The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamrygafar, 2019-06-20 00:32:21

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Bab6 Persediaan
Memulakan
PENGENALAN Perniagaan

Memulakan sesebuah perniagaan adalah
satu langkah yang besar dalam perjalanan
seorang usahawan. Menjadi suatu
keperluan untuk memastikan perniagaan
berjaya dengan membuat persediaan yang
secukupnya agar perniagaan beroperasi
mengikut undang-undang dan peraturan serta
berjalan dengan lancar.

Beberapa aspek perlu diambil kira oleh para bakal
usahawan dalam persediaan untuk memulakan
perniagaan merangkumi tiga aspek iaitu, Pendaftaran
Perniagaan, Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen
Perniagaan serta Strategi Pemasaran dan Jualan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Bab ini akan menerangkan:
6.1 Akta penubuhan perniagaan.
6.2 Peraturan dan kesan yang mempengaruhi persedian memulakan perniagaan.
6.3 Prosedur penubuhan.
6.4 Tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah memperolehi
sijil pendaftaran perniagaan.
6.5 Dokumen yang perlu disimpan dalam perniagaan.
6.6 Simulasi penyediaan dan penyimpanan dokumen perniagaan.
6.7 Menyediakan penyata aliran tunai.
6.8 Menyatakan definisi pemasaran dan jualan.
6.9 Persediaan untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan jualan bagi produk
dan perkhidmatan.

Akta Penubuhan Perniagaan

6.1

Akta penubuhan syarikat dibahagikan kepada 3 bentuk perniagaan:
Akta pendaftaran perniagaan 1956 - milikan tunggal dan
perkongsian umum.
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 - perkongsian liabilti
terhad.
Akta Syarikat 1965 - syarikat denagn pemilikan sahan dan
syarikat tidak terhad.

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 QR Code

Usahawan milikan tunggal dan perkongsian umum wajib mendaftar Akta Syarikat 1956
perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Akta Pendaftaran 1956 merujuk kepada pendaftaran Layari :
perniagaan milikan tunggal dan perkongsian meliputi peraturan http://www.ssm.com.my/sites/
permohonan, pendaftaran, pembaharuan pendaftaran, perubahan default/files/acts/fscommand/
maklumat dan perkara-perkara yang berkaitan. a0197.htm
“Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa
mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di
bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan
dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama
tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya”.

Antara sebab-sebab perniagaan perlu didaftarkan adalah:
Perniagaan diperakui sah kewujudannya di sisi undang-undang.
Daftar perniagaan sebagai bukti keterangan.
Hak sebagai pemilik.
Membantu agensi lain melaksanakan fungsinya.
Akses maklumat oleh orang awam.
Melindungi hak pengguna.
Membantu perancangan dasar negara.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 176

Fokus Ilmiah Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan usahawan di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Seksyen 12(1) ialah:
Perniagaan atas talian dan
perniagaan di rumah juga wajib Menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkanya.
didaftarkan di bawah Akta Menjalankan perniagaan selepasa tamat tempoh pendaftaran.
pendaftran perniagaan 1965. Gagal mematuhi mana-mana saman atau kehendak Pendaftar
di bawah Seksyen 10.
Memberi keterangan palsu.
Menghalang pegawai suruhanjaya menjalankan tugas.

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

Perkongsian liabiliti terhad mula diperkenalkan oleh SSM pada
2013 merupakan kombinasi perkongsian umum dan syarikat
berhad.
Antara ciri-ciri perkongsian liabilti terhad ialah:

i) Entiti berasingan.
ii) Tiada had rakan kongsi.
iii) Memberi perlindungan liabiliti terhad untuk pekongsi.
iv) Peraturan perkongsian yang fleksibel dalam pengurusan

dalaman perniagaan.(Mengikut Perjanjian Perkongsian)
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 merujuk kepada
pendaftaran perkongsian liabilti terhad meliputi peraturan mengenai
borang, fi dan penalti, penyerahsimpanan dokumen serta perkara-
perkara berkaitan perkongsian liabiliti terhad.

Akta Syarikat 1965

Akat syarikat 1965 merujuk kepada pemerbadanan syarikat berhad.
Dua jenis syarikat yang boleh diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 ialah:
i) Syarikat berhad dengan saham.
ii) Syarikat tidak terhad.

177 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Syarikat berhad dengan saham boleh diperbadanakan sebagai Info Khas
syarikat persendirian (sendirian berhad) atau syarikat awam
(berhad). Pemerbadanan syarikat memerlukan: Setiausaha Syarikat

Sekurang-kurangnya dua pengasas syarikat. Individu yang mempuyai lesen
Sekurang-kurangnya dua pengarah syarikat. SSM dan merupakan ahli badan
Setiausaha syarikat. profesional yang ditetapkan
Antara tanggungjawab utama setiausaha syarikat ialah: oleh Kementerian Perdangagan,
Mengurus memorandum dan artikel syarikat. Koperasi dan Kepenggunaan.
Mengurus Mesyuarat Agung tahunan. Organisasi perniagaan boleh
Mengurus hak peraturan dan undang undang yang perlu melantik seorang individu sebagai
dipatuhi syarikat. setiausaha atau firma yang
Kesalahan yang sering dilakukkan di bawah Akta Syarikat 1965: menawarkan perkhidmatan
Tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan. setiausaha syarikat.
Tidak membentang penyata kewangan.
Tidak serah simpan penyata tahunan.
Pemalsuan dokumen oleh Pengarah.
Pengarah tidak mengisytiharkan kepentingannya.
Pengarah aktif tapi masih bertugas.

Pendaftaran Perniagaan Info Khas

Pendaftaran syarikat perlu melalui pendaftaran dengan Suruhanjaya Akta SSM 2001 digubal
Syarikat Malaysia (SSM). berikutan penggabungan
SSM merupakan badan berkanun yang berada bawah Kementerian Pejabat Pendaftaran Syarikat
Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. dan Pejabat Pendaftaran
Perniagaan.

QR Code

Layari : ssm.com.my

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 178

Peraturan dan Kesan dalam Persediaan Memulakan

6.2 Perniagaan

Jadual 6.1 Peraturan dan kesan dalam permulaan perniagaan

Jenis Penubuhan Akta Peraturan Kesan
Milikan Tunggal
Akta Pendaftaran Perniagaan perlu Kegagalan mendaftar
Perniagaan 1956 didaftarkan tidak melebihi perniagaan akan
30 hari selepas perniagaan menyebakan:
dimulakan.
• Tindakan undang-

undang akan dikenakan.

• Hak perniagaan dan

orang yang membuat
kontrak dengan
perniagaan tidak dapat
dikuatkuasakan melalui
prosiding undang-
undang.

Perkongsian Liabiliti Akta Perkongsian Liabiliti - Sebarang permohonan Kegagalan membayar
atau penyerahsimpanan fi menyebabkan
Terhad Terhad 2012 hendaklah dibuat penyerahsimpanan menjadi
melalui sistem pemfailan batal.
elektronik.

- Fi hendaklah dibayar
untuk penyerahsimpanan
dokumen.

Syarikat Berhad Akta Syarikat 1965 - Melantik setiausaha - Akan dikenakan tindakan
syarikat yang bertauliah undang-undang.

- Menyerahkan dokumen - Perjalanan syarikat tidak
barkaitan kepada dapat berjalan lancar.
Pendaftar Syarikat.

179 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Prosedur Penubuhan

6.3

Milikan tunggal dan perkongsian

1 Mendaftar nama 3 Pemilik / pekongsi 5 Mengemukakan 7 Perakuan Pendaftran
perniagaan menandatangani lampiran kad perniagaan
ruangan maklumat dan pengenalan dan
ruangan pengesahan surat sokongan

2 Melengkapkan borang 4 Mengemukakan 6 Membayar fi 8 Sijil pendaftaran
pendaftaran perniagaan permohonan ke pendaftaran perniagaan
baru(Borang A) kaunter Suruhanjaya
Syarikat Malaysia atau
permohonan online
e-lodgement

Rajah 6.1 Prosedur penubuhan milikan tunggal dan perkongsian

Info Khas

Pendaftaran boleh dibuat
dengan nama pemilik atau
nama tred.

Contoh nama pemilik, Hassan
Bin Husin.
Contoh nama tred, Restoran
Aidah.

Layari ssm untuk mengethaui
syarat-syarat pendaftaran.

Gambar 6.1 Contoh sijil pendaftaran syarikat

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 180

Perkongsian Liabiliti Terhad

Mengemukakan Pendaftaran
cadangan nama
dan maklumat 01 dalam talian Sijil perakuan 06
berkaitan MYLLP (laman pendaftaran PLT

Sesawang SSM)

05

02

Mengemukakan 03 Menbayar fi 04 Notis Pendaftaran
surat pengesahan pendaftaran perniagaan
badan profesional
(jika berkaitan) dikeluarkan

Rajah 6.2 Proses penubuhan perkongsian liabiliti terhad

Gambar 6.2 Contoh sijil perakuan pendaftaran perkongsian liabiliti
181 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Prosedur Pemerbadanan syarikat

Permohonan carian 01 Fi pendaftaran
nama syarikat
03

02 04 Sijil pemerbadanan

Serahsimpan
dokumen

pemerbadanan

Rajah 6.3 Prosedur penubuhan pemerbadanan syarikat

Gambar 6.3 Contoh sijil pemerbadanan syarikat

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 182

Tanggungjawab Usahawan Setelah Memperoleh Sijil

6.4 Pendaftaran Perniagaan

Setelah mendapat sijil pendaftaran, usahawan perlu memastikan
tanggungjawab menjaga sijil pendaftaran tersebut yang termaktub
dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Antara tanggungjawab
yang perlu dipatuhi setelah memperoleh sijil pendaftaran perniagaan
ialah:

Mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan
Pemilik syarikat perlu mempamerkan sijil pendaftaran
perniaagan di premis perniagaan.
Mempamerkan papan tanda perniagaan
Pemilik syarikat perlu mempuyai papan tanda nama
periagaan di luar premis perniagaan.

Rajah 6.4 Mempamerkan sijil Maklumat perniagaan tertera pada dokumen rasmi
SSM perniagaan
Segala maklumat perniagaan seperti nama,alamat,nombor
pendaftaran perniagaan wajib ada dalam sebarang dokumen
perniagaan.

Memperbaharui sijil perniagaan
Usahawan perlu memperbaharui sijil perniagaan selepas
12 bulan tempoh perniagaan
Sijil boleh diperbaharui untuk tempoh 1 hingga 5 tahun

Mendaftar perubahan maklumat perniagaan
Usahawan perlu memaklumkan sebarang perubahan
maklumat sama ada nama,alamat dan aktiviti perniagaan.

Rajah 6.4 Resit perniagaan Menamatkan pendaftaran perniagaan jika perlu
Usahawan perlu mendaftarkan juga jika ingin menamatkan
operasi perniagaan.

Gambar 6.5 Contoh papan tanda dengan no. pendaftaran perniagaan
183 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Celik Minda

Nyatakan akta yang terlibat mengikut jenis perniagaan berikut:

Nama Akta
Dirgahayu Enterprise
Genovia Sdn Bhd
Klinik Dr Arini & Co
Syarikar Kejuruteraaan Razif & Co PLT

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Arahan: Bincang dalam kumpulan.
Dalam kumpulan, pilih salah satu jenis penubuhan perniagaan.
1. Nyatakan jenis dan nama perniagaan.
2. Jelaskan prosedur yang perlu diikuti untuk mendaftar perniagan.
3. Reka sijil pendaftaran perniagaan anda.

Dokumen perniagaan

Dokumen perniagaan adalah catatan bertulis tentang sesuatu transaksi dan menjadi bukti
berlakunya urusniaga antara penjual dan pembeli.
Dokumen perniagaan adalah dokumen penting yang meliputi:

Bukti bertulis untuk setiap transaksi.
Mengandungi maklumat urusniaga seperti nama perniagaan, tarikh, amaun, butiran dan
syarat pembayaran.

Menjadi rujukan untuk mengutip hutang dan urusniaga pada masa hadapan.
Menjadi bukti untuk prosiding mahkamah.
Menjadi sumber penyediaan penyata kewangan.
Rujukan untuk taksiran cukai pendapatan.

Mengetahui kemajuan syarikat.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 184

Dokumen Penting dalam Perniagaan

6.5

Jadual 6.2 Dokumen penting dalam perniagaan

Rekod Dokumen

Transaksi Bank Penyata Bank
Belian & Jualan Tunai
Borang Pesanan Pelian, Bil Tunai, Keratan Cek, Slip Pindahan Wang dan
Belian & Jualan Kredit Resit
Kos Operasi Borang Pesanan Belian, Nota Serahan, Invois, Nota Debit, Nota Kredit,
Modal dan Ambilan Keratan Cek, Slip Pindahan Wang dan Resit

Baucar Bayaran, Keratan Cek, Bil Bayaran

Memo

i. Penyata Bank

Penyata bank merupakan ringkasan transaksi perniagaan
dengan pihak bank bagi suatu tempoh.

Pihak bank akan mengeluarkan penyata bank bagi satu
bulan dan juga satu tahun. Penyata bank ini akan dihantar ke
alamat perniagaan selepas selesai satu tempoh tersebut.

Dengan kemudahan atas talian, usahawan boleh melihat
transasksi terkini dalam talian secara e-failing. Usahawan
perlu memastikan transaksi yang dibuat adalah benar agar tidak
berlaku penyelewanan tunai perniagaan.

Gambar 6.6 Contoh penyata Makluman debit adalah pemberitahuan kepada pemegang
bank - kertas akaun bahawa akaunya telah berkurang kerana caj bank,
penjelasan cek dan arahan tetap seperti pembayaran kepada
pihak insurans secara tetap setiap bulan.

Makluman kredit adalah pemberitahuan kepada pemegang
akaun bahawa akaunya telah bertambah kerana pindahan kredit
oleh pihak ketiga seperti penerimaan dividen atau penjelasan
hutang oleh penghutang.

Transaksi debit menujukkkan pengurangan baki akaun
manakala transaksi kredit merupakan penambahan baki akaun.

Gambar 6.7 Penyata bank dalam talian
185 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

ii. Rekod Pembelian dan Rekod Jualan

Urusniaga belian barangan dan aset dilakukan secara tunai serta
secara kredit (hutang). Selain itu, urusniaga jualan juga boleh
dijalankan dengan kedua-dua kaedah tersebut.
Rekod belian dan jualan secara tunai meliputi:
Urusniaga pembelian atau jualan secara tunai bermula

dengan borang pesanan belian yang dihantar oleh pembeli.
Setelah urusan pesanan dilakukan, penjual akan

mengeluarkan dokumen bil tunai tersebut.
Pembeli perlu membayar harga barang sama ada dalam

bentuk tunai, cek atau slip pindahan wang.
Seterusnya penjual akan mengeluarkan resit sebagai bukti

pembayaran oleh pembeli.

