52 24 Februari 2023 (Jumaat), 24 Februari 2023 (Jumaat) - Wakil daripada PPN Kedah telah menziarahi jenazah anak kepada SJN 17797 Shahidan bin Mohamad Napiah, anggota Parol Daerah Pendang di Batu 16 Kepala 30, Padang Lumat 08800 Guar Chempedak, Kedah. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 16 Padang Lumat, 08800 Guar Chempedak, Kedah pada jam lebih kurang 1050 pagi. Insp. Mohamad Sofi bin Musa mewakili PPN Kedah telah menyampaikan sumbangan khairat kematian daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Parol Kedah kepada SJN Shahidah bin Mohamad Napiah. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Wakil Pengarah : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Osman bin Hashim
54 20 Februari 2023 (Isnin) - Sesi perbincangan dan lawatan tapak bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Sungai Petani Kedah oleh TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Shirley A/K Jungot, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Muhammad Nurhaiman bin Hairuddin dan Zulkifli bin Othman wakil dari Tenaga Nasional Berhad Sungai Petani, Razali bin Abd Rahman dan Mohd Faizal bin Kamarudzaman wakil daripada Brilliant Achievment Sdn. Bhd. Tujuan perbincangan dan lawatan ini adalah untuk pemasangan mesin pengeluaran dan kemasukan meter 3 phase electric power bagi merealisasikan impian jabatan untuk melaksanakan Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) yang merupakan inisiatif baharu Jabatan Penjara Malaysia yang dikhususkan kepada warga asing yang mempunyai baki hukuman 3 hingga 6 bulan. Impak terhadap pelaksanaan program ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus dapat menjana pendapatan oleh banduan warga asing bagi penampungan kos pembelian tiket bagi proses penghantaran pulang ke negara asal. Secara tidak langsung program ini dapat menjimatkan kos yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti kos makan minum dan juga kos untuk pengusiran. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Jurugambar/ video : SJN Syarudin bin Ahmad Wakil Pengarah : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Anuar bin Johari Makan / Minum : Ip Azmir bin Saari
56 22 Mac 2023 (Rabu) Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke 233 Peringkat Penjara Negeri Kedah bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pokok Sena bertemakan "Reformasi Ke Arah Pusat Peradaban Budaya Kemanusiaan" ianya bertujuan merubah perspektif dan ekspektasi mengenai penjara yang melibatkan 3 kelompok iaitu masyarakat, kakitangan dan banduan bagi membina dan membangunkan semula penghuni sebagai warga yang insaf dan produktif pada Negara. Majlis dimulakan dengan perbarisan anggota, tayangan video perutusan Komisioner Jeneral Penjara. TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail memberi pemakaian pangkat kepada Ketua Inspektor kepada 3 kakitangan Penjara Pokok Sena. Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelupusan artikel larangan secara pembakaran. Pada sebelah petang pula, sesi derma darah kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah. TENTATIF MAJLIS 9.30pg : Kehadiran kakitangan PPN Kedah : Ketibaan Pengarah PPN Kedah : Negaraku, Bakti Setia : Ikrar Jabatan : Pemakaian Pangkat : Bacaan doa : Ucapan Pengarah : Tayangan Video (Perutusan KJP) : Pemotongan Kek : Gimik (pembakaran Artikel Larangan) 1.00 ptg : Bersurai : Sesi Derma Darah
58 13 April 2023 (Khamis) – Majlis berbuka puasa peringkat Penjara Negeri Kedah bertempat di Kandai River Café, Alor Setar Kedah. Program ini dimulakan dengan ucapan pengarah dan penyampaian hamper kepada kakitangan. Pelbagai hidangan yang disajikan seperti kambing golek, ayam, kuih-muih dan lain-lain lagi. Impak daripada program ini dapat menyuburkan rasa kekeluargaan dikalangan kakitangan sekaligus dapat melahirkan rasa kesyukuran dalam menyambut ramadhan alMubarak ini. Disamping itu juga melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat rezeki dikongsi bersama. TENTATIF MAJLIS 6.30ptg : Ketibaan Tetamu Jeputan : Ketibaan Timbalan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bacaan doa : Majlis Berbuka : Solat Magrib : Bersurai
60 19 April 2023 (Rabu) – PPN Kedah telah melaksanakan Taklimat dan Pelancaran serta edaran Polisi ABMS MS ISO 37001:2016 kepada semua PYM Institusi Penjara Negeri Kedah dan Pegawai - pegawai parol daerah.Taklimat ABMS telah disampaikan oleh TPP Arizan Bin Ahmad dari Bahagian Dasar Dan Kepenjaraan IPPM.Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran ABMS dan penyerahan polisi ABMS oleh Pengarah Penjara Negeri Kedah TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail kepada semua PYM Institusi Penjara Negeri Kedah. TENTATIF MAJLIS 10 pagi : Ketibaan Tetamu Jeputan : Ketibaan Timbalan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bacaan doa : Majlis Berbuka : Solat Magrib : Bersurai
