INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP AMBILAN JUN 2022, TAHUN 2, SEMESTER 3) PRKA3171 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA NURSYAFIQAH NATASYAH BINTI ZAHARUDDIN ANGKA GILIRAN 2021192340271 NO KAD PENGENALAN 031025040490 KUMPULAN/ UNIT PISMP A3 KOD / NAMA KURSUS PRKA3171 / PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TAJUK TUGASAN PORTFOLIO NAMA PENSYARAH CIK HAYATI BINTI MAT YUSOF TARIKH HANTAR 21 JUN 2024 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Item Muka Surat 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 1 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan sebelum PBS 5 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 8 4 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi 14 4.2 Bidang Tugas Panitia 15 4.3 Takwim kurikulum 19 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan : 4.4.1Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran 4.4.3 Pengurusan dan Kawalan Kelas 4.4.4 Bahan Bantu Mengajar ( Inovasi) 4.4.5 Pentaksiran dan Penilaian 4.4.6 Pendidikan Inklusif 4.4.7 Program kurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan terkini 20 5 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi 28
5.2 Komponen Kokurikulum 29 5.3 Takwim Kokurikulum 39 5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan : 5.4.1 Perancangan dan pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 5.4.2 Kolaborasi komuniti 5.4.3 Pendidikan Inklusif 5.4.4 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan 41 6 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 6.1 Pemerhatian 45 6.2 Senarai semak 46 6.3 Temu bual 47 6.4 Soal selidik 49 6.4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 6.4.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 7 Kolaboratif (Lampiran 2-11) 7.1 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 7.2 Interaksi dengan murid 7.3 Perbincangan dengan komuniti sekolah 49 8 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian 8.2 Senarai semak 8.3 Temu bual 61 9 Refleksi (Lampiran 2-13) 9.1 Aktiviti 9.2 Perbincangan/ Interaksi 66 10 Rumusan 75
1
2
3
4
5 3.0 Pernyataan Professional PBS atau dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu perkara penting yang perlu dijalankan oleh pelajar Institut Pendidikan Guru. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan. Selain itu, guru dapat gambaran awal sebelum menjadi guru yang sebenar berkaitan pentadbiran sekolah. Bukan itu sahaja, program ini penting bagi guru pelatih untuk memahami perspektif sebagai seorang guru. Hal ini membolehkan guru pelatih mengetahui cara pengurus sekolah dalam mentadbir sekolah dan kemahiran pedagogi yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Oleh itu, saya Nursyafiqah Natasyah binti Zaharuddin, selaku pelajar PISMP Tahun 2 semester 3 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah menjalankan PBS selama 2 minggu bermula 10 Jun hingga 21 Jun 2024 di Sekolah Kebangsaan Othman Shawal. 3.1 Pernyataan sebelum PBS Sebelum menjalankan PBS, pihak IPG telah mengatur satu taklimat berkaitan Pengalaman Berasaskan Sekolah bersama Encik Umar selaku Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Bahasa Melayu. Encik Umar telah memberi taklimat berkaitan PBS pada 4Jun 2024, Selasa jam 2.30 petang. Taklimat tersebut telah berlangsung secara atas talian kerana semua pelajar sedang cuti semester. Menerusi taklimat tersebut, dimaklumkan bahawa kami akan melakukan pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi, tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah. Bukan itu sahaja, guru pelatih akan didedahkan kepada konsep pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. Selain itu, Puan Sabariah juga telah mengadakan ‘google meet’ pada hari Jumaat 7 Jun 2024, Jumaat 10.30 pagi. Beliau telah menerangkan perkara yang perlu dilakukan sepanjang PBS bagi memenuhi soalan pentaksiran berterusan. Sesi soal jawab juga diadakan. Pendek kata, melalui PBS, kami akan dapat memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pedagogi yang digunakan oleh guru, cara murid belajar dan perkaraperkara berkaitan sekolah dan juga cara sekolah ditadbir. Oleh itu, PBS memberi pengalaman baru bagi pelajar IPG dalam kerjaya perguruan. 3.1.1 Fokus utama tugasan Fokus utama PBS adalah untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih berkaitan alam persekolahan seperti sistem pengurusan sekolah, persekitaran sekolah dan tingkah laku murid. PBS ini juga dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam mendalami pekerjaan sebagai seorang guru. Perkara-perkara ini dapat diperoleh melalui pemerhatian, temu bual bersama guru-guru, kakitangan sekolah dan komuniti. Maka,
6 kemahiran berkomunikasi perlu dipraktikkan dalam mengumpul maklumat disamping mengambil pengalaman sebagai seorang guru pelatih. Oleh itu, PBS ini akan menjadikan guru pelatih memahami alam persekolahan dengan lebih jelas dan terperinci melalui pemerhatian. Selain itu, fokus utama PBS ini dijalankan adalah bagi membolehkan guru pelatih meneroka tentang budaya sekolah disamping menyesuaikan diri di sekolah. Guru pelatih dapat menilai budaya sesebuah sekolah bermula dari hari pertama menjalankan PBS sehingga hari terakhir. Tujuan utama PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih berkaitan sistem pengurusan sekolah dan membantu dalam memahami strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan melalui temu ramah bersama guru-guru dan murid-murid di sekolah serta melakukan pemerhatian di dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Di samping itu, sikap positif terhadap profesion perguruan dapat disemai dalam diri guru pelatih menerusi