Gambar 6.8 Dokumen borang pesanan
Dokumen ini mengandungi butiran pembeli, jenis barang, harga
dan kuantiti barang yang ingin dipesan.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 186

Bil tunai
Bil tunai mengandungi butiran barang yang dihantar dan
harga yang perlu dibayar. Dokumen ini dihantar bersama
barang yang dipesan.

Gambar 6.9 Contoh dokumen bil tunai
Keratan Cek / tunai / slip pindahan wang
Keratan Cek dan pindahan wang adalah bayaran yang
dibuat oleh pelanggan.

Gambar 6.10 Contoh dokumen keratan cek dan pemindahan wang antara akaun
187 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Resit
Resit merupakan bukti pembayaran telah dibuat
dan diterima dalam perniagaan.

Rekod pembelian dan jualan secara kredit

*01 Borang Pesanan Belian 01
Urusniaga pembelian atau jualan secara

tunai bermula dengan borang pesanan
belian yang dihantar oleh pembeli.
Dokumen ini mengandungi butiran

pembeli, jenis barang, harga dan kuantiti

barang yang ingin dipesan.

*02 Nota Serahan 02 Gambar 6.11 Dokumen resit pembayaran
Seterusnya, penjual akan
05
menghantar nota serahan 06
sebagai bukti serahan barang

kepada pembeli.

*03 Invois 03
Penjual akan mengeluarkan 04
invois.

*04 Nota Kredit
Nota kredit dikeluarkan sekiranya
terdapat pemulangan barang yang
dihantar penjual rosak, salah saiz atau
terlebih caj.

*05 Tunai, Cek atau Slip Pindahan Wang
Pembeli seterusnya membayar harga barang dalam
tempoh kredit sama ada dalam bentuk tunai, cek

atau slip pindahan wang.

*06 Resit
Seterusnya penjual akan mengeluarkan

resit sebagai bukti pembayaran oleh
pembeli.

Rajah 6.8 Proses rekod pembelian dan jualan secara kredit

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 188

Invois
Invois mengandungi butiran barang niaga dan nilai yang perlu
dibayar pembeli bersama syarat serta tempoh pembayaran.

Istilah

Invois merupakan dokumen
peringatan kepada pembeli
tentang hutangnya.

Gambar 6.12 Dokumen
invois

Nota serahan
Nota serahan adalah bukti penyerahan barang kepada pembeli.

INVOICE

Date : JANUARY 28, 2011 DEF ADVANCE TEHCNOLOGIES
Invoice# : UTEM-JAN11-INV06 (Registration #: MA 0110908X)
Order# : PT0001130111
D.O# : UTEM-JAN11-DO06 No. 89-1, Jalan TU41,
Customer : FACULTY OF MANUFACTURING ENGINEERING Taman Tasik Utama,
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
Attn to : DURIAN TUNGGAL Hang Tuah Jaya,
MELAKA 75450 Ayer Keroh,
ENGR. MOHD. SHUKOR BIN SALLEH Melaka, MALAYSIA.

Tel: 06-2325391/5394
Fax: 06-2325392

Email: [email protected]
www.defatech.com

No. DescriptionQ ty Unit Price Extended Price
1 PC
1. ALUMINUM 2124 2 PCS 702.00 702.00
2.8MM x 4’ x 4’ 3 PCS
239.00 478.00
2. ALUMINUM 5454
1.5MM x 4’ x 4’ 205.00 410.00

3. ALUMINUM 5454
1.0MM x 4’ x 4’

Gross Total RM 1,590.00

Note:
All payment should be direct bank in into our company bank account as following bank:

Company Name : DEF ADCANCE TECHNOLOGIES

Acc No. : 0407000016789

Banker : MAYBANK ISLAMIC

Branch : Bukit Baru, 11 Section 3, Taman Bukit Piatu,

751550 Bukit Baru, Melaka.

Should you have any enquiries, please feel free to call us at 06-2325391/016-2273565.

RECEIVE BY DEF ADVANCE TECHNOLOGIES

Customer Chop & Sign Authorized Signatory Gambar 6.13
Dokumen nota
serahan

189 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Nota debit
Nota debit dikeluarkan sekiranya invois terkurang caj atau
ketinggalan catatan.nota debit akan memberitahu pembeli bahawa
hutangnya bertambah.

Istilah

Nota debit juga dikenali
sebagai invois tambahan.

Gambar 6.14 Dokumen nota debit

Nota kredit Perbualan dalam
Nota kredit adalah untuk memaklumkam hutang pembeli berkurang whatapps.
disebabkan barang dihantar rosak, tersilap kuanti, saiz dan invois
terlebih caj. Pembeli : Saya ingin
memaklumkan terdapat
dua papan telur yang tuan
hantar telah rosak semasa
penghantaran.

Penjual : Baiklah pekerja
saya telah memaklumkan
perkara tersebut. Saya akan
menghantar nota kredit kepada
pihak encik.

Pembeli : Baiklah terima kasih.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan Gambar 6.15 Dokumen nota kredit
190

Pesanan belian Bil tunai
Resit
Tunai / cek / slip
pindahan wang

Rajah 6.10 Aliran dokumen urusniaga jualan
dan belian secara kredit

Pembeli Penjual
Pesanan belian Nota serahan

Invois Nota debit
Resit
Tunai / cek / slip
pindahan wang

Rajah 6.11 Aliran dokumen urusniaga jualan dan belian secara tunai
191 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

iii. Rekod kos operasi

Kos operasi merupakan perbelanjaan perniagaan untuk
menjalankan operasi perniagaan. Usahawan perlu memastikan
sebarang kos operasi direkod dan disimpan dengan sempurna
supaya kos operasi dapat dikawal selia serta dirujuk.
Perbelanjaan kos operasi yang berlebihan dan tidak terkawal
menyebabkan kerugian kepada perniagaan.

Baucar pembayaran

Testing Company Sdn Bhd (G1109876-M) PAYMENT VOUCHER

Pay To :T 32, 1st Floor, Jalan Tiara 4, 41150 Klang, Payment Voucher No. : PV-000052
Selangor. Date : 01/04/2015
Tel : 03-3341678 Fax : 03- 33412909
(GST No : 1234567890) Payment By : Maybank
Currency Rate : 00000
esting

A/C STATIONERY DescriptionA mount Incd. GST Tax Amt (RM)A mt Incd. GST (RM)
ADVERTISMENT
921-000 MAYBANK - TESTING 1,000.00 0.00 1,000.00
901-000 MAYBANK - TESTING 2,000.00 120.00 2,120.00

RINGGIT MALAYSIA : THREE THOUSAND AND ONE HUNDRED TWENTY ONLY Total 3,000.00 120.00 3,120.00

Approved By Received By

Gambar 6.16 Contoh dokumen baucer bayaran
Dokumen ini dikeluarkan oleh perniagaan dan diperakukan
oleh penerima bayaran. Perbelanjaan seperti gaji dan
pembayaran sewa yang tidak mempunyai dokumen sokongan
perlu menggunakan baucar bayaran.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 192

Penyata gaji

Testing Company Sdn Bhd (G1109876-M) PENYATA GAJI

32, 1st Floor, Jalan Tiara 4, 41150 Klang,
Selangor.
Tel : 03-3341678 Fax : 03- 33412909
(GST No : 1234567890)

Name : AZMAN BIN HASSAN Employee No. : W1209 Sex : M
NIRC : 730405145545
Dept No. : DTP EPF No. : 1234567 Socso No. : 23298398790 Pay Type : Monthly

Earnings Times Day/Hr/Pc Amount (RM) Deductions Amount (RM)F ixed Allowances
Total (RM)
Salary 2,200.00 EPF 242.00
Restday<4hrs Socso 10.75
Restday>4hrs Advance
Holiday Unpaid Leave
OT Workday Tax-CP39
OT Restday Tax-CP39A
OT Holiday Tax-CP38
Leave pay Zakat/Levy
Fixed Allowances Fixed Deductions
Commission
Payments of Arrears Total (RM) 252.75
Others-Non Contributory
Bonus Net Pay (RM) 1,947.25 Fixed Deductions
Director Fees (current year) Round Adj (RM) Others-Non Contributory
Remarks:
Actual Net (RM) 1,947.25

2,200.00 Tax No. :
Bank Code : MBB

A/C No. : 111899839983

------------------- Current Month --------------------- -------------------------- Year to date ----------------------------

EPF Socso EPF Socso Tax

Employee 242.00 10.75 Employee 242.00 10.75

Employer 286.00 37.65 Employer 286.00 37.65

Total 528.00 48.40 Total 528.00 48.40

Gambar 6.17 Contoh dokumen penyata gaji

ASAL BIL TUNAI No. 1254 Gaji dibayar menggunakan baucar
SYARIKAT INDAH SDN BHD bayaran berdasarakan kepada penyata
gaji pekerja. Penyata gaji menunjukkan
198, Jalan 219, segala butiran pendapatan dan potongan
Putatan Point gaji pekerj selain maklumat nombor
88200 Putatan, Sabah. gaji, KWSP, Perkeso dan Lembaga
Tel : 088-764432 Faks : 088-764503 Hasil Dalam Negeri (LHDN).
E-mel : [email protected]
Bil bayaran
Kepada : Tarikh : 3 Februari 2003 Pembayaran kadar bayaran disokong
En. Arumugam dengan bil bayaran yang dikeluarkan
Kuantiti Harga Seunit Jumlah pembekal utiliti seperti bil elektrik, bil
BilB utir 30 pasang (RM) (RM) air, bil internet dan bil langganan saluran
1 Kasut Wira 20 pasang 15.00 450.00 televisyen. Pembayaran berdasarkan
2 Kasut Hana 10.00 200.00 amaun bil dan keratan bil disimpan
setelah pembayaran dibuat.
Jumlah Besar 650.00

Ringgit Malaysia Enam Ratus Lima Puluh Sahaja

Tunai / No. Cek : Mariam

Pengurus

Gambar 6.18 Contoh dokumen bil bayaran

193 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

iv) Modal dan ambilan

MEMO
SYARIKAT INDAH SDN BHD

198, Jalan 219,
Putatan Point
88200 Putatan, Sabah.

Tarikh : 18 Februari 2003
Peringatan :
Pemilik telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM50.00 (Ringgit Malaysia :
Lima Puluh sahaja) untuk kegunaan keluarganya.

Mariam

Pengurus

Gambar 6.19 Contoh dokumen memo
Modal dan ambilan direkod di dalam dokumen memo. Memo
adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pemilk kepada kerani
untuk memaklumkan sebarang pertambahan modal. Memo
juga merekod ambilan barang niaga, tunai ataupun aset bukan
semasa untuk kegunaan peribadi atau promosi.
Pada masa kini, kaedah pembayaran menjadi semakin
mudah. Kemuadahn perbankan online, mesin deposit wang,
mesin pengeluaran wang dan mesin deposit cek membantu
perniagaan membuat urusan pembayaran denagn lebih mudah.
Slip yang dikeluarkan olen mesin-mesin tersebut boleh
dijadikan dokumen sokongan manakala transakasi secara atas
talian juga boleh disimpan dalam fail komputer dan juga dicetak
untuk disimpan dalam bentuk dokumen.

Gambar 6.20 Contoh slip deposit wang Gambar 6.21 Contoh
transaksi atas talian

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 194

Simulasi Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen

6.6 Perniagaan

Kaedah penyediaan dan penyimpanan dokumen boleh dilakukan
dengan cara dokumen yang terlibat perlu dihasilkan dalam bentuk
asal dan Salinan.

Penyimpanan manual
Penyimpanan dokumen secara manual terbahagi kepada dua
iaitu melalui dokumen yang difailkan dan yang dibukukan.

Gambar 6.22 Kabinet dan fail
Info Khas

Dokumen asal akan disimpan Gambar 6.23 Dokumen
oleh pembeli, manakala Penyimpanan eletronik
dokumen salinan akan Dokumen ini juga boleh disimpan dalam komputer melalui
disimpan oleh penjual. beberapa peranti seperti Cakera Padat, Pemacu Pena (Pendrive),
Cakera Keras (Hard Disk) dan sebagainya.

Gambar 6.24 Pendrive

Gambar 6.25 Komputer
195 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Contoh Simulasi Penyedian dan Penyimpanan Dalam
Perniagaan

En. Hafiz membuka sebuah perniagaan kedai rambut Stylo Saloon
di sebuah pusat perniagaan di bandar Melaka.

Berikut merupakan urusniaga yang berlaku sepanjang 1 Ogos 2016
hingga 7 Ogos 2016.

Pada 1 Ogos En. Hafiz telah menerima invois daripada pembekal
kerana beliau telah memesan inventori belian. Invois tersebut
menunjukkan amaun yang perlu dibayar oleh beliau.
Beliau akan menyimpan invois asal manakala pembekal menyimpan
invois salinan.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 196

MEMO
Hafiz Stylo Saloon

6, Jalan Laksamana,
Jalan Melaka Raya 35,

75000 Melaka
Tel : 06-282 6785

Tarikh : 3 Ogos 2016

Kepada :
Kerani Akaun

Peringatan :
Saya telah mengeluarkan wang tunai RM100.00 untuk kegunaan peribadi:

RM100.00

Hafiz

...........................................

Pengurus

Pada 3 Ogos 2016, En Hafiz telah memaklumkan kepada kerani
bahawa beliau telah mengambil tunai sebanyak RM 100 daripada
perniagaan untuk kegunaan peribadi. Perkara ini telah dicatat
dalam memo.

BIL TUNAI

Hafiz Stylo Saloon

6, Jalan Laksamana,
Jalan Melaka Raya 35,

75000 Melaka
Tel : 06-282 6785

Tarikh : 8 Ogos 2016

Kepada : (RM)
Hasil perkhidmatan untuk seminggu : 1 Ogos - 7 Ogos 2016 300.00
620.00
Ogos Item 420.00
1 Hasil perkhidmatan 60.00
440.00
2 Hasil perkhidmatan 600.00

3 Hasil perkhidmatan 2,240.00

4 Hasil perkhidmatan

5 Hasil perkhidmatan

6 Hasil perkhidmatan

JUMLAH :

Hafiz

...........................................

Pengurus

Sepanjang minggu, perniagaan telah mendapat hasil perkhidmatan
seperti di atas dan disahkan oleh pengurus sendiri.

197 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

ASAL No. Baucar : 1998

Baucar Pembayaran
Hafiz Stylo Saloon

6, Jalan Laksamana,
Jalan Melaka Raya 35,

75000 Melaka
Tel : 06-282 6785

Tarikh : 7 Ogos 2016

Kepada :
Syarikat Pemaju DʼReka
1, Jalan Cheng Utama
75000 Melaka.

Bil. Keterangan Jumlah Tandangan
(RM) Penerima
1 Sewa Kedai - Ogos 2016
JUMLAH 700.00 Kenny
700.00
(Ringgit Malaysia : Tujuh ratus sahaja)
Tunai / cek :

Hafiz

...........................................

Pengurus

Pada 7 Ogos 2016, En. Hafiz membayar sewa kedai bernilai RM Gambar 6.26 Kabinet fail
700. Oleh kerana sewa kedai tidak mempunyai dokumen sokongan
maka baucar pembayaran adalah dokumen yang sesuai sebagai
bukti pembayaran.
En. Hafiz telah menyimpan salinan dokumen di dalam fail dan
juga secara elektronik. Dokumen ini perlu disimpan rapi untuk
penyediaan penyata kewangan perniagaan di masa hadapan.

Gambar 6.27 Komputer dan pendrive

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 198

Penyimpanan dokumen penting sebagai rujukan untuk penyediaan penyata kewangan.Kepentingan
dokumen adalah untuk memastikan prestasi kewangan dan kedudukan kewangan dapat dilaporkan
dan digunakan untuk pembuatan keputusan serta perancangan perniagaan.

Jadual 6.3 Penggunaan dokumen urusniaga dalam penyata kewangan

Urusniaga Dokumen Penyata kewangan
Akaun perdagangan
Jualan tunai Bil tunai
Jualan kredit Invois
Pulangan barang niaga/terlbih caj Nota kredit

Belian tunai Bil tunai
Belian kredit Invois
Pulangan barang niaga Nota debit

Angkutan masuk, upah atas belian dan duti atas Nota debit
belian.

Penerimaan dividend an komisen Penyata bank Akaun Untung rugi

Gaji dan sewa Baucar bayaran
Insruans / kadar bayaran resit

Pembelian aset semasa Invois Kunci kira-kira
Membawa aset ke dalam perniagaan Bil tunai

199 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Menyediakan Penyata Aliran Tunai

6.7

Penyata aliran tunai merupakan penyata yang melaporkan aliran
tunai perniagaan dengan menunjukkan sumber pendapatan tunai
dan perbelanjaan tunai.

Lebihan menujukkan perniagan mampu mengawal
tunai perniagaan, kurangan akan menunjukkan perniagaan perlu
mengenal pasti kelemahan dalam pengawalan tunai. Penyata aliran
tunai boleh disediakan secara bulanan dan tahunan.

HuiCi's Bookshop Enterprise
Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan berakhir Julai 2016

BUTIRM EI JUN JULAI
Baki Tunai Awal 80,200 92,150 103,135

PENERIMAAN 63,000 66,150 69,458
Jualan ( tunai) ,500 1,650 1,815
Komisen diterima1
64,500 67,800 71,273
JUMLAH PENERIMAAN
14,960 16,456 18,102
PEMB AYARAN 22,440 24,684 27,152
Belian ( tunai)
Pemiutang 600 600 600
Angkutan 1,200 1,200 1,200
Sewa dibayar
Derma 500 500 500
Gaji 7,000 7,000 7,000
Alat tulis
Kadar bayaran 250 275 275
Komisen dibayar 2,500 2,750 2,750
Promosi 2,500 2,750 2,750
Pos5
Belanja Am 300 300 315
05 05 3

250 250 263

JUMLAH PEMBAYARAN 52,550 56,815 60,959
LEBIHAN / KURANGAN 11,950 10,985 10,314
Baki h/b (akhir) 92,150 103,135 113,449

Gambar 6.28 Penyata aliran tunai

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 200

Celik Minda

Nyatakan dokumen yang terlibat dalam urusniaga berikut:

Urusniaga Penyata kewangan

1. En.Fattah mengambil
inventori barang niaga untuk
tujuan promosi.

2. Perniagaan Kain Maria
memulangkan satu gulung
kain yang rosak kepada
pembekal.

3. Syarikat Milky White Bhd
membeli sebuah mesin
jentera untuk menjalankan
pengeluaran produk.

4. Cik Charmaine membayar
bil internet dengan
menggunakan mesin
deposit cek.

Pemasaran dan Jualan

Pemasaran menjadi suatu keperluan setiap perniagaan pada zaman moden. Strategi pemasaran yang
berjaya dapat menjana keuntungan kepada perniagaan. Pemasaran dan jualan saling memerlukan
antara satu sama lain bagi meningkatkan jualan produk dan membina hubungan jangka panjang
dengan pengguna. Jualan memerlukan pemasaran untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui
strategi 4P iaitu Produk, Perletakan harga, Perletakan lokasi dan Promosi.

201 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Menyatakan Definisi Jualan dan Pemasaran

6.8

Definisi jualan

Jualan bermaksud memindahkan pemilikan barang daripada
seorang kepada orang lain untuk sesuatu harga. Ia adalah proses
interaksi antara penjual dan pelanggan bagi membolehkan kedua-
dua pihak mencapai persetujuan atau kontrak untuk menukarkan
produk atau perkhidmatan dengan nilai wang.

Definisi pemasaran Gambar 6.29 Peniaga sedang
menjual produknya kepada
Pemasaran bermaksud proses mencipta nilai untuk pelanggan dan pelanggan
membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan agar dapat saling
bertukar nilai dengan mereka. Ia adalah proses pemberitahuan
kepada orang ramai tentang produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan bagi memenuhi keperluan, kehendak dan kepuasan
pelanggan.

Matlamat utama pemasaran adalah:

Menarik pelanggan baru dengan menjanjikan nilai yang tinggi. Gambar 6.30 Pelanggan
Mengekalkan pelanggan sedia ada dengan memberikan sedang berada di kaunter hotel
kepuasan pelanggan.
Skop pemasaran adalah lebih menumpukan kepada keperluan masa
depan pengguna dengan mencipta produk yang menjadi keperluan
pengguna. Hal Ini untuk memastikan
hubungan jangka panjang antara perniaga
dan pengguna.

Jualan pula hanya bertujuan menyesuaikan
produk sedia ada dengan pengguna untuk
memenuhi sasaran jualan.

Oleh yang demikian, perniagaan
yang berjaya memerlukan jualan dan
pemasaran yang kukuh agar dapat
bertahan lama dan dikenali pengguna.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 202

Persediaan Dalam Menjalankan Aktiviti Perniagaan

6.4

Campuran rancangan pemasaran (4P seperti bab 7).

Produk Perletakan

4P

Promosi Polisi harga

Rajah 6.12 Rancangan Pemasaran 4P

1. Produk

Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada
pasaran yang boleh mendapat perhatian, dibeli, digunakan bagi
memenuhi permintaan dan keperluan. Produk secara amnya
berupa fizikal contohnya telefon, kerusi dan komputer.

Gambar 6.30 Produk telefon Produk juga diperluas kepada perkhidmatan idea. Contohya
perkhidmatan kesihatan (klinik atau hospital), hospitaliti dan
rekreasi (hotel atau pusat hiburan) dan khidmat konsultasi
(perunding hartanah atau perbankan).

Gambar 6.31 Pusat peranginan Genting Highland Gambar 6.32 Institut Jantung Negara (IJN)
203 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Secara amnya produk dibahagikan kepada: Gambar 6.33 Smart TV
Produk pengguna (produk mudah beli, produk beli belah,
produk istimewa dan produk mudah cari).

Produk yang digunakan oleh pengguna akhir untuk
kegunaan peribadi.
Produk industri (produk bahan ganti, produk item modal
dan produk bekalan atau perkhidmatan).
Produk yang diperlukan oleh industri untuk menghasilkan
produk yang lain.
a) Ciri-ciri atau Bentuk Fizikal Produk yang ditawarkan.
Ciri-ciri produk yang boleh ditawarkan haruslah mempuyai
ciri-ciri yang istimewa berbanding produk
sedia ada. Penambahan satu ciri mampu
memberi kelebihan kepada produk.
Usahawan perlu membuat kaji selidik
pendapat pengguna tentang ciri-ciri yang
diinginkan oleh pembeli.
Produk Televisyen Pintar mempunyai
ciri yang lebih moden berbanding
televisyen biasa. Ia mempuyai saluran
Wifi, Usb dan Bluetooth.
Contohnya, kuih Keria Antarabangsa
yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal
ini menunjukkan makanan tersebut haruslah

mempunya ciri yang lebih
baik berbanding produk yang sama di
tempat lain. Pembaharuan yang
dilakukan ialah menggunakan
gula Melaka yang pada asalnya
menggunakan gula biasa
seperti peniaga-peniaga lain.

Gambar 6.34 Kuih keria
antarabangsa Melaka

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 204

Gambar 6.35 Logo jenama Maggi Jenama
dan Milo Penjenamaan merupakan aspek yang memerlukan kepakaran
dalam bidang pemasaran untuk mendapatkan jenama yang
terbaik. Pengguna melihat jenama sebagai sebahagian daripada
produk tersebut dan membawa maksud mendalam.
Jenama menjadi sesuatu yang terlalu kuat bagi sesuatu produk
termasuklah produk yang biasa mampu menjadi sesuatu yang
berjenama. Jenama juga mewakili kualtiti dan konsistensi.
Pelanggan akan membeli produk dari jenama yang sama kerana
telah mengetahui tentang ciri-ciri kebaikan dan kualiti produk
tersebut yang memenuhi kehendak pengguna.
Jenama boleh dikategorikan kepada berikut:
• Nama - Jenama yang boleh disebut dengan huruf.
Contoh Maggi dan milo.
• Tanda - Jenama dalam bentuk warna dan simbol seperti

Mc Donalds (bentuk M) dan Maybank (lambang harimau).

Gambar 6.36 Logo jenama McDonalds dan Maybank

• Tanda perdagangan ialah symbol yang diterima pakai oleh
penjual secara eksklusif dan mendapat kebenaran undang-
undang seperti Fedex.

Gambar 6.37 Logo Jenama Fedex
205 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Pembungkusan
Pembungkusan melibatkan rekaan dan pengeluaran bekas serta
pembungkus produk. Tujuan asal pembungkus adalah untuk
melindungi produk. Namun, pembungkusan menjadi salah satu
strategi pemasaran pada masa kini.
Info, warna dan rekaan pembungkus akan menarik
pengguna untuk membeli produk. Pengguna akan tertarik
dengan pembungkusan yang lebih mesra pennguna.
Pembungkusan boleh dibahagikan kepada:
Pembungkusan Primer - Bungkusan utama produk.

Gambar 6.38 Tiub ubat gigi
Pembungkusan Sekunder - Bungkusan kedua yang
melindungi bungkusan utama.

Gambar 6.39 Kotak ubat gigi

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 206

Pembungkusan konvensional

Gambar 6.40 Pembungkusan konvensional
Pembungkusan diperbaharui

ROTI Tinggi
Kalsium

Maklumat Pemakanan
Saiz Hidangan : 60g

Hidangan Bagi Setiap Bungkusan : 7

Tenaga Setiap/100g Setiap Hidangan
Karbohidrat 2 keping (60g)
252 kcal
Protein 48.5g 151 kcal
Lemak 8.3g 29.1g
Kalsium 2.4g 5.0g
250mg 1.4g
150mg

Ramuan: Tepung gandum, susu tepung tanpa
lemak, lemak sayur,mentega, gula pasir,
garam, ragi.

Mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan.

Berat bersih: 450g

Arahan penyimpanan:
Simpan di tempat sejuk dan kering.

GUNA SEBELUM: 09/12/2016

Dikilangkan oleh:

ABC Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan 123
Taman Perindustrian EFG
50000 Kuala Lumpur, Malaysia

Gambar 6.41 Pembungkusan diperbaharui
207 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Perbezaan antara pembungkusan konvensional dan diperbaharui

Label

Gambar 6.42 Label produk
Merujuk kepada logo yang mewakili sesuatu produk. Pengguna akan mengenali produk
daripada label. Label mempamerkan personaliti produk. Ia mampu menerangkan tentang
pengasas produk, lokasi produk , tempoh produk dan cara produk digunakan. Bagi sesetengah
perniagaan, label merupakan elemen penting dalam perhubungan produk dengan pengguna.

Gambar 6.43 Logo produk Gardenia
Logo Gardenia mempunyai slogan dan warna yang digunakan mewakili resipi asal daripada
negara tersebut.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 208

Gambar 6.44 Logo produk
Habib Jewel
Habib jewel menggunakan logo permata untuk menjukkan produk yang dijual berkaitan dengan
permata, emas dan produk dalam barisan yang sama.

Gambar 6.45 Logo produk Malaysia Airlines
Gambar wau menujukkan MAS merupakan syarikat penerbangan
dari Malaysia.
Kepelbagaian pilihan
Produk juga perlu mempunyai pilihan sama ada dari segi
warna, saiz dan kuantiti.
Contohnya warna kereta mempunyai pilihan warna dan kuasa
kuda yang berlainan. Begitu juga pakaian mempunyai pilihan
warna dan saiz.

Gambar 6.46 Pilihan warna kereta
Pilihan warna untuk kereta memberi kelebihan kepada
pengguna dalam memlih warna yang diinginkan.
209 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Pelbagai pilihan set makanan di Kentucky Fried
Chicken (KFC) menjadi salah satu strategi
pemasaran bagi produk tersebut.

Perkhidmatan
Ciri-ciri industri perkhidmatan adalah:

Tidak wujud dalam bentuk fizikal -
Perkhidmatan tidak boleh dilihat, dihidu
dan dirasai sebelum dibeli.

Contohnya seperti mangambil Gambar 6.47 Pilihan set
perkhidmatan Andaman. Perkhidmatan ini tidak dapat dirasai makanan
sekiranya pengguna belum mendapatkan khidmat tersebut.
Pengguna hanya boleh mengetahui tentang perkhidmatan
melalui testimoni dan jaminan kualiti yang diberikan.
Pengguna menggambarkan kualiti melalui tempat, individu,
harga, peralatan dan komunikasi yang digunakan.

Tidak boleh dipisahkan - Perkhidmatan tidak boleh dipisahkan
dengan pembekal perkhidmatan. Perkhidmatan memerlukan
sumber manusia untuk menggerakkan perkhidmatan tersebut.
Hasil perkhidmatan memerlukan interaksi antara pembekal
perkhidmatan dan pengguna.

Keberubahan - Kualiti perkhidmatan bergantung kepada
Individu, tempat, masa dan cara perkhidmatan diberikan.

Daya ketahanan - Perkhidmatan tidak boleh disimpan atau
digunakan pada masa yang lain. Contohnya perkhidmatan
Light Rail Transit (LRT), menjadi lebih sibuk pada waktu
sesak. Oleh yang demikian, kekerapan Tren perlu lebih tinggi
berbanding waktu biasa. Begitu juga perkhidmatan hotel yang
menwarkan diskaun pada waktu biasa untuk menarik pelangaan
berbanding waktu cuti.

Gambar 6.48 Perkhidmatan
LRT

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 210

Pakej sokongan perkhidmatan yang ditawarkan
Pakej sokongan perkhidmatan ditawarkan oleh produk yang
memerlukan bantuan teknikal, latihan, penyelenggaran dan
lain-lain bantuan teknikal dalam memastikan produk memenuhi
keperluan pengguna.
Antara kepentingan sokongan perkhidmatan adalah:

Membantu pengguna meggunakan produk secara optimum.

Memberi sokongan teknikal dalam melancarkan operasi.