62 22 Mei 2023 (Isnin) – PPN Kedah telah Program Integriti bertempat di Auditorium anak bukit, Alor Setar, Kedah. Antara objektif program ini adalah komitmen Jabatan Penjara Malaysia dan khususnya Penjabat Pengarah Penjara Negeri Kedah untuk memantapkan integrity dalam melaksanakan tugas dan usaha membanteras dan memerangi gejala rasuah yang merupakan amanah yang perlu disampaikan kepada seluruh lapisan kakitangan. Selaras kehendak Jabatan ke arah mendapatkan persijilan MS ISO 37001:2016 ABMS. Secara kesimpulannya etika itu wujud dalam diri seseorang individu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri yang utuh. TENTATIF MAJLIS 9 pagi : Pendaftaran Peserta Kursus : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Ceramah oleh Pejabat Agama : Ceramah Pihak Bank : Ceramah oleh SPRM : Penyampaian Cenderahati : Bersurai
64 10 Julai 2023 (Isnin) – PPN Kedah telah melaksanakan Morning Prayer dab Bacaan Ikrar bertempat di dataran Wisma Persekutuan Alor Setar, Kedah. Aktiviti ini diambil oleh Ketua Bahagian Parol Negeri Kedah. Tujuan Morning aktiviti ini dilaksanakan bagi penyampaian 4 Polisi antirasuah jabatan kepada kakitangan Parol. Penjara Negeri Kedah amat menitikberatkan isu berkenaan integriti dikalangan pegawai dan anggota Parol. Pegawai dan anggota perlu memahami polisi anti rasuah seperti Sek 17A Memberikan Suapan, Sek 18 Menerima Suapan, Sek 21 Tuntutan Palsu Seksyen 23 Menggunakan Jawatan atau Kedudukan untuk mendapatkan suapan rasuah AKTA SPRM.
66 6 Ogos 2023 (Ahad) – PPN Kedah telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Pengurusan Bersama Pengarah Penjara Negeri Jabatan Penjara Malaysia Bil 3/2023 bersama Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Ballroom 1, Hotel Raia Alor Setar, Kedah. Pengarah negeri telah melaksanakan konsep Let Manager Manage di mana telah melantik Penjara Pokok Sena sebagai AJK persembahan, Penjara Alor Setar memainkan rebana ubi dan kompang merupakan alat mainan muzik tradisi yang telah ditelan zaman, Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda persembahan tarian silat dan Penyanyi-penyanyi dikalangan kakitangan Penjara Sungai Petani, Akademi Koreksional Langkawi dan Penjara Pokok Sena. Jalinan kerjasama ini menunjukkan Sense of Belonging diantara Penjara Negeri Kedah dimana kita tidak kekal bersendirian ( Stand Alone) menjalankan hal masing-masing. TENTATIF MAJLIS 8.30ptg : Ketibaan Tetamu Jeputan : Ketibaan TKJP (Pengurusan) : Ketibaan Pengarah TKJP (Pemasyarakatan) : Ketibaan Komisioner Jeneral Penjara : Tayangan Montaj : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Ucapan Komisioner Jeneral Penjara : Gimik Perasmian : Jamuan Makan : Penyampaian Cenderahati : Bersurai
68 7 Ogos 2023 (ISNIN) – PPN Kedah telah menganjurkan Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyematan Pingat Komisioner Jeneral Penjara di sempurnakan oleh Ybhg. Datuk Haji Nordin bin Hj Muhamad di Dewan Delima Hotel Raia Alor Setar Kedah. Majlis ini dilaksanakan bagi memperingati jasa bakti mereka yang telah menaburkan kepada Jabatan Penjara Malaysia dan memberi suntikan semangat kepada warga Penjara Kedah untuk terus meningkatkan lagi prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. TENTATIF MAJLIS 8.00pg : Ketibaan Penerima Pingat : Ketibaan Pengarah bahagian & Negeri : Ketibaan Pengarah TKJP (Pengurusan) : Ketibaan Komisioner Jeneral Penjara : Ucapan Komisioner Jeneral Penjara : Pemakaian Pangkat dan Pingat : Penyampaian Sijil Penghargaan : Penyampaian Cenderahati : Jamuan Makan : Bersurai
70 AKTIVITI KERJA KUMPULAN DI BAWAH PPD
71 SM Mohd Sukri bin Azizan hadir Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah Baling (MTMD) bil.1 /2022 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Baling. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahdan bin Abdullah, Pegawai Daerah Baling. Turut hadir, Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kedah, Puan Rajesvari Gonoselam, Dato’ Mohd Khairul Azhar bin Abdullah, Pejabat Parlimen Daerah Baling, YB. Mansor bin Zakaria, ADUN Kuala Ketil, DUN Bayu, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling, Pejabat Agama Daerah Baling, Pejabat Penerangan Daerah Baling, Pejabat Penerangan Daerah Baling, Pejabat Kesihatan Daerah Baling, JAKOA Daerah Baling serta Penghulu-Penghulu Daerah Baling.