program PBS. Melalui PBS, guru pelatih juga dapat meningkatkan kemahiran inkuiri sekaligus dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan. 3.1.2 Tujuan tugasan Tujuan PBS ini adalah untuk membincangkan hasil dapatan aktiviti yang dijalankan selama dua minggu. Maklumat-maklumat yang diperoleh perlu dikumpul, direkodkan dan dilampirkan dalam portfolio. Melalui tugasan PBS ini, guru pelatih diberi peluang untuk melakukan sesi temu bual bersama pengurus sekolah, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah serta komuniti. Perbincangan dan interaksi juga berlaku dengan murid di sekolah. Maka, kemahiran intrapersonal dapat ditingkatkan dalam diri dan dipraktikkan semasa menjadi guru sebenar. Kemahiran komunikasi menjadi fokus utama dalam kemenjadian guru kerana komunikasi adalah komponen utama dalam mengajar. Selain itu, tujuan tugasan ini adalah memberi peluang kepada guru pelatih mengambil pengalaman dan memberi gambaran awal berkenaan persekitaran dan budaya sekolah. Setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang berbeza-beza. Oleh itu, pelajar perlu menyesuaikan diri dengan budaya mereka. 3.1.3 Merancang Strategi Pelaksanaan Guru pelatih perlu merancang perkara yang akan dilakukan sepanjang tempoh PBS kerana tempohnya yang agak singkat. Maka, saya merancang untuk menggunakan kaedah temu bual dan perbincangan antara guru-guru, murid-murid, kakitangan sekolah
7 dan komuniti sekolah serta membuat pemerhatian terhadap sekolah ini. Saya akan merangka soalan yang sesuai terlebih dahulu sebelum melakukan sesi temu bual. Hal ini bertujuan untuk memberi masa kepada mereka dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan agar maklumat yang diperoleh adalah jelas dan terperinci. Oleh itu, saya perlu menyediakan borang yang diperlukan dan perlu mengisi borang tersebut sebelum diberi kepada pengurus sekolah bagi memudahkan proses PBS. Selain itu, saya dikehendaki untuk membuat refleksi berkaitan tugas dan tanggungjawab seorang guru di akhir tugasan. Hal ini bertujuan untuk mengimbas kembali pemahaman terhadap tugasan. Tambahan pula, refleksi adalah sebahagian daripada penilaian kendiri yang membolehkan seseorang untuk membuat penilaian atas dirinya dan boleh diperbaiki pada masa hadapan di samping mendapat ilmu pengetahuan sepanjang menjalankan PBS. Seterusnya, saya perlu mendokumentasikan segala perkara atau aktiviti yang berlangsung sepanjang PBS dijalankan dengan membuat video. Maka, saya akan meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar dan merekod perkara yang berlaku sebagai bahan bukti. Saya telah membuat panggilan telefon bersama kerani sekolah untuk memastikan surat penempatan PBS telah sampai ke sekolah. Seterusnya, setelah sekolah telah mengesahkan surat penempatan PBS di Sekolah Kebangsaan Othman Shawal, saya telah membuat persediaan yang rapi seperti memastikan etika pemakaian yang melambang seorang guru. Oleh itu, saya memastikan tanda nama dipakai pada setiap hari dan berpakaian sopan di sekolah. Selain itu, saya juga akan mengamalkan disiplin yang terpuji seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya dan beradab dengan warga sekolah tanpa mengira status. Hal ini bertujuan untuk melambangkan perwatakan sebagai seorang guru yang berkaliber dan mempunyai sahsiah terpuji terhadap orang sekeliling. Saya berharap sepanjang tempoh PBS ini dijalankan saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan sebaik mungkin dan menjalankan amanah dengan baik. 3.1.4 Instrumen Penilaian Instrumen penilaian yang digunakan dalam melengkapkan tugasan PBS adalah pemerhatian, temu bual, interaksi bersama guru-guru, murid-murid, pengurus sekolah, kakitangan sekolah dan komuniti sekolah. Setiap instrumen yang akan digunakan perlu bersesuaian dengan aktiviti yang akan berlangsung semasa PBS.
8 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang yang berpandukan kepada senarai semak tugasan yang telah diberikan oleh pihak IPG. Berikut merupakan tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS berlangsung di SK Othman Shawal. Hari/ Tarikh Aktiviti 10 Jun 2024 (Isnin) - Melapor diri melalui pengurus sekolah, Guru Besar SK Othman Shawal. - Mengikuti bacaan yaasin kerana memperingati kemalangan yang dihadapi oleh guru SK Jeram. - Memaklumkan perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS berlangsung. - Guru bertugas memperkenalkan saya semasa perhimpunan pagi. - Sekolah menjalankan program kesihatan gigi bagi murid Tahun 1. - Melawat kawasan sekolah. 11 Jun 2024 (Selasa) - Guru besar memberi guru bimbingan, ketua panitia Bahasa Melayu Puan Mastura. - Mengambil gambar persekitaran sekolah serta melawat bilik-bilik khas. - Melawat kelas pendidikan khas. - Menjadi guru ganti bagi subjek bahasa Melayu Tahun 4. - Mengikuti program Kem Bestari Solat. 12 Jun 2024 (Rabu) - Meminta keizinan guru bahasa Melayu untuk melihat cara pengajaran beliau. - Menemu bual guru pendidikan khas berkaitan pendidikan inklusif. - Melawat asrama sekolah. - Menemubual Setiausaha Sukan berkaitan bidang kokurikulum di sekolah. 13 Jun 2024 (Khamis) - Menolong guru PPKI membersihkan kawasan kebun. - Menolong guru PPKI mengecat dinding sekolah bagi program bersama ibu bapa dan murid PPKI. - Menemubual murid Tahun 6. 14 Jun 2024 (Jumaat) - Mengikuti bacaan yaasin dan program ‘Peluncuran Hadis’. - Menemubual guru ketua panitia bahasa Melayu berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas serta pengurusan bilik darjah. - Menjadi guru ganti murid Tahun 1 dalam subjek Pendidikan Jasmani. 19 Jun 2024 (Rabu) - Menemubual kakitangan sekolah dan komuniti. - Menemubual GPK Kokurikulum dan mengumpul maklumat yang berkaitan.
