PERINGKAT IPG
Penaung
Ketua Jabatan HEP
Penyelaras
Penasihat
Pengerusi Naib Pengerusi
Setiausaha Naib Setiausaha
Bendahari Naib Bendahari
Ahli Jawatankuasa
PERINGKAT SEKOLAH
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Mengubal dan mengeluarkan Dasar Latihan
Perhubungan antarabangsa
diperingkat Ibu Pejabat PPM Merancang dan mengadakan program
pembangunan Pengakap di peringkat Nasional
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Memberi kemudahan-kemudahan melatih
diperingkat Negeri Pengakap Negeri dan mengadakan program-
program.
Bekerjasama dengan majlis Negeri, Pandu
Puteri, BP Guilds untuk pembangunan
Pengakap.
Memajukan taraf pengakapan dalam negeri.
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bekerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah
diperingkat Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah.
Mengawasi dan melatih Kumpulan-Kumpulan
Pengakap dari hal peningkatan kepengakapan.
Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli-
ahli.
Pemimpin-Pemimpin Memimbing Pengakap supaya mencapai tujuan
dan objektif PPM.
Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan
Ibu Bapa Pengakap.
Bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah bagi
menyeragamkan
Pengakap-Pengakap Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol
Sambil bersuka, sentiasa taat pada Tuhan, Raja
dan Negara, Menolong orang setiap masa dan
mengikut Undang-Undang Pengakap
Berusaha mendapat Anugerah Pengakap Raja
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
PENDAFTARAN AHLI
Setiap rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun keatas adalah
layak untuk menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.
Semua ahli pengakap hendaklah didaftarkan dengan
menggunakan borang PPM dan borang tersebut perlu dihantar
kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.
Yuran pendaftaran bagi setiap ahli pengakap adalah RM 5.00
sahaja.
Ahli pengakap yang tidak didaftarkan dengan PPM atau tidak
menjelaskan yuran pendaftaran akan digugurkan keahlian dan
tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakapan.
PENDAFTARAN KUMPULAN
Untuk mendaftar ahli pengakap perlu mempunyai kumpulan
pengakap
Satu organisasi atau institusi hanya perlu menubuhkan satu
kumpulan pengakap sahaja
Satu kumpulan terdiri daripada 18 – 48 ahli sekiranya lebih
hendaklah dipecahkan kepada beberapa kumpulan
Setiap kumpulan yang lama atau yang baru perlu didaftarkan
dengan PPM dan borang tersebut perlu dihantar ke Ibu Pejabat
PPM untuk diterima dan didaftarkan.
Yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan adalah RM 10 sahaja.
Kumpulan yang tidak didaftarkan dengan PPM tidak dibenarkan
menjalankan aktiviti kepengakapan.
KUASA PENGANJUR
Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Merupakan salah seorang dari dua penurun tanda tangan rasmi (official signatories)
manakala seorang lagi merupakan pemimpin kumpulan, bagi akaun simpanan atau semasa
untuk unit pengakap itu.
Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap.
Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap dimana
perlu.
Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti (rombongan, kembara,
perkemahan) untuk ahli-ahli.
Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
PENGURUSAN BUKU LOG / FOLIO /
LAPORAN AKTIVITI
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG:
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat
dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)
Kulit luar amat penting untuk dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.
Seeloknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastik (pvc book wrapper) agar tidak
mudah rosak akibat terkena air.
BUKU LOG
Merupakan sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan
oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah.
Seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan
dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap.
Boleh memuatkan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti
Pengakap.
Ahli Pengakap atau pemimpin boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberi
pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut dalam buku log.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Patuh kepada tujuan kepimpinan, membentuk
generasi akan datang
SIFAT SEORANG PEMIMPIN Berminat, sabar, berkeyakinan serta jujur
Berfikiran terbuka, setia memberi dan menerima
teguran
Berkemampuan dan berwibawa.
PERANAN SEORANG Merancang aktiviti tahunan, semester, mingguan
PEMIMPIN Menyediakan bilik untuk kumpulan/latihan
Merekod semua aktiviti yang dijalankan
PENYESUAIAN Bijak menyesuaikan diri dan mempunyai
kemahiran hubungan awam tang baik.
Bersifat ramah mesra, berfikiran terbuka,
menerima pandangan daripada pihak lain
seperti daripada pemimpin lain.
