The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL
MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thenadss, 2021-07-30 08:48:03

BUKU LOG PENGAKAP

TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL
MPU3062- KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

Angka-angka yang ada di kompas dan istilahnya

North = Utara = 0

North East = Timur Laut = 45

East = Timur = 90

South East = Tenggara = 135

South = Selatan = 180

South West = Barat Daya = 225

West = Barat = 270

North West = Barat Laut = 325

Cara Menggunakan Kompas

1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata. setelah jarum kompas tidak
bergerak lagi, maka jarum tersebut menunjuk ke arah utara magnet.

2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar. Miringkan sedikit letak kaca
pembesar, kira-kira 50 di mana berfungsi untuk membidik ke arah Visir dan mengintai
angka pada dial.

3. Apabila Visir diragukan karena kurang jelas dilihat dari kaca pembesar, luruskan
saja garis yang terdapat pada tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik
agar mudah dilihat melalui kaca pembesar

4.9 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL



5.0 SIMPULAN DAN IKATAN

5.1 PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja

menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamat adalah satu perkara
yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses
penyelamat sahaja tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak
tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam perkhemahan, survivor
camp dan lain-lain

5.2 SIMPULAN ASAS

Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah :

a) Simpulan Buku Sila
b) Simpulan Bunga Geti
c) Simpulan Tindih Kasih
d) Simpulan Simpul Manuk
e) Simpulan Balak
f) Simpulan Belit

• SIMPULAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.

Fungsinya ialah:

• Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

• SIMPULAN BUNGA GETI
Simpulan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi:

▪ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
▪ Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik
1. Mulakan simpul.
2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

• SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut
atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh
digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang
terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi:
1. Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
2. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik:
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.

• Simpulan Belit / Lilit Dua Simpul
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali
khemah pada pasaknya.

• Simpulan Balak
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar
supaya tidak licin.

Seterusnya terdapat tiga jenis ikatan yang digunakan di dalam Pengakap.
Antaranya ialah:

1. Ikatan Seraya
2. Ikatan Serong
3. Ikatan Lilit Kacang

• Ikatan Seraya
Fungsi :
1. Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan
sudut tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

• Ikatan Serong
Fungsi :
1. Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
2. Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan
pioneering.
Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

• Ikatan Lilit Kacang
Fungsi :
1. Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai
sesuatu gajet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga
selesai.

6.0 ASAS KAWAD KAKI

6.1 BAHASA HUKUMAN

Kawad dalam erti kata sebenarnya ialahperbarisan oleh anggota pasukan/pakaian seragam,
terutamanya yang melibatkan pergerakan kaki, tangandan badan serentak yang di lakukan
di padang kawad.

Tujuan kawad:

1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dantaat setia (menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)

2. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan
3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib dalam

pasukan,asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan
kepadakawad yang diperbaiki berkali-kali
• Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan
serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua
perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan
pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam
asas perbarisan.

• Bahasa Hukuman

1.Sedia

Sedia Skuad/Baris/Kontijen Skuad/Baris/Kontijen…………Sedia

2.Senang Diri
Skuad/Baris/Kontijen Skuad/Baris/Kontijen………….Senang Diri

3.Gerakkan Skuad Ke Kanan
Bergerak Ke Kanan Bertiga2/Berturut2…Ke Kanan…. Pusing

4.Gerakkan Skuad Ke Kiri
Bergerak Ke Kiri Bertiga2/Berturut …Ke Kiri.....Pusing
5.Berjalan
Berjalan Dari Kiri @ Kanan(Tengok Kanan(Tengok Tangan Anggota
Anggota) ……..Cepat Jalan

6.Berhenti
Berhenti Semasa Cepat Jalan Skuad/Baris/Kontijen
Skuad/Baris/Kontijen……….Henti(Atas Henti(Atas Kaki Kiri)

7.Menghadap
Menghadap Ke Hadapan Hadapan Skuad/Baris/Kontijen
Skuad/Baris/Kontijen…Akan Menghadap Menghadap Ke Hadapan
Hadapan…..Ke Belakang…… Pusing

