The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANUGERAH PENGURUSAN KERJA KUMPULAN 2024 PPN KEDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sufiey17312, 2023-08-07 11:00:45

ANUGERAH PENGURUSAN KERJA KUMPULAN 2024 PPN KEDAH

ANUGERAH PENGURUSAN KERJA KUMPULAN 2024 PPN KEDAH

Keywords: kerjakumpulanPPNKedah

SCAN HERE


01 PERUTUSAN PENGARAH 02 AHLI JAWATANKUASA 03 PENGENALAN 04 KONSEP KERJA KUMPULAN 05 NORMA PASUKAN 06 KEAKRABAN PASUKAN 07 LATAR BELAKANG KERJA KUMPULAN 08 09 10 11 12 13 AKTIVITI PROGRAM TAHUN 2022 AKTIVITI PROGRAM TAHUN 2023 AKTIVITI PEJABAT PAROL DAERAH AKTIVITI PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI RUMUSAN PENUTUP


3 Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh & Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya jua Laporan Pengurusan Kerja Berkumpulan, Anugerah Kualiti Dan Inovasi Pejabat Penjara Negeri Kedah dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya mengharapkan dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memberi suntikan dalam menjalin kerjasama antara pegawai dan kakitangan disetiap peringkat. Kepelbagaian program yang diatur sepanjang tahun juga dapat memberi nikmat dan keseronokkan bekerja dikalangan anggota. Saya yakin lebih banyak program dan aktiviti yang dapat diatur pada segenap peringkat institusi mahupun jabatan sekiranya mendapat sokongan yang menggalakkan dari semua anggota dan penglibatan yang aktif oleh pegawai dan pengurusan atasan. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Anugerah Kualiti dan Inovasi ini dapat direncanakan dengan jayanya. Semoga lebih banyak jalinan kerjasama dapat diusahakan dengan semua pihak bagi tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia. TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengarah Penjara Negeri Kedah


AHLI KUMPULAN IP MOHAMAD SOFI BIN MUSA AHLI KUMPULAN IP MOHD HAFIZI BIN AHMAD BISTAMAM AHLI KUMPULAN KPL LATIPAH BINTI ABU BAKAR KETUA EDITOR KIP MOHD AZHAN BIN JAUDIN PENASIHAT SHIRLEY A/K JUNGOT PENAUNG TKP ABDUL KADIR JAILANI BIN ISMAIL


5 Kerja berkumpulan adalah gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadang kala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik jabatan atau organisasi. Merujuk Saari (1991), kerja berkumpulan ialah sesuatu kumpulan yang melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.


Kerja berkumpulan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahliahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Menurut Daft (1999), kerja berkumpulan merujuk kepada sekumpulan, dua atau lebih manusia yang berinteraksi dan menyelaras tugasan atau kerja mereka bagi mencapai matlamat umum yang disasarkan bersama. Manakala Lussier dan Achua (2001) menyatakan bahawa kerja berkumpulan sebagai satu pemahaman dan komitmen di antara ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faham yang wujud dalam ahli pasukan kerja.


7 Dengan ini, kerja berkumpulan wujud apabila ahli dalam organisasi dapat merasakan bahawa mereka berada dalam satu pasukan dan diterima baik oleh anggota-anggota lain dalam pasukan tersebut, ada sesuatu sumbangan yang boleh mereka berikan kepada pasukan, pandangan mereka di terima baik oleh anggota pasukan dan mereka rasa bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan kumpulan yang erat antara mereka. Kerja berkumpulan juga boleh merujuk kepada satu set nilai yang menggalakkan tingkah laku seperti mendengar dan memberi respon yang membina terhadap pendapat orang lain, menjelaskan keraguan, serta memberi sokongan penuh kepada ahli. Ini termasuklah menghargai minat serta mengiktiraf pencapaian ahli pasukan yang lain (Katzenbach & Doughlas, 1993). Ia merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui usaha ahli pasukan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Walau bagaimanapun, kerja berkumpulan yang sedia stabil turut dirundung kebimbangan terhadap kesan negatif perubahan. Antaranya berpunca daripada norma pasukan, keakraban pasukan dan pemikiran pasukan. (Ab. Aziz Yusof, 2004).


NORMA PASUKAN Norma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat. Oleh itu, norma berperanan untuk: i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui bersama oleh ahli-ahli pasukan. ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan dengan perkaraperkara yang patut dan tidak patut dilakukan. iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap ahli yang lain dalam organisasi yang dianggotai. iv membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk bertindak dalam situasi yang baru. v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma yang ada dalam pasukannya. vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen terhadap organisasi.


9 KEAKRABAN PASUKAN Keakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarik terhadap satu dengan yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalam pasukan. Keakraban yang ditunjukkan menyebabkan mereka lebih bersedia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran. Di samping itu, pereratan yang tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak-ansur untuk saling membantah ke atas sesuatu isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa pemikiran yang tinggi. Adalah didapati pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti sesuatu pasukan. Hubungan antara pereratan dengan pasukan adalah seperti berikut: i. Pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada komitmen dan keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain. ii. Pereratan dan produktiviti saling mempengaruhi terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kesan daripada sinergistik yang ditunjukkan. iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan pereratan tinggi akan menjurus kepada peningkatan produktiviti kesan daripada sepenuh penumpuan yang diberikan terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan.


iv. jika pereratan dalam organisasi tinggi tetapi norma prestasi yang rendah akan mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan daripada tumpuan terhadap tugas yang rendah. v. jika pereratan rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti juga akan rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber organisasi kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan. Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatu pasukan. Pasukan yang tinggi keakrabannya akan menghalang usaha untuk memecah dan mengubah matlamat pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan mempertahankan kepentingan pasukan daripada ancaman perubahan yang dapat menggugat kedudukan mereka.


11 Penubuhan Ahli Jawatankuasa Anugerah Pengurusan Kerja Berkumpulan ini dianggotai seramai sepuluh anggota dengan diketuai oleh KIP Mohd Azhan bin Jaudin, Insp. Mohamad Sofi bin Musa, Insp. Mohd Hafizi bin Ahmad Bistamam dan KPL Latipah binti Abu Bakar. Kumpulan ini telah memulakan perancangan seawal bulan April 2022 sehingga Mac 2023 dengan mengumpul semua maklumat dan data untuk dibukukan. Pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut bagi menyertai anugerah kualiti ini. Pengurusan Kerja Berkumpulan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Kerohanian, Kaunseling, Kecergasan Fizikal, Khidmat Masyarakat, Latihan, Lawatan dan Mesyuarat.


Menjadikan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah sebuah institusi Penjara yang membudayakan kerja secara berkumpulan. Membina dan memupuk kesedaran berhubung budaya kerja yang positif dan berdisiplin di kalangan semua Pegawai dan anggota Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah. Memastikan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah bekerja dalam suasana kondusif dan selesa. Kearah menjadikan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah sebuah institusi Penjara yang unggul dan berwawasan di peringkat antarabangsa seiring dengan misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia.


13 17 April 2022 (Ahad), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah melaksanakan satu program ihya ramadhan. Program ini disempurnakan oleh TKP Shukri bin Saad Pengarah Penjara Negeri Kedah. Pelbagai program yang telah dirangka untuk menghidupkan lagi bulan ramadhan ini dengan amal ibadah. Satu jawatan kuasa induk telak dibentuk bagi melaksanakan seluruh program yang dirancangan dapat berjalan dengan lancar. Tujuan Program Ihya’ Ramadhan adalah untuk Melahirkan kakitangan dan penghuni yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi, Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental. TENTATIF PROGRAM 7.00 ptg : Ketibaan kakitangan : Ketibaan dif-dif jemputan : Ketibaan Pengarah PPN Kedah : Tazkirah : Ucapan Pengarah Penjara Kedah : Penyampaian Sumbangan : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Azizul bin Yop Ahmad Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Mahizan bin Hussain


15 26 May 2022 (khamis), Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah di adakan di Wisma Persekutuan, Alor Setar kedah. Majlis dimulai dengan bacaan doa diikuti ucapan daripada pengarah Penjara Negeri Kedah, cabutan bertuah dan jamu selera. Juadah yang disajikan ini ada yang dibuat sendiri oleh kakitangan dan ada ditempah, pengagihan menu mengikut bahagian. Diantara menu yang disediakan ketupat, rendang, satay, kuih muih, kek buah-buahan dan macam-macam lagi. Kejayaan penganjuran majlis ini membuktikan bahawa kerjasama diantara kakitangan adalah sangat erat membuatkan majlis ini berjalan dengan lancer dan jayanya. Penglibatan Pengarah Penjara Negeri Kedah memberi suntikan semangat kepada kakitangan dalam penganjuran ini. Impak yang diperolehi daripada majlis ini, ianya dapat mengeratkan silatulrahim diantara kakitangan pengurusan dan pelaksana. TENTATIF MAJLIS 9.30pg : Ketibaan kakitangan dan keluarga : Ketibaan Pengarah PPN Kedah : Bacaan doa : Ucapan Pengarah : Cabutan bertuah 12.00 ptg : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : Pn Hafizah binti Hassan


17 15 Jun 2022 (Rabu), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan satu program taklimat yang melibatkan agensi kerajaan dan juga persatuan industri pelacongan di Pulau Langkawi bagi mempromosikan program CSI kepada majikan-majikan yang menghadapi kekangan sumber tenaga kerja. Taklimat tersebut telah di sampaikan oleh PPP Nobin Kumar Chaudhury di hadapan hampir 30 wakil majikan berkaitan peluang sumber tenaga kerja melalui program ODP& OBB yang di laksanakan oleh Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Langkawi. Kekangan yang dihadapi oleh pemain sektor pelancongan ini akibat kesan gelombang Covid-19 yang lalu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sumber tenaga kerja tempatan dan asing. Oleh yang demikian, dengan adanya kerjasama pihak Parol dengan agensi berkaitan, diharapkan program CSI ini mampu memulihkan ekonomi kepada negara secara amnya.


19 19 Julai 2022 (Selasa), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah menganjurkan Program Pemantapan Integriti Peringkat Zon Utara 1 di adakan di Auditorium Aminuddin Baki, Institut Aminuddin Baki, Jitra Kedah. Program ini merupakan KPI yang telah ditetapkan oleh jabatan. Ia juga diharap dapat mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah, salah laku dan penyelewengan. Dapat memperjelaskan lagi jenis-jenis rasuah dengan terperinci. Ceramah disampaikan oleh Encik Shahir bin Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah yang bertajuk Integriti dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam dan Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi Pegawai Agama Daerah Pokok Sena dengan tajuknya Integriti Cerminan Iman dan Keperibadian. Turut hadir bersama dalam program ini TKP Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Dr. kamsiah binti Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, PKK Hairil Nizam bin Anuar, PKP Mohamad Jusoh bin Ismail, PKP Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Jemputan - Jemputan dari Jabatan lain, wakil- wakil dari Institusi Zon Utara 1 TENTATIF PROGRAM 9.00 pg : Pendaftaran Peserta : Ketibaan Tetamu Jemputan : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ceramah Integriti : Ucapan Pengarah Penjara Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Banner / Audio : IP Mohamad Sofi bin Musa Pengangkutan : SJN Osman bin Hashim Jurugambar/ video : SJN Ahmad Sayuthi bin Ashari Bacaan Doa : PPP Azzahari bin Malim Pengacara Majlis : SJN Muhammad Hazim bin Hamid


21 8 Julai 2022 (Jumaat), Penjara Negeri Kedah telah memberikan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda di Baling tempoh hari bertempat di Kampung Iboi, Kupang, Baling. Misi ini diketuai oleh PP Noorsazlawati binti Zakaria turut terlibat bersama institusi Penjara Pokok Sena, Penjara Alor Setar dan Penjara Sungai Petani, juga kakitangan Pejabat Parol Daerah dan Orang Diselia. dalam usaha untuk membantu membersihkan kawasan rumah anggota yang terjejas akibat bencana banjir. Kajian juga mendapati seseorang mangsa yang mengalami bencana akan merasai kesan dalam tempoh sehingga sembilan bulan sekaligus akan terjerumus kepada masalah kesihatan mental sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Bantuan yang dihulurkan adalah diharapkan sedikit sebanyak mendapat kesenangan daripada mangsa-mangsa banjir. Diharapkan kerjasama diantara PPN Kedah dan Institusi Penjara berterusan untuk meningkatkan semangat tolong menolong dan prihatin dalam menangani bencana. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : IP Mohamad Sofi bin Musa Juru gambar : SJN Mahizan bi Hussain Makan Minum : SJN Hanafi bin Samsudin


23 22 Julai 2022 (Jumaat), Jam lebih kurang 10:30 pagi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Shirley a/k Jungot, diiringi Pegawai Parol Negeri Kedah, PP Noor Sazlawati bin Zakaria beserta pegawaipegawai dan anggota dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah,Pejabat Parol Daerah Baling, Pejabat Parol Daerah Sungai Petani, Pejabat Parol Daerah Pendang, dan Pejabat Parol Daerah Kota Setar, telah hadir ke Kampung Iboi, Baling, Kedah bagi menyampaikan sumbangan ikhlas kepada lima keluarga yang terlibat dengan tragedi banjir lumpur pada 4 Julai 2022. Antara bentuk sumbangan yang sampaikan ialah berapa peralatan eletrik seperti kipas angin, seterika, periuk eletrik, dan juga papan seterika (iron board) Semasa penyampai sumbangan ikhlas tersebut, PKP Shirley turut menzahirkan rasa sedih dan terharu dengan tragedi yang berlaku di Kampung Iboi, Baling, dan berharap keluarga yang terlibat dengan tragedi ini bersabar dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian yang cukup getir ini. Menurut PKP Shirley, sumbangan yang yang disampaikan ini juga adalah sebagai rasa kebertanggungjawaban dan empati atas apa yang berlaku dan bagi membantu meringankan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh keluarga mangsa yang terlibat dengan musibah , ‘Tragedi Banjir Lumpur’ TENTATIF PROGRAM CAKNA KASIH 9.30pg : Bertolak ke Kampung Iboi, Baling : Sesi suai kenal bersama penduduk : Majlis Penyampaian sumbangan : Bertolak balik 12.00 ptg : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Pengangkutan : KIP Md. Fadzil bin Razali Jurugambar/ video : SJN Hanafi bin Samsudin


25 9 hingga 11 Ogos 2022, Penjara Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Control Restraint (C&R) Techniques Peringkat Negeri Kedah & Perlis bertempat di Penjara Pokok Sena Kedah. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi kemahiran dan juga pendedahan kepada anggota berkenaan teknik 'Control & Restraint' dalam mengawal dan menahan banduan yang bertindak agresif. Anggota diberi penerangan berkenaan teknik 'Control & Restraint' dan juga diberi latihan praktikal penggunaan teknik tersebut. Pada hari kedua, Anggota diberi pendedahan dan praktikal penggunaan teknik 'Control & Restraint' dalam formasi taktikal 'Three Men Team'. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Makan / Minum : SJN Hanafi bin Samsudin


27 18 Ogos 2022 (Selasa), Melaksanakan Program Asyura telah diadakan di persekitaran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah. Majlis ini dilaksanakan secara gotong-royong dalam kalangan pihak pengurusan dan pelaksana. Aktiviti ini dilaksanakan sejajar dengan mempertingkatkan syiar Islam sempena menyambut Maal Hijrah 1443 dan Hari Ashura. Impak daripada aktiviti ini Menyebarkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam kakitangan PPN Kedah, melahirkan peribadi-peribadi yang memiliki nilai modal insan yang kompeten sebagai aset bagi mendepani era globalisasi dengan menerapkan penghayatan konsep dan nilai Islam yang syumul dalam melaksanakan amanah dalam tugas dan mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat dikalangan warga PPN Kedah. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Hanafi bin Samsudin


