The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

11 - E-Book Tanggungjawab Terhadap al-Quran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cyberokettechnology, 2023-04-07 08:08:38

Tanggungjawab Terhadap al-Quran

11 - E-Book Tanggungjawab Terhadap al-Quran

49 ۆۆۈۈٷۋ ۋۅۅ “Dan apabila al-Qur’ān itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Sūrah al-A‘rāf: ayat 204) Anggota pendengaran yang paling utama adalah hati. Ketikamana tilawah adalah antara tujuan utama al-Qur’ān diturunkan, lalu kita diperintahkan untuk memperelokkan suara, maka aspek batinnya pula adalah dengan menjadikan al-Qur’ān sebagai enjin penggeraknya. Oleh kerana itu disebutkan ‘gerakkanlah hati kalian dengan al-Qur’ān.’ Sesungguhnya banyak riwayat dari salaf dan khalaf tentang tindak balas al-Qur’ān terhadap jiwa-jiwa manusia. Ada dari kalangan mereka yang mengisi seluruh malamnya dengan menikmati kelazatan membaca al-Qur’ān. Adakalanya mereka membaca satu ayat sahaja dengan berulang-ulang kali sehingga waktu fajar menjelma. Firman Allāh Ta‘ālā: گگڳڳڳڳڱ ڱڱڱںں “Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan


50 sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.” (Sūrah al-Sajdah: ayat 16) Kelima, “janganlah akhir surahnya itu yang kamu kejarkan.” Ramai orang yang tidak terdetik di fikiran mereka sewaktu membaca al-Qur’ān melainkan persoalan kuantiti bacaan mereka semata-mata. Dia berbangga bahawa dia mampu mengkhatamkan al-Qur’ān dalam sehari. Seluruh perhatiannya adalah untuk menghabiskan surah untuk kemudiannya memulakan bacaan surah seterusnya pula. Golongan seperti ini ingin kita tujukan kepada mereka agar mengingati nasihat Ibn Mas‘ūd raḍiyallāhu ‘anhu tersebut. Sesungguhnya bacaan al-Qur’ān tidak dihitung berdasarkan kuantitinya, akan tetapi berdasarkan kadar sejauh mana kesannya kepada diri dan gerakan pada hati. Perkara ini tidak diperselisihi oleh para ulama’. Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dengan tadabbur, lebih baik daripada orang yang membaca seratus ayat dengan tergesa-gesa. Sesiapa yang membaca satu juzuk atau satu surah dalam tempoh sejam, lebih baik daripada orang yang membaca dua juzuk dalam tempoh sejam yang sama.


51 َــا ن ْ َ ِاب َ ــك َ ، وا ْجَعل ِت ُّ ِ ــر ك َــا ُحْس َ ــن تََدب َ ْحن َّ ا ْمن َّهُــم الل ِــ َن.. َال ِّــ َن َ ولَ غ َــ ْرَ َ جاف ْونَ ُ ــه غ ُ َْتل ْ َ ــن ي ِ َ ــن الَِّ ي م َــا ْوِبن ُ ُل ْ َ ــع ق َ ِ ــرْ َي َ رِبي َّ ْ اجَع ِ ــل ُ الق ْ ــر َآن الك َّهُــم الل َــا ِّن َ َ ــا وَذ َه َ ــاب َه ِن َ َ حْزن َاء َ ُ ص ُ ــدْوِرَن َ و َجــ َوِش َ ــفاء َّ ِ ــات ِ َ ــك َجن َّات ْ َ ــك َ وِإ َل َجن ي َ ِ َ ــدَن ِ إل َائ َ َ ا وق َن ِق َوَســائ َِّبيِّــْ َن ِ َ ــن الن ْ م ِــم ْي َ َل ْ َ ــت ع نَْعم َ ْ َ ــن أ ِــ ِْم َ م َ ــع الَِّ ي َّع الن ِ ِحــْ َن َ و َحُس َ ــن ِ َ و َّ الصال ش َ ــهَداء ِــْ َن َ وال ُّ ْق َو ِّ الصِدي ًــا.. ْق ِي ِ َ ــك َ رف ئ َ ْول ُ أ ِ ِ َ و َصِْبــه َ َ ــى ِ آل َّ ٍ ــد َ وع َ َ ــى ُ م َحم َوَص َّ ــى ُ هللا ع ِــْ َن. . َ َْجع أ Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami sebaik-baik tadabbur akan kitab-Mu, dan jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang membacanya tanpa cuai mahupun melampau.. Wahai Tuhan kami, jadikanlah al-Qur’ān al-Karīm penyejuk hati kami, penawar bagi penyakit yang terkandung dalam dada kami, penghapus duka dan kegelisahan kami, dan jadikannya sebagai pemandu kami menuju-Mu dan syurga-syurga-Mu yang penuh kenikmatan, bersama orang-orang yang Engkau berikan


