47 • Bilik Tayang / • Makmal Komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Pejabat Sekolah / • Bilik Guru / • Bilik Rehat / • Koperasi / • Bilik Kaunseling / • Bilik SPBT / • Bilik RBT / • Makmal Sains / • Pondok / • Stor Sukan / • Gelanggang Badminton / 2.2 Kata-kata Hikmat / 2.3 Visi dan Misi /
48 6.3 Temu bual Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam pengumpulan data berhubung tugasan yang diberikan. Saya telah menggunakan kaedah ini dengan menemu bual beberapa responden termasuk pengurus sekolah, para pentadbir, guru-guru, murid, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Mereka memberi kerjasama yang baik semasa sesi temubual dijalankan. Justeru itu, saya juga telah memberikan soalan terlebih dahulu sebelum melakukan temubual. Penyediaan soalan bertujuan untuk memberi persedian kepada responden. Oleh itu, jawapanjawapan yang diberikan kepada saya juga sangat memuaskan berhubung tugasan ini.
49
50 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2024 Masa : 8.30 hingga 9.15 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Sekolah dan dasar pendidikan masa kini Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Program TS25 menggalakkan guru mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ● Sistem pendidikan baru iaitu semakan KSSR membantu murid dalam pembelajaran. 7 teras yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat meningkatkan kemenjadian murid termasuk nilai murni dan adab. ● Pihak sekolah menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti dan program yang terlibat. ● Guru besar ingin mengemukakan kertas cadangan bagi mendapatkan ‘smart tv’ pada bilik-bilik khas dan kelas Tahun 6. ● Mengadakan program yang boleh meningkatkan keyakinan murid seperti ceramah motivasi dan kursus kepimpinan. Tandatangan : Nama : Jawatan :
51 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2024 Masa : 8.30 hingga 9.30 pagi Tajuk / Perkara : Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah menggantikan UPSR. ● Guru memastikan penilaian yang dilakukan adalah adil dan saksama untuk semua murid dalam menjalankan pentaksiran bilik darjah. ● Menggunakan teknik pengajaran yang sesuai dengan abad ke 21 iaitu dengan memasukkan elemen TMK dalam pengajaran. Perkara ini boleh menarik minat murid. ● Guru melakukan ujian formatif pada akhir pembelajaran dalam mencapai tahap pencapaian murid yang cemerlang. ● Melalui pemerhatian, guru boleh membuat penilaian tanpa mempunyai murid kegemaran. Guru juga boleh menanyakan kepada guru lain berkaitan perwatakan murid. Hal ini kerana pentaksiran bilik darjah bukan hanya diambil kira akademik tetapi juga adab dan nilai murni. Tandatangan : Nama : Jawatan :
52 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2024 Masa : 9.30 hingga 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Perancangan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. ● Mengukur keberkesanan dan impak aktiviti kokurikulum terhadap murid. ● Latihan yang diberikan dalam konteks pelaksanaan dasar pendidikan dalam kokurikulum. ● Pengumpulan maklum balas mengenai pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. ● Program dalam bidang kokurikulum di peringkat tertinggi. ● Guru membantu murid mengembangkan potensi dan menggilap bakat baru dengan mengadakan pertandingan. ● Membuat latihan yang secukupnya sebelum memasuki pertandingan supaya dapat mencapai matlamat. ● Membuat aktiviti peningkatan kokurikulum seperti mengadakan pertandingan antara kelas. ● Mengikuti program atau kursus kejurulatihan untuk guru dalam melahirkan murid yang aktif dalam bidang sukan. ● Mengadakan mesyuarat dan menyelesaikan isu yang berbangkit. Tandatangan : ____________________________________ Nama : Jawatan : ____________________________________
53 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2024 Masa : 9.30 hingga 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan murid dan tips praktikum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pengurusan hal ehwal murid berkaitan masalah disiplin. ● Kehadiran murid ke sekolah. ● Tips praktikum sebagai guru pelatih. ● Murid inklusif. (Ibu bapa tidak dapat menerima keadaan anaknya dan enggan memasukkan mereka ke dalam kelas pendidikan khas) ● Guru perlu bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab. ● Menangani isu dengan rasional, pantas dan berkesan. ● Menyarankan kepada ibu bapa agar memasukkan anak ke dalam asrama dan memberikan bimbingan kaunseling. ● Menyapa warga sekolah dengan mesra dan tidak menolak kerja yang diberikan. ● Guru memberi pandangan dan menyatakan alasan beserta bukti yang kukuh sekiranya mendapati murid tersebut mempunyai masalah dalam pelajaran. Tandatangan : Nama : Jawatan :
54 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 JUN 2024 Masa : 11.00 hingga 12.00 tengahari Tajuk / Perkara : Kokurikulum Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Hoki peringkat kebangsaan kerana memiliki guru yang mempunyai sijil kejurulatihan. ● Murid inklusif menyertai kokurikulum tetapi ditempatkan di dalam unit beruniform pengakap. ● Membeli peralatan hoki kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam peringkat negeri. ● Mengadakan latihan pada setiap hujung minggu. ● Guru mengambil kursus kejurulatihan dalam meningkatkan kemenjadian murid yang cemerlang dari aspek kokurikulum. ● Mencari pelapis dalam aktiviti sukan seperti melatih murid-murid tahap 1 iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Tandatangan : Nama : Jawatan :
55 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 JUN 2024 Masa : 8.30 hingga 9.20 pagi Tajuk / Perkara : Pendidikan Inklusif Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pembahagian kelas mengikut tahap pencapaian murid dan mengambil kira aspek umur. ● Pengawalan guru dan pengurusan bilik darjah dalam murid inklusif. ● Guru mempunyai pembantu dalam mengawal murid di dalam kelas. ● Guru mengehadkan pengambilan murid inklusif kerana faktor keluasan kelas yang sedikit sempit. ● Guru bersikap lebih mesra dalam mendekati murid kerana mereka terdiri daripada masalah-masalah yang berbeza. ● Guru mengasingkan murid seperti membahagikan murid yang berpotensi untuk belajar dan menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Tandatangan : Nama : Jawatan :
56 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 JUN 2024 Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan dan kawalan kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Penglibatan murid dalam kelas. Guru mengawal penglibatan murid aar kelas berada dalam keadaan yang terkawal dan tidak mengganggu kelas lain. ● Inovasi atau bahan bantu mengajar yang memudahkan guru dalam proses pengajaran disamping dapat menarik minat murid. ● Program panitia bahasa Melayu berkaitan dengan dasar pendidikan. ● Memberi keyakinan kepada murid untuk berani ke hadapan seperti sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk mendorong mereka bercakap. ● Guru perlu mempunyai karakter yang disegani supaya dihormati oleh murid. Selain itu, bahasa tubuh dan suara memainkan peranan penting dalam pengawalan kelas. ● Bahan inovasi perlulah menarik dengan menggunakan teknologi maklumat seperti penggunaan video animasi dan audio suara yang pelbagai. Tandatangan : Nama : Jawatan :
57 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2024 Masa : 11.00 hingga 11.30 pagi Tajuk / Perkara : Pengajaran dan pendekatan guru di dalam kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Cara guru melaksanakan proses pembelajaran dengan memasukkan elemen digital. ● Cara pelaksanaan pembelajaran adalah relevan dengan keperluan masa kini. ● Strategi pengajaran yang diaplikasikan dalam bilik darjah. ● Menggunakan bahan-bahan digital yang interaktif semasa menjalankan pentaksiran dan penilaian. Contohnya, penggunaan ‘kahoot’ dan ‘wordwall’. ● Strategi pengajaran guru perlulah berpusatkan murid agar dapat mewujudkan komunikasi dua hala. ● Pendekatan belajar sambil bermain boleh diaplikasikan kepada murid tahap 1. ● Aktiviti pembelajaran perlu seiring dengan peredaran zaman seperti menggunakan animasi terkini. (Mechamato) Tandatangan : Nama : Jawatan : ____________________________________
58 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2024 Masa : 12.30 hingga 1.15 tengahari Tajuk / Perkara : Penglibatan ibu bapa terhadap pihak sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Penglibatan ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. ● Hubungan ibu bapa dan pihak sekolah. ● Cabaran ibu bapa dalam memastikan kemenjadian anak mereka. ● Mengadakan program sukarelawan di sekolah bersama ibu bapa seperti aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah. ● Melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak seperti memberi peluang kepada ibu bapa dalam menghadiri rumah terbuka dan hari keusahawanan. Hal ini dapat mewujudkan interaksi antara guru dan ibu bapa. ● Pihak sekolah perlu mewujudkan pautan untuk kaunter aduan atau pertanyaan. Hal ini kerana pihak sekolah dapat menerima maklum balas daripada ibu bapa dan menjadikan sekolah sebagai medium yang terbaik. Tandatangan : Nama : Jawatan :
59 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 JUN 2024 Masa : 9.30 hingga 9.45 pagi Tajuk / Perkara : Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Hubungan murid dan guru. ● Budaya sekolah boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. ● Cara pengajaran guru menggunakan elemen teknologi. ● Murid perlu menjaga adab dengan menghormati guru. ● Murid perlu mengamalkan sapaan apabila bertemu dengan guru dan warga sekolah. ● Murid perlu memberikan sepenuh perhatian apabila guru mengajar agar dapat meningkatkan tahap kecemerlangan. ● Murid perlu menguasai kemahiran abad ke-21 dengan baik selari dengan peredaran zzaman yang menekankan literasi digital kepada murid dan guru. Tandatangan : Nama : Jawatan :
60 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2024 Masa : 9.30 hingga 9.45 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan pejabat sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Skop kerja bagi staf pengurusan sekolah. - Menguruskan hal berkaitan pentadbiran seperti hal surat menyurat yang memerlukan tandatangan pengurus sekolah dan pentadbir. ● Suasana persekitaran kerja dan budaya sekolah ini. ● Sejarah sekolah dan senarai nama guru serta maklumat umum sekolah. ● Mendapatkan maklumat berkenaan sekolah di pejabat ● Mendapatkan buku pengurusan sekolah yang terkini. Tandatangan : Nama : Jawatan : ____________________________________
61
62 8.1 Pemerhatian Pengalaman dan maklumat yang saya dapat daripada kaedah pemerhatian ini telah mendedahkan saya tentang suasana dan juga budaya bekerja di sekolah. Saya telah mendapat beberapa pengetahuan baharu dalam bidang perguruan. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian dapat dijadikan sebagai motivasi kepada diri saya untuk menjadi guru yang berkarisma dan mempunyai wawasan. PBs juga memberi pengalaman baru dalam cara mengawal dan menguruskan murid di dalam kelas. Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat simpulkan bahawa pengurusan sekolah yang sistematik dapat menjadikan sekolah sebagai tempat yang kondusif. Perkara ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid melalui peningkatan terhadap pencapaian akademik. Hal ini kerana, apabila pengurusan sekolah sempurna, sekolah dapat merancang aktiviti-aktiviti secara teratur untuk murid-murid. Selain itu, infrastruktur yang terdapat di sekolah ini juga lengkap dan mampu menampung bilangan murid yang berada di sekolah. Guru-guru juga mencipta inovasi apabila terdapat kekurangan terhadap prasarana. Sebagai contoh, saya mendapati bahawa guru pendidikan jasmani telah membuat inovasi terhadap peralatan naik turun bangku semasa ujian SEGAK dilakukan. Beliau telah memotong kaki meja dengan memastikan ketinggian yang sama. Oleh itu, saya mendapati bahawa guru juga perlu berfikiran kreatif dan mencuba untuk menyelesaikan masalah. Saya juga mendapati bahawa setiap sudut untuk menaiki tangga pada setiap bangunan dihiasi dengan mural yang ceria yang dapat mewujudkan keadaan dan suasana persekitaran yang harmoni. Tambahan pula, tanaman hijau di setiap sudut berfungsi sebagai hiasan dan dapat menurunkan suhu di sekitar sekolah. Seterusnya, walaupun sekolah ini terletak di luar bandar, segala kemudahan seperti capaian internet dapat diakses dengan mudah. Penggunaan komputer riba di makmal komputer juga dapat digunakan dengan mudah oleh murid-murid. Guru-guru juga mendedahkan penggunaan teknologi kepada murid-murid. Misalnya, semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, kelab fotografi telah memberi pengetahuan terhadap penggunaan ‘canva’. Murid-murid berasa seronok dan teruja kerana penggunaan ‘canva’ adalah pelbagai seperti boleh menggerakkan gambar animasi dan meletakkan audio. Di samping itu, saya juga perhatikan bahawa sekolah ini mengamalkan nilai kasih sayang pada setiap masa. Hal ini dapat dibuktikan dengan cara memberi salam kepada guru. Murid-murid akan memberi salam kepada guru dengan menyebut ‘Selamat pagi
63 guruku sayang’. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru dan dapat melahirkan murid yang menghormati guru. Seterusnya, sekolah ini juga telah mengamalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Selama lima hari persekolahan, guru akan mengagihkan hari mengikut bahasa seperti hari Selasa merupakan hari bahasa Melayu manakala hari Rabu merupakan hari bahasa Inggeris. Tambahan pula, lirik lagu sekolah juga dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 8.2 Senarai Semak Pengumpulan maklumat melalui instrumen senarai semak dapat menjadikan maklumat yang diperoleh lebih tersusun. Senarai semak ini juga dapat menjamin hasil kerja yang berkualiti terhadap sesuatu perkara. Saya dapat menyenaraikan pelbagai kemudahan sekolah yang diperlukan di sekolah ini. Selain itu, saya juga berasa teruja kerana sekolah ini memiliki asrama yang dikenali sebagai ‘Asrama Desa’. Saya telah berpeluang untuk membuat lawatan di asrama ini. Asrama ini berada dalam keadaan selesa dan bersih. Menurut penyelia asrama, asrama ini diwujudkan bagi golongan murid yang kurang berkemampuan dan juga kepada ibu tunggal. Hal ini dapat meringankan beban kerana kos perbelanjaan makanan ditanggung oleh kerajaan. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM50 sebulan. Seterusnya, kawasan dewan terbuka juga sangat strategik iaitu bersebelahan di padang. Hal ini dapat memberikan keselesaan kepada murid melalui pengudaraan dan pencahayaan yang semulajadi. Justeru itu, keunikan sekolah ini terletak pada bangunan blok yang banyak iaitu sebanyak 4 blok. Blok C terletak di seberang jalan. Pujian perlu diberikan kepada pengawal keselamatan kerana mereka sentiasa berada di tepi jalan demi memastikan keselamatan murid sewaktu melintas. 8.3 Temu Bual Melalui sesi temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik yang telah diutarakan dan kebanyakannya adalah berdasarkan ilmu pendidikan dan pengurusan sekolah. Maklumat yang diberikan amatlah membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun terdapat sedikit kekangan masa. Selaku guru pelatih yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, sudah tentunya saya berasa sedikit janggal dan kekok apabila berhadapan dengan guru-guru semasa sesi temu bual dilaksanakan. Namun begitu, guru-guru di sekolah ini bersikap mesra dan sudi membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah ini. Walaupun
64 mereka berada dalam kesibukan kerana mempunyai pelbagai program dan halangan, mereka rela berkongsi pengalaman dan ilmu kepada saya. Saya juga mendapat banyak ilmu baharu dan juga nasihat sebagai seorang guru kepada guru pelatih. Semasa temu bual bersama guru besar, beliau juga telah banyak memberikan nasihat melalui pengalaman hidup. Beliau juga telah memberikan tips praktikum dan tugas atau tanggungjawab sebagai seorang guru. Saya akan menjadikan segala nasihat yang diberi sebagai kekuatan semangat untuk terus menjadi bakal guru yang bertanggungjawab dan bersikap amanah terhadap tugasan.
65
66 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pemerhatian terhadap kawasan persekitaran sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria. - Misi dan Visi sekolah pada dinding hadapan sekolah sangat jelas dan besar. - Lagu sekolah ditulis dengan besar di hadapan dewan. - Mempunyai tempat letak kenderaan OKU. - Mempunyai padang yang luas. - Keadaan asrama - Kawasan kantin sangat teratur dan meja disediakan dengan jumlah yang banyak. - Siren digunakan bagi menggantikan loceng kerana sekolah ini terdapat bangunan yang terletak di seberang jalan. • Kelemahan : - Tempat kenderaan guru dan staff sekolah tidak mencukupi dan menyebabkan berlakunya ‘double park’. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru harus bersikap prihatin dan bertolak ansur untuk meletakkan parkir kereta dengan betul agar tidak berlakunya ‘double park’.
67 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pemerhatian terhadap stor sukan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Terdapat pembahagian rak dengan label alatan sukan yang betul. - Alatan sukan disusun dan diletakkan di tempat yang betul. • Kelemahan : - Murid meletakkan alatan sukan di lantai selepas menggunakannya. - Peralatan yang rosak atau tidak boleh digunakan seperti bola kempis dan bocor tidak diasingkan. - Tilam lompat tinggi dibiarkan di tengah-tengah stor menyebabkan kesukaran dalam mengambil alatan sukan. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Mengenalpasti alatan sukan yang tidak mencukupi dan menyenaraikan alatan yang tiada agar dapat disediakan dalam membantu pembelajaran murid. - Guru bersikap tegas kepada murid agar meletakkan semula peralatan sukan di tempat yang betul selepas menggunakannya. - Meletakkan tilam lompat tinggi di bahagian yang betul agar laluan stor sukan lebih teratur dan sistematik.
68 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pelaksanaan program ‘Kem Bestari Solat’. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Program berlangsung dengan baik dan mengikut aturcara perancangan program. - Guru dan murid memberi kerjasama yang baik semasa program berlangsung. - Murid dapat membetulkan bacaan dan lakuan dalam solat dengan bimbingan guru. - Kawasan solat dilakukan di dewan terbuka dan dapat memberi keselesaan kepada murid. • Kelemahan : - Paip pada bahagian tempat wuduk sebahagiannya rosak. - Kawalan murid yang kurang menyebabkan keadaan di dalam dewan tidak terkawal. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru boleh mencadangkan agar program ini dilakukan sebanyak 3 kali atau lebih kerana masa yang diperuntukkan adalah singkat. - Guru boleh mengasingkan murid yang menguasai dan belum menguasai mengikut kumpulan agar dapat diberi perhatian yang lebih. - Ketegasan perlu diterapkan dalam mengendalikan program agar keadaan menjadi terkawal
69 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pelaksanaan program ‘Jelajah Sekolah’. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Murid tertarik dengan kehadiran maskot beruang. - Menarik minat murid dalam membaca buku. - Murid memberikan perhatian semasa pengarah buku berucap kerana terdapat kuiz di akhir sesi. - Pilihan jualan buku bersesuaian dengan peringkat umur. • Kelemahan : - Murid tidak beratur semasa penjualan buku. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlu tegas dengan menyuruh murid beratur semasa membeli buku.
70 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pelaksanaan aktiviti gotong royong bersama murid PPKI dan ibu bapa. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Murid melaksanakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh. - Guru sentiasa menanyakan perkembangan murid dalam membersihkan kawasan sekolah. - Guru menyediakan makanan dan minuman. - Pembahagian tugasan mengikut kemampuan murid. • Kelemahan : - Murid cepat berasa bosan melakukan aktiviti yang sama. - Masa yang kurang mencukupi menyebabkan guru menangguh kerja dan perlu dilakukan pada esok hari. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlu membuat jadual supaya murid bergilir-gilir melakukan aktiviti yang berbezabeza. - Melakukan perancangan awal supaya masa tidak terbuang.
71 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pelaksanaan sesi temu bual bersama ketua panitia bahasa Melayu mengenai program ‘Kem Literasi’. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Murid dan guru hadir tepat pada waktunya. - Murid mengetahui guru bimbinan mereka dan rakan kumpulan. • Kelemahan : - Murid hadir awal ke sekolah tetapi tidak menghadirkan diri dalam program. - Ibu bapa menghantar lewat anak mereka ke sekolah. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak mereka terpilih untuk menyertai program Kem Literasi. - Rakan kumpulan perlu cakna terhadap ahli kumpulan yang tidak menghadirkan diri ke program ini.