8.Menghadap
.Menghadap Ke Belakang Belakang Skuad/Baris/Kontijen
Skuad/Baris/Kontijen…Akan Menghadap Menghadap Ke Belakang
Belakang…..Ke Belakang…… Pusing

9.Ke Belakang
Belakang Pusing(Cepat Pusing(Cepat Jalan)
Bergerak
Bergerak Ke Kanan @ Kiri Bertiga2…..Ke Belakang
Belakang…………Pusing(Atas Pusing(Atas Kaki Kanan).Ke Kanan).Ke
Kanan @ Kiri Hendaklah Hendaklah Lihat Tangan Anggota Anggota
Yang Menghadap Menghadap Ke Hadap
10. ke kanan lurus
baris/skuad/kontinjen .. ke kanan lurus

6.2 KAWAD STATIK DAN DINAMIK
KAWAD STATIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa
hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.

3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa
hukuman Ke kanan...pusing.

4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.

5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan
barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan
statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.

6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan
dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang
depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.

KAWAD DINAMIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.

3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah
kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui
pada laluan ini.

4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut-turut
selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan
tukar langkah yang ketiga.

5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah
kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui
pada laluan ini.

6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat.
Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun
mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman
Pandang...depan.

7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan
tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-
tiga...belakang pusing.

8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk
berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.

9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing.

10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan
mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama keseluruhan platun

menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari
tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di
hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat
kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke
hadapan...hormat ( perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3
kiraan / saat sahaja ).

6.3 KAWAD FORMASI

• Juga dikenali sebagai kawad persembahan
• Melibatkan asas-asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa

bentuk formasi supaya lebih menarik

ATURCARA PERGERAKAN KAWAD

A. SEBELUM MASUK PADANG

1. Dari kanan cepat jalan
2. Skuad henti
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
4. Buka barisan gerak
5. Ke kanan lurus / pandang hadapan

B. MELAPOR

1. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
2. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke belakang pusing
4. Empat Langkah ke kiri, gerak
5. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
6. Dari kiri cepat jalan
7. Hormat, hormat ke hadapan hormat
8. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
9. Hentak kaki
10. Maju
11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
12. Skuad henti
13. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing

14. Ke kanan lurus
15. Pandang hadapan
16. Melapor.

7.0 ASAS PERTOLONGAN
CEMAS

7.1 TUJUAN DAN PRINSIP

Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan
kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang
oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas
atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-
bahan yang ada pada masa itu.

Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah
mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang
yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan
dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika
pendidikan luar dijalankan.

• MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamat nyawa
2. Mengurangkan atau melegakan kesakitan
3. mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

• PERALATAN KOTAK PERTOLONGAN CEMAS

• PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

❖ Menyelamatkan nyawa
- Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan
- Setiap saat adalah penting
Berhentikan pendarahan

❖ Mengurangkan atau melegakan kesakitan
- Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang
masih segar
- Jangan tinggalkan pesakit berseorangan
- Pastikan keadaan periksa, periksa denyutan nadi dan
pernafasan

❖ Mengelakkan keadaan daripada merebak dan
menjadi lebih teruk

- Mengurangkan pergerakan. Lakukan rawatan
yang diketahui sahaja
- Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran
alam semula jadi

7.2 ANDUH DAN BALUTAN, MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
1. Kain Anduh Segi Tiga
- Sesuai dibuat dari kain jenis belacu
- Berukuran 90cm x 90cm x 130cm
- Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer
2. Jenis Anduh
- Anduh Besar

- Anduh Kecil

- Anduh Pergelangan Tangan

- Anduh Menaik
3. Jenis Kain Pembalut
4. JENIS BALUTAN LUKA

• Balutan Luka Tangan
• Balutan Luka Dada
• Balutan Luka Bahu

• Balutan Luka Siku

• MERAWAT LUKA DAN GIGITAN

JENIS-JENIS LUKA

LEBAM TERHIRIS TERTIKAM

LECET TERKOYAK

• Merawat luka yang besar 2. Naikkan anggota
yang tercedera jika
1. Kawal pendarahan tiada tulang yg patah
dgn meletak satu
penutup bersih dia
atas luka

