The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pengajaran & abbm formwork

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afif Adlan, 2023-07-28 05:25:55

9.1.Lampiran

Bahan pengajaran & abbm formwork

BAHAN PENGAJARAN & ABBM


TAJUK / TITLE: KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti bahan-bahan untuk membina KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 28 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 28 PENERANGAN 1.0 PENDAHULUAN Kotak bentuk adalah binaan sementara berupa acuan yang dibina mengikut bentuk struktur konkrit yang akan dibina. Tujuannya adalah sebagai acuan untuk membentuk struktur konkrit semasa basah. Pembentukan struktur konkrit melibatkan rasuk, asas,tiang,tangga, lantai,lintel dan bumbung rata konkrit. 2.0 KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang mengandungi perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan termasuk peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai kerja atau perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa syarat lain, dan sebagainya. Ia harus memasukkan maklumat yang mencukupi untuk dapat menyelesaikan kerja atau perkhidmatan. Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti ditandatangani oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk melaksanakan kerja dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak. Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan dokumen-dokumen yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa percanggahan atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi pihak majikan, untuk mendapatkan keputusan. Sesetengah borang standard pula menetapkan, jika timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi kepada syarat-syarat kontrak (dokumen bercetak).


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 28 3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK 3.1Lukisan/Drawing Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah terdiri dari lukisan tender yang asal. Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan memberi butir-butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor melaksanakan kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai tentang keperluan mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor mungkin mendapati lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari apa yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan baginya membuat tuntutan di bawah perubahan kerja. Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil yang menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak. Secara am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah seperti berikut: Jadual 1: Skala Lukisan Pelan tapak 1:400 atau 1:200 bergantung Kepada saiz tapak Pelan bangunan, peladang sisi dan seksyen 1:100 Butir-butir (perincian bahagian bangunan yang dilukis dalam skala besar bagi menunjukkan ciri-ciri pembinaan) 1:25, 1:10 Butir-butir bagi kerja tanggam dan kemasan 1:5 atau 1:25


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 28 3.2Spesifikasi Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi setiap jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi tahap kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya mengikut kod-kod amalan dan standard seperti British Standards, SIRIM dan seumpamanya Jadual dibawah adalah contoh Jadual Spesifikasi yang dipetik dari Standard Specification For Building Work 2005- JKR Jadual 2 : Contoh Jadual Spesifikasi Perkara Keterangan Spesifikasi Petikan section JPLASTERING, PAVING AND TILING WORKS m/s 128 4.4 Glazed Wall Tiles 4.4.2 The tiles shall be bedded with cement paste or alternatively with 6mm approved tile adhesive on 20mm thick cement and sand (1:3) screed which has sufficiently hardened. The surface of the screed shall be properly roughened to form key to the tiling. The tiles shall be laid closed-butt and all joints shall be filled with adhesive or approved white cement. Exposed edges of tiling shall be finished with rounded on edge tiles. Petikan Section J m/s 129 4.5 Ceramic Tiles 4.5.6 Ceramic tiles shall be bedded with cement paste or alternatively with 6mm thick approved tile adhesive on 20mm thick cement and sand (1:3) screed as described. The tiles shall be laid close-butt and all joints shall be filled with tile adhesive or coloured cement to match. 3.3Senarai Kuantiti/Bill of Quantities Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam. Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 28 Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of Measurement for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerjakerja kejuruteraan sivil. Secara kesimpulannya, senarai kuantiti yang lengkap bukan sahaja perlu mengandungi semua benda binaan, tetapi hendaklah juga mengandungi peruntukkan untuk loji, mesin-mesin, kerja sementara dan perbelanjaan bagi insurans yuran, bayaran air, elektrik, telefon dan lain-lain lagi. Jadual di bawah menunjukkan contoh Senarai kuantiti (Bill of Quantitiy (BQ) Kemasiapan bangunan “ Spesifikasi piawai untuk kerja-kerja bangunan Kontraktor adalah diwajibkan merujuk dan mematuhi Spesifikasi Piawai untuk Kerja-kerja Bangunan edisi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam melaksanakan semua kerja di dalam Jadual Kadar Harga ini “ Jadual 3: Kadar Harga Maklumat kadar harga adalah dipetik dari JADUAL KADAR HARGA KERJAKERJA KECIL DAN MEMPERBAIKI TAHUN 2014


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 28 3.4Kos Kos merupakan satu sumber yang diambilkira dalam memenuhi syarat penghasilan sesuatu produk. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya. i. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambilkira berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat. ii. Kegagalan atau kesilapan dalam pengiraan kos anggaran ,menyebab perlaksanaan dan penyiapan pemasangan akan terganggu. Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos i. Kos bahan mentah. ii. Kos buruh iii. Kos proses iv. Kos komponen yang terlibat. v. Kos peralatan vi. Kos bebanan vii. Kos pembangunan. viii. Kos lain-lain 3.5Tempoh masa/Duration Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tender dan terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak kerajaan. Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya, kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya adalah diluar kawalannya.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 28 4.0 LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN 4.1Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal i. Pelan Mekanikal a. Lukisan yang memaparkan struktur sistem komplek dan maklumat berkaitan ventilasi, pemanasan, penyejukan udara dan sistem pemadam kebakaran. b. Ia adalah alat yang berkesan bagi membantu menganalisa sistem yang komplek. Lukisan ini lazimnya dilengkapi dengan set lukisan butiran yang digunakan untuk projek –projek pembinaan dan semua kerja melibatkan HVAC. Pelan mekanikal yang lengkap akan menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang diperlukan untuk digunakan bagi memohon permit bangunan.la juga diguna untuk menentukan harga projek. Rajah 1: Pelan Aircondition indoor unit