29 16 Oktober 2022 (Ahad), PPN Kedah telah melaksanakan satu Program Outreach Jabatan Penjara Malaysia, Peringkat Penjara Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hjh Halimaton Saadiah Binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Dan Kebajikan Negeri Kedah merangkap Adun Bukit Kayu Hitam, Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Yang Berbahagia Timbalan Komisioner Penjara (Pemasyarakatan) Dato' Ibrisam Bin Abdul Rahman. Antara pihak yang menyertai dalam program ini adalah agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, NGO, Majikan, pelajar sekolah, komuniti Felda, ODP dan ODS. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Mohd Azhan bin Jaudin Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Mujahidin bin Rawan Pengacara Majlis: KIP Noor Azni bin Othman Backdrop / Montaj : IP Mohamad Sofi bin Musa


30 Antara pengisian program adalah ceramah pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah, Mesej Dari Penjara, Ceramah Pengenalan Sistem Parol, Ceramah keagamaan dan pameran oleh agensi yang terlibat. Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi input yang lebih jelas tentang peranan Jabatan Penjara dalam usaha merealisasikan 2/3 penghuni di luar tembok penjara melalui Program Corporate Smart Intership (CSI) dan setiap lapisan yang hadir memberi respon yang sangat baik dengan program yang dilaksanakan ini. Dari sudut pengisian jiwa dan rohani ODP, mereka dapat merasai bahawa program seperti ini mendekatkan diri mereka dengan masyarakat dan membuka lembaran kehidupan baru yang lebih baik di masa depan. TENTATIF PROGRAM 2.30ptg : Ketibaan dif-dif jemputan : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan TKJP Pemasyarakatan : Ketibaan YB Halimaton Saadiah binti saad : Bacaan doa : Ceramah : Ucapan TKJP Pemasyarakatan : Ucapan YB Adun Bukit Kayu Hitam : Gimik Perasmian : Cabutan bertuah : Bersurai


32 23 November 2022 (Rabu), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup Pengarah Penjara Negeri Kedah di Aman Bowl, Aman Sentral. Program ini melibatkan kakitangan di bawah PPN Kedah iaitu di PPN, PPD, PRPI, PRP, Pengurus- Pengurus CSI Tradewind Sdn Bhd. Kejohanan Bowling ini dimulakan dengan Gimik Perasmian oleh Pengarah Penjara Negeri Kedah dan seterusnya kejohanan telah berlangsung. Setelah itu, penyampaian hadiah telah disampaikan kepada peserta-peserta yang berjaya. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk kepentingan budaya kerja berpasukan, mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan, meningkatkan pencapaian sasaran kerja berkualiti tinggi dan menambah nilai – nilai yang positif dalam pengurusan emosi untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri yang unggul serta menjana idea yang kreatif khususnya. TENTATIF PERTANDINGAN BOWLING 2.45ptg : Pendaftaran Peserta : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Pertandingan Bowling : Penyampaian Hadiah : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Azizul bin Yop Ahmad Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Pengangkutan : SJN Osman bin Hashim Jurugambar/ video : SJN Rodzi bin Mahmud


34 29 November 2022 (Selasa), Bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Alor Setar, Kedah. Majlis disempurnakan oleh YDH TKP Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Sayuthi bin Muhammad Ashri sebelum pemakaian pangkat dan pemakaian Pingat kepada penerima. Seterusnya penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Penjara (Take 1Penjara) kepada mangsa yang mengalami bencana alam. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog bersama YDH Pengarah Penjara Negeri Kedah. Semoga pengiktirafan atas kenaikkan pangkat dan pengurniaan pingat oleh jabatan akan memberi semangat kepada warga PPN Kedah untuk terus meningkatkan lagi prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. TENTATIF PERTANDINGAN BOWLING 8.45pg : Kakitangan Mengambil Tempat : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia : Penyampaian Pangkat, Pingat dan Sijil : Sesi Dialog Bulanan : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Noor Azni binti Othman Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Makan / Minum : SJN Hanafi bin Shamsudin