MENJADI TELADAN Tunaikan kewajipan diri, keluarga dan
masyarakat
Berbudi pekerti, berhemah tinggi, bersopan
santun dan baik tutur kata
Sentiasa berpakaian kemas, sopan
Amanah, jujur dan bertanggungjawab
MELAHIRKAN GENERASI Membentuk disiplin yang baik
SEBAGAI WARGANEGARA Membentuk pelajar sebagai warganegara yang
YANG BERGUNA
patriotik dan faham dasar-dasar negara
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN
PEMIMPIN
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
AKTIVITI:
Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK
Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan
Guru penasihat akan mengumumkan kepada ahli
Semua kegiatan dijalankan berdasarkan skim latihan yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Pengakap Malaysia
Semua aktiviti luar dari kawasan sekolah hendaklah mendapatkan:
Sokongan daripada Kuasa Penganjur (Pengetua / Guru Besar)
Kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga ahli pengakap
Dihadiri bersama oleh pemimpin
TAJUK 2
KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN
KRAF
PERKHEMAHAN
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Khemah boleh didefinisikan sebagai tempat tinggal sementara yang selamat, selesa
dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira juga apa bentuk dan jenis
tempat berlindung, ia dikategorikan sebagai khemah. Khemah yang sesuai adalah
diperbuat dari bahan nylon dan jenis-jenis lain yang bersifat ringan. Khemah juga
merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar. Khemah terdapat dalam
pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan, di antaranya ialah:
Ridge tent
Frame tent
Dome tent
Bell tent
Ridge tent
- mempunyai tinag yang melintang di sepanjang bumbung.
- diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa.
Frame tent
- khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga.
- rangka khemah akan dipasang dahulu, kanvas dipasang kemudian.
Dome tent
- berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan
fleksibal
- ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan di sekolah.
Bell tent
- mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah
- khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis "DOME".
KESELAMATAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan dalam pemasangan khemah:
1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit. Hal ini kerana ia
boleh menyebabkan kita menjadi “point of contact” sekiranya berlaku kilat atau petir dan
menjadi penampam sekiranya berlaku ribut atau angina yang kuat. Oleh itu, kita
hendaklah mendirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak.
2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam.
3. Hindari daripada berkhemah di laluan binatang “Denai” kerana bila-bila masa sahaja
binatang hutan akan melalui denai tersebut.
4. Sekiranya hendak membuat unggun api, hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah
untuk mengelakkan daripada percikan api dan membakar khemah.
5. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun. Hal ini kerana, apabila
berlakunya hujan atau ribut , dahan-dahan pokok dengan daun yang rimbun dan berat
amat berpotensi untuk runtuh dan menghempap khemah.
6. Pastikan pintu khemah ditutup (zip) semasa meninggalkan khemah untuk mengelak
khemah daripada memasuki binatang atau serangga berbisa.
7. Untuk mendirikan khemah, pintu khemah haruslah berada dalam keadaan
membelakangkan arah tiupan angina untuk mengelakkan daripada angin kuat
menerobos ke dalam khemah semasa pintu khemah dibuka. Hal ini kerana ia berpotensi
untuk menerbangkan khemah atau merosakkan khemah.
TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
Gajet merupakan binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan
dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah rumah di
tapak perkhemahan.
TUJUAN MEMBUAT GAJET:
Membina taraf hidup perkhemahan seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian
dan maklumat di tapak perkhemahan.
Melindungi makanan dari tercemar
Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
Memudahkan kerja-kerja memasak dan meghidangkan makanan.
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
FAEDAH MEMBUAT GAJET:
Menggalakkan seseorang itu berfikiran kreatif dalam menghasilkan
perlatan yang diperlukan.
Menguji keupayaan seseorang atau ahli pegakap dalam mempraktikkan
kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari.
Menanam semangat bekerjasama dalam sesebuah kumpulan untuk
menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat.
Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli kumpulan.
JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
gajet kawasan gajet kawasan gajet kawasan
pengeringan pintu dapur
JENIS-JENIS
GAJET
gajet kawasan gajet kawasan
tempat tinggal tempat
basuhan
KEGUNAAN GAJET
KAWASAN PINTU
Mercu tanda perkhemahan iaitu
pintu gerbang dan tiang bendera
Mencantikkan pemandangan di
kawasan perkhemahan
Penanda kawasan sempadan
dan kawalan keselamatan
KEGUNAAN GAJET
KAWASAN DAPUR
Melindungi makanan daripada
tercemar kerja-kerja
Memudahkan
memasak dan menghidangkan
makanan
Peralatan dapur tersusun rapi
KEGUNAAN GAJET
KAWASAN TEMPAT
BASUHAN
Memudahkan penyusunan
Tempat meletak besen air,
kawasan membasuh
Tempat untuk mengantung
tuala mandi
GAJET KAWASAN
TEMPAT PENGERINGAN
Dikenali juga sebagai gajet
tempat menjemur kain
Merupakan sebuah ampaian
yang kekal tidak boleh
Gajet ini
digerakkan maka ia dibina di
kawasan tempat membasuh
GAJET KAWASAN
TEMPAT TINGGAL
Semua gajet dibuat
hendaklah diatur dan disusun
dengan baik, dan menjaga
kebersihan serta kekemasan
di kawasan perkhemahan.