Membantu mengurangkan kos operasi.
Memberikan latihan kepada pengguna supaya jaringan dalam
perniagaan beroperasi dengan efektif.

Unlimited Package Support

Services Essential Preferred Preferred
On-Site
Remote Technical Assistance 3 3
Training 3 3 3
Equipment Feature Software 3 3 3
Craft Interface Software 3 3
Repair and Return 3 3 3
Advance Replacement 3
On-Site Support 3

3

3

3

Contoh produk yang menawarkan pakej sokongan perkhidmatan
adalah seperti syarikat automotif, elektronik. peralatan pejabat dan
perisian komputer.

Gambar 6.49 Produk perisian
anti virus

211 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Khidmat selepas jualan
Perniagaan yang ingin menjalankan hubungan jangka panjang
dengan pengguna perlu menyediakan khidmat selepas jualan
seperti:
• Khidmat pemasangan dan penyelenggaraan

Sekiranya produk memerlukan pemasangan dan servis,
penjula perlu menyediakan khidmat tersebut dengan
bantuan tenaga pakar agar pemasangan dan servis
dilakukakn dengan baik dan cepat.
• Khidmat Pelanggan
Khidmat pelanggan seperti talian pengguna dan
kaunter pertanyaan perlu bagi memudahkan pelanggan
mendapatkan jawapan dan menyelesaikan masalah.
• Jaminan
Jaminan atau waranti produk adalah bagi memastikan
pengguna yakin produk tersebut boleh bertahan lama dan
bekualiti. Jaminan memastikan pengguna mendapatkan
produk yang baharu atau alat ganti yang baharu sekiranya
produk yang mereka beli mempunyai masalah. Terdapat
juga penjual yang memberikan jaminan wang dikembalikan
untuk mendapatkan keyakinan pengguna.

2. Perletakan

Capaian pelanggan untuk mendapatkan produk dari segi tempat
dan cara pembeli mendapatkan produk atau perkhidmatan.
i. Tempat dan cara produk ditawarkan
Perniaga perlu memilih lokasi yang strategik dan cara yang

sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.
Premis
Usahawan perlu memilih lokasi premis perniagaan yang
strategik agar mudah diakses oleh pembeli.
Penentuan lokasi addalah bergantung kepada:
• Jenis Perniagaan

Lokasi bergantung kepada jenis perniagaan.
Contoh : pakaian di pusat bandar, hotel di kawasan tumpuan
pelancong.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 212

• Modal
Perniagaan yang mempyaui modal besar boleh
membuka perniagaan di kawasan tumpuan ramai
seperti di pusat membeli belah, modal kecil boleh
bermula dengan rumah kedai di pinggir bandar.

• Persaingan
Premis tidak perlu dibuka di kawasan yang banyak
persaingan kerana pengguna akan membuat
perbandingan.

• Jenis pelanggan
Pelanggan muda gemar premis yang berhawa dingin.

• Kemudahan Fasiliti
Kemudahan tandas, surau dan tempat rehat.

• Undang-undang dan Kawalan Zon
Lokasi dibenarkan oleh undang-undang pihak berkuasa
tempatan.

Gambar 6.50 Muka depan laman Pemasaran Terus dan Digital
sesawang Tesco Dengan perkembangan teknologi terkini kebanyakan
perniagaan menggunakan kemudahan dalam talian untuk
Gambar 6.51 Muka depan memasarkan produk atau pekhidmatan. Perniagaan yang
laman sesawang Lazada menggunakan dalam talian sebagai lokasi perniagan menjadi
semakin tular pada masa kini.
Perniagaan ini tidak memerlukan premis untuk
mempamerkan produk dan hanya menggunakan aplikasi
dalam talian. Aplikasi dalam talian yang popular adalah laman
sosial seperti facebook, instagram dan aplikasi telefon seperti
whatsapp dan telegram.
Jualan dalan talian melalui laman sesawang:
Perniagaan seperti Tesco dan Lazada mencipta kedai dalam
talian dengan menggunakan laman sesawang untuk kemudahan
pelanggan. Pengguna hanya perlu melayari laman web tersebut

dan memilih
produk yang
diingini dan
mengesahkan
pembayaran.
Penghantaran
produk
dilakukan
dalam
tempoh
tertentu.

213 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Jualan dalam talian melalui laman sosial, blog dan forum:
Laman sosial seperti facebook, instagram, whatsapp dan
telegram menjadi platform kepada usahawan online kerana
ia cepat, mudah dan lebih privasi. Perniaga akan menujukkan
gambar produk atau perkhidmatan beserta butiran seperti
keterangan produk, harga, pilihan dan cara penghantaran.
Peniaga akan meminta pembeli menghantar mesej peribadi jika
berminat untuk membeli supaya peniaga dapat mendapatkan
butiran pembelian dengan lebih cepat.

Gambar 6.52 Contoh iklan dalam Facebook
Kaedah penerimaan barang dan pembayaran untuk jualan
dalam talian adalah melalui penghantaran pos (postage) atau
penghantaran atas tangan (cash on delivery). Kos penghantaran
akan dicaj ke atas pembeli.
Kaedah pembayaran boleh dilakukan dengan kad kredit, kad
debit atau secara tunai semasa penghantaran bergantung kepada
terma dan syarat perniagaan.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 214

Menjadikan produk lebih dekat dengan pelanggan
Liputan
Produk atau perkhidmtan perlu mudah dicapai oleh pengguna.
Produk juga boleh didapati daripada pengedar adan agen
berhampiran lokasi pengguna.

Gambar 6.53 Agen cuckoo di dalam pasar raya
Logistik
Sekiranya pennguna ingin barangan dihantar, penjual boleh
membuat khidmat penghantaran dengan mengenakan caj
penghantaran ke atas pembeli.

Gambar 6.54 Penghantaran barang Ikea
215 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Stok
Penjual harus memastikan stok produk sentiasa ada kerana
pengguna sentiasa mahu produk mereka boleh didapati dengan
cepat.

Gambar 6.55 Stok jualan

3. Polisi Harga
Harga ialah amaun yang perlu dibayar pelanggan untuk
mendapatkan produk atau perkhidmatan. Harga juga bermaksud
jumlah nilai yang perlu ditukarkan untuk mendapatkan produk
atau perkhidmatan. Nilai yang dimaksudkan dalam perniagaan
adalah dalam bentuk wang.
Harga menjadi satu elemen penting dalam menentukan
keberuntungan perniagaan. Ia merupakan elemen yang fleksibel
namun menjadi isu yang paling kritikal. Perniaga perlu bijak
menguruskan harga produk dan perkhidmatan agar menjadi
strategi penting bagi mendapatkan nilai untuk pengguna.
a) Pelanggan bersifat sensitif kepada harga produk dan
perkhidmatan
Pengguna sentiasa memantau pergerakan harga barangan
kerana ia memberi kesan kepada belanjawan pengguna.
Apabila harga produk meningkat, maka perbelanjaan juga
akan meningkat. Begitu juga dengan perkhidmatan seperti
konsesi tol. Pengguna yang menggunakan jalan raya setiap
hari akan merasakan peningkatan bayaran tol memeberi
kesan kepada peningkatan perbelanjaan mereka.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 216

b) Nilai produk kepada pembeli
Harga yang ditawarkan haruslah memberi nilai kepada
pembeli. Hal ini bermaksud persepsi pembeli bahawa
kualiti barangan atau perkhidmatan tersebut berpatutan
dengan harganya.

c) Diskaun dan rebat
Diskaun adalah potongan harga sesuatu produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan kurang daripada harga
sebenar.Tawaran diskaun dan rebat amat digermari oleh
pembeli. Peniaga boleh menawarkan diskaun untuk
tempoh tertentu, penghabisan stok, pembelian borong dan
pembelian secara tunai atau pembeli membuat pembayaran
awal.