36 19 Disember 2022 (Isnin) - Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pokok Sena telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Penjara Negeri Kedah. Majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen serah menyerah tugas Pengarah Penjara Negeri Kedah diantara TKP Shukri bin Saad dan TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail dengan disaksikan oleh KP Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah Keselamatan dan Inteligen (BKI). Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Institusi Zon Utara 1, Lembaga Hakim Pelawat, Pengerusi dan ahli-ahli PERSIAP. Dalam majlis ini juga dilaksanakan perbarisan penghargaan sempena persaraan wajib TKP Shukri bin Saad diatas jasa beliau dicurahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia. TENTATIF PROGRAM 9.00pg : Kakitangan Mengambil Tempat : Ketibaan Ketua-Ketua Institusi : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah Baharu : Ketibaan Saksi : Ucapan Mantan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Bacaan Doa : Bersurai : Jamuan Makan : Clock Out : Perbarisan Penghargaan AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Shukri bin Saad Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Urusetia : SJN Halimah binti Md Nasir Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Backdrop / Kenderaan Istiadat : IP Mohamad Sofi bin Musa ADC : KIP Mohd Azhan bin Jaudin Ketua Perbarisan : KIP Azizul bin Yop Ahmad


38 5 Januari 2023 (Khamis), Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Majisterit Y.A Nurul Huda binti Idris. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan dan pemerkasaan Pusat Kehadiran Wajib (PKW) di Daerah Kubang Pasu khususnya. Turut juga bertukar-tukar pendapat dan mencari 4W1H mengapa PKW tidak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh bagi kes-kes yang tidak setimpal. Secara keseluruhannya, sesi lawatan ini membuka lembaran baru bagi tahun 2023 dalam memperkasakan PKW dan kepenjaraan selain membina hubungan yang baik dengan badan kehakiman. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Md Fadzil bin Razali Cenderahati : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Anuar bin Johari


40 18 Januari 2023 (Ahad), Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Ilias bin Shuib iaitu Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Daerah Kuala Muda. Kunjungan ini bertujuan untuk merapatkan dan mengeratkan hubungan antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Pejabat Daerah & Tanah Kuala Muda. Antara perkara yang dibincangkan adalah bertukar pendapat, pengalaman, menerangkan hala tuju jabatan, dan juga berkaitan tanah-tanah di bawah Pejabat Daerah & Tanah yang tiada perancangan untuk dimajukan di masa akan datang untuk dijadikan sebagai Pejabat Parol Daerah Sungai Petani bagi merealisasikan hasrat jabatan penghuni yang layak untuk menjalani program pemulihan di dalam komuniti seperti sasaran Jabatan Penjara menjelang 2030 iaitu 2/3 banduan berada di luar tembok penjara. Lawatan ini turut disertai bersama KIP Nurul Hadi bin Abu Bakar, Ketua Unit Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Daerah Sungai Petani dan IP Shahizan bin Saad, IP Mohamad Sofi bin Musa, dan SJN Mohd Haizarul bin Abdul Habib. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Nurul Hadi bin Abu Bakar Cenderahati : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Anuar bin Johari Jurugambar : SJN Mohd Haizarul bin Habib


42 16 Januari 2023 (Isnin), PPN Kedah telah menganjurkan satu Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai dan Anggota Peringkat Penjara Negeri Kedah bertempat di Hotel Star City, Alor Setar Kedah. Majlis persaraan dan pertukaran ini bertujuan untuk memberi sekalung penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti kepada mantan Pengarah Penjara Negeri Kedah tuan Shukri bin Saad yang telah menjalani persaraan wajib pada 19 Disember 2022. Dalam majlis ini, cenderahati turut di sampaikan oleh TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail iaitu Pengarah Penjara Negeri Kedah kepada insan yang diraikan sebagai tanda kenang- kenangan. Dengan adanya majlis persaraan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan tanda kenangan mereka yang sentiasa memberi komitmen sepanjang perkhidmatan mereka. TENTATIF PROGRAM 8.30 ptg : Ketibaan Pegawai dan Kakitangan : Ketibaan PYM Institusi : Ketibaan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Ketibaan Pegawai Bersara dan Bertukar : Bacaan Doa : Makan Malam : Ucapan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Mantan Pengarah Penjara Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Fadhil bin Razali Cenderahati : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Backdrop / Montaj / Buku Aturcara : IP Mohamad Sofi bin Musa Persembahan : KIP Azizul bin Yop Ahmad Jurugambar : SJN Syarudin bin Ahmad Pengacara Majlis: SJN Naziroh binti Mat Nasir