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 28 Rajah 2: Pendawaian elektrik untuk aircondition outdoor unit ii. Pelan Elektrikal a. Pelan elektrikal adalah sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan maklumat tentang kuasa, pencahayaan dan komunikasi untuk projek kejuruteraan atau arkitektual. Sebarang lukisan kerja elektrikal , mengandungi garisan, simbol, dimensi dan notis bagi menyampaikan secara tepat rekabentuk kejuruteraan kepada pekerja yang memasang sistem elektrikal di tempat kerja. b. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik. c. Lukisan kerja yang lengkap bagi sistem elektrikal keseluruhan dalam projek besar biasanya mengandungi • Pelan plot yang menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian elektrikal sebelah luar • Pelan lantai/pelan aras yang menunjukkan lokasi sistem elektrikal bagi setiap aras • Gambarajah power-riser menunjukkan papan panel • Gambarajah pendawaian kawalan • Jadual dan maklumat-maklumat lain yang menggabungkan dengan lukisan pembinaan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 28 Rajah 3: Contoh Lukisan Elektrik 4.2 Lukisan Bangunan Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terperinci dilukis oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad. Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1. Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print.Lukisan bangunan melibatkan pelan struktur, pelan arkitek dan pelan perpaipan dalaman i. Pelan struktur Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas, ground beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz, ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 28 Rajah 4: Lukisan Struktur ii. Pelan arkitek Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana ditunjukkan dengan terperinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut. Pelan arkitek mengandungi:- a) Pelan lantai Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung b) Pelan pandangan Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan. c) Pelan keratan Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 28 d) Pelan lokasi Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya. e) Pelan kunci Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek. f) Pelan tapak Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300. Rajah 5: Pelan Arkitek iii. Pelan perpaipan dalaman Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem bekalan air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 12 Drpd/of : 28 Rajah 6: Pelan Perpaipan Dalaman 5.0 JENIS DAN TUJUAN KOTAK BENTUK i. Timber (kayu) Kayu diperlukan untuk hampir semua kerja kotak acuan. Setiap kayu yang digunakan untuk acuan mesti memenuhi syarat-syarat berikut: ➢ tahan lama dan boleh dirawat ➢ mempunyai ciri-ciri kekuatan yang mencukupi ➢ ringan dan juga tidak mudah meleding, ➢ Tahan untuk dipaku Kelebihan menggunakan kotak bentuk kayu: ➢ Ia adalah ekonomi untuk projek pembinaan kecil ➢ Ia adalah reka bentuk yang fleksibel dan mudah untuk didirikan ➢ Ia mempunyai penebat haba yang baik yang menjadikan ia berguna untuk digunakan dalam sejuk ➢ Ia dengan mudah boleh dibuat ke dalam apa-apa bentuk atau saiz


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 13 Drpd/of : 28 ii. Plywood /Papan Lapis ( Digabung Dengan Kayu) ➢ Bahan yang sangat ekonomik dan bersesuaian dengan keadaan semasa. ➢ Mudah didapati dan senang dikerjakan ➢ Mudah melentur dan pecah ➢ Kayu yang lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. ➢ Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. ➢ Kayu yang keras pula berat dan sukar dipaku. iii. Metal (besi) ➢ Penggunaan besi dalam pembuatan acuan adalah lebih praktikal kerana besi lebih mudah direkabentuk berbanding dengan kayu. ➢ Besi terdapat pelbagai bentuk dan struktur, secara tidak langsung mengatasi penggunaan kayu. ➢ Boleh digunakan berulang kali ➢ Digunakan dibahagian seperti: a) Dinding konkrit b) Tiang konkrit c) Anggota konkrit pratuang d) Papak konkrit pratuang e) Saluran konkrit ditapak bina


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 14 Drpd/of : 28 Rajah 7: Jenis-jenis acuan logam iv.Plastik ➢ Lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan. ➢ Kepelbagaian acuan plastik lebih memudahkan campuran bahan simen. ➢ Boleh digunakan disemua bahagian dalam bangunan kerana ianya ringan. v. Bahan logam / Aluminium Penggunaan logam seperti aluminium dan magnesium sebagai acuan adalah untuk penggunaan pembinaan dalam bangunan tinggi yang berprestij dan penggunaanya memerlukan kemahiran pada pengendali. ➢ Bahan ini biasanya digunakan untuk penghasilan pra-tuang, ini kerana bahan ini sangat tahan lasak dan sangat sesuai untuk digunakan berulang kali. ➢ Digunakan untuk penghasilan dalam pembinaan lantai atas, bibir tingkap dan rasuk bangunan bertingkat. Rembat daripada logam Pembinaan lantai atas Acuan Logam Panel Keluli