52 nikmat ke atas mereka, dari kalangan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan orang-orang soleh, dan mereka adalah sebaik-baik peneman.. Selawat dan salam Allāh ke atas Nabi Muḥammad, serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda..


53 PROFIL PENGARANG Al-Marḥūm Shaykh Dr. Faḍl Ḥasan ‘Abbās merupakan salah seorang ulama’ yang paling menonjol di Jordan dan pakar dalam ilmu tafsir, ilmu bahasa dan balāghah. Beliau dilahirkan di Ṣaffūriyyah, Palestin pada tahun 1932. Beliau menyempurnakan hafazan al-Qur’ān ketika berusia 10 tahun. Beliau menyambung pelajaran ke Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dan tamat pengajian ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952, ketika usianya baru mencecah 20 tahun. Seterusnya, beliau memperolehi ijazah doktor falsafah pada tahun 1972 juga dari Universiti al-Azhar. Pada pada usia 79 tahun, beliau telah kembali ke rahmatullah sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah pada sekitar waktu Zohor 9 Februari 2011. Antara karya beliau adalah: 1. I‘jāz al-Qur’ān al-Karīm; 2. Al-Qaṣaṣ al-Qur’ānī: īḥā’uhu wa Nafaḥātuhu;


54 3. Qaṣaṣ al-Qur’ān al-Karīm: Ṣidq Ḥadath wa Sumū Hadaf; 4. Itqān al-Burhān fī ‘Ulūm al-Qur’ān.


55 PROFIL PENTERJEMAH Syah Nazrin Hashim merupakan anak kelahiran Kulai, Johor yang kini bertugas di Dubai Islamic Bank, UAE. Alumni Sekolah Islam Hidayah ini merupakan graduan Universiti Yarmouk, Jordan (B.A) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (M.A dan LL.M). Antara karya terjemahan dan susunan beliau yang lain adalah: 1. Rasā’il fi’l-Fiqh al-Siyāsī: Al-Sunnah al-Siyāsiyyah fī Binā’ al-Sulṭah wa Adā’ihā, karya Dr. Muḥammad al Mukhtār al-Shinqīṭī yang diterjemahkan dengan judul, Fiqh Siasah: Dari Perspektif Legitimasi dan Perlaksanaan Kekuasaan Politik. 2. Al-Ribā fī Nazhar al-Qānūn al-Islāmī, karya Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz dengan judul terjemahannya, Ribā: Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba.


56 3. Tafsīr Sūrah al-Fātiḥah, karya Imām Yūsuf alQaraḍāwī. 4. 10 Nasihat Buat Pencinta Kebenaran, karya ‘Allāmah ‘Abdul Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimī al-Yamānī. 5. Al-Ḥāwī fī Fahrasah Tawālīf al-Imām al-Qaraḍāwī: Yūsuf al-Qaraḍāwī: Sebuah Sorotan Bio-bibliografi. 6. Al-Ta‘līq ‘alā Manẓūmah al-Sayr ilā Allāh wa alDār al-Ākhirah, karya ‘Allāmah Ibn Sa‘dī dengan judul terjemahannya, Perjalanan Menuju Allāh dan Negeri Akhirat. 7. 10 Ibrah Siasah Daripada Peristiwa ‘Asyura, karya Mohammad Elhamy. 8. Al-Wasā’il al-Mufīdah li al-Ḥayāh al-Sa‘īdah, karya ‘Allāmah Ibn Sa‘dī dengan judul terjemahannya, Bahagiakanlah Hidupmu. 9. Al-Usrah Kamā Yurīduhā al-Islām, karya Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī. 10. Wājibunā Naḥw Kitāb Allāh Ta‘ālā, karya Dr. Faḍl Ḥasan ‘Abbās dengan judul terjemahannya, Tanggungjawab Terhadap al-Qur’ān.


Click to View FlipBook Version