44 29 Januari 2023 (Ahad), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah Aktiviti Kecergasan Mendaki Gunung Keriang, Kedah. Kesemua (23) Pegawai dan Anggota yang hadir telah berjaya menawan puncak Gunung Keriang yang berketinggian 217.92 meter dari paras laut. Aktiviti yang dijalankan ini selari dengan Tonggak 12 ke-10 iaitu Keutamaan Kesabaran dengan menjalankan aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama diantara warga PPN Kedah. Selain itu, ianya juga merupakan aktiviti yang dapat mengekalkan stamina dan ketahanan fizikal. Kajian oleh University of Michigan (2008) iaitu selepas sejam berinteraksi dengan alam semula jadi prestasi daya ingatan dan perhatian juga akan meningkat sehingga 20%. TENTATIF PROGRAM 7.00 pg : Berkumpul di Kaki Gunung Keriang : Pengagihan Ration Pagi : Taklimat Keselamatan : Warm Up : Mula Mendaki : Cerita Tentang Mendaki Gunung _ IP Azni : Turun : Cooling Down : Makan Tengari : Bersurai AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : IP Mohamad Sofi bin Musa Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Guide : KIP Azizul bin Yop Ahmad Makan/Minum: SJN Hanafi bin Shamsudin


46 6 Februari 2023 (Selasa), TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ybrs. Puan Nor Izah binti Abdul Latif, Pengarah Kastam Negeri Kedah. Intipati pertemuan adalah membincangkan kolaborasi melalui program yang melibatkan kerjasama di antara kedua-dua jabatan. Selain itu juga dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah. Pada akhir pertemuan, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail telah menyampaikan cenderahati dan mengakhiri pertemuan dengan sesi bergambar. Moga dengan pertemuan ini akan membuka laluan bagi kerjasama yang berterusan. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria ADC / Cenderahati : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan / Jurugambar : SJN Anuar bin Johari


48 14 Februari 2023 (Selasa), Wakil dari PPN Kedah telah menziarahi jenazah bapa kepada Insp. Mohd Khairul Akhmal bin Abu Bakar, Pegawai Parol Daerah Ampang di Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang, Pendang Kedah. Jenazah akan di kebumikan di Masjid Al Badii'e, Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada jam lebih kurang 12 tengahari. Turut hadir bersama IP Mohamad Sofi bin Musa adalah SJN Mohd Farizal bin Zakaria, SJN Mohamad Hanafi bin Samsudin dan SJN Syarudin bin Ahmad. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Wakil Pengarah : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Osman bin Hashim


50 15 Februari 2023 (Rabu), PPN Kedah telah menganjurkan satu Program Membina Kerjaya Bersama Majikan "Peluang Kedua Membangunkan Diri" Peringkat Penjara Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Alor Setar, Kedah. Program ini telah disempurnakan oleh PKP Shirley A/K Jungot, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah. Program ini diadakan dengan mendapat dokongan dan sokongan daripada institusi di bawah PPN Kedah, NGO, majikanmajikan yang telah berkolaborasi sebelum ini dan juga penglibatan majikan baru yang mana fokus utama program adalah menarik penglibatan mereka untuk berkolaborasi di masa depan. Program ini dapat memberi input yang lebih jelas kepada majikan dan NGO tentang peranan Jabatan Penjara dalam usaha merealisasikan 2/3 penghuni di luar tembok penjara. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Setiausaha : KIP Fadhil bin Razali Bendahari : Pn. Noraziera binti Mohd Sakuan Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Backdrop / Montaj : IP Mohamad Sofi bin Musa PA System : KIP Mohd Azhan bin Jaudin


Click to View FlipBook Version