The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL
MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thenadss, 2021-07-30 08:48:03

BUKU LOG PENGAKAP

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL
MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

MPU3062 - KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG
PENGAKAP

NAMA: SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI
NO IC: 010515010064
UNIT: PENGAKAP
KUMPULAN: 3PISMP TESL2
NAMA PENSYARAH: ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL

1.0 PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

1.1 RASIONAL

1) Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah
untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh,
membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi
pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (JERIS). Bagi mencapai
objektif tersebut, para pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk
membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui
sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-
undang Pengakap.

2) Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan
keutamaan disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan
diterima oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin
yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan
berdisiplin.

3) Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training)
dan menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN,
KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk
menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk
warganegara yang berguna dan berdisiplin.

1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN

1. Pergerakan Persatuan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberikan latihan
kepimpinan yang berasaskan prinsip serta undang-undang Pengakap demi mencapai
nilai murni dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama Pengakap serta
Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta
bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

2. Prinsip-prinsip asad dalam berpengakapan adalah berhubungkait dengan asas-asa
dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang
berikut:

a. Pengertian Pengakap

Pengertian Pengakap ditakrifkan sebagai pergerakan sukarela, bebas
daripada sebarang politik agar dapat melatih generasi muda serta terbuka
kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama dan
ini selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasas
pengakap sendiri.

b. Matlamat Pengakap

Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial (JERIS) dalam kalangan generasi muda supaya mereka
berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti pembangunan
masyarakat. Apabila mereka berpeluang di dalam pembangunan masyarakat,
maka ini akan menjadi pemangkin untuk mereka agar menjadi insan yang
bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta masyarakat
antarabangsa.

c. Prinsip-prinsip berpengakap dan ekspresi mereka di dalam perjanjian dan
undang-undang. Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan
Pengakap dan Undang-Undang Pengakap iaitu

• Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan
• Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara
• Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia

serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam

• Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri,
keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.

(i) Undan-Undang Pengakap

Undang-Undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih
setiap anggota pengakap agar patuh kepada peraturan khususnya
pada Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakap. Prinsip-prinsip ini
merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap intisari
yang terkandung didalamya dan tidak boleh diubah-ubah.

(ii) Dasar Keagamaan

Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun
Agama masing-masing

(a) Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama:

• Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama
sahaja kepada ahlinya kerana mereka mestilah
mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing serta
menghormati orang lain yang tidak segama dengannya.

• Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan
mengamalkan satu agama sahaja, maka pemimpin
kumpulan tersebut hendaklah bertanggungjawab dalam
menyediakan tempat sembahyang atau tempat
beribadat untuk mereka menunaikan ibadat.

• Jika timbul sebarang masalah atau isu, pemimpin perlu
menyediakan seorang pegawai yang arif mengenai
rukun agama sebagai pakar rujuk.

(b) Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan:

• Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi
ahli-ahli daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi
tanggungjawab untuk pemimpin agar mengalakkan
mereka membuat ibadat mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing.

• Pemimpin dilarang sama sekali mengadakan satu
sembahyang khas yang meliputi semua ahli dalam

kumpulan kerana ia menyalahi peratauran atau tegahan
dalam rukun agama ahli dalam kumpulan tersebut.
• Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan
mengawasi kumpulan supaya perkara seperti ini tidak
berlaku yang boleh mengakibatkan Persekutuan
dicemuh oleh masyarakat

(c) Kewarnegaraan

• Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela
berkorban untuk mempertahankan maruah diri sendiri,
keluarga, agamanya dan negaranya.

• Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin-pemimpin
untuk memperkuatkan keperibadiannya sebagai
seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan
intelektual.

• Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut
apabila menyampaikan maklumat penting terhadap
komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas
dan tanggungjawab bersama sebagai pembina
perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk.

• Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi
perlembagaan negara agar menjadi seorang
warganegara yang berharmoni serta menjunjung
perintah.

• Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati
kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.

(d) Kaedah atau Cara Berpengakap

(i) Kaedah atau cara berpengakap ialah Sistem
Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri melalui:

(a) Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian
seragam dalam sebuah pasukan

(b) Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan
dalam Persetiaan Pengakap

(c) Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh
cabaran dan daya tahan

(d) Berpeluang menjadi seorang pemimpin yang
bertanggungjawab

(e) Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan
kecil

(f) Belajar dari pengalaman berpengakap

(g) Menyediakan skim anugerah untuk memberikan
galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-
aktiviti sebagai perakuan terhadap kejayaannya.

1.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

1. Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang
tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan
diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam
sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan
sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak
pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan
jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli.

2. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-
undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap
Malaysia

3. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang

4. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi
pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian
tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya yang tersendiri

5. Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang
ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar
Pertubuhan atau ROS

6. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan
perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan.
Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah
ditetapkan oleh PPM

7. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan
adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau
pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk
melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana
perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli
biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan

8. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya
yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM
dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.

9. Jenis Perlembagaan:
a.Ada dua jenis perlembagaan, iaitu:
(i) Perlembagaan bertulis
(ii) Perlembagaan tidak bertulis.
b. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu
kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan
dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan.
c. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang.
d. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang
telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis,
bukannya perlembagaan lisan.

10. Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa
perkara seperti yang berikut:
a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan
b. Matlamat
c. Keahlian
d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya)
e. Kewangan persatuan atau pertubuhan
f. Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan
g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan
h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan
i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.

11. Tujuan atau fungsi perlembagaan:

a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan
bersih.

b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa.

c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan).

d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman,
khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan
yang tepat.

e. Melindungi hak ahli.

f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.

g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.

12. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk
menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di
bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam
PPM.

13. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda,
maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti)
daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri.

14. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk
memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan
terhalang.

15. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras
dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.

1.4 LAMBANG DAN COGAN KATA
• Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia

Bintang pecah lima (berwarna Bintang pecah 14
hijau) menandakan undang- melambangkan “Kesemua
undang Pengakap yang sepuluh negeri-negeri dalam Malaysia”

Ikatan hijau yang mengikat Tiga kelopak melambangkan 3 Persetiaan
kelopak melambangkan Pengakap iaitu
“Persaudaraan Pengakap” - Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
- Menolong orang setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap

Bulan sabit menandakan Lingkaran tali melambangkan
“Agama rasmi negara iaitu “Perpaduan Rakyat Malaysia
Agama Islam”
dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia”

Warna kuning, hijau, merah yang
terdapat pada lambing menandakan unit-
unit pengakap

- Kuning , “Pengakap Kanak-Kanak”

- Hijau, “Pengakap Muda”

- Merah, “Pengakap Remaja”

• Cogan Kata

1.5 BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN

• Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia

• Lirik Lagu Pengakap

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

1.6 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
• Persetiaan Pengakap

• Undang-Undang Pertubuhan Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-
Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-
orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong
orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara
kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa,
pangkat dan agamanya.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi
pekertinya.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan
suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin
Pengakapnya tanpa persoalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa
senyum walaupun semasa kesusahan.

9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.

8.0 LAPORAN PERJUMPAAN

2.1 SEJARAH PENGASAS

Pada 22 Februari 1857, Robert Stephenson Smyth Baden Powell (BP) telah dilahirkan di London,
England. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell, seorang professor di Universiti Oxford. Ibunya,
Henrietta Smyth adalah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. BP mempunyai tujuh
orang adik-beradik. Pada tahun 1860 semasa BP berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia.

Dalam tahun 1870 BP belajar di Sekolah CharterHouse, London. BP bukanlah mempunyai sebarang
kelebihan melainkan beliau periang dan berbakat dalam bidang sukan serta bidang seni.