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 15 Drpd/of : 28 v. Simenfero ➢ Merupakan acuan jenis tetap yang diperbuat daripada pasir halus dan campuran simen berserta dawai yang bertindak sebagai alat peneguh. ➢ Digunakan untuk membuat replika bunga dan sebagainya. vi.Polistrin ➢ Acuan campuran bahan kima dan plastik. ➢ Sangat ringan ➢ Digunakan dalam kerja-kerja cerucuk sebagai tukup cerucuk ➢ Jenis acuan kekal dan tidak boleh diubah. 6.0 PRINSIP-PRINSIP AM ACUAN/KOTAK BENTUK i. Dalam pembinaan konkrit terdapat dua kumpulan acuan iaitu a. Acuan untuk konkrit Pratuang /tuang dahulu/Precast Acuan untuk konkrit pratuang adalah direka untuk struktur yang dibina di ruang khas dimana konkrit dituang dahulu. Ia dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Rajah 8: Panel Sisi Aluminium


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 16 Drpd/of : 28 b. Acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang disitu selain daripada senang dibuka, tumpuan pada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya juga hendaklah diperhatikan. ii. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang (lintel), rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. iii. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. iv. Ia boleh ditanggalkan selepas konkrit yang dibentukkan itu benar-benar keras dan teguh mengikut kadar yang ditetapkan. Acuan konkrit boleh dikategorikan kepada dua iaitu: a) Acuan sementara - Sejenis acuan yang akan dibuka dari sturktur selepas konkrit menjadi keras. - Sering digunakan dalam sektor pembinaan - Lebih ekonomi - Diperbuat daripada papan lapis, besi, plastic atau logam. b) Acuan kekal - Sejenis acuan yang akan ditinggalkan menjadi sebahagian struktur bingkai konkrit. - Acuan ini diperbuat daripada kayu, gentian kaca, gentian plastik atau jenis flaksi seperti acuan ferosimen dan acuan geladak konkrit pratuang


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 17 Drpd/of : 28 Sebelum sesebuah acuan dibina, beberapa faktor perlu diambil kira. Antara faktor-faktornya adalah: a) Acuan mestilah cukup tegar untuk mengelakkan lenturan yang tidak wajar semasa meletakkan konkrit. b) Acuan mestilah cukup kuat untuk menanggung beban kerja dan beban getaran konkrit. c) Ia perlu diselaras ke garisan dan aras antara had yang ditentukan dan membuat sedikit lengkungan yang mungkin perlu. d) Sambungan mesti cukup kedap untuk menghalang kehilangan air atau adunan simen dari konkrit, yang akan mendapat kesan yang serius keatas keadaan konkrit siap. e) Saiz panel mestilah membenarkan pengendalian yang selamat dan mudah menggunakan peralatan yang terdapat ditapak. Rekabentuk mestilah membenarkan kaedah yang tersusun dan mudah untuk pemasangan dan penanggalan. f) Susunan panel mestilah tidak mudah terperangkap ketika pembukaan dan tanpa menggangu bahagian lain. 7.0 PENGGUNAAN / ELEMEN KOTAK BENTUK Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti: i. Asas (foundation) ii. Tunggul (stump) iii. Rasuk (beam) ➢ Rasuk bawah tanah(ground beam) ➢ Rasuk atas (upper) ➢ Bumbung (roof) iv. Tiang (column) v. Lantai (slab) vi. Dinding ( wall) vii. Tangga


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 18 Drpd/of : 28 7.1 Kotak Bentuk/Acuan Asas Asas ialah sebahagian daripada struktur yang menyentuh terus kepada tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai, dan sebagainya dan menyebarnya ke tanah. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kuat. Ia dibina setelah kerja-kerja pemotongan cerucuk dan ‘lean conc’ selesai. Untuk bahagian asas biasanya ia mempunyai 2 binaan iaitu ‘pile cap’ dan ‘stump’. Sebelum kotak bentuk dibuat ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya. Selalunya struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’ berbentuk segi empat sama dan segiempat tepat. Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya dan cara pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bahagian sisinya dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat pembinaannya. Selepas itu barulah kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerjakerja konkrit akan dijalankan. 7.2 Kotak Bentuk Untuk Tiang. Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai atas dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil pendinding (sheeting). Pendinding diatur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang yang hendak dibina sama ada segi empat tegak, bulat Rajah 9 : Asas (foundation) dan tunggul (stump)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 19 Drpd/of : 28 dan sebainya. Pendinding yang biasa di gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal. Papan –papan ini akan dipasang bersama- sama pengikat (cleat) . Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli yang dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahliahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan penggunaan di antaranya. Rajah 10: Kotak Bentuk untuk Tiang