9 - Menjadi guru ganti di prasekolah. - Mengatur murid dalam pengambilan air milo secara begilir-gilir. 20 Jun 2024 (Khamis) - Menemubual GPK Hal Ehwal Murid. - Menemubual GPK Kanan Pentadbiran. - Mengumpul maklumat unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. - Membantu guru pusat sumber berkaitan program pelancaran buku. 21 Jun 2024 (Jumaat) - Bacaan yaasin pada pukul 7.40 pagi. - Melengkapkan maklumat PBS yang belum dilengkapkan. - Berjumpa pengurus sekolah untuk menandatangani borang perkembangan pelajar dan borang kehadiran. 3.2.1 Melaksanakan tugas/ strategi yang dirancang Saya telah melakukan kajian melalui pemerhatian mengenai SK Othman Shawal semasa menjalani program PBS selama dua minggu. Sekolah ini mempunyai lima orang pentadbir yang mempunyai karisma tersendiri dan begitu berkaliber dalam menjalankan amanah bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Sekolah ini diketuai oleh Puan Noormah binti Amir Hassan selaku Guru Besar SK Othman Shawal, Encik Kepri bin Haji Abu selaku GPK Pentadbiran, Puan Noraini Binti Che Omar sebagai GPK Hal Ehwal Murid dan Encik Mohd Ali bin Aziz sebagai GPK Kokurikulum serta Puan Norhayati binti Nordin sebagai GPK Pendidikan Khas. Majoriti guru-guru yang mengajar di sekolah ini adalah guru wanita. Saya telah melakukan pemerhatian berkaitan pengurusan bilik darjah. Hasil dapatan mendapati bahawa sekolah ini mempunyai tiga kelas bagi setiap darjah. Maka, terdapat 24 buah kelas termasuk empat kelas pemulihan khas, dua kelas prasekolah dan 18 kelas perdana. Kelas pemulihan khas pula telah dibahagikan kepada dua iaitu kelas biasa dan sukar. Mereka dikategorikan mengikut tahap pencapaian. Pada tahun 2024, tiada pendidikan inklusif separa dan hanya menumpukan kepada inklusif penuh. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk melakukan pemerhatian pada kelas tahun 1 Intan dan 5 Mutiara semasa proses pembelajaran berlangsung. Saya mendapati bahawa guru-guru di sekolah ini sangat komited terhadap tugasnya melalui cara pengajaran yang disampaikan. Maka, perkara tersebut dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan PBS. Tambahan pula, saya dapat melihat cara guru menguruskan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran.
10 3.2.2 Mengumpul dan merekod maklumat Pengumpulan maklumat bermula daripada sesi temu bual yang dijalankan bersama kakitangan sekolah, Encik Azam dan juga Puan Diana selaku Setiausaha Kurikulum yang telah memberikan buku pengurusan sekolah dan menerangkan secara ringkas berkaitan sekolah. Melalui buku pengurusan tersebut, maklumat sekolah dapat direkodkan dalam senarai semak yang telah diberikan oleh pihak IPG. Saya juga telah berswafoto bersama guru-guru,murid-murid dan kakitangan sekolah yang telah ditemu ramah sebagai lampiran pada eportfolio pada bahagian lampiran. Semua warga SK Othman Shawal memberi kerjasama yang baik dalam pengumpulan maklumat berkaitan sekolah. Selain itu, melalui proses pengumpulan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi semasa berurusan dengan pihak atasan dan warga sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini dapat memperbaiki tahap profesionalisme dan akauntabiliti sebagai seorang guru pada masa hadapan. Seterusnya, saya juga dapat menyesuaikan budaya sekolah yang menyeronokkan.
11 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / Data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Othman Shawal, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka. 2 No. Telefon Sekolah 06-38767 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah PN. NOORMAH BINTI AMIR HASSAN 6 Nama PK Pentadbiran EN. KEPRI BIN HJ. ABU 7 Nama PK HEM PN. NORAINI BINTI CHE OMAR 8 Nama PK Kokurikulum EN. MOHD ALI BIN AZIZ 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 17 Jumlah : 51 Perempuan: 34 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 47 Bukan Siswazah: 4
12 13 Bilangan Kelas 24 14 Purata Saiz Kelas 30 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain 637 Lelaki 327 - - - Perempuan 310 - - 2 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Mempunyai kemudahan Coway di setiap blok bangunan iaitu sebanyak 3. Sekolah ini melaksanakan program TS25. Sekolah ini mempunyai lirik lagu sekolah dalam dwibahasa. Sekolah ini menyediakan asrama kepada murid.
13
14 4.0 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi
15 4.2 Bidang Tugas Panitia 1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia. 2. Menyediakan serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. 3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. 4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas. 5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian , mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc jika perlu. 7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. 8. Bertukar- tukar pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi dengan ahli-ahli yang lain setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat. 9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D). 10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
16 • Jawatankuasa Induk kurikulum JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM Pengerusi PN. NOORMAH BINTI AMIR HASSAN (Guru Besar) Timbalan Pengerusi EN. KEPRI BIN HJ ABU (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 PN. NORAINI BINTI CHE OMAR (GPK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 EN. MOHD ALI BIN AZIZ (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 PN. NORHAYATI BINTI NORDIN (GPK Pendidikan Khas) Setiausaha Kurikulum PN. NORDIANA BINTI MD SIDEK Ahli Jawatankuasa SEMUA KETUA PANITIA • Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN PANITIA KETUA PANITIA SETIAUSAHA PANITIA Bahasa Melayu PN. MASTURAH BINTI SUBOH PN. NORHAYATI BINTI MD YUSOP Bahasa Inggeris PN. SHARMILAH A/P KARUNANITHY CIK NURUL NADIA BINTI ABD RAHMAN Sains EN. AZWADI BIN ISMUL AZAM PN. NURUL AIN BINTI MD YUSOF Matematik EN. MOHD SELAN BIN MD RANI CIK NUR DIYANA BINTI MOHD FAISAL YEAP Pendidikan Islam / Moral EN. MOHD KAMARUDDIN BIN MAJID PN. FATIN AQILAH BINTI IBRAHIM Bahasa Arab EN. MOHD HAKIM BIN OTHMAN PN. SITI HANANI BINTI ISMAIL Pendidikan Seni Visual PN. AZAH FARIDAH BINTI PAIRAN PN. AIMI AMIRAH BINTI ABDUL MUNAIN Pendidikan Muzik PN. NORAZLIN BINTI BASIRON PN. NORFADHILAH BINTI OTHMAN Pendidikan Jasmani Kesihatan EN. RUZLI BIN ZAHARI CIK SITI NUR ATIKAH BINTI ROSLI
17 Sejarah EN. MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN EN. AZHAN BIN MOHAMAD Reka Bentuk Dan Teknologi EN. HASNAN BIN JAMALUDDIN PN. ERDA ASNIDAR BINTI ANUA • Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK Pengerusi PN. NOORMAH BINTI AMIR HASSAN (Guru Besar) Timbalan Pengerusi EN. KEPRI BIN HJ ABU (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 PN. NORAINI BINTI CHE OMAR (GPK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 EN. MOHD ALI BIN AZIZ (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 PN. NORHAYATI BINTI NORDIN (GPK Pendidikan Khas) Setiausaha PN. NOOR AZIZAH BINTI ISMAIL Ahli Jawatankuasa PN. MASTURAH BINTI SUBOH PN. SHARMILAH A/P KARUNANITHY EN. AZWADI BIN ISMUL AZAM EN. MOHD SELAN BIN MD RANI EN. MOHD KAMARUDDIN BIN MAJID EN. MOHD HAKIM BIN OTHMAN PN. AZAH FARIDAH BINTI PAIRAN PN. NORAZLIN BINTI BASIRON EN. RUZLI BIN ZAHARI EN. MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN EN. HASNAN BIN JAMALUDDIN • Jawatankuasa Peningkatan Profesionalisme Pengajaran Guru JAWATANKUASA PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGAJARAN GURU Pengerusi PN. NOORMAH BINTI AMIR HASSAN (Guru Besar) Timbalan Pengerusi EN. KEPRI BIN HJ ABU (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 PN. NORAINI BINTI CHE OMAR (GPK Hal Ehwal Murid)
18 Naib Pengerusi 2 EN. MOHD ALI BIN AZIZ (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 PN. NORHAYATI BINTI NORDIN (GPK Pendidikan Khas) Jawatankuasa DELIMA / ICT / SSQS Penyelaras PN. IRDAWATI BINTI MUHAMAD Setiausaha EN. MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN Jawatankuasa KBAT Penyelaras PN. NOFADHILAH BINTI OTHMAN Setiausaha PN. IRDAWATI BINTI MUHAMAD Ahli Jawatankuasa SEMUA KETUA PANITIA Jawatankuasa HIP Penyelaras PN. SHARMILAH A/P KARUNANITHY (KP) Setiausaha CIK NURUL NADIA BINTI ABD RAHMAN (Setiausaha BI) Ahli Jawatankuasa SEMUA GURU BAHASA INGGERIS Jawatankuasa STEM Penyelaras EN. AZHAN BIN MUHAMAD Setiausaha EN. AZWADI BIN ISMUL AZAM Ahli Jawatankuasa SEMUA GURU SAINS DAN MATEMATIK Jawatankuasa TS25 / PAK21 / BBM Penyelaras CIK NURUL NADIA BINTI ABD RAHMAN Setiausaha PN. MASTURAH BINTI SUBOH Ahli Jawatankuasa SEMUA GURU MATA PELAJARAN
19 4.3 Takwim Kurikulum
20 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan: 4.4.1 Perancangan dan pelaksanaan PdP Perancangan dan pelaksanaan PdP di sekolah ini merangkumi pembelajaran abad ke 21 yang meliputi kemahiran kritis, kreativiti, kolaborasi dan literasi digital ke dalam kurikulum. Rancangan pengajaran harian (RPH) perlu dilakukan sebelum memulakan sesi PdP. Hal ini bertujuan untuk memastikan guru sentiasa dalam keadaan bersedia dan mengetahui perkara yang akan diajarkan kepada murid-murid. Perancangan pembelajaran adalah untuk menetapkan tujuan pembelajaran yang jelas dan spesifik. Hal ini kerana, RPH dilakukan adalah bersesuaian dengan tahap pencapaian murid dan bertepatan dengan topik pembelajaran. Hasilnya, objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid-murid di dalam kelas. Selain itu, guru di sekolah ini memastikan kurikulum yang diajarkan adalah relevan dengan dunia pada masa kini. Program yang telah dianjurkan adalah ceramah literasi digital kepada guru-guru secara atas talian. Menurut ketua panitia bahasa Melayu di sekolah ini, mereka akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan PdP bagi mata pelajaran bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guru-guru juga dapat menyediakan modul yang terbaik melalui perbincangan semasa mesyuarat. Penyediaan sumber seperti buku latihan dapat memberi impak positif kepada murid kerana latihan yang bersesuaian dapat meningkatkan kefahaman. Justeru itu, pemanfaatan teknologi dalam PdP boleh dilaksanakan. Guru-guru yang mengikuti kursus-kursus literasi digital dapat mengaplikasikannya semasa proses PdP. platform pembelajaran atas talian dapat diintegrasikan dalam memberikan akses pembelajaran yang fleksibel. Hal ini kerana, pembelajaran digital dapat dilakukan tanpa sempadan dan boleh dilakukan di mana-mana. Contohnya, guru menyediakan pautan laman sesawang ‘google site’ berkaitan topik pembelajaran. Oleh itu, murid dapat membuat ulang kaji bila-bila masa. Perkara ini dapat mencipta budaya pembelajaran yang dinamik dan berpusatkan murid.
21 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan dan strategi pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru di SK Othman Shawal ialah pendekatan deduktif. Semasa saya membuat pemerhatian di kelas 6 Permata, saya mendapati bahawa guru mata pelajaran Sejarah telah mengemukakan beberapa soalan untuk merangsang pemikiran murid-murid kemudian meneruskan topik pengajaran pada hari tersebut. Pendekatan pengajaran deduktif ini merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana memerlukan murid dalam memperoleh pemahaman yang mendalam di samping memilih rumus atau hukum untuk diaplikasikan. Tambahan pula, guru mata pelajaran bahasa melayu juga menggunakan pendekatan ini. Beliau telah mengemukakan objektif pengajaran di hadapan papan putih sebelum memulakan sesi pengajaran. Kemudian, guru membimbing murid sebagai contoh menulis ayat mudah. Guru memberikan satu objek dan murid perlu membuat ayat daripada mudah ke sukar. Selain itu, pendekatan dan strategi pengajaran yang dilakukan oleh guru ialah pembelajaran berasaskan situasional. Pendekatan ini sesuai digunakan kepada murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid akan dapat mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Contohnya, semasa mengajar topik penjodoh bilangan dalam mata pelajaran bahasa Melayu, guru telah memberikan situasi di dalam pasar. Kemudian, murid melakukan situasi tersebut dengan menggunakan penjodoh bilangan. Oleh itu, murid dapat merasai pengalaman semasa proses jual beli. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tersebut. Selain itu, mereka dapat menggunakan penjodoh bilangan dalam kehidupan seharian dan hal ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan pendidikan sepanjang hayat. Justeru itu, pendekatan dan strategi pengajaran berasaskan permainan telah dilakukan. Pendekatan ini sesuai digunakan kepada murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3. Melalui pemerhatian, guru telah menggunakan permainan ‘puzzle’ dalam mata pelajaran Sejarah. Murid-murid perlu menyambungkan kepingan kertas sehingga menjadi bendera. Kemudian, mereka perlu membincangkan perkara yang terdapat dalam negeri tersebut. Secara tidak langsung, guru di sekolah ini mengamalkan pendekatan komunikatif dimana murid perlu berbincang antara satu sama lain melalui interaksi dua hala. Hasilnya, murid akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Melalui penguasaan komunikasi, murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang mengikut konteks bahasa.
22 Tambahan pula, semasa minggu kemerdekaan, pihak sekolah telah menganjurkan program mewarna bagi murid tahap 1. Murid-murid diberikan kebebasan dalam pemilihan warna dalam gambar. Hal ini dapat mendorong mereka mengekspresikan diri dan meningkatkan kreativiti. Pendekatan pembelajaran tematik digunakan dalam program ini dan secara tidak langsung program ini juga menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. 4.4.3 Pengurusan dan Kawalan Kelas Guru perlu menetapkan peraturan yang jelas sebelum memulakan sesi pengajaran. Murid akan akur sekiranya guru bersikap tegas pada pertemuan kali pertama. Peneguhan boleh diamalkan seperti peneguhan negatif dan positif. Guru juga boleh menetapkan dendaan kepada murid yang tidak mengikut peraturan. Rutin harian juga boleh diamalkan dalam membantu murid merangsang pemikiran. Contohnya, melakukan soal jawab berkaitan pengajaran yang sebelumnya. Hal ini dapat membuatkan murid sentiasa bersedia dan membuat ulang kaji sebelum kelas bermula. Selain itu, program peluncuran hadis dapat membantu guru dalam penyediaan kelas yang lebih teratur dan tersusun. Hal ini kerana, terdapat hadis yang menerangkan adab murid terhadap guru. Melalui pembacaan daripada hadis ini, murid dapat mengamalkan amalan nilai murni selari dengan tuntutan agama. Program ini diadakan pada setiap pagi Jumaat dan akan disampaikan oleh ustaz dan ustzah sekolah ini. Satu potongan hadis dibacakan di perhimpunan dan sesi soal jawab turut dilaksanakan. Murid yang mengamalkan amalan daripada potongan hadis ini akan mudah dikawal oleh guru di dalam kelas. Seterusnya, melalui pemerhatian saya, komunikasi antara guru dan murid perlu berkesan dalam memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal. Bahasa tubuh dan suara memainkan peranan penting. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa guru mempunyai keyakinan dan rasa dihormati. Guru perlu sentiasa menghadap kepada murid semasa berkomunikasi. Guru perlu bersuara besar dan dapat didengari oleh semua murid di dalam kelas. Penggunaan suara yang sesuai dapat mengawal keadaan kelas. Oleh itu, guru perlu menyesuaikan kawalan suara mengikut situasi di dalam kelas.
23 Justeru itu, pengurusan tingkah laku boleh digunakan dalam pengurusan dan kawalan kelas. Guru perlu mengenal pasti murid yang mempunyai masalah disiplin atau tingkah laku. Kemudian, tempatkan murid yang cenderung mengganggu di tempat yang mudah dipantau. Sistem ganjaran boleh dilakukan bagi tingkah laku positif dan memberikan hukuman atau dendaan yang sesuai dengan tingkah laku negatif. Muridmurid akan memperoleh pengajaran daripada perbuatan mereka dan guru perlu memastikan mereka memahami akibat daripada tindakan yang telah dilakukan. 4.4.4 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh guru dalam menyokong pengajaran dan memudahkan pemahaman murid. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru ialah bahan visual seperti gambar dan peta minda. Murid akan lebih tertarik dengan bahan yang mempunyai variasi warna. Semasa membuat perhatian di kelas 1 Intan, guru tersebut telah menggunakan gambar untuk menjelaskan situasi. Oleh itu, murid akan lebih memahami cara penyampaian guru melalui bahan visual. Selain itu, guru juga menayangkan video dalam menerangkan kronologi peristiwa bersejarah. Melalui tayangan video, murid dapat melihat melalui visual dan mempunyai gabungan dengan audio. Hal ini dapat menarik minat murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual dan audio. Selain itu, bahan bercetak juga merupakan bahan bantu mengajar. Guru di sekolah ini menggunakan komik sebagai bahan rangsangan. Komik mempunyai lukisan yang mudah difahami dalam bahasa kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan komik amat berkesan dalam meningkatkan tahap pembacaan di kalangan murid. Guru akan membantu murid yang mempunyai masalah dalam pembacaan, melalui penggunaan buku komik kepada murid. Selain itu, surat khabar juga merupakan bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Melalui surat khabar ‘Akhbar Didik Berita Harian’, guru memberikan latihan berkaitan rumus tatabahasa yang terdapat dalam surat khabar serta latihan karangan bergambar kepada murid.
24 4.4.5 Pentaksiran dan Penilaian Guru-guru menjalankan pentaksiran formatif menggunakan platform digital seperti ‘Kahoot’ dan ‘Wordwall’. Ujian formatif dilakukan setelah sepanjang pengajaran. Hal ini bertujuan dalam menghasilkan maklum balas terhadap kemajuan murid. Melalui pentaksiran yang dilakukan, guru dapat mengesan kelemahan murid dan dapat memperbaiki cara pengajaran di dalam kelas. Alat pentaksiran digital yang digunakan adalah interaktif kerana mempunyai grafik yang menarik. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan imej, video dan animasi yang dapat menarik minat murid. Audio yang berlatar belakangkan muzik juga dapat membuatkan suasana lebih menyeronokkan. Tambahan pula, aplikasi yang digunakan dalam ujian formatif berasaskan digital ini ialah murid dapat maklum balas dengan serta merta. Contohnya, soalan yang diberikan mempunyai penerangan jawapan yang terperinci. Selain itu, guru juga dapat melihat analisis prestasi murid dan memudahkan guru membuat penambahbaikan. Seterusnya, guru di sekolah ini menggunakan pentaksiran alternatif. Penyediaan portfolio digunakan untuk menilai hasil kerja murid. Melalui penyediaan portfolio, muridmurid dapat mengembangkan kreativiti dan berfikir di luar kotak. Hal ini dapat menyiapkan murid yang boleh bersaing di peringkat global. Selain itu, pentaksiran alternatif juga dilakukan melalui persembahan yang dilakukan oleh murid. Menurut guru bahasa Melayu, kemahiran bertutur tidak dapat diukur melalui ujian bertulis. Maka, beliau menilai melalui kemahiran komunikasi semasa membuat persembahan di hadapan kelas. Contohnya, pembentangan mengikut topik yang terdapat di dalam DSKP. Selain itu, pihak sekolah juga membuat pertandingan anjuran Panitia Bahasa Melayu seperti pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan bercerita. Selain itu, pihak sekolah juga menganjurkan program ‘story telling’ anjuran panitia bahasa Inggeris. Pada minggu bahasa Inggeris, guru bahasa Inggeris tahun 6 mengadakan pertandingan ‘story telling’ di kelas. Kemudian, guru akan membuat penilaian terhadap persembahan yang dilakukan oleh murid. Guru dapat membuat pentaksiran kemahiran komunikasi semasa program berlangsung. Secara tidak langsung murid dapat meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan penyampaian yang sesuai. Hal ini membolehkan murid bersaing di peringkat global kerana penggunaan bahasa Inggeris amat ditekankan terutamanya di luar negara. Melalui program ini, guru dapat mencungkil bakat murid dalam mewakili sekolah ke peringkat
25 yang lebih tinggi. Tambahan pula, murid akan lebih berkeyakinan dan mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. 4.4.6 Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif merupakan pendidikan yang melibatkan murid berkeperluan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid di kelas perdana. Tujuan utama pendiidkan inklusif diadakan adalah untuk memastikan bahawa setiap murid dapat pendidikan yang setara dan rasa dihargai dalam komuniti sekolah. Sekolah ini hanya mempunyai pendidikan inklusif penuh. Hal ini kerana, pada tahun 2023, terdapat beberapa murid menjalankan pendidikan inklusif separa, tetapi mereka tidak dapat memahami kehendak soalan dan pembelajaran di dalam kelas perdana. Oleh itu, guru pendidikan khas di sekolah ini telah membuat keputusan untuk melakukan pendidikan inklusif penuh. Program yang dilakukan kepada murid berkeperluan khas dalam pendidikan inklusif ini ialah program gotong royong membersihkan kawasan sekolah bersama ibu bapa. Saya dapat melihat dan merasai pengalaman bersama murid-murid ini semasa tempoh PBS. Sokongan ibu bapa dalam menjayakan program ini amat dipuji. Hal ini kerana program ini berlangsung pada waktu bekerja, tetapi segelintir ibu bapa sanggup mengambil cuti bekerja untuk meluangkan masa bersama anak mereka di sekolah. Program ini dapat meningkatakn keupayaan kendiri murid. Melalui pemerhatian saya, murid dalam pendidikan inklusif ini boleh mengecat dinding dan mencabut rumput tanpa bantuan daripada guru dan juga pembantu pembimbing. Guru-guru juga bersikap mesra dengan murid-murid. Hal ini dapat dilihat melalui keakraban mereka dalam menjalankan aktiviti gotong royong. Selain itu, program terapi pasir anjuran unit pendidikan khas merupakan kaedah yang efektif dalam menyokong pembangunan murid berkeperluan khas. Pasir digunakan sebagai medium yang membantu murid-murid mengembangkan kemahiran motor halus dan sensori. Melalui kaedah ini, murid dapat mengatasi cabaran seperti emosi dan sosial dan dapat mengawal diri sendiri. Secara tidak langsung, perkara ini dapat mengurangkan rasa cemas dan stress yang dihadapi oleh murid-murid ini. Oleh itu, mereka dapat mengawal diri dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
26 4.4.7 Program kurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan terkini Sekolah ini telah mengadakan Program Plan ‘Kem literasi’ anjuran Panitia Bahasa Melayu. Program ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah tidak menguasai bacaan serta buta huruf dalam kalangan murid Tahun 2 dan 3. Matlamatnya untuk melahirkan generasi yang boleh membaca sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Tahap 2 sekolah rendah. Tempoh pelaksanaan program ini ialah pada setiap hari Khamis bermula 7.45 hingga 9.00 pagi bertempat di kantin sekolah. Program ini dapat menggalakkan persaingan sihat antara murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan rakan-rakan sebaya yang telah menguasai bacaan di dalam kelas. Justeru itu, dapat memupuk minat membaca secara berterusan dalam kalangan murid pada waktu lapang. Oleh itu, pelaksanaan Kem literasi Bahasa Melayu dapat memberi impak positif kepada semua yang terlibat terutamanya para peserta kem. Selain itu, sekolah ini juga telah mengadakan pertandingan ‘Penghasilan Diorama Zaman Air Batu’ yang menekankan pembelajaran berasaskan projek. Program ini telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Seni Visual untuk meningkatkan kreativiti murid. Diorama merupakan replika atau lazimnya dikenali sebagai model yang akan disertakan dalam kotak untuk dipamerkan. Program anjuran panitia ini dapat mendorong murid dalam menyelesaikan masalah semasa mencari jalan penyelesaian dan idea dalam menghasilkan diorama. Melalui program ini, diorama dapat mendorong murid memahami konsep yang kompleks dengan cara yang lebih konkrit. Penghasilan diorama juga dapat menjadikan pembelajaran lebih relevan dan bermakna kerana memerlukan penglibatan aktif murid disamping mengembankan motor halus semasa menghasilkan diorama.
27
28 5.0 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi
29 5.2 Komponen Kokurikulum • Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum
30 • Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah
31 • Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
32 • Jadual Pelaksanaan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
33 • Unit beruniform
34 • Kelab Persatuan
35 • Sukan Permainan
36 • Rumah Sukan • Jadual dan Lokasi Kegiatan Kokurikulum
37 • Jadual dan Lokasi kegiatan Kokurikulum
38
39 5.3 Takwim Kokurikulum
40 Aktiviti Tambahan
41 5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan: 5.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dilakukan mengikut takwim yang telah dilakukan bagi tahun 2024 dan 2025. Kewujudan kelab dan persatuan di sekolah dapat memperkukuh minat murid dalam mata pelajaran tertentu seperti bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, kelab persatuan kebudayaan sepert kelab menari dan muzik dapat menggalakkan penglibatan aktif murid-murid. Di samping itu, kelab kemahiran hidup seperti kelab memasak dan kelab alam sekitar dapat memberikan kemahiran praktikal kepada murid. Melalui kewujudan kelab dan persatuan yang relevan pada masa kini, murid-murid dapat mempelajari ilmu baharu kerana mereka akan melakukan aktiviti yang berlainan pada setiap minggu. Oleh itu, guru perlu mengikut takwim yang telah ditetapkan dan setiap kelab persatuan juga mempunyai perancangan pelaksaan. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai guru-guru yang mempunyai sijil kejurulatihan seperti permainan bola sepak dan hoki. Oleh itu, GPK Kokurikulum telah memberikan tugas kepada mereka sebagai ketua sukan dan permainan di sekolah. Guruguru ini dapat memberikan latihan yang terbaik selaras dengan keperluan dalam permainan. Oleh itu, murid-murid juga dapat menggilap kemahiran dan menjadi atlet sekolah yang mampu bersaing dengan individu yang lain. Menurut, guru Setiausaha Sukan, sebagai seorang guru, kita perlulah mempunyai sekurang-kurangnya satu kepakaran yang dapat membantu murid-murid di sekolah dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini adalah teratur. Semua aktiviti kokurikulum yang dirancang telah dijadualkan dengan baik dan tidak bertindih dengan waktu akademik. Contohnya, program pelapis hoki telah diadakan pada hujung minngu dan juga pada petang Isnin dan Selasa. Sokongan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program. Menurut jurulatih sukan, terdapat ibu bapa yang sukarela menaja kos perbelanjaan baju sukan kepada atlet sekolah. Pihak sekolah juga menyediakan kemudahan dan peralatan yang mencukupi dan memantau perkembangan dan keberkesanan dalam program yang dilakukan. Melalui hasil temu bual bersama GPK Kokurikulum, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah dapat mengukur keberkesanan
42 dan impak aktiviti kokurikulum terhadap murid melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan Berkomputer (SISPEK). Justeru itu, sekolah ini juga mengadakan program peningkatan kokurikulum melalui pertandingan antara kelas. Contohnya, pertandingan menyanyi yang telah diadakan di dalam kelas semasa mata pelajaran Pendidikan Muzik. Pemenang akan mewakili kelas dan akan bertanding antara kelas. Kemudian, guru akan memilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ‘Nyanyian Solo’. Oleh itu, murid dapat menonjolkan diri dalam mengembangkan bakat nyanyian mereka. Proses pemilihan yang baik akan melahirkan murid yang berkualiti. 5.4.2 Kolaborasi komuniti Program yang telah dilaksanakan bersama komuniti ialah program ‘Kesedaran Kesihatan Gigi’ yang melibatkan murid tahun 1. Pihak sekolah telah menjemput pakar pergigian untuk memberikan ceramah mengenai kepentingan menjaga gigi. Kemudian, memberikan pengetahuan tentang teknik memberus gigi dengan betul. Melalui kolaborasi dengan pihak kesihatan, murid-murid tahun 1 telah mendapat ubat gigi dan berus gigi secara percuma sumbangan daripada pihak kerajaan. Program ini dapat memberikan pendedahan awal kepada murid dalam menjaga kesihatan gigi. Pada minggu yang sama juga, pemeriksaan gigi dilakukan oleh semua murid dengan kerjasama dengan klinik pergigian. Bantuan sukarelawan doktor gigi dari klinik kesihatan yang berdekatan dapat memberikan manfaat kepada murid dalam meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti setempat. Selain itu, atlet bola sepak yang mewakili sekolah juga berkolaborasi dengan Pembangunan Bola Sepak Negeri Melaka yang dikendalikan oleh En. Zulfahmie selaku jurulatih bola sepak sekolah. Pada setiap tahun, pemilihan pemain akan dilakukan daripada ahli pembangunan ini. Murid-murid akan mendapat peluang yang cerah kerana pihak pembangunan bola sepak akan membuat pemilihan untuk diketengahkan dalam pertandingan di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, atlet di sekolah ini juga dapat merasai pengalaman menjalani latihan bersama jurulatih kebangsaan. Hasilnya, sekolah ini telah melibatkan diri dalam program ‘Asian Games Football Dream School’ dalam usaha bersama dengan jawatankuasa penganjur Sukan Asia Hangzhou. Melalui programini, sekolah memperoleh pelbagai inisiatif seperti penyediaan peralatan dan