Gambar 6.56 Contoh diskaun barang
d) Harga produk berbanding pesaing
Harga produk atau perkhidmatan perlu bersaing dengan
pengeluar produk yang sama. Pembeli akan membandingkan
kualiti dan harga. Seterusnya memilih produk mengikut
keperluan masing-masing. Pembeli mempunyai jangkaan
bahawa produk yang kurang nilai akan rendah harganya.
Jadi peniaga tidak boleh meletakkan harga tinggi kerana
pembeli akan membeli dengan peniaga yang menawarkan
harga yang lebih rendah.
217 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Strategi utama perletakan harga 01
a) Harga berdasarkan nilai pengguna
02 Perniaga akan menetapkan harga 02
Harga berasaskan penilaian persepsi yang akan diterima oleh pengguna.
01 pengguna terhadap keperluan dan nilai

produk.

03 Menentukanan kos yang terlibat. 03

04 Mencipta produk yang memenuhi 04
keperluan nilai dan harga.
b) Harga berdasarkan kos
Menentukan kos produk. Menyakinkan pembeli
tentang nilai produk.

01 02 03 04

Perniaga mencipta Menentukan harga
bentuk produk. berdasarkan kos.

c) Harga berdasarkan pesaingan

Mengenal Mengenal pasti Menentukan harga
pasti nilai yang kekuatan harga berdasarkan

ditawarkan pesaing dan kualiti lebih baik
berbanding stategi mereka. dan kualiti lebih
tinggi berbanding
pesaing.
pesaing.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 218

QR Code 4. Promosi
Promosi meruapakan cara memujuk dan mempengaruhi
Layari laman web : pelanggan supaya membeli produk atau perkhidmatan.
a) Tempat dan waktu yang sesuai promosi diadakan
www.KPNDKK.gov.my untuk Pada setiap waktu perayan, pembeli akan membuat
mengetahui akta dan peraturan pembelian lebih tinggi. Permintaan produk dan
skim kawalan harga. perkhidmatan menjadi tinggi.
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Kawalan Harga
Contoh: pada musim perayaan bagi mengawal selia harga barangan
http://www.kpdnkk.gov.my/in- komuniti agar tidak melibihi harga siling.
dex.php/my/2014-09-30-03-01- Pada hari raya Aidilfitri, produk makanan, pakaian dan
11/penguatkuasaan-skim-kawa- perkhidmatan salun akan mendapat permintaan yang
lan-harga-musim-perayaan/ tinggi.
skim-kawalan-harga-musim-
perayaan

Istilah

Harga siling adalah harga
yang paling tinggi yang boleh
ditawarkan oleh peniaga
kepada pengguna.

Gambar 6.57 Jualan bazar semasa hari raya

Gambar 6.58 Promosi tiket Air Asia
219 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Jualan murah seluruh malaysia dan Jualan Gambar 6.59 Jualan murah akhir tahun
akhir Tahun (Year end sale) diperkenalkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi
dan Kepenggunaan. Jualan murah yang ditetapkan
adalah sebanyak tiga kali setahun iaitu:

I. Jualan awal tahun, satu hingga 30 Mac.
II. Karnival jualan mega 1Malaysia, lima Jun

hingga 31 Ogos.
III. Jualan akhir tahun 1Malaysia satu November

hingga 31 Disember.
Para usahawan perlu menawarkan sekurang-
kurangnya 50 peratus diskaun dalam semua jumlah
barangan di premis manakala, minimum 10 peratus
bagi harga setiap barangan.

Gambar 6.60 Jualan murah akhir tahun

Jualan kilang atau gudang
Jualan kilang merupakan jenis jualan barangan
dengan harga terus dari kilang. Hal ini membantu
pelanggan mendapatkan harga yang lebih murah
manakal, pengilang dapat mengeluarkan produk
yang lebih banyak.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan Gambar 6.61 Jualan Gudang
220

Pesta atau karnival
Pesta atau karnival yang dijalankan oleh penganjur dapat
memgumpulkan para peniaga dalam satu tempat pada satu-
satu masa. Hal ini membantu peniaga mendapatkan pelanggan
dengan lebih mudah dan lebih ramai.
Hal ini disebabkan oleh tarikan pesta yang selalu
menggunakan publisiti secara meluas dan tarikan selebiriti
yang datang dapat menarik pembeli datang ke karnival. Pesta
atau karnival bengantung kepada mengajur sama ada tumpuan
kepada produk yang sama atau pelbagai produk.
• Mood republik

Gambar 6.62 Jualan Mood Republik

• Matta fair

Gambar 6.63 Pameran pelancongan Matta Fair
221 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

• Mom n baby fair

Gambar 6.64 Pameran pelancongan Matta Fair

b) Bentuk promosi yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan
Pengiklanan
Pengiklanan adalah sesuatu yang mewakili dan mempromosikan
idea, produk atau perkhidmatan yang dibayar oleh pihak
penaja. Medium pengiklanan terdiri daripada television, media
sosial dan digital, surat khabar, surat, majalah, radio dan
papan tanda.
Pengiklanan dibahagikan kepada berikut:
• Penerangan
Menerangkan maklumat produk,
membina jenama dan imej produk.
• Memujuk
Mencipta hubungan dengan pengguna,
memujuk pengguna membeli
sekarang, mengalakkan pengguna
menukar kepada produk perniagaan.
• Mengingat
Mengekalkan hubungan pengguna,
mengingatkan pengguna lokasi
produk yang dibeli.

Gambar 6.65 Pengiklanan perkhidmatan

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 222

Gambar 6.66 Salesman jualan Jualan Langsung
kereta Wakil jualan dilantik untuk tujuan melakukan jualan dan
membina perhubungan dengan pengguna. Wakil jualan
berfungsi sebagai:
• Penghubung antara syarikat dan pengguna
• Pengendali jualan dan pemasaran
• Wakil jualan perlu diberikan latihan dan direkrut mengenai

cara pengendalian produk atau perkhidmatan serta cara
memasarkannya supaya pengguna yakin untuk membeli
barang dan perkhidmatan tersebut.

Promosi Jualan
Insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian produk
atau perkhidmatan. Istilah insentif juga dikenali sebagai
ganjaran. Promosi jualan dibahagikan kepada:
• Promosi Pengguna - Kupon dan mata ganjaran.
• Promosi Dagangan - Hadiah percuma seperti beg kecil,

kalendar dan pen.
• Promosi Perniagaan - Pameran dan carnival.

Gambar 6.67 Pesta karnival MAHA

Gambar 6.68 Pameran Pengantin Malaysia
223 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Publisiti
Membina hubungan baik antara perniaga dan orang ramai serta
membina imej korporat mengunakan perhubungan awam.
Kepentingan publisiti:

01 02 03 04 05

Membina Memberi publisiti Membina Membina Membina
perhubangan baik hubungan dengan hubungan yang
dengan golongan kepada produk hubungan baik kerajaan (melobi). baik dengan
media agar maklumat pemegang saham
dapat disampaikan tertentu. dengan masyarakat
dengan jelas dan
benar. umum.

Promosi Jadual 6.4 Jenis promosi perniagaan Contoh
Produk atau Perkhidmatan
Pengiklanan
Hospitaliti dan rekreasi Hospital dan
• Penerangan hotel

• Memujuk Produk barangan rumah Barangan
elektrik

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 224


Click to View FlipBook Version