The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamrygafar, 2019-06-20 00:32:21

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Bab 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (1)

Promosi Produk atau Perkhidmatan Contoh

• Mengingat Produk kesihatan dan Syampu,
kecantikan diri sabun dan
vitamin

Jualan langsung Produk memerlukan latihan Penapis air
dan demonstrasi dan kosmetik

Promosi jualan Menambah kualiti, hadiah Makanan
percuma dan jualan murah

Publisiti Produk memerlukan jurucakap Kempen
/ duta kanser dan
majlis konsert
amal

225 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

c) Isu yang boleh dijangka untuk memulakan promosi Diari Usahawan
Semasa memulakan promosi, isu yang perlu diambil kira
agar promosi dapat dijalankan secara berkesan dan mampu Dato’ Seri Vida pengasas
meningkatkan keuntungan kepada perniagaan adalah seperti produk Qu Puteh merupakan
berikut: usahawan kosmetik yang
Kos berjaya sehingga dapat
Usahawan perlu memastikan peruntukkan kewangan membina empayar kosmetiknya
mecukupi untuk menjalankan promosi. Usahawan perlu sendiri. Salah satu kejayaannya
membuat perbincangan dengan bahagian pemasaran adalah strategi pemasaran yang
tentang kos yang terlibat. Kos promosi yang tinggi kuat sehingga boleh membina
mengharapkan pulangan yang tinggi. satu tanda pengenalan yang
Saiz Perniagaan eksklusif untuk perniagaan
Saiz perniagaan yang besar memerlukan pemasaran yang beliau. Ayat ‘Qu Puteh Qu
besar. Jika terdapat cawangan, perniaga perlu memastikan Puteh Barulah Puteh’ menjadi
promosi sampai ke cawangan tersebut. tular diseluruh negara dan
Pengguna Sasaran dikenali ramai.
Usahawan perlu mengenal pasti demografi pengguna dari
segi jantina, umur, lokasi dan pendapatan isi rumah. Hal ini Pendekatan promosi secara
bagi memastikan perniaga memberikan tumpuan promosi pengiklanan dan publisiti amat
kepada pelanggan yang berpotensi. berkesan bagi perniagaan
Tujuan Promosi beliau. Daripada penajaan
Usahawan perlu memastikan tujuan promosi sama ada program rancangan hiburan
untuk memperkenalkan produk baharu atau menarik sehingga penajaan kelab
pelanggan baharu. bola sepak, Dato seri Vida
Polisi Kerajaan mendekati pengguna dengan
Memastikan promosi perniagaan sentiasa mematuhi polisi kaedah memujuk melalui
kerajaan. cara percakapan dan gaya
Liputan Pasaran personalitinya memudahkan
Usahawan perlu memastikan liputan pasaran yang sesuai beliau menjadi duta untuk
mengikut demografi pengguna. produknya sendiri.

d) Kaedah promosi berbanding pesaing
Kaedah promosi akan sama atau berbeza berbanding pesaing.
Kaedah promosi bergantung pada nilai produk kepada
pengguna.

Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 226

Contoh produk mengikut kaedah promosi adalah seperti
berikut:

Periuk nasi Primada
Kaedah pengiklanan - Menggunakan iklan promosi
televisyen Go Shop dengan menujukkan kelebihan produk.
Periuk nasi Pensonic
Kaedah publisiti - Menggunakan selebriti sebagai duta
agar dipercayai pengguna.

Gambar 6.69 Kaedah
pengiklanan Primada

Gambar 6.70 Kaedah publisiti Pensonic
Produk Maybelline
Kaedah pengiklanan – Menggunakan iklan televisyen dan
majalah.
Produk Mary Kay
Kaedah jualan langsung – Menggunakan demostrasi untuk
memperkenalkan produk.

Gambar 6.71 Maybelline Gambar 6.72 Mary Kay
227 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Gerak Minda 6

Soalan Struktur
Arahan : Jawab semua soalan.
1. Akta syarikat 1965 merujuk kepada

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. Nyatakan maksud dokumen.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. Senaraikan tiga dokumen dalam pembelian dan jualan kredit.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. Jelaskan maksud jualan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

5. Nyatakan jenis-jenis promosi.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Bab 6 Permulaaan Memulakan Perniagaan 228

Soalan Esei

Arahan : Jawab semua soalan.
1. Huraikan kewajipan perniaga selepas mendapat sijil pendaftaran perniagaan.
2. Invois yang dihantar kepada pembeli tertinggal catatan caj angkutan. Apakah dokumen yang

perlu dihantar kepada pembeli untuk memaklumkan perkara tersebut? Jelaskan.
3. Mengapakah jualan dan pemasaran saling bergantungan?
4. Huraikan strategi utama perletakan harga berdasarkan nilai pengguna.
5. Bincangkan kepentingan publisiti untuk membantu perniagaan memasarkan produk.
6. Perniagaan rempah asli yang dimiliki oleh Ashwinder mendapat sambutan luar biasa setelah

beliau mengiklankan produk dalam instagram. Bagaimanakah beliau ingin memastikan
pelanggan beliau mendapatkan produknya dengan kadar yang cepat dan stok sedia ada?

Refleksi

1. Terangkan definisi dan butiran yang terdapat dalam penyata kewangan.
2. Senaraikan pihak-pihak yang berkepentingan dalam penyata kewangan perniagaan.
3. Jelaskan fungsi penyata kewangan dalam operasi sesebuah perniagaan.
4. Huraikan cara membuat perbandingan penyata kewangan dengan menggunakan nisbah

asas.
5. Jelaskan cara membuat perbandingan kedudukan kewangan perniagaan berdasarkan nisbah

asas.

229 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Latihan Simulatif 6

Soalan Objektif
Arahan : Jawab semua soalan.

1. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 terpakai untuk perniagaan
A. Milikan tunggal dan perkongsian
B. Milikan tunggal dan perkongsian liabilti terhad
C. Milikan tunggal dan syarikat berhad
D. Perkongsian dan syarikat berhad

2. Antara kesalahan yang dilakukakn di bawah Akta Syarikat 1965 adalah
A. Tidak memperbaharui pedaftaran perniagaan
B. Tidak mempamerkan papan tanda perniagaan
C. Tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan
D. Tidak melantik akauntan syarikat

3. Perniagaan milikan tunggal perlu mendaftar secara dalam talian di dalam aplikasi
A. MyLLP
B. MySSM
C. E-company
D. E-lodgement

4. Dokumen yang memberikan peringatan tentang hutang perniagaan ialah
A. Bil tunai
B. Invois
C. Resit
D. Baucer bayaran

5. Keratan cek adalah bukti
A. Penerimaan secara tunai
B. Pembayaran secara hutang
C. Pembayaran ansuran
D. Pembayaran melalui cek

Bab 6 Permulaaan Memulakan Perniagaan 230

6. Memo menunjukkan kesan ke atas
A. Kunci kira-kira
B. Akaun perdagangan
C. Akaun Untung rugi
D. Kos jualan

7. Produk pengguna terdiri daripada
I Produk mudah beli
II Produk beli belah
III Produk bahan ganti
IV Produk bekalan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

8. Bungkusan aluminium untuk coklat merupakan pembungkusan
A. Sekunder
B. Primer
C. Dalaman
D. Luaran

9. Ayda Jebat dilantik sebagai duta Aurawhite. Perniagaan ini menggunakan kaedah promosi
A. Jualan langsung
B. Pengiklanan
C. Publisiti
D. Demonstrasi

10. Cik Aiman menjalankan perniagaan butik pengantin. Apakah ciri-ciri perniagaan beliau?
A. Berbentuk fizikal
B. Tidak boleh dipisahkan daripada pembekal
C. Mudah alih
D. Mudah ditukar dengan wang tunai

231 Persediaan Memulakan Perniagaan Bab 6

Kajian Kes

Perniagaan Caffenera adalah sebuah perniagaan kafe di Melaka. Menu yang dijual adalah
makanan dan minuman barat serta pastri yang segar, berkualiti dan harga berpatutan. Namun
begitu, lokasi perniagaan belum menbangun dan menyebabkan kurang pelanggan yang
mengetahui tentang perniagaan ini.
Pemilik perniagaan telah cuba mengiklankan produk di laman sosial namun sambutan agak
lembap kerana kekurangan ilmu dan liputan untuk menjadikan iklan perniagaan menjadi tular.
Sewa untuk premis juga tinggi disebabkan penyewa beranggapan kawasan premis akan
membangun. Perniagaan juga ridak dapat mengambil pekerja disebabkan kos yang semakin
meningkat. Dokumen perniagaan tidak dapat disediakan dengan sistematik kerana terlalu
banyak perkara yang perlu diuruskan oleh pemilik.
Pemilik perniagaan ingin melantik anda, seorang pengawai pentadbiran dan juga
pemasaran yang berpengalaman agar dapat membantu perniagaan untuk membina semula
perniagaan melalui strategi pemasaran yang betul untuk menarik pelanggan datang ke kafe.
Bagaimanakah cara pemilik perniagaan mampu menguruskan dokumen dengan sistematik agar
dapat menyediakan penyata kewangan? Berikan cadangan anda.

Rumusan

1. Akta Penubuhan Perniagaan terdiri daripada Akta Pendaftran Perniagaan 1965, Akta
Perkongsian Libiliti Terhad 2012 dan Akta Syarikat 1965.

2. Usahawan wajib mematuhi undang-undang dan peraturan agar perniagaan berjalan lancar
dan tidak dikenakan tindakan mahkamah.

3. Perniagaan perlu berdaftar dengan SSM untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Perniagaan
melalui prosedur tertentu.

4. Usahawan juga perlu menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan setelah mendapat
Sijil Pendaftran Perniagaan.

5. Pemilik perniagaan perlu menyimpan dokumen perniagaan sebagai bukti bertulis untuk
sesuatu urusniaga dalam bentuk fail atau bentuk simpanan komputer.

6. Penyata Aliran tunai mengenal pasti aliran sumber pendapatan tunai dan perbelanjaan tunai
yang dilakukan.

7. Pemasaran dan jualan saling bergantungan untuk mendapatkan keuntungan yang
maksimum.

8. Campuran pemasaran 4P adalah strategi pemasaran yang utama.
9. Produk terdiri daripa produk pemgguna dan produk industri.
10. Laman sosial menjadi fenomena sebagai lokasi menjual produk yang terlaris.
11. Penentuan harga boleh dilakukan berdasarkan nilai pengguna, kos dan persaingan.
12. Bentuk prmosi terdiri daripada pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan dan publisiti.

Bab 6 Permulaaan Memulakan Perniagaan 232


Click to View FlipBook Version