43 penganjuran kem. Program ini juga dapat membantu ramai murid dalam mencapai impian dalam menjadi atlet profesional bola sepak. 5.4.3 Pendidikan Inklusif Unit kokurikulum memberikan pendedahan kepada murid inklusif dimana mereka menyertai kegiatan kokurikulum. Contohnya, mereka menyertai unit beruniform pengakap. Mereka ditempatkan di dalam satu unit beruniform untuk memudahkan guru pendidikan khas mengawal dan menjaga murid-murid. Selain itu, program pencegahan jenayah dilakukan kepada murid inklusif untuk membanteras kes buli di sekolah. Semasa dalam ceramah pencegahan jenayah, mereka telah dimaklumkan sekiranya murid-murid lain melakukan perbuatan buli terhadap mereka, laporan kepada guru-guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membanteras kes buli di sekolah. Selain itu, unit pendidikan khas telah mengadakan program kejohanan boling peringkat zon Masjid Tanah, Melaka. Program ini memberikan pendedahan kepada murid melalui perlawanan antara sekolah kerana atlet yang terpilih mewakili SK Othman Shawal bertanding dengan sekolah-sekolah di sekitar Masjid Tanah. Di samping itu, program ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru atlet boling serta mengasah kemahiran dan fokus murid-murid. 5.4.4 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Sekolah ini telah memasuki pertandingan anjuran kelab-kelab hoki di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama antara pihak sekolah dan juga guru hoki, pengurus hoki negeri Melaka telah berbesar hati menjadikan sekolah ini sebagai penanda aras dalam permainan hoki. Pihak kelab hoki swasta telah memberi peruntukan sebanyak RM1000 dalam menjayakan program insentif berkaitan hoki. Encik Awaluddin, jurulatih hoki dan juga jurulatih kebangsaan merupakan guru pendidikan jasmani di sekolah ini. Beliau telah mengadakan program latihan terarah bagi mencari pelapis baru. Pada setiap hujung minggu, beliau akan membawa beberapa orang murid ke Stadium Hang Jebat dalam menjalani latihan yang setara dengan atlet negeri Melaka. Kepakaran beliau dalam permainan hoki telah membuahkan hasil. Sekolah ini telah mendapat tempat ketiga pada peringkat negeri Melaka.
44
45 6.1 Pemerhatian Kaedah yang saya gunakan semasa menjalankan PBS ini adalah kaedah pemerhatian. Hasil pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, saya dapat simpulkan bahawa prasarana sekolah ini berada dalam keadaan baik dan dapat melahirkan suasana yang kondusif dan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, susun atur bilik darjah juga mengikut abad ke 21. Kemudahankemudahan yang disediakan di sekolah adalah lengkap seperti pusat sumber, bilik Jqaf, pusat sumber, makmal komputer, surau, bilik sains dan bilik reka bentuk dan teknologi (RBT). Seterusnya, saya juga turut membuat pemerhatian terhadap persekitaran sekolah. Sekolah ini mempunyai 3 blok A, B dan C. Keunikan sekolah ini ialah Blok C terletak di seberang jalan raya dan berhadapan dengan bangunan utama sekolah. Persekitaran sekolah ini juga amat ceria kerana mempunyai taman mini dan juga taman permainan. Hal ini demikian kerana, dinding-dinding sekolah dihiasi oleh lukisan mural yang ceria dan berwarna-warni dan juga terdapat tanaman pokok-pokok disepanjang laluan ke kantin. Tambahan pula, terdapat galeri sejarah yang dapat menarik minat murid untuk mengetahui dengan lebih mendalam kerana dihias dengan sangat kreatif. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai lirik lagu sekolah yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. Maka, sekolah mengambil inisiatif untuk melakar lirik lagu di hadapan dinding supaya murid dapat menyanyikan dengan penuh semangat. Di samping itu, terdapat meja bulat dan pondok kecil disediakan kepada murid untuk membuat aktiviti dan menunggu sebelum pulang ke rumah. Selain itu, asrama juga disediakan di sekolah ini dan seramai 40 orang murid merupakan penghuni asrama. Asrama ini diwujudkan bagi murid yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal di kampung. Mereka boleh meninggalkan anakanak di asrama sementara bekerja untuk menyara keluarga. Hal ini kerana mereka hanya perlu membayar RM50 sebulan dan selebihnya, kerajaan yang menanggung kos perbelanjaan mereka termasuk makan dan minum. Kaedah pemerhatian turut dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Penggunaan teknik dan kaedah yang pelbagai telah digunakan oleh guru-guru termasuk penggunaan teknologi. Masalah pengawalan kelas juga sangat baik kerana guru akan hadir ke kelas tepat pada waktunya. Misalnya, muridmurid tidak akan dibiarkan tanpa pengawasan daripada guru. Jika, guru tersebut cuti, maka guru ganti akan masuk ke dalam kelas. Selain itu, setiap kelas mempunyai rekod
46 keluar dan masuk yang perlu ditandatangani oleh guru pada setiap kali waktu pdp dijalankan. Oleh itu, pengurus sekolah dapat memantau guru yang tidak masuk ke dalam kelas melalui buku rekod tersebut dan perlulah mengemukakan bukti dan alasan yang kukuh. Selain itu, pengawal keselamatan juga sentiasa menjaga jalan kerana mempunyai blok di seberang jalan. 6.2 Senarai Semak Instrumen kedua yang saya gunakan dalam mengumpul maklumat ialah senarai semak. Senarai semak dapat membantu untuk dijadikan sebagai panduan bagi kesempurnaan dalam menjalankan tugasan.senarai semak yang baik perlulah mempunyai jadual dan memasukkan tugas-tugas yang perlu dilakukan mengikut masa, hari dan waktu-waktu yang ditetapkan. Oleh itu, saya telah menyediakan senarai semak yang mengandungi beberapa aspek seperti pengurusan sekolah, prasarana sekolah dan kokurikulum. Senarai ini telah membantu saya memperoleh maklumat dalam menyiapkan tugasan. Senarai Semak BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah • Pelan Fizikal Sekolah / • Carta Organisasi Sekolah / • Takwim Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah • Dewan / • Surau / • Kantin / • Bilik Sains / • Bilik Muzik /