Pada tahun 1876 semasa berusia 19 tahun, BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan
Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India. Dalam tahun 1883 BP telah dinaikkan pangkat
sebagai Kapten.

Dalam tahun 1887 BP berada di Afrika menyertai peperangan menentang keganasan orang-orang
Zulu serta peperangan dengan orang-orang Ashanti dan Matabele. Penduduk tempatan
menggelarkan BP sebagai IMPEESA (binatang yang tidak pernah tidur).

Pada tahun 1899 semasa beumur 42 tahun, BP dinaikkan pangkat sebagai Kolonel hasil dari
kecekalan hati, kepintaran mengakap dan kebolehan luarbiasa dalam kerja mengesan.

Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari) menyebabkan Mafeking
diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat
England berasa amat cemas.
Dalam tahun 1899 juga telah berlakunya huruhara di Afrika Selatan. BP telah diperintah untuk
menubuhkan 2 batalion pasukan tentera berkuda dan pergi ke Mafeking, sebuah Bandar penting di
tengah-tengah Afrika Selatan.

Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari) menyebabkan Mafeking
diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat
England berasa amat cemas.

Namun setelah berita Mafeking telah diselamatkan, BP menjadi pujaan seluruh rakyat England dan
telah dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral.

Pada tahun 1901, BP pulang ke England dari Afrika Selatan sebagai hero yang dipuja dan
dimuliakan oleh seluruh rakyat England, terutamanya budak-budak. Beliau juga mendapati buku
karangannya AIDS FOR SCOUTING turut diminati malah dijadikan subjek pelajaran di sekolah.

BP melihat peluang ini untuk berbakti kepada negaranya dengan lebih lanjut lagi lalu mengarang
sebuah buku khas untuk budak-budak dengas mengumpulkan pengalaman-pengalaman beliau di
India dan Afrika.

Bertitik tolak dari buku khas untuk budak-budak ini, semasa berusia 50 tahun, BP membawa
sekumpulan budak lelaki seramai 20 orang ke Pulau Brownsea di Selat Inggeris pada mada musim
panas tahun 1907 yang merupakan PERKHEMAHAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP PERTAMA DI DUNIA
Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada awal tahun 1908, BP telah menerbitkan
sebuah buku bernama Scouting For Boys. Diterbitkan setiap 2 minggu sebanyak 6 keluaran, ia
mengandungi panduan melatih budak-budak menjadi Pengakap.

Buku Scouting For Boys telah dijadikan panduan untuk semua Pengakap dunia dan telah
mengasaskan SUATU PERGERAKAN yang menyatukan budak-budak seluruh dunia kecuali negara-
negara komunis.

Pada tahun 1910, pergerakan ini berkembang begitu pesat sehingga memaksa BP yang berjawatan
sebagai Leftenan Jeneral ketika itu mengambil keputusan untuk berhenti dari pasukan tentera dan
menumpukan sepenuh perhatian kepada Pengakap.

Peperangan Dunia Pertama tahun 1914 telah menyebabkan kegiatan Pengakap tergendala
sementara. Namun pada tahun 1920 ahli ahli Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di
London dalam perkumpulan Pengakap antarabangsa yang pertama kali diadakan iaitu JAMBORI
PENGKAP SEDUNIA PERTAMA!

Pada malam akhir Jambori tersebut iaitu pada 6 Ogos 1920, BP telah diisytiharkan sebagai
PENGAKAP AGUNG DUNIA dan disambut dengan tepuk sorak gembira seluruh Pengakap yang hadir.

Pada tahun 1921, BP telah dianugerahkan darjah kebesaran oleh Kerajaan England dengan gelaran
LORD BADEN POWELL of GILWELL tetapi bagi budak Pengakap seluruh dunia, beliap tetap BP yang
agung.

Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kehilangan besar kepada semua orang khususnya ahli
Pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh
kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

2.2 SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910
( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang
pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu,
pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler
dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan
yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School
pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun
lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah.
Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di
Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan
Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan
di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan
Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan
Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913
Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915
Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri
Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927
Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap
Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama
kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

2.3 TUJUAN PENUBUHAN

1. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang
berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan
mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit,
agama dan kebudayaan.

2. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan
individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap
masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa.

3. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap
individu:
• Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan.
• Menghormati diri sendiri dan orang lain.
• Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana
kehidupan bermasyarakat.
• Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat
terhadap harta dan pemilikan.
• Beriman serta beramal soleh.
• Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.

2.4 ISTIADAT PENGAKAP

Mengikut definisi Kamus Dewan, istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini
sinonim dengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi
tradisi dan digunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari
segi susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau
mengurangkannya akan hanya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap.

Terdapat banyak istiadat-istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis diantaranya ialah;

1. Hormat Pengakap
2. Isyarat Pengakap
3. Istiadat Perbarisan
4. Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap
5. Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian)
6. Istiadat Melantik Pengakap Baru
7. Istiadat Bendera

i. Cara Melipat
ii. Pengibaran Bendera
iii. Nyanyian Lagu Negaraku/Negeri
iv. Doa
v. Taklimat
8. Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-Kanak)
9. Istiadat Membawa Bendera
10. Istiadat Berpindah Naik/Istiadat Meningkat
i. Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda
ii. Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja
iii. Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana
11. Istiadat Pengakap Kelana

i. Istiadat pembukaan
ii. Istiadat penutupan
iii. Istiadat perlantikan
iv. Istiadat penyampaian
v. Istiadat perpisahan
12. Istiadat penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap)
13. Istiadat penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap)
14. Istiadat penyampaian Manikayu

15. Istiadat atau peraturan perkhemahan
16. Istiadat pemeriksaan pagi
17. Istiadat malam kebudayaan
18. Isyarat Tangan
19. Panggilan Wisel
20. Kawad Tongkat
21. Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya.

▪ ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke
tiang bendera.
2. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua
Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera.
3. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan ‘Bendera’.
Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang
bendera, berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik
tali bendera dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan
memberi hormat kepada bendera – semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap
menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas
menjatuhkan tangannya. Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan.
4. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas
akan memberi arahan ‘Menyanyikan Lagu Negaraku’. Semua pemimpin dan
ahli-ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama.
5. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan
‘Doa’. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan
arahan ‘Ap’ dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam
berdoa mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala.
Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan ‘Ap’ untuk
menurunkan tangan.
6. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan
menjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan
ucapan / taklimat / teguran dan sebagainya.
7. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan,
Pemimpin bertugas akan memberikan arahan ‘Keluar Baris’. Istiadat
mengibarkan bendera tamat.

▪ ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA
1. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi
menyempurnakan istiadat ini.
2. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan
seorang lagi bersedia dengan wisel.
3. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri
sedia.
4. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak
menjejak ke bumi.
5. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang
menandakan istiadat menurunkan bendera tamat.
6. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan
menyerahkannya kepada pemimpin / urusetia.

3.0 STRUKTUR DAN
ORGANISASI PERTUBUHAN

3.1 STRUKTUR ORGANISASI DAERAH
3.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

3.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM)

Penaung
Encik Romai Noor Bin Rabbu

Ketua Jabatan HEP
Puan Sabariah Binti Ismail

Penyelaras
Puan Nora Binti Ludin

Penasihat
1. Tn.Haji Rohaizad Bin Agil
2. Dr.Abdul Hadi Bin Kudin
3. Dr.Mohd Asri Bin Abdul Aziz

4. Zolkeple Bin Ibrahim
5. Pn Nora Binti Ludin
6 Pn.Faridah Mohamad Saad
7. Zamri Bin Ibrahim
8. En.Firdaus Effendi Bin Zakaria
9. En.Shamsharizal Bin Abd.Aziz
10.En.Awang Abdullah Bin Yaakob