3. Balutkan pembalut 4. Kenakan tekanan
dengan selesa di atas ke atas arteri jika
pendarahan tidak
bebat terhenti

5. Dapatkan bantuan 6. Segera basuh
perubatan tangan selepas
selesai bagi rawatan

• Merawat Gigitan

1. Simptom/tanda awal
- Sepasang lubang bekas patukkan
- Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk
- Bengkak dan merah di sekeliling patukkan
- Kemungkinan terhenti pernafasan
- Berpeluh dan penglihatan berpinar-pinar

2. Bahaya Patukkan Ular
- Patukan ular berbisa bergantung kepada sepsis, kedudukan dan kedalam
patukkan
- Boleh membawa kepada maut
- Mangsa rasa terkejut dan cemas

3. Rawatan
- Cuci dan balut bahagian yang dipatuk
- Beri tuaman/ demahan sejuk dan sekitan tempat yang dipatuk
- Kurangkan pergerakan mangsa
- Bawa ke hospital dengan segera

7.3 MELECUR, PITAM, PATAH, KERACUNAN DAN TERSELIUH

▪ Melecur (terbakar)

Terbakar: satu jenis kecederaan tisu lembut yang spesifik

Punca:
❖ Haba
❖ Bahan Kimia
❖ Arus Elektrik
❖ Radioaktif sinaran matahari

1. Cara merawat
- Melegakan luka terbakar di aliran air
- Tutup luka terbakar dengan penutup yang bersih dan kering seperti bebat dan
steril
- Pastikan mangsa selesa (tidak kesejukan/kepanasan)
- Meleyakkan ais secara langsung pada luka terbakar
- Menyentuh luka terbakar kecuali menggunakan kain bersih
- Menanggalkan helaian kain yang terletak pada luka terbakar
- Membersihkan luka terbakar yang serius
- Pecahkan lepuh-lepuh
- Meletakkan ubat sapu pada luka yang serius

• Pitam
Kategori: Jatuh sakit secara tiba-tiba

1. Rawatan Umum
- Baringkan mangsa di atas lantai secara terlentang

- Naikkan kaki mangsa 8-12 inci ke atas (sekira tiada kecederaan kepala atau
belakang badan)
- Longgarkan sebarang pakaian yang ketat seperti tali leher atau kolar
- Periksa untuk pastikan mangsa masih bernafas
- Jangan berikan sebarang makanan atau minuman kepada mangsa

• Patah
Empat jenis kecederaan iaitu patah tulang, terkehel, terseliuh dan kejang
otot
Punca:
❖ Terjatuh
❖ Hentakan
❖ Salah pergerakkan

1. Rawatan Kecederaan Patah
- Posisikan mangsa dalam kedudukan berehat untuk memudahkan pernafasan
- Anduhkan lengan mangsa ke dada pada bahagian yang tercedera (membantu
menyokong kawasan yang tercedera dan bantu pernafasan)
- Gunakan objek seperti bantal untuk menyokong dan menahan kawasan
tercedera daripada bergerak
- Jika kecederaan serius, baringkan mangsa secara terlentang

• Keracunan
Sesuatu bahan apabila masuk ke dalam badan dengan cara-cara tertentu
boleh membawa kecederaan kepada tisu badan dan merosakkan tubuh
badan
Jenis:
❖ Pepejal ; racun, tikus, ubat-ubatan
❖ Gas ; karbon monoksida, ammonia, nitrogen dioksida
❖ Cecair ; bahan peluntur, cuka getah, asid asetik

1. Bantuan Am
- Kenal pasti jenis racun
- Jika mangsa tak sedarkan diri dan tidak bernafas serta tiada denyutan nadi,
lakukan CPR

