47 NOMBOR Hukuman: ✓ Skuad! Dari kanan.....Nombor! ✓ Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang.....Gerak! ✓ Orang kanan sekali, diam. Nombor gantil ke kanan, nombor genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri.....Pusing! ✓ Jadikan tiga baris....Cepat jalan! ✓ Ke kanan....Lurus! Kesalahan: • Tidak bilang nombor dengan cepat. • Menyebut nombor dengan suara yang perlahan. • Lupa nombor masing-masing. SEDIA Hukuman: Skuad, skuad.....Sedia! Kesalahan: • Kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan • Berdiri tidak tegap dan mata bergerak-gerak. • Kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat. • Tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan. • Belakang tangan menghala ke hadapan. • Badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata. • Tidak memandang 200 meter ke hadapan.
48 SENANG DIRI Hukuman: Senang.....Diri! Kesalahan: • Siku bengkok. • Lutut tidak tegap dan tidak bertahan. • Jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu. • Menggerakkan kaki kiri. • Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan. • Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. REHATKAN DIRI Hukuman: Rehatkan.....Diri! Kesalahan: • Kedua-dua tapak kaki bergerak. • Menggeliat dan bercakap-cakap
49 MEMBETULKAN BARISAN Hukuman: Ke kanan.....Lurus! Pandang.....Depan! Kesalahan: • Kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus. • Pinggang lemah semasa kaki bergerak. • Badan dan kepala tidak tegak. • Siku bengkok. • Turun tangan dengan lambat. BUKA DAN TUTUP BARISAN Hukuman: Buka barisan.....Gerak! Tutup barisan....Gerak!
50 Kesalahan: • Kedua-dua badan tidak rapat ke badan. • Tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang. • Tangan dan bahu bergerak. • Mata pandang ke bawah. • Badan tidak tegak. BERPUSING Hukuman: ✓ Bergerak ke kanan, kanan.....Pusing! ✓ Bergerak ke kiri, kiri.....Pusing! ✓ Menghadap ke belakang, belakang.....Pusing ✓ Menghadap ke hadapan, belakang.....Pusing! ✓ Bergerak ke kiri, belakang.....Pusing! ✓ Bergerak ke kanan, belakng.....Pusing! ✓ Menghadap ke belakang, kanan/kiri.....Pusing! ✓ Menghadap ke hadapan, kanan/kiri.....Pusing!
51 BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukuman: ✓ Ber.....surai! ✓ Keluar.....Baris! Kesalahan: • Bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris. BERJALAN Jarak langkah (ukuran dari tumit ke tumit): • Perlahan dan cepat jalan – setiap sati langkah 30 inci. • Panjangkan langkah – setiap satu langkah 33 inci. • Pendekkan langkah – setiap satu langkah 21 inci. • Berlari – setiap satu langkah 40 inci. Masa berjalan: • Perlahan jalan – 65 langkah dalam seminit. • Cepat jalan - 120 langkah dalam seminit. • Cepat jalan – 140 langkah dalam seminit bagi semua pelatih. • Berlari – 180 langkah dalam seminit. CEPAT JALAN Hukunan: Skuad, dari kanan/kiri.....Cepat jalan. Ingatan: • Langgang tangan itu adalah daripada pangkal bahu hingga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. • Langkah itu adalah dari pangkal paha hingga ke kaki.
52 Kesalahan: • Lutut kendur. • Lenggang tidak lurus. • Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit. • Pinggang lemah, pandang bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. • Apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan tidak sama. BERHENTI Hukuman: Skuad, skuad.....henti. Kesalahan: • Bergoyang selepas berhenti. • Badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti. • Lurus, jarak, bersetentangan tidak betul selepas berhenti. • Turun tangan terlalu lambat. • Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan. PUSING KE BELAKANG Hukuman: Bergerak ke kanan/ kiri, ke belakang.....Pusing. Kesalahan: • Lutut bengkok semasa pusing. • Membiarkan tangan berayun-ayun. • Tidak mengangkut kaki cukup tinggi. • Pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan.
53 TUKAR LANGKAH (cepat jalan) Hukuman: Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah (ikut keperluan). Kesalahan: • Melenggangkan bahu dan tangan. • Tidak membongkok lutut. • Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga. Semasa Hentak Kaki Hukuman: Tukar langkah Kesalahan: • Badan seolah-olah mengeliat. • Terlalu pantas. HORMAT SEMASA BERJALAN Ke kanan hormat Hukuman: Hormat, hormat ke kanan.....Hormat! Hadapan hormat Hukuman: Hormat, hormat ke hadapan.....Hormat! Kesalahan: • Melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.
54 KAWAD KAKI (KAWAD STATIK) KAWAD KAKI ASAS: 1. Sedia 2. Senang Diri 3. Rehatkan Diri 4. Ke Kanan Lurus 5. Lurusan Barisan 6. Buka Barisan 7. Tutup Barisan 8. Berpusing Kiri 9. Berpusing Kanan 10. Berpusing Belakang 11. Berpusing Depan 12. Bersurai 13. Keluar Baris 2 Perkara Asas 1. Bermula dengan kaki kanan. 2. Angkat kaki 45 darjah. SEDIA Arahan: “Skuad....Sedia” Asas Perlakuan: • Kaki kanan angkat 45 darjah. • Hentak pada pada sebelah kaki kiri. • Tangan dan siku rapat ke badan.
55 SENANG DIRI Arahan: “Senang....Diri” Asas Perlakuan: • Kaki kanan angkat 45 darjah dan buka seluas 12 inci. • Kedua tangan ke belakang. REHATKAN DIRI Arahan: “Rehatkan....Diri” Asas Perlakuan: • Dari perbuatan senang diri. • Angkat tangan dari punggung ke pinggang.
56 KE KANAN LURUS Arahan: “Ke kanan.....Lurus” Tujuan: • Untuk meluruskan barisan. LURUSKAN BARISAN Arahan: “Luruskan.....Barisan” TIADA ARAHAN PANDANG DEPAN! Tujuan: • Untuk meluruskan barisan. • Dalam masa sendiri. • Luruskan barisan dengan cepat. BUKA DAN TUTUP BARISAN Arahan: “Buka barisan.....Gerak” “Tutup barisan.....Gerak” Asas perlakuan:
57 • Ambil dua langkah ke hadapan dan hentak. (Baris depan) • Ambil dua langkah ke belakang dan hentak. (Baris belakang) • Kanan (30inci) – kiri (15inci) – hentak. BERPUSING KIRI, KANAN, BELAKANG DAN DEPAN Arahan: • Berpusing ke kiri “Bergerak ke kiri, kiri......Pusing” • Berpusing ke kanan “Bergerak ke kanan, kanan.....Pusing” • Berpusing ke belakang “Menghadap ke belakang, belakang.....Pusing” • Berpusing ke depan “Menghadap ke hadapan, belakang......Pusing”
58 KELUAR BARIS Arahan: “Keluar.....Baris” BERSURAI Arahan: “Ber....surai” Asas Perlakuan: • Berpusing ke kanan dan berikan tabik hormat. • Mengambil empat langkah ke hadapan.
59 9.0 PERKHEMAHAN Apa itu perkhemahan? • Perkhemahan ialah aktiviti asas bagi kebanyakkan kegiatan luar. • Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat. • Kini, aktiviti perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati ramai. • Perkhemahan merupakan cara hidup di persekitaran luar rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad. KEPERLUAN DAN PENGURUSAN BADAN Sebelum melakukan aktiviti perkhemahan, terdapat beberapa perkara yang pelajar perlu ketahui iaitu keperluan dan pengurusan badan. 1. KECERGASAN FIZIKAL • Kecergasan fizikal merujuk kepada kesihatan yang normal. Pelajar perlu melakukan latihan fizikal untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti kegiatan luar. Antara latihan fizikal yang dapat dilakukan adalah seperti: ✓ Berlari anak ✓ Bersenam ✓ Berenang ✓ Bersukan 2. KEPERLUAN AIR • Kuantiti air yang diperlukan oleh badan ialah 2.5 liter (10 gelas air). Jumlah kuantiti air yang diperlukan ini akan meningkat apabila pelajar melakukan kerja berat atau berada di tempat bersuhu tinggi.
