The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AISYAH MAISARAH BINTI SAMSURI
D20221103394

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyah maisarah, 2023-11-27 13:14:56

BUKU LOG KRS

AISYAH MAISARAH BINTI SAMSURI
D20221103394

CUP 2011 BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) NAMA: AISYAH MAISARAH BINTI SAMSURI NO. MATRIKS: D20221103394 KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN A


ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat 1.0 Perlembagaan Pertubuhan 1-5 • Prinsip-prinsip asas pertubuhan • Perlembagaan pertubuhan • Logo Kadet Remaja Sekolah • Bendera, Cogan dan Ikrar • Lirik Lagu 2.0 Sejarah Penubuhan 6-9 • Sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah • Sejarah penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah • Tujuan penubuhan KRS • Pakaian KRS 3.0 Disiplin dan Kerohanian 10-11 • Ketatanegaraan • Kerohanian • Pengurusan dan gaya diri • Pendidikan moral 4.0 Ketahanan Diri dan Kebudayaan 12-14 • Kawad • Perkhemahan • Ikatan tali • Pertolongan cemas/bantu mula 5.0 Ketatanegaraan 15-20 • Jalur Gemilang • Jata Negara • Rukun Negara • Bunga Kebangsaan • Haiwan Kebangsaan


6.0 Pertolongan Cemas 21-35 • Prinsip dan amalan • Pembebatan dan pembalutan • Pendarahan • Kecederaan terbakar • Gigitan dan serangan serangga • Keracunan • Pernafasan dan Asfiksia 7.0 Kompas dan Ikhtiar Hidup 36-45 • Jenis-jenis tali • Simpulan dan ikatan asas 8.0 Kawad Kaki 46-58 • Asas kawad kaki • Kawad kaki (kawad statik) 9.0 Perkhemahan 59-67 • Perancangan dan pelaksaan • Peralatan perkhemahan • Cara pemasangan khemah • Aktiviti perkhemahan 10.0 Lampiran 68-69


1 1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1. Disiplin yang kental • KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2. Pegang teguh kepada agama • KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterakan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. la juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama sert mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesa tetangga. 3. Cinta akan negara • Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. la juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukunegara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Berunuform KRS.


2 4. Sanggup berkhidmat • KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenal isu-isu semasa di kalangan pelajar dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN • Nama dan alamat berdaftar Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi Sekolah Rendah. • Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS i. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Kuala Lumpur. ii. Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. iii. Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan. iv. Peringkat Sekolah Sekolah bekenaan. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.


3 LOGO KADET REMAJA SEKOLAH Maksud Logo Kadet Remaja Sekolah Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya kea rah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala tidak sihat. Bulan dan Bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan remi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang shat. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


4 BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH Warna hijau melambangkan : • Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. • Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. • Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS atau TKRS. COGAN KATA KRS • Ilmu : Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS/TKRS. • Iman : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri • Amal : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah Malaysia berjanji dan bersetia akan menyemaikan semangat patriotik, tetap berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, beriman, dan beramal. Kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar, mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa, dan negara, serta mendukung Rukun Agama dan Rukun Negara sepanjang kami menjadi anggota kadet.


5 LIRIK LAGU KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah


6 2.0 SEJARAH PENUBUHAN SEJARAH MENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Sebelum mendapat gelaran KRS, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan PelajarPelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhan ini adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat politik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Pertemuan dengan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin pada 13 September 1993 telah mewujudkan sebuah jawatankuasa kecil untuk menyediakan kertas kabinet. Cadangan diberikan agar pasukan ini diberi gelaran Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM) dan kemudian nama itu ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS) SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Tunas Kadet Remja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah Kebangsaan Seri Melati atau sekarang lebih dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah telah menjadi sekolah pertama yang menubuhkan TKRS. Persatuan ini telah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk pelajar sekolah rendah sepertimana persatuan yang ada di sekolah menengah. Tujuan TKRS ini ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mengenai KRS. Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS).


7 TUJUAN PENUBUHAN KRS ➢ Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. ➢ Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilainilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. ➢ Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. ➢ Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. ➢ Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. ➢ Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. ➢ Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


8 PAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH PAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH • Beret berwarna Sherwood Dark Green. • Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. • Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjnag dan berwarna Sherwood Dark Green (untuk perempuan). • Seluar panjnag warna Sherwood Dark Green (ukuran kaki 40cm – 46cm). • Tali wisel merah. • Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. • Spike boot.