73 Kolaborasi bersama agensi kerajaan lain
Sukan dan Rekreasi
75 Gotong-Royong bersama komuniti setempat
76 Program Keagamaan
77 Majlis Berbuka Puasa Bersama ODS
i. Menimbulkan semangat gaya hidup sihat dan mampu mengawal emosi dan tingkah laku di kalangan Orang DiParol dan pesalah kehadiran wajib. ii. Membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup yang semakin mencabar iii. Membentuk sahsiah yang baik di kalangan Orang DiParol dan pesalah kehadiran wajib.
Bertujuan membentuk sahsiah diri di kalangan Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib dalam mengharungi kehidupan yang sempurna. Sesi kaunseling ini dikendalikan oleh kaunselor yang bertauliah dan mampu memberi impak yang baik kepada Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib. Pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terdiri daripada kaunselor jemputan LPPKN Kedah serta Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib PPD Kota Setar. Oleh yang demikian, diharap dengan adanya program ini dapat memberi kebaikan dan dapat membentuk keperibadian Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib yang baik dan hidup berteraskan normal kehidupan yang mulia.
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama serta Orang Diparol serta Pesalah Kehadiran Wajib. Menggalakkan penglibatan Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib dalam program kemasyarakatan setelah adanya keyakinan dalam diri mereka. Mewujudkan suasana yang harmoni dan bekerjasama serta secara berkumpulan di antara pegawai, anggota dengan Orang Diparol dan Pesalah Kehadiran Wajib.
81 AKTIVITI KERJA PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI
87 Peranan Ketua Organisasi dalam Memantapkan Etika Kerja Yang Positif Perkhidmatan yang berkualiti dan produktif berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Penglibatan ketua instituisi bersama-sama kakitangan berupaya membina perpaduan dan persefahaman dapat menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Hasil daripada semangat kerja berkumpulan, espirit de corp dapat melancarkan gerak kerja yang memenuhi kehendak pelanggan.
88 PROGRAM KEBAJIKAN DAN MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN KERJA BERKUMPULAN Nilai-nilai murni yang diterapkan semestinya dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan dengan bekerja secara berkumpulan. Nilai sebegini secara tidak langsung dapat memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti dalam perkhidmatan. Selain daripada itu ianya dapat mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja. Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dalam kalangan pekerja. Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu dalam kalangan pekerja. Melahirkan pekerja yang lebih komited, bertanggungjawab, dinamik dan dedikasi.
89 IMPAK KEPADA JABATAN, PENGURUSAN DAN STAKEHOLDERS Dengan adanya sistem kerja berkumpulan, ia dapat memupuk semangat kerja berkumpulan dalam segenap bidang tugas yang diamanahkan. Dengan keakraban yang terhasil ekoran amalan ini, pihak pengurusan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah khususnya mempunyai kelebihan terutama dalam melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan komitmen segenap lapisan kakitangan. Amalan kerja berkumpulan juga menerapkan semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan di mana pepatah mengatakan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Tugas dan tanggungjawab yang agak berat dibahagi-bahagi dan dipikul bersama antara kakitangan seperti mengadakan program kerohanian, aktiviti sukan dan kecergasan, latihan, program temuseru dan lain – lain program berkaitan.
90 Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormati di antara pekerja dan pihak pengurusan. Mewujudkan semangat bekerja secara berkumpulan atau berpasukan dalam kalangan pekerja yang menguntungkan pihak pengurusan dan organisasi. Mempertingkatkan daya tahan, daya saing dan daya juang organisasi. Pihak pengurusan berupaya memupuk dan mencapai matlamat learning organization, di mana pekerja sentiasa digalakkan terus belajar dan sentiasa mementingkan imaginasi, kreativiti dan mengembangkan potensi diri. Mempertingkatkan persefahaman diantara pihak pengurusan dan pekerja. Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan dalam kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi. Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana pendekatan tradisional. Memupuk dan menyuburkan konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan dalam organisasi.
91 Pihak Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah melaksanakan berbagai aktivitiaktiviti dan program-program yang dilakukan secara berkerjasama, muafakat dan saling bantu–membantu diantara satu sama lain dalam kontek bekerja secara teamwork.Setiap Program-program yang telah dilaksanakan telah mencapai matlamatnya serta dapat mempertingkatkan kualiti kerja melalui, kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan pekerja, semangat kerja secara berkumpulan, penyemaian dan penerapan nilai kerja dan etika kerja, penglibatan dan minat terhadap kerja, dorongan kerja yang tinggi dan kesedaran tanggungjawab diri sendiri, kumpulan, jabatan dan negara.
92 PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI KEDAH Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan, Jalan kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman