PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL
Pembentukan Jawatankuasa
Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat
dirancang dengan baik dan teratur. Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada
tempat perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan. Setiap jawatankuasa
mempunyai tugas masing-masing.
Kenal Pasti Kawasan
Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih
bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
Surat Kebenaran
Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah
melalui pengetua sebelum menjalankan aktiviti. Surat kebenaran pihak polis bagi
memastikan aktiviti berjalan lancar. Surat kebenaran ibu bapa diperolehi sebelum
peserta dibenarkan mengikut aktiviti perkhemahan.
Belanjawan
Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan
selama tempoh perkhemahan. Belanjawan termasuklah kos pengangkutan,
peralatan, insurans, perubatan dan makanan.
Alatan Perkhemahan
Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti.
PEMILIHAN TEMPAT
1. Tanah atau tapak yang rata. Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk
memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
2. Berhampiran punca air. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama
harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. Air yang bersih digunakan untuk
memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
3. Jauh daripada dahan mati. Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada
kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan
perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta
perkhemahan.
ASPEK KESELAMATAN
1) Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
2) Dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di
merata-rata tempat.
3) Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
4) Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
5) Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
6) Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
7) Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
8) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
9) Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
KEMUDAHAN ASAS
Khemah yang sesuai.
Bag galas
Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
Botol air, kole dan bekas minuman
Pisau dan pembuka tin
Lampu picit serta bateri
Mancis dan lilin atau bahan penyala api
Kotak pertolongan cemas
Kotak ikhtiar hidup
Tali
Parang/kapak kecil
Bekas air tambahan
Selimut/beg tidur
Peralatan mandi
PEMERIKSAAN PAGI
Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak yang
digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai
sebelum pemeriksaan pagi.
Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi menandakan
Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris
mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan
di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.
Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan diletakkan di
hadapan ahli-ahli patrol.
Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri
Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.
Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan lalu
memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan:
“Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.”
Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas
menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam barisan
setelah selesai pemeriksaan.
Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran menjalankan
tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang mengucapkan ribuan
terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain, tuan.”
Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang.
Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.
SURAT MENYURAT
Kebenaran Pengetua / Guru Besar
Kebenaran pemilik tanah / tapak perkhemahan
Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
Kebenaran ibu bapa atau penjaga13 Surat- Menyurat
KUATER MASTER
Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua QM iaitu QM Alatan
dan QM Makanan bagi melancarkan pengurusan.
Tugas QM Alatan
Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti
perkhemahan.
Setelah persatuan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi
membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan perkhemahan, satu senarai
peralatan akan disediakan.
Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan
sebarang keciciran.
Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam,
beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini turut
diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa jumlah
alatan yang dipulangkan.
Memberi panduan tentang cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam seperti
parang, kapak, pisau dan cangkul.
Quarter master bertanggungjawab dalam menjaga selain mengendalikan peralatan
yang berada di bawah jagaannya.
Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa
ketapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan
akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksaTugas QM Makanan
Tugas QM Makanan
Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. QM akan
menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari
dan makan malam
Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. QM akan membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan
terhadap makanan tertentu.
Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi untuk
semua peserta seperi beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.
TAJUK 4
ORIENTASI
KURIKULUM
SEKOLAH
RENDAH
PROGRAM UB DI SEKOLAH
RENDAH
Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid
tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit
beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap,
Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang
program unit beruniform Pengakap di sekolah terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:
1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan
Penyelarasan Pengakap.
2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan Pengakap dan
menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan
Kegiatan Pengakap yang terdiri daripada guru-guru penasihat.
4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam
pelaksanaan kegiatan Pengakap pada tahun-tahun sebelumnya
dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan .
5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan Pengakap yang telah dirumuskan.
6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran.
7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-
kemudahan asas .
8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan .
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta
modal bidang kokurikulum.
10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan
kokurikulum sekolah
11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-
guru.
12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan Pengakap.
13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan
program.
14. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
15. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam kegiatan Pengakap di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa
PRINSIP MERANCANG PROGRAM
Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran
yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum
Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti
Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran,
pencapaian, dan kepimpinan
Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat pelajar untuk
Menyediakan peluang dan kesempatan kepada
memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai
Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan
kokurikulum yang dirancang
Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing
dan daya tahan masing-masing
Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum
yang dianjur
GAMBAR UJIAN
AMALI
SEMASA
PERKHEMAHAN
UJIAN AMALI KRAF PERKHEMAHAN
GAJET AMPAIAN
UJIAN AMALI MASAKAN RIMBA
UJIAN AMALI ASAS PERTOLONGAN CEMAS
UJIAN AMALI SIMPULAN DAN IKATAN
UJIAN AMALI KAWAD KAKI