Contohnya, gajet rak kasut,
papan kenyataan, tempat
membuang sampah, kerusi
dan sebagainya.
IKHTIAR
HIDUP
Ikhtiar hidup merupakan satu ikhtiar dalam proses
kelangsungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan
seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila
seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak
dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.
MASAKAN SOLAR / RIMBA / KELOMPOK
Pengetahuan mengenai kaedah memasak alternative bagi seorang ahli pengakap
adalah penting. Masakan rimba juga dikenali sebagai masakan tanpa peralatan, iaitu
bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakasan dapur. Sebagai ganti, boleh
menggunakan daun kayu, rantin kayu, batu, ruas buluh dan sebagainya.
KAEDAH MEMASAK
1) Memasak menggunakan makanan sebagai bekas
Ubi kentang, bawang besar, tomato, atau buah oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam
bara api‟
Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
2) Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam
dan ikan. Makanan dibungkus dan di masak di atas bara api.
Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun
pandan, dan kulit jagung.
3) Memasak menggunakan ranting kayu dan dawai
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak
berasal dari pokok beracun.
Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu atau buluh
4) Memasak menggunakan buluh
Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak
Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang
MEMBUAT PERANGKAP
Sebelum memasang perangkap, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya
ialah jenis binatang yang hendak dijerat dan kawasan laluan binatang tersebut.
Perangkap terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Perangkap berumpan
Dengan menggunakan umpan, dapat menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap.
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan
yang sesuai bagi binatang tersebut.
ii) Perangkap tidak menggunakan umpan
Peragkap jenis ini tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik
perhatian binatang.
Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara
melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau
tempat binatang tersebut mencari makan dan minum.
Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti kijang,
landak, rusa, seladang dan sebagainya
JALAN LASAK
DAN PANDU
ARAH
TUJUAN
Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN DAN PERSEDIAAN
1. Kebenaran
Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting
ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah
perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada
mereka.
2. Persediaan Alatan
Titik kawalan (control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain bewarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik Kawalan (dalam lingkungan 10meter)
Kad kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.
Peta utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
PERSIAPAN AWAL
Menyediakan kertas konsep
Menetapkan tarikh
Tujuan dan pemilihan yang akan dijalankan
Menentukan kumpulan sasaran
Perlantikan Jawatankuasa
Menyenaraikan nama peserta
Menyenaraikan nama jurulatih dan pegawai
Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
Penyediaan alatan dan logistik aktiviti
SEBELUM AKTIVITI
Penyediaan landasan
Taklimat jurulatih dan perserta
Semakan alatan dan logistik
Peralatan kecemasan
Pengagihan kumpulan/kategori
SEMASA AKTIVITI
Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta dilepaskan.
Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta
Peserta diberikan peralatan / keperluan pandu arah
Kumpulan peserta yang awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan yang
lengkap
Memastikan peserta berada dalam kawasan aktiviti dan selamat serta sentiasa
berhubung menggunakan radio dari semasa ke semasa.
Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
SELEPAS AKTIVITI
Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan memastikan bilangannya
mencukupi, mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta
Memberikan rawatan awal atau hantar ke hospital sekiranya terdapat kecederaan
Semua alatan hendaklah dipulangkan, sekiranya belaku kerosakan atau hilang sila
laporkan kepada bahagian logistik
Sesi renungan / refleksi
Bersalaman antara jurulatih dan peserta
Simpan barang di stor
Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan meggunakan
Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti
MEMBACA KOMPAS / GLOBAL POSITIONING
SATELITE (GPS)
Kompas adalah alat yang Bagi para jungle tracker, mereka
berfungsi untuk seharusnya mengetahui cara-
cara penggunaan kompas dan
menunjukkan arah mata fungsinya.
angin.