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 20 Drpd/of : 28 7.3 Kotak Bentuk Untuk Rasuk i. ‘Ground Beam’ (Rasuk Bumi) ‘ Ground beam ‘ merupakan binaan struktur bangunan yang dibina di bawah tanah. Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’. Fungsinya adalah untuk mengukuhkan bangunan dan membantu mengagihkan beban bangunan ke struktur asas. Biasanya pekerja akan menyiapkan kotak bentuk lebih awal sebelum kerjakerja pemasangannya dilakukan. Oleh kerana terdapat bahagian ‘ground beam’ yang sempit, kerja-kerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan terlebih dahulu. Ini semua untuk menjimatkan masa dan merupakan satu teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja. bagi struktur tiang ini mengandungi papan pendinding ( sheeting ) yang dipasang tegak mengikut bentuk tiang sama ada segi empat tepat, segi empat sama, bulat, dan sebagainya. Ia dikukuhkan dengan pemasangan perembat ( yoles ) yang dipasang selari dengan pendinding kelihatan seperti anak tangga. Cara pemasangannya pula sama seperti pemasangan kotak bentuk bagi struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’ bagi tiang yang berbentuk segi empat. Bagi tiang yang berbentuk bulat pula, biasanya ia hanya mempunyai dua sisi dan kedua-dua sisi tersebut akan dipasang zink pada permukaannya. Untuk mengukuhkan lagi acuan tiang, kayu 1” x 2” akan digunakan sebagai pengikat atau perembat dan di bawahnya akan dipaku dengan paku konkrit. Rajah 11: Kotak Bentuk untuk rasuk bumi


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 21 Drpd/of : 28 DUA cara mendirikan kotak bentuk rasuk bumi a) Setelah besi tetulang siap di tempat dan dipasang pada posisinya sepenuhnya b) Mendirikan kotak bentuk terlebih dahulu diikuti pemasangan besi tetulang kemudiannya. ii. Rasuk Tingkat Satu & ‘Slab’ Kotak bentuk bagi struktur rasuk tingkat satu, ‘slab’, dan lantai akan dibina serta di konkrit pada masa yang sama. Pembinaannya bermula setelah tiang siap dibuka acuannya. Untuk struktur ini ia memerlukan lebih banyak tenaga dan bahan mentah seperti papan lapis berbanding struktur tiang. Pembinaan kotak bentuk bagi struktur ini dimulakan dengan pemasangan topi (biasanya menggunakan papan lapis) pada permukaan atas struktur tiang. Peranca besi (scaffolding ) digunakan sebagai tupang untuk menahan kotak yang dalam pemasangan. Pemasangan peranca perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia akan menanggung beban yang berat. Setelah peranca siap dipasang, kayu 4” x 2” akan dipasang di atas peranca yang berfungsi sebagai kerangka bagi acuan rasuk dan lantai. Kemudian papan lapis akan dipasang untuk bahagian bawah terlebih dahulu seterusnya bahagian tepi dan bahagian atas khas untuk lantai sahaja. Rajah 12: Besi tetulang didiirikan di sepanjang posisinya, tiada kotak bentuk kelihatan didirikan Rajah 13: Kotak bentuk yang siap dipasang, besi tetulang diletak di sepanjang posisinya, dengan ditahan oleh beroti .


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 22 Drpd/of : 28 Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di tepi tiang dan diatas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia melengkung, tupang sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan lantai. Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah. Selepas daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan baji. Rajah 14: Kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk 7.4 Kotak Bentuk Untuk Lantai Bagi struktur ini, rasuk mestilah dipasang terlebih dahulu. Apabila kotak bentuk rasuk ini telah siap dipasang, barulah kerja – kerja memasang kotak bentuk lantai bahagian atas ini dipasang. Pada bahagian sisi kotak bentuk rasuk, satu kayu pengalas di pasang dengan dipakukan kepada kotak bentuk rasuk tersebut. Kayu pengalas ini adalah kayu bersaiz 1" x 2 " di mana ianya merupakan kayu penyokong bagi gelegar yang akan di pasang. Ianya mestilah cukup kukuh untuk menahan beban kayu gelegar nanti mestilah dipilih dari kayu yang baik. Manakala pada bahagian atas kayu pengalas, dipasang pula kayu – kayu yang dipanggil gelegar yang disusun mengikut jaraknya tertentu agar ia boleh menahan berat beban yang di tanggungnya. Kayu yang digunakan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 23 Drpd/of : 28 adalah kayu yang bersaiz 2" x 4 ". Ianya di pasang pada bahagian yang sama dengan kedudukan kotak bentuk rasuk dan dipaku. Kemudian, papan plywood akan di pasang pada kayu – kayu gelegar ini. Pemasangan papan – papan ini perlu dilakukan dengan cermat. Walaupun kerja pemasanganya nampak mudah, namun ia perlu dilakukan dengan cermat dan teliti supaya tiada lubang yang kelihatan yang mana boleh.mencacatkan struktur konkrit . Rajah 4.3 (i): Kerja – kerja Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Lantai Raja Rajah 15: Kerja – kerja Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Lantai Rajah 16: Bahagian-bahagian kotak bentuk lantai padu(lantai bawah) Rembat/topang Pampan berangka Pacang


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 24 Drpd/of : 28 Rajah 17: kotak bentuk untuk lantai tingkat atas yang bergabung dengan rasuk atas Garis putus didalam rajah diatas menunjukkan kedudukan lantai. Unit-unit kotak acuan utama bagi lantai konkrit tingkat atas terdiri dari dua komponen iaitu pampan tepi dan papak bawah. Terdapat 5 urutan kerja bagi membina kotak bentuk lantai tingkat atas: i. Penentuan jarak runner / stringer & galang penyambut ii. Diri dan pasangkan gelegar, tiang, jermang serta galang penyambut iii. Pasang dan fabrikasi Pampan dan Papak Bawah/dek iv. Pemeriksaan akhir v. Penyediaan konkrit Gelegar penyokong papak bawah Tiang Tee papak bawah


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 25 Drpd/of : 28 7.5 Kotak Bentuk Untuk Dinding Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat dan pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding yang dicadangkan itu. Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm dan berbenang pada kedua-dua hujung. Proses ini akan menggenggam bahagian-bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini membolehkan ia menanggung segala beban yang dikenakan apabila kerja konkrit dijalankan. Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras. Setelah dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk menyambung kerja-kerja yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini digunakan untuk dinding di mana ketinggiannya lebih dari 1 meter . Rajah 18: Pemasangan kotak bentuk untuk dinding


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 26 Drpd/of : 28 7.6 Kotak Bentuk Untuk Tangga Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang telah di tetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja. Ia dipasang mengikut susunan anak tangga, Rajah 19: Pemasangan kotak bentuk untuk tangga Pendakap Papan Penaik Papan Papak Bawah Gelegar Papan Tepi


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 27 Drpd/of : 28 Tangga yang baik dapat dihasilkan apabila ia memenuhi kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan. Antara kriteria dan spesifikasi yang dimaksudkan i. Lokasi ii. Curam Tangga iii. Panjang Larian Tangga iv. Ruang Kepala v. Nisbah anak tangga Apabila membina tangga, ukuran standard perlu dipatuhi kerana ia dapat memberi kelebihan. Antara kelebihan ialah: i. Mampu memberi keselesaan yang diperlukan kepada pengguna. ii. Mengurangkan keletihan apabila menaiki tangga. iii. Tidak terlalu curam yang boleh menyebabkan gayat.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 28 Drpd/of : 28 Rujukan: 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3


TAJUK / TITLE: PENYEDIAAN KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh menyediakan bahan dan peralatan KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 16 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 16 PENERANGAN 1.0 PENDAHULUAN Kotak bentuk terdiri daripada beberapa anggota atau komponen mengikut bentuk struktur yang akan dibina. Bagi membentuknya setiap anggota hendaklah difabrikasi dan dipasang dengan lengkap mengikut bentuk struktur yang akan dibina. 2.0 JENIS-JENIS BAHAN KOTAK BENTUK 2.1 Bahan- bahan kotak bentuk i) Papan /Kayu padu Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan.Oleh itu pemilihannya perlu dibuat mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan. ii) Papan Lapis Papan lapis digunakan dengan meluas bagi pembinaan kotak bentuk kerana kekuatannya, ringan dan boleh diperolehi dalam saiz 1.2m lebar x panjang 2.4m,2.7m dan 3.0m. Permukaannya yang licin memberikan penyudahan yang baik kepada permukaan konkrit. iii) Logam/Keluli Merupakan kotak bentuk yang tahan dan terbaik. Pemasangannya diperkuatkan dengan penggunaan skru serta bol dan nat. Kotak bentuk yang terdiri dari beberapa unit ini mempunyai daya tahan tegasan yang tinggi dan mampu digunakan berulang kali . Kegunaan logam dalam pembinaan kotak bentuk adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia lebih tahan lasak. Unit-unit kepingan logamnya sering digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 16 Kotak bentuk keluli mengandungi komponen sudut,tiub,gelegar dan plat rata. Banyak digunakan sebagai tupang (shore),rembat (brace), runner, lantai (slab),pampan (shutter) dan sebagainya. Kotak bentuk keluli juga sering digunakan kombinasi dengan kayu. Ia cukup kuat dan boleh diguna berulangkali tanpa banyak kerosakan. Rajah 1: Gambarajah panel logam / keluli iv) Aluminium • Panel kotak bentuk aluminium diperbuat daripada aloi aluminium berkekuatan tinggi dengan permukaan sentuhnya dibuat dari plat setebal 4mm yang dikimpal kepada kotak bentuk bagi menghasilkan komponen yang lasak. • Panel-panel ini dipasang dalam posisinya dengan bantuan sistem susunan pin dan baji yang dilalukan melalui lubang pada bahagian luar rusuk/ rib setiap panel. Panel dipasang dengan tepat ,dikemaskan dan tidak memerlukan rembat Acuan Logam dinding Rembat daripada logam Pembinaan lantai atas


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 16 • Bagi kotak bentuk yang tinggi, ia boleh disokong oleh tembok dengan menggunakan pengikat tembok berkekuatan tinggi sementara kotak bentuk dek/lantai boleh disokong oleh rasuk dan tiang-tiang atau props • Sistem kotak bentuk aluminium adalah fabrikasi aluminium menggunakan sistem kejuruteraan tepat . Menggunakan sistem ini, semua struktur bangunan seperti tembok galas beban,kolum,rasuk,slab lantai,tangga dan sebagainya akan dapat dibina secara cast in situ Rajah 2: Kotak bentuk aluminium panel sisi v) Kaca gentian dan plastik gentian Kaca gentian dan plastik digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk khusus dan tersendiri. PVC, neoprene dan polyester yang diperkuatkan dengan kaca gentian adalah diantara kotak bentuk plastic yang sering digunakan. Ia boleh dibina mengikut bentuk yang diperlukan, tidak berkarat dan mudah dibersihkan. Glass reinforced plastic (GRP) dan Vacuum formed Plastic sering digunakan apabila bentuk konkrit yang rumit diperlukan. Boleh diguna berulangkali.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 16 2.2 Bahan Keperluan kotak bentuk • Paku Dawai dan Paku Konkrit Paku banyak digunakan dalam kerja – kerja kayu dan acuan. Kuantiti paku yang perlu dilakukan untuk kayu penyokong atau tupang adalah seperti berikut:- • 0.41 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong yang digunakan untuk kali pertama (initial use). • 0.18 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong. Rajah 3: Paku • Mould Oil Acuan Oil ialah agen pembebasan acuan ,digunakan untuk memastikan acuan boleh dikeluarkan selepas konkrit mengeras. Ia memudahkan dan tidak merosakkan acuan. Minyak acuan menjadikan kemasan konkrit , bebas daripada kotoran, dan membantu melindungi acuan. Rajah 4: Mould oil


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 16 • Stut (Kuk) Rajah 5: Stut 2.3 Istilah-istilah yang sering digunakan dalam kotak bentuk i. Lapik Papan /Pampan Sisi– (sheathing) terdiri daripada panel berangka atau papan yang bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan ialah memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin pada konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan yang lengkung. ii. Papan Alas Tapak – Kayu alas pampan dan kaki belebas untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. iii. Belebas – merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. iv. Susur dinding – Kayu lintang yang menyokong sepanjang barisan belebas bagi untuk memastikan kelurusan kotak bentuk serta mengukuhkan kedudukannya. v. Topang – Kau penjarak bagi menentukan jarak dalaman di antara keduadua pampan kotak bentuk vi. Rembat – Menyokong pugak pampan sisi bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan kotak serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan. vii. Pancang – untuk menahan rembat bagi mengekalkan posisinya. viii. Dawai – untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya tidak kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan. ix. Noggin- Kayu sokongan antara susur dinding yang memegang kaki rembat dan belebas


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 16 Rajah 6: Istilah yang digunakan dalam kotak bentuk 3.0 PERALATAN KOTAK BENTUK Berikut merupakan senarai peralatan kotak bentuk: Jadual 1: Peralatan kotak bentuk Plambab Hos Spanar Peranca dan tangga Gergaji tangan Tukul Kuku Kambing Pita pengukur Rod Pengikat Kayu Perenggang


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 16 Gergaji piring mudahalih Pistol paku Pahat Tali Timbang air Pemampat udara Pinch bar Crow bar 4.0 PERSEDIAAN MEMBINA KOTAK BENTUK • Kotak bentuk terdiri daripada beberapa unit kepingan dinding dipanggil Lapik Papan atau Pampan Acuan (sheathing). Kenalpasti Bilangan Pampan Acuan kerana ianya bergantung kepada struktur konkrit yang mahu dibina Contohnya kotak bentuk bagi tiang persegi terdiri daripada empat unit Pampan Sisi. Kaedah pembinaannya didahului dengan fabrikasi pampanpampan sisi mengikut ukuran yang ditetap. • Persediaan dilakukan dengan menyediakan bahan-bahan diikuti melakukan langkah-langkah mengukur, menanda, memotong dan memfabrikasi komponen-komponnen pampan sisi terdiri daripada Susur Dinding ( Waler), Sesendal ( Nogging) dan Lapik Papan/Pampan Sisi (Form Lining)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 16 Rajah 7: Komponen-komponen pampan 4.1 Mengukur ,menanda dan memotong • Tentukan ukuran komponen dan Jarak .Pampan-pampan bagi setiap sisi mengandungi komponen-komponen seperti Lapik Papan/“form lining”,Susur dinding/“waler” dan sesendal/“nogging”. Tentu dan tanda ukuran komponen-komponen tersebut. Jarak antara Susur Dinding dan Sesendal bergantung kepada saiz pampan,tetapi lazimnya antara 300-600mm. • Saizkan komponen dengan membelah papan lapis untuk form lining dan mengerat panjang susur dinding/waler dan sesendal/noggin. Kerat panjang kayu untuk susur dinding dan sesendal pada ukuran yang ditetapkan 4.2 Memfabrikasi • Kerja-kerja bermula dengan memakukan antara komponen kotak bentuk iaitu antara susur dinding dan sesendal. • Pakukan papan plywood yang telah disaizkan pada kerangka pampan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 16 a) Menfabrikasi kotak bentuk Kolum • Sediakan bahan-bahan yang terlibat seperti kayu bersaiz 25 x 50mm bagi binaan kerangka , plywood 12mm untuk form lining serta kayu-kayu perembat dan tupang. • Bina dan febrikasi pampan-pampan tepi kotak bentuk mengikut saiz dan rekabentuk struktur. • Saiz pampan sisi kotak bentuk tiang adalah; i. 200mm x 1500mm =2 unit ii. 300mm x 1500mm = 2 unit • Susun dan pasang ketiga – tiga pampan sisi tiang kecuali sisi keempat yang akan dipasang sepenuhnya ditapak. • Pada setiap pampan, dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10 atau R6 dibiarkan terjulur untuk kerja- kerja mengikat bata nanti. Rajah 8: Menfabrikasi komponen kotak bentuk 5.0 PEMASANGAN KOTAK BENTUK a) Semua aktiviti kotak bentuk akan dilakukan mengikut spesifikasi b) Setelah meneliti lukisan stuktural,Jurutera projek akan merancang ukuran, bilangan dan jenis kotak bentuk yang akan digunakan dengan konsultasi Jurutera Struktur, jika diperlukan. c) Perekabentuk Luaran boleh diguna bagi sistem spesifik Saiz boleh dipinda mengikut kesesuaian bagi menghasilkan tiang 200 x200mm


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 16 d) Ketersediaan dan keupayaan kotak bentuk akan diperiksa dengan pengurus perolehan dan keputusan akan diambil bagi membeli, menyewa atau mengguna semula bahan-bahan kotak bentuk. e) Semasa Febrikasi kotak bentuk , semua dimensi akan diperiksa bagi mengelak dari mengambil tindakan pembetulan semasa mendirikan kotak bentuk ( pembetulan dan perlarasan perlu dilakukan semasa febrikasi) f) Pastikan tiang/prop, tupang/shore, waling, bearer, pengapit dan rod pengikat/ tie rod mempunyai saiiz yang betul dan pada ruang atau jarak yang betul. Perekabentuk kotak bentuk hendaklah memeriksa sistem kotakbentuk dan sokongan sementara dengan mengambil kira beban yang dikenakan dan parameter rekabentuk seperti dalam spesifikasi g) Periksa kotakbentuk supaya dirembat dengan kukuh dan diatas asas yang teguh h) Pemeriksaan kualiti perlu dilakukan ke atas semua anggota melibatkan shutter lining, pengemasan bol dan baji, item-item yang dibina dan lain-lain i) Lubang-lubang untuk Rod Pengikat yang akan dibuat pada kotak bentuk hendaklah kemas supaya ia boleh ditampal kemudiannya. j) Perhatian khusus perlu diberikan kepada ketegaran (rigidity) k) Pastikan laluan secukupnya dan pelantar kerja disediakan bagi kerja-kerja konkrit, Papan pacak (toe boards) dan susur pelindung (guardrails) disediakan l) Tiang (Prop) tidak harus digunakan jika ianya bengkok, berkarat atau bengkok pada kepala atau plat tapak, kerosakan pin dan sebagainya m) Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil secukupnya semasa menanggal kotak bentuk. n) Bersihkan permukaan kotak bentuk sebaik sahaja ia ditanggalkan o) Kaedah simpanan yang baik adalah penting bagi memastikan kotak bentuk boleh diguna semula p) Keselamatan semasa operasi kotak bentuk perlu diutamakan q) Berat bagi unit-unit besar prafebrikasi kotak bentuk hendaklah ditanda supaya kapasiti mengangkat kren berada pada jejari kerja tidak melebihi poin mengangkat yang biasa disediakan r) Tiang Keluli (Steel Prob) hendaklah didirikan dalam keadaan pugak dan diuji menggunakan timbang air


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 12 Drpd/of : 16 5.1 Komponen Kotak Bentuk a) Pelantar Pelantar adalah ruang yang disediakan bagi tujuan : • memudahkan pekerja berdiri dalam proses melakukan kerja pada ketinggian melebihi 2m • melakukan kerja menempatkan konkrit. Pelantar boleh terdiri daripada peranca bergerak, pelantar yang dibina khusus dan Pelantar Menaik (elevating platform ) seperti peranca kerangka Rajah 9 menunjukkan pekerja mendirikan kotak bentuk dari pelantar antara yang ketinggiannya kurang dari 2m dan pelantar atas yang ketinggiannya melebihi 2 m antara pelantar ke pelantar Rajah 9: Pelantar digunakan untuk kerja-kerja kotak bentuk b) Anggota Kotak Bentuk • Kotak bentuk mengandungi anggota-anggota gabungan yang apabila dipasang akan membentuk acuan bagi membolehkannya menerima konkrit. Jenis anggota bergantung kepada kotak bentuk struktur seperti kotak bentuk tiang, lantai atau rasuk.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 13 Drpd/of : 16 Pampan ( Sheathing) • Bagi semua jenis kotak bentuk, anggota utamanya adalah pampan samada pampan tepi atau pampan bawah untuk rasuk atas . • Pampan-pampan tepi boleh difebrikasi samada dengan kayu padu ,plywood atau tersedia dari keluli. Bagi pampan yang menggunakan plywood tebal 12mm, ia perlu difebrikasi dengan membuat kerangka disekelilingnya Rajah 10: Pampan tepi c) Topang/ Penyangga dan Tiang penyangga’(prop) Tupang dan Tiang Penyangga adalah aksesori sokongan sementara yang yang mempunyai fungsi yang sama iaitu bagi memastikan ketegaran dalam pemasangan kotak bentuk. Ketegaran bermaksud kotak bentuk berada dalam posisi tetap, tiada pergerakan disebabkan tiupan angin atau apabila konkrit dituang dan digetarkan Anggota Sokongan • Belebas (Stud) • Rembat (Brace) • Pengikat dan Spreader


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 14 Drpd/of : 16 Rajah 11: Penyangga Tiang penyangga (Prop) berada pada posisi menongkat papak bawah seperti papak rasuk atau lantai . Tujuannya menyangga pampan bawah kotak bentuk yang memerlukan penyanggaan dari bawah. Rajah 12: Tiang penyangga Rajah 13: Topang