- Rawatan renjatan
- Uruskan mangsa ke hospital dengan segera bersama sampel racun,
sekiranya ada
• Terseliuh

Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut

1. Rawatan Buku Lali yang terseliuh
- Sokong buku lali dalam kedudukan yang selesa
- Tuam kecederaan untuk mengurangkan bengkak dengan menggunakan ais
- Lapik buku lali dengan lapisan yang tebal dan kemudian balut dengan kemas
- Angkat dan sokong anggota kaki yang tercedera
- Nasihatkan mangsa supaya jangan menggerakkan buku lali dan dapatkan
rawatan doctor jika sakit melarat

7.4 PEMULIHAN PERNAFASAN

Rawatan Umum:

1. Periksa nadi mangsa
2. Sekiranya mangsa muntah, baringkan pada sisi badan mangsa dan bersihkan

mulut dan kerongkong
3. Jika mangsa berhenti nafas, baringkan mangsa pada belakang badannya dan

lakukan pemulihan pernafasan

8.0 LAPORAN PERJUMPAAN

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 1

NAMA : SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI
UNIT : PENGAKAP
TARIKH : 24/ 6/ 2021
TEMPOH : 3 JAM

PERKARA AKTIVITI CATATAN

1.0 Kuliah Minggu Ini Mempelajari pengenalan, ⚫ Merujuk nota da bahan
(Segerak melalui
Google Meet) konsep, sejarah dan yang disediakan oleh

kepentingan unit beruniform: pensyarah di Google

1. PENGAKAP Classroom (GC) serta

2. KRS mencari rujukan

3. PPIM tambahan di internet.

4. PBSM

5. PANDU PUTERI

2.0 Latihan Nyanyian Lagu Pengetahuan baru ⚫ Pensyarah sudah

UB mengenai lagu rasmi memuatnaik lagu rasmi

“Pengakap”. persatuan di GC.

1. Latihan nyanyian secara ⚫ Pensyarah dan pelajar

kendiri. menyanyikan beberapa

2. Nyanyian lagu rasmi lagu UB bersama-

sebelum kelas bermula. sama.

3.0 Lampiran

Disediakan oleh Disahkan oleh
Nadhirah (ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL)
(SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI)

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 2

NAMA: SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI

UNIT:PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA

TARIKH: 01/07/2021 MASA: 8 AM – 11 AM (3 JAM)

PERKARA AKTIVITI CATATAN
1.0 Aktiviti perjumpaan 1. Laung Agung
2. Nyanyian lagu negaraku Nyanyian dilaksanakan di
3. Nyanyian lagu pengakap atas talian (Google meet)
4. Istiadat Agung Pengakap

2.0 Kuliah Minggu Ini A) Pengurusan dan Pentadbiran ● Merujuk nota dan bahan
(segerak) yang disediakan oleh
● Pendaftaran ahli dan kumpulan pensyarah di GC &
Topik 2: ● Kuasa Penganjur mencari rujukan
a) PENGURUSAN ● Struktur unit tambahan di Internet
● Pengurusan folio/Buku
PENTADBIRAN ● Nyanyian dilaksanakan di
b) KEMAHIRAN Log/Laporan aktiviti atas talian (Google meet)
● Tanggungjawab pemimpin
PERKHEMAHAN ● Pakaian seragam ahli dan

pemimpin
● Takwim dan rancangan aktiviti

B) Kemahiran Perkhemahan

Kraf Perkhemahan

● Pengurusan dan pengajaran
● Tujuan dan faedah membuat

gajet
● Jenis gajet dan kegunaannya

Ikhtiar Hidup

● Masakan solar/rimba/kelompok
● Membuat perangkap

Kebudayaan

● Nyanyian/Lagu Perkhemahan
● Permainan
● Malam Kebudayaan

3.0 Taklimat Kerja Kursus 1. Semua pelajar PISMP ambilan Taklimat dilaksanakan melalui
Jun 2020 menghadiri taklimat platform Google Meet.
kerja kursus MPU 3062
Kokurikulum - Unit Beruniform
pada tarikh 1 Julai 2021.