Pengerusi Naib Pengerusi
Chong Hau Neng Kok Suet Teng

Setiausaha Naib Setiausaha
Calvin Liaw Kar Sheng Muhammad Izzan Bin Md Koari

Bendahari Naib Bendahari
Yeoh Yan Han Mohammad Naim Shauqi Bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa
1. Eun Yin Hooi

2. Suhaiza Binti Zulkifli
3.Cici Athilah Uzma Binti Mohammad Asri

4. Khayrina Syakira Binti Mohaimey
5. Chin Chi En

6. Voon Pik Yung

3.4 FUNGSI MAJLIS TADBIR

Menjalin hubungan Memperkasa dan Menjadi salah satu
dan kerjasama memartabatkan institusi yang
profesionalisme ahli menggerak,
dengan badan dan di dalam bidang
pertubuhan lain masing-masing dan mengeratkan dan
yang mempunyai seterusnya menjadi mengukuhkan
matlamat dan contoh/rujukan
kepentingan yang kepada semua pihak hubungan muhibah,
kebajikan,
serupa . Matlamat kerjasama,
Majlis
Tadbir persefahaman dan
kesejahteraan
IMenjadi saluran rasmi
kepada ahli untuk bekerja sesama ahli.

bertemu dan berbincang
sesama ahli serta dengan
pihak pengurusan yang

berkaitan bagi tujuan
memartabatkan

kepentingan kedua-dua
pihak di dalam aspek
perkhidmatan,
perjawatan, kebajikan
serta profesionlisme
kerjaya ahli dan
organisasi.

JAWATAN TUGAS
Pengerusi 1. Bertanggungjawabn terhadap semua

Naib Pengerusi hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan
kegiatan persatuan.
2. Bertanggungjawab mempengerusikan
semua Mesyuarat Jawatankuasa
Persatuan.
3. Menandatangani minit tiap-tiap
mesyuarat semasa disahkan.
4. Bertanggungjawab menyediakan
tugas-tugas dan menyelia AJK
Persatuan dalam perlaksanaan tugas
mereka.
5. Menentukan akaun Persatuan
disediakan untuk diaudit, diluluskan
dan dikemukakan ke Cawangan.
6. Bertanggungjawab di dalam
memastikan belanjawan dan
perancangan belanjawan persatuan
tersusun rapi

1. Bertanggungjawab menjalankan tugas
Pengerusi semasa ketiadaannya.

2. Mengambil alih jawatan Pengerusi
apabila Pengerusi meletakkan jawatan
sehingga Pengerusi baru dilantik.

3. Bertanggungjawab terhadap kegiatan
pentadbiran dan kewangan persatuan.

4. Bertanggungjawab membantu
Pengerusi menyelia tugas AJK
Persatuan.

Setiausaha 1. Bertanggungjawab terhadap
Penolong Setiausaha Setiausaha Cawangan dan menjadi
Bendahari Pegawai Penyelaras dan Perhubungan
untuk Cabang dan Unit.

2. Membantu Jawatankuasa Persatuan
dalam memelihara perhubungan
dengan Badan-badan Kerajaan,
Swasta dan Pertubuhan lain.

3. Bertanggungjawab memberi bantuan
sekretariat dan susulan untuk
Jawatankuasa Persatuan terutama
kepada Pengerusi dan Naib
Pengerusi.

1. Membantu Setiausaha menjalankan
segala tugas dan tanggungjawabnya.

2. Berkerjasama dengan Setiausaha.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang

diarahkan dari masa ke masa.
4. Bekerjasama dengan Bendahari

Kehormat dalam menyediakan
Peruntukan Tahunan dan Penyata
Kewangan.
5. Menjadi Pegawai Pentadbiran
peringkat persatuan termasuk
bertanggungjawab mengenai semua
dokumen, buku, rekod, pendaftaran
dan insuran kepunyaan persatuan.

1. Bertanggungjawab terhadap
Bendahari Cawangan dan akan
bertanggungjawab menyimpan rekod
akaun, menyediakan Penyata
Penerimaan dan Pembayaran,
Pendapatan dan Perbelanjaan dan
Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.

2. Bertanggungjawab mengenai
penerimaan dan pembayaran di
persatuan dan Unit.

3. Menandatangani semua cek yang
dikeluarkan bersama pegawai yang
dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan.

4. Bertanggungjawab menyediakan
Belanjawan Tahunan untuk
dikemukakan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan dan memajukan
ke persatuan.

5. Menasihati Jawatankuasa Persatuan
dalam pengawasan kewangan dan
audit.

6. Bertanggungjawab menyimpan dan
merekod segala harta persatuan
seperti tanah, bangunan, kenderaan,
peralatan, perkakasan pejabat dan lain-
lain.

3.5 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN



4.0 KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN

4.1 PENGENALAN….

Kraf perkhemahan membawa erti kerja-kerja tangan yang diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan.Selain itu,pembuatan gajet-gajet daripada bahan-bahan yang terdapat
disekeliling kawasan perkhemahan tanpa merosakkan alam sekitar.

Matlamat kraf perkhemahan

1. Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.
2. Menguji kebolehan dan keupayaan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti.
3. Menanamkan semangat kerjasama dalam sesuatu kumpulan.
4. Menimbulkan minat dan keseronokkan terhadap aktiviti luar.
5. Meluaskan daya kreativiti seseorang.
6. Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar

Back-packing

• Senarai alatan yg perlu dibawa adalah seperti pakaian sukan,pakaian solat,alatan
mandi,ubat-ubatan seperti panadol,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.

• Lampu suluh,mancis pisau lipat serbaguna serat sleeping bag juga antara brg yg
pentibg semasa perkhemahan.

Penyediaan makanan

• Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan
berbanding dengan makanan yang lain.

• Buah-buahan,kekacang,makanan bertin seperti sardin dan pes ikan bilis juga amat
sesuai kerana senang dimasak.

• Makanan yg dibawa perlulah seimbang dari segi khasiatnya kerana aktiviti luar
sebegini memerlukan byk tenaga.

Faktor pemilihan tapak perkhemahan:

ANGIN

• Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung dari angin kencang.Elakkan mendirikan
khemah di kawasan terbuka.

KECERUNAN

• Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan di tebing bukit untuk
menggelakkan kejadian tanah runtuh.

PUNCA AIR

• Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih.
• Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

BENTUK MUKA BUMI

• Pastikan permukaan tanah adalah rata kerana ianya akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung atau menjadi laluan air ketika hujan turun.

Kraf perkhemahan berkumpulan

• Perkhemahan statik berkumpulan adalah khemah-khemah didirikan di tapakyang
ditetapkan untuk beberapa waktu secara baramai-ramai. Contohnya camping semasa
mengikuti sesuatu kursus di tempat yang sama yang telah ditentukan penganjur kursus
terlebih dahulu.

• Setiap perkhemahan berkumpulan, ahli-ahli kumpulan hendaklah melantik/memilih
seorang Ketua Perkhemahan. Dan Ketua Perkhemahan yang dipilih tadi hendaklah
membahagikan ahli-ahli tadi kepada beberapa kumpulan kecil dan seterusnya setiap
kumpulan kecil tadi melantik seorang Ketua kumpulan

Aspek keselamatan

• Ketua Perkhemahan mesti kenal pasti tapak berada di dalam keadaan persekitaran
yang selamat daripada ancaman binatang atau pun ancaman semula jadi contohnya
banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang atau dahan runtuh. Lokasi pertemuan selepas
waktu kecemasan juga hendaklah ditetapkan oleh Ketua Perkhemahan.

