Kursus ini juga sangat penting kerana dapat menyediakan pengetahuan dan maklumat yang signifikan berkaitan isu-isu semasa pendidikan, dasar-dasar, struktur dan pelan pendidikan, kaedah dan strategi pengajaran, sistem pentaksiran terkini dan sebagainya. Buat pertama kalinya, aku diberi pendedahan berkaitan dengan matlamat pendidikan di Malaysia yang meliputi Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) serta berkaitan pelan strategik pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) pada minggu pertama. Masih terngiang-ngiang di corong telingaku penekanan Dr. Hayati yang anggun lagi menawan berkaitan FPK ini. Setiap daripada kami diwajibkan untuk menghafaz dan menghayati sebaik mungkin maksud yang tersurat dan tersirat daripada FPK tersebut. Pada minggu ketiga pula, aku mempelajari tiga teori pembelajaran yang asas iaitu teori konstruktivisme, teori kognitivisme dan teori behaviorisme serta model pengajaran seperti model inkuiri, Tyler, model pengajaran dalam Islam dan sebagainya. Pemahaman tentang teori dan model pengajaran tersebut merupakan salah satu cara untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan supaya boleh diaplikasikan dalam sesi PdP kelak. Kaedah mengajar merupakan topik pada minggu keempat yang mana menjadikan aku berfikir diluar kotak dan lebih kreatif dan kritis. Menurut Mok Soon Seng (1992), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Aku sangat tertarik dengan penerangan Dr. Mastura yang mengatakan bahawa kaedah pengajaran waktu kini semestinya perlu lebih kreatif dan semestinya berbeza daripada kaedah lama yang berpusatkan guru. Memasuki pertengahan semester, aku dan rakan-rakan seperjuanganku belajar tentang penerapan nilai merentas kurikulum dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kedua-dua topik tersebut sangat penting buat bakal pendidik kerana elemen-elemen tersebut merupakan jambatan bagi melahirkan murid-murid yang seimbang secara holistik meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Seterusnya, bermula minggu ke 9, aku didedahkan pula dengan cara menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkesan sebagai seorang guru yang profesional. Proses penulisan RPH berlangsung lebih kurang tiga minggu dengan tiga pembetulan bagi kumpulanku. UNIT 15 : RINGKASAN KURSUS DAN HARAPAN
UNIT 15 : RINGKASAN KURSUS DAN HARAPAN Aku dan rakan-rakan sedar bahawa Dr. Hayati sangat menekankan hasil penulisan RPH ini kerana RPH merupakan perkara yang sangat penting dan tugasan utama seorang guru supaya dapat merancang dan membuat strategik awal sebelum memulakan sesi PdP yang berkesan. Minggu ke 12 dan 13 pula, aku diberi info dan ilmu berkaitan pengurusan kokurikulum. Dari situ aku memahami skop tugas guru dalam bidang kokurikulum. Sekiranya nanti aku mendapat amanah sebagai guru penasihat kelab dan persatuan, sukan mahupun badan unit beruniform, sudah tentu aku dapat memanfaatkan ilmu yang telah aku pelajari itu. Akhirnya, minggu ke 14 yang merupakan minggu terakhir pula, perincian berkenaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) diketengahkan oleh Dr. Hayati yang berkredibiliti. Beliau menerangkan kepentingan pentaksiran berbentuk holistik ini dalam membina keberhasilan murid. Bukan itu sahaja, aku dan rakan-rakan juga dapat mengetahui komponen PAJSK dan format pelaporan dengan lebih awal. Bersyukur kehadrat Ilahi akhirnya telah selesai kuliah untuk semester kali ini. Masih segar di ingatanku semasa aku pertama kali menjalankan tugas sebagai seorang guru ganti di Sekolah Kebangsaan Tersang Satu yang terletak di kawasan pedalaman perkampungan Felda. Pada awalnya aku sangat terkejut kerana suasana sesi pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku murid pada zaman sekarang sangat berbeza jika dibandingkan pada zaman aku bersekolah dahulu. Cabaran yang amat berat aku hadapi ketika itu kerana aku gagal dari segi aspek kawalan kelas, sehinggakan beberapa orang murid boleh bertumbuk dan berkelahi sewaktu aku mengajar di dalam kelas. Sememangnya aku sangat terkesima. Cara dan pendekatanku sebagai seorang guru perlu lebih tegas, rasional dan kreatif bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terkawal, menyeronokkan serta dapat menarik minat murid untuk terlibat secara aktif. Aku acap kali menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan interaksi dua hala dan pembentangan dalam kumpulan agar anak-anak muridku turut dapat berkongsi idea dan ilmu. Hasilnya bukan sahaja anak-anak muridku mendapat manfaat daripada aktiviti perkongsian ilmu tersebut, bahkan aku juga turut dapat maklumat, ilmu dan pengalaman baru serta aku berjaya mengatasi masalah kawalan kelas.
