر َوَت ۡل ُمُروَن ٱلَّناَس ِبٱ ۡأ َت ۞َأ Maksudnya : Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Teladan yang baik menjadi sifat utama seorang pemimpin iaitu guru. Perkara yang paling penting dalam kepimpinan ialah mengajak orang lain melalui tindakan sebelum mengajak orang lain melalui arahan. Jadi melalui peristiwa itu, apa yang aku dapat pelajari ialah aku mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar supaya pelajar juga senang untuk mengikutinya. UNIT 2 : DEFINISI KURIKULUM
KEMBARA MENCARI ILMU OLEH : NUR ATHIRAH BINTI MOHD JELANI 2221319 03
UNIT 3 : TEORI PEMBELAJARAN DAN MODEL PENGAJARAN Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar pembelajaran aku di USIM telah memasuki minggu ke-3. Sungguh aku tidak sedar, dalam menyusun masa menyelesaikan amanah rupa-rupanya aku tertinggal satu lagi tugasan penting daripada Dr Hayati & Dr Mastura iaitu penulisan jurnal. Bertemankan bunyi nyalakkan anjing berselang-seli dengan bunyi kokokkan ayam, aku keseorangan masih duduk berteleku menulis jurnal menyelesaikan amanah berbaki. Alhamdulillah kelas pada minggu ini berjaya dilaksanakan seperti dalam jadual meskipun terdapat banyak cabaran yang perlu aku tempuhi. Hal ini adalah kerana kelas minggu ini dijalankan secara atas talian memandangkan pensyarah aku, Dr Hayati tidak sihat. Maklum sahajalah apabila berkait dengan penggunaan peranti dan talian internet aku yang seperti hidup segan mati tak mahu. Apapun aku bersyukur kerana terdapat rakaman kelas yang membolehkan untuk aku mengulangkaji semula pelajaran minggu ini. Dr Mastura meneruskan kelas kali ini, dengan menerangkan mengenai Teori Konstruktivisme. Kata beliau, teori konstruktivisme merupakan satu teori yang menggalakkan murid membina pengetahuan sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Teori ini kita boleh gunakannya sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menerangkan bahawa dengan sifat ingin tahu yang ada dalam diri murid dan ditambah lagi dengan guru yang mengambil pendekatan kaedah konstruktivisme ini, murid-murid akan terpanggil untuk bertanya soalan kepada guru. Aku mendapati penerangan Dr Mastura ini, selari dengan apa yang dikatakan oleh Zainal Abidin Zainuddin et al (2010) yang membuat kesimpulan bahawa melalui teori konstruktivisme pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Jika aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar maka sudah pastilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Pelajar berpeluang membina soalansoalan yang kreatif dan pelajar akan sentiasa merasai bahawa dirinya dihargai.
UNIT 3 : TEORI PEMBELAJARAN DAN MODEL PENGAJARAN Ketika Dr Mastura menerangkan mengenai perkara ini, aku teringat pengalaman aku semasa menuntut di peringkat ijazah sarjana muda dahulu. Terdapat seorang pensyarah yang sering menggunakan kaedah ini. Beliau akan menggunakan pendekatan ini bagi menggalakkan para pelajarnya menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengaitkan serta membina pengetahuan baharu terhadap subjek yang beliau ajar tersebut iaitu subjek Hadith. Apabila saya ingat kembali situasi ketika kami belajar subjek tersebut, ianya sangat bertepatan dengan apa Dr Mastura kongsikan bahawa ada banyak soalan yang kami tanyakan kepada pensyarah tersebut berkenaan satu-satu hadith yang dipelajari. Malah ketika itu kami sangat digalakkan bertanya soalan yang berkaitan semasa kelas berlangsung dan jika terdapat rakan-rakan yang tahu jawapannya, mereka boleh kongsikan kepada semua. Kita umat Islam juga sangat digalakkan untuk bertanya kepada orang yang pakar dalam bidangnya, firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang berbunyi: ُموَن نُتْم اَل َتْعَل ُك ِر ِإن ِّذ ْك ْهَل ال َأ وا اْسَأُل َف Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. Surah al-Nahl (43) Secara kesimpulannya, pada pendapat aku teori ini sangat berkesan jika kena caranya. Melangkah ke hadapan, sebagai seorang bakal guru aku akan berusaha untuk menjadi lebih berani meneroka teori pembelajaran yang pelbagai ini supaya ianya seiring dengan Pembelajaran Abad ke-21.
ALTERNATIF PENGAJARAN OLEH : FARAHNABILA BINTI MOHD ZAMRI 2221370 04
Hari ini telah masuk minggu keempat aku sebagai pelajar pascasiswazah. Aku dapati masa amat mencemburuiku. Dalam hal sebegini, pelbagai perkara yang menuntut waktu menunggu giliran untuk dilaksanakan dan diselesaikan. Minggu berganti saban hari membuatkan tugasan kami sebagai bakal siswazah pun makin bertambah. Semua pensyarahku yang mengajariku dari pelbagai subjek mula memberikan tugasan yang perlu disiapkan beserta tarikh akhir untuk dihantar supaya semua pelajar dapat menguruskan masa dengan baik dan membahagikan kerja mengikut keperluan. Aku dapat simpulkan secara ringkas bahawa kelas dihujung minggu sahaja agak memenatkan dan otak pon akan mulai tepu tapi aku boleh katakan inilah perjuangan yang sudah aku pilih dan sebagai pelajar kita seharusnya bijak menguruskan masa. Semoga semua usaha dan penat lelah kita diredhai Allah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Kelas bersama Dr Hayati dan Dr Mastura hari ini digabungkan dalam platform ataupun aplikasi secara maya menggunakan Google Meet. Hal ini adalah kerana kebetulan kelas yang dijalankan pada hari ini merupakan sehari selepas Pilihan Raya iaitu pada hari Sabtu, 19 November. Malaysia telah memilih tarikh tersebut untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15. Alhamdulillah ini adalah pertama kali aku mengundi di Malaysia pada tahun ini. Pada pembelajaran hari ini, aku dapati kaedah mengajar yang aku gunakan masih lagi ada kelompongan dan memandangkan aku pon hanyalah seorang guru di sekolah swasta dan pengalaman pon tiada. Maka melalui kelas ini aku dapati banyak kaedah yang dapat seorang guru gunakan untuk mendidik dan mengajar muridnya. Antaranya ialah kaedah syarahan atau kuliah. Seterusnya, kaedah perbincangan, kaedah tunjuk ajar dan demonstrasi, kaedah koperatif, kaedah penyelesaian masalah dan lain-lain lagi. Disamping itu, Dr Mastura ada mengatakan bahawa didiklah anak mengikut peredaran zaman. Pada zaman dahulu guru merupakan sumber ilmu, manakala pada zaman globalisasi ini ilmu boleh diperolehi di hujung jari. UNIT 4 : KAEDAH MENGAJAR
UNIT 4 : KAEDAH MENGAJAR Anak-anak pada hari ini boleh mencari maklumat di laman web seperti Google, youtube, Tiktok, Instagram, Twitter dan sebagainya. Maka kita sebagai guru bertanggungjawab untuk menambah ilmu pengetahuan baru agar tidak ketinggalan zaman. Bak kata Saidina Ali RA : “ Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka tidak hidup dizamanmu ” Aku mula mengimbas kembali ketika seluruh dunia dilanda pandemik covid-19 dimana sekolah terpaksa ditutup. Kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan secara maya. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam mendepani cabaran semasa. Aku mula belajar cara membuat Google Meet dan juga Google Classroom. Aku berfikir bagaimanakah cara untuk menarik perhatian murid agar masuk ke kelas. Aku membuat soalan kuiz menggunakan google form dan juga quizizz. Aku kerap kali belajar dan bertanya rakanku cara-cara menggunakan aplikasi terkini. Betullah pepatah Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan. Semakin banyak kita belajar, kita akan merasakan banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari. Benarlah bahawa ilmu Allah itu luas, tiada tandingan yang dapat menandinginya. Seperti firman Allah iaitu: َم َدَر َٰج ٖۚت ِعۡل ۡل وُتوْا ٱ ِذيَن ُأ َّل ِمنُكۡم َوٱ ِذيَن َءاَمُنوْا َّل ُه ٱ َّل ٱل ِع َيۡر َف ٱنُشُزوْا َذا ِقيَل ٱنُشُزوْا َف َوِإ وَن َخِبيٞر ُه ِبَما َتۡعَمُل َّل َوٱل Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orangorang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. Akhir kata, untuk kelas hari ini aku dapat simpulkan bahawa untuk mengajar, seorang guru perlu menggunakan pelbagai kaedah mengajar untuk mendekati dan mengambil hati murid dan juga memastikan ilmu yang hendak diberikan sampai kepada murid walaupun tidak secara keseluruhan tetapi sekurangnya mereka dapat juga ilmu dengan menghadiri kelas pada hari tersebut. Benarlah kata-kata hikmah bahawa guru merupakan lilin yang membakar kerana tanpa guru, siapalah seorang murid itu. Semoga semua guru terus sabar, tabah dan kuat dalam melaksanakan tanggungjawab kepada ummah.