Penting kepada semua pencinta
Mengetahui cara membaca alam untuk mengetahui cara
peta dengan arah kompas, penggunaan dan pemakaian
kompas di dalam perjalanan di
berkemungkinan akan hutan dan seumpamanya.
tersesat adalah tipis.
CONTOH JENIS KOMPAS
Kompas mata angin 16 Kompas bearing sudut
Berpandukan empat mata Diukur mengikut arah pusingan
angin yang utama jarum jam dan jumlah sudutnya
ialah 360 darjah.
CARA MEMBACA KOMPAS
1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata. Setelah jarum kompas tidak
bergerak lagi, maka jarum tersebut menunjuk kea rah utara magnet.
2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar miringkan sedikit letak kaca
pembesar, kira-kira 50 di mana berfungsi untuk membidik kea rah Visir dan mengintai
angka pada dial.
3. Apabila Visir diragukan kerana kurang jelas dilihat dari kaca pembesar, luruskan saja
garis yang terdapat pada tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik agar
mudah dilihat melalui kaca pembesar.
4. Kompas bearing sudut diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya
ialah 360 darjah manakala kompas mata angin berpandukan empat mata angin yang
utama, iaitu utara, timur, selatan dan barat.
KOMUNIKASI RADIO AMATUR / UHF VHF
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang dgunakan
bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikanl yang
dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan
terdapat lebih tiga juta pengendali di serata dunia yang mana mereka akan
berpeluang berhubung di antara sama lain.
Tujuan menggunakan radio amatur
1) Aktiviti komunikasi
Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna
dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputannya tidak terbatas.
2) Aktiviti uji kaji teknikal
Pengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji kaji dalam
pembuatan radio, antenna dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal.
3) Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Dalam keadaan darurat, peranan radio amatur amat membantu dalam
memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas
terutama di kawasan pedalaman.
Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami
dan sebagainya.
4) Memantau (monitoring)
Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi di
dalam dan di luar negara serta stesen angkasa lepas.
JENIS KOMUNIKASI DALAM RADIO AMATUR
1) Simpleks (simplex)
Komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke stesen tanpa menggunakan
repeater.
Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena, ketinggian antena dan
kekuatan kuasa pancaran.
Jika semua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan sempurna, jarak
komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km.
2) Pancar ulang (repeater)
Perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX)
kembali audio kita.
Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi
membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain
pada jarak yang lebih jauh.
MEMBACA PETA TOPOGRAFI DAN KEGUNAAN
Peta topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai
garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat
ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya
menggunakan skala 1:50,000. Peta topografi juga menggambarkan sebanyak ciri-ciri
permukaan suatu kawasan tertentu dalam batas-batas skala.
GARISAN GRID
GARISAN TIMURAN GARISAN UTARAAN
- garisan grid yang dilukis - garisan grid yang dilukis
secara menegak. secara melintang.
- garisan yang menunjukkan - garisan yang menunjukkan
kedudukan sesuatu tempat kedudukan sesuatu tempat
ke arah timur. ke arah utara.
- garisan grid dinomborkan - garisan grid dinomborkan
dan nilainya semakin dan nilainya semakin
bertambah ke arah timur. bertambah ke arah utara.
RUJUKAN GRID DALAM PETA POTOGRAFI:
1. Rujukan grid (RG) ialah penentuan kedudukan pada peta topografi
denganmenggunakan garisan grid.
2. Garisan grid yang digunakan ialah Garisan Timuran dan Garisan
Utaraan.
3. Persilangan antara Garisan Timuran dan Garisan Utaraan menandakan
rujukan grid.
4. Kedudukan kawasan segi empat dan juga titik atau lokasi spesifik boleh
ditentukan dengan tepat menggunakan persilangan Garisan Timuran dan
Garisan Utaraan.
5. Rujukan Grid terbahagi kepada dua, iaitu:
Rujukan grid 4 angka
Rujukan grid 6 angka
6. Apabila membaca kedudukan pada peta potografi, nilai garisan timuran dibaca
dahulu diikuti dengan nilai garisan timuran.
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Tanda atau symbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau
mendaki bukit.
Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh
memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah.
Tanda dapat diilakukan dengan pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak
panah, rumput, lakaran atau lorekkan pada tanah.
Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.
CONTOH SIMBOL ATAU TANDA
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan
sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda
yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada
setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
SIMPULAN
DAN
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan
sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap
dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat
seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
JENIS-JENIS SIMPULAN
Simpulan ini akan digunakan
sebagai permulaan untuk mengikat
pada kayu atau sebagainya.