60 • Elakkan meminum air dengan terlalu banyak ketika badan sedang bersuhu tinggi kerana hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. • Minum air dalam kuantiti yang sedikit dahulu kemudian rehatkan tubuh badan untuk seketika sebelum meminum air dengan kuantiti yang banyak. • Jika peluh yang keluar terlalu banyak, pelajar perlu meminum air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. 3. KEPERLUAN MAKANAN • Sebelum melakukan aktiviti fizikal, pelajar digalakkan untuk makan dan tidak membiarkan perut dalam keadaan kosong. Melakukan aktiviti fizikal dengan perut kosong akan menyebabkan pelajar pengsan dan berasa terlalu letih semasa aktiviti fizikal dijalankan. 4. KEPERLUAN BEREHAT • Badan manusia memerlukan rehat selepas membuat banyak kerja. Pelajar boleh mendapatkan rehat pada waktu lapang yang mereka ada. Dapatkan tidur yang mencukupi iaitu 8-10 jam. Elakkan daripada tidur lambat kerana ini akan menjejaskan kesihatan badan. 5. KEPERLUAN PERLINDUNGAN • Perlindungan yang dimaksudkan ialah pakaian yang dipakai oleh pelajar. Pakaian yang sesuai merupakan perlindungan yang terbaik untuk seseorang yang ingin melakukan aktiviti sesuai. Sebagai contoh, khemah dan beg tidur digunakan sebagai pakaian dan peralatan yang mempunyai penebat yang baik jika berkhemah di luar. Elakkan diri daripada tidur dengan pakaian yang basah kerana ini akan menyebabkan pelajar demam. Pastikan tempat tidur di alas dengan sesuatu bagi mengelakkan rasa sejuk semasa tidur. Kebersihan dan kesihatan perlulah diberi keutamaan jika berada di luar.
61 6. KEPERLUAN PSIKOLOGI • Keperluan ini berbentuk kerohanian dan kejiwaan. Pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik minat pelajar dalam berkhemah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah melihat pemandangan alam semula jadi iaitu gunung-ganang, air terjun dan plebagai panorama yang lain. Pelajar juga boleh mengambil gambar, mengkaji dan menghayati alam semula jadi yang ada disekeliling mereka. Apabila ingin melakukan aktiviti yang mencabar atau berat, pastikan tahap kemampuan seseorang pelajar tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kecederaan kepada mana-mana pelajar. • Setelah melakukan aktiviti yang mencabar, sediakan aktiviti yang dapat menenangkan minda para pelajar dari tekanan mental akibat penat. Aktiviti yang bercorak hiburan iaitu bernyanyi bersama-sama boleh dilakukan. Semangat setia kawan dan tolong menolong juga dapat membantu menaikkan semangat mereka sesama pelajar. PERALATAN PERKHEMAHAN 1. Khemah • Khemah berangka (frame tent) – berat, lasak dan besar. • Khemah rabung – bentuk A atau iglu, dome.
62 • Khemah ringkas – poncho dan hammock 2. Beg galas (bag pack) • Susunan barang di dalam beg adalah bergantung kepada aktiviti yang hendak dijalankan. Untuk aktiviti di kawasan yang rata, barang ringan seperti beg tidur hendaklah dimuatkan di bawah sekali dan bahan berat seperti bahan makanan di sebelah atas. • Bagi kawasan lereng curam seperti mendaki, barang berat hendaklah diletak ditengah-tengah beg dan barangan ringan di bahagian yang bertentangan dengan belakang pengguna. Hal ini bertujuan mengimbangkan badan dan menjimtkan tenaga. • Semua barang hendaklah diletakkan di dalam beg. Elakkan daripada menggantung barangan kerana ini akan mengganggu pergerakan. Pastikan berat sebelah kiri dan kanan adalah sama berat. 3. Beg tidur • Beg tidur perlulah sesuai untuk berekreasi di kawasan tinggi atau sejuk.
63 4. Perkakasan memasak • Perkakasan memasak biasanya adalah alatan kumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah: - Dapur gas untuk berkhemah - Dapur minyak atau dapur spirit - Dapur api menggunakan solid feul atau kayu api • Terdapat beberapa perkakas memasak yang lain seperti - Kuali - Periuk - Mess tin - Bekas air - Sudu dan garfu • Peralatan seperti pisau, parang, pembuka tin dan penyodok perlulah dibawa mngikut keperluan kumpulan masing-masing. • Mancis atau pemetik api juga diperlukan untuk tujuan menghidupkan api. Alat ini perlulah dibungkus di dalam plastik bagi mengelakkan ia basah atau terkena hujan. 5. Lampu • Lampu suluh. - Setiap pelajar perlulah mempunyai lampu sulat sendiri untuk kegunaan bergerak ke mana-mana, melakukan aktiviti atau ketika kecemasan.
64 • Lampu malam. - Lampu malam yang biasa digunakan adalah jenis harikan atau lampu gas. 6. Alat perubatan • Setiap pelajar perlulah membawa ubatan sendiri dalam kuantiti yang terkawal untuk persediaan jika berlaku kecemasan. Pengambilan ubat-ubatan ini perlulah di bawah pengawasan orang dewasa seperti jurulatih dan guru. Antara ubatan yang perlu disediakan adalah: - Antibiotik - Anti cirit-birit - Pil multi vitamin - Pil vitamin - Pi pelali air - Losyen bagi merawat calar kulit atau gigitan serangga - Pil anti malaria • Peti pertolongan cemas juga perlu disedikan jika berlaku sebarang kecederaan. • Wisel juga perlu dibawa oleh setiap pelajar sebagai alat isyarat untuk digunakan jika berlaku kecemasan.
65 7. Bahan kimia • Belerang kuning merupakan bahan yang sesuai untuk mencegah ular, serangga dan binatang yang merayap. Ia ditaburkan di sekitar kawasan khemah. Terdapat juga jenis yang di sapu pada kulit seperti Tabard dan krim pelindung kulit. CARA-CARA MEMASANG KHEMAH 1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat. Ciri-ciri pemilihan tapak perkhemahan: • Tanah yang rata. • Ada perlindungan seperti bukit atau pokok supaya tidak terdedah dengan ancaman angin. • Dekat dengan punca air. • Mendapat sinar matahari pada waktu pagi. 2. Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan supaya bahagian belakang khemah yang menghadap angin. Jika bahagian pintu menghadap angin, angin akan memasuki khemah dan ini akan menyukarkan keadaan. 3. Gunakan kayu yang panjang menggantikan paku atau pancang jika mendirikan khemah di pasir, tanah lembut atau kawasan berangin. 4. Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat dengan tali khemah. 5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang mengganggu seperti kayu dan batu. 6. Apabila hujan, kendurkan sedikit tali khemah untuk memastikan khemah selamat jika berlaku hujan lebat. Pastikan lapisan luar khemah tidak bersentuh dengan lampiran dinding dalam khemah. Ini untuk mengelakkan air dari meresap ke dalam khemah. 7. Jarak antara khemah jangan terlalu dekat hingga menyukarkan pergerakkan dan tidak terlalu jauh hingga menyukarkan untuk berhubung dengan rakan khemah lain. 8. Khemah perlulah didirikan sebelum hari gelap kerana itu akan mnyukarkan kerja pemasangan khemah. Langkah-langkah untuk memasang khemah: i. Tutup semua zip khemah sekiranya khemah mempunyai zip.