2. Taklimat disampaikan oleh Encik
Rohaizad bin Agil.

Disediakan oleh Disahkan oleh
Nadhirah (ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL)
(SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI)

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 3

NAMA: SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI
UNIT: PENGAKAP
Topik 3.0: Kemahiran Perkhemahan
Tarikh: 8 Julai 2021

PERKARA AKTIVITI CATATAN

1.0 Kuliah Minggu Ini 1. Antara simpulan yang ● Penjelasan yang amat
dipelajari di dalam jelas oleh pensyarah
Topik 1.0: perjumpaan ini ialah:
Simpulan ● Berlaku interaksi dua
- Simpul manuk hala (sesi soal jawab)
- Simpul buku sila
- Simpul tindih kasih ● Pensyarah juga
- Simpul bunga geti menunjukkan hasil
- Simpul balak kerja beliau dalam
- Simpul belit menghasilkan simpulan
agar pelajar lebih mahir
2. Pensyarah meminta pelajar untuk membuat
untuk meneliti slides simpulan
terlebih dahulu

3. Kemudian pelajar
mengajukan soalan
mengenai topik simpulan

4. Pensyarah juga
menerangkan fungsi setiap
simpulan di dalam asas
perkhemahan

Topik 2.0: Pensyarah menunjukkan video ● Video telah dimuat naik
Ikatan kepada para pelajar mengenai cara
membuat ikatan yang betul awal oleh pensyarah
● Pensyarah
● 7 ikatan tali - Asas ikatan
https://drive.google.com/file menanyakan sekiranya
/d/1Y68LKkac5gVEGqRgVjl terdapat langkah yang
1dyf6EvOLXM4d/view tidak dapat diikuti oleh
pelajar
● 10 jenis ikatan dan
simpulan
https://drive.google.com/file
/d/1jIzsz-H63Pw8FD-
n7ECHT3byeQbv54Fb/view

Ikatan penting yang perlu diketahui
oleh para pelajar adalah:

● Seraya
● Serong
● Silang Gunting
● Lilitan kacang

Topik 3.0: Pensyarah bertanyakan dahulu ● Pensyarah
Asas Kawad Kaki mengenai pengalaman para pelajar memberikan panduan
dalam menyertai pertandingan yang lebih jelas
kawad kaki sebelum menunjukkan mengenai teknik asas
video kepada pelajar kawad

● Kawad kaki kesatria negara ● Pensyarah juga
https://drive.google.com/file memberi nasihat serta
/d/1JdLv4Jj3- tips ketika melakukan
l5usqBSZBB5YE3- asas kawad
NcY0H0xK/view

● Kawad kaki kesatria negara
II
https://drive.google.com/file
/d/1Vw3k0oeMvAkYYJIV9Z
mLWUGspL4M9TyG/view

Asas kawad kaki yang perlu
diketahui oleh para pelajar adalah:

● Bahasa hukuman.
● Kawad statik dan dinamik
● Kawad formasi

Disediakan oleh Disahkan oleh
Nadhirah (ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL)
(SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI)

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 4

NAMA: SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI
Unit: PENGAKAP
TARIKH: 15 JULAI 2021
Topik 4.0: Pandu Arah, Orienteering, Radio Amatur, Kembara, Khidmat Kesukarelawan

PERKARA AKTIVITI CATATAN

1.0 Kuliah Minggu Ini Pensyarah menyampaikan kuliah ● Penjelasan yang amat baik
berkaitan Kemahiran Perkhemahan oleh pensyarah
Topik 1.0: (Orienteering) melalui persembahan
Kemahiran Perkhemahan slaid PowerPoint ● Berlaku interaksi dua hala
(Orienteering) (sesi soal jawab)
1. Pandu arah / orienteering
Topik 2.0: ● Pensyarah memberikan
Kompas dan Arah Mata 2. Kompas dan Arah mata latihan pemahaman
Angin berkaitan tajuk yang
angin dipelajari
Topik 3.0:
Khidmat Sukarelawan 3. Khidmat Sukarelawan