9


10 3.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1. KETATANEGARAAN TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Lambang Negara b. Bendera Malaysia c. Lagu Kebangsaan dan Negeri berkenaan d. Lambang dan Bendera Negeri e. Rukun Negara f. Lagu-lagu patriotik g. Lagu KRS h. Berlari sambil menyanyikan lagu larian KRS dan langkah KRS a. Jemaah Kabinet • Nama dan Jawatankuasa b. Sultan-sultan • Nama-nama Sultan c. Memahami Falsafah Pendidikan Negara d. Memahami dan mengenali kebudayaan Melayu serta kaum-kaum yang lain. e. Lagu-lagu patriorik a. Biodata Perdana Menteri • Menulis rencana • Syarahan b. Wawasan Perdana Menteri • Esei • Syarahan c. Mengenali institusi dan peranannya • Jabatan Majlis Agama Islam • Pusat Islam • Universiti Islam • Persatuan Ulama’ d. Mengenal tokoh ulama tempatan dan luar negara e. Mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan f. Lagu-lagu patriotik 2. KEROHANIAN a. Kelas Fardhu Ain b. Bacaan Yasin c. Marhaban dan berzanji d. Usrah e. Tamrin f. Kursus kefahaman Islam g. Hafalan doa-doa dalam kehidupan seharian


11 3. PENGURUSAN DAN GAYA DIRI TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Tanggungjwab terhadap diri dan keluarga • Memelihara kesihatan tubuh badan • Penjagaan keluarga b. Mengurus tempat kediaman • Susun atur peralatan rumah • Keselamatan di rumah c. Adab bergaul • Keuarga • Guru/rakan • Majlis rasmi a. Pemilihan pakaian • Majlis rasmi/formal • Etika berpakaian dalam Islam b. Peranggu meja • Sajian secara tradisional • Sajian secara China c. Etika di meja makan • Cara memegang pisau dan garpu • Cara meletakkan sudu, garpu dan pisau selepas makan a. Tatatertib sebagai tetamu • Adab sebagai tetamu • Adab menjadi tuan rumah b. Etika makan cara Islam c. Adab makan di dalam pelbagai jenis jamuan • Makan cara Melayu • Makan cara Barat • Makan di kantin 4. PENDIDIKAN MORAL – bukan beragama Islam TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Buat baik dibalas baik b. Waspada sebelum kena c. Kesetiaan kepada negara d. Sahabat setia e. Teguran membina f. Balasan jujur g. Berakit-rakit h. Contohi labah-labah i. Kalau cermat tentu selamat j. Budi bahasa a. Sultan Alausin Riayat Shah b. Sesal kemudian tidak berguna c. Mengawal pemikiran, pertuturan dan perlakuan d. Etika perniagaan yang baik e. Pengorbanan kaum ibu f. Fikir sebelum bertindak g. Kebebasan dalam sistem demokrsi h. Pentingnya keselamatan jalan raya i. Biar lambat asalkan selamat j. Bukit sama didaki lurah sama dituruni Penghayatan nilai-nilai murni tahap 1 & 2


12 4.0 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1. KAWAD TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Asas kawad i. Kawad Am • Masuk barisan • Paraskan barisan • Kanan lurus • Senang diri • Sedia • Buka dan tutup barisan • Ke kanan dan ke kiri pusing • Langkah hadapan belakang, kiri dan kanan • Hentak kaki b. Kawad berjalan • Mulakan kaki kanan • Tabik hormat c. Kawad membawa bendera d. Menaik dan mnurunkan bendera a. Memberi perintah kawad • Kumpulan masingmasing b. Kawad perhimpunan c. Hormat ke hadapan hormat d. Hormat ke kanan hormat e. Hormat ke kiri hormat f. Hormat selaku terima sijil a. Kawad perseorangan • Melakukan semua jenis kawad b. Perintah kawad • Sebagai ketua c. Mengurus perhimpunan d. Kawad formasi 2. PERKHEMAHAN TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Definisi b. Mendirikan khemah c. Memilih tapak khemah d. Perlindungan semula jadi e. Perhubungan f. Punca air g. Kebersihan h. Keselamatan i. Konservasi j. Kegiatan di kawasan perkhemahan k. Etika perkhemahan l. Memotoh kayu m. Beg galas a. Kraf perkhemahan • Gajet b. Beg galas • Kaedah memikul beg galas c. Jenis-jenis unggun api d. Dapur • Jenis-jenis dapur e. Memasang api f. Memasak • Teknik memasak • Praktikal memasak a. Kraf perkhemahan lanjutan b. Lanjutan tahap 1 & 2 c. Sanitasi