FLIPPED CLASSROOM OLEH : NUR ATHIRAH BINTI MOHD JELANI 2221319 05
UNIT 5 : MATLAMAT OBJEKTIF PENGAJARAN DAN HASIL PEMBELAJARAN Alhamdulillah aku meneruskan kuliah hari ini dengan penuh iltizam dihati mudah-mudahan aku dapat menumpukan perhatian kepada Dr Mastura hingga ke akhir kelas. Kuliah hari ini dimulakan dengan pembentangan latihan yang telah dibuat oleh kami pada minggu lepas iaitu berkenaan Plan Lantai Abad ke-21, ciri-cirinya dan pembelajaran hibrid. Seperti kebiasaan, giliran pembentangan ditentukan oleh nombor kumpulan masing-masing. Seorang demi seorang rakanku membentang hasil perbincangan mereka pada minggu lepas. Sedang seluruh dewan tertumpu kepada mereka manakala aku dibelakang tertunduk-tunduk sedang menghitung dan berkira-kira contoh apalah pulak yang dapat aku berikan semasa pembentangan nanti. Proses mencari contoh tidak mudah sebenarnya, sedang aku tekad untuk menggunakan topik Istinjak bagi ciri-ciri sudut BBM guru terpaksa ditukar kepada topik Khulafa Ar Rasyidin selepas mendengar komen Dr Mastura terhadap kumpulan sebelumnya. Begitu juga beberapa contoh lain yang perlu disesuaikan berdasarkan komen daripada Dr Mastura. Akhirnya tibalah giliran kumpulanku untuk membentangkan hasil perbincangan, pembentangan berjalan lancar sehinggalah kepada bahagian pembelajaran hibrid. Dr Mastura memperkenalkan kepada kami semua satu daripada pelbagai jenis bentuk pembelajaran hibrid iaitu flipped classroom. Dr Mastura menerangkan bahawa flipped classroom ialah guru akan membekalkan tayangan video kepada murid dan mereka perlu menontonnya sebelum hadir ke kelas keesokannya. Manakala menurut Md Fadzil Masri Dan Zamri Mahamod (2020) flipped classroom ialah suatu kaedah yang memerlukan murid memahami sesuatu konsep atau topik tertentu untuk memanipulasi suatu bahan pembelajaran sebelum Sesi PdP sebenar berlaku di kelas.
UNIT 5 : MATLAMAT OBJEKTIF PENGAJARAN DAN HASIL PEMBELAJARAN Selepas aku semak, rupanya flipped classroom ini sebenarnya telah lama aku lalui iaitu semenjak aku menyambung diploma di UniSZA sehinggalah sekarang lebih-lebih subjek ini yang setiap minggu Dr Hayati dan Dr Mastura akan bekalkan kami semua dengan nota dan maklumat berkaitan topik yang dipelajari keesokannya untuk kami buat bacaan awal. Barulah aku sedar rupanya selama ini aku secara peribadinya telahpun didedahkan oleh para guru dan pensyarah dengan kaedah ini meskipun istilahnya baru aku ketahui hari ini. Oleh yang demikian, sebagai pelajar seharusnya aku terus membaca nota yang diberikan oleh pensyarah serta membuat rujuk silang dengan maklumat atau pengetahuan lain yang diperoleh agar mendapat kefahaman yang lebih mendalam sebelum mendengar penerangan dari guru atau pensyarah. Sebagaimana firman Allah swt dalam al-Quran yang sangat menekankan untuk membuat semakan dan tabayyun agar maklumat yang diperoleh itu sahih : ٍة ْوًما ِبَجَهاَل َق ْن ُتِصيُبوا َأ َتَبَّيُنوا َف اِسٌق ِبَنَبٍإ ِإْن َجاَء ُكْم َف ِذيَن آَمُنوا َّل ُّيَها ا َأ َيا اِدِميَن ُتْم َن َعْل َف ُتْصِبُحوا َعَلٰى َما َف Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiki lah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak ditimpa dengan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat 49:6) Secara kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru aku seharusnya melaksanakan perubahan dalam gaya pengajaran seiring dengan tuntutan teknologi dan Pembelajaran Abad ke21. Hal ini kerana seorang pendidik yang berwibawa dia akan mengambil kira kepelbagaian dan tahap penguasaan murid. Justeru itu, beliau akan berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan aktiviti yang akan dilakukan dalam kelas.