• Ketua Perkhemahan akan berbincang dengan semua Ketua Kumpulan untuk memilih
dan merancang Jadual Kawalan Malam. Kawalan Malam/Sentri perlu dilakukan bagi

memantau dan menjaga keselamatan anggota perkhemahan dan juga harta yang ada.
Kawalan biasanya dilakukan sekurang-kurang oleh dua orang pada setiap masa/sesi.

Lokasi perkhemahan

• Pemilihan tapak yang bersesuaian adalah faktor penting sebelum mendirikan sesuatu khemah.
• Bertujuan memberikan keselesaan kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan serta

memastikan keselematan dan kelancaran aktiviti yang akan dilakukan cahaya

• Seboleh-bolehnya dirikan khemah di kawasan yang teduh dan juga tidak menerima sinaran

cahaya matahari yang terus.

BENTUK MUKA BUMI

• Pastikan permukaan tanah adalah rata,tidak berbatu dan juga tidak menjadi laluan air
hujan ketika mengalir halangan semulajadi

• Pastikan tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering,
permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah
dielakkan. Selain itu juga elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah
dalam selekoh sungai.

4.2 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

Alatan dalam kraf perkhemahan

• Khemah
• Flysheet
• Kanvas Tali kermental dan tali rafia
• Ground sheet dan pole

Cara mendirikan khemah

• Bentangkan hamparan (Ground sheet)
• Pasang dan sambungkan tiang dan pancang dengan betul
• Ketuk pancang dikeempat -empat penjuruBentangkan pelindung (flysheet)
• Ikat tali khemah kepada pancang dikeempat-empat penjuru untuk mengukuhkanya.

LANGKAH-LANGKAH KESELEMATAN PERKHEMAHAN

• Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
• Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah(khemah moden)
• Digalakkan makan dan minum diluar khemah bagi mengelakkan serangga dan

binatang memasuki khemah.
• Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
• Pastikan khemah yang dipasang adalah selamat dan kukuh.

PENJAGAAN KHEMAH

• Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
• Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
• Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi

bahan kimia.
• Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman

haiwanperosak dan ditempat yang kering.
• Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap

sebelum disimpan.

4.3 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANYA

Gajet kawasan pintu.
Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gajet kawasan tempat basuhan.
Gajet kawasan tempat tinggal.
Gajet kawasan pengeringan.
Lain-lain gajet.

• GAJET KAWASAN PINTU

Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan
perkhemahan iaitu:

▪ Bahagian pintu hadapan
▪ Bahagian pagar
Variasi-Variasi
Bahagian pintu hadapan
▪ Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
▪ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
▪ Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

• GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR

▪ Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan
di dapur seperti:

▪ Rak pinggan mangkuk
▪ Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
▪ Meja makan
▪ Penyangkut cawan / gelas.
▪ Rak menyimpan kayu api / tong gas.
▪ Gejet gerobok (camp larder).
▪ Gejet lubang basah dan kering.

BOWL STAND HOOK

COCK SHELTER

MUG TREE

• GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH

▪ Gajet tempat meletak besen air.
▪ Gajet mengantung tuala mandi.
▪ Gajet kawasan tempat basuhan.

• TEMPAT MEMBUANG SAMPAH

• GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

▪ Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik,
disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan
perkhemahan.

▪ Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan
seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet
katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu,
tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

4.4 IKHTIAR HIDUP

• IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya
menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu
berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan
seterusnya berlaku.

5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup

1. Api

Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat
kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap
mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai
pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan,
satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun
api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun
api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah
malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah
pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara
membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun
api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba
dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan
dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding
tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

2. Perlindungan

Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang
berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan
suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama,
pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan
kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan
yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan
membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi
telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat
perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai.
Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET"
ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat
perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung
(squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.

3. Isyarat

Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain
untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah,
bendera,cermin dan wisel boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan
unggun api yang membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam
kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran.
Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau
orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan
"EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian
mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan
organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah
siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S
daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh
membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat
menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk
memerhati.

4. Makanan Dan Air
Makanan dan air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal

perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu
digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin.
Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan
tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt.
peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah makanan dengan
mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih
sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein,
bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada setiap masa,
untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih
tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis
air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar
daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru
hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-
mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air
hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya
di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
5. Pertolongan Cemas.

Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga
merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan
lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri
sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan
(rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau
terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah
petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat
catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang
kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya
memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi.
Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih
"muatan", bawa hanya barang yangdifikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga
atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri
supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in
english)dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "spaceblanket".

• ASAS MASAKAN HUTAN

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap.
Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk
membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer
menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru
dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan
hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan
seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan.

• Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. Melindungi tiupan angina
2. Mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. Kekemasan dapur bawah (tanah)
4. Lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. Mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh

• Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. Alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. Boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. Perlukan sebuah kanta
4. Gunakan habuk halus (buluh diraut halus) atau kapas sebagai bahan bantu mula
5. Kelemahannya, mengambil masa yang lama amat menguji kesabaran ahli pengakap

4.5 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.

3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN & PERSEDIAAN
1. Kebenaran

• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. Persediaan Alatan
o Titik kawalan (control point)
1. Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
2. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia
yang jelas.
3. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.

o Penanda Kawalan
1. Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
2. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan
putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan
10m).
3. Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang
unik.

o Kad Kawalan
1. Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahaN.
2. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti.
3. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.

o Peta utama
1. Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
2. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

o Keterangan Kawalan
1. Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
2. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’
tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.

o Landasan
1. Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan
ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis
diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
2. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. Titik kawalan dengan tanda
bulatan. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. ‘Leg’ adalah
perjalanan diantara 2 titik kawalan.

o KOMPAS
1. Untuk menentukan arah.
2. Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju
di dalam hutan.
3. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah
yang tepat.

o Peta topografi
1. Peta topografi dengan garisan kontur

Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan
koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta
topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat
menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan
sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta
rupa bumi.

2. Mengesan tanda dan simbol

Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dsb. Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

3. Laporan Pengembaraan

Disediakan oleh setiausaha aktiviti.

Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang
bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah
untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya anda memerlukanbantuan. Bukan itu
sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci
mengenai keadaan kawasan tersebut.

Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran
kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan
ahli. Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.

4.6 MASAKAN RIMBA

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.

Cara Membuat :

• Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam.
• Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan.
• Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh.
• Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit

dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting.
• Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika

ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang
sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan
sempurna.
• Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang.
• Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang
berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah
untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

4.7 MEMBUAT PERANGKAP

1. JARING

Jaring diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu.
Besar dan lebarnya bergantung kepada kegunaannya. Ia boleh digunakan sebagai
alat untuk memerangkap ikan atau haiwan seperti burung dan kelawar. Selain daripda
itu, jaring yang dipasang dikawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok
tinggi untuk memerangkap burung wak-wak. Satu alat yang dibuat daripada buluh
dengan tebukan lubang tertentu dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi
mengeluarkan bunyi apabila ditiup yang dikenali pendekut.

Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik
pokok dan meniup pendekut. Ia lazimnya dilakukan pada waktu malam. Pemburu
burung wak-wak akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti wakwak.
Burung wak-wak yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana
terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut.

4.8 MEMBACA KOMPAS

• Cara Membaca Kompas

Kompas adalah alat untuk menentukan arah mata angin. Bahagian-bahagian
kompas yang penting antara lain:

1. Dial, iaitu permukaan di mana tertera nombor dan huruf seperti padapermukaan
jam.

2. Visir, iaitu pembidik sasaran
3. Kaca Pembesar, untuk pembacaan pada angka
4. Jarum penunjuk
5. Tutup dial dengan dua garis bersudut 45
6. Alat penggantung, dapat juga digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk

menopang kompas pada saat membidik.


Click to View FlipBook Version