SIMPUL MANUK Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat
BUKU SILA kain pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk mematikan
ikatan barang-barang. Kedua-dua punca
atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.
Digunakan untuk membuat tanjul yang
tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan
untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan
cara mengikatkan tali pada pinggang.
TINDIH KASIH
TINDIH KASIH Digunakan bagi menyambungkan tali
SIMPUL BALAK yang tidak sama besar saiznya atau tali
SIMPUL BELIT yang berlainan jenis. Ia juga digunakan
untuk sambung tali penarik bendera ke
tali di penghujung bendera dalam flag
break.
Digunakan untuk mengikat kayu balak,
tiang kapal atau bungkusan yang
besar supaya mudah ditarik.
Permulaan kepada ikatan serong.
Digunakan untuk mengikat tali pada
tiang untuk mematikan ikatan ke
pokok/pancang kerana ia mudah
dibuka semula serta tidak mudah
tertanggal.
JENIS-JENIS IKATAN
Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau
tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang bendera dan lain-lain. Langkah pertama
dimulakan dengan simpul manuk kemudian
lilit dengan kemas dan ketat. Akhir sekali
dimatikan dengan simpul manuk juga.
IKATAN SERAYA
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang
kayu bersilang.
Mulakan dengan simpulan pengikat
balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang
dan matikan dengan simpul manuk.
IKATAN SERONG
Untuk menguatkan batang kayu yang
lemah dan untuk menyambung dua
batang kayu/buluh untuk membuat kaki
yang bersilang.
SILANG GUNTING
ASAS
KAWAD
KAKI
BAHASA HUKUMAN
ASAS PERBARISAN
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul
dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua
perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatih melakukan
pergerakan asas perbarisan. Di bawah menunjukkan, beberapa pergerakan
dalam asas perbarisan
BAHASA HUKUMAN
PERGERAKAN HUKUMAN
SEDIA “Skuad…..Sedia”
SENANG DIRI “Senang………Diri”
REHATKAN DIRI “Rehatkan……….Diri”
“Ke Kanan……..Lurus”
LURUSKAN BARISAN “Pandang………..Depan”
BUKA BARISAN “Buka barisan……..Gerak”
TUTUP BARISAN “Tutup barisan…….Gerak”
BERPUSING KE KANAN / KIRI “Bergerak ke kanan, Kanan……..Pusing”
/ BELAKANG “Bergerak ke kiri, Kiri……..Pusing”
“Menghadap ke belakang, Belakang……Pusing”
“Menghadap ke hadapan, Belakang…….Pusing”
KELUAR BARIS “Baris…….Keluar……Baris”
KAWAD STATIK
1) Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman
Bergerak ke kiri...kiri pusing
2) Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa
hukuman
Begerak ke kanan....belakang pusing
3) Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa
hukuman
Kekanan...pusing.
4) Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan
bahasahukuman
Mengadap ke hadapan...belakang pusing
.
5) Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan
barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan
statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah
Tutup barisan…gerak
KAWAD DINAMIK
PERBARISAN MASUK PADANG / LITAR
Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan secara berjalan lalu
berhenti di tengah litar menggunakan bahasa hukuman “Skuad....henti”
Ketua Platun memberi arahan supaya semua ahli menghadap ke pentas
utama menggunakan bahasa hukuman “Mengadap ke hadapan....kanan pusing”
Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan, Ketua Platun boleh
berundur dengan kaedah melangkah ke belakang (kaedah Buka Barisan). Pergerakan
adalah mengikutbahasa sendiri tanpa sebarang bahasa hukuman.
Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju 1 langkah dan barisan
belakangberundur 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik.
Bahasa hukuman yang digunakan ialah “Buka barisan ...gerak”
Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka diluruskan dengan
menggunakan bahasa hukuman “Ke kanan lurus” dan seterusnya “Pandang depan” setelah
kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.
Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan pentas utama
melalui arah kanan Seterusnya mara ke hadapan (beberapa langkah) jika perlu. Ketua
Platun akan berhentidi hadapan Ketua Pengadil dan memberi tabik hormat, seterusnya
memberi lapor pertandingan selepas tabik dijatuhkan. Bahasa hukuman lapor pertandingan
ialah ;
Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan. Platun ......... seramai 31 orang
siap sedia untuk diuji, Tuan.
Setelah diberi keizinan, Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik hormat dan menyebut
Terima kasih Tuan selepas tabik dijatuhkan. Selepas itu, Ketua Platun akan bergerak ke kiri
dan berjalan menuju semula ke posisi asal dan berhenti menghadap ke arah ahli untuk
memulakan pergerakan kawad statik.