BELAJAR DARIPADA KESILAPAN OLEH : MOHAMAD LUQMAN ALHAKIM BIN MOHAMAD SOFFI 2221377 06
Terang-terang lampu suluh, Terang lagi cahaya matahari, Penat dan lelah jangan mengeluh, insyaallah ada kebaikan dihujung hari. Hari ini minggu keenam pengajian pascasiswazahku berlangsung dan aku masih kuat untuk meneruskan pengajianku dan masih lagi yakin dengan diri ini untuk mengejar cita-citaku. Harini kelas berjalan seperti biasa. Buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk kehadapan kelas bagi menerangkan tugasan kumpulanku berkaitan dengan Rph (Rancangan Pengajaran Harian) yang telah disiapkan oleh ahli kumpulanku. Sepanjang peneranganku, Dr Mastura ada mencelah untuk menegur kesalahan dan kekurangan dalam tugasan kumpulanku. Buat pertama kalinya, aku berasa tidak kecewa dengan teguran tersebut, dek kerana teguran tersebut tentulah tidak lain tidak bukan untuk menambahbaik tugasan kami dan untuk aku dan ahli kumpulanku belajar dari kesilapan. Sekiranya tiada orang yang menegur kesalahan kami itu mungkin kami akan terus melakukan kesilapan dalam tugasan yang akan diberikan pada masa hadapan. Menurut Winston Churchill, beliau mengatakan semua orang membuat kesalahan, tapi hanya orang bijak sahaja yang belajar dari kesalahan mereka itu. Daripada ayat ini, dapat difahami sekiranya kita melakukan kesalahan atau kesilapan haruslah kita pantas dalam mencari solusi untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Selain itu, Weston H. Agor juga ada mengatakan membuat kesalahan bererti kita akan belajar dengan lebih cepat. Ini bermaksud dengan adanya kesalahan kita akan cepat untuk belajar dan meningkatkan daya pemikiran kita untuk lebih berfikir cara untuk mengatasi kesilapan yang dilakukan. Teringat aku sewaktu belajar di sebuah syarikat perusahaan berkaitan dengan “marketing”, orang yang mengajar aku pada waktu itu ada menceritakan tentang kisah seorang pencipta lampu mentol Thomas Edison. Sebelum dapat menghasilkan lampu mentol ini, Thomas telah melakukan hampir beratus kali eksperimen sebelum mendapatkan hasil yang diinginkan. Walaupun banyak kali melakukan kesilapan dan gagal dalam menghasilkan lampu mentol tersebut, Thomas tidak pernah berputus asa. UNIT 6 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN
UNIT 6 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN Beliau terus belajar dan terus memperbaiki dan menambahbaik apa yang sepatutnya bagi menghasilkan projek yang terbaik bagi lampu mentolnya. Daripada kisah ini, mengajar aku tentang kesalahan mahupun kegagalan itu sebenarnya membuatkan kita lebih kuat dan lebih bersemangat untuk terus menjadi yang terbaik. Aku juga ingin menambah sedikit input daripada satu hadis yang aku pernah terbaca, hadis ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ْلَخَّطاِئيَن الَّتَّواُبوَن ُكُّل َبِني آَدَم َخَّطاٌء َوَخْيُر ا Maksudnya : Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah mereka yang bertaubat. Riwayat Ibn Majah Hadis ini menjelaskan tentang manusia itu tidak lari daripada melakukan kesilapan dan orang yang baik ialah orang yang bertaubat. Daripada hadis ini, aku mendapati bahawasanya kita perlu untuk memperbaiki diri setelah melakukan kesilapan untuk kita lebih merapatkan diri dengan sang pencipta. Sebagai kesimpulan, apa yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita ini, janganlah kita sesekali mudah untuk berputus asa selepas kita melakukan kesalahan atau gagal. Kita perlu cepat untuk bangkit dalam memperbaiki segala kesalahan yang telah kita lakukan dengan penuh teliti lagi agar kita tidak mengulang kesalahan tersebut. Percayalah usaha itu tidak akan mengkhianati hasil. Gagal sekali bukanlah gagal selamanya. Sebagai seorang guru, elemen bangkit ataupun belajar dari kesalahan ini perlu ada dalam diri kita agar kita menjadi seorang guru yang tidak mudah kecewa dan mudah untuk berputus asa. Apabila kita menjadi guru kelak, banyak cabaran yang bakal kita hadapi seperti gagal untuk mengawal kelas dengan baik, salah dari segi menyiapkan rph, hadir kesekolah lambat dan banyak lagi. Hal ini adalah perkara biasa yang bakal kita hadapi. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ini dan menyiapkan diri untuk menghadapi ujian dan rintangan yang perit ini dengan penuh tabah dan cekal.
UJIAN DAN PENTAKSIRAN OLEH : SOFIAH SALWA BINTI ARIFFIN 2221322 07
UNIT 7 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Aku termenung dari luar jendela, mengintai sisi-sisi indah awan dan langit yang terbentang luas. Ku lihat air hujan renyai-renyai mulai jatuh sedikit demi sedikit membasahi bumi. Makin lama, hujan semakin lebat. Disambung dengan guruh dan petir yang sambar-menyambar. Cuaca semakin sejuk dan dingin. Dalam kedinginan musim tengkujuh ini, tidak semena-mena aku merasa sayu tatkala aku mendengar dan menghayati bait-bait lirik lagu nasyid Aisyah Humaira yang aku mainkan menerusi koleksi muzik dari telefon bimbitku; “Tak kan terhidu harum mewangi, Jika tidak dinyalakan setanggi, Tak kan terasa manisnya, Andai tak dilambung gelora..” Ya, dunia ini sememangnya adalah tempat ujian. Hatta Saidatina Aisyah R.Anha yang merupakan isteri Rasulullah S.A.W. dan Ummul Mukminin juga turut merasai ujian yang sangat berat ketika difitnah berzina dengan salah seorang sahabat baginda oleh orang munafiq sepertimana dikisahkan dalam Hadis Ifki. Berkat kesabaran dan doa, Allah S.W.T. telah membersihkan nama Saidatina Aisyah R.Anha daripada fitnah itu dengan turunnya wahyu iaitu ayat 11-19, Surah An-Nur bagi menjelaskan hakikat sebenar yang berlaku. Allah timpakan ujian hidup yang pelbagai ke atas setiap manusia berupa kesusahan mahupun kesenangan. Melalui ujian tersebutlah darjat manusia diangkat oleh Allah Ta’ala jika manusia kembali kepadaNya. Jika bersabar atas ujian dikira menang, sebaliknya jika berpaling menyalahkan takdir Ilahi atas ujian tersebut, semakin sempit jiwa dan kehidupannya. Memasuki minggu ketujuh, bererti telah berlalu sebahagian pengajianku dalam semester satu ini. Hanya berbaki tujuh minggu sahaja lagi untuk aku melengkapkan perjuangan menuntut ilmu yang penuh ranjau dan liku di bumi USIM ini. Bukan itu sahaja, aku dan sahabat-sahabat bakal menduduki peperiksaan akhir selepas 14 minggu tersebut.
UNIT 7 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Hal ini bertepatan dengan topik minggu ini yang berkaitan dengan pentaksiran atau penilaian. Pentaksiran merupakan komponen yang penting kerana ia mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah berkaitan hasil pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut surat khabar Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2022, yang bertajuk “Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) nilai pelajar secara holistik,” Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan, Tuan Rohesan Muhamad berkata, "Melalui PBS, pelajar di tahap dua sekolah rendah dan menengah rendah akan dinilai berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik. Dengan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan memberikan fokus kepada tiga komponen membabitkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Aku agak tertarik dengan pentaksiran sekolah atau dikenali juga dengan Pentaksiran Bilik Darjah ini kerana ia mempunyai ciri-ciri yang holistik dan fleksibel. Melalui pentaksiran ini murid dinilai dan ditaksir melalui kesemua domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru boleh menilai muridnya sepanjang tempoh PdP secara berterusan atau dikenali sebagai pentaksiran formatif. Selain itu juga, perkembangan pendidikan abad ke 21 kini bukan sahaja menilai dari sudut intelektual, malahan semua aspek seperti akhlak, rohani, kemahiran insaniah, bakat dan potensi pelajar sebagai satu penghasilan kepada proses pembelajaran yang berkesan. Aku mengimbas kenanganku di zaman kegemilangan aku di sekolah menengah dahulu. Semasa menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) alhamdulillah aku berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya aku dan ibu bapaku pada waktu itu. Masih segar di ingatanku, ketika itu berlangsung hari anugerah, aku termelihat wajah-wajah sahabat-sahabatku yang seakan kecewa kerana tidak memperoleh keputusan cemerlang sepertiku dan beberapa orang ramai yang lain.