66 ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih. iii. Pancangkan setiap penjuru khemah dengan pancang yang disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai khemah (goungsheet) dalam keadaan tegang. iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah mempunyi tetulang yang disediakan. v. Angkat atas khemah setelah tetulang dipasang. vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan dengan kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh atap khemah lapisan pertama. Atap khemah lapisan pertama biasanya diperbuat dari kain telap air manakala flysheet biasanya diperbuat dari plastik agar ia kalis air. LARANGAN!! ➢ Jangan berkhemah terlalu dekat kawasan sungai atau anak sungai. ➢ Elakkan mendirikan khemah dikawasan lalang, semak-samun dan belukar. ➢ Elakkan berkhemah di atas tanah lembap atau berdekatan dengan tebing yang tinggi dan curam. ➢ Jangan mendirikan khemah di bawah dahan yang mati dan di atas denai binatang. ➢ Jangan berkhemah berdekatan dengan curam bukit untuk mengelakkan tanah runtuh. AKTIVITI PERKHEMAHAN Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah, mendaki gunung, kayak dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan yang bersifat aktif dan mempunyaii cabaran dan risiko tertentu dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu: i. Berpusat di darat • Berkhemah • Mendaki gunung • Meneroka gua • Mengembara
67 ii. Berpusat di air • Berkayak • Scuba diving • Luncur layar • Berakit iii. Berpusat di udara • Payung terjun • Wind glider Selain dsri aktiviti di atas, aktiviti lawatan juga dijalanakan seperti lawatan ke perkampungan orang asli, tempat-tempat bersejaran, santuari burung, persembahan malam budaya dan sebagainya.
68 10.0 LAMPIRAN 1. SEJARAH PENUBUHAN KRS https://youtu.be/02Ht-vIzK5Y?si=r3TQaUgcjmSxeafs 2. LIRIK LAGU KADER REMAJA SEKOLAH https://youtu.be/mE5XhD_U73s?si=lJpU1MRq5rKaoqFH 3. PEMAKAIAN UNIFORM KRS https://youtu.be/_un4exr-vv0?si=2xCx6iKipB22xCLC https://youtu.be/AyR4pSF8QFI?si=OrdD8lRQSl53jlOE 4. PERTOLONGAN CEMAS/BANTU MULA • Taklimat Pertolongan Cemas https://youtu.be/eRqDaScjvTE?si=6lKHMb6NY6qR1ALB • Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Siri Ke-3 : Bantu Mula https://youtu.be/UNWCvMzidI0?si=PueEVTdES6eT0X1j • Bantu Mula (Membuat Anduh) https://youtu.be/nL92nV5pQ1s?si=E51AMWTU9pd-x_7r • Asas Pertolongan Cemas KRS 2021 https://youtu.be/8lQyFO4ItL8?si=M_SS7_MI4aUnYeTX • Bantu Mula (Balutan Luka Tangan) https://youtu.be/hxdG-wZspec?si=vVZdvxGV6oTsRJ_5 • CPR Bantu Mula 1 https://youtu.be/cdVaRIT4HLU?si=7axksU1sib2duMie 5. IKATAN DAN SIMPULAN • KRS – Ikatan dan Simpulan https://youtu.be/eRqDaScjvTE?si=6lKHMb6NY6qR1ALB • 5 Jenis Ikatan dan Simpulan | Tunas Kadet Remaja Sekolah | TKRS https://youtu.be/bPps_rDGkkI?si=jJT6nCZaV3J1-M6Y • 10 Jenis Asas Ikatan dan Simpulan https://youtu.be/b7bTJltPmz8?si=ZkmaPvJVKUQhG-XF
69 6. KAWAD KAKI • Panduan Asas Kawad Kaki KRS/TKRS – Kawad Statik https://youtu.be/t6lM8cVIMEY?si=BhDb1lG3r-Cj7pmp • Pelajaran Asas Kawad Kaki https://youtu.be/th2peVuEcvY?si=b8ElMQtDKKTR0ioL • Johan Kawad Kaki KRS Negeri Kedah 2011 https://youtu.be/lrhsgioIXac?si=imqPMoP_sIJeFMys 7. PERKHEMAHAN • Badan Beruniform & Persatuan (2022) – Klip https://youtu.be/2khkwy845co?si=N1Z7_angF8GpAbVX • Ikhtiar Hidup | Kadet Remaja Sekolah (KRS) https://youtu.be/T78snB6Tx6Y?si=77HT_V-veY7qnoxs