13 n. Kaedah mengisi “Rucksack” o. Jenis-jenis khemah p. Cara penjagaan khemah • Nasi, ikan goreng, sayur dan teh • Lain-lain makanan ringan • Pertandingan memasak 3. IKATAN TALI TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Simpulan dan ikatan asas • Simpulan buku sila • Simpulan bunga keti • Tindih kasih • Simpulan pengail • Ikatan manuk • Simpul belit • Ikatan balak • Ikatan seraya • Ikatan serong • Ikatan silang gunting • Mengemaskan tali a. Simpulan/ikatan pemancing • Simpulan darah bergelung (untai) • Simpulan lemak seela • Simpulan/sempurna (untai) • Simpulan pengail ganda empat • Simpulan bergelung jurai • Simpulan lemak seela separuh • Ikatan mata kail • Simpulan turtle • Simpulan bebat • Simpulan tarbuck • Simpulan frost • Simpulan bunga keti • Simpulan stopper dan angka 8 • Simpulan tukang gantung • Ikatan pengkalan a. Simpulan/ikatan pendaki • Simpulan prusik • Simpulan geseran munther • Simpulan tarbuck (untai) • Simpulan ramarama • Ikatan manharness • Simpulan kerusi • Simpulan perompak • Simpulan pencuri • Simpulan tok fakir • Ikatan ampaian • Weng segera • Tangga tali b. Jenis-jenis tali • Fungsi • Ketahanan/kekuatan setiap jenis tali • Tatacara penjagaan tali c. Peralatan tambahan • Harness • Carabiner & figura 8 • Pully • Juma


14 4. PERTOLONGAN CEMAS/BANTU MULA TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 -TINGKATAN 4 & 5 a. Prinsip dan amalan • Prinsip dan asas pertolongan cemas • Panduan tindakan pada masa kecemasan b. Pembebatan dan pembalutan • Cara membebat luka • Cara membalut c. Pengangkutan dan pengusungan • Kaedah mengangkat dan menyusun a. Struktur tubuh badan dan fungsinya • Struktur badan • Struktur sendi • Struktur dagimg dan kulit • Fungsi organ b. Pernafasan dan Asfiksia • Asfiksia, punca dan rawatan c. Kecederaan terbakar • Pengelasan terbakar • Rawatan d. Keracunan • Definisi • Kaedah rawatan e. Gigitan dan sengatan serangga • Gigitan ular, kala, lipan dan lebah • Sengatan lebah • Kaedah rawatan f. Pendarahan • Peredaran darah • Punca dan rawatan a. Renjatan • Tanda dan rawatan b. Urut jantung • Kaedah pemulihan pernafasan dan urut jantung c. Kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot. • Terminologi • Kecederaan tulang belikat • Lengan dan siku • Pinggang dan peha • Lutut, betis dan jari kaki • Tulang belakang dan tengkuk d. Pengenalan pemulihan dan pernafasan • Kaedah pemulihan • Kaedah mulut ke mulut • Kaedah mulut ke hidung • Kaedah Holger Nelson • Kaedah Silvester


15 5.0 KETATANEGARAAN LAMBANG MALAYSIA JALUR GEMILANG RUKUN NEGARA BUNGA KEBANGSAAN HAIWAN KEBANGSAAN JATA NEGARA


16 JALUR GEMILANG ❖ Bulan dalam Jalur Gemilang melambangkan agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia. ❖ Bintang pula menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan di Malaysia. ❖ Mempunyai 14 jalur. ❖ Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. ❖ Warna merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan. ❖ Warna kuning bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan. ❖ Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.


17 JATA NEGARA ❖ Bintang bersama anak bulan melambangkan Islam agama rasmi di Malaysia. ❖ Bintang pecah 14 menandakan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam Persekutuan Malaysia. ❖ Lima bilah keris mewakili Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.


18 ❖ Dua harimau di kiri dan kanan menunjukkan haiwan rasmi Malaysia iaitu Harimau Malaya yang melambangkan simbol keberanian. ❖ Imej pokok pinang dan jambatan pulau pinang melambangkan negeri Pulau Pinang. ❖ Imej pokok Melaka melambangkan negeri Melaka. ❖ Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning di bahagian tengah melambangkan negeri yang dahulu dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


19 ❖ Jata Sabah mewakili Sabah. ❖ Jata Sarawak mewakili Sarawak. ❖ Bunga Raya iaitu lambang bunga kebangsaan Malaysia. ❖ Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu. Pada sebelah kiri jata ditulis dalam tulisan rumi manakala sebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi. ❖ Warna kuning pada awan-awan melambangkan sistem beraja dan warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia. RUKUN NEGARA KEPERCAYAAN KEPAD TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


20 BUNGA KEBANGSAAN ❖ 5 kelopak melambangkan setiap pecahan prinsip Rukun Negara. ❖ Dilambangkan sebagai Bunga Perpaduan. ❖ Warna merah menunjukkan simbol berani. ❖ Lambang Bunga Raya jelas terlihat pada mata wang Malaysia dan Jata Negara. ❖ Diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960. HAIWAN KEBANGSAAN ❖ Harimau Malaya dikenali sebagai Harimau Belang. ❖ Lambang keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. ❖ Mendapat nama gelaran Pak Belang. ❖ Hanya didapati di Semenanjung Malaysia.


21 6.0 PERTOLONGAN CEMAS Pengertian: • Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapatkan rawatan perubatan yang sempurna. Tujuan: • Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. • Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. • Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. Prinsip Pertolongan Cemas • Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. • Longgarkan pakaian jika perlu. • Hentikan darah jika darah. • Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit. • Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. • Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan 1. Membuat penilaian keadaan • Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. • Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi mendapatkan bantuan. • Dapat menilai keterukan atau keparahan mangsa.


22 2. Membuat diagnosis 1. Memdapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. 3. Memberi rawatan sementara 2. Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. 4. Membuat dan memberi laporan 3. Mengikut sejarah, kecederaan, penafasan, nadi, kesedaraan dan rawatan yang telah dilakukan keatas mangsa. PERINGATAN! a. Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. b. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. c. Cuba dapatkan bantuan perubatan dengan segera. d. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. e. Bekerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. Tindakan serta-merta Pertolongan Cemas a. Menentukan pernafasan mangsa dalam keadaan baik. b. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. c. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. d. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik a. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.


23 b. Pantas ikhtibar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. d. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. e. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa. PETI PERTOLONGAN CEMAS BIL PERKARA KEGUNAAN 1. Triangular Bandage (Kain Anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan atau patah dan membalut luka yang didapati ada pada mangsa. 2. Sterile Eye Pad Melindungi mata yang tercedera atau terkena bendasing. 3. Non-Sterile Gauze Sterile Gauze Mencuci atau membebat luka. Membuat balutan atau memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan kepatahan. 4. Elastic Bandage/Crepe Bandage Roller Bandage Menstabilkan kecederaan atau kepatahan, membalut luka dan juga kecederaan ringan.


24 5. Glove-Disposable/Nonsterile Melindungi diri daripada sebarang cecair badan atau sumber jangkitan. 6. Scissor Memotong gauze atau bandage. 7. Adhesive Tape Melekatkan balutan dan pembebeat. 8. Sterile Multi-Trauma Dressing/Gauze Mencuci atau membebat luka. 9. Alcohol Preps Pad Mencuci sebarang bendasing atau kekotoran pada luka sebelum membalut. 10. Cotton Buds Mencucui luka pada kawasan sukar. 11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptik. 12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline Solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar. 13. LMS Solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot. ANDUH DAN BALUTAN JENIS ANDUH 4. Anduh Besar 5. Anduh Kecil


25 6. Anduh Pergelangan Tangan 7. Anduh Menaik 5 JENIS BALUTAN ANDUH • Kesemua balutan-balutan di bawah menggunakan ikatan buku sila (rujuk ms i. Anduh lengan • Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. • Kemudian, ikatan buku sila diikat pada atas bahu. • Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.


26 ii. Anduh lutut • Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut yang tercedera. • Tarik kedua-kedua hujung kain anduh melintas bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut. • Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. iii. Anduh kepala • Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkan pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. • Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. • Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. iv. Anduh pergelangan tangan dan tapak kaki • Letakkan tapak tangan atau kaki yang tercedera di atas kain anduh kemudian, tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan atau kaki. • Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.


27 • Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelanagan tangan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah. • Ikatan buku silat diikat pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti dibalut. BALUTAN • Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. • Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan. JENIS KAIN PEMBALUT • Pembalut Tiga Segi (triangular bandage) • Pembalut Lebar (cravat bandages) • Pembalut Kecil • Pembalut Gulung (roller bandage)


28 LIPATAN TIGA SEGI JENIS BALUTAN LUKA • Luka Tangan • Luka Dada


29 • Luka Bahu • Luka Peha • Luka Siku


30 • Luka Lengan • Luka Lutut • Luka Jari


31 Anduh dan balutan digunakan untuk: LUKA TUSUKAN • Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak benyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberikan. Kemudian, balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut. TERKENA SELUMBAR • Cuci bahagian yabg terkena selumbar dan beri tuaman sejuk. • Ambil sehelai kain atau tuala dan lipat mengikut saiz yang dikehendaki. • Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk. MERAWAT LUKA • Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. • Bersihkan luka kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai. • Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. MELECUR • Cuci bahagian yang terbakar atau kena wap itu dengan sabun dan sir hangat. • Sapukan petroleum atau Vaseline dan balut dengan teliti. • Jika pesakit terasa amat pedih beri pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit. GIGITAN Digigit Hama rumput: • Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun.


32 • Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik. • Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. • Bagi melegakan rasa gatal, sapu dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine. Digigit lintah dan pacat: ➢ Jangan cuba menarik binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. • Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. • Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. • Legaka gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. • Tutup dan balut dengan pembalut kering. DIPATUK ULAR Patukan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang dipatuk dan bisa. • Jika anggota dipatuk, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat pada bahagian anggota yang dipatuk. Jangan ikat sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Pesakit haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. • Cuci luka itu, denga iar yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. • Juntaikan anggota yang dipatuk itu dan biarkan darah keluar dengan memotong tempat yang dipatuk dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. • Longgarkan ikatan tourniquet selama 30 saat tiap-tiap 30 minit. • Biarkan mangsa bertenang dengan cukup. • Beri minuman panas supaya badan sentiasa hangat. • Jika mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan. • Hantar ke hospital yang berdekatan. • Anti-Venin, ubat yang menawarkan bisa racun patukan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk disuntik.


33 Rawatan kecemasan untuk patukan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat dilakukan dengan mulut setelah membuat bentuk X pada patukan itu. lakukan beberapa hirisan atas bahagian yang dipatuk sedalam 0.6cm supaya darah mengalir dengan banyak. Tidak bahaya jika tidak ada luka pada mulut anda dan bisa itu tidak beracun meskipun tertelan. KERACUNAN • Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata. TANDA-TANDA Tanda-tanda ini bergantuk ke atas jenis racun. • Muntah, kadang terdapat kesan darah. • Daya kesedaran yang lemah. • Rasa sakit dan perit yang membakar. • Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. • Latar belakang pendedahan atau tertelan. • Cirit-birit. • Pening kepala. dan demam. • Tanda-tanda renjatan. • Perut sakit dan kejang. RAWATAN • Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. • Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. • Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. • Tunggu arahan dan bertindak segera. • Jangan beri mangsa makan atau minum melainkan diarahkan. • Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.


34 • Jika bibir mangsa diselar-selar oleh bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa ke semasa sementara menunggu bantuan perubatan. TERSELIUH TANDA-TANDA DAN GEJALA • Rasa kesakitan pada sendi. • Bengkak. • Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. RAWATAN • Letak beg ais pada sendi yang cedera. • Tinggikan bahagian yang tercedera. • Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. • Ampu bahagian yang tercedera. • Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. PEMULIHAN PERNAFASAN Asfiksia (terhenti pernafasan) • Satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. PUNCA-PUNCA • Lemas. • Keracunan gas dan asap yang berbahaya. • Tersekat saluran udara – tergantung atau tercekik makanan dan benda-benda asing. • Tersumbat saluran nafas oleh bantal atau plastik. • Ketika tidak sedarkan diri.


35 • Terhimpit dada oleh benda berat. • Serangan penyakit. • Termakan racun. TANDA-TANDA • Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti. • Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiruan. • Kebanyakkan menyebabkan tidak sedarkan diri. PERATURAN AM MEMULIHKAN ASFIKSIA A – Airways (saluran pernafasan) • Terbuka atau tersekat. • Keluarkan bendasing daripada mulut jika ada. B – Breathing (pernafasan) • Boleh bernafas atau tidak. • Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C – Circulation (peredaran darah) • Pastikan ada denyutan nadi atau tidak. • Jika tiada. Lakukan CPR. (Pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar.) JENIS-JENIS PEMULIHAN PERNAFASAN • Pernafasan mulut ke mulut. • Pernafasan Holgen Nielson. • Pernafasan mulut ke hidung. • Pemulihan dantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression). • Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation).


36 7.0 IKATAN DAN SIMPULAN JENIS-JENIS TALI • Terdapat tali yang diperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahanbahan campuran (sintetik) • Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. • Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan: • Simpulan (Knotting) • Ikatan (Lashing) • Sembat (Splicing) • Mematikan hujung tali (Whipping) MEMATIKAN HUJUNG TALI • Untuk mengelakkan tali terbuntai di hujungnya. SEMBAT • Digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. • Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sembat sangat baik dan selamat semasa digunakan.


37 SIMPULAN • Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. • Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Jenis-jenis Simpulan 1. Simpulan Buku Sila (Reef Knot) • Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar. • Mematikan ikatan pada bungkusan. • Mematikan ikatan semasa membalut luka. • Senang dibuka kembali 2. Simpulan Bunga Keti • Digunakan untuk menyambungkan dua utas tali yang tidak sama besar saiznya.


38 3. Simpul Bunga Keti Berganda • Dibuat supaya sambungan yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai. 4. Simpulan Tindih Kasih • Untuk menyelamatkan orang dan membuat tanjul itu keliling bandan mangsa. • Untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. 5. Simpul Pulih • Untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.


39 6. Belit Lucut (Highwayman’s Hitch) • Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat dan mendaki. • Digunakan semasa turun dari pokok atau tempat tinggi. • Digunakan pada batang dan dahan pokok atau batu. 7. Lilit Dua Simpul • Digunakan untuk mengikat perahu dan bot yang berlabuh. • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu. • Digunakan untuk mengikat hujung tali khemah pada pancangnya. 8. Lilit Tindih Kejap • Digunakan untuk membuat tali yang kecil pada tali yang besar apabila ditarik songsang. • Digunakan untuk menarik tali besar. Contohnya, apabila kapal ingin berlabuh di pelabuhan.


40 9. Simpul Manuk (Clove Bitch) • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. • Simpulan ini tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. • Digunakan semasa memlua dan mematikan ikatan seraya dan ikat silang gunting. 10. Simpul Himpit • Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar dan licin. • Simpul ini digunakan untuk menyambung tali kail yang licin. 11. Simpul Abah-Abah (Manharness Knot) • Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali. • Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat.


41 12. Lilit Pasdul • Digunakan dalam aktiviti panjant-memanjat. • Mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga semasa aktiviti panjantmemanjat. 13. Lilit Balak • Digunakan untuk mengikat tali pada kayu atau batang yang lebih besar saiznya. • Tujuannya agar kayu itu tidak licin atau mudah digerak-gerakkan. 14. Simpul Bedah • Digunakan untuk menyambungkan 2 utas tali yang sama besar. • Penyambung tali ini lebih selamat digunakan dan senang untuk diuraikan balik. • Digunakan untuk mengikat bungkusan.


42 15. Belit Tali Khemah • Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar. 16. Simpul Kerusi • Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan orang sakit ke atas. 17. Simpul Simple Noose • Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh terjerut. • Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. • Digunakan untuk menjerut leher binatang.


43 IKATAN ➢ Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Jenis-jenis Ikatan 1. Ikat Serong • Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejet dan aktiviti poneering. • Apabila kayu atau buluh yang digunakan dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan. 2. Ikatan Pengail • Digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. • Kegunaan ikatan ini sama seperti simpul belit. • Ikatan pengail lebih kuat dan selamat berbanding dengan simpul belit.


44 3. Ikatan Seraya • Digunakan semasa membina jambatan, menara dan aktiviti pioneering. • Digunakan apabila kayu atau buluh bersudut tepat. 4. Ikatan Silang Gunting • Digunakan dalam aktiviti pioneering. • Digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau mengikat dua batang kayu. • Digunakan untuk menyambung dua batang tiang ikat silang gunting dibuat dua kali. 5. Ikatan Silang Tungku • Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu.


45 6. Lilit Kacang • Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gejet.


46 8.0 KAWAD KAKI ASAS KAWAD KAKI KRS Jurulatih: Dengar sini semua, apabila mendapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak, skuad hendaklah bersedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengahtengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad? Skuad: Faham. Jurulatih: Jadi tiga barisan cepat gerak. JADIKAN TIGA BARISAN Hukuman: Skuad masuk baris. Kesalahan: • Datang beratur tetapi tidak berlari • Bercakap-cakap. • Barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih. PARAS Hukuman: ✓ Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.....Paras. ✓ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam datu barisan.....Paras.


Click to View FlipBook Version