UNIT 7 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Bahkan aku bertambah pilu apabila melihat mereka bersama ibu bapa mereka yang turut hadir seakan-akan dipinggirkan sewaktu sesi bergambar dan sesi penyampaian hadiah. Padahal setiap pelajar itu semestinya mempunyai nilai tambahan dan sumbangan yang mereka lakukan terhadap sekolah contohnya melalui aspek kokurikulum seperti sukan, kelab, kebudayaan, persatuan, pertandingan-pertandingan ilmiah dan sebagainya. Tidak kurang juga pelajar-pelajar yang mempunyai keperibadian contoh , berbakat dalam kepimpinan serta rajin membantu guru dalam menyiapkan acara atau majlis-majlis anjuran sekolah mahupun anjuran bersama pihak luar. Tetapi akhirnya, potensi dan bakat tersebut terkubur begitu sahaja tanpa dikembangkan lagi dan tanpa penghargaan. Firman Allah Ta’ala : ْحَسِن َتْقِويٍم ْقَنا ا ِإْل ْنَساَن ِفي َأ َقْد َخَل َل Bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya”. (Surah At-Tin Ayat 4). Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, dapat disimpulkan bahawa, setiap manusia adalah makhluk yang terbaik Allah ciptakan. Setiap manusia mempunyai kelebihan, bakat dan potensi yang tersendiri serta perlu digilap secara berterusan dari awal usia kanak-kanak lagi. Maka melalui pentaksiran yang bersepadu kini, guru-gurulah yang berperanan untuk mengasah dan menggilap bakat, potensi serta kelebihan murid-muridnya. Sikap pilih kasih tidak seharusnya ada dalam keperibadian guru terutamanya dalam membuat penilaian dan pentaksiran terhadap murid. Jadi dapat aku simpulkan di sini, sebagai bakal pendidik, aku mestilah berusaha sehabis baik untuk membimbing anak didikku dalam membina keperibadian, memperkembangkan potensi diri dan memberi semangat, motivasi dan inspirasi untuk terus berjaya menjadi manusia yang cemerlang dari intelek, rohani, sahsiah, emosi dan jasmani sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai seorang guru tidak sepatutnya ada rasa lelah, penat, bosan dan putus asa untuk terus mendidik anak bangsa, kerana anak bangsalah tonggak negara masa hadapan dan permata ummah yang diharapkan.
SIAPAKAH AGEN PERPADUAN? OLEH : NURSYAZANA BINTI MOHD ZUKI 2221367 08
UNIT 8 : PENERAPAN NILAI MERENTAS KURIKULUM DAN PENDIDIKAN ISLAM Aku merenung ke syiling bilikku. Mataku terus memandang kearah kipas yang sedang berpusing laju itu. Aku baru sahaja pulang dari membeli barang keperluanku di Lotus pada tengahari tadi, perasaan keletihan ini tidak dapat dibendung lagi. Aku kemudiannya mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja di sebelah katilku lalu aku pun membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat sekiranya ada mesej penting ataupun makluman baharu. Sedang aku asyik meneliti skrin telefon aku, aku terlihat satu mesej yang tulisannya telah aku tulis dengan huruf besar dan dihitamkan. Aku lantas bangun dari pembaringan dan duduk dalam keadaan yang tegak. Hampir terkeluar biji mataku ini. Jantungku berdegup kencang dan seolah olah telingaku ini mampu mendengar degupan itu. Mesej tersebut adalah “Jangan lupa memoir minggu 8!”. Aku hampir terlupa akan tugasan ini kerana minggu kelapan ini kelas PKBD dijalankan secara asynchronous. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja pada minggu ini, aku hampir terlepas pandang akan tugasan ini. Otakku ligat berfikir kandungan apakah yang hendak aku sajikan berdasarkan kelas minggu lepas yang berkaitan tentang Elemen Merentas Kurikulum ataupun EMK. Video kelas yang diberikan adalah sangat menarik bagiku kerana elemen yang aku dapat fahami disini adalah lebih kepada nilai, moral, akhlak dan etika. Kesemua elemen ini berkait rapat dengan kehidupan seharianku. Namun sesuatu yang menarik minatku ialah ketika mana Dr Hayati ada menyebut di dalam video tempoh hari bahawa nilai ini bersifat universal yang boleh digunapakai sentiasa tanpa mengira kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan sebagainya. Aku kembali berfikir sejenak sambil memegang telefon di tanganku ini. Nilai-nilai ini juga yang akan dibawa olehku nanti ketika mengajar di mana guru itu sendiri adalah sebagai agen yang bukan sahaja menyampaikan ilmu malahan guru ini juga adalah individu yang akan menerapkan perpaduan ke dalam diri murid-murid nanti. Selain itu, menurut Zaliza dan Norlin (2009) guru juga berperanan dalam menyemaikan nilai murni termasuklah nilai perpaduan kaum kepada pelajar di sekolah. Penghayatan nilai murni merupakan satu dasar yang boleh memberikan keseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
UNIT 8 : PENERAPAN NILAI MERENTAS KURIKULUM DAN PENDIDIKAN ISLAM Tambahan pula, Abd Rahim (2001) juga menyatakan pandangan bahawa peranan pihak sekolah dan guru dalam menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar adalah lebih berkesan berbanding dengan pihak lain kerana pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik di sekolah. Timbul satu soalan di otakku. “Adakah guru menjadi agen perpaduan yang penting kerana kerapnya berlaku interaksi di antara murid dan guru?” ataupun “Adakah murid-murid ini melihat guru sebagai seseorang yang boleh dipercayai maka segala maklumat yang diberi mudah sahaja dihadam oleh mereka?” Aku kemudian bergerak ke meja belajarku, aku selak satu persatu muka surat buku notaku untuk mencari nota yang aku tulis semasa menonton video tempoh hari. Kata-kata Dr Hayati yang menyebut bahawa “Guru ini bukan sahaja mendidik subjek malahan you mendidik sahsiah, mendidik karakter budak”. Terang lagi bersuluh kini pandanganku dan persoalan di mindaku. Boleh aku simpulkan bahawa sebenarnya perpaduan ini penting bagi setiap lapisan masyarakat dan umur dan di sekolah merupakan titik permulaan di mana perpaduan dapat dibentuk. Kandungan berkaitan dengan perpaduan ini juga telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujarat ayat 13, maksudnya "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadi kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu". Aku simpulkan perbincangan di fikiranku ini jelaslah bahawa perbezaan warna kulit, bahasa dan tempat bukanlah halangannya saling kenal mengenal bagi memupuk persaudaraan dan juga perpaduan. Dan ini yang akan menjadi tugas utamaku nanti supaya terus berusaha dan tidak berputus asa!