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 15 Drpd/of : 16 d) Pengikat Kotak Bentuk Pengikat kotak bentuk yang dimaksudkan adalah bol/bar pengikat yang merupakan kombinasi antara rod dan nat pengetat. Ia dipasang merentangi antara dua permukaan kotak yang bertentangan (bagi tembok) dan antara dua kayu pengikat kotak atau dipanggil Kuk/Yoke (bagi kolum). Pengikat ini bertujuan mengikat kombinasi anggota kotak bentuk supaya mampu menahan tekanan dari konkrit yang dituang. Rajah 14: Pengikat kotak bentuk KUK/YOKE


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 16 Drpd/of : 16 Rujukan 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3 5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est. www.planningengineer.net/formwork-method-statement/ 6. Form ties www.concrete.org.uk/fingertips-nuggets.asp?cmd=display&id=4 7. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor theconstructor.org › Concrete 8. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircaseformwork/


TAJUK / TITLE: JAJARAN KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh merancang tanda jajaran kotak bentuk dengan kaedah yang betul mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 11 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 11 1.0 PENDAHULUAN Adalah penting kotak bentuk berada dalam keselarian atau jajaran dan kepugakan yang diperlukan setelah mendiri dan semasa kerja konkrit dijalankan supaya tidak banyak kerja-kerja pembaikian dilakukan dan pada tahap minimum 2.0 MERANCANG TANDA JAJARAN KOTAK BENTUK Bermaksud penandaan posisi kotak bentuk bagi tujuan menjajarkan posisi pemasangan samada kotak bentuk dirikan secara tunggal atau lebih dan memastikannya dalam keadaan searas dalam siri kotak bentuk yang dirikan Bagi memastikan proses ini berjaya, tindakan berikut perlu diberi perhatian a) Kotak bentuk perlu berada dalam keadaan baik b) Perembat dan Topang dilakukan dengan betul c) Pemeriksaan pugak dan keselarian keseluruhan sebelum konkrit. 3.0 PENENTUAN LOKASI DAN DIMENSI ANGGOTA KOTAK BENTUK Sebelum mendirikan kotak bentuk, adalah penting memeriksa lokasi tepat kedudukan komponen struktural yang akan dibina.Lokasi, dimensi dan ketinggian perlu jelas dirujuk dari dokumen tapak. 3.1 Penentuan lokasi pemasangan anggota kotak bentuk Semua penentuan perlu merujuk kepada pelan dan dokumen pembinaan. • Penentuan untuk memastikan lokasi penempatan kotak bentuk dan kawasan dimana kotak bentuk didirikan. • Penentuan untuk memastikan posisi pemasangan anggota kotak bentuk, maksudnya bahagian anggota dipasang. Bagi maksud ini lokasi kedudukan setiap anggota ditentukan oleh fungsinya


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 11 a) Pampan (Sheathing) Diguna bagi membentuk dinding kotak dan menakung konkrit akan dipasang pada posisi tepi dan bawah sebagai papak b) Belebas (Stud) Menyokong pampan atau wales supaya kotak bentuk berada dalam posisi selari/terjajar c) Rembat (Rembat) Menyokong kotak bentuk yang telah dirikan bagi mengelak dari terpiuh disebabkan tekanan sisih d) Pengikat dan Spreader Memegang tepi kotak bentuk bagi memastikannya berada pada jarak yan betul Rajah 1: Penentuan lokasi pemasangan anggota kotak bentuk


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 11 3.2 Penentuan dimensi anggota Dimensi anggota kotak bentuk ditentukan oleh bebanan konkrit yang akan ditanggung. Saiz kerangka yang digunakan akan bertambah untuk saiz struktur yang lebih besar. Saiz standard untuk kerangka kayu adalah seperti berikut: • Saiz kerangka untuk pampan slab, rasuk,kolum dan rasuk – 25mm - 40mm tebal • Saiz Gelegar lejer – 50mm x 70mm – 50mm x 150mm • Saiz Tiang – 75mm x 100mm - 100mm x 100mm 3.3 Dimensi Anggota Kotak Bentuk Dimensi yang dimaksudkan adalah ukuran anggota yang telah difebrikasi cth: dimensi pampan tepi. Tentukan setiap dimensi anggota menepati spesifikasi sebelum dibawa ke ruang bina kotak. 4.0 TEKNIK MENANDA KESELARIAN KOTAK BENTUK Menanda adalah proses menentukan kedudukan anggota-anggota kotak bentuk supaya berada dalam posisi yang tepat 4.1 Teknik menanda • Pemerhatian Keselarian ditentukan dengan memerhati dari satu poin. Kaedah ini tidak dapat memberi penentuan yang tepat tetapi masih boleh diguna untuk mendapatkan gambaran awal.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 11 • Menggunakan Tali Teknik ini membolehkan ketinggian kotak-kotak bentuk yang dirikan dapat diselaraskan . Aras semua kotakbentuk dapat diuji dengan merentang tali antara dua kotak bentuk dan timbang air yang digantung pada tali akan memberi penentuan yang sepatutnya Tali juga diguna untuk menggantung pelambab bagi menguji pugak Rajah 2: Teknik menanda menggunakan tali • Menggunakan Laser Beam Device Teknik ini membolehkan pengujian ketepatan Pugak dan pengarasan dilakukan Rajah 3: Teknik menanda menggunakan Laser Beam Device


Click to View FlipBook Version