UNIT 15 : RINGKASAN KURSUS DAN HARAPAN Sebagai mana hadis Nabi S.A.W. yang berbunyi ; ِلي ا ِإْلْبَهاَم، ِتي َت َّل ُوْسَطى َوا ْل َع« َوَجَمَع َبْيَن ِإْصَبَعْيِه ا ْن ُيْر َف ْبُضُه َأ ْن ُيْقَبَض، َو َق ْبَل َأ ِم َق ِعْل ْل ْيُكْم ِبَهَذا ا َعَل ْجِر، َواَل َخْيَر ِفي َساِئِر الَّناِس َأْل ُم َشِريَكاِن ِفي ا ُمَتَعِّل ْل َعاِلُم َوا ْل اَل: »ا َّم َق ُث َهَكَذا. Maksud Hadis : “Hendaklah kamu mengambil ilmu itu sebelum ia digenggam.” Maksud digenggam di sini ialah diangkat. Lalu Rasulullah SAW menghimpun di antara kedua jarinya iaitu jari tengah dan telunjuknya begini. Kemudian sabdanya lagi: “Orang yang alim dan pelajar itu bersekutu di dalam mendapat kebaikan, tiadalah kebaikan yang banyak bagi manusia selain mereka itu.” Riwayat Ibn Majah (228). Akhir sekali, aku berharap ilmu yang aku gali dan perolehi daripada kursus ini dapat aku manfaatkan dan praktikkan kelak apabila aku bergelar seorang guru. Aku juga berharap aku dapat menjadi seorang pendidik yang memberi manfaat dan inspirasi kepada anak-anak didikku serta orang di sekelilingku seperti mana Dr. Hayati dan Dr. Matura telah menjadi pencetus kepada semangat dan inspirasiku. Aku sangat bersyukur kerana Allah memberi kemudahan kepada aku dan rakan-rakanku untuk menghabiskan pengajian bagi semester ini. Aku juga berharap aku berpeluang menjadi seorang guru dan pendidik yang cemerlang dalam menghasilkan anak bangsa yang sejahtera serta boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Dengan izin Allah.
Mutiara Kata "Nak jadi guru perlu ada hati yang cekal dan senantiasa kuatkan semangat" "Nak jadi guru ni, kena bekalkan diri dengan ilmu dulu" "Adab dahulu, baru ilmu" "Sebagai guru mesti punyai kesabaran yang tinggi, ilmu dan sikap rendah hati.." "Terus bersemangat demi mendidik anak bangsa" "Satu orang berilmu lebih baik dari seribu ahli ibadah "
~ Nostalgia~
ANGIN BERTIUP DEBU BERTEBARAN, DURI MENUSUK LUKA DI TANGAN; TERIMA KASIH UNTUK KESABARAN, JASAMU TETAP DALAM INGATAN. Kami dedikasikan coretan terakhir ini buat Dr berdua, Dr Hayati Ismail & Dr Mastura Kamaruddin KE SAWAH MENCARI JERAMI, JERAMINYA HILANG TELAH DIBABAT; BETAPA SEDIHNYA HATI KAMI, BERPISAH DENGAN GURU YANG HEBAT.
Aku berjalan dengan begitu yakin dan gembira sambil menghayunkan kedua lenganku ke kanan dan kiri mengenangkan hari ini adalah hari terakhir kelasku ditambah pula dengan sesi jamuan makan yang dirancang oleh kohotku yang lama aku nantikan. Namun, senyumanku mati apabila melihat 5-6 orang rakanku berada di luar bilik kuliah. Lantas aku bertanyakan kepada mereka dan jawapan yang diberikan menyebabkan degupan jantungku berdetak laju umpama menaiki roller coaster. Aku terlupa! Sumpah aku terlupa! Tidak aku sangka dalam banyak-banyak minggu sesi kuliah sebelum ini, pada hari terakhir juga nasib aku sebegini. Tidak lain dan tidak bukan, aku lewat ke kelas Dr Hayati yang tidak pernah tercapai dek akalku untuk menjadi insan terpilih yang lewat ke kelas beliau. Walaupun hati aku gusar dan bercampur kerisauan, aku masih lagi tersenyum untuk menguatkan hatiku. Berulang kali aku ucapkan di dalam hatiku “Aku tak berseorangan, aku tak berseorangan” walaupun sebenarnya aku sudah bertawakal kepada Allah sekiranya dimarahi oleh Dr Hayati dan berharap dipermudah segala urusan kerana khilafku sendiri yang lewat hadir ke kelas. S E O R A N G P E L A J A R & P E N D I D I K '6xith Sen DPRODUCTION