PERANCANGAN ASPEK YANG PENTING DALAM PENDIDIKAN OLEH: NUR ATHIRAH BINTI MOHD JELANI 2221319 09
UNIT 9 : PERSEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR Penulisan aku kali ini, ditemani dengan tangisan bumi yang semakin lebat. Suasana semakin sejuk hingga mencucuk tulang. Mataku tersengguk-sengguk hampir terpejam. Sesekali aku bangun merenggangkan badan dan menuju ke dapur untuk membancuh air teh panas. Asbab air teh tadi, mataku sudah kembali segar dan aku terus tekun di meja belajar untuk mencurahkan idea demi menghasilkan sebuah jurnal. Alhamdulillah, kuliah kali ini berjalan dengan lancar meskipun ianya dilaksanakan secara atas talian. Syukur aku panjat ke hadrat ilahi kerana peranti dan talian internet bagus belaka. Ini membolehkan aku mendengar dengan khusyuk segala penerangan dan perkongsian daripada Dr Hayati dan Dr Mastura. Kuliah kali ini berkisar mengenai Rancangan Pelajaran Harian. Dr Hayati berkongsi kepada kami semua bahawa sekiranya akan datang kami direzekikan jawatan sebagai pegawai pendidikan, satu perkara asas yang kami perlu laksanakan ialah Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Menurut beliau RPH ini merupakan sebuah rancangan yang perlu ditulis sebelum seorang guru memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Perkongsian dari Dr Hayati ini seiring dengan apa yang disebut oleh Mastura Abdul Razak et al (2021) iaitu Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimanakah hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh manakah objektif itu tercapai. Teringat aku semasa aku bersekolah rendah, setiap malam aku akan melihat ibuku yang juga seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah akan menulis sesuatu dalam buku yang tebal berkulit keras. Beliau akan mengkelek buku tersebut kemana sahaja. Ketika itu hatiku tertanya-tanya apa yang beliau tulis dan mengapa ianya mesti setiap malam. Lalu aku bertanya pada beliau “ Umi tengah buat apa? Tebalnya buku ni!”. Beliau menjawab “Umi tulis rancangan nak mengajar esok, ya lah.. buku ni untuk setahun sebab itu dia tebal”. Hari ini baru aku tahu secara terperinci apakah sebenarnya RPH dan kandungannya.
UNIT 9 : PERSEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR Hal ini seiring dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hashr, ayat 18 : وَن ِبَما َتۡعَمُل َه َخِبيُۢر َّل ِإَّن ٱل َّلَۚه َّتُقوْا ٱل َّدَمۡت ِلَغٖۖد َوٱ َق َتنُظۡر َنۡفٞس َّما َه َوۡل َّل َّتُقوْا ٱل ِذيَن َءاَمُنوْا ٱ َّل ُّيَها ٱ َٰٓيَأ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Pengajaran yang kita boleh pelajari daripada ayat Al Quran diatas ialah kita digalakkan untuk membuat perancangan untuk hari esok sebagaimana seorang guru yang dikehendaki menulis RPH sebelum memulakan sesi PdP. Sebagai seorang guru aku berazam untuk menjadi guru yang berdedikasi dengan membuat perancangan sesi PdP sesuai dengan tahap penguasaan murid-murid.
KEBERSIHAN DAN RUTIN KELAS OLEH: SOFIAH SALWA BINTI ARIFFIN 2221322 10
UNIT 10 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Cerminan agama individu Muslim adalah pada akhlak dan adab. Pendidikan adalah proses penanaman dan penerapan adab ke dalam diri. Guru dan pendidik merupakan insan yang sangat penting dalam berpegang kepada akhlak dan nilai-nilai Islam supaya mereka berupaya mempengaruhi orang lain untuk beramal dengan adab tersebut. Begitulah besarnya amanah sebagai seorang guru, bukan sekadar penyampai ilmu tetapi juga sebagai mua’ddib. Sedar tak sedar aku telah melangkah masuk ke minggu yang kesepuluh. Sungguh tidak kusangka, hanya berbaki 4 minggu sebelum berakhirnya semester pertama dalam pengajian diploma pendidikan ini. Dalam kesibukan minggu-minggu terakhir ini dengan pelbagai tugasan dan kerja kursus, perasaanku berbaur antara sedih dan gembira. Aku berasa sedih kerana aku rasa aku masih tidak puas meneroka mutiara ilmu dan hikmah dalam tempoh yang begitu singkat ini. Bagiku banyak lagi ilmu yang aku perlu timba daripada para pensyarahku yang hebat dan berwibawa, terutamanya Dr. Hayati dan Dr. Mastura yang amat aku kasihi dan sanjungi. Manakala aku berasa gembira kerana aku tidak sabar untuk menghabiskan pengajianku di USIM supaya aku dapat menabur bakti sebagai pendidik untuk membentuk anak bangsa yang gemilang lagi terbilang kelak. Pada minggu ini aku dan rakan sekelasku mempelajari kaedah pengendalian atau pengurusan bilik darjah serta cara-cara yang terbaik dalam mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. Topik pengurusan bilik darjah ini tidak asing lagi bagiku. Aku sedar bahawa kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh cara dan kaedah pengurusan guru terhadap bilik darjah tersebut. Pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya patuh kepada peraturan di bilik darjah, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif dan dapat menguruskan aktiviti kumpulan supaya dapat dapat dilaksanakan mengikut RPH tersebut.
UNIT 10 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Sememangnya, murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai pelbagai kerenah, menyebabkan pengendalian bilik darjah dengan jumlah murid yang ramai bukanlah tugasan yang mudah. Hal ini kerana, kegagalan pengurusan bilik darjah merangkumi peraturan, disiplin, arahan dan iklim bilik darjah, menyebabkan penyampaian ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh murid tidak dapat berjalan dengan baik. Menurut pendapat Levin dan Nolan (2004), aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri perlu diberi tumpuan. Mereka juga berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, sebelum bermula pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan berakhir sesi persekolahan, murid-murid dididik agar memastikan persekitaran tempat duduk dan sekitar bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan kemas. Teringat semasa aku menjadi guru di sebuah sekolah rendah swasta di Shah Alam. Aku sudah terbiasa mewujudkan rutin dan peraturan kelas untuk memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan tersusun rapi sebelum aktiviti PdP dimulakan. Rutin kelas yang aku telah terapkan kepada murid-muridku antaranya seperti mengutip sampah di sekitar tempat duduk masing-masing sebelum kelas, memastikan buku tersedia di atas meja, meja dalam keadaan yang kemas dan pastikan sampah dibuang sebelum waktu pulang. Pada awalnya aku rasa sangat sulit untuk memberi arahan dan melazimkan rutin tersebut kepada muridmurid, namun demikian lama kelamaan mereka telah terbiasa dan dapat melazimi rutin tersebut tanpa perlu diberi arahan sebelumnya. Bagi aku, penerapan nilai menjaga kebersihan dan kekemasan dalam bilik darjah sangat penting supaya murid-murid dapat menerapkan juga nilai dan rutin tersebut di rumah atau di mana jua mereka berada. Aku sangat bersyukur kerana ada satu ketika aku terlihat sekumpulan muridku mengutip sampah disekitar kawasan sekolah dan menyapu sampah di koridor kelas tanpa sebarang arahan daripada guru.
UNIT 10 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Aku teringat ustazku dulu pernah berpesan bahawa bilik darjah merupakan wadah atau tempat menimba ilmu, maka sangat penting untuk menjaga kebersihan tempat kita menimba ilmu itu agar ilmu mudah diterima dan masuk ke hati. Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai akan hambanya yang menjaga kebersihan, firman Allah Taala daripada Surah Al-Baqarah ayat 222 yang berbunyi; ُمَتَطِّهِريَن ْل َه ُيِحُّب ٱلَّتّٰوِبيَن َوُيِحُّب ٱ َّل ِإَّن ٱل Maksudnya: “Sesesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri (bersih)”. Akhir kalam, tajuk yang aku pelajari ini amat memberi kesan kepadaku untuk terus menjaga suasana dan kebersihan bilik darjah seperti yang telah aku lakukan dahulu agar proses PdP dapat berjalan lancar dan berkesan. Keupayaan guru mengurus bilik darjah akan memberikan kesan maksimum kepada murid untuk menguasai pelajaran mereka. Bilik darjah yang kondusif akan membolehkan guru memberikan tumpuan kepada pengajaran seterusnya, murid juga dapat memberikan perhatian penuh kepada pembelajaran mereka. Oleh itu, aku bertekad untuk menjadi seorang guru yang sentiasa memelihara iklim dan suasana yang menyeronokkan dalam kelas serta menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan.
OLEH: FARAHNABILA BINTI MOHD ZAMRI 2221370 11 TULANG BELAKANG PENDIDIKAN
Malam berganti malam, siang berganti siang. Bumi berputar pada paksinya. Itulah sunnatullah yang ditetapkan oleh Pencipta. Waktu berlalu begitu pantas. Aku tidak percaya bahawa aku sekarang telah melewati liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar Pascasiswazah Pendidikan sehingga ke minggu ini iaitu minggu 11. Berbaki lagi 3 minggu untuk menamatkan semester 1 bagi program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) ini. Sungguh aku tidak menyangka secepat ini waktu berlalu dengan tugasan-tugasan yang diberikan para pensyarah serta kesediaan hati dan akal untuk menimba ilmu dan menyerap secara pengetahuan yang telah diberikan oleh para pensyarah kepada aku serta rakan-rakan seperjuangan. Segala pengetahuan yang bermakna ini akan aku terjemahkan dan mempraktikkan semasa aku menjalani Latihan Mengajar semester hadapan dan juga pada masa akan datang jika diberikan keizinan oleh Allah S.W.T untuk menjawat jawatan sebagai seorang guru. Kelas pada minggu ini dijalankan secara bersemuka serta Kelas A dan Kelas B digabungkan. Seperti kebiasaannya, Dr Hayati memulakan kelas dengan bacaan doa beserta terjemahannya. Kemudian Dr Hayati membuat ulasan Draf 2 RPH. Setiap kumpulan ternanti-nanti akan ulasan daripada Dr Hayati. Debaran kian terasa adakah RPH kumpulan aku diterima atau ditolak. Akhirnya tibalah giliran kumpulan 7 diulas, namun masih belum diterima RPH kami. Detik di hati ku, bukan mudah untuk menambat hati Dr Hayati. Seterusnya bacaan jurnal oleh seorang rakan seperjuangan. Setelah itu, Dr Hayati mengajarkan kami mengenai unit 11 yang bertajuk Profesionalisme Guru Dan Pembinaan Hubungan Dengan Murid. Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha dalam membangunkan masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh, seimbang dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara lestari adalah produk daripada pendidikan kualiti yang selaras dengan keperluan negara pada masa kini dan akan datang (Mohammad Nor, 2000). UNIT 11 : PROFESIONALISME GURU DAN PEMBINAAN HUBUNGAN DENGAN MURID
UNIT 11 : PROFESIONALISME GURU DAN PEMBINAAN HUBUNGAN DENGAN MURID Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menunjukkan langkah proaktif dengan menekankan konsep pembangunan profesional tenaga pengajar seperti yang terkandung dalam Teras Kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 iaitu: Memartabatkan Profesion Perguruan. Istilah profesional pada umumnya adalah orang yang mendapat upah atau gaji dari apa yang dikerjakan, baik dikerjakan secara sempurna mahupun tidak (Martinis Yamin, 2007) Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kualiti bidang perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan piawaian, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain (Othman, 2007). Walaubagaimanapun, para guru haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu termasuk ilmu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, ini merupakan aspek yang penting bagi keberhasilan seseorang pendidik. Berkata hukamak: فاقد الشيء ال يعطيه Maksudnya: Orang yang tidak memiliki sesuatu, tidak dapat memberi sesuatu itu. Jelaslah disini dinyatakan bahawa seseorang yang tidak mempunyai sesuatu (ilmu), tidak akan mampu memberi (ilmu) kepada orang lain. Mengingat peristiwa zaman belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dahulu aku pernah diminta untuk memberikan tazkirah secara spontan. Sewaktu itu, pemikiran dan dadaku agak kosong kerana tiada persediaan yang rapi. Maka tazkirah itu tidak dapat ku sampaikan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, aku berfikir bahawa pentingnya melengkapkan diri dengan sesuatu ilmu supaya manfaatnya dapat kita berkongsi bersama orang lain.
UNIT 11 : PROFESIONALISME GURU DAN PEMBINAAN HUBUNGAN DENGAN MURID Selain daripada itu, guru juga berperanan dalam membentuk dan mendidik murid. Para guru hendaklah membina hubungan yang erat bersama murid-murid agar pembentukan diri murid lebih mudah terjadi. Para guru merupakan ibubapa kedua bagi mereka, maka pentingnya didikan dan asuhan yang baik oleh guru. Selain daripada itu, guru adalah contoh ikutan kepada murid. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep kendiri guru dan murid. Murid-murid yang mudah berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Pengajaran yang dapat disimpulkan adalah tingkahlaku guru akan menjadi contoh tauladan kepada pelajarnya. Sekiranya guru tidak mempunyai akhlak yang terpuji, mana mungkin ia dapat melahirkan para muridnya yang bestari. Selain daripada itu, para guru juga harus menitik beratkan bab adab dan akhlak dalam menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang menuntut ilmu semestinya ia lakukan untuk mencari keredaan Allah, namun jika ia melakukan untuk mencari keuntungan duniawi, maka ia tidak akan dapat menghidu haruman syurga pada hari kiamat" . (Hadis Riwayat Ahmad) Jelaslah disini bahawa ilmu itu adalah perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Mana mungkin seseorang itu tidak beradab dan berakhlak ketika menuntut ilmu. Emak memesan membeli lada, Lada dibeli di kedai Mona, Jika ilmu penuh di dada, Ke mana pergi kita berguna.