72 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pelaksanaan sesi temu bual bersama guru-guru. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan • Kekuatan : - Guru-guru memberi maklumat yang ringkas dan mudah difahami. - Guru-guru banyak memberikan pengetahuan yang baru ketika sesi temu bual berlangsung. - Guru-guru menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan bersesuaian. • Kelemahan : - Guru terlalu sibuk dan menyebabkan sesi temu bual agak sukar dilaksanakan dan tertangguh beberapa kali. - Terdapat guru yang menolak pelawaan saya untuk ditemu bual. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlu bersikap berani dan bertolak ansur ketika menjawab soalan dan pertanyaan yang telah saya ajukan. - Perancangan jadual perlu dibuat supaya sesi temu bual dapat dijalankan.
73
74 Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk kali pertama yang telah saya jalani selama dua minggu ini, terdapat pelbagai perkara baharu yang saya peroleh. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, saya dapat meningkatkan pengetahuan terhadap ilmu pendidikan dan juga saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan budaya sekolah dan cara sebuah organisasi menguruskan sekolah. Secara tidak langsung, saya juga dapat merasai realiti sebenar keadaan sebagai seorang guru. Pengurus sekolah juga memberikan nasihat dengan memberikan kata semangat dan menerima bebanan seorang guru. Penerimaan yang ikhlas akan membuatkan kita bekerja dalam suasana yang menyeronokkan. Melalui interaksi bersama guruguru dan warga sekolah, saya mendapati bahawa sekolah bukan sahaja melibatkan guru-guru dan murid-murid malahan perkara tersebut melibatkan ramai pihak antaranya ialah pihak komuniti dan kakitangan sekolah. Maka, hubungan yang baik amat diperlukan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera. Semasa menjalankan PBS, saya mendapati bahawa diri saya mengalami perubahan dalam melengkapkan diri sebagai seorang guru. Sebagai contoh, penampilan semasa saya berada di sekolah, pergaulan antara murid dan kemahiran komunikasi saya juga meningkatkan. Selain itu, kawalan emosi juga telah saya pelajari daripada guru-guru dalam pengawalan kelas. Tekanan yang dihadapi oleh guru tidak boleh dilepaskan kepada murid-murid, sebaliknya guru perlu bijak mengawal emosi sendiri. Hal ini demikian kerana emosi guru dapat mempengaruhi keadaan. Contohnya, apabila guru mengalami tekanan dan memarahi murid tanpa alasan yang kukuh, hubungan antara murid-murid akan berkurang. Murid akan belajar dalam keadaan yang tidak seronok dan gembira. Maka guru-guru di sekolah ini telah memberi nasihat kepada saya supaya bijak mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam. Di samping itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab guru bukanlah hanya menyampaikan ilmu, tetapi lebih daripada yang dilihat oleh orang luar. Guru juga perlu memastikan keadaan di dalam bilik darjah ceria dan dapat merangsang pembelajaran. Tambahan pula terdapat guru yang hadir di sekolah pada cuti sekolah hanya untuk menceriakan kelas. Jika terdapat program yang akan dilaksanakan, guru-guru juga perlu mengendalikannya dengan lancar. Jelas disini membuktikan bahawa tugas guru merangkumi semua aspek yang terdapat di sekolah dan melalui pemerhatian saya sebagai seorang guru kita perlulah menjadi serba boleh. Selain itu, sekolah ini merupakan sekolah di bawah TS25, maka saya mendapati bahawa guruguru di sekolah ini menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai. Kaedah pengajaran yang
75 berpusatkan murid menjadi pilihan utama guru-guru di sekolah ini. Melalui kaedah pengajaran yang berpusatkan murid, saya mendapati bahawa murid di sekolah ini tidak bergantung kepada arahan guru sahaja, mereka akan bergerak sendiri mengikut panduan yang diberikan. Tambahan pula, murid-murid dapat mengembangkan kemahiran interpersonal kerana guru memberikan tugasan melalui proses kolaborasi. Sebagai contoh, semasa saya menjalankan pemerhatian di kelas 5 Intan, mereka akan membincangkan isi-isi karangan secara berkumpulan. Hal ini dapat meluaskan pengetahuan dan secara tidak langsung mereka dapat mempelajari antara satu sama lain. Perkara ini juga dapat dibuktikan apabila murid berani ke hadapan untuk menjawab pertanyaan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, semasa menjadi guru ganti tahun 4, saya telah melakukan satu permainan dengan memberikan satu perkataan panjanag seperti ‘perpustakaan’. Kemudian, murid-murid diminta untuk menyenaraikan perkataan baru daripada ‘perpustakaan. Kesimpulannya, pelbagai perkara dan ilmu baharu yang dapat saya pelajari semasa menjalankan PBS. PBS kali pertama ini juga dapat mempersiapkan saya dalam menjadi guru sebenar pada masa hadapan. Saya berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalani PBS di SK Othman Shawal kerana mempunyai guru-guru yang membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Warga sekolah juga berlapang hati menerima kehadiran saya melakukan PBS. Saya juga berhubungan dengan baik terhadap warga sekolah dan menghargai segala pertolongan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Ilmu yang diperoleh akan saya amalkan apabila berjaya bergelar seorang guru kelak.
76
77 Pemerhatian SURAU SURAU KANTIN BILIK KAUNSELING PRA SEKOLAH KOPERASI
78 STOR SUKAN STOR SUKAN DEWAN SUDUT SEJARAH
79 11. 2 Temu bual PENGURUS SEKOLAH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENOLONG KANAN KOKURIKULUM KERANI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
80 SETIAUSAHA KURIKULUM SETIAUSAHA SUKAN GURU PPKI IBU BAPA
81 Maklumat Kurikulum BELAJAR SAMBIL BERMAIN KAWALAN DAN PENGURUSAN KELAS PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
82 MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM NILAM PELANCARAN PROGRAM NILAM PROGRAM MEWARNA
83 MAJLIS PELUNCURAN HADIS MAJLIS PELUNCURAN HADIS PENCAPAIAN TERTINGGI MURID TAHUN 6
84 Maklumat Kokurikulum Pencapaian tertinggi murid dalam bidang kokurikulum
85 PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
86 BOLA SEPAK
87 Pengurusan dan kawalan kelas
88 Maklumat Hal Ehwal Murid CARTA JAWATANKUASA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
89 BIDANG TUGAS UNIT HEM SEKOLAH 1. Unit-unit di bawah bahagian Hal Ehwal Murid bertanggungjawab terus di bawah Guru Besar / GPK Hal Ehwal Murid (GPK Hem) dalam bidang tugas seperti yang berikut : • Disiplin murid semasa persekolahan dan aktiviti kokurikulum. • Bimbingan dan Kaunseling. • Kesihatan murid: I. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) II. Program Susu Sekolah III. Rawatan Perubatan / Pergigian Murid • Kebersihan dan keselamatan murid. • Kebajikan murid: I. Bantuan daripada badan-badan amal / Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. II. Biasiswa III. Bantuan KWAPM dan eKASIH IV. Bantuan Zakat V. Derma pada hari-hari kebesaran seperti Hari Raya / Tahun baru Cina / Deepavali dan sebagainya. VI. Program CAKNA • Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). • Kantin sekolah. • Keceriaan sekolah. • Bekalan dan perabot sekolah. 2. Berusaha meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran / pandangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke semasa bagi tujuan pengubahsuaian. 3. Dengan arahan guru besar, membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke atas murid yang berkenaan. 4. Membincangkan masalah kebajikan murid keseluruhannya dengan tujuan mencari jalan membaiki prestasi kemajuan pelajaran dan disiplin / kelakuan mereka. 5. Mengkaji dan menimbangkan pandangan / pendapat / cadangan dari ibubapa dan masyarakat umum mengenai kebajikan / disiplin murid. 6. Memberi pandangan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah. 7. Bertanggungjawab memberi pandangan / cadangan kepada Jawatankuasa Keceriaan, Kebersihan dan keindahan sekolah dalam melaksanakan projek / aktiviti yang berkaitan.
90 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN MINUMAN MILO
91 Pemeriksaan gigi
92 Program berkaitan dasar pendidikan terkini PENGHASILAN KARYA
93 Pertandingan Inovasi