KAWAD FORMASI
Juga dikenali sebagai kawad persembahan
Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa
bentuk formasi supaya lebih menarik.
CONTOH KAWAD FORMASI
ASAS
PERTOLONGAN
CEMAS
DEFINISI:
Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama
yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan
sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.
TUJUAN:
Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yag
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan
dan jantung, terbakar dan melecur dan lain-lain lagi.
Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
PRINSIP-PRINSIP
Menyelamat nyawa
Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan
perubatan
Melindungi dan mengurangkan kecemasan magsa apabila ada sesuatu bencana
berlaku
Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera
Menghadkan kesan-kesan kecederaan
Menggalakkan pemulihan
Perhubungan / tindakan apabila sesuatu terjadi
ANDUH DAN BALUTAN
JENIS BALUTAN
LENGAN
TAPAK TANGAN
KEPALA
LUTUT
LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku,
duri, kaca dan lain-lain.
Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar
tertusuk.
Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut
dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut.
MELECUR
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terbakar dengan sabun
dan air hangat.
Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin
dan balut dengan teliti.
Jika pesakit terasa amat pedih, berikan 2 pil
aspirin dan ulangi setiap 2 jam apabila perlu.
DIGIGIT LINTAH/PACAT GIGITAN
Cara merawat:
Cucuh belakang binatang itu dengan api atau
gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan
dan menggugurkannya.
Bersihkan sekeliling tempat yang digigit
dengan methylated spirit.
Legakan gatal-gatal dengan campuran soda
atau ammonia yang tidak terlalu keras
ataupun dengan minyak anti-histamine.
Tutup dan balut dengan pembalut kering.
Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu
Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau diminum
Tunggu arahan dan bertindak segera
Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan
Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan
TERSELIUH
Letak beg ais pada sendi yang cedera
Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
Ampu bahagian yang tercedera
Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
PEMULIHAN PERNAFASAN
A – Airways (saluran pernafasan)
Terbuka atau tersekat
Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah
daripada mulut jika ada
B – Breathings (bernafas)
Boleh bernafas atau tidak
Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan
segera.
C – Circulation (peredaran darah)
Pastikan sekiranya ada denyutan nadi atau tidak
Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)
Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada
TAJUK 3
PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
KONSEP PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar kokurikulum di
institusi- institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit beruniform. Unit
beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap. Berkhemah
merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan.
TUJUAN PERKHEMAHAN
Berkhemah sebagai cara pendidikan.
Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan
secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap. Sebagai contoh
semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan
sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai.
Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani
menghadapi cabaran dan rintangan.
Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia.
Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan
persekitaran alam semula jadi dan kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak
mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan
perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat
melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan sebagainya.
Berkhemah sebagai cara ibadat.
Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang
luas. Sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya.
PENGLIBATAN
Jawatankuasa Induk
Penaung: Penaja/PPD/JPN
Penasihat: Pengetua
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK HEM
Setiausaha: Penyelaras Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha: Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam Bendahari: Guru
Pembimbing/Penasihat
Ahli Jawatankuasa: Guru-guru Penasihat/pembimbing atau wakil agensi yang dilantik
oleh pengetua.
Ahli Jawatankuasa Kerja
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK HEM
Setiausaha: Penyelaras Ko-kurikulum
Komandan: Ketua penyelaras PPS/dilantik
Pen. Komandan Kem: Pen.Penyelaras PPS/dilantik
Urusetia: dilantik
Makanan: dilantik
Penginapan: dilantik
Logistik: dilantik
Kebajikan/keselamatan: dilantik
Pengangkutan: dilantik
J/k Pembukaan Penutup: dilantik
Jawatankuasa aktiviti: dilantik
SIJIL
Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil
Penyertaan atau Sijil Penghargaan
JENIS PERKHEMAHAN
1) Perkhemahan ringkas
Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka. Biasanya dilakukan
pada hujung minggu. Biasa diadakan selama satu malam atau dua
malam. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian
atau sekadar untuk perkhemahan sahaja.
2) Perkhemahan kumpulan
Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol. Dihadiri oleh
sekumpulan ahli. Dijalankan selama dua atau tiga hari. Biasanya diadakan
sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.
3) Perkhemahan secara besar-besaran
Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta Dikenali
sebagai „jambori‟. Diadakan 4 tahun sekali. Mengambil masa 3-7 hari.