MEMBENTUK AKHLAK PELAJAR OLEH: MOHAMAD LUQMAN ALHAKIM BIN MOHAMAD SOFFI 2221377 12
Awan biru dilangit kelihatan nan indah, Pagi yang cerah ditambah bunyi kicauan burung menghiasi bumi tuhan. Aku bangkit dari lena yang panjang untuk meneruskan perjuanganku. Anugerah nyawa dan nafas diberikan untuk aku mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat diatas muka bumi ini. Pagi Ahad 7/1/2023 perjuangan diteruskan dengan sesi pembelajaran secara bersemuka di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Pada hari ini Dr, Hayati menceritakan tentang profesionalisme seorang guru yang mana telah memberikan impak yang positif kepadaku. Dalam sesi pengajaran beliau, Dr ada menyentuh tentang tugas seorang guru ini bukan sahaja berfokuskan kepada pengajaran ilmu akademik sahaja malahan termasuk memupuk akhlak pelajar iaitu sahsiah atau perangai pelajar itu sendiri. Jika dilihat pada zaman sekarang, pelajar di sekolah pada hari ini kurang didedahkan sangat berkaitan dengan akhlak menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif seperti vandalisme. Merujuk modul yang telah diberikan oleh Dr sendiri, didalamnya terkandung tentang peranan guru pada muka surat 156 dibawah tajuk profesionalisme guru. Ayatnya berbunyi, “Peranan guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat tetapi juga dalam membimbing dan mendidik murid mereka supaya menjadi insan yang berpekerti mulia.” Selain itu bekas timbalan perdana Menteri pada tahun 2015 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata dalam satu temubual bersama Berita Harian dimana guru memainkan peranan yang teramat penting bagi menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Tambahan beliau lagi, dalam keghairahan mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama dalam sistem pendidikan kita. Jelas dari 2 petikan ini, seorang guru itu perlu menjadikan setiap orang pelajarnya bukan sahaja bijak dalam pelajaran malahan mempunyai akhlak atau sahsiah yang baik dimana boleh memberikan manfaat yang banyak kepada diri pelajar itu sendiri. Contohnya, dengan akhlak yang mulia, setiap orang itu boleh menjaga diri dari perbuatan keji dan maksiat serta bakal dipandang elok oleh semua orang. UNIT 12 : PENGURUSAN KOKURIKULUM - PENGENALAN DAN SKOP BIDANG TUGAS
UNIT 12 : PENGURUSAN KOKURIKULUM - PENGENALAN DAN SKOP BIDANG TUGAS Mengimbau aku akan kisah sewaktu berada dibangku sekolah dahulu, ada seorang guruku yang mana sangat menitikberatkan tentang peribadi yang mulia. Setiap kali kelas beliau, beliau akan memulakan kelas dengan menceritakan tentang seorang tokoh yang terkenal dan kaitkan peribadi tokoh tersebut dengan akhlak yang ada dalam dirinya. Aku pernah bertanya kepada guru tersebut. “Cikgu kenapa eh setiap kali kelas cikgu, cikgu asyik nak cerita pasal tokoh-tokoh dan kaitkan dengan akhlak ni”. Lantas guruku menjawab. “Cikgu nak kamu semua jadi macam tokoh tersebutlah.” Aku bertanya lagi “Jadi yang macamana?” Cikguku menjawab lagi “ Jadi seorang yang berjaya yang ada ilmu pengetahuan dan mempunyai akhlak yang baik, bukan jadi orang berjaya tapi akhlaknya zero.” Ayat tersebut membuatkan aku tersentap seketika. Hal ini kerana aku merasakan diriku bukanlah baik dari segi akhlak dan banyak lagi yang aku perlu baiki. Sampai sekarang ayat tersebut masih lagi tergiang-giang dalam fikiranku membuatkan aku masih lagi mencuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang berpekerti mulia. Dari ceritaku ini juga aku sedar guru itu perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi pelajar. Jika kita dapat telusuri kembali kisah Rasulullah SAW. Baginda merupakan contoh yang baik untuk kita teladani dimana baginda bukan sahaja mengajar ilmu akan tetapi juga menerapkan kepentingan akhlak dalam pembelajarannya. Sepertimana yang kita tahu Rasulullah SAW itu sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umatnya sebagaimana dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Aku telah diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.” HR. Al-Baihaqi. Daripada ayat ini jelas, Baginda rasulullah SAW itu hadir dalam kehidupan ini untuk memberitahu kita tentang budi pekerti yang baik yang mana Allah sayang akan seseorang yang mencintai akhlak dan budi pekerti yang mulia seraya membenci akhlak dan kelakuan yang jahat.
UNIT 12 : PENGURUSAN KOKURIKULUM - PENGENALAN DAN SKOP BIDANG TUGAS Tuntasnya, aku berharap agar apa yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya nanti. Aku juga berharap agar perkongsianku ini dapat memberikan semangat kepadaku apabila menjadi seorang guru kelak. Hakikat sebenar seorang guru itu, banyak tugasnya. Bukan sekadar mendidik ilmu pengetahuan akan tetapi perlu ditambah dengan pembentukan akhlak pelajar. Justeru itu, untuk membentuk akhlak pelajar yang baik guru itu juga perlu mempunyai akhlak yang baik. Setiap orang guru itu perlu sedaya upaya untuk memperbaiki diri bagi menjadi seorang yang berperilaku mulia agar murid-muridnya dapat mencontohi guru tersebut. Nak tak nak itulah hakikatnya. Bak kata pepatah “Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.”
INTERAKSI PERKARA ASAS DALAM KEHIDUPAN OLEH: MOHAMAD LUQMAN ALHAKIM BIN MOHAMAD SOFFI 2221377 13
Manis-manis buah delima, Manis lagi masakan dari Kelantan, Minggu ketiga belas telah menjelma, Perjuanganku perlu diteruskan. Kini sudah masuk 13 minggu aku belajar didalam program pascasiswazah Pendidikan di USIM. Walaupun banyak cabarannya, alhamdulillah aku mampu menempuhnya dengan penuh bersemangat dan tawakkal. Pada minggu ini, aku masih belajar secara atas talian melalui aplikasi google meet yang telah disediakan oleh Dr Hayati. Pada minggu ini, Dr Hayati ada menceritakan tentang kelemahan pelajar pada zaman sekarang yang mana kurang mempunyai skill dan keupayaan dalam bersosial kerana terlalu asyik bermain dengan gadget dan teknologi yang mana wujud zaman kini sehingga memberi kesan terhadap pergaulan mereka dengan masyarakat serta persekitaran. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan seseorang itu. Seorang bekas paderi di sebuah gereja yang terletak di Birmingham, England bernama Vincent Nichols pernah berkata kita kehilangan kemahiran bersosial, kemahiran interaksi antara manusia, cara membaca “mood” seseorang, cara membaca bahasa badan mereka dan cara bersabar disebabkan terlalu banyak penggunaan elektronik yang eksklusif menjejaskan apa yang merupakan bahagian yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat dan hidup bersama. Daripada ayat ini beliau ingin mengatakan disebabkan teknologi, harini kita payah untuk bersosial dengan manusia secara langsung dan membaca isi hati manusia itu sendiri. Hal ini memberikan kesan yang buruk terhadap hubungan sesama manusia itu sendiri. Teringat aku pada waktu kecil dahulu, adikku seorang yang suka sangat bermain permainan video dirumah menyebabkan dia kurang bergaul dan bermain dengan kawan-kawannya yang lain diluar rumah. Hal ini menyebabkan dia kurang rapat dengan dengan kanak-kanak di kawasan kejiranan kami dan tidak mampu untuk bergaul dan melakukan aktiviti bersama dengan rakanrakan setaman. Peristiwa inilah yang dikatakan oleh Dr Hayati dalam kelas hari ini yang mana masalah ini yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak pada zaman sekarang. Efek yang UNIT 13 : PENGURUSAN KOKURIKULUM : PERSATUAN, KELAB, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN
UNIT 13 : PENGURUSAN KOKURIKULUM : PERSATUAN, KELAB, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN besar mungkin tidak dapat dilihat pada waktu sekarang akan tetapi akan terlihat bila mereka dewasa kelak. Mereka akan berasa janggal untuk bergaul dengan masyarakat dan tidak mampu untuk berhadapan dengan orang disekeliling mereka. Menurut Dr, perkara ini tidak sepatutnya terjadi. Pandangan Dr dalam hal ini selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi : ْيل َوالَّناُس ِنياٌم، َّل وا بال ُّل ْطِعُموا الَّطَعاَم، وصلوا األرحام َوَص ُّيَها الَّناُس َأ ْفشوا الَّسالَم، َوَأ َأ ِبَسالٍم وا الَجَّنَة َتدُخُل Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” Riwayat Ibnu Majah (3251) Daripada hadis diatas baginda Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita untuk menyantuni dan merapatkan silaturrahim sesama manusia. Bagaimana? salah satunya bersosial dan bergaul dengan masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang bakal pendidik aku berazam untuk melatih para pelajar aku supaya mereka lebih pandai bawa diri dan bijak berinteraksi dengan orang yang lebih tua dan masyarakat. Hal ini kerana interaksi merupakan perkara asas dalam kehidupan. Perkara inilah yang akan memandu serta mempengaruhi kehidupan seseorang. Aku juga berhasrat untuk memastikan semua pelajarku mengenali semua murid disekolah termasuk juga guru-guru serta pekerja-pekerja disekolah nanti. Aku mahu mereka memanfaatkan masa sewaktu berada disekolah sebaik-baiknya dengan bergaul dengan semua orang bukan menfokuskan kepada pelajaran sahaja. Dengan itu, mereka akan mengenali dengan lebih mendalam dan tahu hati budi semua orang yang mereka kenali. Akhir sekali, secara tuntasnya, aku bercita-cita ingin selitkan kisah-kisah inspirasi semasa PdP sekiranya aku diberi peluang posting ke mana-mana sekolah akan datang. Insyaalah. Ameen.