2.0 Perbincangan kerja ● Penghantaran kerja kursus Tugasan-tugasan perlu
kursus
○ Pengurusan perkhemahan dihantar pada tarikh tersebut di

○ Ujian kawad kaki ruangan yang telah disediakan
oleh pensyarah di Google

Classroom

● Perbincangan dengan ahli Jenis ikatan yang dirancang:
kumpulan mengenai tugasan ● Ikatan silang gunting
ikatan dan simpulan.
● Ikatan seraya
● Perbincangan dengan ahli
● Ikatan lilit kacang

kumpulan mengenai jenis Jenis simpulan yang dirancang:
kecederaan yang akan dipilih ● Simpul bunga keti
untuk tugasan kerja kursus.
● Simpul buku sila

● Simpul manuk

● Simpul belit

3.0 Latihan nyanyian lagu Pengetahuan baru mengenai lagu Jenis kecederaan yang
UB rasmi “Pengakap” dirancang:

- Latihan nyanyian secara ● Patah di bahagian
tangan
kendiri
● Patah di bahagian kaki
- Nyanyian lagu rasmi ● Terseliuh di bahu
● Luka parah di bahagian

kepala

● Pensyarah sudah
memuatnaik lagu rasmi
persatuan di Google
Classroom

sebelum kelas bermula

4.0 Lampiran

Disediakan oleh Disahkan oleh
Nadhirah (ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL)
(SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI)

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 5

NAMA: SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI TEMPOH: 120 MINIT
UNIT: PENGAKAP
TARIKH:19/07/2021 - 23/07/2021

PERKARA AKTIVITI CATATAN

1.0 Kuliah Minggu Ini

Topik 1.0: 2.0 Asas Pertolongan Cemas - Merujuk nota dan bahan
Kuliah Minggu Ini (Tidak ▪ Tujuan dan Prinsip yang disediakan oleh
segerak) pensyarah di Google
pertolongan cemas Classroom
Topik 2.0: ▪ Anduh dan balutan
Kemahiran Perkhemahan ▪ Merawat luka dan gigitan - Mencari rujukan tambahan di
▪ Melecur, pitam dan patah internet
Topik 3.0: ▪ Keracunan dan terseliuh
Khidmat Sukarelawan ▪ Pemulihan Pernafasan

(CPR)

2.0 Perbincangan kerja ● Berbincang dengan ahli Rancangan kaedah masakan:
kursus kumpulan berkaitan tugasan - Bakar
amali masakan rimba Rebus
- Tanam bawah tanah
● Berbincang dengan ahli
kumpulan berkaitan tugasan Gajet pilihan:
amali kraf perkhemahan -Rak kasut
-Rak pinggan
-Rak peralatan tajam
-Papan kenyataan
-Ampai pakaian

3.0 Hal-hal lain Buku Log
3.1 Tugasan kerja kursus ▪ Membuat penambahbaikan

di dalam buku log

Disediakan oleh Disahkan oleh
Nadhirah (ENCIK ROHAIZAD BIN AGIL)
(SITI NUR NADHIRAH BINTI ROSLI)

• PENUTUP PERJUMPAAN
Permainan Pengakap adalah salah satu aktiviti dalam bidang kepengakapan
khususnya dalam unit PKK. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan
kemahiran, semangat kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi
elemen keseronokan kepada ahli.

▪ Permainan
1. Lakonan Bisu
2. Simpulan
3. Melukis Gajet
4. Membaca Peta
5. Mendirikan Khemah

▪ Nyanyian Lagu Pengakap

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

▪ Turun Bendera
• ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA;

1. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi
menyempurnakan istiadat ini.

2. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan
seorang lagi bersedia dengan wisel.

3. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki
berdiri sedia.

4. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera
tidak menjejak ke bumi.

5. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang
menandakan istiadat menurunkan bendera tamat.Kedua-dua pengakap
bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya
kepada pemimpin / urusetia.

MPU3062 - KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version