MEMORI TERCIPTA OLEH: NURSYAZANA BINTI MOHD ZUKI 2221367 14
UNIT 14 : PENGURUSAN KOKURIKULUM : PENILAIAN Pejam celik pejam celik, kini aku sudah pun berada pada minggu yang terakhir iaitu minggu ke-14. Hampir 4 bulan aku sudah menjadi pelajar pascasiswazah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini dan aku teringat kembali pada minggu pertama aku menjejakkan kaki ke sini di mana jantungku berdegup kencang diselangi dengan tapak tangan yang berpeluh kerana terlalu risau untuk memulakan perjalanan berliku-liku ini terutamanya ketika aku merasakan diri aku berkeseorangan. Pagi hari Ahad 29 Januari 2023, aku berjalan dengan begitu yakin dan gembira sambil menghayunkan kedua lenganku ke kanan dan kiri mengenangkan hari ini adalah hari terakhir kelasku ditambah pula dengan sesi jamuan makan yang dirancang oleh kohotku yang lama aku nantikan. Namun, senyumanku mati apabila melihat 5-6 orang rakanku berada di luar bilik kuliah. Lantas aku bertanyakan kepada mereka dan jawapan yang diberikan menyebabkan degupan jantungku berdetak laju umpama menaiki roller coaster. Aku terlupa! Sumpah aku terlupa! Tidak aku sangka dalam banyak-banyak minggu sesi kuliah sebelum ini, pada hari terakhir juga nasib aku sebegini. Tidak lain dan tidak bukan, aku lewat ke kelas Dr Hayati yang tidak pernah tercapai dek akalku untuk menjadi insan terpilih yang lewat ke kelas beliau. Walaupun hati aku gusar dan bercampur kerisauan, aku masih lagi tersenyum untuk menguatkan hatiku. Berulang kali aku ucapkan di dalam hatiku “Aku tak berseorangan, aku tak berseorangan” walaupun sebenarnya aku sudah bertawakal kepada Allah sekiranya dimarahi oleh Dr Hayati dan berharap dipermudah segala urusan kerana khilafku sendiri yang lewat hadir ke kelas. Dalam Hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi S.A.W bersabda: ُكْم َكَما َيْرُزُق الَّطْيَر َرَز َق ِلِه َل ُّك ِه َحَّق َتَو َّل وَن َعَلى ال َّنُكْم َتَتَو َّكُل ْو َأ َل “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. [Riwayat al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), dan Ahmad (205)].
Kerisauanku tidak berakhir begitu sahaja, aku dan rakan-rakanku perlu membina pantun sebagai denda yang diberikan kepada kami. Pelbagai idea dan buah fikiran yang diberikan, ada yang berunsurkan sedih, gembira dan lawak. Namun setelah berbincang dan mencapai persetujuan, akhirnya kami memilih pantun yang datangnya dari akal fikiran rakanku, Bashir. Sekiranya tidak aku terlupa dan tersilap, pantunnya berbunyi sebegini. Sungguh cantik bertudung merah, Sudah baca haraplah balas, Dr Hayati janganlah marah-marah, Hari ini kan hari last. Aku pun memulas pintu kuliah dengan berhati hati untuk masuk ke dalam bersama rakanrakanku. Keringat yang membasahi dahiku tadi terus kering selepas masuk ke dalam dewan kuliah yang berdingin hawa ini ditambah pula dengan debaran di dada ini. Aku pun mencapai mikrofon yang dihulur oleh Dr Hayati tanpa ragu-ragu kerana ingin mewakili rakanku yang lain untuk membaca pantun. Aku mengumpulkan segala keberanian yang tersisa di jiwaku ini kerana aku tahu sifat berani ini yang perlu aku ketengahkan dan praktiskan untuk menjadi seorang guru di masa hadapan kelak. Menurut Aboebakar Atjeh (1988:19), keberanian ialah sikap tidak ragu‐ragu untuk mengambil sesuatu tindakan walaupun dalam keadaan yang berbahaya dan berisiko tinggi. Namun, ketika aku baru sahaja melafazkan ayat “saya mewakili rakan-rakan saya….” lantas ayatku dipotong sepantas kilat. Rupanya-rupanya Dr Hayati ingin kami membacanya beramairamai seperti bicara berirama atau kata lainnya choral speaking. Berderau jantungku bila mendengar penjelasan daripada Dr Hayati dan kami pun berlangkah keluar dari dewan serta memulakan latihan kami. Aku tidak mengalahkan dan berusaha lebih keras mengatasi ketakutanku. Aristotle mengatakan bahawa, “The conquering of fear is the beginning of wisdom. Kemampuan mengawal rasa takut merupakan awal dari kebijaksanaan.” UNIT 14 : PENGURUSAN KOKURIKULUM : PENILAIAN
IKHTISAR KEMBARA DAN HARAPAN OLEH: SOFIAH SALWA BINTI ARIFFIN 2221322 15
UNIT 15 : RINGKASAN KURSUS DAN HARAPAN Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi kesempatan oleh Allah Ta’ala bernafas dan menghirup udara yang segar di muka bumiNya yang luas lagi indah ini. Sedar tidak sedar, hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi untuk aku habiskan semester ini. Aku dapat merasai perjalanan kembara ilmuku di bumi USIM merupakan perjalanan yang singkat, namun sangat bermakna dalam membentuk keperibadian dan keterampilanku sebagai bakal pendidik kelak. Acap kali hatiku bermonolog, “Benarkah aku ingin menjadi seorang insan yang bergelar guru? "Mampukah aku menggalas amanah yang berat dalam membentuk anak bangsa kelak? "Mampukah aku menjadi seorang guru yang terbaik, guru yang murobbi, mursyid, mu’allim dan muaddib?” Saban hari semakin aku belajar ilmu pendidikan dan keguruan dalam kursus Diploma Pendidikan Pascasiswazah Pendidikan Islam (DPPPI) ini, semakin aku berasa berat hati untuk menjadi pendidik atau guru. Sememangnya tugas serta tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah suatu tugas yang enteng. Namun atas dasar minat yang mendalam, aku gagahi juga langkah demi langkah meneruskan perjalananku ini. Bak lirik lagu melayu yang masyhur, “Lautan api sanggup ku renangi”. Demi cintaku kepada ilmu dan bidang pendidikan, walau sebesar mana pun cabaran, rintangan, ujian, mehnah dan tribulasi yang sedang dan bakal aku hadapi kelak aku akan tetap tempuhi dengan usaha yang gigih, doa & tawakal kepada Ilahi. Setelah aku mengikuti kursus Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah ini, semangat, inspirasi dan motivasiku untuk meneruskan impian ini semakin terserlah kerana aku di bimbing oleh dua orang pensyarah yang sangat hebat dan berkaliber iaitu Dr. Hayati yang sangat penyayang orangnya dan Dr. Mastura yang sangat manis wajahnya. Melalui kursus ini aku mendapat pelbagai pendedahan berkaitan dengan kurikulum dan pengurusan bilik darjah serta pengurusan kokurikulum yang menjadi asas kepada pendekatan yang holistik dalam pendidikan sebagaimana matlamat pendidikan di Malaysia.